Ahad, 1 Mei 2011

PERAKITE

PERAKITE


PRK tidak perlu diadakan lagi di empat negeri

Posted: 01 May 2011 12:42 AM PDT

Pilihan raya kecil tidak perlu diadakan di empat negeri jika berlaku kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ekoran penggal DUN negeri berkenaan telah genap tiga tahun.
Negeri berkenaan ialah Sabah yang tempoh tiga tahun DUN tamat pada 29 April, Negeri Sembilan (25 April), Selangor (22 April) dan Melaka (21 April).
Kedudukan DUN di negeri berkenaan berdasarkan Artikel 54 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh tiga tahun sebelum tamat sesi Parlimen dan DUN seperti yang termaktub dalam undang-undang.
Tiga negeri akan cukup tempoh tiga tahun DUN pada bulan ini adalah Terengganu (6 Mei), Kedah (20 Mei) dan Pahang (21 Mei), manakala DUN yang cukup tempoh tiga tahun bulan hadapan adalah negeri Perlis dan Perak (24 Jun) dan Johor (19 Jun).
Tempoh tiga tahun bagi DUN Kelantan adalah pada 7 Julai manakala Pulau Pinang merupakan negeri terakhir tempoh tiga tahun DUN tamat iaitu pada 21 Julai.
Mandat Kerajaan Persekutuan sekarang akan berakhir pada April 2013.
Rabu lepas, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata pilihan raya kecil kerusi Parlimen tidak perlu diadakan selepas 28 April memandangkan penggal Parlimen ke-12 ini telah mencapai tempoh mandat tiga tahunnya.
Abdul Aziz berkata tempoh akhir bagi mengadakan pilihan raya kecil kerusi DUN adalah berbeza, bergantung kepada tarikh kali pertama DUN berkenaan bersidang selepas pilihan raya umum lepas.
Bagaimanapun, katanya PRK boleh diadakan selepas tempoh itu sekiranya ada keperluan khas termasuklah jika berlaku situasi kerajaan pusat atau negeri tidak lagi mempunyai majoriti di dalam Dewan Rakyat atau DUN, menyebabkan kerajaan sedia ada hilang kelayakan untuk memerintah negara atau negeri.
Selepas pilihan raya umum 2008, sebanyak 16 pilihan raya kecil diadakan, iaitu enam bagi kerusi Parlimen dan 10 DUN, membabitkan kos lebih RM11 juta.
Enam kerusi Parlimen iaitu Pematang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Hulu Selangor, Sibu dan Batu Sapi manakala 10 kerusi DUN - Bukit Selambau, Batang Ai, Manek Urai, Permatang Pasir, Penanti, Bagan Pinang, Galas, Tenang, Merlimau dan Kerdau. - BERNAMA

Rakyat Malaysia jangan jadi pokke

Posted: 01 May 2011 12:37 AM PDT

Rakyat Malaysia jangan terus menjadi seperti pokke yang asyik mengangguk sahaja kerjanya sepanjang hayat, kata bekas Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Hashim Yahaya.

Beliau berkata, rakyat negara ini mesti berani untuk membuat perubahan setelah lebih 50 tahun mengiyakan apa sahaja dilakukan oleh kerajaan.

"Jika rakyat negara lain seperti Tunisia menjadi pokke (sejenis haiwan yang suka menganggukkan kepala) lebih 30 tahun, Mesir juga lebih 30 tahun, rakyat Malaysia pula menjadi pokka lebih dari 50 tahun," kata bekas pensyarah UM dan UIAM itu.

Ketika bercakap dalam Bicara Buku Prof Dr Syeikh Yusuf Al-Qaradhawyi, beliau turut melahirkan rasa  kesal dengan tulisan Ulama Muda UMNO dalam sebuah akhbar harian yang dengan mudah menyimpulkan rakyat tidak mentaati kerajaan sekarang ini boleh dibunuh.

"Rakyat hanya wajib mentaati kerajaan yang mentaati Allah dan Rasul-Nya," tegasnya sambil menegaskan bahawa tulisan seumpama itu hendaklah dibuat dengan berhati-hati jangan  menyimpang dari kehendak dan pengajaran agama.

"Rakyat sudah memberikan masa kepada kerajaan yang ada ini melebihi lima puluh tahun dan kini sampai masanya untuk mereka menggunakan kuasa ini memilih parti yang berhasrat mengangkat perjuangan kebenaran," tegasnya.


Politik negara sudah jijik dan kotor, kata Dr Asri

Posted: 01 May 2011 12:22 AM PDT

Politik negara kini memang sudah jijik dah kotor. Isu aib peribadi cuba dijadikan isu rakyat dan negara, kata tokoh agama dr Mohd Azri Zainul Abidin.

"Sangat hina. Jika kita usah layan puak-puak ini pun patut," kata beliau.


Kini, kata beliau, eloklah bagi Datuk Seri Anwar Ibrahim bersumpah menafikan beliau bukanlah pelaku dalam video seks seperti didakwa itu kerana Dato T telah bersumpah..

"Saya tidak bersetuju Dato T bersumpah kerana itu hanya bertujuan mendedahkan keaiban orang lain. Oleh kerana mereka sudah bersumpah dan menimbulkan buruk sangka kepada pihak yang dituduh, mengapa tidak DSAI (Anwar) bersumpah saja," katanya.

Berikut kenyataan penuh bekas mufti Perlis itu:

Saya tidak bersetuju Dato T bersumpah kerana itu hanya bertujuan mendedahkan keaiban orang lain. Tetapi oleh kerana mereka sudah bersumpah dan menimbulkan buruk sangka kepada pihak yang dituduh, mengapa tidak DSAI (Anwar) bersumpah saja.

Jika beliau tidak salah, apa yang hendak dirisaukan? Ya, bukan satu paksaan, atau kewajiban, tetapi dapat menghilangkan sangkaan. 

Sumpah bukan semestinya di mahkamah. Sumpah di mahkamah ada babnya. Sumpah luar mahkamah ada babnya. Jika isteri suruh suami sumpah bahawa dia tidak curang, adakah berdosa atau Allah mengghukum jika suami bersumpah dia tidak buat, dan memang dia tidak buat. 
Sumpah macam itu dapat menghilangkan perbalahan. 

Namun saya nak tegaskan cara politik kita memang sudah jijik dah kotor. Isu aib peribadi cuba dijadikan isu rakyat dan negara. Sangat hina. Jika kita usah layan puak-puak ini pun patut.

Tiada ulasan: