Isnin, 9 Mei 2011

Pulakdah!

Pulakdah!


Asal Usul SEBENAR Kisah Hantu Kak Limah : Mamat Khalid

Posted: 09 May 2011 01:17 AM PDT

Circa awal 70an. satu penempatan baru telah di buka lebih kurang 4km dari kampong aku. Dahulunya kawasan itu penuh dengan lombong tinggal dan ketika itu telah ditebus guna dijadikan kawasan penempatan baru untuk menampung sebahagian besar dari penduduk melayu yang semakin meningkat di kawasan selatan ipoh ini. (melayu di sini aku satukan antara bugis jawa boyan mendeling dsbnya).

Untuk sampai ke kawasan kampong baru ini kita harus melepasi semak samun lombong tinggal dan 4 jenis tanah perkuburan. Mula-mula tanah perkuburan Islam selepas itu jirat Cina di ikuti dengan kubur hindu dan akhir sekali kami panggil kubur tiada bertanda kerana di situlah tempat perkebumian mayat-mayat yang tiada di claim atau waris di hospital atau rumah kebajikan. Ada yang menceritakan kubur ini tidak digali dalam menyebabkan anjing-anjing mengorek dan melarikan kepala lutut atau tulang kaki mayat yang ditanam cetek itu. Itu di tahun 70an. Mereka tidak peka seperti kita rakyat bertamadun tinggi sekarang.

Amat payah bagi mereka yang tinggal di sini jika tidak mempunyai kenderaan. Tiada bas atau teksi yang mahu masuk ke ke kampong ini. Bayangkan kesusahan mereka ingin pulang ke rumah di waktu malam. Nama kampong ini ada disebut di dalam film Hantu Kak Limah tetapi hanya pada background dailognya sahaja ketika Usin mencari Che Nin di belakang warung Pak Jabit.

Kisah Hantu Kak Limah bercambah dari kampong ini. Nama makcik ini bukan Kak Limah. Namanya sangat indah tetapi tidak perlulah kita mengetahui nama sebenar itu. Makcik ini tinggal di hujung kampong bersama suaminya yg sangat pendiam sehinggakan di hari kematiannya suaminya hanya duduk diam tiada memberi apa-apa reaksi. Orang kampong beramai-ramai menyempurnakan perkebumian makcik ini.

Selang beberapa malam setelah jenazah beliau selamat di kebumikan, beberapa orang kampong mula telah terserempak dengan jenazah makcik ini dengan rambut mengerbang berjalan mencari jalan balik ke rumah. tangannya mengapai-ngapai memanggil nama suaminya. Seram citer ni. Aku yg tengah menulis ni pun sekali sekala melihat ke belakang aku takut ada yang mencongok duduk kat tingkap melihat lak Hish seriau dah nih! kerh kerh kerh!

Orang kampong mula bercerita. Mereka semakin takut kerana setiap malam pasti ada yang terserempak dengan hantu ini. Mereka berbincang dan keputusan di buat untuk memanggil bomoh supaya mententeramkan keadaan. Berbagai bomoh dipanggil namun hantu makcik itu tidak dapat dihalau malah semakin dirasai kehadirannya berdiri di tingkap-tingkap rumah penduduk kampong memanggil nama suaminya!

Seorang kiyai dipanggil dan beliau mengajak mereka supaya pergi ke rumah arwah untuk berjumpa dengan suaminya itu untuk memaafkan segala kesalahan yang arwah telah lakukan jika ada. Ketua kampong bersama anak buah berramai-ramai pergi ke rumah itu dan berjumpa dgn suaminya dan menceritakan keadaan yang telah menimpa arwah isterinya itu dan memohon beliau supaya memaafkannya.

Setelah di beritahu oleh kiyai itu barulah mereka faham bahawa arwah telah menggunakan ilmu hitam untuk menundukkan suaminya sehingga bingung dan rohnya kembali untuk memohon maaf. Namun tiada kemaafan yang boleh diperolehi kerana suaminya sudah hilang akal tiada faham dengan keadaan di sekelilingnya. Azablah roh itu tiada diterima bumi kut.

Aku masih kecil lagi ketika insiden itu berlaku dan tiadalah aku tahu dan ingin tahu ketika itu akan kesudahannya. Mungkin aku terlalu takut.


Kredit : Mamat Khalid

"Dia Gembira Apabila MEMASAK Bersama Saya", Tunang Teoh Sambil MENANGIS

Posted: 09 May 2011 12:10 AM PDT

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock hari ini melihat Soh Cher Wei, tunang Teoh menangis ketika memberikan kenyataan.

Soh, seorang guru berusia 30 tahun dari Johor, menangis ketika dia berkata kepada mahkamah bahawa hobi Teoh adalah memasak dan berusaha untuk mengeawal emosi ketika Pesuruhjaya forensik Dr Mohd Hatta Shaharom bertanya kepadanya: "Hubungan anda dengan Teoh adalah cinta. Apa erti cinta bagi anda? "

"Ia adalah orang yang akan bersama saya sampai akhirnya. Itu jawapan saya," jawab Soh sambil teresak-esak di-antara kata-katanya sambil menyeka air matanya dengan tisu.

Hatta: Apa yang anda suka tentang Teoh?

Soh: Dia adalah orang yang baik. Dia menyayangi saya dan keluarganya.

Hatta: Apa yang anda tidak suka tentang Teoh?

Soh: Dia kadang-kadang sangat bising. (tertawa).

Hatta: Apa yang membuatnya gembira?

Soh: Mungkin apabila dia memasak bersama-sama saya.

Hatta: Apa yang membuatnya marah?

Soh: Saya tidak pasti. Saya rasa tidak ada. Dia tidak mudah marah.

Hatta: Apa yang membuatnya sedih? Atau menangis?

Soh: Saya tidak pernah melihatnya menangis atau sedih.

Hatta: Jika anda tidak hamil, adakah dia akan melamar anda?

Soh: Ya.

Hatta: Mengapa?

Soh: Saya tahu, saya dapat raskannya.

Sebelum itu, Soh, yang muncul untuk pertama kalinya di mahkamah terbuka, berkata ia telah mengenali Teoh selama lima tahun dan telah serumah dengannya ketika dia menjadi wartawan di sebuah rumah sewa di Kajang pada tahun 2005.

"Ketika saya baru saja mengenalinya. Saya berfikir bahawa ia adalah jenis orang yang sangat menyayangi keluarganya dan dia akan menelefon ibunya hampir setiap hari. Dan ia akan pulang ke Melaka setiap minggu," katanya.

Soh berkata ia mula menjadi kekasihnya sejak tahun 2007.

Teoh telah berpindah ke Puchong ketika ia menjadi Setiausaha Politik untuk ADUN Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah pada tahun 2009.

Dia mengatakan bahawa ia (Teoh) pertama kali bercadang untuk berkahwin pada Januari 2009, tapi menambah bahawa dia masih memikirkan hal itu. Kemudian ketika dia hamil, mereka merancang untuk berkahwin pada 3 Oktober tahun itu.

Soh berkata bahawa ketika mereka mengetahui ia hamil sekitar Jun 2009, Teoh tidak bimbang tapi sangat gembira.

Dia mengatakan bahawa keluarga Teoh keluarga juga sangat gembira mendengar tentang hal itu.

"Saya menyuruhnya untuk tidak memberitahu mereka terlebih dahulu ... tetapi dia sudahpun memberitahu kepada ayahnya," katanya.

Soh, yang melahirkan anak Teoh Februari tahun lalu, berkata Teoh telah merancang untuk kembali ke kampung halamannya di Melaka selepas berkahwin, dan mungkin akan memulakan perniagaan sendiri atau bekerja dengan ahli politik lain.

Dia mengatakan bahawa Teoh tidak pernah mengeluh tentang pekerjaannya dan merasa bahawa dia bahagia dengan pekerjaannya.

Dia menambah bahawa Teoh suka memasak dan masakannya lebih baik daripadanya.

Saya juga jarang marah kepada Teoh tetapi ketika saya marah, ia akan diam.

Dia berkata tidak menyedari siasatan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas wakil rakyat Pakatan Rakyat dan ia tidak tahu bahawa Teoh telah pergi ke Plaza Masalam. Dia jarang bercerita tentang politik atau pekerjaanya tambahnya.

Dia hanya bertemu dengan Teoh seminggu sebelum kematiannya, dan keluarganya ada melawatnya di Johor untuk membincangkan rancangan perkahwinan mereka.

Soh berkata Teoh dan dirinya sepatutnya telah mengambil gambar perkahwinan mereka pada hari Sabtu, sehari selepas ia meninggal. Mereka juga sudah menempah sebuah restoran dan sudah membayar untuk 25 meja makan.

Soh juga berkata bahawa Teoh bukan jenis orang yang takut atau bimbang tentang apa yang orang fikirkan tentang dirinya.

Berita meluas melaporkan bahawa Teoh telah merancang untuk mendaftarkan pernikahannya dengan Soh, pada 28 haribulan, iaitu pada hari ia meninggal dunia. Tapi hari ini Soh berkata bahawa tarikh untuk pendaftaran perkahwinan mereka tidak dirancang.

Soh mendaftarkan perkahwinannya dengan Teoh selepas kematiannya dalam sebuah upacara tradisi Cina pada 15 Ogos 2009 dan melahirkan seorang anak lelaki, Teoh Er Jia, yang kini berusia 15 bulan. Di luar mahkamah, dia kelihatan bermain dengan anaknya bersama-sama dengan keluarga Teoh.


Kredit : FMT

Tiada ulasan: