Muslimeen United |
- CERAMAH ANWAR HEBAT DI MACHANG
- SELAMAT HARI BURUH: JOM TUKAQ MAJIKAN
- Berkat Solat Hajat Bos BN makin merapu (kronologi)
- Datuk T Temberang, Dakwa Dia Diugut Pula
- Gaddafi TERLEPAS, Anaknya TERBUNUH
- Tinggalkan Umno, sertai PAS
- Polis tahan peserta demo hari buruh
- Tok Guru Nik Aziz Mengulas Gesaan Najib Supaya Pas Tinggalkan PR
- Soalan yang tidak dijawab Najib ketika di Terengganu?
- PAS Terengganu kenalpasti calon PRU-13
- PAS Tak Akan Terperangkap Dengan Mainan UMNO
CERAMAH ANWAR HEBAT DI MACHANG Posted: 01 May 2011 04:17 AM PDT Tahukah anda pada hari diadakan ceramah tersebut, sana sini puak-puak UMNO tabur risalah sana sini mengatakan ceramah Anwar dibatalkan. Malah polis mengadakan road block setiap 3km . Tapi rakyat makin kuat sokongan pada Anwar. Ni yang buat Najib makin berpeluh... (gambar dari blog pemuda pas Machang) |
SELAMAT HARI BURUH: JOM TUKAQ MAJIKAN Posted: 01 May 2011 04:15 AM PDT SELAMAT HARI BURUH KEPADA SEMUA BURUH DI MALAYSIA BUDAK-BUDAK MUDA TAU KA APA ITU BURUH? BUKANNYA MINYAK MASAK CAP BURUH KAH! KAH! KAH! JOM KITA TUKAQ MAJIKAN DALAM PRU 13 NANTI KITA PILIH MAJIKAN YANG BOLEH, BAGI KITA GAJI LEBIH TINGGI. KITA PILIH MAJIKAN YANG BOLEH, BAGI HARGA BARANG LEBIH RENDAH BUKANNYA MAJIKAN YANG MENJANA TRANSPORNOSI KAH! KAH! KAH! |
Berkat Solat Hajat Bos BN makin merapu (kronologi) Posted: 01 May 2011 01:33 AM PDT BERKAT kita di dalam PR sering melakukan sembahyang hajat dan tidak putus-putus berdoa, maka hari ini kita dapat melihat kesannya ke atas musuh kita. Najib, Muhyiddin dan Umno kini kepanasan tidak tahu lagi arah haluan mereka. Umno kini boleh diibaratkan sebagai kera sumbang. Di dalam Bn, Umno kini terpulau oleh MCA dan Gerakan akibat kelakuan Umno yang hanya pentingkan diri sendiri. MCA dan Gerakan telah melihat sendiri betapa kaum Cina yang diwakili oleh mereka selama ini telah berpaling kepada DAP. Kebijaksanaan kaum Cina berpolitik amat merunsingkan Umno, justeru itu akhbar milik mereka Utusan Malaysia serta dibantu oleh PERKASA terpaksa memainkan isu perkauman.
Kronologi Najib 'mintak nyawa' untuk selamatkan Barisan Nasional:
UMCO Tebal Muka Pelawa DAP Sertai BN? KUALA LUMPUR, 26 April: Setelah berjaya memecahkan PAS dengan isu kerajaan perpaduan, Umno kini dikatakan sedang mendekati DAP pula atas agenda membawa masuk parti itu ke dalam Barisan Nasional (BN).
Dan ini jawapan DAP: DAP tolak pelawaan Umno sertai BN DAP akan menolak jemputan Umno untuk bersama dengan Barisan Nasional (BN) jika benar akan ada pelawaan seumpama itu, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Bila usaha mempelawa DAP tidak berjaya, DAP menjadi anggur masam.... Najib beralih kepada PAS dan memperlekeh DAP! Najib sekali lagi ajak PAS sertai BN KUALA TERENGGANU, 30 April — Datuk Seri Najib Razak meneruskan usahanya dengan hari ini sekali lagi mempelawa PAS agar menyertai BN sambil berkata, sudah tiba masanya PAS meninggalkan DAP atas alasan ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam. "Kenapa buat baik dengan DAP? Adakah DAP boleh perjuangkan Islam?" Hadi (Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang), cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP, masuk BN," kata Perdana Menteri ketika berucap pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia dekat sini.
Pada hari yang sama, PAS bulat-bulat menolak pelawaan Najib yang sudah tenggelam-timbul kelemasan.. KUALA LUMPUR, 30 April – Sambil mengucapkan "terima kasih" kepada Datuk Seri Najib Razak, PAS dalam reaksi segera menolak sama sekali pelawaan terbaru Perdana Menteri agar parti Islam itu menyertai Barisan Nasional (BN). "Terima kasihlah atas jemputan, kami akan tetap setia dengan Pakatan Rakyat dan tidak akan meninggalkan semangat kesetiakawanan yang sudah dibentuk dengan PKR dan DAP," kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub.
Jika PAS tidak mahu menyertai BN, Najib saran PAS keluar daripada Pakatan rakyat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meminta Pas keluar daripada pakatan pembangkang yang jelas tidak memperjuangkan agenda bangsa, agama dan negara. Perdana Menteri berkata sudah tiba masanya Pas meninggalkan pakatan pembangkang khususnya DAP yang ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam. "Hadi (Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang), cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP (pakatan pembangkang)," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 15,000 orang pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia, Terengganu.
TG Nik Aziz jawab, "Itu cerita lama...." Nik Aziz: Pelawaan kepada PAS sertai BN cerita lama KOTA BARU, 30 April – Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang konsisten menolak idea kerajaan perpaduan dan kerjasama politik Umno-PAS menegaskan, pihaknya tidak akan meninggalkan Pakatan Rakyat sebagaimana diminta oleh Datuk Seri Najib Razak. Najib menyentuh isu berkenaan dua kali di Kuala Terengganu sempena lawatan kerja ke negeri itu hari ini. Nik Aziz (gambar) yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, pandangan dilontarkan oleh Perdana Menteri dan Presiden Umno itu adalah satu isu lama.
KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak sebarang rundingan dengan UMNO selagi parti itu masih memperjuangkan dasar kebangsaan dan tidak memperjuangkan Islam.
Membalas kenyataan Datuk Seri Najib Razak, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula menyeru ahli-ahli dan pemimpin Umno supaya meninggalkan parti teras BN itu untuk menyertai PAS jika benar-benar hendak melaksanakan Islam dan menegakkan keadilan bagi semua kaum. "Jika benar Umno hendak laksanakan Islam dan bertindak dengan penuh keadilan, kuasa sudah ada di tangan mereka hari ini, mengapa mereka tidak laksanakan?" kata beliau dalam satu kenyataan. Dalam laporan dibawa Harakah Daily hari ini, Presiden PAS itu menegaskan, seruan Najib semalam adalah janggal dan aneh, kerana PAS sekali-kali tidak akan bekerjasama dengan Umno BN dalam melakukan kezaliman dan meruntuhkan keadilan kepada rakyat.
Ayoyo Najib... mengorat DAP, DAP tolak, berpatah balik kepada PAS, PAS tak hingin... dah jadi macam budak tadika. Meroyan le jawabnya. Masa terus berjalan dan semakin menekan Najib, BN dan umno-umnonya.. Jangan mempermudahkan Solat Hajat yang dilakukan oleh umat Muhammad SAW yang teraniaya dan dizalimi. |
Datuk T Temberang, Dakwa Dia Diugut Pula Posted: 30 Apr 2011 11:06 PM PDT Dua Datuk T terima ugutan lapor polis BANGI: Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik mendakwa beliau dan seorang lagi trio 'Datuk T' iaitu Datuk Shazryl Eskay Abdullah menerima ugutan serta ancaman keselamatan daripada pihak tidak dikenali. Beliau berkata, ugutan serta ancaman berkenaan diterimanya beberapa minggu lalu selepas mendedahkan video seks yang dikatakan mirip wajah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Katanya, pihak terbabit juga bukan saja mengugut serta mengancam untuk mencederakan dirinya, malah ahli keluarga mereka. "Saya menerima ugutan daripada pihak tidak dikenali mahu mencederakan saya serta ahli keluarga beberapa minggu lalu dan saya sudah membuat laporan polis berhubung perkara itu. "Bukan saya saja, malah (Datuk) Shazryl Eskay juga turut menerima ugutan sama," katanya semalam, selepas menyampaikan ucaptama Program Memperkasakan Model Baru Ekonomi (MBE) anjuran Gagasan Badan Ekonomi Melayu serta UMNO Bahagian Serdang. Rahim menggesa polis mendedahkan segera identiti pelaku dalam video seks berkenaan supaya rakyat tidak terkeliru. Sementara itu, empat laporan polis dibuat oleh tiga individu ekoran kekecohan dicetuskan penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) ketika majlis sumpah laknat oleh Shazryl Eskay di Masjid Amru Ibni Al-As, Bandar Baru Sentul, petang kelmarin. Laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Raub, Pahang; Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah, Melaka dan Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh, Kelantan petang dan malam kelmarin manakala satu lagi laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras, ibu negara, petang semalam. Semua laporan berkenaan dibuat tiga individu berkenaan yang meminta supaya pihak polis mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang cuba mencetuskan huru-hara ketika di dalam masjid berkenaan termasuk melakukan provokasi. Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata pihaknya sudah menerima semua laporan itu dan akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan yang dinyatakan. "Kita akan menyiasat mengikut saluran undang-undang termasuk menyiasat dakwaan menyatakan pihak pembangkang cuba merampas pembesar suara surau berkenaan serta bertindak kasar terhadap jemaah," katanya. -BH Cuba kita baca kertas yang dipegang oleh Rahim Tamby Chik itu: -GB Ia berbunyi: DESAK ESKAY PATUT DITANGKAP! HENTIKAN FITNAH POLITIK SUMPAH POLITIK ESKAY BUKAN KEBENARAN RAKYAT BANGKIT LAWAN FITNAH SUMPAH ESKAY PERMAINKAN SYARIAH ISLAM! Tang mana yang dikatakan ia "ugutan dan ancaman untuk mencederakan dirinya, malah ahli keluarganya" seperti yang didakwa? Apakah kerana Rahim Tambi Chik TAKUT dengan flyer yang mendesak supaya Datuk T ditangkap kerana sudah sememang jelas mereka bertiga melakukan keselahan menerbit dan menyiarkan video lucah kepada orang ramai? Dan kepada polis pula, kami ingin bertanya kepada kamu, mengapakah kamu-kamu bersekongkol dengan Datuk T dengan membiarkan mereka bergerak bebasyang sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil malah diberikan keistimewaan melampau pula seperti kawalan keselamatan, dipakaikan baju kalis peluru dan sebagainya sewaktu mereka mengadakan upcara sumpah laknat? Kami ingin jelaskan bahawa, demi maruah dan integriti polis, Ketua Polis Negara wajar meletakkan jawatannya. Jika tidak melakukan demikian, Allah s.w.t. yang akan mencabutkan jawatan itu daripada kamu dan sekalian polis yang bersubahat dengan fitnah jahat ini akan menangung juga kaffarah dari Allah s.w.t. Jangan permainkan kebenaran dan keadilan yang sepatutnya menjadi tugas dan tanggungjawab polis polis untuk sama menengakkannya, bukan mencabulinya. |
Gaddafi TERLEPAS, Anaknya TERBUNUH Posted: 30 Apr 2011 11:05 PM PDT TRIPOLI: Anak bongsu pemimpin Libya, Muammar Gaddafi dan tiga cucunya dilaporkan terbunuh dalam serangan udara tentera NATO, awal pagi tadi selepas puak pemberontak dan NATO menolak rundingan untuk mengakhiri krisis di negara itu. Rumah Seif al-Arab Gaddafi, 29, dilaporkan 'diserang hebat malam tadi," kata jurucakap kerajaan, Moussa Ibrahim dalam sidang akhbar selepas NATO melancarkan serangan udara dan mengesahkan kematian itu. Beliau berkata, Gaddafi dan isterinya turut berada di dalam rumah berkenaan ketika serangan udara tetapi disahkan tidak cedera. "Serangan itu mengorbankan Seif al-Arab yang berusia 29 tahun dan tiga cucu Muammar," kata Ibrahim. Ketiga-tiga cucu kepada pemimpin Libya itu berumur bawah 12 tahun. |
Posted: 30 Apr 2011 11:01 PM PDT KUALA LUMPUR, 1 Mei: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru ahli-ahli dan pemimpin Umno supaya meninggalkan parti itu dan bersama PAS jika benar-benar hendak melaksanakan Islam dan menegakkan keadilan untuk semua bangsa di negara ini. "Jika benar Umno hendak laksanakan Islam dan bertindak dengan penuh keadilan, kuasa sudah ada di tangan mereka hari ini, mengapa mereka tidak laksanakan?" katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Presiden PAS itu memberi respons terhadap kesekelian kalinya, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dengan tanpa segan silu mengulangi lagi seruannya supaya PAS bekerjasama dengan Umno BN dan meninggalkan kerjasama PAS menerusi Pakatan Rakyat (PR). Najib berkata, pemimpin PAS perlu menerima kenyataan bahawa mereka mesti keluar daripada pakatan pembangkang jika benar-benar berjuang untuk kepentingan agama Islam. Menurutnya, PAS tidak akan memperoleh apa yang dicita-citakan selama ini dan kerjasama dengan parti pembangkang lain hanya memberi keuntungan kepada DAP. ''Tak kisahlah sama ada PAS mahu bersendirian atau bergabung dengan Umno, yang penting mereka tidak boleh bergabung dengan DAP kerana usaha PAS dalam memperjuangkan Islam akan terhalang," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Perumahan Pangsapuri Rakyat di Pulau Duyung, Kuala Terengganu semalam. Bagi PAS, tegas Tuan Guru Abdul Hadi seruan Najib itu adalah janggal dan aneh, kerana PAS sekali-kali tidak akan bekerjasama dengan Umno BN dalam melakukan kezaliman dan meruntuhkan keadilan kepada rakyat yang telah menjadi bencana dalam negara kita yang tercinta ini. Katanya, kerjasama atau penyatuan seharusnya dibina dengan bercirikan asas bertolong-tolong dalam melakukan kebajikan dan keadilan, dan bukan bertolong-tolong dalam melakukan maksiat, kezaliman dan memusnahkan harta negara. "PAS mendokong fikrah yang jelas, bahawa kerjasama bersama PR adalah dibina dengan berpegang kepada dasar bantu-membantu dalam menegakkan keadilan dan menentang kezaliman," tegasnya yang juga ahli Parlimen Marang. Jelasnya lagi, kerjasama PAS selama ini dengan DAP contohnya, adalah di atas nama tahaluf siyasi yang dibenarkan agama dan tidak menggadaikan prinsip. Ia, katanya tidak sama dengan kerjasama wala antara Umno dengan MCA dan MIC yang menggadaikan prinsip Islam, hanyut dengan kuasa dan seterusnya menghilangkan jati diri Melayu Islam dalam negara kita ini sejak puluhan tahun. "Kita ingin bertanya, siapakah yang sebenarnya menggunakan kuasa tanpa hak dengan menyekat royalti minyak milik rakyat Terengganu dan Kelantan, yang lebih dari 90% adalah orang Melayu-Islam? "Siapakah pula yang mendiskriminasikan penyokong pembangkang di kalangan orang Melayu sehingga peluang berniaga, pendidikan, pengagihan ekonomi hanya tertumpu di kalangan Umnoputra? "Siapakah yang menyekat Kelantan dan Terengganu melaksanakan syariat Islam sebelum ini?" soalnya. Jawapannya, kata beliau adalah kerajaan pimpinan Umno BN itulah yang sebenarnya melemahkan orang Melayu itu sendiri. -Hrkh |
Polis tahan peserta demo hari buruh Posted: 30 Apr 2011 10:59 PM PDT Seramai 19 orang, termasuk anggota parlimen Sungai Siput Dr M Jeyakumar Devaraj ditahan dalam perhimpunan sempena hari buruh di ibu negara hari ini. Selain beliau, turut ditahan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvam ketika cuba berunding dengan pihak polis, dipercayai daripada ibu pejabat polis daerah (IPD) Brickfields. Jeyakumar ditahan berdekatan Jalan Abdul Rahman dan Jalan Dang Wangi selepas rundingan beberapa minit dengan pihak polis. |
Tok Guru Nik Aziz Mengulas Gesaan Najib Supaya Pas Tinggalkan PR Posted: 30 Apr 2011 03:57 PM PDT Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang konsisten menolak idea kerajaan perpaduan dan kerjasama politik Umno-PAS menegaskan, pihaknya tidak akan meninggalkan Pakatan Rakyat sebagaimana diminta oleh Datuk Seri Najib Razak. Najib menyentuh isu berkenaan dua kali di Kuala Terengganu sempena lawatan kerja ke negeri itu hari ini. Nik Aziz (gambar) yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, pandangan dilontarkan oleh Perdana Menteri dan Presiden Umno itu adalah satu isu lama. "Ini (meninggalkan Pakatan) adalah isu lama," kata Nik Aziz di sini hari ini. Najib berkata PAS patut keluar Pakatan Rakyat jikapun tidak memutuskan untuk tidak menyertai Barisan Nasional (BN). Sehubungan itu Perdana Menteri mendakwa PAS tidak pernah untung apa-apa pun dalam pakatan pembangkang, malah mereka hanyalah menjadi alat kepada parti DAP. Najib berkata pada pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini misalnya, PAS telah bekerja keras, sebaliknya DAP yang dilihat meraih kejayaan daripada usaha keras mereka itu. "Kita lihat poster di sini (Terengganu) "PAS ganti Umno", realitinya "DAP ganti PAS", di Sarawak (pilihan raya negeri 16 April lepas), PAS berkempen berhempas pulas, akhirnya, yang untung, DAP," kata beliau. "PAS, cukuplah dalam pakatan pembangkang, alihlah kepada yang lain, tak masuk BN pun tak apa, tetapi keluarlah dari pakatan pembangkang," kata beliau ketika berucap pada majlis perasmian Pangsapuri Rakyat Pulau Duyong. Terdahulu, Najib yang juga Presiden Umno meneruskan usahanya dengan hari ini sekali lagi mempelawa PAS agar menyertai BN sambil berkata, sudah tiba masanya PAS meninggalkan DAP atas alasan ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam. "Kenapa buat baik dengan DAP? Adakah DAP boleh perjuangkan Islam? "Hadi (Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang), cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP, masuk BN," kata Perdana Menteri ketika berucap pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia dekat Kuala Terengganu. -TMI |
Soalan yang tidak dijawab Najib ketika di Terengganu? Posted: 30 Apr 2011 03:56 PM PDT Semasa lawatan PM ke Terengganu sejak semalam, beberapa siri program diatur. Masa yang penting untuk lawatan PM bersama rakyat terpaksa dihabiskan kepada pimpinan UMNO di perhimpunan tertutup bersama semua ADUN, Ahli Parlimen serta pimpinan UMNO-BN Terengganu. Untuk apa? Macam biasalah. Cuba gosok-gosokkan dan bagi ubat penawar untuk membetulkan tulang terseliuh kepimpinan UMNO-BN. Walaupun dah acap-kali diwar-warkan bahawa Umno Terengganu sudah selesai, tetapi nampaknya penyelesaian terbaik sebagaimana dicadangkan penulis sebelum ini adalah biarkanlah Umno-BN kalah dahulu dalam PRU-13 ni. Barulah UMNO boleh bersatu kembali. Sebelum UMNO Terengganu buat retreat dalam mempersiapkan diri menghadapi pilihanraya umum, Team Idris Jusoh telah mendahului retreat tersebut untuk mengukuhkan dan memastikan cengkaman politik beliau. Dengar khabar jauh sekali retreat kali ini sehingga ke UK bersama 46 orang regu beliau. Apapun semoga ada nasib menyebelahi Datuk Idris Jusoh. Umno nampaknya terpaksa memulakan gerak kerja mempertahan kekuasaan mereka setelah dilihat kebangkitan PGU (PAS Ganti UMNO) tajaan PR yang bersama rakyat, nampaknya kuat bangkit untuk membuat perubahan kali ini. Kebangkitan segenap lapisan rakyat khususnya generasi pemuda menyebabkan UMNO terpaksa menurunkan PM dan Rosmah bagi mempertahankan Terengganu. Walaupun persiapan sambutan nampaknya hebat kerana suntikan dan duit-duit mula berguguran bersama turunnya PM. Tetapi hakikatnya adakah Najib akan menjawab persoalan-persoalan yang ditimbulkan oleh rakyat. Rakyat hari ini lebih cerdik dan lebih celik. Propaganda dan fitnah tidak akan Berjaya menipu semua rakyat Terengganu. Rakyat Terengganu telah beberapa kali membuat perubahan kepimpinan antara Pas dan Umno. 2 penggal kini Umno menerajui Terengganu. Isu rasuah, pembolotan khazanah rakyat, kroni, penindasan dan kezaliman sentiasa dibacakan oleh rakyat. Rakyat hanya diperbodh dan digula-gulakan dengan dana khas, dana remaja, wang ehsan dan sebagainya. Ingatlah sebelum tahun 1999 Datuk Wan mokhtar selaku MB ketika itu lebih banyak kebendaan yang diberikan tetapi rakyat memilih Pas menerajui pemerintahan. Tahukah Najib apa bicara rakyat disebalik program turun padang beliau. Tahukah najib persoalan besar yang dipersoalkan kepada beliau? Mereka dok ingat Najib akan mengumumkan kepada rakyat tetapi mereka hampa… Apa jadi dengan royalti rakyat Terengganu. Cek kosong yang diberi kepada MB Terengganu semasa Prk Kuala Terengganu adalah cek tipu. Sudahkah dikembalikan??? Mana janji bahawa royalti akan dipulangkan ke Terengganu. Sampai bila Najib nak menipu Datuk Mat Said. Sampai bila Najib nak membohongi rakyat Terengganu? Adakah pemimpin Terengganu sanggup untuk terus mengkhianati rakyat mereka sendiri? Adakah Umno Pusat melakukan diskriminasi dan kezaliman terhadap rakyat Terengganu yang mengundi Umno sama seperti ditahan royalti kepada negeri Kelantan akibat rakyatnya mengundi Pas. Habis apa beza Umno memerintah Terengganu dengan Pas memerintah Kelantan. Kalau macam tu lebih baik rakyat mengundi Pas. Rakyat akan mendapat manfaat dari kedua kerajaan. Bagaimana kalau PR menguasai Putrajaya? Mampukah projek ubi gadong Mat Said menjadi pemangkin kewangan dan bajet Terengganu. Tentu Idris Jusoh dan Najib tersenyum menyaksikan kebijaksanaan MB Terengganu mengurus kerajaan negeri. Apapun terimakasih atas kunjungan PM ke wilayah Pesuruhjaya Pas Negeri Terengganu. Nampaknya Umno-BN tidak yakin untuk mempertahankan Terengganu. Dan pastinya rakyat Terengganu akan mengulangi keputusan PRK Kuala Terengganu nanti, insyaAllah. PGU akan menjadi realiti. |
PAS Terengganu kenalpasti calon PRU-13 Posted: 30 Apr 2011 03:49 PM PDT KUALA TERENGANU - PAS Terengganu telah mengambil langkah awal mengenalpasti calon-calon yang akan bertanding mewakili parti itu bagi menghadapi pilihanraya umum ke-13 yang akan datang. Pengarah Pilihanraya PAS Terengganu, Ariffin Deraman berkata, kajian terperinci berkaitan dengannya telah siap dilaksanakan bagi kesemua tiga puluh dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan lapan kawasan Parlimen. "Di Terengganu ini.....calon (PAS) di negeri Terengganu ini (yang akan bertanding) kita telah menyelesaikan kesemuanya kawasan-kawan (parlimen) dan DUN-DUN lebih awal, "kita (PAS) sudah buat kajian bermula dari Besut hingga ke Kemaman,"ujarnya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Makan Malam untuk Dana Pendidikan anjuran Dewan Ulamak PAS Terengganu, disini, Jumaat 29 April. Menurutnya, berdasarkan kajian tersebut, PAS Terengganu akan memilih calon-calon yang paling layak untuk bertanding, -BO |
PAS Tak Akan Terperangkap Dengan Mainan UMNO Posted: 30 Apr 2011 03:47 PM PDT PAS tolak pelawaan Najib, dakwa Umno-BN terdesak Sambil mengucapkan "terima kasih" kepada Datuk Seri Najib Razak, PAS dalam reaksi segera menolak sama sekali pelawaan terbaru Perdana Menteri agar parti Islam itu menyertai Barisan Nasional (BN). "Terima kasihlah atas jemputan, kami akan tetap setia dengan Pakatan Rakyat dan tidak akan meninggalkan semangat kesetiakawanan yang sudah dibentuk dengan PKR dan DAP," kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub ketika dihubungi The Malaysian Insider petang ini. Najib yang juga Presiden Umno meneruskan usahanya dengan hari ini sekali lagi mempelawa PAS agar menyertai BN sambil berkata, sudah tiba masanya PAS meninggalkan DAP atas alasan ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam. "Kenapa buat baik dengan DAP? Adakah DAP boleh perjuangkan Islam? "Hadi (Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang), cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP, masuk BN," kata Perdana Menteri ketika berucap pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia, Kuala Terengganu pagi tadi. Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, jemputan dibuat Najib di Kuala Terengganu adalah tindakan "terdesak" selepas BN terus gagal memperoleh sokongan masyarakat Cina termasuk ketika pilihan raya negei Sarawak baru-baru ini manakala gagasan 1 Malaysia digerakkan pentadbiran beliau tidak mendapat sambutan. "Saya fikir pelawaan ini satu tindakan terdesak kepimpinan Najib. Saya tidak terkejut dengan pelawaan ini," kata Salahuddin. Kata beliau, kepimpinan Umno-BN akan menggunakan isu perkauman apabila setiap kali berhadapan dengan persekitaran terdesak sebagaimana dialami sekarang. "Ini bukan kali pertama pelawaan macam ini dibuat... PAS tidak akan terperangkap," katanya lagi. Salauddin juga mendakwa pelawaan itu sebagai "terdesak" apabila mengatakan PAS harus meninggalkan DAP atas alasan ternyata tidak pernah memperjuangkan Islam. Kata beliau, soal PAS harus keluar Pakatan Rakyat hanya kerana kononnya DAP tidak pernah memperjuangkan Islam tidak timbul sama sekali. Malah kata beliau, DAP juga sudah memberi jaminan bahawa ia akan menghormati perkara-perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Misalnya kata beliau, Islam adalah agama rasmi negara dan peruntukan ini termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dengan Raja-raja Melayu adalah ketua. "Kita ada Perlembagaan, agama rasmi adalah Islam dengan raja-raja adalah ketua... jadi tak timbul soal ini," katanya sambil menambah, kerajaan negeri Pulau Pinang yang diketuai oleh wakil DAP juga "tidak pernah mengabaikan soal berkaitan dengan Islam... tiada apa-apa masalah." "Bagi kami ini bukan satu isu, dan soal ini tidak berbangkit sama sekali," kata Salahuddin yang turut menyifatkan pelawaan itu sebagai "madu manis yang berbisa." Salahuddin juga berkata, beliau yakin yang prinsip dibawa DAP itu akan terus diamalkan sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya kelak. Pelawaan BN-Umno hari ini bukan sesuatu yang baru khususnya sejak selepas pilihan raya umum ke-12 8 Mac 2008. Ini termasuklah satu pertemuan membabitkan empat pemimpin kanan - masing-masing dua dari Umno dan PAS sempena majlis santapan bersama Yang di-Pertuan Agong di Istana Terengganu di Kuala Lumpur. Bagaimanapun menjelaskan isu di sebalik pertemuan 24 Disember itu, Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 13 Januari lalu berkata, PAS telah mengulangi jaminan kepada rakan-rakannya dalam perikatan itu parti Islam itu tiada rancangan untuk menjalin kerjasama politik dengan Umno. Anwar memberitahu, Hadi telah memberi penjelasan mengenai objektif pertemuan di Istana Terengganu. "Kami berpuas hati dengan penjelasan. Sebagaimana dikatakan oleh (Mursyidul Am PAS Datuk) Nik Aziz (Nik Mat), PAS komited untuk bersama dengan Pakatan Rakyat. "Tidak perlu untuk kita membangkitkan isu ini lagi atau meragui mereka," kata beliau. Bagaimanapun seminggu sebelum itu, Najib mengambil langkah untuk tidak mendedahkan hasil pertemuan bersama pemimpin 24 Disember lalu, yang dihadiri atas jemputan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. Nik Aziz, yang tegas dengan pendirian menolak idea kerajaan campuran antara PAS-Umno, juga hadir pada pertemuan itu. Menteri Besar Kelantan itu telah berulang kali menekankan bahawa PAS tidak akan kembali menjalin kerjasama politik dengan Umno atas alasan telah dikhianati pada akhir 1970-an. PAS pernah menyertai BN pada 1974 atas jemputan perdana menteri ketika itu Tun Abdul Razak, yang juga bapa kepada Najib. PAS membentuk kerjasama dengan DAP dan PKR untuk mewujudkan perikatan PR pada April 2008. Justeru PAS mengetuai kerajaan negeri Kelantan dan Kedah sekarang, Pulau Pinang pula wakil dari DAP manakala Selangor pula pemimpin PKR. Dalam pada itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, partinya akan kekal bersama Pakatan Rakyat bagi memastikan proses pembentukan sistem dua parti berjalan dengan baik di negara ini. Sehubungan itu, beliau menyifatkan kenyataan Najib sebagai kenyataan yang tidak sihat untuk perkembangan politik di negara ini. "Suka saya tegaskan sekali lagi, PAS akan tetap komited bersama dengan Pakatan Rakyat bagi memastikan proses pembentukan sistem dua parti berkembang dengan baik di negara ini demi kepentingan masa depan Malaysia," kata Mustafa dalam kenyataannya hari ini. Bagi Mustafa, kenyataan Najib hanya kenyataan politik. Menurut Mustafa, mempunyai orang Melayu sepenuhnya di pihak kerajaan manakala pembangkang pula Cina adalah satu ciri-ciri kemusnahan kepada negara yang tercinta ini. "Jadi PAS tidak akan membiarkan dirinya ke arah itu," tegas beliau. PAS tegas akan bersama Pakatan - Mustafa Ali Najib: 'Jika PAS tak masuk BN tak apa, tapi keluarlah Pakatan' |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan