PENYAPU SIAL |
- Alasan nak hapuskan subsidi ....Rupa-rupanya pemimpin Umno temberang kepada rakyat
- Umno hanya 'membela' pemimpin melayu pukimak...!!!
- UMNO tipu melayu tipu orang miskin...Potong Subsidi....orang miskin makin kedana dan di sembelih hidup hidup....!!!
- bodoh punya menteri sotong dalam negeri....kalau buat demo dalam stadium ...baik tengok bola....!!!
- kalau ada pelir...UMNO dulu kena keluar BN kalau berani...!!!!
- tak tau malu...dah gadai maruah rakyat....UMNOPORNO nak tunjuk hero...hero video lucah boleh la...!!!
Alasan nak hapuskan subsidi ....Rupa-rupanya pemimpin Umno temberang kepada rakyat Posted: 25 May 2011 07:02 AM PDT Sebelum ini bermanis mulut konon kerajaan akan menyemak atau menaikkan harga petrol berdasarkan harga pasaran dunia. Jika harga dunia melonjak, kerajaan juga terpaksa menyemak semula harga bahan api itu. Dengan kata lain, harga petrol tidak akan naik jika harga dunia juga tak naik atau harga bahan api itu turun. Jika ikut adilnya, kalau dunia bagi bahan api itu turun, kerajaan BN juga sepatutnya menurunkan harga petrol itu di Malaysia. Barulah adil kepada rakyat. Ini tidak, ketika harga dunia naik, kerajaan BN turut menaikkan harga petrol di negara ini. Bila harga pasaran dunia petrol turun, kerajaan tak pulak menurunkannya. Memang cuak kerajaan macam ni. Hanya mementingkan diri sendiri tanpa mengira kesusahan rakyat. Bila harga minyak dunia naik, pandai pulak cakap rakyat perlu bersama-sama kerajaan menanggung beban kenaikan itu dengan mengurangkan subsidi minyak akibat kerajaan tidak lagi mampu menanggungnya. Tapi bila harga minyak dunia turun, pandai pulak hangpa diam je. Yang lagi teruk, harga minyak dunia turun seperti yang dilaporkan media dunia dan tempatan, bagaimana pula kerajaan BN dikatakan akan menyemak semula harga subsidi minyak itu di negara ini kerana kerajaan didakwa menanggung beban subsidi yang tinggi. Menurut laporan Keadilandaily, harga bahan bakar itu di perdagangan asia semalam jatuh lagi, berikutan sentimen pelabur yang kuatir akan permintaan lemah Amerika Syarikat. Kontrak utama New York, minyak mentah jenis light sweet bagi pengiriman Julai turun 95 sen kepada USD 99.15 setong, sementara minyak mentah Brent North Sea juga turun 70 sen kepada USD 111.69 dolar setong. "Harga minyak mentah melemah kerena pemulihan ekonomi Amerika Syarikat berjalan perlahan dan permintaan bahan bakar negara itu kemungkinan turun," kata Ker Chung Yang, penganalis dari Phillip Futures di Singapura. Ia adalah penurunan mendadak kali kedua dalam bulan ini, selepas harga minyak di pasaran Asia jatuh kepada AS$101 setong 10 Mei lalu. Para pedagang kini memfokus kepada Organisasi Negara Pengeksport Minyak (OPEC) yang akan mengadakan pertemuan tingkat menteri yang dijadualkan diadakan di Vienna, pada 8 Jun. OPEC mengeluar 40 peratus dari minyak mentah dunia dan setiap komen yang disampaikan organisasi minyak dunia itu akan memberi kesan terhadap harga minyak antarabangsa. Namun sebaliknya pula di Malaysia di bawah pemerintah kerajaan 1Malaysia Najib Razak. akan menaikkan harga RON95, yang digunakan majoriti rakyat kelas rendah dan pertengahan di negara ini. Firma penyelidikan pelaburan, AmResearch menjangkakan harga petrol RON95 akan mengalami kenaikan 20 sen bulan depan, menjadikan RM2.10 seliter. Baca di sini. Ia disebabkan keinginan kerajaan untuk menarik balik subsidi kepada rakyat secara perlahan-lahan. |
Umno hanya 'membela' pemimpin melayu pukimak...!!! Posted: 25 May 2011 06:26 AM PDT Khairi Jamaluddin Ketua Pemuda Umno mendakwa hanya Umno pembela melayu di negara ini. Lain daripada Umno, bukan pembela melayu. Persoalannya benarkah Umno pembela Melayu. Tidak malukah Khairi yang mendakwa bahawa umno pembela orang Melayu, hakikatnya umno hanya mengguna Melayu untuk membela pemimpin umno bukan bela Melayu jauh sekali untuk mengangkat agama di tempat yang sepatutnya. Beliau juga menyebut fakta yang tidak betul ketika berucap di Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pontian di Dewan Besar Maktab Rendah Sains Mara (MSRM) Pontian yang mendakwa PAS ditubuhkan kerana Ustaz Haji Ahmad Fuad kalah menentang Datuk Onn Jaafar di dalam mesyuarat Agung Umno. Fakta sebenar, bukan Ustaz Haji Fuad kalah melawan Dato' Onn Jaafar, tetapi tewas dengan dengan Tuanku Abdul Rahman merebut jawatan Yang Dipertua Umno. Seorang lagi calon ialah CM Yusuf. Khairi juga salah fakta mengenai perkara tersebut, kerana apa yang berlaku ialah tarikh pertandingan dalam umno ialah 25 Ogos 1951 sedangkan mesyuarat di kalangan ulamak untuk menubuhkan Pas kali kedua pada 23 Ogos 1951 di Padang Kelab Sultan Sulaiman. Mesyuarat ulamak dahulu daripada tarikh pertandingan Haji Ahmad Fuad dengan Tunku Abdul Rahman. Di manakah fakta beliau dapat? Perlu diingatkan penubuhan PAS bukan kerana kecewa tidak mendapat jawatan dalam umno, tetapi kerana teguran ulamak mengenai isu agama tidak dipedulikan antaranya isu judi. Ulamak merasakan perlu menubuhkan badan yang bebas untuk memberi tekanan kepada umno dalam hukum agama. Menjawab tuduhan yang mengatakan penubuhan PAS memecah belahkan perpaduan Melayu juga ditolak. Sebenarnya penubuhan Umno menyebabkan melayu berpecah, kerana sebelum Umno sudah ada Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada tahun 1945. Umno ialah parti restu penjajah, sebab itu Umno tidak diharamkan ketika Ordinan Dharurat 1948 walaupun semua parti diharamkan seperti PKMM dan Hizbul Muslimin. Beliau mendakwa Melayu terbela di bawah umno?. Sudah 54 tahun merdeka, keadaan ekonomi jauh terkebelakang berbanding dengan China, India. Apa yang Umno lakukan untuk orang melayu sehingga tertinggal kebelakang. Bukankah 2/3 anggota kabinet orang melayu. Bukankah pegawai tertinggi orang melayu. Maka jalan pintasnya untuk menutup bangkai gajah, maka Umno menuduh ini angkara bukan melayu dengan meniupkan sentimen kaum.Di sini adalah sebahagian jawapan yang membuktikan umno gagal membela Melayu. 1. Umno menggunakan konsep "Umno Putera" bukan "Bumiputera", akhirnya yang ketinggalan orang melayu. 2.Apabila jawatan di dalam umno untuk mengaut keuntungan bukan untuk bela melayu, akhirnya mereka rebut harta, melayu merempat merata-rata. 3.Menindas sesama bangsa kerana berlainan ideologi walaupun dari segi merit dan kebolehan ada kepada orang Melayu contohnya dalam soal perniagaan. 4.Menafikan royalti kepada Kelantan walaupun Kelantan negeri majoriti Melayu. 5.Macam mana melayu hendak terbela, minyak yang sepatutnya mendarat di Kelantan sebaliknya dibawa ke pantai Songkla Siam walaupun jaraknya lebih jauh daripada pantai Kelantan. Jarak ke Kelantan hanya 150 kilometer, berbanding ke Songkla Thailan 270 kilometer. 6.Melesapkan RM52 bilion nilai saham bumiputera. Sepatutnya orang Melayu akan memiliki ekuiti bumiputera melebihi 40 peratus jika benar umno pembela Melayu. 7. Menyekat 118 projek pusat ke Kelantan sejak Rancangan Malaysia Kesembilan(RMK 9). 8. Menggadai tanah rezab Melayu 1.3 juta hektar. Penjajah Inggeris tinggal tanah rezab Melayu seluas 3 juta hektar selepas merdeka. Tahun 1995 tanah rezab Melayu hanya tinggal 1.3 juta hektar. Siapa punya angkara? Adakah ini dalil umno pembela Melayu. 9.Memperkenalkan sains dan metematik dalam bahasa Inggeris, melibatkan pelajar Melayu luar bandar dizalimi kerana kurang pasarana.. 10. Menyalah guna hak keistimewaan orang Melayu untuk mendapat projek, kemudian mengagihkan kekayaan sesama kroni, akhirnya melayu terus ketinggalan dari segi taraf hidup. Ini adalah sebahagian daripada bukti umno tidak boleh membela Melayu. Maka sampailah masanya PAS Ganti Umno. Pas terbukti dan teruji untuk membela Melayu berbanding dengan umno. Tuduhan DAP dan PKR mengkhianat Melayu sebagai strategi pencuri menjerit pencuri, supaya orang Melayu emosi untuk terus menyokong umno walaupun hakikatnya umno menjaga Melayu seperti serigala menjaga kambing. |
Posted: 24 May 2011 10:41 PM PDT Kita sudah jemu mendengar alasan kerajaan yang cuba buat dalih kononnya jika subsidi tidak dikurangkan maka banyak pembangunan untuk rakyat miskin tidak dapat dilaksanakan. Kemanakah wang yang diperuntukan selama ini kepada orang miskin setiap kali belanjawan negara?. Rakyat tidak boleh lupa wang PPRT sebanyak RM32 juta lesap ketika Tan Sri Anuar Musa menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar. Kenapa pula alasan untuk menaikkan harga minyak dan keperluan rakyat, maka orang miskin menjadi sandaran.Memanglah pemimpim BN bijak bermain kata-kata untuk menutup kelemahan kerajaan ketika menguruskan amanah rakyat. Selama ini pemimpin BN yang belanja secara tidak berhemah dan membazir ketika negara dilimpah dengan kemewahan, tanpa memikirkan apa akan terjadi jika negara mengalami kemelesetan. Pemimpin umno cuba mencari alasan untuk menarik subsidi bahan api dan makanan kerana fenomena global seperti kenaikan minyak di peringkat antarabangsa. Sepatutnya alasan ini tidak boleh dijadikan alasan, kerana Malaysia adalah negara pengeluar minyak dan mempunyai kepakaran dalam bidang cari gali melalui Petonas. Setakat hari ini Petronas diberi pengiktirafan di peringkat dunia dalam bidang cari gali seperti di Saudi, Sudan, Irak, Iran. Tidak hairanlah kepada kita bagaimana Petronas telah membayar cukai kepada kerajaan sebanyak RM325 bilion pada 2007-2010. Ini bermakna setiap tahun hitung panjang negara memperolehi hasil cukai yang dibiyai oleh Petronas sebanyak RM81.1 bilion. Perkara ini tidak berlaku sekiranya pemimpin negara ini adalah pemimpin yang mempunyai fokus ketika melaksanakan pembangunan dan memerangi rasuah dan pembaziran. Ketika zaman Tun Abdullah Ahmad Badwi menjadi Perdana Menteri menaikkan harga minyak beliau memberi alasan kerajaan dapat menjimatkan wang sebanyak RM4 bilion, wang ini akan digunakan untuk meningkatkan pengangkutan awam. Ini alasan yang tidak adil kepada penduduk luar bandar yang tidak dapat mengecapi nikmat pengangkutan awam seperti LRT, sedangkan harga minyak tetap sama antara penduduk luar bandar dan bandar. Penduduk luar bandar juga dibeban dengan kenaikan harga barang, sedangkan kemudahan pengangkutan mereka tidak dapat kecapi. |
bodoh punya menteri sotong dalam negeri....kalau buat demo dalam stadium ...baik tengok bola....!!! Posted: 24 May 2011 08:42 PM PDT Cadangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein agar demonstrasi diadakan di dalam stadium atas alasan keselamatan awam adalah tidak masuk akal sama sekaliTada sebab KDN menghalang demonstrasi di tempat terbuka kerana penganjuran himpunan sebelum ini terbukti aman jka tiada gangguan polis. Sebagai mengulas kenyataan Hishammudin bahawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan membawa usul demonstrasi tanpa permit di stadium ke Kabinet, bagi mengelakkan penganjurannya oleh pihak-pihak tertentu mengganggu keselamatan dan ketenteraman awam. Kita memang tak bersetuju untuk (demonstrasi) buat di stadium. Kita bukan nak buat festival, bukan nak buat ekspo tapi kita nak buat himpunan yang berjalan untuk keadilan jadi kita akan bergerak dan tidak berkumpul setempat... Ini yang merujuk kepada beberapa siri demonstari aman sebelum ini berkata, keadaan menjadi huru-hara kerana pihak polis dan FRU menggunakan kekerasan dengan menyembur gas pemedih mata dan meriam air yang didakwa bagi 'meredakan keadaan'. Kita harap pihak kerajaan tidak mengganggu sebaliknya memberi kebenaran kepada rakyat dan kita jamin ianya aman dan tidak menyumbang kepada apa-apa kerosakan sebab kita dah buktikan pada Bersih 1 dulu kita berjaya melakukannya cuma kita minta tak ada sebarang provokasi daripada polis dengan menggunakan water canon menyebabkan keadaan kucar kacir.. Hasrat rakyat untuk menunjukkan rasa marah dan tidak puas hati terhadap sesuatu perkara tidak akan tercapai sekiranya dibuat di tempat tertutup dan menyifatkan tunjuk perasaan sebagai satu 'seni halus' yang perlu ditangani secara halus juga.Konsep demonstrasi ialah tunjuk perasaan ertinya kita nak tunjuk kepada masyarakat apa yang kita bantah. Kalau buat tempat tertutup tak mencapai objektif dan kita bukan nak tunjuk kekerasan, 'gedebe' dan samseng tapi nak tunjuk persaan rakyat yang mahu keadilan dan ketelusan. Sebenarnya tunjuk perasaan seni halus yang perlu ditangani dengan lunak, bukan dengan jentera water cannon dan FRU sebab berkait dengan perasaan. Kalau tangani dengan ganas ia akan dibalas ganas juga.. Sementara itu, kita mahu komitmen seluruh pemuda untuk menyertai himpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 9 Julai ini bagi menggerakkan rakyat menuntut pilihan raya bersih dan adil. Contohnya kalau PAS kata akan turunkan 100, 000 ahli, sekurang-kurangnya 50 peratus daripada jumlah itu ialah pemuda.. Himpunan yang bertemakan "Walk For Democracy", menurut Pengerusi Badan Penggerak Mobilisasi Demokrasi PAS Mohamad Sabu akan berlansung di Kuala Lumpur dan tempat yang spesifik akan diumumkan nanti. Tapi kalau buat di stadium kita tak mahu. Baik pergi tengok bola..Kalau demo dalam stadium, baik tengok bola |
kalau ada pelir...UMNO dulu kena keluar BN kalau berani...!!!! Posted: 24 May 2011 08:31 PM PDT Kita sangat terkejut dengan laporan yang memetik kenyataan dari Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mencabar DAP supaya keluar daripada Pakatan Rakyat untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti. Nampaknya Zahid sudah hilang pertimbangan akal yang waras dan sudah bercakap "merapu" bila beralasan dengan bertanding atas "tiket sendiri" tanpa ada apa-apa pakatan dengan PKR dan PAS, DAP katanya dapat menguji sejauh mana kekuatan serta pengaruh DAP dalam meraih sokongan rakyat. Jauh dari itu Zahid berkata parti DAP boleh dikatakan sebagai 'anak jantan' sekiranya bertindak sedemikian. Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang mengumumkan DAP akan mencadangkan kepada pucuk pimpinan Pakatan Rakyat supaya kesemua negeri Pakatan tidak membubarkan Dun masing-masing jika pilihan raya umum diadakan tahun ini. Ahmad Zahid, yang juga Menteri Pertahanan kita lihat sudah mengulas sesuatu yang lari dari tajuk dan persoalan yang sebenar dan menyebabkan dia dilihat sebagai seorang pemimpin UMNO yang tidak ada pandangan yang jauh dan tidak melihat kepada realiti yang sebenarnya. Orang bercakap mengenai bidang kuasa menteri Besar dan Ketua yang ada pada kerajaan negeri yang boleh tidak menasihati Sultan atau Yang DiPertua Negeri untuk tidak membubarkan DUN walaupun parlimen telah dibubarkan, apa lagi tidak cukup tempoh 5 tahun. Kenapakah jauh sangat Zahid mencabar DAP untuk keluar dari Pakatan dan apa pula istemewanya jadi "anak jantan" kalau keluar dari Pakatan seperti yang dikatakannya. Hakikat sebenarnya UMNO lah yang sekian lama "pondan" disebabkan tidak berani keluar dari BN. Kita sudah cadangkan berulangkali sekiranya UMNO merasakan dia sudah mendapat sokongan kuat dari orang melayu ayuh dengan segera keluar dari BN .Sebenarnya sisitem 2 parti iaitu Pakatan Rakyat dan BN adalah realiti yang mesti diterima oleh seluruh rakyat malaysia, jangan pula Zahid cuba menutup kelemahan UMNO sendiri yang terus bergayut didalam BN dan dalam waktu yang sama mencabar DAP keluar dari pakatan. Sesungguhnya tidak ada satu partipun termasuk UMNO yang boleh memerintah negara dan semua negeri di malaysia kalau dia tidak berada dalam PR atau BN. Zahid nampaknya sudah terlalu cerdik, dan jadi kita cadangkan kecerdikannya itu digunakan untuk UMNO iaitu keluar dari BN kalau dia berani. Apa lagi kekuatan yang ada pada BN dan UMNO sendiri adalah kekuatan yang sangat rapuh kerana bergantung kepada penyalahgunaan kuasa terhadap kementerian, jabatan dan agensi tertentu. Itupun mereka sudah rasa terlalu lemas dan pendek umur dengan mencari pelbagai cara untuk menarik sokongan rakyat bagi terus kekal berkuasa. Namun kita yakin dengan kenyataan Zahid membuktikan BN dan sudah kehilangan arah untuk memastikan rakyat terus memberi madat kepadanya.Gelombang penolakan rakyat terhadap BN sudah tidak dapat dibendung lagi dan kita yakin Pakatan Rakyat akan menjadi Pilihan Rakyat dalam PRU akan datang. |
Posted: 24 May 2011 08:20 PM PDT Pemimpin Umno di nasihatkan tidak mendabik dada berlagak kononnya mereka 'hero' dan paling awal membantu mangsa tanah runtuh di rumah anak-anak yatim Batu 14 Hulu Langat. Menceritakan kembali suasana sebenar hari kejadian beliau berkata, bantuan mula tiba seawal jam 3 petang iaitu kira-kira setengah jam selepas kejadian berlaku.Antara yang terawal tiba di sana menghulur bantuan katanya adalah penyelaras PAS bagi Dun Dusun Tua, Mohd Jan Sulung bersama beberapa rakannya yang mengeluarkan mangsa pertama jam 3.15 petang. Beliau yang tiba kira-kira jam 3.30 petang kemudiannya turut membantu mangsa bersama Unit Amal dan Briged Amal PAS dengan kehadiran pihak bomba.Yang ditonjol media (Adun Semenyih) (Datuk) Johan (Abdul Aziz). Padahal dia datang dah pukul 4 dan tak boleh masuk pun. TV3 datang ambil gambar dia seolah-olah Umno lah buat semua.Dalam kejadian pada pukul 2.30 petang Sabtu lalu 25 pelajar serta warden Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat tertimbus oleh runtuhan tanah ketika sedang berlatih kompang dan nasyid di khemah bersebelahan cerun bukit. Ekoran kejadian itu, sembilan daripada pelajar yang terlibat selamat dan 16 lagi terkorban. Dari segi senarai yang membantu itu tidak nampak la di mana-mana Briged Amal dan Unit Amal.Sedangkan petugas dari PAS hampir 250 orang dan paling ramai, Sepanjang tempoh menyelamat itu, petugas PAS antara paling menonjol sehingga mereka lah juga terlibat semasa proses pengkebumian mangsa yang terkorban.dan seolah olah sumbangan dari pihak PAS seperti dikesampingkan. Pihak polis juga semasa memberi taklimat tidak menyebut penglibatan Unit Amal dan Briged Amal dan hanya menyebut agensi-agensi lain yang hanya sebilangan kecil terlibat. Bagaimanapun, isu publisiti itu bukanlah perkara besar bagi mereka, namun sekadar memberi respon terhadap media yang menonjolkan BN kononnya 'hero' dalam isu itu. Kita bagitahu dengan sahabat-sahabat porno di sana, ini bukan masa nak cari publisiti, tapi masa untuk kita buat kerja selamatkan nyawa seramai mungkin.. |
You are subscribed to email updates from penyapu sial To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan