Pahang Daily Online |
- Panas: 'Kecoh' Di Himpunan Aman Bantah Lynas Hari Ini, Ramai Yang Kecewa Polis Gagal Tangani Provokasi Yang Di Lakukan Penyokong Kerajaan !
- Panas: Timbalan Ketua PAS Indera Mahkota Buat Laporan Polis Atas Keganasan Penyokong Lynas !!
- Himpunan 'Bantahan Lynas' Pagi Tadi Sekali Lagi Kecoh Oleh 'Provokasi' Dari Penyokong Kerajaan !
Posted: 31 May 2011 12:15 AM PDT KUANTAN, 31 Mei - Mesyuarat isu Lynas bersama Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang sepatutnya diadakan di Hotel Hyatt, jam 3.00 petang ini terpaksa dijalankan tanpa kehadiran NGO "Save Malaysia Stop Lynas". Demikian menurut satu mesej yang dihantar kepada kami sebentar tadi oleh wakil NGO terbabit. Katanya "Save Malaysia tidak akan melayan appointment dengan IAEA petang nanti kerana Kerajaan tidak ikhlas dalam mengawal keamanan dan menjamin keselamatan mereka yang diundang, termasuk mengawal orang ramai disekitar kawasan Hotel Hyatt. Dia orang dah gagal!", kata SMS itu. Sebenarnya ramai yang terkejut dengan cara pihak polis mengawal peserta demontrasi aman itu. Pihak polis dilihat gagal menjalankan tugas mereka dengan seadil-adilnya. Sedangkan pihak penyokong kerajaan yang terdiri dari UMNO, Pakida, Perkasa, Majlis Belia, Belia 4B, GPMS dan yang lainnya telah bertindak diluar batasan kemanusiaan. Bukan sahaja pemimpin Save Malaysia Stop Lynas yang dikasari mereka, malahan wartawan yang mengambil gambar insiden tersebut turut diugut serta dikasari mereka. Hingga ada terdapat seorang wartawan wanita sebuah akhbar Cina dikejar dan kameranya cuba dirampas oleh kumpulan terbabit. Ini sesuatu yang cukup memalukan dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia ini. Mesyuarat bersama IAEA tidak dihadiri oleh Save Malaysia Stop Lynas Sepatutnya polis menghalang penyokong kerajaan bukan biarkan begini Cuba lihat, polis bersama-sama penyokong kerajaan pemimpin terbabit Bayangkan penyokong kerajaan mengkasari mereka hingga ke kenderaan Lelaki berbaju oren, antara penyokong kerajaan yang begitu agreasif sekali Bukti, mereka ini ditangkap hanya kerana berbaring atas kain rentang ketika himpunan bantah Lynas di pejabat DAP Pahang baru-baru ini Bukti, YB Chong Siew Onn mentunjukkan surat jemputan khas Kerajaan untuk mereka hadir dalam mesyuarat dengan IAEA, kenapa dikasari? Bukti, inilah dia surat jemputan khas berkenaan. Kenapa mereka dikasari? [Tindakan ganas penyokong mereka itu sebenarnya didalangi oleh Kerajaan Negeri sendiri. Tambahan pula ia dipimpin oleh Exco Kerajaan iaitu Dato' Safri Aziz. Ditambah lagi dengan kehadiran Setiausaha Politik Menteri Besar Pahang, Dato' Shamsuddin Nawawi (foto) di kawasan itu. Apa yang jelas kekecohan dan senario yang berlaku ini sengaja dirancang, untuk menunjukkan kononnya pihak Save Malaysia Stop Lynas tidak bermoral dan sebagainya. Sebaliknya, provokasi melampau itu dilakukan sendiri oleh penyokong mereka yang begitu "fanatik" dan "bagaikan histeria" itu. Soalnya sekarang, kenapa Setpol MB berada di kawasan terbabit dan hanya melihat dan tidak cuba meleraikan keadaan. Bukankah ini membuktikan bahawa kekecohan tersebut sengaja ditimbulkan oleh pihak Kerajaan Negeri Pahang sendiri. Maknanya ia melibatkan MB Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob yang dilihat mengarahkan tugas kepada Exco Tugas-Tugas Khas dan Setpol beliau sendiri. Apakah ini gayanya satu kaedah profesional oleh seorang Ketua Kerajaan Negeri?. Tindakan ganas dan menakut-nakutkan rakyat membuktikan mereka sengaja mahu mencetuskan pergaduhan. Sedangkan rakyat yang datang untuk menghantar patisyen dan demo bagi membantah projek berkenaan. Mereka sepatutnya mengadakan demo menyokong projek Lynas dan bukannya menimbulkan kekecohan sedemikian rupa. Semoga rakyat dapat menilai dan melihat perkara ini dengan fikiran yang waras. Usahlah gunakan isu perkauman dalam isu rakyat yang sepatutnya ditangani berdasarkan satu kaedah yang lebih profesional. Tindakan mahu bergaduh dan berperang menunjukkan bahawa mereka sebenarnya sudah ketandusan idea untuk menghalang kebangkitan rakyat itu sebenarnya]. |
Panas: Timbalan Ketua PAS Indera Mahkota Buat Laporan Polis Atas Keganasan Penyokong Lynas !! Posted: 30 May 2011 09:50 PM PDT KUANTAN, 31 Mei - Nampaknya, penyokong kerajaan yang dipimpin sendiri oleh seorang Exco Kerajaan Negeri Pahang sendiri, terus melakukan kekecohan dengan menggunakan "bala tenteranya" yang terdiri daripada pemuda UMNO dan NGO berkaitan untuk menggasak kumpulan Save Malaysia Stop Lynas yang mengadakan demontrasi aman di Teluk Chempedak. Tidak cukup dengan tindakan menghalau peserta demontrasi awal pagi tadi, mereka kemudiannya menggasak Saudara Andasura Rabu (foto), Timbalan Ketua PAS Indera Mahkota ketika sessi sidang media. Tanpa menghormati arahan pihak polis. Kumpulan terbabit menyerbu sidang media Andasura yang diadakan dipintu masuk ke bilik mesyuarat Hotel Hyatt. Difahamkan Andasura berada disitu atas jemputan pihak kerajaan sendiri (MITI) dan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA). "Ketika saya keluar dari bilik mesyuarat, waratawan sudah penuh berada di pintu masuk danmengajukan soalan. Maka saya terpaksa memberikan komen dan pandangan saya terhadap apa yang telah dibentangkan kepada pihak IAEA itu. Say bertindak profesional dan tidak menimbulkan apa-apa ketegangan sebenarnya", kata Andasura. Sekumpulan penyokong Lynas yang diketuai oleh Azmi Nasir (adik Jamal Nasir bekas ADUN Beserah) telah cuba membuat provokasi ketika sidang media belum tamat. Ini menyebabkan pihak polis yang berada di situ terpaksa meleraikan keadaan dan mengarahkan pihak terbabit beredar. Dalam masa yang sama sekumpulan penyokong Lynas yang berada di Restoran Bistro berhampiran telah beramai-ramai meluruk ke arah Andasura. Ketika itu YB Syed Mohammad Syed Lonik juga berada disitu. Mereka kemudian ditengking dan diherdik supaya "berambus". Kumpulan itu juga memarahi pihak polis kerana membenarkan sidang media diadakan. Beberapa orang anggota FRU meluru ke kawsan terbabit dan berlaku kekecohan dan pergaduhan di situ. Kumpulan berkenaan mengarahkan Andasura beredar dari Hotel Hyatt dan tinggalkan Teluk Chempedak. ADUN Beserah sedang dikawal oleh pihak polis ketika kekecohan tersebut Wartawan yang menemubual Andansura selepas keluar dari Hotel Hyatt FRU cuba mengiringi tetapi tidak pula menghalang penyokong kerajaan Andansura membuat laporan polis di Balai Polis Beserah selepas kejadian |
Himpunan 'Bantahan Lynas' Pagi Tadi Sekali Lagi Kecoh Oleh 'Provokasi' Dari Penyokong Kerajaan ! Posted: 30 May 2011 09:24 PM PDT KUANTAN, 31 Mei - Himpunan Bantahan Lynas yang diadakan di pantai Teluk Chempedak hampir bertukar menjadi pergaduhan apabila diganggu oleh kumpulan yang tidak dikenali. Tindakan kira-kira 120 orang yang menyertai kumpulan itu tidak disenangi kira-kira 20 lagi yang berkelah di pantai itu. Mereka, yang mengaku penduduk tempatan, meminta aktivis Save Malaysia beredar kerana didakwa mencemarkan pantai. 'Selamatkan Malaysia' mengadakan bantahan pagi ini di pantai peranginan Teluk Cempaka, lokasi di mana sembilan anggota panel IAEA yang mengkaji kesesuaian pembinaan kilang itu menginap. Ia juga lokasi rundingan awam dijalankan. Kumpulan 20 orang itu kemudiannya dilihat mahu menyuraikan Save Malaysia dengan kasar tetapi dihalang pihak polis. Bagaimanapun, perkara itu terus mengundang kemarahan pihak itu yang mendakwa penunjuk perasaan itu bukan orang tempatan. "Kami memang daripada Kuantan, ini Tanah Melayu!" kata seorang lelaki yang dikenali sebagai Azman Attar ketika ditanya sama ada mereka mewakili mana-mana kumpulan. Save Malaysia pimpinan pengerusinya Tan Boon Teet kemudiannya hanya duduk dan menunggu di penjuru pantai dan meninggalkan tempat itu jam 9.30 pagi. Sementara kumpulan sokong Lynas masih tetap berada di kawasan itu. [Antara yang dilihat berada disitu ialah beberapa orang ADUN BN seperti Dato' Safri (Ibam), Zaili Besar (Panching) dan lain-lain pemimpin seperti Dato' Sam (Setiausaha Politik MB Pahang), Dato' Zul (Dewan Perniagaan Melelayu Malaysia Pahang), Dato' Jamal Nasir (Bekas ADUN Beserah) serta lain-lain pemimpin UMNO Pahang. Turut kelihatan beberapa orang pemimpin NGO yang kononnya menyokong Lynas. Mereka berdiri di depan KFC berhampiran Hotel Hyatt. Beberapa orang anggota polis kelihatan minum di kawasan McDonald. Suasana agak tenang kerana ramai peserta demontrasi telah meninggalkan kawasan terbabit akibat dihalau oleh penyokong kerajaan. Hanya yang tinggal beberapa kerat ahli Save Malaysia Stop Lynas yang minum di sekitar kawasan tersebut. Apapun keadaaan terkawal dan tidak ada sebarang bentuk kekecohan yang berlaku lagi pada ketika itu]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan