Muslimeen United |
- Kedangkalan Umno - BN Terserlah
- Skandal cetak m/wang berganda untuk biaya umno?
- Gaji guru: K'jaan tak mampu sebab krisis kewangan
- Himpunan raksasa warga Felda di Pahang
- MACAM TU SEKALI UST. ASRI BAGI KIASAN KAT UMNO TAK FAHAM LAGI
- Mangkuknya Naib Presiden Umno!!
- Pemuda PAS tolak cadangan demo di stadium
- Mamat Mat Salleh yang benci Lynas dan sayang Malaysia
- BONGKAR: Keterlanjuran Pegawai SPRM Cungkil Keraguan Dalam Kes Kematian Sarbani
- UMNO BN Perkuda Eskay Serang Anwar
Kedangkalan Umno - BN Terserlah Posted: 25 May 2011 05:47 AM PDT SHAH ALAM 25 MEI : Tindakan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan mencabar negeri-negeri dibawah pimpinan Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga barangan keperluan terutamanya petrol jelas menunjukkan beliau dangkal mengenai sempadan kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Ahli Parlimen Klang, Charles Anthony Santiago berkata, tindakan itu juga sekaligus memperlihatkan betapa rendahnya pemikiran kepimpinan Umno-Barisan Nasional (BN) dalam menangani isu-isu rakyat. " Saya fikir Datuk Ahmad Maslan ini memang tidak mengetahui apakah peranan kerajaan mahupun tanggungjawab sebenar antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri." " Sudah jelas dalam isu-isu yang berkait dengan harga barangan keperluan itu adalah di bawah tanggungjawab pihak Kerajaan Persekutuan. Oleh itu, cabaran beliau untuk kerajaan Pakatan Rakyat supaya mengurangkan harga barangan tidak masuk akal dan ia merupakan satu kenyataan yang jelas menunjukkan bahawa orang UMNO ini tidak begitu pandai," ujarnya ketika dihubungi Tv Selangor. Utusan Malaysia hari ini melaporkan, empat kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang dicabar menurunkan harga barang-barang keperluan terutama petrol berikutan tindakan Pakatan Rakyat (PR) yang sering menjadikan isu harga barang sebagai modal politik. Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, perkara itu bukan sesuatu yang mustahil kerana mereka boleh memberi subsidi sama seperti yang dilakukan Kerajaan Persekutuan ketika ini. "Saya cabar mereka berikan subsidi sama seperti Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Parti keadilan Rakyat (PKR) Selangor yang didakwa kaya-raya mungkin boleh memulakan langkah itu melalui Penasihat Ekonomi negeri, Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya. Menurut Charles, kenyataan Ahmad Maslan itu disifatkan sebagai satu lagi cubaan Umno-BN untuk memutar belitkan fakta serta memperbodohkan rakyat berhubung kenaikan harga barangan keperluan ini dengan mengalihkan tugas Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri. " Kenyataan Ahmad Maslan itu hanya memperbodohkan orang ramai. Dia (Ahmad Maslan) hanya mahu putar-belitkan isu ini sahaja. |
Skandal cetak m/wang berganda untuk biaya umno? Posted: 25 May 2011 05:44 AM PDT Ketika zaman Tun Mahathir dulu, ada dakwaan mengatakan beberapa set matawang mempunyai nombor siri yang sama telah dicetak dan dikeluarkan secara sulit. Difahamkan, laporan telah dibuat dan siasatan dilakukan, namun hingga kini tiada sebarang penjelasan atau penafian mengenai perkara tersebut. Kontrak Zeti Akhtar Aziz (Gabenor Bank Negara) baru saja disambung untuk tempoh 5 tahun lagi. Sebagai makluman, Mahathir mengambil-alih jawatan Menteri Kewangan daripada DS Anwar selepas 1998 dan Zeti dilantik Gabenor Bank Negara pada tahun 2000. Mungkin benar dakwaan kaedah mencetak matawang berganda telah dilakukan di bawah Mahathir/Zeti dan kini Najib amat memerlukan Zeti untuk meneruskan kesinambungan... Dipetik: "Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyifatkan pelantikan semula Zeti bagi memastikan kesinambungan dalam kepemimpinan BNM ...". Macam tercium sesuatu...... Janganlah jadikan Bank Negara Malaysia umpama Bank Pokok Pisang pada zaman pemerintahan Jepun di Tanah Melayu suatu ketika dahulu. Pada ketika itu, matawang Pokok Pisang telah dicetak bertimbun-timbun oleh pihak pemerintah Jepun, namun tiada mempunyai nilai. Bawa duit berguni-guni untuk membeli secupak beras. Akhirnya, Rakyat makan ubi kayu! Keadilan Daily: Skandal cetak mata wang berganda untuk biaya dana Umno? KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta mengumumkan siasatan mengenai skandal mencetak mata wang berganda yang pernah ditimbulkan sejak beberapa tahun lalu. Ia berikutan pengumuman Bank Negara Malaysia untuk mengeluarkan siri baru wang kertas dan syiling Malaysia yang dikatakan akan diedarkan di pasaran pada awal 2012. Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, isu percetakan mata wang berganda itu telah beberapa kali dibangkitkan di parlimen, namun sehingga kini kerajaan dan agensi undang-undang yang terlibat gagal mengumumkan sebarang hasil keputusan mengenainya. "Sehingga kini siasatan ini didiamkan. Dulu dikatakan kerajaan akan dedahkan hasil siasatan di parlimen, tapi sehingga kini tidak ada langsung penemuan dan hasil siasatan yang diberikan kepada kita," kata Azan ketika dihubungi keadilandaily.com. Azan merujuk skandal komisyen bernilai RM11.4 juta yang diterima individu tempatan daripada syarikat membekal bahan polimer untuk mencetak wang kertas, Securency International dan Note Printing Australia. Dua anak syarikat Reserve Bank Australia itu didakwa merasuah pegawai tinggi kerajaan selaku orang tengah bagi mendapat kontrak mencetak dan membekalkan mata wang negara antara 1990 hingga 2005. Individu yang juga dikatakan ahli pernigaan itu dikatakan rapat dengan Umno dan kerajaan. Skandal itu turut menggemparkan masyarakat antarabangsa apabila syarikat Australia tersebut dikatakan turut merasuah Timbalan Gabenor Bank Pusat di sebuah negara Asia dengan menawarkan khidmat pelacur Asia. Antara nama negara yang disebut termasuk Malaysia, Nigeria dan Vietnam. Menurut Azan, mata wang berganda yang memiliki nombor siri yang sama itu dipercayai digunakan Umno-BN untuk merasuah pengundi setiap kali pilihan raya umum dan negeri, seperti mana dikesan berlaku di Sabah. Azan menyifatkan aktiviti percetakan mata wang berganda itu sebagai pengkhianatan kepada institusi kewangan negara dan lebih teruk berbanding spekulasi nilai mata wang. Ini kerana lambakan mata wang berganda akan menyebabkan nilai mata wang jatuh dan mengheret negara ke arah inflasi. "Apabila ini berlaku, nilai mata wang malaysia akan jatuh dan tak boleh diperdagangkan di peringkat antarabangasa. Ia hanya laku dalam negara menyebabkan kejatuhan nilai. Ia menyebabkan inflasi dan juga terdedah kepada spekulasi. "Di sesetengah negara, mereka yang didapati bersalah melakukan perkara ini akan dihukum mati," tambah beliau. "Sebab itu, jika menyentuh soal mata wang berganda ini, saya merasa curiga kerana isu yang ditimbulkan sejak 2009 iaitu selepas pilihan raya pada Mac 2008 masih belum berjawab," katanya lagi. Malah katanya, sekiranya keadaan itu berterusan di tambah rasuah dan kebocoran perbelanjaan awam, negara mungkin berhadapan risiko bankrap sepertimana yang terjadi di Greece dan kini berjangkit ke Sepanyol. Dalam masa yang sama Azan turut mempersoalkan mengapa kontrak percetakan mata wang negara perlu dilakukan melalui pihak ketiga. "Seingat saya tiga kali perkara ini diberi perhatian di parlimen termasuk dalam belanjawan negara. Tetapi tidak ada jawapan munasabah mengapakah kita melantik agen sedangkan banyak negara seperti Thailand mengendalikan percetakan mata wang sendiri supaya mudah untuk diawasi," katanya. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=14100 DIKEMASKINI: ... dan KERAjaan BeEnd sebenarnya SUDAH TIADA DUIT untuk menghadapi PRU-13. Arahan pembekuan dan pemansuhan pengambilan kakitangan baru telah dikeluarkan oleh Perdana Menteri pada 6 Mei 2011 dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam telah mengeluarkan pekeliling kepada semua Ketua Setiausaha Kementerian dan pihak berkuasa yang berkaitan..
Sumber: Albanjari Online melalui Kedah Kini Patutlah buat janji bodo kepada guru-guru kununnya ada berita yang menggembirakan pada Hari Guru yang lalu... |
Gaji guru: K'jaan tak mampu sebab krisis kewangan Posted: 25 May 2011 05:40 AM PDT Isu kenaikan pangkat guru yang menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan pengamal profesyen itu menunjukkan bahawa negara kini berdepan dengan krisis kewangan, kata seorang ahli parlimen PAS. Datuk Mahfuz Omar juga mendakwa, langkah kerajaan yang hanya memberikan kenaikan pangkat kepada golongan guru berpendapatan tinggi itu menunjukkan bahawa kerajaan berusaha untuk menipu golongan cerdik pandai itu. Mahfuz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan menteri pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat lalu yang sekadar meminta supaya kumpulan guru yang tidak menikmati kenaikan gaji itu supaya bersabar. Muhyiddin juga sebelum ini menjelaskan bahawa kerajaan bertindak demikian sebagai langkah penjimatan perbelanjaan dan juga untuk mengurangkan defisit kerana kenaikan pangkat itu melibatkan jumlah guru yang ramai. Mahfuz yang juga naib presiden PAS turut menegaskan bahawa langkah penjimatan melalui pengurangan subsidi itu juga akhirnya akan menyebabkan rakyat menanggung kos yang lebih tinggi. Perbelanjaan meningkat "Kerajaan sebenarnya telah memindahkan defisit kerajaan kepada guru berpendapatan sederhana," katanya dan menambah, hanya sebanyak 30 peratus sahaja daripada kira-kira setengah juta guru dalam negara ini yang akan menikmati kenaikan pangkat itu. "(Tindakan) mengurangkan subsidi menyebabkan kos meningkat. Perbelanjaan rakyat juga turut meningkat (sedangkan) pendapatan tidak mencukupi. "Guru merupakan individu yang melahirkan seorang pemimpin, tindakan pihak kerajaan dengan menaikkan pangkat sebilangan guru saja umpama tindakan menipu orang cerdik," katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini. Tambahnya, langkah kerajaan itu juga menunjukkan bahawa kerajaan begitu terdesak untuk menjaga kebajikan pekerja semenjak Pakatan Rakyat melancarkan Buku Jingga pada Disember tahun lalu. Manifesto berkenaan antara lainnya menggariskan usaha Pakatan untuk memastikan agihan kekayaan yang saksama bagi golongan pekerja. "Tindakan yang seharusnya dilakukan oleh pihak kerajaan ialah menaikkan gaji semua guru seperti apa yang dicadangkan oleh pihak PKR baru-baru ini," tegasnya yang turut menyeru kumpulan guru itu supaya lebih vokal dalam menyatakan tuntutan melalui kesatuan mereka. Tapi dapat bonus Ketika ditanya, beliau menafikan bahawa tindakan kenaikan pangkat itu dijalankan bagi menghadapi pilihan raya yang bakal menjelang. "Kalau pembangkang memang akan berkata sedemikian (untuk pilihan raya).tapi bagi saya ia sesuatu yang tidak masuk akal," kata Abdul Rahman ketika dihubungi. Jelasnya, kenaikan ke atas kumpulan guru itu tidak melibatkan guru yang berpendapatan sehingga mencecah RM20,000. "Tidak ada yang dianaktirikan," katanya lagi yang menambah, kumpulan guru yang berpendapatan lebih rendah itu juga akan menikmati kenaikan pangkat. "Jika kita mampu bagi setengah, kita bagi setengah dulu. Waktu ini untuk segmen (pangkat tinggi) dahulu. "Kerajaan bagi kenaikan berkenaan berdasarkan kemampuan pihak kerajaan. Namun perdana menteri sendiri masih sedang berbincang dengan timbalan perdana menteri berkenaan kenaikan pangkat atau gaji bagi guru-guru yang lain," katanya lagi. Abdul Rahman juga berkata golongan guru yang berpendapatan rendah juga sebelum ini telah menikmati bayaran bonus. "Kerajaan telah bagi (bonus) kepada golongan berpendapatan dua ribu ke bawah. Yang penting kerajaan ikhlas," katanya. |
Himpunan raksasa warga Felda di Pahang Posted: 25 May 2011 01:33 AM PDT
TEMERLOH, 25 Mei: PAS Pahang dengan kerjasama Lajnah Tanah PAS Pusat akan menganjurkan Himpunan Raksasa Warga Felda di sekitar Jengka dan Kerdau pada 27 dan 28 Mei ini. Menurut pengarah program, Roslan Zainal, antara lain matlamat perhimpunan ialah untuk menghimpun warga peneroka bagi mendedahkan hak-hak yang layak dituntut, menjana momentum peneroka bersikap berani bagi menuntut hak mereka terhadap Felda. Katanya, empat program telah disusun dalam himpunan selama dua hari itu bermula dengan ceramah umum pada 27 Mei melibatkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Pengerusi Anak Mazlan Aliman, ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan bekas calon Tenang, Normala Sudirman. "Ceramah tersebut akan bermula dengan majlis pelancaran agihan borang Felda Plantations jam 8.30 malam di Tapak Kompleks PAS Pahang, Kerdau. "Pada 28 Mei, jam 2.30 petang, satu forum dan dialog isu-isu peneroka Felda dan janji Pakatan Rakyat akan diadakan di Jengka 16. Ahli panelnya terdiri daripada Mazlan Aliman, Harris Abdullah, Fadzli Ramly dan Yohanis Ahmad," ujarnya. Roslan berkata, pada waktu yang sama generasi muda diadakan prgram Santai bersama Bob Lokman dan minum petang bersama Mohamad Sabu di Jengka 19. "Sebelah malamnya pula sekali lagi diadakan ceramah umum melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Siti Aishah Sheikh Ismail, juga di Tapak Kompleks PAS Pahang di Kerdau. "Pada malam tersebut Anwar dijangka akan melancarkan montaj Universiti Felda, iaitu yang akan dibina oleh Pakatan Rakyat jika memenangi pilihan raya nanti," katanya. Mengenai logik himpunan besar peneroka itu diadakan di Pahang, Roslan berkata, negeri ini memiliki tanah rancangan paling luas iaitu hampir 40% kawasan Felda seluruh negara. Tambahnya, tanah rancangan Felda pertama terletak di Pahang iaitu Lurah Bilut. -Hrkh |
MACAM TU SEKALI UST. ASRI BAGI KIASAN KAT UMNO TAK FAHAM LAGI Posted: 25 May 2011 01:04 AM PDT "Saya ingin bertanya, apakah kita dengar seorang ibu atau bapa menyebut: 'Anak saya dulu lemah pegangan Islamnya, atau kefahaman Islamnya, tetapi sekarang menjadi Muslim yang baik penghayatan dan kefahamannya kerana aktif dalam UMNO?!. Atau anak saya dahulu kurang kefahaman agamanya tetapi selepas aktif UMNO, dia lebih memahami Islam yang sebenar.' Saya rasa agak sukar ungkapan seperti itu ditemui." -Ustaz Muhd Asri Zainul Abidin, Bekas Mufti Perlis.. Yang dok ada... (ni Tok Senapi kata).. bila masuk UMNO jadi macam ni: |
Mangkuknya Naib Presiden Umno!! Posted: 24 May 2011 09:15 PM PDT Suatu petang Zahid Hamidi, Naib Presiden Umno Malaysia ingin bermain perlawanan badminton secara berpasangan dengan lawannya PR. Sebelum perlawanan maka berkatalah Zahid, "Salah seorang daripada anda, kena keluar, biar seorang sahaja lawan kami berdua. Kalau begitu barulah anda benar-benar anak jantan" lawannya PR terkebil-kebil memandang Zahid, "Mangkuknya Naib Presiden" kata mereka membebel.Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mencabar DAP supaya keluar daripada Pakatan Rakyat untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti. Beliau berkata dengan bertanding atas "tiket sendiri" tanpa ada apa-apa pakatan dengan PKR dan PAS, ia dapat menguji sejauh mana kekuatan serta pengaruh DAP dalam meraih sokongan rakyat. "Kalau berani berbuat demikian, barulah parti DAP boleh dikatakan sebagai 'anak jantan'," katanya Aku hanya tergelak sendirian membaca berita itu, kah! Kah! kah! jadi Naib Presiden Umno tapi mangkuk!! |
Pemuda PAS tolak cadangan demo di stadium Posted: 24 May 2011 09:01 PM PDT Cadangan kerajaan agar demonstrasi tanpa permit diadakan di stadium tertutup dengan alasan menjamin keselamatan awam tidak dapat diterima. Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan berkata, tiada sebab bagi pihak berkuasa menghalang demonstrasi di tempat terbuka kerana penganjuran himpunan sebelum ini terbukti aman jka tiada gangguan polis. "Pemuda memang tak bersetuju untuk (demonstrasi) buat di stadium. Kita bukan nak buat festival, bukan nak buat ekspo tapi kita nak buat himpunan yang berjalan untuk keadilan jadi kita akan bergerak dan tidak berkumpul setempat," katanya kepada Harakahdaily. Nasrudin mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein Hishammudin bahawa kementeriannya akan membawa usul demonstrasi tanpa permit di stadium ke jemaah menteri bagi mengelakkan penganjurannya oleh pihak-pihak tertentu daripada mengganggu keselamatan dan ketenteraman awam. Kerajaan jangan ganggu Ganas dibalas ganas "Sebenarnya tunjuk perasaan seni halus yang perlu ditangani dengan lunak, bukan dengan jentera water cannon dan FRU sebab berkait dengan perasaan. Kalau tangani dengan ganas ia akan dibalas ganas juga," katanya. |
Mamat Mat Salleh yang benci Lynas dan sayang Malaysia Posted: 24 May 2011 03:34 PM PDT |
BONGKAR: Keterlanjuran Pegawai SPRM Cungkil Keraguan Dalam Kes Kematian Sarbani Posted: 24 May 2011 03:32 PM PDT Kematian Ahmad Sarbani: "Keterlanjuran" pegawai penyiasat cungkil keraguan "Keterlanjuran" seorang pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mencungkil keraguan balu kepada Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed, yang pada asalnya telah "redha" dengan kematian suaminya. Maziah Manap, terkejut dengan kenyataan "Bukan saya...Orang saya" dari bibir seorang pegawai penyiasat SPRM bernama Ghani, dalam satu perjumpaan pada 28 April 2011. Maziah Manap membuat repot polis pada 2 Mei 2011 di Balai Polis Kelana Jaya, mengesyaki bahawa Ghani telah "terlepas cakap", semasa perjumpaan di pejabat Kastam dengan mendedahkan siapa yang bertanggungjawab di dalam kes kematian suaminya. Maziah berharap agar polis akan menyiasat maklumat tersebut. Dalam perjumpaan pada 28 April, Maziah telah meluahkan perasaannya kepada pegawai penyiasat, termasuk Ghani. Di akhir luahannya, Maziah menyatakan bahawa dirinya redha dengan kematian suaminya, seterusnya bertanya soalan, "Apakah Encik Ghani akan buat sekiranya Encik Ghani berada di tempat saya?" Apa yang mengejutkan Maziah adalah "jawapan yang perlahan daripada Ghani, yang menyatakan "BUKAN SAYA... ORANG SAYA". Maziah menyusul dengan pertanyaan "ORANG?", namun Ghani terus mendiamkan diri dan Jariyana bt Yusof terus mengajak Ghani keluar kerana ada operasi. Demikianlah repot polis yang dibuat oleh Maziah pada 2 Mei 2011, didedahkan oleh ADUN Teja, Chang Lih Kang dalam satu ceramah di Tualang Seka pada malam 20 Mei 2011. Serah dokumen peribadi Menurut repot polis tersebut, sepasukan anggota SPRM telah datang ke pejabat Maziah Manap di Shah Alam pada 27 April 2011. Bagaimanapun, Maziah tidak berada di pejabat ketika itu, dan anggota keselamatan syarikat itu diberitahu bahawa tujuan lawatan SPRM adalah untuk menyerah dokumen peribadi Allahyarham Ahmad Sarbani kepadanya. Temujanji diaturkan pada 28 April, setelah Maziah menghubungi Tuan Hj Sarip, Penolong Kanan Pegawai Kastam di bahagian pengurusan. Pada 10.30 pagi 28 April, Maziah bersama dua orang anaknya Sabtiyah dan Syahirah sampai di pejabat Kastam Subang Jln LTS ASS Subang. 11 dokumen diserahkan oleh Jariyana bt Yusof dari SPRM, sambil disaksikan oleh Sarip, dan pegawai penyiasat kes suaminya, Ghani. Maziah pula ditemani dua orang anaknya dalam bilik di mana dokumen diserahkan. Kejadian "terlepas cakap" berlaku selepas penyerahan dokumen, menurut repot polis. Malah, seorang lelaki Melayu yang memperkenalkan diri sebagai "Ghani dari SPRM" menelefon anak Maziah pada 29 April, untuk meminta nombor telefon Maziah. Kejadian ini telah mencungkil keraguan Maziah Manap tentang punca kematian suaminya, Ahmad Sarbani. Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani, 56, dijumpai mati di gelanggang badminton selepas jatuh daripada tingkat tiga bangunan SPRM di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur pada 6 April 2011. Sarbani antara 62 pegawai kastam yang ditahan dalam "Operasi 3b" yang dijalankan SPRM pada 1 April lalu di Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah, penggubahan wang haram dan beberapa kesalahan lain. Kematian Ahmad Sarbani adalah kes kematian kedua dalam tahanan SPRM, selepas kes Teoh Beng Hock pada 16 Julai 2009. 73 pertubuhan sivil mendesak agar Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk menyiasat kes kematian ini. Bagaimanapun, pada 21 April, Ketua Polis Kuala Lumpur Zulkifli Abdullah berkata penelitian penuh yang dijalankan beberapa pihak termasuk polis, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dan jabatan kimia merumuskan bahawa punca kematian Ahmad Sarbani adalah kerana kecederaan parah di kepala selepas terjatuh dari tempat tinggi. Zuklifli Abdullah menambah, laporan kematian mengejut (Sudden Death Report) Ahmad Sarbani akan dihantar kepada Peguam Negara dalam masa satu minggu. Dengan kata lain, laporan tersebut telah dihantar sebelum Maziah membuat laporan polis pada 2 Mei 2011. Ketika dihubungi MerdekaReview, Ghazali Ramli, iaitu peguam Maziah Manap berkata polis pernah menghubungi Maziah untuk mengambil keterangan. Namun demikian, sebagaimana yang diketahuinya, polis tidak berbuat demikian setakat ini. "Laporan media seolah-olah suami saya kaki rasuah" MerdekaReview juga menghubungi Maziah Manap, dan beliau meluahkan perasaannya bahawa laporan media arus perdana tidak adil untuk dirinya. Misalnya, media melaporkan bahawa dirinya memiliki empat buah kereta, tanpa menyatakan apa jenis kereta itu. "Saya pandu (kereta) kancil salah ke?" tanya Maziah Manap, yang bekerja sebagai seorang supervisor. Jelas, Maziah kelihatan agak berhati-hati dengan media, sepanjang temuramah dijalankan. Beliau akan merenung sebelum berkata sesuatu kepada wartawan. "Reaksi masyarakat terbahagi kepada dua, yang kenal I,percaya I, sebab mereka tahu cara hidup saya. Yang tak kenal I, kutuk I. Laporan media itu seolah-olah suami saya kaki rasuah. Saya pasti suami saya tidak makan rasuah dan tidak membunuh diri," kata Maziah Manap. Pada 12 April, peguam Maziah Manap, Ghazali Ramli mengisytiharkan harta Ahmad Sarbani secara terperinci, iaitu tiga buah kereta (Kancil, Honda CRV second hand, Proton Persona); sebuah motorsikal Modenas Kriss; satu unit apartment di Klang bernilai RM65,872; satu unit apartment di Puncak Alam bernilai RM68,988; satu unit rumah semi-D di Saujana Impian, Sungai Buluh bernilai RM230,000 (dibeli dengan pinjaman kerajaan dan wang simpanan KWSP isterinya), dan simpanan Amanah Saham Bumiputera yang bernilai RM35,000. -MerdekaReview *Chen Shaua Fui ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina.
|
UMNO BN Perkuda Eskay Serang Anwar Posted: 24 May 2011 03:28 PM PDT SHAH ALAM : Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul menganggap temuramah salah seorang trio 'Datuk T', Datuk Syazryl Eskay Abdullah sebagai 'kuda tunggangan' UMNO BN yang digunakan bagi tujuan memfitnah Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim. Malah menurut Johari, temuramah ekslusif Eskay yang disiarkan dalam Utusan Malaysia hari ini sebagai tidak benar dan bercanggahan dengan fakta. Johari turut menegaskan PKR akan mendedahkan kepincangan Eskay tidak lama lagi. "Kena tanya orang Kedah siapa dia Eskay yang kami kenal. Kami tahu habuan yang dia dapat mungkin dari bekas Perdana Menteri, Mahathir. Kami juga tahu cara dia berniaga, yang akan didedah dalam sedikit masa lagi. Bagi saya UMNO BN gunakan Eskay sebagai kuda tunggangan mereka," katanya. Eskay sebelum ini ditemani bekas Menteri Besar Melaka, Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari PERKASA, Shuib Lazim, mengangkat sumpah 'laknat' di Masjid Amru Al-As pada 29 April lalu kononnya beliau dan Anwar terlibat dalam skandal seks seperti mana yang didedahkan mereka 21 Mac lalu. Walaubagaimanapun, Rahim dan Shuib tidak membuat sumpah laknat. Utusan hari ini, muka surat 12, menyiarkan temuramah ekslusif mereka dengan Eskay yang digambarkan sebagai seorang yang mesra dan berakhlak mulia malah digambarkan sebagai hero. Menurut temuramah tersebut, Eskay yang menjadi Konsul Kehormat Diraja Thailand dikatakan terlibat dan bertanggungjawab dalam memeterai Peta Keamanan (Peace Road Map) melibatkan semua wakil puak pemisah di bawah naungan organisasi yang dinamakan BERSATU termasuk pertubuhan Pembebasan Bersatu Pattani (PULO), Gerakan Mujahiden Islam Pattani (GMP) dan Barisan Revolusi Nasional-Kongres (BRN). Namun Johari yang juga bekas Pegawai Tinggi Kerajaan Pusat menegaskan, apa yang terpapar diruangan Rencana itu tidak benar sama sekali. "Dalam hal-hal keselamatan seperti ini, kita tak gunakan konsul, Konsul general kehormat dan konsul general berbeza. (Eskay) konsul Langkawi sahaja, bukan Malaysia. Fungsi Konsul General Kehormat adalah berkaitan pelancongan, kebudayaan dan sewaktu dengan itu. "Ini bukan peranan Konsul General Terhormat. Ini peranan yang dimainkan Majlis Keselamatan Negara, Polis, Tentera dan lain-lain. Saya yakin mereka yang terlibat turun akan berdiam diri kerana perkara ini 'Top Secret' (Rahsia Sulit) Kerajaan," tambah Johari. Menurut Johari fungsi Eskay hanyalah seperti 'Pengurus Acara' atau Pemandu Pelancong semata. "Saya yakin, kalau ada Menteri-menteri atau VIP ingin ke Thailand Datuk Eskay boleh jadi 'tour guide' tapi terlibat dalam hal seperti ini...seperti saya kata, saya bekas Pegawai Tinggi kerajaan," kata Johari lagi. Justeru, Johari mencabar Eskay yang menyatakan Anwar ke Thailand dengannya secara berseorangan menjelaskan dengan terperinci tarikh kedatangan Anwar ke Thailand jika benar semua tuduhan sebelum ini. "Saya nak cabar Eskay, beritahu bila tarikh Anwar ke Thailand. Sebab dia kata Anwar pergi sendirian. Sedangkan saya tahu tujuan Anwar ke Thailand dan dengan siapa dia pergi dan apa yang dia bincangkan. Dia tak akan pergi sorang," kata Johari. |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan