PERAKITE |
- Pantai Timur lokasi terbaik untuk sebar radiasi, Lynas
- DSAI tak payah layan tuntutan sumpah
- Kajian Zentrum banyak tak boleh pakai akhir-akhir ini
| Pantai Timur lokasi terbaik untuk sebar radiasi, Lynas Posted: 06 May 2011 07:19 PM PDT Siapsedia rakyat Pantai Timur Malaysia - lokasi anda tempat terbak untuk proses bahan radio aktif. Bunyi manis sangat kalau guna terma nadir bumi.. gunapakai perkataan radio aktif baru rasa gerun sikit kut. YES. Pantai timur di Malaysia sebagai "tempat terbaik di dunia" bagi mendirikan pusat pemprosesan nadir bumi, kata Pengerusi Eksekutif Lynas Corporation Nicholas Curtis. "Loji berkenaan tidak didirikan di Australia meskipun telah mendapat kelulusan membina pusat penapisan di negara itu. Sepatutnya dibina di Australia tetapi "perkara itu tidak menjadi. ![]() "Australia bukan, malangnya, kompetitif dalam industri kimia berbanding pantai timur di Malaysia. Ia adalah tempat terbaik di dunia bagi mendirikan pusat berkenaan." Curtis berkata Lynas senang dengan persekitaran perniagaan dan infrastruktur di Malaysia dan "paling utama adalah rakyatnya". Rakyat tak membantah ? Pendedahan bahawa pusat pemprosesan nadir bumi di Gebeng yang terletak kira-kira 25 km dari timur laut Kuantan, Pahang telah menimbulkan kemarahan penduduk sekitar yang bimbang kemungkinan radiasi yang boleh menjejaskan kesihatan mereka dan juga orang ramai sekitar kawasan perindustrian tersebut. |
| DSAI tak payah layan tuntutan sumpah Posted: 06 May 2011 07:08 PM PDT Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa agar tidak melayan tuntutan sumpah balas berhubung isu video seks yang dikaitkan dengan dirinya. Menurut ahli akademik Prof Dr Ashraf Md Hashim (tengah) gesaannya itu bertujuan mendidik masyarakat khususnya umat Islam berhubung isu bersumpah laknat yang berulang-kali berlaku di kalangan masyarakat"(Pertama) kalau ikut syara' tidak perlu (bersumpah) dan ia tidak dituntut oleh syara' kerana dalam (jenayah) hudud, tidak ada sumpah. "Tapi kalau nak sumpah juga, itu bukan syariat yang tuntut. Bagi saya, masyarakat kena didik juga, kalau bersumpah jugak nanti lepas ini orang macam tu (bersumpah) jugak. "Sumpah, sumpah tak habis-habis. Masyarakat perlu dididik apa sebenarnya yang dituntut oleh syariat. Tapi kalau tidak dituntut oleh syariat, tak payah," katanya. Tegas Dr Ashraf lagi gesaan itu juga ditujukan kepada parti politik tertentu supaya "keadaan yang memalukan" itu tidak mengaibkan masyarakat Islam. "Kalau nak main politik, main cara lain lah. Kalau ini hal politik (terutama kepada) kedua-dua pihak," katanya yang juga mantan exco Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Pada 29 April lalu, Datuk Shazryl Eskay Abdullah - seorang anggota trio Datuk T - muncul di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul bagi melakukan sumpah laknat. |
| Kajian Zentrum banyak tak boleh pakai akhir-akhir ini Posted: 06 May 2011 07:03 PM PDT Zentrum Future Studies seringkali menjadi sumber rujukan poltiik wal hal laporannya akhir-akhirnya banyak menyimpang daripada hakikat nyata. Kajiannya nampak tempang dan tak berapa nak betul? Zentrum berpendapat Pakatan Rakyat Perak perlu menyusun sitrategi lebih berkesan untuk menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti.Memanglah walau apa keadaan sekalipun Pakatan Rakyat Perak sepatutnya telah lama bekerja keras. Telah lama menyusun strategi... kalu nak menang. Jentera Pilihanraya Pakatan Rakyat Perak sepatutnya telah dapat menghidu strategi Umno Bn dalam menghadapi pilihahanraya negeri Perak nanti. Lantaran itu isu-isu lama perlu disegarkan kembali, khususnya isu rampasan kuasa. Jentera PR Perak juga wajar bersiap sedia kembali dengan bahan-bahan untuk menguburkan isu-isu yang disensasikan Umno khusunya membabitkan Menteri Besar Pakatan Rakyat DS I Nizar Ir Haji Mohamad Nizar Jamaluddin. Umno pastinya cuba mengelirukan Melayu dengan isu sembah derhaka, isu pemberian tanah kepada Cina dan boneka kepada DAP. Isu-isu inilah yang sarat digunakan semasa kempen pilihanraya Parlimen Bukit Gantang yang pada hakikat sebenarnya hampir memusnahkan harapan Nizar memenanginya. Tak berapa nak masuk akal untuk Zentrum mengatakan bahawa kajian yang dijalankan jelas menunjukkan sentimen kemarahan rakyat berhubung tindakan BN merampas kerajaan negeri dari Pakatan Rakyat awal tahun lalu, kini sudah tidak lagi relevan. Rakyat Perak tidak mudah lupa akan hal seumpama itu. Memang kelihatan silent namun pada dasarnya mereka tahu tahu jika disuarakan atau dilaungkan sekalipun ia tidak mendatangkan hasil.. kecuali dibuktikan melalui PRU13. Memang dipersetujui, Nizar kekal menjadi ikon yang disegani dan diperlukan di kalangan parti Pakatan Rakyat Perak, tetapi tekanan tertentu sedang berlaku di negeri Perak dengan menonjolkan tokoh lain. Namun demikian Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pernah mengumumkan bahawa DAP akan tetap menyokong Nizar sebagai MB Perak. Kajian oleh pemimpin Zentrum, Dr Abu Hassan Hasbullah jelas sekadar membuat kajian yang longgar, mungkin memilih dua tiga kerat pola penduduk Perak untuk dijadikan dasar kajian. Saya bersetuju dengan Cenangau bahawa sebenarnya kajian Zentrum sejak akhir-akhir ini diragui terutama sekali untuk PRK semua dah lari jauh. Dan yang terbaru PRN Sarawak pun tak mengena langsung. Saya yakin DAP akan mengekalkan kesemua kerusi DUN yang dimenangi pada PRU 2008, begitu juga PKR akan memenangi semula kerusi yang ditandingi calon Cinanya, namun bagi kawasan yang diwakili calon dan India dan Melayunya akan menghadapi saingan hebat. Begitu juga dengan PAS. Selain itu, saya tertarik melihat usaha Zentrum untuk mengatakan bahawa Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim merupakan orang yang diharapkan dan amat perlu ditonjolkan ke depan oleh Pakatan Rakyat Perak untuk mengimbangi Nizar. Saya kira tidak wajar bagi Zantrum untuk memperkecil-kecilkan tokoh bukan dari PAS umpama Dr Mohamad Noor Manutty, Pengerusi PKR Perak. ""Takkan kut Dr. Abu Hasan nak suruk PR tonjolkan Drs Khalil atau nama cina dia Lim Chuan Hing ni sebagai calon MB, Mana boleh. Dia tu Cina, undang-undang tubuh Perak cuma benarkan orang Melayu saja jadi MB. Kalau cina boleh jadi MB Perak, masa lepas PRU12 hari tu lagi Ngeh dah jadi MB Perak." quote from Cenangau |
| You are subscribed to email updates from PERAKITE To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Menurut ahli akademik Prof Dr Ashraf Md Hashim (tengah) gesaannya itu bertujuan mendidik masyarakat khususnya umat Islam berhubung isu bersumpah laknat yang berulang-kali berlaku di kalangan masyarakat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan