Pendapat peribadi hamba. |
BIL API NAIK 7.12%, PADAN MUKA MELAYU. Posted: 30 May 2011 03:24 PM PDT Depa kata, kenaikan tarif elektrik tidak menjejaskan 75% atau 4.4 juta pengguna elektrik TNB. Ini kerana bil golongan 75% ini secara puratanya tidak menggunakan elektrik sebanyak 300kWj. Memang pandai ayat spin golongan penipu ini. Mengapa depa tidak kata kenaikan tarif elektrik ini akan membebankan 25% pengguna elektrik TNB. Atau sebut dengan nilai angkanya sekali, 1.54 juta pengguna elektrik akan menikmati menaikan bil api sehingga 7.12%. Bukan sama ke ayat ini dengan ayat di atas? Apa depa ingat, golongan 25% ini bukan manusia ka? Golongan 25% ini adalah makhluk yang tidak makan nasi dan roti, hanya sedut asap keluar angin? Depa ingat golongan 25% ini adalah satu kumpulan makhluk dimana dibelakang rumah mereka ada mesin cop duit untuk membayar lebih bil elektrik mereka tiap-tiap bulan? Apa punya mentaliti kerajaan 1 Malaysia ini? Kerajaan yang menyusahkan rakyat ka? Hamba mendoakan, agar makhluk istimewa 25% ini akan memastikan mereka ini adalah golongan yang akan bertanggungjawab menjatuhkan kerajaan bn yang tidak reti mentadbir ini. Hamba harap, mahkluk 25% ini akan men'turn over'kan jumlah undi dari mengundi bn, kepada mengundi Pakatan Rakyat. Biar rasa bn tidak memegang tampuk kerajaan buat pertama kali dalam sejarah Malaysia. Padan muka. |
You are subscribed to email updates from Pendapat peribadi hamba. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan