Anak Sungai Derhaka |
- Gas di Malaysia murah tapi Tariff Elektrik tinggi..
- PKR jadi Alat Negara Asing pulakdah....
- Jangan Jadikan Kenaikkan Tarif alasan naikkan harga barang - Muhyiddin
- Kami bayar sewa bangunan..
- Tarif Elektrik Naik.. Aku sangka mereka bertambah sayang kepada BN.. rupanya...
- Harga Barang dijangka meningkat tetapi tidak membebankan Pengundi BN.
- Najib dan Rosmah akan diheret ke mahkamah
- Siapa yang tak bayar sewa HQ PKR sampai 30 bulan ni?
Gas di Malaysia murah tapi Tariff Elektrik tinggi.. Posted: 31 May 2011 08:29 AM PDT "Di sebalik kelebihan harga gas asli, kos elektrik di Malaysia selepas kenaikan itu adalah hampir sama dengan Thailand dan 62.2 peratus tinggi daripada kadar Singapura serta 131.3 peratus daripada kadar Indonesia. FMM: Pengguna tidak harus tanggung kenaikan Persekutuan Pengilang-pengilang Malaysia (FMM) berkata kenaikan tarif elektrik di negara ini sebagai tidak adil kerana pengguna dipaksa menanggung bebanan akibat kegagalan pengeluar tenaga membekalkan tenaga yang murah. Dalam satu kenyataan akhbar, presiden FMM Mustafa Mansur berkata walaupun dengan pengurangan subsidi gas sebanyak RM3 bagi setiap mmBtu, harga gas di Malaysia masih jauh lebih rendah berbanding negara lain di rantau ini. Justeru, katanya, ini menjadikan kenaikan harga itu tidak dapat diterima. Berkuatkuasa esok, harga gas adalah RM13.70 mmBtu, dan ini jauh lebih rendah berbanding Thailand (RM18.23 per mmBtu), Singapura (RM43.32 per mmBtu) dan Indonesia (RM21.04 per mmBtu). "Di sebalik kelebihan harga gas asli, kos elektrik di Malaysia selepas kenaikan itu adalah hampir sama dengan Thailand dan 62.2 peratus tinggi daripada kadar Singapura serta 131.3 peratus daripada kadar Indonesia. "Jika dibandingkan kadar Thailand bagi voltage rendah, sederhana dan tinggi, tarif elektrik Malaysia bagi semua kategori itu adalah lebih tinggi!" kata Mustafa. Menurut beliau, FMM juga meragui langkah meningkatkan tarif tenaga elektrik dan merasakan ketidakcekapan dan kekangan harga dalam rantaian bekalan tenaga masih belum ditangani. "FMM tetap berpendapat bahawa tidak sepatutnya harga minyak disalurkan secara automatik kepada pengguna dan Tenaga Nasional Bhd sepatutnya terbuka untuk ditanda aras bersama-sama penjana lain untuk memastikan kecekapan operasi," katanya. Ia menambah, kos elektrik patut ditetapkan pada margin tertentu di bawah tarif serantau untuk mengekalkan daya saing industri Malaysia. Malaysiakini |
PKR jadi Alat Negara Asing pulakdah.... Posted: 31 May 2011 05:37 AM PDT Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini dipercayai menjadi alat kepada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) asing, Institut Antarabangsa Republikan (IRI) yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) bagi menyemai demokrasi ala 'Uncle Sam' di negara ini… menurut satu laporan dari Lidah Rasmi UMNO hari ini.. Jadi alat IRI pulakdah.. 24 May 2011, aku adalah antara Ahli-Ahli PKR yang telah dihantar bagi menghadiri Seminar atau Training oleh International Republican Institute di Sunway Hotel, Seberang Jaya.. Seminar atau Training itu telah dijalankan dalam Bahasa Kebangsaan yang Kedua (Bahasa Inggeris).. oleh dua orang penceramah, penceramah pertama ialah Mr. Carlos Espinosa (Country Director for Thailand, Malaysia, Asia Division) dari IRI dan untuk sessi yang keduanya pula ialah Mr. Ben Burger dari SRCP Media.. Kebanyakkan dari yang diajar memang telah dipraktikkan di Malaysia dan bagi aku ianya satu seminar yang menarik bagi menetapkan halatuju petugas-petugas parti dalam menjalankan kempen Pilihanraya secara lebih efektif biarpun ada juga module yang diajar tidak dapat dipraktikkan di Malaysia.. Bukan kerana ianya tidak sesuai dengan adat dan budaya kita tetapi ianya bakal memudaratkan UMNO/BN.. module tersebut ialah bagaimana untuk menyediakan satu klip video kempen yang berkesan untuk ditayang di TV.. Tak sesuai dan memudaratkan UMNO kerana Malaysia yang ditadbir oleh UMNO/BN tak mungkin akan membenarkan pihak Pakatan Rakyat menggunakan TV yang dikuasai oleh mereka untuk menyiarkan bahan kempen Pakatan Rakyat tu kerana mereka menyedari ianya bakal memudaratkan mereka… Ianya adalah satu pembohongan jika dikatakan kebanyakan gerak kerja PKR dalam menghadapi Barisan Nasional (BN) dalam PRU nanti adalah hasil daripada modus operandi yang dirangka oleh badan tersebut kerana hakikatnya kebanyakkan dari gerak kerja PKR dalam PRU adalah hampir sama dengan UMNO.. (kata orang UMNO yang masuk PKR la..) Lagipun kalau kita bezakan amalan demokrasi antara negara 'Uncle Sam' dengan Negara kita.. mereka jauh lebih demokratik.. Cuma aku punya kemusykilan ialah kenapa kita nak belajar dari pihak yang kalah? Kan Republican tu dah kalah kepada Demokrat di US tu... PKR jadi alat negara asing? KUALA LUMPUR 30 Mei - Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini dipercayai menjadi alat kepada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) asing, Institut Antarabangsa Republikan (IRI) yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) bagi menyemai demokrasi ala 'Uncle Sam' di negara ini. Badan tersebut yang didakwa menyalurkan dana tahunan jutaan ringgit kepada PKR bukan sahaja dipercayai bertanggungjawab memberi latihan terbaik kepada jentera parti mengenai apa itu 'demokrasi' tetapi turut berperanan dalam menentukan dasar yang perlu diperjuangkan. Natijahnya, PKR menentang sebarang dasar afirmatif yang cuba dilaksanakan oleh kerajaan bagi membantu golongan bumiputera dan pada masa yang sama, menjanjikan hak sama rata kepada kaum lain bagi memenangi hati serta perasaan pengundi bukan Melayu. Sumber dalaman PKR memberitahu, IRI didakwa mula berjinak-jinak dengan PKR (dulu Parti Keadilan Nasional) sejak 1998 lagi tetapi penglibatan langsung 'wakil' AS itu hanya bermula selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara pada 2004. Katanya, segala aktiviti parti didakwa akan dipantau dan dimaklumkan terus kepada IRI cawangan Asia Tenggara yang terletak di Bangkok, Thailand, bagi memudahkan sebarang operasi diselaraskan secara terancang dan sulit. "Kebiasaannya IRI menyalur bantuan kewangan dua kali setahun. Dana tersebut didakwa bagi melatih jentera parti terutamanya untuk menimbulkan kebencian rakyat kepada kerajaan dan salah satu cara, dengan menolak dasar afirmatif serta menjanjikan hak sama rata. "Ini kerana IRI berpendapat, kebencian orang bukan Melayu adalah kerana dasar afirmatif dan jika isu ini dieksploitasi dengan berkesan, ia bakal mewujudkan suasana panas antara kaum, sekali gus memberi keuntungan politik kepada pembangkang," kata sumber itu di sini, hari ini. Menurut sumber itu lagi, dalam pemukiman PKR di Port Dickson baru-baru ini juga, wakil daripada IRI didakwa hadir memberi ceramah mengenai bagaimana parti tersebut perlu bergerak bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 yang dijangka berlangsung pada bila-bila masa. Malah beliau turut mengesahkan, kebanyakan gerak kerja PKR dalam menghadapi Barisan Nasional (BN) dalam PRU nanti adalah hasil daripada modus operandi yang dirangka oleh badan tersebut. Sementara itu, tinjauan Utusan di laman web IRI mendapati NGO tersebut bergiat aktif hampir di seluruh dunia tetapi paling menarik ialah bagaimana bantuan turut diberi kepada pembangkang atau kumpulan pemisah di negara yang sedang atau pernah bergolak. Antaranya, IRI bertanggungjawab secara langsung dalam 'demokrasi' di Sudan sehingga menyaksikan negara Afrika yang kaya dengan sumber petroleum itu berpecah dua selepas sengketa akibat perang saudara berpanjangan. Gambar dari FB SUK PKR Cabang Permatang Pauh |
Jangan Jadikan Kenaikkan Tarif alasan naikkan harga barang - Muhyiddin Posted: 31 May 2011 02:03 AM PDT Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan peniaga supaya tidak menaikkan harga barang keperluan berikutan kadar tarif elektrik baru yang akan berkuatkuasa mulai esok.. Memang benar kadar baru tariff elektrik itu bukanlah satu factor yang boleh dijadikan alasan untuk mengaut keuntungan berlebihan kerana kadar itu masih berpatutan dan tidak begitu membebankan mana-mana pihak.. Tapi Muhyiddin.. jangan pula buat-buat lupa bahawa kerajaan UMNO/BN telah memansuhkan pemberian diesel super subsidy kepada sembilan kategori kenderaan di sektor pengangkutan barangan termasuk teksi limosin berkuat kuasa 1 Jun ini.. adalah sebab utama harga barangan keperluan bakal dinaikkan… Kategori kenderaan yang terlibat adalah Kepala Lori (Prime Mover), Kargo Am, Luton Kotak, Van (Panel Van, Semi Panel Van dan Window Van), Lori-Rigid Minuman Botol, Lori Tangki Rigid-Tepung, Lori Rigid-Refrigerated, Lori Tangki Air dan teksi limosin. Berita penuh sila baca di SINI Kalau subsidi untuk transportation Company dimansuhkan ini bermakna mereka perlu membayar pada harga RM1.80 seliter berbanding dengan harga subsidi iaitu RM1.481 seliter iaitu peningkatan sebanyak RM0.319 sen.. Peningkatan kos operasi tu siapa nak tanggung Muhyiddin?? Kadar tarif baru elektrik bukan alasan naikkan harga barangan PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan peniaga supaya tidak menaikkan harga barang keperluan berikutan kadar tarif elektrik baru yang akan berkuatkuasa mulai esok. Timbalan Perdana Menteri berkata pengeluar, penjual dan peniaga tidak seharusnya menggunakan kadar tarif baru itu sebagai alasan untuk mengaut keuntungan berlebihan kerana kadar itu masih berpatutan dan tidak begitu membebankan mana-mana pihak. "Bagi barang keperluan pengguna, saya fikir ia tidak harus meningkat. Cuma sektor industri dan pernigaan yang ada peningkatan, itupun 7 peratus sahaja," katanya kepada kepada pemberita selepas merasmikan Bangunan Berlian dan sambutan 10 Tahun Penubuhan Suruhanjaya Tenaga di sini hari ini. Muhyiddin mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan supaya memantau harga barang keperluan supaya ia tidak dinaikkan dengan sewenang-wenangnya. Kajian terperinci Katanya sebelum kadar elektrik itu dinaikkan, kerajaan membuat kajian terperinci dengan mengambil kira kepentingan semua pihak. "Kerajaan sudah membuat kajian mendalam, penelitian yang agak khusus apakah implikasi dan impak kesan kenaikan ini kepada rakyat dan juga kos hidup ataupun peningkatan kepada kadar inflasi dan peningkatan harga barang,' katanya. Muyhiddin berkata beliau gembira dengan sikap terbuka sebilangan peniaga yang menerima kenaikan kadar tarif itu yang tidak membebankan mereka. Katanya hanya beberapa sektor perniagaan sahaja yang mungkin terjejas dengan kadar baru itu yang masih terlalu kecil berbanding negara-negara lain. Kerajaan semalam mengumumkan purata tarif elektrik baru akan dinaikkan sebanyak 2.23 sen kilowatt sejam atau 7.12 peratus kepada 33.54 sen/kWj daripada 31.31 sen/kWj, berkuat kuasa esok. Langkah berkenaan tidak akan menjejaskan 75 peratus pengguna yang menggunakan kurang daripada 300 kw sebulan. Bernama |
Posted: 30 May 2011 11:57 PM PDT Eh.. ada yang menjawabla... tapi apahal Pengarah Strategi pulak yang sibuk.. Setiausaha mana? Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, parti itu membuat pembayaran sewa bangunan yang memempatkan ibu pejabatnya di Petaling Jaya dan tidak timbul dalam mesyuarat biro politik dan majlis pimpinan pusat. Sehubungan itu, katanya, laporan media bahawa PKR tidak membayar sewa bagi tempoh 30 bulan adalah tidak benar. "Setahu kami, tiada sebarang perbincangan tentang perkara ini... (PKR) telah tunaikan tanggungjawab seperti termaktub dalam perjanjian sewaan," katanya. Katanya, mereka hanya menyedari masalah itu apabila mendapat surat daripada bank berhubung perkara itu. Minggu lalu, dilaporkan bangunan itu akan dilelong oleh Addin Bank pada 0 Jun selepas pemiliknya gagal membayar balik pinjaman. Pemimpin PKR mengakui parti itu membayar sewa RM20,000 seperti termaktub dalam perjanjian yang ditandtangani pada 2008. Bagaimanapun, Free Malaysia Today yang memetik sumber memaklumkan perkara itu tidak benar. Malaysiakini.. Artikel pagi tadi sila baca di SINI |
Tarif Elektrik Naik.. Aku sangka mereka bertambah sayang kepada BN.. rupanya... Posted: 30 May 2011 09:48 PM PDT Artikel ini aku Copy and Paste dari sebuah Blog Penyokong UMNO/BN (The Flying Kick) yang aku sangkakan tidak mempunyai perasaan marah tetapi bertambah sayang kepada kerajaan UMNO/BN berikutan kenaikkan tariff elektrik sebanyak 7%.. Dengan ucapan UNDILAH BARISAN NASIONAL LAGI!!!! NEGARA PENDAPATAN TINGGI BELUM TENTU, TAPI INFLASI TINGGI SUDAH PASTI!!!! Oleh : Cucu Tok Wan Harga barangan dan perkhidmatan di Malaysia menokok lagi ekoran kenaikan tariff elektrik dan gas asli. Ada banyak rantaian daripada kesan kenaikan tariff berkenaan. Mungkin penjelasan selapis oleh Menteri terbabit bahawa kenaikan tarif elektrik tidak akan memberi kesan kepada 75% pengguna domestik sebenarnya boleh digelak-gelakkan kerana ia sebenarnya memang bahan lawak. Bagaimana 75% yang dikatakan tidak menerima kesan akibat kenaikan tarif elektrik boleh mengelak daripada masalah lain yang timbul? Adakah golongan tersebut akan menikmati harga barangan dan perkhidmatan yang lebih murah berbanding 25% lagi penduduk Malaysia? Tetapi yang paling lawak ialah apabila Menteri berkata, mereka yang mempunyai di bawah RM20 akan menikmati elektrik percuma! Siapa sebenarnya yang menikmati elektrik percuma itu? Rakyat Malaysia atau rakyat asing yang terlepas daripada penguatkuasaan undang-undang dan tinggal di negara ini tanpa sebarang dokumentasi? Perdana Menteri seringkali meuar-uarkan tekad untuk menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi. Namun persoalannya sekarang, berpendapatan tinggi sangatkah kalau inflasi bergerak secara menegak dan mendahului sebarang pengumuman rasmi kerajaan tentang kenaikan harga? 30% kenaikan bagi harga barang... itu adalah anggaran paling cikai yang boleh dibuat ekoran kenaikan 7.12% kenaikan tarif elektrik. Ketika China yang mengalami kekurangan tenaga elektrik di seluruh negaranya yang luas itu hanya mampu menaikkan tarif elektrik sebanyak 3%, Malaysia nampaknya mendahului kenaikan berkenaan dengan alasan, pertambahan harga gas asli! Dan untuk mendapatkan simpati rakyat, TNB menjangkakan keuntungan mereka menyusut pada tahun ini!!! BULLSHITTTTTT!!! Bagaimana TNB boleh mengalami keuntungan menyusut kalau mereka adalah satu-satunya pembekal kemudahan itu di Malaysia? Dari awal kewujudan TNB sehinggalah sekarang, sudah berbiliion-bilion keuntungan yang TNB perolehi. Walhal sebagai sebuah syarikat kerajaan, TNB seharusnya membantu kerajaan menyenangkan rakyat dan memenangkan kerajaan dalam pilihanraya umum. Tetapi nampaknya TNB sebagai GLC sangat berpegang teguh kepada semakan tarif setiap enam bulan sekali. Dua kali semakan tarif tak naik, tapi semakan pada enam bulan ketiga, kenaikan pasti melebihi 5%!!! Ada pihak yang mengatakan, dalam hal ini, TNB tidak boleh dipersalahkan kerana yang membuat keputusan untuk menaikkan tarif adalah kerajaan. TNB hanyalah patung atau boneka yang digerakkan oleh kerajaan. Kerajaan tidak campur tangan dalam pengurusan TNB tetapi hanya membuat keputusan tentang sebarang perubahan tarif. Dan kalau itulah yang berlaku, ternyata ia hanyalah ibarat senjata yang menikam belakang sendiri!!!! Sendiri fahamlah! The Fying Kick |
Harga Barang dijangka meningkat tetapi tidak membebankan Pengundi BN. Posted: 30 May 2011 09:02 PM PDT KUALA LUMPUR: Harga barang dijangka melambung berikutan keputusan kerajaan Umno-Barisan Nasional mengumumkan kenaikan tarif elektrik yang akan menyebabkan pengguna menanggung beban. Pensyarah kanan Jabatan Ekonomi, Fakulti Pengurusan Perniagaan, Universiti Teknologi Mara (UitM), Dr Baayah Baba berkata golongan berpendapatan rendah akan merasa kesan kenaikan tarif berkenaan. "Ini kerana kos pengeluaran akan meningkat, terutama di kilang yang menggunakan mesin berteknologi tinggi kerana mereka menggunakan elektrik melebihi 300 kilowat sejam (kWj)," katanya dilapor Sinar Harian hari ini. Justeru katanya, pengilang terpaksa menanggung bebas kos pengeluaran yang meningkat dan akhirnya kos tersebut akan dipindahkan kepada pengguna. Sementara Pensyarah Ekonomi Pusat pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Amir Baharuddin pula berkata kenaikan tarif elektrik akan menyebabkan negara berdepan inflasi. "Inflasi adalah isu yang serius hingga boleh menimbulkan krisis jika tidak dibendung. Ini kerana rakyat terpaksa menaggung beban apabila semua barang akan meningkat secara automatik selepas ini," "kerajaan tidak sepatutnya menaikkan tarif elektrik sekarang kerana kenaikan harga barang akan memberi tekanan kepada rakyat, terutama mereka yang berpendapatan rendah," ujarnya dipetik berkata. Semalam, pakar ekonomi Yeah Kim Leng berkata harga makanan dijangka akan turut meningkat seiring dengan pengumuman kerajaan menaikkan tarif elektrik. Ketua ekonomis Ratings Agency Malaysia itu berkata ia berikutan industri pengeluaran makanan di negara ini menggunakan sebahagian besar tenaga eletrik bagi tujuan pengeluaran. "Sebanyak 75 peratus isi rumah terlepas daripada kesan langsung kenaikan tarif elektrik, tetapi mereka akan menghadapi bebannya apabila pengeluar memindakah kos yang lebih tinggi kepada pengguna," katanya seperti di lapor Malaysiakini. Kerajaan membuat keputusan menaikkan tarif elektrik sebanyak 2.23 sen kilowatt sejam atau 7.12 peratus kepada 33.54 sen kW sejam daripada 31.31 sen kW sejam, berkuatkuasa 1 Jun. Ia disebabkan langkah kerajaan untuk menarik semula subsidi daripada rakyat di negara ini. |
Najib dan Rosmah akan diheret ke mahkamah Posted: 30 May 2011 08:19 PM PDT KUALA LUMPUR: Peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim akan tetap memanggil Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor bagi memberi keterangan di mahkamah dalam kes Fitnah II. Menurut Sankara Nair, kedua-dua individu itu akan dipanggil apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bersidang semula pada 6 Jun hingga 30 Jun depan. Namun, Sankara berkata pihak polis menyukarkan usaha pihaknya untuk memanggil perdana menteri dan isterinya bagi memberi keterangan. Menurut Sankara, pasukan peguam Anwar sudah memberikan notis untuk memanggil Najib pada 16 Mei lalu tetapi sehingga kini, selepas dua minggu berlalu polis masih lagi tidak membenarkan Najib disoal siasat peguam Anwar. "Pihak polis belum buat apa-apa persiapan walau pun kami dah beri notis 16 Mei lalu," kata Sankara kepada keadilandaily.com Najib Razak adalah antara saksi yang mahu dipanggil ke mahkamah oleh peguam Anwar kerana pernah menemui pengadu, Saiful Bukhari Azlan dua hari sebelum dia membuat laporan polis memfitnah Anwar. Najib sebelum ini memberikan alasan Saiful bertemunya atas urusan biasiswa sedangkan Saiful sebenarnya adalah pelajar yang gagal menamatkan pengajian di sebuah universiti swasta. Selain Najib dan Rosmah, peguam juga akan memanggil bekas atlet negara yang juga pembantu peribadi Rosmah, Datuk Mumtaz Jaafar, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Nasional, Ezam Mohd Nor. Pada perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mac lalu, Pegawai Penyiasat Jude Pereira membuat kejutan apabila mengaku mengambil keterangan Najib dan isterinya berhubung kes berkenaan. Saiful Bukhari dalam keterangannya turut mengaku bertemu Najib yang pada masa itu Timbalan Perdana Menteri tetapi menafikan berjumpa Rosmah. Sebaliknya Saiful mengaku pernah bertemu Mumtaz Jaafar di kediamannya. Beliau juga mengaku bertemu Ezam Mohd Nor antara tengah malam 27 Jun dan awal pagi 28 Jun, sebelum membuat laporan polis terhadap Anwar. http://www.keadilandaily.com/?p=14411 |
Siapa yang tak bayar sewa HQ PKR sampai 30 bulan ni? Posted: 30 May 2011 11:42 AM PDT Suatu masa yang lalu aku pernah bertanya bagaimana PKR mendapat dana bagi menampung kos operasi dan juga sewa Ibu Pejabat PKR di Merchant Square itu.. Dan soalan aku itu telah dijawab melalui e-mail oleh seseorang dari sana dengan panjang lebar termasuk jumlah keseluruhan yang diperlukan untuk membiayai Ibu Pejabat itu, Katanya kebanyakkan dana bagi menampung kos operasi bangunan itu datangnya dari sumbangan tetap setiap bulan Ahli-Ahli Parlimen PKR dan juga ADUN-ADUN PKR sendiri.. Baguslah kalau begitu.. selain dari mengharapkan rakyat dan juga Ahli berkorban untuk Parti.. ADUN-ADUN dan juga MP turut sama berkorban.. itupun kalau betullah maklumat yang aku dapat tu.. Tiba-tiba baru-baru ini timbul sebuah berita yang mengatakan Bangunan Ibu Pejabat PKR itu bakal dilelong kerana pinjamannya tidak dibayar oleh pemiliknya.. Memang bukan salah orang-orang di Ibu Pejabat tu, kerana mereka mengatakan mereka menjelaskan sewa yang berjumlah RM20K sebulan kepada pemilik bangunan itu dan pemilik bangunan tersebut yang tidak menjelaskan pinjamannya kepada pihak Bank.. Malangnya ada juga pemimpin yang melompat terus menyerang UMNO kerana katanya UMNO adalah puncanya bangunan itu bakal dilelong oleh pihak Bank.. apa punya alasan tu.. takkan semua salah UMNO kot... Hakikatnya ini adalah rentetan dari Pemilihan yang telah berlangsung sebenarnya, ianya berlaku kerana percaturan yang silap.. Aku tak mahu mengulas panjang pasal rentetan peristiwa ini.. Aku cuma nak tahu.. siapa punya angkara ni pasal hari ini aku terbaca sebuah berita yang mengatakan PKR telah tidak membayar sewa Ibu Pejabat di Merchant Square itu selama 30 bulan yang berjumlah hampir RM600,000.00 kepada pemilik bangunan itu.. Dalam perjanjian dengan tuan punya bangunan bermula dari Julai 2008 yang mengatakan PKR perlu membayar RM20K sebulan pihak PKR pihak PKR membayar sewa bangunan itu hingga November 2008 sahaja... Siapa nak jawap??? PKR failed to pay rent for 30 months PETALING JAYA: New details have emerged that PKR may not have paid rental for its party headquarters in Merchant Square here for almost 30 months, owing arrears of about RM600,000 to the landlord. The party had entered into a five-year lease with the landlord beginning July 2008 for RM20,000 per month. FMT learnt that the party paid rental only until November 2008. "Since then, not a single payment has been made," said a party insider today. "And the party's top leaders are lying in saying that they had been prompt in paying rents," he said. PKR leaders revealed last week that the party faced possible eviction from their party headquarters because the landlord failed to service the bank loan. As a result, Affin Bank has initiated an auction to be held on June 9 to recover its money. Playing the blame-game Laying the blame squarely on the landlord, party leaders like treasurer William Leong, vice-president Tian Chua and secretary-general Saifuddin Nasution said that the party had never failed to pay the rental to the landlord. "It is the landlord, the banks are going after them. A lot of people have the wrong notion that we are the owners. We are just the tenant and not responsible for the loan. We have never failed to pay the monthly rental," Leong had said. Tian, meanwhile, said he did not know why the landlord failed to service the bank loan but speculated that the landlord could be facing financial difficulties. Saifuddin denied that the party was in a financial quandary, adding that the party has been prompt in paying rent. "We are not in any financial problem. It is the owner who has a problem with the bank as we have been paying rent without fail," he told FMT. Leong said that the party was now planning to buy the premises when the bank auctions it next month, failing which it would seek to rent it from the new owners. But if that does not work out, then PKR will find itself another office. Lies, half-truths The party insider said these leaders were "talking rubbish". "They didn't even pay the rentals… perhaps they did not have the money to do that… and now they are talking about buying the premises at the auction," he said. He also chided them for making statements without proper checking, especially when they even got the name of their supposed landlord wrong. When the PKR leaders spoke to the media on the auction, they mentioned that the landlord was a company named Ainb-Tech Sdn Bhd. However, FMT learnt that the lease agreement had named another company as the landlord. "They don't seem to have a clue on the lease details of the premises they are occupying. I don't think they know who owns the building and even how much money they have to pay for rental. "They are jumping now after seeing the auction notice as they have been caught with their pants down… and have resorted to lies and half truths," added the insider. Stop blaming others, sort out your house. The party leaders also came under fire for blaming everyone else for their (PKR's) problems. Several party leaders, including former deputy chief Syed Husin Ali, were quick to point the finger at Barisan Nasional for the bank auction. "This is typical of them. They like to spin conspiracy theories and will blame BN for all their troubles," said former PKR leader S Nallakarupan. "They all take the lead from their leader Anwar Ibrahim. He never admits to anything and likes to accuse others, especially the BN. Now his party leaders are doing the same. "He lied about the Sept 16 takeover. He then lied about having evidence of BN trying to buy over PKR reps. And now this PKR HQ fiasco. Are they telling the truth or are they trying to gain sympathy?" asked the president of pro-BN Malaysian Indian United Party. "I won't be surpised if they are lying blatantly on the rental issue as well to play victims as usual," he added. Nallakarupan, who left PKR in 2007 following a major fallout with Anwar, said PKR should get its house in order first before talking about taking over Putrajaya. FMT. Meanwhile, learnt that negotiations are ongoing between the owner and Affin Bank to sort out the matter amicably. |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan