Pendapat peribadi hamba. |
MALAYSIA JUAL MINYAKLAH. APA CERITA SUBSIDI-SUBSIDI NI? Posted: 26 May 2011 06:53 AM PDT Sistem akal tapak kaki. Malaysia jual minyak. Dan Malaysia juga beli minyak. Jual minyak untung bilion-bilion. Beli minyak kena keluar duit. Jual tolak beli, yang untung bilion-bilion itu menunjukkan jual lebih tinggi dari beli. Sebab itu namanya untung. Tapi pelik bin ajaib, sebab beli ikut harga pasaran, jual kepada rakyat ikut harga pasaran. Tetapi konon untuk menunjukkan KERAjaan bn ini baik, depa buat 'subsidi' minyak dengan potong harga jualan. Padahal, ikut logik dan memang benarpun, KERAjaan tidak keluar satu sen pun duit untuk beli minyak, sebab kita untung dari hasil jualan. Maka jadilah rakyat ini dibodohkan oleh KERAjaan bn yang memang bodoh mentadbir. Hendak jual minyak pada rakyat pun tak reti-reti. Disebabkan rakyat pun majoritinya akal kurang belaka, maka kekal jugalah KERAjaan bn untuk mentadbir dengan cara yang lebih bodoh dari dahulu, kini dan selamanya.
| |||||||||||||||||||||||||||
CERITA BERSIH 2.0, TERINGAT BERSIH SATU. Posted: 25 May 2011 04:28 PM PDT 10 November 2007, adalah hari yang tidak boleh hamba lupakan sehingga bila-bila. Ada dua peristiwa penting yang berlaku pada tarikh itu. Satunya, isteri hamba bakal melahirkan anak kedua, dan satu lagi adalah perhimpunan Bersih. Setelah cadangan Tuan Guru Presiden untuk mengadakan demonstrasi Bersih untuk kali kedua pada 9 Julai ini, maka peristiwa lama dahulu terngiang-ngiang didalam akal ingatan hamba tentang pengalaman menghadiri demonstrasi Bersih yang tidak bersih itu. Ianya penuh dengan kekotoran politik kotor umno, dan masih hamba tidak lupa, cabaran Khairy Jamaludin, jiran rumah ibu hamba, mencabar orang ramai turun berdemo dijalan raya jika mereka berani.
Pagi Sabtu itu, iaitu hari demo Bersih, hamba terlebih dahulu telah menghantar isteri hamba ke klinik pakar puan, kerana 'due date' untuk melahirkan anak kedua kami telah dekat. Semasa Doktor memeriksa isteri hamba, Doktor mengatakan bahawa isteri hamba telah 'buka' sebanyak 2cm. Terkejut hamba dan isteri hamba. Doktor mengesyorkan isteri hamba dibawa ke hospital untuk menunggu bersalin. Kami hanya mengiyakan cadangan Doktor itu. Setelah keluar dari Klinik Pakar itu, hamba bertanya isteri hamba, "Macamna ni? Hendak ke Hospital ke?", isteri hamba menjawab, "Tidak perlu kot." Hamba menambah, "Abang hendak pergi demo ni, boleh ke ni. Ha hendak bersalin dah ke ni?" Ha adalah panggilan hamba kepada isteri hamba.Isteri hamba menjawab, "Tak pe, abang pergilah, rasanya lambat lagi hendak keluar anak kita ini." Itulah jawapan yang paling hamba hormat kepada isteri hamba. Beliau memahami tanggungjawab suaminya sebagai ahli jemaah PAS. Malah tidak pernah sekalipun beliau mengeluh jika hamba keluar malam dan balik pagi untuk program jemaah sehingga sekarang. Hamba dan rakan-rakan hamba mengambil keputusan untuk berkumpul di Masjid Jamek. Salah satu tempat berkumpul yang 4. Satu di masjid negara, satu di Sogo dan satu lagi di Pasar Tani. Hamba memilih untuk ke Masjid Jamek, dan sesiapa yang berada di Masjid Jamek, tahu, apakah yang terjadi di situ.
Tenang jo ye sedara-sedari.
|
You are subscribed to email updates from Pendapat peribadi hamba. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan