Khamis, 26 Mei 2011

Pulakdah!

Pulakdah!


TARIAN BOGEL, Syarat Untuk DIBEBASKAN POLIS

Posted: 26 May 2011 01:07 AM PDT

Suspek wanita ini turut diraba polis ketika melakukan tarian bogel - dipercayai syarat supaya dibebaskan

MEXICO : 15 anggota polis Mexico digantung kerja gara-gara memaksa seorang suspek wanita kes curi melakukan tarian bogel sebagai syarat, jika mahu dibebaskan. Kejadian berlaku di Tijuana, bandar berhampiran sempadan Mexico-Amerika Syarikat. Siasatan dilancarkan 15-April lepas setelah tembelangnya dipecahkan seorang pegawai polis. Menurut pegawai majlis bandaran, Jesus Chavez, semua yang terlibat termasuk pesara tentera yang juga bekas ketua polis. Mereka digantung kerja sejak Isnin lepas.

Lihat video :

Punggung Tercucuk PAM UDARA, Hampir MELETOP Seperti BELON

Posted: 25 May 2011 11:23 PM PDT

Seorang pemandu trak dari New Zealand hampir meletup badannya seperti belon ketika punggungnya tertusuk dengan sebuah hos udara pada kenderaannya. Udara sebanyak 100 paun per inci persegi telah mengisi tubuh badannya.

Sebelum berlakunya kejadian aneh pada Sabtu (21/5/2011), Steven McCormack sedang berdiri di atas pemijak di antara trak dan kontena. Namun dia tergelincir dan terjatuh, mematahkan satu hos saluran udara yang bersambung dengan semi-brek traknya.

McCormack jatuh dengan sangat kuat sehingga punggung kirinya tertusuk saluran udara dan sekelip mata memampatkan udara ke dalam badannya. "Saya dapat merasakan udara dengan deras masuk ke dalam badan dan saya merasakan seperti akan meletup bermula dari kaki," katanya kepada The Daily Post  pada Rabu 25 Mei.

McCormack merasakan dirinya menggelembung seperti sebiji bola sepak. "Saya tidak mempunyai pilihan selain berbaring di sana dan mengembang seperti belon."

Nasib baik ada rakan kerja yang lain mendengar teriakannya dan berlari mendekatinya. Rakannya segera melepaskan dirinya selepas separuh dari udara di dalam tangki masuk ke dalam tubuhnya.

McCormack lalu dibawa ke hospital dengan tubuh menggelembung dan cairan yang penuh pada salah satu paru-parunya. Doktor mengatakan, udara telah memisahkan lemak dari ototnya, namun ia bernasib baik kerana tidak masuk ke dalam saluran darahnya. Ia juga perlu mengambil masa sehingga tiga hari untuk kembali kepada bentuk badannya yang asal.

AWAS...Daging BABI Boleh Ditukar Menjadi Daging LEMBU!!

Posted: 25 May 2011 07:14 PM PDT

Baru-baru ini, Jabatan Industri dan Perdagangan Hefei menemui satu bahan tambah "ekstrak daging lembu" telah beredar dengan meluas di pasaran, membolehkan mengubah daging ayam bertukar menjadi "daging lembu". Seorang penduduk bandar turut mendedahkan bahawa "ekstrak daging lembu" ini tidak sahaja digunakan di kilang pengeluaran daging floss, ia juga turut digunakan "secara rahsia" di kedai-kedai makan kecil, di mana jabatan-jabatan kerajaan mendakwa jika perkara ini benar ada, mereka akan menyiasat. Doktor-doktor turut menyatakan kegunaan jangka masa panjang bahan-bahan tambahan makanan ini boleh menyebabkan keracunan, kecacatan, malah kanser.

Terdapat juga para peniaga menggunakan "ekstrak daging lembu" untuk menukar menukar daging babi menjadi daging lembu dalam masa 90 minit.

Seorang wartawan di Hefei telah mendedahkan bagaimana proses untuk mengubah daging babi menjadi daging lembu dalam masa 90 minit.

Langkah 1: Ini ialah "Ekstrak daging lembu" Gred Terbaik yang membolehkan daging babi bertukar menjadi daging lembu.


Langkah 2: Bahan penggilap, ia digunakan untuk membuang rasa daging babi. Satu uncang ini digunakan untuk 50kg daging babi.


Langkah 3: Daging babi diperap di dalam mangkuk selepas ia ditambah ekstrak daging lembu.


Langkah 4: Perbandingan di antara daging babi yang telah dicampur dengan ekstrak daging lembu (kiri) dan yang tidak (kanan).


Langkah 5: Satu perbandingan daging babi sebenar dan daging lembu palsu selepas 2 jam dimasak. Daging babi yang telah dicampur ekstrak daging lembu amat serupa dengan daging lembu sebenar yang sudah dimasak.


Langkah 6: Bahan-bahan yang digunakan dari kiri Ekstrak daging lembu Zeng Xiang Ji, daging babi , dan daging lembu palsu.



Kredit : Hainan News

Tiada ulasan: