PEJUANG PRO DEMOKRASI |
- BERSEDIA UNTUK TERAJANG GEROMBOLAN MASUK KE DALAM SUNGAI KELANG!
- SUDAH TIBA MASANYA PAS MEMILIH PEMIMPIN DARI KALANGAN REVOLUSIONER
- BERITA GEMBIRA UNTUK 1 MALAYSIA !
- KELENTONG JANGAN TAK KELENTONG!
- JOM RAMAI - RAMAI TERAJANG GEROMBOLAN JATUH KE DALAM SUNGAI KLANG!
BERSEDIA UNTUK TERAJANG GEROMBOLAN MASUK KE DALAM SUNGAI KELANG! Posted: 31 May 2011 01:33 AM PDT PAKAR EKONOMI :HARGA MAKANAN AKAN TURUT NAIK - mkini Harga makanan dijangka meningkat seiring pengumuman kerajaan menaikkan tarif elektrik, kata ketua ekonomis Ratings Agency Malaysia Yeah Kim Leng. Katanya, ini ekoran industri pengeluaran makanan menggunakan sebahagian besar tenaga elektrik. Sebelum ini, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui bagi pengguna antara 301kW hingga 1000kW unit, tarifnya dinaikkan daripada 0.1 hingga 10 peratus, atau RM0.07 kepada RM30.30 bermula 1 Jun. JANGAN LUPA 9 JULAI 2011,TURUN KE JALANRAYA! LSS: Untuk 1 malaysia kita memang dah takde pilihan lain selain menghumbankan gerombolan United Malays National Organsiation ke dalam sungai Kelang.Ini harus di lakukan kalau tidak maka akan ada ramai la orang melayu yang akan mati kebuluran. Jangan teragak - agak buat pilihan, turun ke jalan raya pada 9hb Julai ini adalah pilihan yang tepat untuk menyuarakan kemarahan.Jadikan 9 julai ini sebagai hari kemarahan rakyat dan kita akan menyambutnya dengan mengunyah cili padi sambil meludah ke arah poster gerombolan...........Kah...Kah...Kah |
SUDAH TIBA MASANYA PAS MEMILIH PEMIMPIN DARI KALANGAN REVOLUSIONER Posted: 31 May 2011 12:42 AM PDT Lama dahulu ketika mula di asaskan atas sikap pengecut UMNO yang mula bimbang akan di haramkan atas skandal Barisan 33 Pemuda UMNO yang akan mengangkat Senjata melawan British sebuah arti yang berteraskan islam di lingkari oleh golongan Nasionalisme. Nasionalis - Nasionalis seperti Dato' Ahmad Fuad,Dato' Asri dan Dr.Burhannudin Al- Helmy pada masa itu meletakkan slogan Nasionlisma melayu sebagai teras utama dalam melawan Brisitish. Namun apabila masa berlalu perjuangan PAS melalui beberapa lekuk perubahan yang drastik.Terutamanya apabila Nasionlisma di lihat tidak Relevan lagi bagi PAS. Ianya bermula setelah Dato' Asri mengheret PAS ke dalam jerat UMNO iaitu dengan menyertai BN pada tahun 1971.Berlaku konflik yang amat tragik hasil dari sikap hati busuk yang dimiliki gerombolan. PAS berpecah belah malah Lutfi Ahmad pernah menulis sebuah buku yang bertajuk "PAS tersungkur di kelantan" hasil dari perbuatan UMNO dang geng - gengnya dalam PAS.Maka dengan itu pemikiran berfahaman Nasionalis di ketepikan kerana mereka pastinya akan mencari jalan untuk berpadu - padu semula dengan UMNO. Berakhir satu lekuk PAS mengambil pendekatan memilih pemimpin dari kalangan ulama yang lebih islamik.Dato Yusuf Rawa,Ustaz Fadzil Noor,Hadi Awang dan Tuan Guru Nik Aziz adalah pilihan dengan makna bahawa mereka harus melalui hala dan kepimpinan Ulama. Namun setelah tembelang Nasharuddin Mat Isa dan Hasan Ali cuba mengulangi tragedi 1977 dengan cuba menjalankan gerakan untuk "bernikah" semula dengan UMNO telah memperlihatkan kepimpinan Ulama seakan tercalit arang. Kini seorang pemimpin bukan Nasionalis dan Ulama yang pernah di ketepikan pada pemilihan PAS yang lalu kini memperoleh semula Populariti nya.Gema suara lantang dan gerakan nya yang amat agresif memperlihatkan dia persis Syeikh Salah Syahadah pengasas HAMAS dan Mahmoud al- Barghouti yang memimpin gerakan sayap pemuda HAMAS. Haji Mohd. Sabu seorang pemimpin yang begitu Vokal telah memperlihat dirinya layak di gelar seorang Revolusioner.Sudah berdekad lamanya PAS harus menitip seseorang yang mempunyai karisma perjuangan yang agresif persis Syeikh Ezzeddin Al-Qassam pengasas sayap bersenjata HAMAS. Zaman sudah berlalu,kebangkitan Revolusi di Afrika dan Timur Tengah kini memanaskan momentum semangat patriotik masyarakat dunia.Maka selaras dengan itu PAS kini sudah memiliki seorang model dan idola yang paling tepat iaitu Haji Md Sabu. Pilihanraya kini sudah tidak memberi sebarang makna,ini kerana mengapa mengapa masyarakat dunia tegar memilih jalanraya dan menumbangkan.Jadi gerakan agresif yang selalu ni namakan sebagai REVOLUSI sepatutnya di gerakkan oleh seorang Revolusioner seperti Md Sabu. Oleh dengan itu kepada seluruh perwakilan,sedar dan ingat anak muda ber"kehendak"kan kepimpinan lebih vokal,lantang dan agresif seperti Md Sabu dengan erti kata lain mereka mahukan seorang Revolusioner untuk memimpin masa depan PAS dalam menumbangkan regim gerombolan. Maka Pilih lah Haji Md Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS! |
BERITA GEMBIRA UNTUK 1 MALAYSIA ! Posted: 31 May 2011 12:19 AM PDT NAJIB AKAN DI PANGGILAN OLEH MAHKAMAH PERANCHIS - keadilan daily NOTA: |
KELENTONG JANGAN TAK KELENTONG! Posted: 30 May 2011 11:57 PM PDT HARGA GAS ASLI DI MALAYSIA LEBIH MURAH BERBANDING JIRAN - meloya PUTRAJAYA 30 Mei – Harga gas asli di Malaysia masih lagi murah berbanding negara-negara jiran meskipun dengan kenaikan hari ini, kata Nor Mohamed Yakcop. "Malah sebelum ataupun selepas kenaikan, harga Malaysia masih lagi murah jika dibandingkan dengan Thailand (RM18.23), Indonesia (RM21.04), Singapura (RM43.32) dan Vietnam (RM18.70)," kata beliau. Nor Mohamed berkata demikian selepas mengumumkan kenaikan harga gas asli daripada RM10.70 setiap juta unit termal British (MMBtu) kepada RM13.70 setiap MMB tu seiring dengan kenaikan harga tenaga global. Beliau berkata, kenaikan dalam bekalan gas ke sektor perindustrian adalah wajar, daripada RM15 setiap MMBtu kepada RM16.07 setiap MMBtu, jika dibandingkan dengan negara-negara jiran serantau seperti Thailand (RM19.46), Indonesia (RM18.74) dan Singapura (RM133.45). Nor Mohamed berkata, Petroliam Nasional Bhd (Petronas) akan menaikkan harga gas yang ia bekalkan kepada sektor elektrik dan perindustrian sebanyak RM3 seMMBtu setiap enam bulan mulai 1 Jun, 2011 sehingga Disember 2015. Harga gas akan mengikut harga pasaran mulai 2016, kata beliau. – TARAKNAMA LSS: Ada jugak magkuk ayun yang bagi alasan bodoh dan lapok nie! Ini kelentong jangan lah pakai lagi pasal belum sebut memang dah kantoi! Gas lagi mahal berbanding di sweden,norway,Uganda ataupun di planet Zargus dan Planet Pluto! Buat lah alasan lain,Buat lah kelentong lain, ini kelentong dia punya kencing dah naik haring dan hancing dia punya bau.ai lah idea baru bila nak buat Kelentong, pasal lain kali kalau umum harga gas dan minyak naik maka umumkan lah dalam bahasa Zimbabwe. Lain kali kasi lah tahu yang harga gas dan minyak yang ada di malaysia adalah lebih murah berbanding dengan yang di negara grand canyon yang berlokasi di planet Marikh! Ini cari baru kas orang kampung terkujat sampai terkulat - kulat! Secara tiba - tiba je semua harga barang naik melambung,untuk sedapkan hati makcik - makcik dan mat - mat felda kelentong lagi kata ini semua Rasionalisasi nak meyelaraskan batang piston yang terletak di hujung cabang ekonomi negara! Lepas bikin rasionalisasi naik harga barang lepas tu buat Pilihanraya ke - 13! ini baru power! Maka orang boleh Undi yang mana lagi glamer ! (BN) Barang Naik ATAU (PR) "Price Reduce" |
JOM RAMAI - RAMAI TERAJANG GEROMBOLAN JATUH KE DALAM SUNGAI KLANG! Posted: 30 May 2011 11:11 PM PDT JANGAN POLITIK TARIF BARU ELEKTRIK - berita hairan KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan, berkata kerajaan sentiasa mengutamakan rakyat dan ia terbukti apabila semakan baru tarif elektrik yang diumumkan semalam tidak menjejaskan 75 peratus pengguna domestik yang menggunakan kurang daripada 300 kwj sebulan. Beliau berkata, selain itu kerajaan terus membantu golongan berpendapatan rendah dengan memberikan bekalan elektrik percuma kepada pengguna domestik yang bil elektrik mereka berjumlah kurang RM20 sebulan sehingga 31 Disember ini. "Walaupun semakan baru tarif elektrik itu tidak dapat dielakkan, kerajaan tetap melindungi kepentingan rakyat dan kita harus melihat perkara itu secara positif. "Pada masa sama, semakan baru tarif elektrik tidak harus dijadikan alasan oleh segelintir pihak untuk menaikkan harga barangan," katanya ketika dihubungi, semalam. Sementara itu, Naib Presiden MCA, Datuk Donald Lim Siang Chai, berkata pihaknya akan turun padang untuk menemui rakyat bagi memberi penjelasan berhubung semakan baru tarif elektrik. "Sudah tentu pembangkang akan mempolitikkan perkara ini. Kita akan bertemu rakyat dan memberitahu mereka faktor di sebalik kenaikan tarif elektrik," katanya. Dalam pada itu, Ketua Pemuda MIC, T Mohan, berkata pemasangan lampu hiasan untuk projek landskap harus dikaji semula dalam usaha menerapkan sikap menjimatkan elektrik. "Sekarang kita dapat melihat di sekitar bandar, lampu hiasan terlalu banyak dan kadangkala beroperasi sehingga awal lewat pagi," katanya. LSS: Apa yang mangkuk ayun ni merapu? mesti lah di politik kan,Masa ni lah nak belasah gerombolan kaw - kaw.Ini lah masa yang terbaik nak bagi tau bukan sahaja pada 1 malaysia malah pada seluruh dunia yang gerombolan ni bangang dalam mentadbir! Ini lagi bikin rasionalisasi tak tau la mangkuk ayun ni belajar dari mana.Kalau harga minyak naik dah tentu la harga barang akan naik Bodoh! pasal takkan la towkay pasar borong atau kedai runcit nak angkut barang pakai Keldai kot! Kalau tarif elektrik naik takkan la towkay restoran atau towkay pam minyak nak pakai lampu ayan atau Torch Light untuk kegunaan premis kot! dah konpom semua harga barang akan naik kerana elektrik perlu dalam semua urusan seharian bodoh! Takkan la kerana tarif elektrik naik peniaga nak tangung kerugian.Last - last yang tangung kesusahan dari semua iadalah rakyat marhaein.Gaji dah la tak cukup,barang mahal,minyak mahal sampaikan tarif elektrik pun nak "bedal" ke??? Kalau tak politikkan na buat apa? pasal ini lah masanya untuk bagi semua orang benci pada gerombolan.Kalau bab menyusahkan orang itu semua gerombolan punya kerja.Ingat harga barang ni naik macam kenduri kawin ke? Apa pikir harga baang naik ni sedekah amal jariah apa! kalau Pakatan Rakyat tak politik kan Harga barang dan tarif elektrik ni maknanya Pakatan Rakyat parti Bodoh! Ini lah masanya nak bela rakyat Marhaen dan terajang Gerombolan United Malays National Organisation terjun masuk sungai Kelang! |
You are subscribed to email updates from PEJUANG PRO DEMOKRASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan