PENYAPU SIAL |
- sumpah bebudak eskay dan geng temberang jadi bahan lawak....UMNO semakin terjerat...!!!
- Jihad kepala butoh la muhyiddin...perompak besar bapak perasuah 1 malaysia nak berjihad tentang rasuah.....nak tutup rasuah lubang biawak pun tak mampu...temberang aje yang lebih...!!!
- Padan Muka Rakyat 1 Malaysia, Kamu Telah Dikastakan Dan di Tipu Pukimak Najib....!!!!
| sumpah bebudak eskay dan geng temberang jadi bahan lawak....UMNO semakin terjerat...!!! Posted: 06 May 2011 09:48 PM PDT ![]() "Pada hari ini, 29 April 2011, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, saya Shazryl Eskay Abdullah berikrar dan bersumpah seperti berikut: "A'uzubillahi minal syaitanirrajim, aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang dirakamkan pada 21 Februari 2011. Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut. Sekiranya aku melakukan fitnah, maka Allah akan melaknat akanku." Demikian lafaz sumpah Eskay. Allah jadi saksi. Wartawan pun jadi saksi. Editor akhbar dan televisyen pun menyaksikan. Maka, termasuk juga semua pembaca akhbar, blog dan penonton televisyen menyaksikan bahawasanya Eskay bersumpah bahawa pelaku adegan video lucah memaparkan orang berzina adalah Anwar Ibrahim. Lafaznya jelas dan maksud yang terkandung dalam lafaz itu pun terang. Eskay mengisytiharkan Anwar Ibrahim adalah pelaku/penzina dalam video berkenaan. Bagaimanapun Rabu lalu (4 Mei 2011) Eskay memberitahu sidang media di luar pejabat polis Kepong: "Saya tidak pernah menuduh Anwar berzina. Bila saya tuduh dia berzina? Soal dia zina atau tidak berzina tidak ada kena mengena dengan saya," kata Eskay. Sebaliknya dalam penafiannya itu, Eskay meletakkan beban fitnah kononnya Anwar adalah pelaku dalam video itu (yang membawa makna Anwar berzina), di bahu wartawan. Eskay berkata, beliau menjemput wartawan terpilih untuk menonton video itu di Hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu kerana mahu mereka membuat penilaian sama ada pelaku dalam rakaman itu adalah Anwar atau bukan. "Saya menghubungi wartawan untuk tanya sama ada orang dalam rakaman itu adalah Anwar. Itu sahaja. Anda yang paling rapat dengan dia, selalu mewawancara dia," kata Eskay kepada para pemberita. Yang jelas kenyataan media itu bercanggah dengan sumpah laknat yang dilafazkannya di masjid Amru Al-As, Sentul. Yang menjadi persoalan, mengapa Eskay kali ini berusaha menafikan pernah membuat tuduhan Anwar berzina? Adakah beliau bermaksud mengatakan bahawa beliau tidak faham kandungan lafaz sumpahnya kerana penguasaan Bahasa Malaysianya lemah? Atau, beliau memang tidak faham lafaz sumpah itu kerana sebenarnya teks sumpah berkenaan bukan beliau tulis sendiri? Atau, mungkinkah Eskay ada maksud lain yang hendak beliau sampaikan melalui majlis sumpah itu? Mungkinkah Eskay terpengaruh dengan taktik yang pernah digunakan oleh Raja Petra Kamaruddin yang menafikan beliau pernah menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Rosmah Mansor terbabit dalam kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shariibu? Namun seperkara perlu diingat kes Raja Petra dengan kes Eskay ini amat jauh bezanya. Raja Petra membuat perakuan bersumpah bahawa perdana menteri dan isterinya terbabit dalam kes pembunuhan ngeri itu berpaksikan maklumat yang diberikan oleh suatu sumber yang pada anggapannya sahih di sisi undang-undang negara. Justeru itu beliau mahu dakwaan sumber itu disiasat. Sebaliknya dalam lafaz sumpahnya Eskay mendakwa beliau berada di tempat perzinaan itu berlaku. Meskipun memberi alasan menayangkan video zina itu kepada wartawan terpilih kerana mahu mereka (wartawan) membuat pengecaman siapa pezina itu atas kepercayaan mereka (wartawan) lebih mengenali Anwar kerana sering mewawancara beliau, Eskay dengan jelas menyebut pelaku itu adalah Anwar. Lafaz itu dibuat di rumah Allah dengan menyebut nama Allah. Paling nyata ialah, Raja Petra membuat perakuan bersumpah mengikut undang-undang buatan manusia. Namun Eskay melafazkan tuduhan menurut peraturan agama Islam. Meskipun sebelum itu beliau diberi nasihat di masjid yang sama bahawa sumpah laknat ini tidak sesuai dilafazkan dalam usahanya untuk membuktikan "kerendahan moral" Anwar, Eskay dengan yakin dan diapit oleh regu Datuk T – Rahim Thamby Chik dan Shuib Lazim -- melakukannya juga. Mungkinkah setelah lafaz sumpah laknat itu baru Eskay sedar sebilangan besar ulama di Negara ini berfatwa penuduh orang lain berzina tetapi gagal mengemukakan empat saksi perbuatan dosa besar itu mesti dirotan 80 kali seperti yang diwajibkan Allah dalam al Quran. Mungkinkah Eskay dan regu Datuk T kemudiannya baru juga insaf tindakan bersumpah itu sebenarnya adalah satu strategi yang salah. Tindakan beliau sebenarnya meletakkan seluruh wibawa keIslaman kerajaan Umno-BN menjadi bahan senda gurau kerana gagal melaksanakan hukum Allah? Regu Datuk T tidak ada empat saksi yang melihat perlakuan zina itu. Mufti dan ulama berhukum bahawa bahan mati seperti video tidak boleh menggantikan ketetapan Allah. Pembuktian tuduhan zina mesti ada empat saksi yang tidak tercemar peribadi mereka. Lantas kesudahan kerja dan tuduhan Eskay dan rakan-rakannya ialah, mereka wajib dirotan 80 kali. Adakah Eskay, Rahim, dan Shuib takut kena rotan? Atau, mereka lebih takut "dirotan" oleh parti junjungan mereka, Umno, yang diaibkan oleh perbuatan mereka itu? Maka, mungkinkah kerana itu Eskay perlu menarik balik sumpahnya dengan mengatakan tidak pernah menuduh Anwar berzina? Siapa pelaku seks dalam video itu belum dapat dipastikan. Namun apa yang sudah pasti ialah, siapa yang merakam, menayangkan dan bersumpah dengan nama Allah akan butir video itu sudah diketahui umum. Umum juga sudah tahu apakah hukuman yang perlu dikenakan terhadap pihak yang sewenang-wenangnya menuduh orang lain berzina. Regu Datuk T memilih untuk menuntut keadilan dan membuktikan kebenaran tuduhan mereka di dalam mahkamah Allah. Hukum Allah jelas dan tegas. Apa yang dinantikan khalayak umum di Negara ini hari ini (tidak kira penganut Islam atau bukan) adalah, apakah kerajaan yang diterajui oleh Umno hari ini tegas melaksanakan hukum Allah? Atau, adakah sama seperti Eskay dan Regu Datuk T nya, Umno juga akan cuba lari dari tanggungjawab dan peluang menegakkan syariat Allah di bumi Malaysia ini? |
| Posted: 06 May 2011 07:37 PM PDT dah boroi makan duit rasuah....jangan harap la...nak basmi rasuah....ikan bilis pun boleh mampos kat banggunan SPRM... Jihad perangi rasuah yang lancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin baru-baru ini adalah kenyataan berunsur politik dan pembohongan baru demi mengembalikan sokongan rakyat kepada BN. Muhyiddin dipetik sebagai berkata untuk memerangi rasuah secara menyeluruh, sewajarnya gejala ini dibendung sehingga ke akar umbi. Rakyat tidak akan lupa dengan bukti berupa dokumen mengenai komisen RM400 juta pembelian pesawat dari Russia, Sukhoi yang diberi kepada bekas Setiausaha Agung Umno dan komisen sejumlah RM520 juta (100 juta Euro) kepada Abdul Razak dalam pembelian dua kapal selam untuk Kementerian Pertahanan.. BN berbohong kepada rakyat untuk berusaha memerangi amalan rasuah dengan jihad dan mengaku ia merupakan prioriti BN sedangkan ianya adalah omongan kosong semata-mata.Rakyat perlu didedahkan dengan rasuah besar yang berlaku dalam negara oleh BN di mana perjanjian pembelian dua kapal selam Scorpene bernilai berbilion dollar itu dimeterai oleh Datuk Seri Najib sendiri selaku Menteri Pertahanan pada 2002. Pembelian dua kapal selam itu jelas wujud elemen rasuah, dan hingga hari ini Najib masih belum membersihkan namanya dari tuduhan kemungkinan wujud rasuah berjumlah RM520 juta untuk dua kapal selam tersebut,.. Umno BN adalah sinonim dengan amalan rasuah yang diketahui umum oleh rakyat, tetapi bersorak kepada rakyat bahawa mereka pejuang sejati menentang rasuah.Walaupun tidak dinafikan tindakan dilakukan kepada pengamal rasuh namun biasanya yang akan ditangkap kemudian dibicara adalah rasuah yang bernilai ribuan ringgit. Amat malang di negara ini apabila kes rasuah yang melibatkan pemimpin dalam BN bernilai ratusan juta dibiarkan begitu sahaja. Kita yakin rakyat tidak semudahnya boleh menerima pembohongan dari pimpinan tertinggi negara dalam isu ini. Rakyat perlu bijak menilai perbuatan pemimpin BN yang sentiasa berlakon dan berhelah untuk menipu rakyat.. |
| Padan Muka Rakyat 1 Malaysia, Kamu Telah Dikastakan Dan di Tipu Pukimak Najib....!!!! Posted: 06 May 2011 07:25 PM PDT ![]() Minyak naik lagi 20 sen? Peduli apa dengan minyak naik 20 sen, aku guna minyak RON 95. Yang naik RON 97 je." Ini adalah ungkapan yang paling umno pernah hamba dengar dari ramai-ramai kawan hamba yang ada. "Yang kome komplen sesangat minyak naik sampai RM2.90 tu apahal, yang naik tu RON 97. RON 95 kan ke ada. Maintan je harganya." Ini pun ayat yang sungguh umno yang hamba pernah dengar dari reramai kawan-kawan hamba. Hendak kata kurang cerdik, akal ada, hendak kata tiada akal, cerdiknya ada sikit-sikit. Yang pastinya bukan bodoh, tetapi tidak berpengatahuan apa itu RON. Research Octane Number, ada sesiapa pernah dengar? Hamba pun tidak biasa dengar. Tetapi tahulah apa maksud itu. Senang-senang cerita, beza antara RON97 dan RON95 ini bukannya bermaksud RON97 lagi power dari RON95, bukan,.. bukan. Beza RON 95 dan RON 97 ialah perbezaan pembakaran lengkap minyak didalam kebuk pembakaran sesuatu enjin kereta. Pembakaran lengkap minyak pada RON 97 adalah lebih baik daripada RON 95. Jadi, apahalnya dengan pembakaran sempurna ke, tidak sempurna ke, apa kesnya? Kesnya ialah, jika pembakaran minyak tidak sempurna berlaku didalam kebuk pembakaran, maka setiap kali pencucuh meletup contohnya kali pertama setiap pusingan omboh, minyak yang tidak terbakar akan tersimpan di dalam kebuk pembakaran itu. Jika berlaku letupan kedua pencucuh, maka minyak baru dan minyak yang tersimpan didalam kebuk pembakaran tadi akan terbakar atau meletup pada kadaran masa yang tidak sama. Minyak baru mungkin akan meletup dahulu dan minyak yang tersimpan tadi akan meletup kemudian. Maka gegaran didalam kebuk pembakaran akan berlaku. Fenomena ini dinamakan penipuan Najib, eh silap,.. bukan penipuan Najib, tetapi 'Knocking' fenomena pada enjin. Itu baru sekali pencucuh meletup sudah bergegar. Jika kereta itu membawa perlahan dengan 1000 RPM, maka kemungkinan dapat 500 kali gegaran dalam seminit. Itu baru satu omboh, jika ada 4 omboh, kali 4 lah untuk seminit. 2000 kali gegaran. Jika bawa laju, hingga 3500 RPM, hah kiralah sendiri. Bawa kereta dengan RON97, knocking pada enjin akan berkurangan jika menggunakan RON95. Itulah bezanya. Atau lebih senang kata, siapa hendak enjin keretanya rosak cepat, gunakanlah RON95. Siapa yang berkehendakkan enjin keretanya selamat, gunakanlah RON97. Ikut pandai koranglah hendak guna minyak mahal atau minyak cap ayam. Yang PASTINYA, sekarang ini, negara Malaysia telah melaksanakan suatu sistem kasta, dimana rakyat marhaen yang miskin dan tidak mampu menggunakan minyak mahal, akan menggunakan minyak cap ayam RON95, manakala yang kaya dan berduit @ kroni umno's, maka mereka perlu menggunakan RON97 kerana spare part kereta puak umno semuanya mahal-mahal belaka. Maka kesimpulannya, padanlah muka umat 1 Malaysia yang telah dikastakan mengikut minyak RON 95 atau 97. Kasta tinggi akan dinamakan Kasta RON 97 dan Kasta paria akan dinamakan RON 95. Namun rakyat Malaysia peduli apa, minyak naik ke, turun ke, undi tetap BN, sebab kami semua sudah terbiasa dengan perangai kasta rendah ini. Padan muka Melayu......Hendak dengar kutukan pada umno apco lagi? " ![]() |
| You are subscribed to email updates from penyapu sial To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



Tiada ulasan:
Catat Ulasan