Selasa, 10 Mei 2011

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


We give you IC, You give us undi??

Posted: 10 May 2011 09:00 AM PDT


UMporNO nak rampas semula Selangor!!

Weh... nak tawan Selangor, ekk?? Nak guna apa saja senjata yang boleh, ek??

Ek ele.... ingatkan senjata apa ler?? Ruper nyer mereka nak guna gerombolan lanun dari tanah seberang. Ha.. ha.. ha.. Guna lanun upahan dari Indonesia ruper nyer. Upahnyer apa, ya??

Ha... ha... Lu jadik gua punya lanun, gua kasi lu kewarganegaraan. We give you IC... You give us undi. [Baca sini]

La... itu ke senjata mereka untuk rampas semula Selangor?? Itu satu tindakan umpama 'menjual' negara kepada bangsa luar. Bahaya... permainan UMporNO ni. Tapi tak heran.... Kalau mereka boleh bikin di Sabah, kenapa pulak di Selangor tak boleh?? Demi kuasa... mereka sanggup lakukan apa saja. Janji kuasa berada di tangan mereka. Lahanat betoi puak-puak ini.

Rakyat Selangor.... tengok dan lihat perbuatan keji UMporNO. Sekarang pun dah berlambak-lambak pendatang Indon bermaharajalela di sini, fikirkan apa akan jadi pada nasib anak tempatan Selangor pada masa akan datang?? Bayangkan..... Imajinasikan.... kesannya pada kita dan generasi kita?? Menakutkan, bukan???

Bukan ke aku dah kata dalam N3 terdahulu... PDRM, SPR dan JPN sudah jadi lembu bercucuk hidung, yang sudah mati kutu. Moo.. moo.. here and moo... moo.. there, ikut sajer apa yang UMporNO kata.

Jadi... jangan biarkan ini berlaku. Ini satu perbuatan khianat kepada negara. Tolak UmporNo secara total!! Jangan kasik muka sama mereka. Tanpa UMporNO negara lebih selamat dan sejahtera!!

Ayoyo.... Pandi Kutty

Posted: 10 May 2011 04:58 AM PDT


Siapa pandi kutty??

Utusan Melayo dakwa...
Anwar panggil Najib pandi kutty!!

Kah... Kah... Kah...

Anwar nafi dia panggil Najib, pandi kutty
Yang kata dan spin citer ialah geng depa jugak.

Siapa??

Utusan Meloya ler!!

Kah... kah... kah...
Jadi, Utusan Melayoler pandi kutty!!

[Baca sini]

Melayu kena 'stroke'

Posted: 09 May 2011 08:00 PM PDT


LAPORAN berita yang berunsur provokasi agama di Utusan Malaysia sebelum ini dengan tajuk "Kristian Agama Rasmi?" telah berjaya menaikkan darah orang-orang Melayu.[Baca sini]

Tuuu dia.. Utusan berjaya naikkan darah orang-orang Melayu. Bahaya... bahaya... Bahaya Utusan Meloya ni. Dia, ejen naikkan darah. Gejala yang boleh memudaratkan. Utusan Meloya bisa membunuh bangsa Melayu!!

Laporannya yang tidak bertanggung jawab boleh membuat bangsa Melayu kena stroke. Fuhh... bahaya. Bangsa Melayu boleh mati!! Bangsa Melayu boleh lumpuh!! Bangsa Melayu boleh jadi 'vegetable'.

Yaaa Aammpooonnn!!! Jauhi bangsa Melayu daripada mala petaka ini. Otak bangsa Melayu tak boleh 'mati'. Otak dan minda bangsa Melayu mesti terus aktif dan subur berfungsi supaya dapat menilai perbuatan khianat UmporN@BN terhadap mereka. Bangsa Melayu mesti cergas anggota tubuh badan mereka supaya dapat bergerak menentang perbuatan khianat UMporNO@BN.

Malangnya, itulah kerja Utusan Meloya. Mereka suka jika Melayu terencat otak mereka. Lantas, mereka sajikan berita-berita yang bisa menaikkan darah bangsa Melayu supaya mereka kena 'stroke'. Ini akan memudahkan mereka untuk memperkunta-kintekan bangsa Melayu mengikut telunjuk UMporNO@BN.

Berita seumpana tajuk di atas bukan menguntungkan bangsa Melayu tetapi merugikan kita. Sebab itu.... bangsa Melayu kena sentiasa cool.... Jangan cepat melatah dan terpedaya dengan perbuatan jahat Utusan Meloya. Jaga-jaga... Jangan biarkan darah kita naik.

Stay coolll.... Stay focus. Counter serangan mereka secara bijaksana. Jangan menari ikut rentak mereka. Sebaliknya, Pakatan Rakyat kena terus bersatu, atur strategi... gembeling tenaga supaya kita boleh jatuhkan UMporNO@BN. Ingat musuh utama kita ialah UMporNO@BN.

UMporNO sekarang berada dalam keadaan yang lemah dan tak tentu arah. Buat itu tak kena... buat ini tak kena.... Semua yang mereka lakukan backfire mereka balik. Mereka dah jadi giler babi!!

Biarkan mereka dengan gilerr babi mereka. Kita fokus dan bersiap sedia untuk menghadapi PRU13 dengan lebih yakin. Ingat... bersatu kita teguh bercerai kita roboh. Jadikan serangan bingai Utusan itu sebagai 'glu' untuk kita perkukuh kesatuan antara kita.

Ha... ha... ha... Jangan pulak kita jadi Melayu seperti dalam gambar di atas. Itu jenis Melayu yang dah kena 'stroke' kesan kenaikan darah yang mendadak akibat penangan berita Utusan Meloya. Mampuih pi mereka!!

Melayu Pakatan Rakyat kuat daya tahannya, kan... kan... kan??

Hidup Pakatan Rakyat!! Mampoooss UMporNO!!

Langkah mengurangkan penyakit kencing manis

Posted: 09 May 2011 05:15 PM PDT

KUALA LUMPUR, 9 Mei – Harga gula mengalami kenaikan 20 sen sekilogram kepada RM2.30 berkuat kuasa esok.

Kenaikan itu sebahagian daripada langkah rasionalisasi, yang akan membolehkan kerajaan menjimatkan RM116.6 juta.

Minggu lalu, harga petrol RON97 mengalami kenaikan 20 sen seliter.

Dalam pada itu laporan Bernama memetik Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Mohd Zain Mohd Dom berkata, langkah untuk merasionalisasikan harga runcit gula itu dibuat selaras dengan keputusan mesyuarat Majlis Ekonomi hari ini.

"Kerajaan telah membuat keputusan untuk merasionalisasikan subsidi dan dalam hal ini, Majlis Ekonomi menetapkan subsidi tanggungan kerajaan untuk gula perlu diturunkan lagi," katanya.

Beliau berkata walaupun berlaku kenaikan, harga runcit gula di Malaysia masih rendah berbanding negara serantau seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.

Sebagai contoh, katanya harga runcit gula di Indonesia ialah RM3.80 sekilogram, Singapura (RM3.61), Thailand (RM2.31) dan Filipina (RM4.50).

Mohd Zain berkata sebelum merasionalisasikan harga runcit gula itu dibuat, kerajaan terpaksa menanggung subsidi sebanyak RM400 juta setahun.

Dengan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen, kerajaan masih menanggung subsidi sebanyak RM283.4 juta setahun dan penjimatan sebanyak RM116.6 juta setahun boleh diguna untuk pembangunan lain, katanya.

Beliau berkata kebanyakan gula yang berada di pasaran negara diimport dari Australia dan Brazil.- MI

Kerajaan Barang Naik telah menaikkan lagi harga barang. Selepas menaikkan harga petrol, kini harga gula pulak naik.

Apa??

Kah... Kah... kah... Kurangler orang kena kencing manis!!!

Hmmm....Yer ler tu!!

Inilah dia kerajaan giler. Gilerr naik harga barang. Itu yang diumumkan. Yang naik secara diam-diam tak dihebohkan, amacam?? Even, plastik buang sampah pun naik gilerr. Kesian rakyat terbanyak yang kerja, kais pagi makan pagi kais petang makan petang.

Harga barang naik sudah dua tiga kali tetapi upah@gaji tak jugak naik-naik. Cer bayangkan kehidupan yang mereka lalui?? Mana dengan nak makan nyer... Nak bagi anak sekolah nyer... nak bayar bil ulitili itu ini nyer... Hisy..!!! Kesian mereka.

Pada aku... Kerajaan Barang Naik ni ialah kerajaan yang tak berhati perut. Mereka yang perabiskan duit dalam kantung negara, lepas tu perah rakyat untuk mengisinyer semula. Kalau perabis untuk menyenangkan rakyat tak per, ini tidak...., mereka perabiskan untuk kroni dan proksi.

Lepas tu, nak menyedapkan hati, bagi alasan kononnyer harga gula kita lebih rendah daripada Indon dan lelain negara Asean. Ituler modal demer, dulu... kini... dan selamanyer. Pooraah...!!

Nanti komer... PRU13 nanti, rakyat ajar komer cukup--cukup!! Rakyat dan negara akan lebih sejahtera tanpa UMporNO@BN.

Tiada ulasan: