Jumaat, 13 Mei 2011

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


alhamdullilah....chegu bard bukan pejuang katak,kotak kotak,pulus atau pejuang jubor...!!!!...ini baru betul seorang pejuang tulin ...tapi parti kena selesaikan masaalah yang ada....!!!!

Posted: 07 May 2011 04:45 PM PDT

CHEGU BARD TIDAK KELUAR PARTI, PARTI YANG MESTI KELUAR DARI KEPOMPONG BISU




SEPERTI yang telah saya jangka, agak mustahil jika Chegu Bard ingin keluar dari PKR walaupun ada banyak perkara yang beliau tidak berpuas hati dengan parti yang disertainya itu. Hari ini, sekali lagi Chegu Bard mengesahkan bahawa beliau masih bersama PKR dan tetap aktif berkempen untuk PKR khususnya dan PR, amnya.

Kenyataan beliau hari ini, "Chegubard masih ketua cabang PKR Rembau, ahli seumur hidup PKR. Sejak menjadi ahli Keadilan 1999 saya tidak pernah memperlahankan gerak kerja saya," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini. Namun, apa yang diluahkan oleh beliau bahawa memang terdapat beberapa orang yang berada di Pejabat PKR Pusat melakukan konspirasi atau provokasi tertentu agar Chegu Bard keluar dengan sendirinya dari PKR patut diberi perhatian.

Saya percaya memang ada di kalangan PKR yang merasa dengki, iri hati dan cemburu dengan komitmen Chegu Bard di dalam PKR. Siapa boleh nafikan berlakunya salah guna kuasa dan penyelewengan sewaktu pemilihan kepimpinan di dalam PKR sebelum ini? Tidak benarkah ada yang cuba sedaya upaya menghalang Chegu Bard dari aktif memberikan ceramah atau aktiviti SAMM? Tidak perlu nafikan semua ini tetapi tidak patut juga untuk dibiarkan saja.

Mungkin di antara kita sudah tahu cerita sewaktu PRN Sarawak baru-baru ini, program ceramah yang melibatkan Chegu Bard dibatalkan tanpa alasan yang kukuh. Lebih malang lagi, puak ini menggunakan nama Ketua Umum PKR untuk menghalalkan kerja khianat mereka. Banyak lagi aktiviti Chegu Bard yang cuba disabotaj oleh puak ini sehinggakan ke tahap menghasut pihak penganjur dari PAS agar tidak menjemput Chegu Bard untuk menyampaikan ceramah. Memang benar, tidak semua hasutan puak ini dipedulikan oleh pihak penganjur tetapi sikap ini amat memalukan nama PKR di mata rakan sekutu PR.

PKR mesti peka terhadap perkara ini. Pimpinan PKR mesti segera memanggil Chegu Bard untuk mendapatkan penjelasan terperinci agar perkara ini tidak menjadi kudis yang parah di dalam PKR. Paling tidak, ruangkan sedikit masa untuk mendengar rintihan anak muda yang tidak pernah jemu berjuang ini kalaupun tidak mahu menerima bulat-bulat kesemua pandangannya.


WFAUZDIN NS

sentuh kulit babi lebih mulia dari sentuh utusan porno....!!!!

Posted: 07 May 2011 04:31 PM PDT




Sebuah sekolah Cina di Kuantan telah menolak pemberian akhbar Utusan Meloya secara percuma di sekolah berkenaan. Bayangkan jika ketika ini semua guru dan murid di sekolah berkenaan menjadikan Utusan Meloya `kitab rujukan' mereka, tentunya berita tentang Kristian mahu dijadikan agama resmi di negara ini akan merosakkan pemikiran murid-murid yang selama ini akur bahawa Islam adalah agama resmi di negara ini.

Samada laporan dari Utusan itu betul atau tidak atau sekadar provokasi jahat, sudah tentu para pelajar akan menjadikannya satu pemikiran baru buat mereka. Nampaknya, akhbar lidah Syaitan ini tidak pernah puas selagi keharmonian di negara ini terjalin. Jika dahulu kita berdepan dengan musuh seperti komunis, kini kita berdepan dengan media seperti utusan yang tidak ubah berperangai lebih jahat dari komunis.

Apa yang tidak dilakukan oleh media haprak ini? Dari cerita fitnah kemudiannya cerita lucah hinggalah kini menjadi `batu api' perkauman dan sensitiviti agama menjadi makanan harian mereka. Peliknya, mereka terus selamat untuk berbuat demikian. Akhbar bertaraf bangkai ini sepatutnya sudah lama berkubur tetapi oleh kerana ada tangan ghaib yang menyokongnya maka akhbar ini terus hidup seperti bangkai bernyawa.

Syabas kepada semua pimpinan PR yang tidak mudah melatah dengan provokasi akhbar status khinzir ini. Kenyataan yang diulangi sekali lagi secara tegas oleh kesemua pimpinan PR bahawa Perlembagaan Negara ini akan tetap dipertahankan khususnya berkaitan dengan hak keistimewaan orang-orang Melayu dan Islam sebagai agama resmi ternyata mengagalkan impian puak laknat itu.

Jangan terkejut setelah isu ini dimainkan oleh media berlidah Syaitan ini, kita akan dapati ada beberapa orang akan ditangkap dan dijadikan sebagai kambing hitam. Yang pasti selamat adalah Editor akhbar berkenaan yang akan terus menggunakan akal fikiran anugerah Tuhan itu untuk melaksanakan arahan `Tuhan' mereka yang satu lagi. Mereka akan terus mencipta isu dan memperbodohkan rakyat yang berada di felda-felda dan ulu kampong yang masih berkitabkan akhbar jijik ini.

Kita tidak akan  merasa pelik jika difatwakan haram membaca mahupun menyentuh akhbar seumpama ini. Tahap kejahatan mereka sudah melampau sehingga ke tahap mahu meruntuhkan keharmonian dan kesejahteraan rakyat di negara ini. Jika diberi pilihan samada mahu menyentuh akhbar ini ataupun menyentuh kulit Khinzir, nescaya aku lebih suka  menyentuh kulit Khinzir ...


sentuh kulit khinzir boleh samak...hilang lah najisnya...tapi akbar porno pukimak ini...samak macammana sekali pun...najis berkekalan sampai bila bila...kecuali akhbar,kilang percetakan serta editor pukimaknya di bakar sampai hangus....!!!!

utusan porno bohong....lagi usaha UMNOPORNO untuk menghuruharakan negara dari isu perkauman sampai isu agama....!!!

Posted: 07 May 2011 04:01 PM PDT



http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0507&pub=utusan_malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm&arc=hive

DAP menolak laporan Utusan Malaysia yang mendakwa parti itu berkonspirasi dengan pemimpin-pemimpin Kristian untuk mengambil alih Putrajaya dan menggugurkan status Islam sebagai agama rasmi negara ini.

Parti komponen Pakatan Rakyat itu juga mendakwa laporan akhbar milik Umno itu satu pembohongan yang bahaya kepada negara.



Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng (gambar) menegaskan, pembohongan sedemikian bercanggah dengan konsep 1 Malaysia yang dibawa oleh Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri dan Presiden Umno.

"Utusan mahu meletakkan (gagasan) 1 Malaysia di atas api... ia elemen paling jahat dan bahaya di negara kita pada masa sekarang," kata beliau hari ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, beliau telah meminta pemimpin-pemimpin partinya agar membuat aduan polis berhubung laporan tersebut.

Difahamkan Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng akan membuat laporan polis di Kuala Lumpur esok.

"Bagaimana satu pembohongan macam ini boleh tersiar di muka depan akhbar (Utusan Malaysia)?" kata Lim lagi.




"Ini adalah permainan politik pihak-pihak yang sudah terdesak," kata beliau sambil menambah, dalam usaha mahu meningkatkan sokongan, "mereka (Umno) bersedia untuk melakukan apa sahaja."

Kata Lim, dakwaan terhadap DAP juga bukan sesuatu yang baru memandangkan beliau sendiri telah banyak kali menjadi sasaran serangan Utusan.

"Satu hari mereka menuduh saya bukan rakyat Malaysia, seolah-olah saya lahir di luar negara... seperti sesetengah pihak menuduh (Presiden Amerika Syarikat) Obama," katanya.

"Mereka pernah menuduh saya mahu menggantikan Yang di-Pertuan Agong. Bagaimana saya boleh menjadi Agong... mereka tidak pernah memohon maaf atas pembohongan mereka," kata Lim.

Dalam pada itu, Adun Komtar dari DAP, Ng Wei Aik menekankan bahawa parti itu sentiasa mempertahankan Islam sebagai agama rasmi negara dan juga mengiktiraf hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera.

"Ini petanda jelas bahawa Utusan Malaysia dan juga Barisan Nasional sudah muflis idea dan kini memfitnah, memutar belit dan memecahbelahkan rakyat Malaysia," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

"Utusan, dalam muka depannya bertarikh 7 Mei 2011, dengan jelas menulis 'Kristian agama rasmi?' untuk mencapai objekifnya, untuk mencetuskan kebimbangan di kalangan masyarakat Melayu-Muslim untuk mendapatkan balik sokongan, bukan dengan menjana sokongan, tetapi dengan menakut-nakutkan orang ramai," kata Ng.

Kata Ng lagi, pendekatan fitnah seumpama itu bukan sesuatu yang baru dan cara yang sedemikian pernah digunakan oleh Umno ketika pilihan raya umum 1990.

Ketika pilihan raya umum 1990, aura Kristian akan mengambil alih negara pernah digunakan untuk mencemar nama Tengku Razaleigh Hamzah yang ketika itu mengetuai Semangat 46.

UMNO lembukan rakyat...!!!

Posted: 07 May 2011 03:55 PM PDT




Umno "memperbodohkan" rakyat negara ini terutamanya orang Melayu melalui "pembohongan" semata-mata untuk berkuasa. Umno di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak kini berada dalam keadaan semakin terdesak terutamanya dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13.dan di ramalkan sebelum bulan Ramadan.

Mengapa apa pimpinan Umno cemas. "... sebab apa Najib tuduh DSAI  macam itu? Ini budaya apa? Budaya Melayu? Budaya Cina? Budaya India? Budaya apa ini?... budaya Najib.

Sebab apa dia serang (Datuk) Nik Aziz (Nik Mat)? Sebab apa serang (Datuk Seri) (Abdul) Hadi (Awang)? Sebab apa mereka serang DSAI. Ini sebab mereka berasa cemas...

Rakyat terutamanya orang Melayu "diperbodohkan" dengan tindakan Umno yang mempergunakan media bagi mengelakkan segala kelemahan mereka terbongkar.

Kenapa kita  kata rakyat diperbodohkan? Media kita dikongkong, adakah rakyat tahu masalah ekonomi negara? Tidak... adakah rakyat tahu masalah-masalah yang dihadapi negara? Sudah tentu tidak.

Sebab itu, kita kata rakyat perlu buat perubahan, orang muda kena ikut trend... orang muda kena berfikiran terbuka... berfikiran bebas untuk menjatuhkan pemimpin yang zalim, rasuah dan mengawal semuanya..

Sekiranya Umno masih berkuasa segala masalah atau penyalahgunaan kuasa yang berlaku tidak akan diketahui rakyat termasuk kes jenayah dan rasuah. Kalau sokong Umno, kes bunuh... kes rasuah... kes rogol, semua akan tutup kes. Tapi kalau kita tidak bersetuju dan tentang mereka, yang tidak ada akan mereka adakan (ciptakan)... jangan bagi maklumat kepada rakyat, Umno anggap rakyat bodoh..

Umno juga akan memperalatkan apa sahaja termasuk agama bagi memastikan tiada sesiapa yang boleh mencabar kepimpinan parti itu. Kes (liwat) DSAI, bila beliau  minta dibawa ke mahkamah syariah tidak dibenarkan, malah menteri agama Umno yang halang beliau  untuk dibicarakan di mahkamah syariah.

Jadi ini macam mana? Bila DSAI  mahu cabar di mahkamah syariah mereka halang Ini merujuk kes liwat yang melibatkan Mohd Saiful Bukhari Azlan tiga tahun lalu.
Sudah tiga tahun tapi tiada apa yang berlaku, DSAI  tidak buat tapi kata  beliau  buat.

Kes liwat yang melibatkan Anwar itu masih berjalan di mahkamah. Mahkamah akan menentukan sama ada Anwar akan dipanggil bela diri ataupun sebaliknya pada 16 Mei ini.
Anwar didakwa meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Anwar juga berhadapan dengan pendedahan rakaman video seks oleh "Datuk T" Mac lalu kononnya melibatkan beliau, tetapi telah dinafikan.

sumpah bebudak eskay dan geng temberang jadi bahan lawak....UMNO semakin terjerat...!!!

Posted: 06 May 2011 09:48 PM PDT



"Pada hari ini, 29 April 2011, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, saya Shazryl Eskay Abdullah berikrar dan bersumpah seperti berikut:

"A'uzubillahi minal syaitanirrajim, aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang dirakamkan pada 21 Februari 2011. Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut. Sekiranya aku melakukan fitnah, maka Allah akan melaknat akanku."

Demikian lafaz sumpah Eskay. Allah jadi saksi. Wartawan pun jadi saksi. Editor akhbar dan televisyen pun menyaksikan. Maka, termasuk juga semua pembaca akhbar, blog dan penonton televisyen menyaksikan bahawasanya Eskay bersumpah bahawa pelaku adegan video lucah memaparkan orang berzina adalah Anwar Ibrahim.

Lafaznya jelas dan maksud yang terkandung dalam lafaz itu pun terang. Eskay mengisytiharkan Anwar Ibrahim adalah pelaku/penzina dalam video berkenaan.

Bagaimanapun Rabu lalu (4 Mei 2011) Eskay memberitahu sidang media di luar pejabat polis Kepong:

"Saya tidak pernah menuduh Anwar berzina. Bila saya tuduh dia berzina? Soal dia zina atau tidak berzina tidak ada kena mengena dengan saya," kata Eskay.

Sebaliknya dalam penafiannya itu, Eskay meletakkan beban fitnah kononnya Anwar adalah pelaku dalam video itu (yang membawa makna Anwar berzina), di bahu wartawan.

Eskay berkata, beliau menjemput wartawan terpilih untuk menonton video itu di Hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu kerana mahu mereka membuat penilaian sama ada pelaku dalam rakaman itu adalah Anwar atau bukan.

"Saya menghubungi wartawan untuk tanya sama ada orang dalam rakaman itu adalah Anwar. Itu sahaja. Anda yang paling rapat dengan dia, selalu mewawancara dia," kata Eskay kepada para pemberita.

Yang jelas kenyataan media itu bercanggah dengan sumpah laknat yang dilafazkannya di masjid Amru Al-As, Sentul.

Yang menjadi persoalan, mengapa Eskay kali ini berusaha menafikan pernah membuat tuduhan Anwar berzina? Adakah beliau bermaksud mengatakan bahawa beliau tidak faham kandungan lafaz sumpahnya kerana penguasaan Bahasa Malaysianya lemah? Atau, beliau memang tidak faham lafaz sumpah itu kerana sebenarnya teks sumpah berkenaan bukan beliau tulis sendiri?

Atau, mungkinkah Eskay ada maksud lain yang hendak beliau sampaikan melalui majlis sumpah itu? Mungkinkah Eskay terpengaruh dengan taktik yang pernah digunakan oleh Raja Petra Kamaruddin yang menafikan beliau pernah menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Rosmah Mansor terbabit dalam kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shariibu?

Namun seperkara perlu diingat kes Raja Petra dengan kes Eskay ini amat jauh bezanya. Raja Petra membuat perakuan bersumpah bahawa perdana menteri dan isterinya terbabit dalam kes pembunuhan ngeri itu berpaksikan maklumat yang diberikan oleh suatu sumber yang pada anggapannya sahih di sisi undang-undang negara. Justeru itu beliau mahu dakwaan sumber itu disiasat.

Sebaliknya dalam lafaz sumpahnya Eskay mendakwa beliau berada di tempat perzinaan itu berlaku. Meskipun memberi alasan menayangkan video zina itu kepada wartawan terpilih kerana mahu mereka (wartawan) membuat pengecaman siapa pezina itu atas kepercayaan mereka (wartawan) lebih mengenali Anwar kerana sering mewawancara beliau, Eskay dengan jelas menyebut pelaku itu adalah Anwar. Lafaz itu dibuat di rumah Allah dengan menyebut nama Allah.

Paling nyata ialah, Raja Petra membuat perakuan bersumpah mengikut undang-undang buatan manusia. Namun Eskay melafazkan tuduhan menurut peraturan agama Islam.

Meskipun sebelum itu beliau diberi nasihat di masjid yang sama bahawa sumpah laknat ini tidak sesuai dilafazkan dalam usahanya untuk membuktikan "kerendahan moral" Anwar, Eskay dengan yakin dan diapit oleh regu Datuk T – Rahim Thamby Chik dan Shuib Lazim -- melakukannya juga.

Mungkinkah setelah lafaz sumpah laknat itu baru Eskay sedar sebilangan besar ulama di Negara ini berfatwa penuduh orang lain berzina tetapi gagal mengemukakan empat saksi perbuatan dosa besar itu mesti dirotan 80 kali seperti yang diwajibkan Allah dalam al Quran.

Mungkinkah Eskay dan regu Datuk T kemudiannya baru juga insaf tindakan bersumpah itu sebenarnya adalah satu strategi yang salah. Tindakan beliau sebenarnya meletakkan seluruh wibawa keIslaman kerajaan Umno-BN menjadi bahan senda gurau kerana gagal melaksanakan hukum Allah?

Regu Datuk T tidak ada empat saksi yang melihat perlakuan zina itu. Mufti dan ulama berhukum bahawa bahan mati seperti video tidak boleh menggantikan ketetapan Allah.

Pembuktian tuduhan zina mesti ada empat saksi yang tidak tercemar peribadi mereka. Lantas kesudahan kerja dan tuduhan Eskay dan rakan-rakannya ialah, mereka wajib dirotan 80 kali.

Adakah Eskay, Rahim, dan Shuib takut kena rotan? Atau, mereka lebih takut "dirotan" oleh parti junjungan mereka, Umno, yang diaibkan oleh perbuatan mereka itu?

Maka, mungkinkah kerana itu Eskay perlu menarik balik sumpahnya dengan mengatakan tidak pernah menuduh Anwar berzina?

Siapa pelaku seks dalam video itu belum dapat dipastikan. Namun apa yang sudah pasti ialah, siapa yang merakam, menayangkan dan bersumpah dengan nama Allah akan butir video itu sudah diketahui umum.

Umum juga sudah tahu apakah hukuman yang perlu dikenakan terhadap pihak yang sewenang-wenangnya menuduh orang lain berzina. Regu Datuk T memilih untuk menuntut keadilan dan membuktikan kebenaran tuduhan mereka di dalam mahkamah Allah. Hukum Allah jelas dan tegas.

Apa yang dinantikan khalayak umum di Negara ini hari ini (tidak kira penganut Islam atau bukan) adalah, apakah kerajaan yang diterajui oleh Umno hari ini tegas melaksanakan hukum Allah? Atau, adakah sama seperti Eskay dan Regu Datuk T nya, Umno juga akan cuba lari dari tanggungjawab dan peluang menegakkan syariat Allah di bumi Malaysia ini?

Jihad kepala butoh la muhyiddin...perompak besar bapak perasuah 1 malaysia nak berjihad tentang rasuah.....nak tutup rasuah lubang biawak pun tak mampu...temberang aje yang lebih...!!!

Posted: 06 May 2011 07:37 PM PDT



dah boroi makan duit rasuah....jangan harap la...nak basmi rasuah....ikan bilis pun boleh mampos kat banggunan SPRM...

Jihad perangi rasuah yang lancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin baru-baru ini adalah kenyataan berunsur politik dan pembohongan baru demi mengembalikan sokongan rakyat kepada BN.

Muhyiddin dipetik sebagai berkata untuk memerangi rasuah secara menyeluruh, sewajarnya gejala ini dibendung sehingga ke akar umbi.

Rakyat tidak akan lupa dengan bukti berupa dokumen mengenai komisen RM400 juta pembelian pesawat dari Russia, Sukhoi yang diberi kepada bekas Setiausaha Agung Umno dan komisen sejumlah RM520 juta (100 juta Euro) kepada Abdul Razak dalam pembelian dua kapal selam untuk Kementerian Pertahanan..

BN berbohong kepada rakyat untuk berusaha memerangi amalan rasuah dengan jihad dan mengaku ia merupakan prioriti BN sedangkan ianya adalah omongan kosong semata-mata.Rakyat perlu didedahkan dengan rasuah besar yang berlaku dalam negara oleh BN di mana perjanjian pembelian dua kapal selam Scorpene bernilai berbilion dollar itu dimeterai oleh Datuk Seri Najib sendiri selaku Menteri Pertahanan pada 2002.

Pembelian dua kapal selam itu jelas wujud elemen rasuah, dan hingga hari ini Najib masih belum membersihkan namanya dari tuduhan kemungkinan wujud rasuah berjumlah RM520 juta untuk dua kapal selam tersebut,..

Umno BN adalah sinonim dengan amalan rasuah yang diketahui umum oleh rakyat, tetapi bersorak kepada rakyat bahawa mereka pejuang sejati menentang rasuah.Walaupun tidak dinafikan tindakan dilakukan kepada pengamal rasuh namun biasanya yang akan ditangkap kemudian dibicara adalah rasuah yang bernilai ribuan ringgit.

Amat malang di negara ini apabila kes rasuah yang melibatkan pemimpin dalam BN bernilai ratusan juta dibiarkan begitu sahaja.

Kita yakin rakyat tidak semudahnya boleh menerima pembohongan dari pimpinan tertinggi negara dalam isu ini. Rakyat perlu bijak menilai perbuatan pemimpin BN yang sentiasa berlakon dan berhelah untuk menipu rakyat..

Tiada ulasan: