Pulakdah! |
- Subsidi GULA Ditarik Untuk Bina TIANG 1Malaysia?
- Amerika Dakwa Temui Koleksi PORNO Di Kediaman OSAMA?
- Lady Gaga Pakai Kasut Berbentuk KEMALUAN LELAKI
- Dipenjara Seumur Hidup Kerana PERKHIDMATAN SEKS ONLINE
Subsidi GULA Ditarik Untuk Bina TIANG 1Malaysia? Posted: 14 May 2011 05:39 AM PDT IPOH: Kerajaan membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk tiang-tiang peringatan 1Malaysia , dan ini menurut DAP hanyalah pembaziran wang rakyat, terutama apabila rakyat kebanyakan di Malaysia menderita dari pemotongan subsidi barang-barang keperluan. "Mereka mengatakan mereka mengalami masalah kekangan kewangan sehingga terpaksa mengurangkan subsidi pada gula dan petrol, tetapi mereka mempunyai RM38.4 juta untuk dibelanjakan pada monumen-monumen yang meningkatkan imej politik Perdana Menteri," kata Nga Kor Ming, wakil rakyat Pantai Remis dan Timbalan Bendahari Agung DAP. Nga berkata dia telah mengira terdapat lebih lima struktur seperti itu di Pantai Remis sahaja, dan ia terletak tidak lebih daripada satu kilometer di antara satu sama lain. Dia merasakan bahawa lebih banyak monumen yang dibina di kawasan itu mungkin disebabkan saingan politik di antaranya dan Menteri Besar Zambry Abdul Kadir. Dia menganggarkan tiang itu dibina dengan perbelanjaan sekurang-kurangnya RM5,000 setiap satu. Dia takut ia akan menjadi seperti Tugu Wawasan 2020 bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad , yang semuanya sudah musnah. "Wang cukai dibazirkan dengan slogan kosong dan tiang-tiang yang 1Malaysia, yang mereka sendiri tidak hayati," katanya. Wang yang dibelanjakan itu boleh digunakan untuk projek prasarana asas di kawasan luar bandar, tambahnya. "Harga gula telah naik empat kali dalam satu tahun , dan harga minyak telah naik enam kali. "Tetapi Barisan Nasional mempunyai wang rakyat yang dibelanjakan dengan melampau untuk projek-projek gajah putih, seperti membina ribuan monumen 1Malaysia di kawasan bandar dan luar bandar." katanya. |
Amerika Dakwa Temui Koleksi PORNO Di Kediaman OSAMA? Posted: 14 May 2011 02:20 AM PDT WASHINGTON - Dua pejabat Amerika Syarikat mengumumkan telah menemui koleksi pornografi ketika pasukan Navy SEAL menggeledah markaz Osama bin Laden di Abbotabad, Pakistan. Namun, para pejabat AS yang tidak mahu disebutkan identitinya mengaku tidak mengetahui siapakah pemilik bahan lucah tersebut. Koleksi porno itu, sebagaimana dilaporkan pejabat AS, berupa video. Mereka tidak tahu lokasi koleksi tersebut ditemui dan siapa pemiliknya. Namun, ada yang menyatakan koleksi porno itu ditemui dalam kotak kayu di bilik Osama. Seorang penulis yang pernah menyusun artikel bertajuk Bin Laden Was a Narcissistic, Beard=Dyeing Porn Fan (Also a Mass Murderer), Jacob Sullum, tidak mengerti apakah alasan pemerintah AS membuat pengumuman seperti ini. "Mungkin saja ini usaha untuk menjatuhkan imej Osama, sehingga ia tidak lagi menjadi pahlawan jihad di mata pemuda Arab," katanya. Sejumlah besar barang-barang yang diambil dari rumah Osama masih diteliti pemerintah AS. Berita AP, Sabtu (14/5/2011), melaporkan, bahan pornografi tersebut kini disita sebagai barang bukti, termasuk dengan jurnal, lima unit komputer, 10 hard disk serta 110 flashdisk Helah guna VIDEO LUCAH untuk menjatuhkan imej???.....hmmmm...macam pernah berlaku di Malaysia. Patutnya Amerika kena keluarkan VIDEO LUCAH Osama untuk jatuhkan imej pejuang itu di mata pemuda Islam...ceh! :Author Faethal |
Lady Gaga Pakai Kasut Berbentuk KEMALUAN LELAKI Posted: 14 May 2011 02:03 AM PDT LOS ANGELES - Lady Gaga terkenal dengan gayanya yang gila-gila. American Idol terpaksa sensor penampilan Gaga kerana mengenakan kasut dengan tumit yang menyerupai bentuk alat kelamin lelaki. Kasut buatan rekaan Void of Course dari London itu menampilkan tumit kasut dalam bentuk zakar. Secara keseluruhan tidak ada yang aneh pada kasut berwarna hitam itu, kecuali pada bahagian tumitnya. Menurut TMZ yang dilaporkan Popeater, Sabtu (14/5/2011), kasut kontroversial tersebut berharga USD4,500 (Lebih RM13 ribu ), dengan logo 'Idol'. Gaga muncul pada malam semalam di rancangan American Idol sebagai mentor untuk para peserta. Sebahagian besar peserta bersemangat untuk mendapatkan tunjuk ajar darinya walaupun ada seorang peserta yang kurang minat dengannya. |
Dipenjara Seumur Hidup Kerana PERKHIDMATAN SEKS ONLINE Posted: 11 May 2011 06:54 PM PDT MANILA : Dua rakyat Sweden telah dipenjara seumur hidup di Filipina kerana mencabuli undang-undang penyeludupan manusia dengan menjalankan operasi perkhidmatan seks secara ONLINE melalui internet di selatan bandaraya yang membekalkannya kepada orang asing. Emil Andreas Solemo dan Bo Stefan Sederholm Pertuduhan ini ialah kemenangan undang-undang yang pertama dalam pertempuran menentang operasi porno orang asingyang dijalankan di Filipina, kata Lalae Garcia dari pergerakan Tubaga, kumpulan pembela hak-hak wanita dan kanak-kanak di selatan kepulauan Mindanao. "Ini pastinya suatu kemenangan utama kerana mendera dan mengeksploitasi wanita," dia memberitahu wartawan-wartawan selepas sebuah mahkamah di Cagayan de Oro menjatuhkan hukuman kepada warga Sweden dan tiga rakan jenayah warga Filipina. Agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang berkata cybersex, atau perkhidmatan menyediakan khidmat seks menerusi Internet, ialah satu industri yang berkembang di seluruh dunia, termasuk di dalam Filipina , ini kerana risiko ia untuk ditangkap adalah rendah dan keuntungannya pula tinggi. Mahkamah mengeluarkan keputusan penghakiman pada Selasa 6 Mei, turut mendenda warga Sweden, Emil Andreas Solemo dan Bo Stefan Sederholm, 2 juta peso (Lebih RM150 ribu) seorang. Tiga warga Filipina dipenjara selama 20 tahun dan didenda 1 juta peso seorang. "Sikap tidak hormat ke atas wanita Filipina dan pencabulan undang-undang kami berhak dikenakan hukuman kuat dari mahkamah ini," dari muka surat 25 kenyataan keputusan mahkamah. |
You are subscribed to email updates from Pulakdah! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan