Muslimeen United |
- Pilihan Raya Olok-Olok ..? Punyala Takut Sampai Tara Tu...
- Selepas petrol, gula pula naik 20 sen
- Kebakaran Di Kondo Jalan Ampang, Renungkanlah!
- Sobree serah borang permohonan sertai PAS
- 'Polis baik' benarkan perhimpunan anti-Lynas
- Awas! Daging 'lembu' diproses daripada daging BABI
- 35 NGO berkumpul bincang isu Islam
- Penjawat awam diugut dalam diam?
- Umno takut-takutkan Melayu untuk terus berkuasa
- ISU KRISTIAN - RUPANYA JAMIL KHIR TERTIDOR
- Tiga Ulama Diarah Turun Dari Pesawat Amerika
- Husam Musa: Mentransformasi Ekonomi Islam
- Siapa Bermain Api, Dia Yang Terbakar Nanti!
Pilihan Raya Olok-Olok ..? Punyala Takut Sampai Tara Tu... Posted: 09 May 2011 08:55 AM PDT Menurut Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, langkah itu diambil bagi melancarkan persiapan parti menjelang pilihan raya umum ke-13. Minggu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meminta Umno Selangor membuat persiapan menghadapi pilihan raya. Desas-desus menyebut pilihan raya akan diadakan sebelum Ramadan ataupun awal Oktober. Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim meramalkan pilihan raya umum sebelum Ramadan ini. Bagaimanapun menurut Tengku Adnan, simulasi tersebut hanya melibatkan jentera Umno. "BN akan dibuat secara berasingan dan akan diputuskan dalam mesyuarat BN akan datang," kata beliau pada sidang media di sini hari ini. Pernah dahulu Umno cuba mengadakan Debat Olok-olok sebelum menyahut cabaran perdebatan bersama PAS. Namun debat olok-olok itu juga gagal memenangkan mereka, Oleh kerana itu mereka tidak jadi menyahut cabaran dari pihak Pas untuk meneruskan perdebatan dengan isu Islam. Cerita selanjutnya disini | |
Selepas petrol, gula pula naik 20 sen Posted: 09 May 2011 08:49 AM PDT UNDILAH BN LAGI.... KUALA LUMPUR, 9 Mei: Bemula esok, rakyat Malaysia terpaksa membeli gula dengan harga RM2.30 sekilogram iaitu peningkatan sebayak 20 sen berbanding harga sekarang RM2.10. Perkara itu dimaklumkan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Mohd Zain Mohd Dom yang berkata kenaikan itu selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Ekonomi pada hari ini. Kenaikan itu berlaku selepas lima hari rakyat negara ini dikejutkan dengan kenaikan 20 sen harga petrol RON 97 yang kini dijual dengan harga baru RM2.90 seliter Jelas Mohd Zain, walaupun perubahan harga runcit dibuat, ia adalah lebih rendah berbanding negara serantau, termasuk Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina. "Langkah ini adalah selari dengan strategi jangka panjang kerajaan untuk merasionalisasikan subsidi secara berperingkat-peringkat," kata Mohd Zain. Penyelarasan subsidi itu akan membolehkan kerajaan berjimat sebanyak RM116.6juta. Sebelum ini banyak pihak menyelar tindakan kerajaan dalam usaha mereka 'menyelaraskan subsidi' beberapa barangan keperluan rakyat selaku pengguna. Kenaikan harga gula ini, turut dibimbangi akan memberi kesan kepada kepada harga makanan dan minuman pula. Kali terakhir harga gula naik pada 4 Disember lalu, sejajar dengan kenaikan Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG). Pada masa itu, harga gula turut meningkat 20sen, menjadikan harganya RM2.10 sekilogram. -Hrkh | |
Kebakaran Di Kondo Jalan Ampang, Renungkanlah! Posted: 09 May 2011 08:42 AM PDT Kuala Lumpur: Satu letupan kuat dipercayai berpunca daripada letupan gas berlaku di tingkat 17 sebuah kondominium di Jalan Ampang di sini, malam tadi, sehingga menggegarkan beberapa bangunan di sekitar ibu negara. Kejadian jam 7.40 malam itu mengakibatkan tingkap kaca beberapa bangunan kondominium berhampiran serta sebuah hotel yang terletak kira-kira 250 meter dari tempat kejadian pecah dan kacanya bertaburan di atas jalan. Letupan itu turut menyebabkan penghuni unit di tingkat 17 berkenaan yang dikenali sebagai Paul Christopher Lovell, 61, seorang rakyat British cedera namun dilaporkan tidak serius. Saksi, Daniela Samarero, 42, yang tinggal di tingkat 12 kondominium sama berkata, ketika kejadian beliau dan suaminya sedang menonton televisyen di ruang tamu sebelum dikejutkan dengan letupan kuat. "Letupan itu yang menyebabkan semua kaca tingkap rumah kami pecah bertaburan. Malah, batu marmar pada bahagian dinding turut pecah. "Saya dan suami terus bergegas mengambil dua kucing peliharaan kami dan lari turun mengikut tangga kecemasan untuk menyelamatkan diri," katanya yang bertugas di Kedutaan Belanda dan tinggal di kondominium itu sejak Ogos tahun lalu. Katanya, sejurus letupan itu, beliau dan penghuni di blok B bahagian selatan kondominium itu kelam kabut menyelamatkan diri kerana bimbang kejadian lebih buruk berlaku. Sementara itu, Timbalan Pengarah Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail, berkata empat jentera bersama 38 anggota berjaya mengawal api dalam masa 45 minit. "Selepas sejam, api dapat dipadamkan dengan sepenuhnya dan siasatan awal mendapati letupan dan kebakaran berpunca dari gas memasak yang memenuhi segenap ruang rumah dari saluran gas di unit itu," katanya ketika ditemui di tempat kejadian. Katanya, Unit Forensik belum dapat memastikan punca sebenar, sama ada kebocoran gas berpunca akibat kecuaian tuan rumah atau kerosakan pada saluran gas. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah mengesahkan mengesahkan Levell baru berpindah ke kondominium itu, Jumaat lalu. Levell kini dirawat di Hospital Prince Court. -BH GB dah tulis semalam, ada pihak tertentu di dalam negara ini "suka bermain api". Blogger dan Utusan memainkan api keagamaan dan bangsa untuk meniupkan sentimen kebencian terhadap agama Kristian di kalangan orang Melayu. Dan Tuhan pun tunjukkanlah dua peristiwa kebakaran berlaku di dalam negara semalam, satu kebakaran banglo empat tingkat milik Setiausaha Agung UMNO, satu lagi kondominium di Jalan Ampang. Jika tidak dibendung fitnah blogger UMNO dan Utusan Malaysia tersebut, jangan terperanjat nanti satu negara terbakar lantarannya. Setiap musibah yang datang itu adalah sesatu yang sepatutnya direnungkan. Allah tak buat sesuatu itu saja-saja. Ia hanya dapat "dibaca" oleh hati-hati yang bercahaya. Dan setiap satu kejadian Allah s.w.t. tidak ada yang sia-sia, walaupun seekor hama. Ayat manzurah adalah ayat yang jelas dan nyata untuk kaum yang mahu berfikir dan menggunakan aqal yang dikurniakanNya. Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal, (iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang ciptaan langit dan bumi (seraya berkata) Ya Tuhan kami, tiada Engkau ciptakan ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, peliharalah kami dari seksa neraka - Ali-Imran : 190-191 | |
Sobree serah borang permohonan sertai PAS Posted: 09 May 2011 08:36 AM PDT KOTA BHARU, 9 Mei: Setelah berteka-teki ke manakah Sobree Shafii akan pergi selepas keluar dari Umno akhir tahun lepas, hari ini terjawab apabila beliau menyerahkan borang permohonan menyertai PAS. PA Exco Negeri Sembilan sertai PAS (Gambar: Anuar [dua dari kanan] ketika bercakap kepada media selepas umumkan sertai PAS) Sebelum ini, bekas Pembantu Khas (PA) Exco kerajaan Negeri Sembilan, Yunus Rahmat iaitu Anuar Hashim meninggalkan Umno dan menyertai PAS.Beliau menyerahkan borang permohonan menyertai PAS itu kepada Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Zulkefli Mohd Omar. Anuar berkata, beliau meninggalkan Umno kerana parti itu sudah membelakangi perjuangan asalnya dan menyalahgunakan Islam. "Umno telah mengambil pendekatan fitnah dalam politiknya dan ia sudah tidak selari dengan kehendak Islam," kata beliau dalam satu sidang media bersama Pesuhjaya PAS Negeri Sembilan itu. "Saya menyertai PAS kerana perjuangannya sentiasa konsistem dengan Islam sejak dahulu hingga kini," kata Anuar. -Hrkh | |
'Polis baik' benarkan perhimpunan anti-Lynas Posted: 08 May 2011 11:57 PM PDT Dalam kemeriahan sambutan Hari Ibu, kira-kira 1,000 orang berkumpul di pusat perindustrian Gebeng, dekat Kuantan semalam kerana membantah pembinaan kilang nadir bumi bernilai RM700 juta. Kumpulan itu, kebanyakannya golongan ibu, berkumpul di pantai Teluk Cempedak hanya diperhatikan tanpa gangguan daripada pihak polis. Mereka jelas menyatakan tujuan tidak mahu kilang itu dibina dekat rumah mereka. Pengerusi 'Selamatkan Malaysia, Hentikan Lynas' Vincent Jiam ketika dihubungi Malaysiakini berkata perhimpunan itu "berjalan dengan baik". Keadaannnya tenang dengan orang ramai - kelihatan umpama perkelahan - berbual-bual sesama sendiri. "Mereka nyalakan lilin, dan turut menyanyi bersama-sama," katanya. Jawatankuasa itu mengedarkan 1,000 kuntum bunga, termasuk bunga kekwa untuk membangkitkan kesedaran bahawa radiasi daripada kilang nadir bumi boleh menjejaskan anak dalam kandungan. Jiam berkata, kira-kira 20 anggota polis, diketuai Ketua Polis Daerah Mohd Jasmani Yusof bagaimanapun cuba melarang orang ramai menyalakan lilin dan menjual kemeja-t bertulis "Save Malaysia" (selamatkan Malaysia). "Tetapi bila dia beredar, orang jual balik," kata Jiam. "Anggota polis amat baik dengan kami. Kami tahu mereka tidak boleh keluarkan kenyataan rasmi, tetapi kami faham apa yang mereka lakukan." -M'kini | |
Awas! Daging 'lembu' diproses daripada daging BABI Posted: 08 May 2011 11:37 PM PDT Isu telur tiruan dari negara China pernah hangat baru baru ini. Diam tak diam, negara China yang sememangnya terkenal dengan kepakaran menghasilkan barang tiruan sekali lagi telah menghasilkan satu inovatif baru iaitu menghasilkan daging lembu daripada daging babi. Media tempatan melaporkan, ekstrak perasa daging lembu di jual di Shanghai dan digunakan di restoran untuk membuat daging lembu palsu. Memasak daging babi mentah dengan bahan aditif selama 90 minit mampu memberikan rasa daging babi kepada daging lembu. Berikut merupakan proses menghasilkan daging lembu tiruan selama 90 minit: 1: Ekstrak Daging Lembu bermutu tinggi yang membolehkan daging babi menjadi daging lembu. 2: Agen glazing, untuk menghilangkan rasa daging babi. Pek kecil ini cukup untuk 50 kg daging babi. 3: Proses memerap daging babi dilakukan selepas ditambah ekstrak daging lembu 4: Perbezaan daging babi yang telah diekstrak dengan yang asli. 5: Perbandingan antara daging babi asli dan daging lembu palsu selepas dimasak selama 2 jam memasak. Daging babi telah di ekstrak mirip dengan daging lembu. Sebotol ekstrak daging lembu seberat 500 gram dijual dengan harga 20 yuan (RM 9.13) cukup untuk mengubah rasa 25kg daging babi. Harga daging babi adalah setengah daripada harga dari daging lembu, dan ini berpotensi memberi penjimatan lebih dari 1,000 yuan (RM 456.55) jika 25 kg daging digunakan. Menurut Fang Youzong daripada Jawatankuasa Penasihat Shanghai Food Drug Administration, Bahan penambah rasa ini banyak digunakan untuk memberikan rasa daging lembu didalam mee segera, katanya kepada Times Global. Dan China hanya melarang penggunaan bahan penambah rasa ini kedalam beberapa produk makanan yang meliputi makanan bayi dan susu, kata Fang lagi. Dan baru-baru ini, sebuah jabatan industri dan perdagangan di Heifei telah mengatakan bahan penambah rasa "ekstrak daging lembu" yang banyak di edar di pasaran, membolehkan daging ayam diproses menjadi "daging lembu". Seorang penduduk bandar mendedahkan bahawa "ekstrak daging lembu" telah menjadi "resepi rahsia" di beberapa restoran-restoran kecil. Doktor juga telah mengesahkan penggunaan jangka panjang dari bahan penambah rasa ini, boleh menyebabkan keracunan jangka masa panjang, kecacatan, dan juga kanser. Tak mustahil 'kepakaran' ini akan sampai ke Malaysia. Seeperti telur tiruan yang kita sendiri tak sangka dengan kehadirannya. Soal makanan kita kena lah ambil berat sebab ianya akan sebati dalam badan kita dan menjadi darah daging. - MyChinaViews.com Sumber: selangor2u | |
35 NGO berkumpul bincang isu Islam Posted: 08 May 2011 11:25 PM PDT
KUALA LUMPUR, 9 Mei: 35 badan bukan kerajaan (NGO) berasaskan Islam berkumpul di Dewan Muktamar, Pusat Islam baru-baru ini bagi melahirkan rasa kebimbangan mereka dengan apa yang berlaku kepada kedudukan agama Islam kini. | |
Penjawat awam diugut dalam diam? Posted: 08 May 2011 06:52 PM PDT (mohon dirahsiakan email aku ni) Salam bro, Aku saban hari hantar wife kat Putrajaya, Kompleks C. Then sebelum nih kat tepi pagar masuk tu adalah satu banner bergambar najib ngan menteri putrajaya tu tengku ape ke nama dia tu. Tulisannya - When you drink, remember your source. Gila punya kelakar la bunyi dia. Tak best langsung dan tak de ritma pun. Saban hari juga la jadi bahan kutukan antara aku ngan wife. Then hari nih bila aku lalu kat tempat yang sama, banner ngan tulisan pun dah tukar pulak. Bunyi dia lebih kurang - dont bite the hand that feed you. kiranya maksudnya jangan la lawan atau tikam orang yang bagi korang makan. Kali nih aku nampak macam ada unsur ugutan tu. Kiranya kepada penjawat awam - korang jangan lupa yang korang kerja dengan kerajaan dan jangan lupa yang kerajaan yang bayar gaji korang. Tapi nih aku nak ingatkan pulak. Jangan lupa yang gaji korang tu dari rakyat yang bayar cukai dan rakyat tu adalah korang (penjawat awam) tu jugak. So peduli apa dengan menteri tu. menteri bertukar ganti tapi kerajaan / penjawat awam tak bertukar. kan. Terasa bangsat sangat muka dua orang yang ada kat dalam banner tu. Sekian. | |
Umno takut-takutkan Melayu untuk terus berkuasa Posted: 08 May 2011 06:47 PM PDT Dosa terbesar Umno terhadap orang Melayu ialah cengkaman dan taktiknya memenjarakan pemikiran Melayu dalam kotak agenda politiknya. Dari masa ke masa Umno secara sedar memilih agenda apa yang dihendak dimasukkan dalam petak pemikiran Melayu agar terus dibelenggu kebimbangan, kecurigaan dan ketakutan. Apabila ini berlaku, Umno akan terus memasungkan jiwa Melayu agar takut terhadap cabaran kaum lain (terutama rakyat keturunan Cina); saingan agama lain (kini Kristian) dan institusi lain termasuk, raja- raja Melayu sendiri! Natijahnya, Umno mahu orang Melayu terus menerus bergantung kepada pembelaannya dari angkara yang dibibitkan oleh Umno sendiri dalam pemikiran Melayu. Lihat sahaja apa yang berlaku sekarang. Idea dan konsep Pakatan Rakyat semakin popular dan diterima sebagai alternatif kepada BN. Pada pilihan raya - pilihan raya kecil seluruh negara selepas Mac 2008 dan pilihan raya negeri Sarawak bulan lalu, kemungkinan idea amalan sistem politik dua parti menjadi realiti di negara ini semakin mekar. Ini membuat Umno jadi lebih kalut dan cuba memutamati pasung pemikiran ke atas orang Melayu dengan mencampuradukkan semua idea dan agenda politiknya agar orang Melayu terus bimbang, curiga dan takut pada pembaharuan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat. Maka, digerakkanlah segala kudrat politiknya untuk terus menghunjam rasa ngeri dan ngilu rakyat pada perubahan atau reformasi yang ditegakkan oleh Pakatan Rakyat. Upah yang tinggi Mengenyit mata Sebab itu, sejak selepas pilihanraya negeri Sarawak April lalu, serangan bertubi- tubi disasarkan kepada DAP dan Kristian. Serentak itu juga, Umno beria-ia benar dan tanpa rasa malu mengenyit mata pada PAS agar meninggalkan Pakatan Rakyat! Tak akan dipatuk di lubang sama Oleh kerana tamak haloba kuasanya Umno mengusir PAS keluar dari pakatan politik itu apabila merasakan kehadiran PAS tidak diperlukan lagi pada 1978. ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini.
Wira Arjuna adalah seorang wartawan dan editor kanan yang berpengalaman luas dan pernah menerajui beberapa media arus perdana sebelum bersara menjadi pemerhati politik. | |
ISU KRISTIAN - RUPANYA JAMIL KHIR TERTIDOR Posted: 08 May 2011 03:35 PM PDT Memang kita jangka isu ini akan dijaja sepuas-puasnya oleh sekutu Apco setelah isu liwat dan video seks menjadi bahan lucuan masyarakat yang berakal. Hakikatnya, sebelum Jamil Khir membuat cabaran kebudak-budakan itu, DAP telah pun menyatakan pendirian parti berkenaan tentang Islam sebagai agama resmi negara ini. Bermula dari konvensyen PR yang lalu lagi, DAP bersama PAS dan PKR bersama-sama menandatangani perakuan secara hitam putih (dokumen) bahawa PR menyanjung Perlembagaan berkaitan Hak Keistimewaan Orang-Orang Melayu dan Ugama Islam sebagai Agama Resmi negara ini. Apabila isu ini dimainkan semula oleh media pencacai, sekali lagi DAP menegaskan pendiriannya dan kenyataan DAP ini lebih awal dibuat sebelum Jamil Khir menunjukkan `hero'nya untuk mencabar parti tersebut. Saya petik kenyataan Lim Guan Eng semalam yang disiarkan oleh Malaysiakini, "Beliau berkata dakwaan kononnya DAP ingin mewujudkan negara Kristian adalah fitnah dan berniat jahat. "Saya ingin mengulangi pendirian DAP... kita dukung Perlembagaan Persekutuan yang kita buat secara hitam putih. (Kita) sudah tandatangani semua dokumen bahawa kita sokong Perlembagaan Persekutuan, Islam adalah agama Persekutuan Malaysia," katanya kepada pemberita di Georgetown (Malaysiakini). Saya menghormati kenyataan oleh Naib Presiden Umno, Zahid Hamidi yang mahukan isu ini disiasat segera samada memang benar berlaku atau hanya mainan untuk mencetuskan kegelisahan rakyat di negara ini. Cuma, kenyataan Zahid Hamidi yang saya merasa sangsi adalah apabila beliau menyebut sekiranya dua blog yang mendedahkan isu ini ternyata berbohong, blog ini perlulah membuat pembetulan segera. Adakah itu sahaja tindakan terhadap blog yang menimbulkan isu yang amat sensitif ini? Sekiranya pihak Pembangkang yang melakukannya, agak-agaknya apa tindakan yang bakal diambil? Kita jangan lupa, Akta ISA masih releven di negara ini dan kemungkinan besar sedia menanti jika Pembangkang yang terlibat. Bagaimana pula dengan akhbar yang meletakkan isu ini sebagai tajuk besar mereka? Akhbar jenis apa yang mengambil sumber hanya melalui blog tanpa menemui pihak penganjur yang terlibat? Apa motif akhbar yang berkait rapat dengan sebuah parti sekutu Apco ini? Mengapa kenyataan Lim Guan Eng di atas tidak menarik minat akhbar ini termasuk TV 3 suku? Saya yakin puak mereka akan terperangkap dengan isu ini. Namun kita masih meletakkan harapan agar pihak berkuasa berani untuk menyiasat isu yang sensitif ini dan mengambil tindakan tegas kepada yang terlibat tidak kira mereka dari kumpulan mana sekali pun. Jika benar Jeff Oii terlibat, atau mana-mana Paderi terlibat, tindakan tegas perlu diambil sekiranya bukti mencukupi tetapi Akta ISA bukan caranya untuk membuat pengadilan. Kita telah maklum, Jeff Oii telah pun membuat laporan Polis terhadap fitnah yang dilemparkan kepadanya. Kita biarkan Polis meneruskan siasatan dan kita harap hasil siasatan mesti didedahkan./wfauzdin.blogspot.com | |
Tiga Ulama Diarah Turun Dari Pesawat Amerika Posted: 08 May 2011 03:29 PM PDT
Washington - Tiga orang ulama, termasuk seorang tokoh Muslim kelahiran AS, yang akan menghadiri persidangan mengenai Islamofobia diturunkan dari pesawat domestik AS kerana kekhuwatiran mengenai keselamatan. Demikian kata ketiga ulama tersebut ketika akan melakukan penerbangan pada Sabtu (7/5). Dua orang ulama naik satu pesawat dari Memphis, Tennessee, menuju Charlotte, North Carolina, pada Jumaat (6/5). Tapi, keduanya dipaksa kembali ke terminal sehingga "pemeriksaan tambahan" dapat dilakukan ke atas diri mereka. "Kami melakukan langkah pengamanan dan keselamatan secara sungguh-sungguh. Peristiwa itu kini sedang dilakukan penyelidikan," kata jurucakap Atlantic South Airlines (ASA), Jarek Beem. Ia menambahkan kedua lelaki tersebut diterbangkan dengan pesawat berikutnya. ASA sedang menyelidiki kejadian tersebut. ''Kami dengan tulus meminta maaf atas ketidakselesaan yang mungkin ditimbulkan oleh kejadian ini,'' kata Beem. Imam Al-Amin Abdul-Latif, kelahiran AS dari Long Island, juga dilarang naik pesawat American Airlines dari New York ke Charlotte pada Jumaat malam. Ia diberi tahu agar kembali ke bandar udara LaGuardia untuk naik pesawat pada Sabtu pagi. "Tapi, kemudiannya dia dilarang lagi naik pesawat tanpa penjelasan," kata anak lelaki Abdul-Latif, Abu Bakr Abdul-Latif, kepada AFP. "Pagi ini kami pergi ke syarikat penerbangan dan agen tiket memberi tahu ayah saya bahawa syarikat penerbangan tersebut tak mengizinkan dia terbang naik pesawat syarikat itu. Itu lah kata-kata perempuan agen tersebut." "Tak ada dapat ayah saya lakukan," kata anaknya, yang pergi ke persidangan Charlotte tanpa ayahnya. Masudur Rahman, warga tetap AS dari India dan mantan imam Memphis yang mengajarkan bahasa Arab di University of Memphis, mengatakan bahawa beliau dan seorang ulama lagi, warga tetap AS dari Mesir yang mengenakan pakaian Islam dari pundak sampai mata kaki, dikeluarkan dari pesawat ASA 5452 dan diwajibkan menjalani pemeriksaan keselamatan baru. "Tapi, ketika kami kembali memasuki pesawat, penyelia Delta mengatakan,'Maaf, pilot tak mengizinkan kalian masuk'," kata Rahman. Delta berunding lama dengan pilot pesawat, lalu memberi tahu Rahman. Dia diberitahu bahawa sebagian penumpang mungkin merasa tak selesa dengan kehadiran mereka di pesawat tersebut. "Saya kira mereka tentu saja sedih dengan besarnya ketidak-selesaan mereka. Tapi, kalian tahu bahawa mereka mengerti apa yang sedang terjadi di dunia dan terutama sangat sensitifnya keadaan setelah terkorbannya Usama bin Ladin," kata Ibrahim Hooper dan Council on American-Islamic Relations kepada CNN. | |
Husam Musa: Mentransformasi Ekonomi Islam Posted: 08 May 2011 03:25 PM PDT YB Dato' Haji Husam Musa diberikan penghormatan untuk mewacana suatu kertas kerja dalam Seminar Muamalat Dan Perbankan Islam 2011 anjuran Jabatan Muamalat, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS). Pembentangan kertas kerja yang bertajuk Mentransformasi Ekonomi Islam; Model Dan Instrumentasinya mengambil masa selama satu jam setengah. Antara kandungan kertas kerja yang dibentangkan oleh YB Dato' Husam Musa adalah bermatlamatkan penghayatan dan pengamalan prinsip Islam dalam kewangan, perdagangan dan ekonomi. Sekali gus ia juga mengupas tentang aspek praktikal yang dipadankan dengan amalan dan pelaksanaan yang telah diambil oleh Kerajaan Kelantan selama dua dekad yang lalu. YB Dato' telah mengajak para peserta yang terdiri daripada semua lapisan masyarakat sama ada pelajar, mahasiswa, pensyarah, guru, kakitangan bank dan kakitangan awam serta swasta untuk kembali menilai peradaban ekonomi Islam. Dengan mengambil contoh peristiwa yang cukup terkenal, yang berlaku kepada Habil dan Qabil. Kedua-dua anak nabi Adam a.s itu membuktikan penternakan telah bermula sejak generasi pertama ummat manusia di muka bumi melalui peristiwa korban binatang ternak mereka. Era Nabi Daud a.s telah memperlihatkan permulaan industri keluli dan pertukangan. Pada era Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Syuaib a.s , kegiatan perdagangan telah mengambil tempat, hatta berhala juga diperdagangkan. Nabi Syuaib a.s antara lain ditugaskan membetulkan amalan perdagangan yang salah seperti menipu timbangan. Para audiens juga diajak untuk melihat aspek praktikal kepada bapa pemodenan ekonomi Islam iaitu Nabi Yusof a.s yang telah membawa model ekonomi dan kewangan yang lebih menyeluruh, termasuk prinsip Belanjawan, pengurusan sumber dan hasil mahsul, termasuk simpanan, agihan dan tambah nilai (pelaburan). Baginda juga membawa model kesaksamaan ekonomi bersendikan kebajikan dan pengurusan beramanah yang cekap. Sepanjang pembentangan para peserta diajak untuk melihat dan menilai secara nyata praktikal transformasi yang dilakukan oleh kerajaan negeri Kelantan melalui slogan yang sering diungkapkan oleh YB Tuan Guru Menteri Besar, "berbelanja jangan sampai boros dan berjimat jangan sampai kedekut", ternyata kata beliau slogan itu berkesan sehingga kewangan negeri Kelantan yang selalu dikaitkan dengan kekurangan hasil, dapat bertahan hingga kini. Langkahan seupaya mungkin mengelakkan amalan riba adalah antara teras utama tranformasi ekonomi Islam yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri. Konsep pinjaman mengikut syarak yang mula-mula diasakan oleh pihak kerajaan negeri dalam bank Islam akhirnya diguna-pakai oleh hampir keseluruhan bank-bank di Malaysia. Konsep gadaian ar-Rahnu pula adalah model nyata yang telah dipelopori oleh kerajaan negeri. Bagi rakyat Kelantan, institusi Ar Rahnu adalah penting bagi penyedian pertukaran emas kepada tunai untuk tujuan pembiayaan perdagangan jangka pendek dan pengalihan tunai kepada emas semula bagi tujuan simpanan dan pelaburan jangka lebih panjang. Beliau juga menegaskan, sehingga ke hari ini pinjaman untuk kakitangan kerajaan Negeri adalah tanpa bunga dan ia boleh bertahan, sekalipun beroperasi berbeza dari amalan biasa. Kerajaan Kelantan juga bergerak selangkah lebih ke hadapan dalam model ekonomi berasaskan kebajikan. Bahkan, Kelantan telah memperkenalkan istilahnya sendiri bagi mengambarkan semua inisiatif ini digerakkan oleh Kelantan sendiri, seperti Ar Rahan, Kifaalah, armalah, rumah dhua'fa', skim al itt'am, az ziwajj atau lainnya. Ini semua adalah gambaran model yang ditransformasi oleh kerajaan negeri Kelantan dalam membina semula ekonomi yang berteraskan neraca syarak. Kemuncak bagi usaha menyediakan prasarana kewangan Islam yang bebas riba dan kalis inflasi ialah pelancaran dinar dan dirham. Tidak syak lagi, matawang Islam terdiri dari dinar, dirham dan mata wang kertas biasa yang dipanggil fulus. Ia datang bersama dengan institusi wakalah dan wadi'ah. Sepanjang sesi pembantangan para peserta dibuai dengan hujahan-hujahan praktikal berkenaan dengan model-model dan instrumentasi ekonomi dan kewangan Islam. Sesi soal jawab telah dibuka kepada peserta dan sesi penggulungan telah menyaksikan YB dato' membuat kesimpulan bahawa transformasi ekonomi Islam perlu mendapat kesedaran semua pihak dan ianya perlu digerakkan secara bersepadu. Konsep yang cuba diketengahkan adalah menerapkan unsur takwa dalam katalis ekonomi Negara. Sejurus menyudahkan pembentangan yang kemudiannya diteruskan oleh pakar ekonmi daripada Iran dalam seminar yang diadakan, YB Dato' Husam bergegas ke Kuala Lumpur untuk menghadiri makan malam sempena pelancaran Tabung Yayasan Sultan Kelantan Darul Naim di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Berita penuh Majlis Pelancaran Dan Santapan Malam Yayasan Sultan Kelantan Darulnaim dalam Sinar Harian. YB Dato Husam - Mentransformasi Ekonomi Islam; Model dan Instrumentasinya - Bahagian IYB Dato Husam - Mentransformasi Ekonomi Islam; Model dan Instrumentasinya - Bahagian II YB Dato Husam - Mentransformasi Ekonomi Islam; Model dan Instrumentasinya - Sesi Soal Jawab dan Pengulungan | |
Siapa Bermain Api, Dia Yang Terbakar Nanti! Posted: 08 May 2011 03:23 PM PDT Utusan bermain api KUALA LUMPUR : Gempar seluruh negara apabila akhbar Utusan Malaysia beberapa hari yang lalu seperti menyalakan api ketegangan antara agama ketika mencetus persoalan agama rasmi negara dengan spekulasi kononnya ada pihak tertentu yang berjuang untuk menjadikan kristian sebagai agama rasmi di negara ini. Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata, suatu fakta yang diketahui umum bahawa Perlembagaan negara telah memeteri Islam sebagai agama rasmi negara ini sementara ummat Islam pula masih menjadi golongan majoriti biarpun Malaysia adalah sebuah negara majmuk. Justeru itu, katanya Islam tidak sewajarnya tergugat dan ummat Islam tidak selayaknya membenarkan Islam digugat. Jelasnya, PAS sebagai sebuah wadah perjuangan Islam di dalam negara ini pastinya tidak lebih rendah usahanya untuk memperjuang, mempertahan dan menegakkan Islam berbanding Umno dan Barisan Nasional. Katanya, kegigihan serta kesungguhan PAS berjuang serta berkorban demi melihat Islam tegak dan berdaulat di dalam negara ini nyata tidak boleh dipertikai merentasi rekod dan sejarah perjuangannya. "Sungguhpun PAS menyertai 'kerjasama politik' bersama parti-parti rakan kompenan Pakatan Rakyat (PKR dan DAP), namun PAS tidak pernah mengendurkan pedatinya untuk terus memacu perjuangan Islam, jauh sekali untuk berubah arah meninggalkan prinsip perjuangan yang didokong selama ini," tegasnya. Malah, tambahnya pacuan semakin kencang ke arah menguasai negeri bahkan negara agar bebas dari cengkaman pengaruh dan kuasa Umno juga Barisan Nasional yang menjadi punca Islam dilihat lemah serta terdedah kepada ancaman setelah lebih 50 tahun mereka memerintah, mengurus dan mentadbir negara. Beliau berkata, andainya Islam hari ini dilihat terancam dan penganutnya pula lemah pegangan agama adalah menjadi tanggungjawab semua melewati peranan dan tugas yang sayugianya dilaksanakan. Katanya lagi, sementara kerajaan selaku pemegang amanah rakyat untuk menjaga agama, negara dan warganya mestilah mengambil tanggungjawab dengan penuh keinsafan melepasi jangkauan sempadan kepentingan politik dan parti. "Saya melihat spekulasi yang ditimbulkan oleh Utusan Malaysia kononnya terdapat pihak tertentu yang berusaha untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara ini adalah berpunca dari kelemahan dan kegagalan Umno sebagai parti utama dalam Barisan Nasional menunaikan amanah yang digalaskan kepada mereka selaku pemerintah," ujarnya. Menurutnya lagi, lebih 50 tahun rakyat memberi kepercayaan dan mandat kepada Umno mewakili Barisan Nasional untuk memimpin dan mentadbir negara khasnya untuk melindungi agama Islam dan kesejahteraan rakyat. Beliau menambah, malang sungguh, malang seribu kali malang apabila Islam bukan sahaja tidak semakin kuat dan utuh tetapi dikesan umum bahawa ia semakin susut dan merosot. "Jika Umno berjaya dan mampu menjaga agama Islam ini dengan baik dan menjadikan ianya semakin hari semakin kuat dan hebat, saya percaya dan yakin spekulasi untuk menjadikan kristian sebagai agama rasmi negara ini tidak akan timbul," ujarnya. Bahkan, katanya dalam masa yang sama, penganut-penganut agama selain Islam akan terasa aman dan selesa untuk mengamal serta menganut agama mereka. Tambahnya, spekulasi yang dicetuskan oleh Utusan Malaysia ini bukan sahaja menampakkan kelemahan dan kegagalan ketara Umno dan Barisan Nasional selaku pemerintah, ia juga berpotensi menyalakan api ketegangan antara agama. "Pastinya situasi ini akan menggugat keamanan negara dan rakyat yang sepatutnya memperolehi hak hidup aman dan sejahtera," katanya. Menurutnya, spekulasi itu sangat tidak bertanggungjawab. Beliau berkata, selain dari potensi menggugat keamanan, spekulasi sedemikian juga dilihat umum sebagai usaha meraih perhatian politik murahan sekaligus percubaan nekad untuk menyembunyikan kelemahan dan ketidakupayaan mereka menjaga agama suci ini. -HD DAP Selangor: Umno guna Utusan hasut Muslim benci Kristian Siapa yang bermain api itu? Utusan Malaysia. Maka usah khuatir, dia sedang membakar dirinya sendiri. Samalah untuk parti yang mendokongnya, UMNO, dan pemimpin mereka yang menjadi dalangnya..... p/s dengar cerita ada rumah pemimpin UMNO terbakar hari ini... GB |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan