AKU INGIN BEBAS |
REZEKI KEDAI MAMAK BILA GULA NAIK!... Posted: 11 May 2011 05:22 PM PDT KUANTAN: Tidak sampai 24 jam harga gula dinaikkan 20 sen kepada RM2.30 sekilogram kelmarin, ada peniaga restoran di bandar ini mula mengambil kesempatan turut menaikkan harga minuman. Tinjauan di sebuah restoran di sini mendapati segelas teh tarik dijual RM1.50, naik 20 sen berbanding RM1.30 sebelumnya. Rakannya, Mohd Ashraf Zulkifli, 25, pula mahu tindakan tegas dikenakan terhadap peniaga yang sengaja cuba mengaut keuntungan berlipat kali ganda. "Setiap kali pengumuman kenaikan harga gula atau barang keperluan harian seperti tepung atau susu, harga makanan atau minuman naik. Sepatutnya, peniaga tidak menjadikan pelanggan sebagai mangsa keadaan," katanya. Kenaikan harga itu adalah sebahagian daripada langkah rasionalisasi yang akan membolehkan kerajaan menjimatkan RM116.6 juta. Sementara itu, Presiden Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM), Datuk Mohd Firdaus Abdullah ketika diminta mengulas menganggap tindakan peniaga sebagai tidak bertanggungjawab. Beliau berkata, PPPM membantah tindakan peniaga yang cuba mengaut keuntungan disebabkan kenaikan harga gula. "Kita kesal dengan tindakan peniaga yang tidak prihatin dan menjadikan pelanggan sebagai mangsa untuk mengaut keuntungan," katanya. |
You are subscribed to email updates from AKU INGIN BEBAS To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan