Pulakdah! |
- EDISI BONGKAR-2 : Saya Baru Jana RM1K, DIA Dah Dapat RM8K!!
- VIDEO : ANIMASI Serangan Ke Atas Osama Laden DIKELUARKAN
- SEKITAR Solat Jenazah Osama Laden Di Karachi
EDISI BONGKAR-2 : Saya Baru Jana RM1K, DIA Dah Dapat RM8K!! Posted: 04 May 2011 05:24 PM PDT Pada awalnya saya ingin membuat sambungan entri Edisi Bongkar - Bagaimana Blog Ini Cecah Pendapatan 4 Angka Sebulan. Entri yang lepas ada saya tunjukkan pendapatan harian blog ini melalui pengiklanan Innity. Perancangan untuk sambungan entri itu 'tersangkut' apabila saya berkenalan dengan seorang blogger yang masih belajar (mahasiswa ITP) berusia 24 tahun tetapi telah menjana sehingga RM8K SEBULAN!!. Bukan SETAHUN ye...tapi SEBULAN. Sesiapa yang biasa dengan Innity pun tentu arif memang Innity adalah sebuah syarikat pengiklanan yang paling LUMAYAN bayarannya. Tetapi untuk mendapat RM5K - RM8K SEBULAN bagi saya memanglah sesuatu yang sukar (pada awalnya). Yang lebih menarik..RAHSIA BAGAIMANA BLOGGER KHAIRUL HAKIMI ini berjaya memaksa Innity membayarnya sebgitu lumayan telah dibongkarkan dalam eBook ini. Pada masa itu saya baru menerima bayaran dari Innity sebanyak RM 527.66 dalam akaun M2U (seperti di bawah). Oh, ye...bagi sesiapa yang tidak biasa dengan Innity, syarikat ini membuat bayaran melalui direct bank-in. Tak payah guna cek. Nak pergi-pergi bank...lepas tu tunggu clear cek pelbagai. Cukup masanya...duit masuk, kita cuma perlu cucuk je dekat ATM. Mudah kan?. Bayaran daripada Innity dibuat dalam masa 45 hari. Contoh kiraan mudah lihat screen-shot di atas. Pendapatan pada bulan Februari akan dibayar pada 15hb April. Ok...ramai yang kata, "Banyak dah tu..". Saya pun pada awalnya anggap begitu...tapi lepas kenal dengan Blogger Khairul Hakimi ni memang rasa potensi untuk pergi lebih jauh lagi memang BOLEH. Dan hasilnya..dari 'sedikit' ilmu yang dikongsi oleh beliau adalah seperti di bawah... Alhamdulillah....dan saya sedang menantikan duit itu di dalam akaun M2U 15hb ini... Ramai yang mahukan pendapatan seperti ini. Dengan kos sara diri yang tinggi. Harga Minyak yang naik setiap bulan..lepas ni confirm harga barang turut naik. Saya rasa ramai yang MAHUKAN pendapatan sampingan yang sedikit sebanyak dapat MEMBANTU beban ini. DAN yang menariknya...ILMU blogger Khairul Hakimi ini sudah dibukukan, dan ia amat-amat sesuai untuk semua orang. YA!..apabila saya kata semua orang TERMASUKLAH yang memang buta pasal BLOG. Sebab apa... Sebab ILMU beliau ini lengkap dengan panduan untuk mereka yang baru belajar blog...hinggalah yang dah pernah merasa DUIT dari berblog. Sampai saya rasa...jika inilah eBook PERTAMA yang saya beli, kan untung. Sebab saya belajar blog dari banyak eBook..bila beli eBook Khairul Hakimi ni, saya SKIP habis BAB ASAS untuk blog dan FOKUS 'teknik' bagaimana beliau boleh dapar RM8K SEBULAN!. Memang gila!!. Jadi tanpa sebarang rasa prejudis, saya amat REKOMEN eBook TERBAIK yang pernah saya miliki selama saya berblogging. Klik BANNER DI BAWAH, untuk dapatkan LAPORAN PERCUMA. P/S : TAWARAN KHAS!, psstt...atas dasar harga kawan-kawan dengan blogger Khairul Hakimi. Saya ada diskaun/rebet sebanyak RM9.90 kepada pembaca blog ini yang membeli eBook beliau melalui saya. (Kena KLIK banner di atas ye, kalau link orang lain, tak dapek den nak nolong eh) Macam mana nak dapat rebet itu?, masukkan detail pembelian anda di bahagian komen di bawah entri ini, dan saya akan pulangkan WANG REBET anda sebanyak RM9.90. Cepat ia untuk 9 PEMBELI TERAWAL SAHAJA!!! Disclaimer : All content in this document has been initiated and developed solely by www.kuasainnity.com. This information does not have any direct or indirect association with Innity. |
VIDEO : ANIMASI Serangan Ke Atas Osama Laden DIKELUARKAN Posted: 04 May 2011 06:36 AM PDT Butiran demi butiran yang terus muncul mengenai serbuan serangan yang mengorbankan Osama bin Laden, ia menjadi sedikit mudah untuk dibayangkan. Bermula dari pendaratan helikopter sehinggalah peristiwa tembakan ke arah Osama yang dilaporkan tidak bersenjata, ABC News telah membuat satu video maya yang mencantumkan peristiwa-peristiwa serbuan itu dalam hanya seminit. Ia tidak sepenuhnya CGI, tetapi ia cukup untuk menjadi rujukan yang baik terhadap bagaimana situasi sebenar berlaku. Anda boleh melihatnya di bawah : |
SEKITAR Solat Jenazah Osama Laden Di Karachi Posted: 03 May 2011 10:22 PM PDT Pengikut pertubuhan Islam yang telah diharamkan Jamaat-ud-Dawa menitiskan air mata ketika upacara solat jenazah untuk Osama di Karachi semalam. RIYADH, 4 Mei — Ulama-ulama Arab Saudi, antara Negara sekutu Amerika Syarikat (AS) dan tanah air kelahiran Osama bin Laden, menolak kenyataan Washington bahawa negara kuasa besar itu telah mematuhi segala keperluan Islam ketika menyemadikan ketua rangkaian Al-Qaeda itu di Laut Arab semalam. Osama, 54, ditembak mati oleh pasukan elit AS di timur laut Pakistan awal pagi kelmarin selepas diburu lebih satu dekad. Jenazahnya diletakkan dalam beg khas dan dilepaskan di utara Laut Arab dari kapal membawa pesawat Carl Vinson, demikian menurut tentera negara itu. Bagaimanapun ramai umat Islam di Arab Saudi dan rantau Teluk Arab termasuk penentang ideologi Osama berkata kata-kata suci yang dibacakan bagi pengasas Al-Qaeda tidak mengetepikan kejutan tentang cara jenazah Allahyarham dilepaskan ke laut sama sekali. "Itu bukan cara Islam. Cara Islam ialah mengebumikan seseorang di kawasan darat sebagaimana dilakukan ke atas orang lain," kata Sheikh Abdul Mohsen Al-Obaikan, penasihat Mahkamah Diraja Saudi. Pada masa-masa lalu, jika seseorang itu mati di kapal dan boleh dikebumikan di darat untuk beberapa hari dan "kemudian dilepaskan di laut (dengan benda berat)," katanya dipetik Reuters. "Hari ini kesnya berbeza. Kita ada pesawat, penyejuk beku dan tidak perlu melepaskan jenazah di laut dengan cara begitu," katanya. Kata beliau, Osama tidak mati di laut dan jenazahnya pula diterbangkan ke kawasan perairan selepas ditembak mati di Abbottabad, kira-kira 50 kilometer dari Islamabad. Washington menegaskan jenazah Osama telah dilayan dengan baik, mengikut tradisi Islam. Jenazahnya dilaporkan dimandikan dan dibalut dengan kain putih serta dibacakan ayat-ayat suci — upacara yang berlarutan kira-kira 40 minit. Issa al-Ghaith, seorang ulama dan hakim Arab Saudi berkata, beliau Washington telah melakukan kesilapan dengan menyemadikannya di laut, di mana ia satu cara bercanggah dengan Islam. "Ia menunjukkan Amerika bimbang walaupun dia sudah mati," kata Issa. Di Yemen, pengkritik berkata jenazah Osama patut diserahkan kepada keluarganya. "Tidak cukup membacakan ayat-ayat suci ke atas jenazah Osama bagi mengurangkan kemarahan penyokongnya ataupun umat Muslim yang lain," kata Mohammed al-Ahmedi, seorang wartawan Yemen. Washington pula berkata langkah penyemadian di laut adalah cara terbaik ekoran kekangan masa dan atas andaian bahawa jenazah Osama kemungkinan tidak diterima oleh mana-mana negara ataupun mengambil masa yang lama. AS juga berkata mengikut tradisi Islam jenazah mesti dikebumikan dalam 24 jam.Penganalisis-penganalisis mendakwa tidak mungkin Arab Saudi akan membenarkan pengebumian Osama di buminya. Keluarganya, yang menjadi kaya dengan projek pembinaan, telah memutuskan hubungan dengan Osama dan dia juga telah dilucutkan kewarganegaraan Saudi pada 1994. Malah, penganalisis juga berkata Washington kemungkinan tidak mahu lokasi penyemadian Osama diketahui bagi mengelakkan ia menjadi sumber inspirasi bagi serangan masa depan. "Bagi mereka, ia dijustifikasikan dari sudut politik dan psikologi. Ini kerana mereka tidak mahu dia ada makam (yang mungkin dijadikan tempat pemujaan)," kata Mustafa Alani, penganalisis keselamatan di Pusat Penyelidikan Teluk, Dubai. "Saya merasakan cara jenazah diuruskan akan menjadi satu isu di kalangan sebahagian Muslim," katanya lagi. Bagaimanapun ada pihak menyokong keputusan AS. "Jika dikebumikan, akan ada pihak menjadi mati syahid dan akan ada orang yang akan mencarinya ataupun menghadiri upacara pengebumian," kata Aya Abdullah, seorang rakyat Saudi yang berusia pertengahan 20-an. Kredit : Reuters |
You are subscribed to email updates from Pulakdah! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan