Khamis, 26 Mei 2011

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


lahanat UMNO porno semakin melampau....goda oranng kampung supaya menonton video lucah....!!!

Posted: 26 May 2011 04:46 AM PDT

Lucah 'Datuk T' - Ketua Kampung Lapor Polis



Semakin ramai pemimpin masyarakat dan penduduk sekitar Selangor menerima video seks Datuk T untuk menfitnah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam taktik kotor pihak tertentu untuk menghakis sokongan terhadap Pakatan Rakyat.

Sepuluh ketua kampong baru di DUN Kuala Kubu Bharu membuat laporan polis setelah menerima rakaman fitnah itu dalam bentuk VCD menerusi pos, kata Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) DUN Hulu Bernam Mohamad Salleh.

Katanya, sepuluh ketua kampung berkenaan membuat aduan itu selepas menerima video seks yang dikaitkan dengan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diposkan ke rumah mereka.

Laporan polis itu dibuat di ibu pejabat polis daerah Kuala Kubu Bharu kira-kira jam 4 petang semalam.

Menurutnya, ketua kampung berkenaan terdiri daripada lapan ketua dari perkampungan Cina dan masing-masing satu dari perkampungan Melayu dan India.

"Mereka menerima VCD fitnah seks Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diposkan ke rumah mereka. Cop (atas sampul surat) ada dari Shah Alam dan ada dari Melaka.

"Kita minta pihak polis menyiasat siapa (yang bertanggungjawab) menghantar VCD ini," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Menurutnya lagi, semua ketua kampung itu terkejut dengan apa perkembangan berkenaan kerana penyebarannya tidak sepatutnya berlaku dan merupakan kesalahan di sisi undang-undang.

"Adalah lebih malang sekiranya ia diterima oleh anak-anak ketua kampung," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan Mohamad berkata beliau dimaklumkan sebanyak dua lagi ketua kampung Melayu dalam DUN Hulu Bernam menerima VCD yang sama melalui kiriman pos.

Mohamad Salleh yang juga ketua Kampung Gesir Tengah - yang terletak dalam DUN itu - turut dimaklumkan rakannya, bahawa seorang ketua kampung di Kuala Selangor turut menerima VCD tersebut pagi ini.

Dalam satu kenyataaan, exco kerajaan Selangor Ean Yong Hian Wah berkata VCD seks turut diedarkan antaranya di Hulu Langat, Rawang, dan Sekinchan.

Beliau yang memegang portfolio jawatankuasa tetap pembangunan kampung baru dan penyelesaian kilang haram menggesa ketua kampung membuat laporan polis sekiranya menerima VCD tersebut.

Dilaporkan VCD itu turut diedarkan disebuah masjid di Kuala Langat dan di Selayang sewaktu ceramah tokoh ulama Syria, Dr Wahbah Az-Zuhaili. TVS

haramjadah ...!!!....Skandal cetak mata wang untuk biaya dana Umno

Posted: 26 May 2011 04:41 AM PDT



agaknya inilah malaun yang jadi kepala cetak wang berganda...!!!

Kerajaan diminta mengumumkan siasatan mengenai skandal mencetak mata wang berganda yang pernah ditimbulkan sejak beberapa tahun lalu.Ia berikutan pengumuman Bank Negara Malaysia untuk mengeluarkan siri baru wang kertas dan syiling Malaysia yang dikatakan akan diedarkan di pasaran pada awal 2012.

Isu percetakan mata wang berganda itu telah beberapa kali dibangkitkan di parlimen, namun sehingga kini kerajaan dan agensi undang-undang yang terlibat gagal mengumumkan sebarang hasil siasatan mengenainya.

Sehingga kini siasatan ini didiamkan. Dulu dikatakan kerajaan akan dedahkan hasil siasatan di parlimen, tapi sehingga kini tidak ada langsung penemuan dan hasil siasatan yang diberikan kepada kita.
.
Ini  merujuk skandal komisyen bernilai RM11.4 juta yang diterima individu tempatan daripada syarikat membekal bahan polimer untuk mencetak wang kertas, Securency International dan Note Printing Australia.Dua anak syarikat Reserve Bank Australia itu didakwa merasuah pegawai tinggi kerajaan selaku orang tengah bagi mendapat kontrak mencetak dan membekalkan mata wang negara antara 1990 hingga 2005.Individu yang juga dikatakan ahli perniagaan itu dikatakan rapat dengan Umno dan kerajaan.

Mata wang berganda yang memiliki nombor siri yang sama itu dipercayai digunakan Umno-BN untuk merasuah pengundi setiap kali pilihan raya umum dan negeri, seperti mana dikesan berlaku di Sabah.Kita  menyifatkan aktiviti percetakan mata wang berganda itu sebagai pengkhianatan kepada institusi kewangan negara dan lebih teruk berbanding spekulasi nilai mata wang.

Ini kerana lambakan mata wang berganda itu juga akan menyebabkan nilai mata wang jatuh dan mengheret negara ke arah inflasi.Apabila ini berlaku, nilai mata wang malaysia akan jatuh dan tak boleh diperdagangkan di peringkat antarabangasa. Ia hanya laku dalam negara menyebabkan kejatuhan nilai. Ia menyebabkan inflasi dan juga terdedah kepada spekulasi.


Di sesetengah negara, mereka yang didapati bersalah melakukan perkara ini akan dihukum mati.Sebab itu, jika menyentuh soal mata wang berganda ini, kita merasa curiga kerana isu yang ditimbulkan sejak 2009 iaitu selepas pilihan raya pada Mac 2008 masih belum berjawab..

Dalam masa yang sama kita turut mempersoalkan mengapa kontrak percetakan mata wang negara perlu dilakukan melalui pihak ketiga.Seingat kita tiga kali perkara ini diberi perhatian di parlimen termasuk dalam belanjawan negara. Tetapi tidak ada jawapan munasabah mengapakah kita melantik agen sedangkan banyak negara seperti Thailand mengendalikan percetakan mata wang sendiri supaya mudah untuk diawasi..

Ajak aje Gerombolan Main Kat Jalanraya....baru padan muka dia...!!!

Posted: 26 May 2011 04:29 AM PDT



Pembangkang yang kini mentadbir empat negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing sekiranya Pilihan Raya Umum ke-13 diadakan tahun ini.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berkata ia antara lain bertujuan memastikan jentera pilihan raya pakatan pembangkang bersedia sepenuhnya menghadapi Barisan Nasional (BN) selain menumpukan perhatian untuk menawan kembali Perak.

"DAP akan mencadangkan kepada kepemimpinan tertinggi pakatan pembangkang tidak membubarkan DUN sekiranya pilihan raya umum diadakan tahun ini.

"Keputusan (cadangan) ini dicapai pada mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP yang berlangsung semalam. Bagaimanapun, keputusan bersama mengenainya akan dibuat secara bersama oleh pimpinan pakatan pembangkang tidak lama lagi.

"Pucuk pimpinan DAP juga mengulangi pendirian bahawa kita tetap menyokong kepemimpinan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar sekiranya pakatan pembangkang kembali menguasai Perak," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham, pula berkata kajian dilakukan pihaknya mendapati pakatan pembangkang mampu memenangi 33 daripada 59 kerusi DUN Perak pada pilihan raya umum akan datang.

Yeahhh!!!! bagoss! bagoss! ini adalah yang terbaik antara yang terbaik, jangan sesekali kita terperdaya dengan ajakan gerombolan United Malays National Organisation.Ini perlu di amalkan sampai gerombolan ikut apa kita nak "main".

Kalau gerombolan ajak main bola kita kena cakap "busy la bro! hari ni nak layan awek tengok citer "pirates Of Caribbean" esok, tulat atau palat nanti kita main Ok! " warghhh!!!....kah...kah...kah...kah

Apa saje cadangan semua kita kasi "beta"(tanya budak muda apa itu "beta") itu pasal nak kasi kantoi semua kelentong - kelentong gerombolan United Malays National Organisation .Biar diorang macam cacing kepanasan sket!

Gerombolan nak kelentong kaw - kaw ,kalau dia kata Islam bukan pengganas itu kelentong pasal Obama kata "islamic is terroris" itu pasal semua benda yang gerombolan United Malays National Organisation cadangkan semua kita kasi "beta" !

Abis tu sampai bila?

Sampai gerombolan tanya : Abis tu nak main apa ? Maka kat sini lah peluang kita untuk "main" kan diorang balik! nak main apa? main kat Jalanraya lah!!! meh kita tengok sape dulu kena langgar dek lori kah...kah....kah

lss

Tiada ulasan: