PERAKITE |
- Dua pelajar nyaris jadi keldai dadah Pak Hitam
- Utusan Malaysia diharam buat liputan sidang Dun P Pinang
- ada cubaan sabotaj kenderaan DSAI
- Utusan Meloya macam tisu tandas...?
Dua pelajar nyaris jadi keldai dadah Pak Hitam Posted: 10 May 2011 05:35 AM PDT Dua pelajar wanita berusia 21 tahun nyaris menjadi keldai dadah satu sindiket yang didalangi dua pak hitam Nigeria, jika tidak diselamatkan polis di sebuah pangsapuri di Puchong, Jumaat lepas. Dalam serbuan kira-kira pukul 2 pagi itu, polis menemui dua wanita itu dikurung dalam sebuah bilik di pangsapuri berkenaan. Polis merampas enam ketulan kapsul dan dua paket plastik dipercayai dadah jenis heroin gred tinggi seberat 372 gram bernilai anggaran RM28,000, serta satu ketulan daun mampat dipercayai ganja seberat 70 gram bernilai kira-kira RM700. Ketua JSJ Narkotik Selangor, Asisten Komisioner Nordin Kadir berkata, dua pak hitam itu berusia 27 dan 28 tahun, merupakan pelajar sebuah kolej berhampiran. Pak Hitam memperdayakan mangsa dengan menawarkan percutian secara percuma ke Macau, China. Dua pelajar itu pergi ke pangsapuri suspek sebagai persiapan sebelum berlepas pada 7 Mei lepas. Nordin berkata polis turut menahan seorang lagi wanita tempatan yang bekerja sebagai pereka grafik dipercayai mempunyai hubungan dengan dua Pak Hitam itu semasa dia (wanita itu) pergi ke pangsapuri berkenaan. "Kita menahan wanita itu dan merampas tiket serta jadual penerbangan untuk kedua-dua mangsa ke China bertarikh 7 Mei 2011," katanya. Nordin meminta semua pihak tidak mudah terpedaya sehingga dijadikan keldai dadah oleh sindiket antarabangsa di negara ini yang mempunyai pelbagai helah dan janji manis termasuk menawarkan ganjaran mewah. "Saya nasihati terutama wanita supaya hati-hati. Dua wanita ini baru kenali suspek tidak sampai sebulan dan mudah percaya dengan tawaran yang dibuat." | ||
Utusan Malaysia diharam buat liputan sidang Dun P Pinang Posted: 10 May 2011 05:03 AM PDT Wartawan media Umno, Utusan Malaysia kini diharamkan membuat liputan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang berkuatkuasa hari ini. Ia adalah antara tiga usul yang diluluskan pada persidangan DUN penggal ke-12 yang ditangguhkan hari ini. Usul itu dicadang ekoran akhbar itu sering menyiarkan berita berunsur fitnah terhadap kerajaan negeri. Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, merujuk satu laporan berita Utusan Malaysia bertarikh 11 Nov 2010, akhbar itu memetik Adun Shahbudin Yahya (BN-Permatang Berangan) yang mendakwa bahawa kerajaan negeri telah membelanjakan sebanyak RM1.5 juta untuk membaiki banglo yang didiami oleh Ketua Menteri iaitu Seri Teratai. "Bagaimanapun Shahbudin menafikan bahawa beliau pernah mengeluarkan kenyataan itu ketika disoal dalam DUN dan ini menunjukkan Utusan Malaysia telah menyiarkan laporan palsu," katanya dalam sesi penggulungan persidangan DUN di sini. Beliau berkata, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN turut melakukan siasatan dan memanggil Ketua Pengarang Utusan Malaysia untuk memberi keterangan tetapi beliau atau wakilnya tidak hadir. Lim berkata, tambah membimbangkan ialah apabila akhbar itu mengeluarkan berita fitnah berunsur perkauman dan keagamaan kononnya terdapat perhimpunan paderi Kristian di negeri ini yang berikrar untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi persekutuan dan mahukan perdana menteri dari kalangan penganut agama itu. Dua lagi usul yang diluluskan ialah Rang Undang-Undang Warisan Negeri Pulau Pinang 2011 dan usul mengesahkan pengenaan dan pemungutan surcaj air oleh pihak berkuasa negeri selama tempoh mulai 1 Januari 2001 hingga 31 Oktober 2010. | ||
ada cubaan sabotaj kenderaan DSAI Posted: 09 May 2011 08:57 PM PDT Pemandu peribadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesyaki terdapat usaha jahat mensabotaj kenderaan yang biasanya digunakan majikannya itu sehingga berlakunya kemalangan pada 19 April lalu.
Sehubungan itu Abdullah Sani Said yang telah berkhidmat selama 28 tahun dengan Anwar dijadual membuat laporan di Balai Polis Merchant Square, Petaling Jaya pada jam 3.30 petang ini. Menurut kenyatan daripada unit komunikasi PKR hari ini, kenderaan yang sama juga digunakan oleh anggota keluarga ketua pembangkang itu. Kenyataan itu bagaimanapun belum menyatakan jenis kenderaan yang digunakan dan butiran terperinci berhubung dakwaan itu. Ia sebaliknya mengundang pihak media membuat liputan berhubung perkara itu petang ini. | ||
Utusan Meloya macam tisu tandas...? Posted: 09 May 2011 08:52 PM PDT Kisah jam Omega dah berkubur, manakala onar video lucah terhadap DSAI juga semakin lesu. Mana yang gamak tumpul dan memakan diri lepas dicuba dikuburkan. Sepertikata Ketua Menteri Pulau Pinang LGE "lempar batu sembunyi tangan". La ni pakat serang DAP pulak, iyelah lepas DAP kata tak berkenan dengan pinangan Umno. Tak berminat sertai BN, akan terus kekal dalam Pakatan Rakyat, maka Umno mulai hentam DAP melalui media lucahnya Utusan Meloya. Kisah liwat kita tunggu 16hb Mei pulak, lepas tu hentam Anwar Ibrahim pulak. Dalam pada dok tunggu tarikh itu, jangan dok biar vakum.. rekacipta pulak onar oleh dua budak blogger Umno yang menimbulkan sensasi ada ura-ura nak jadikan Kristian agama rasmi . Perghhh Utusan Meloya kutip tahyul oleh penglipurlara moden yang tidak dapat disahkan ini. Hmmm kalau lah kisah tahyul ini, diutarakan bloger Pakatan Rakyat dah tentu merasa nasi bungkus dan tidur beralaskan simen. Tambahan kalau Surat khabar Harakah, Suara Keadilan maupun Rocket gamaknya belum sempat edar dah kena rampas. Itulah gambaran kecekapan pihak berwajib yang menutup sebelah mata dalam melayani karenah politik sehingga membiarkan kes sensitif seumpama itu dibiarkan berkumandang hangit dalam media Utusan Meloya. Wartawan utusan Malaysia amat ketara sekali tidak mempunyai harga diri kerana dengan semaunya mencabuli segala perkara mengikut telunjuk berkait, runcing di luar pepat di dalam . Iye kerana mereka dilindungi Akta Utusan Malaysia yang tersendiri. Wartawan sebenarnya telah mempunyai satu instinct nilai berita yang tinggi, tetapi wartawan juga mempunyai self censored dalam diri masing-masing, iaitu bijak menilai bahan diboleh dan tidak diboleh siarkan, terikat dan mengikat diri dengan nilai-nilai norma harga diri dan sosial. Namun dalam kes wartawan Utusan Meloya ini, apa yang cuba dipertahankan bukan lagi maruah diri dengan baik, tetapi tergamak meruntuhkan nilai diri demi mempertahankan Umno. Kenyataan rakan karib Umno iaitu UPKO iaitu Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu, melalui presidennya Tan Sri Bernard Dompok yang berkata, tidak menjadi masalah jika perdana menteri Malaysia itu seorang beragama Kristian, menambahkan lagi parah kepada Utusan Meloya itu. Mengapa Utusan tidak menghentam Dompok. Senyap dan sunyi. Mudah sahaja perkiraannya kerana ia datangnya dari rakan Umno yang menghentam media Umno dan secara tidak langsung Umno sendiri. Berani sungguh Dompok yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) . Malahan, katanya , Perlembagaan Persekutuan tidak mengatakan hanya perdana menteri yang beragama Islam yang boleh menerajui kerajaan. "Bagi persoalan seorang perdana menteri Kristian, apa masalahnya, saya tidak nampak. "Jika orang Iban, Bidayuh, Kadazan, Murut, Kelabit, Cina atau India yang memenuhi peruntukan Artikel 43 Perlembagaan Persekutuan, dia boleh menjadi perdana menteri negara ini," kata Dompok. Dompok taurut menyifatkan laporan Utusan Malaysia bertajuk "Kristian Agama Rasmi?" boleh menjejaskan keharmonian dan perpaduan kaum dalam negara. "Bagaimana sebuah akhbar boleh menyiarkan laporan dengan memetik daripada penulis blog? Ia tidak bertanggungjawab. Saya telah beberapa kali ke gereja dan selama ini mereka berdoa yang baik mengenai negara, pemimpin dalam kerajaan dan rakyat Malaysia. |
You are subscribed to email updates from PERAKITE To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan