Pahang Daily Online |
- Anwar Ibrahim Berada Di 'Temerloh' Petang Esok Dan Malam Ceramah Dengan Mat Sabu Di Kerdau
- Hj.Hadi Dengan Nurul Izzah Di Kerdau Malam Ini
- Majlis Dialog NGO Bantah Lynas Di Kuantan Esok
- Terkini: "Himpunan Kebangkitan" Warga Felda Pahang Bermula Hari Ini Hingga Esok Di Tapak Kompleks PAS Kerdau Serta Di Jengka 16 Dan 19
- Edisi Sukan: Datuk Lee Chong Wei Menang, Tetapi Beliau Ternyata Gagal Untuk Membantu Pasukan Malaysia Ke "Perlawanan Akhir" Piala Sudirman !!
- Kontroversi: Isu Video Seks, 'Khalid Samad' Syaki UMNO Terlibat Dalangi Penyebaran Bahan Lucah Itu Dan Mahu Polis Bertindak Dengan Konsisten !
- Lim Guan Eng, Tindakan Kerajaan Tidak Naikkan Harga 'Petrol RON95', Diesel Dan LPG Dek Kerana Bimbang Sokongan Rakyat Menjelang Pilihanraya
| Anwar Ibrahim Berada Di 'Temerloh' Petang Esok Dan Malam Ceramah Dengan Mat Sabu Di Kerdau Posted: 27 May 2011 04:02 AM PDT ![]() TEMERLOH, 27 Mei - Orang ramai di sekitar kawasan Temerloh dan yang berdekatan, dijemput hadir ke Majlis Minum Petang bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto) petang esok (Sabtu, 28 Mei 2011). Program bermula jam 5.00 hingga 7.00 petang itu akan diadakan di Restoran Ekonomi Mee Loon, Kg.Baru Cina bersebelahan bangunan lama HSBC dekat sini. Sementara itu di sebelah malamnya pula beliau dijangka akan berceramah di Tapak Kompleks PAS Pahang dekat Kerdau bersama Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mat Sabu Mohamed dan Ketua Srikandi PKR, Siti Aisyah Shaik Ismail. Mereka berada disitu sempena Himpunan kebangkitan warga Felda Pahang mulai hari ini dan esok. |
| Hj.Hadi Dengan Nurul Izzah Di Kerdau Malam Ini Posted: 27 May 2011 03:46 AM PDT ![]() TEMERLOH, 27 Mei - Orang ramai dijemput hadir ke Ceramah perdana Pdi Tapak Kompleks PAS Pahang di Kerdau malam ini. Penceramah khas yang diundang ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (foto). Manakala barisan penceramah lain pada malam itu ialah Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar, Presiden ANAK, Mazlan Aliman serta calon PAS di DUN Tenang, Normala Sudirman. |
| Majlis Dialog NGO Bantah Lynas Di Kuantan Esok Posted: 27 May 2011 03:21 AM PDT ![]() KUANTAN, 27 Mei - Orang ramai disekitar bandar ini dijemput hadir beramai-ramai ke program Majlis Dialog NGO Tempatan (Negeri) "Hentikan Lynas" yang akan diadakan di GC Curry House, Jalan Air Putih dekat sini jam 3.00 petang esok (28 Mei 2011). Progam anjuran Save Malaysia, Stop Lynas ini adalah terbuka kepada semua rakyat. |
| Posted: 26 May 2011 08:43 PM PDT TEMERLOH, 27 Mei -Himpunan kebangkitan warga Felda Pahang akan diadakan pada 27 dan 28 Mei ini di Tapak Kompleks PAS Pahang, Kerdau dan Felda Jengka 16 dan 19. Program yang disusun rapi oleh Badan Perhubungan PAS Pahang dan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) itu bertemakan 'sertai kebangkitan bersama tokoh-tokoh pimpinan rakyat' akan dimulakan dengan program pertama pada 27 Mei iaitu ceramah perdana bermula jam 7 hingga 12 tengah malam. Ceramah perdana itu akan diadakan di Tapak Kompleks PAS Pahang, Kerdau dengan menampilkan penceramah khas iaitu Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Manakala barisan penceramah lain pada malam itu ialah Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Presiden ANAK, Mazlan Aliman dan calon PAS di DUN Tenang, Normala Sudirman. Seterusnya pada 28 Mei pula dua program dijadualkan bermula jam 2 petang masing-masing di Markas PAS Jengka 16 dan Simpang Jengka 19. Bagi program di Markas PAS Jengka 16, diadakan Forum Bicara Peneroka jam 2 hingga 5.30 petang. Forum itu akan diadakan sesi dialog berkenaan hal ehwal peneroka felda berkaitan dengan Kadar Perahan Gred (KPG), Wang TTS, harta pusaka dan lain-lain lagi. Antara panel yang dijemput berdialog terdiri daripada Presiden ANAK yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman, dua orang peguam iaitu Peguam Fadly Ramli serta Peguam Harris Abdullah. [Manakala bagi program kedua yang juga berlangsung jam 2 hingga 6.30 petang itu akan menampilkan tetamu istimewa iaitu Bob Lokman di Simpang Jengka 19 dalam slot program santai petang. Antara aktiviti sepanjang program itu ialah klinik dan demonstrasi permotoran oleh Yasir Saad, minum petang bersama Mat Sabu Mohamad, bual belia serta aktiviti amal. Turut dibuka di program tersebuat kaunter daftar pemilih dan pendaftaran keahlian ANAK. Kemuncak program dua hari itu akan dilabuhkan tirainya dengan pidato perdana bermula jam 9 malam di Tapak Kompleks PAS Pahang, Kerdau. Antara barisan pemidato pada malam tersebut terdiri daripada Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mat Sabu Mohamed dan Ketua Srikandi PKR, Siti Aisyah Shaik Ismail]. |
| Posted: 26 May 2011 12:20 PM PDT
|
| Posted: 26 May 2011 11:51 AM PDT SHAH ALAM 27 Mei - Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad (foto), mahu polis bertindak dengan konsisten dalam penyiasatan mereka berhubung penyebaran cakera video lucah yang dikesan dilakukan kepada ketua-kampung di Selangor. Khalid berkata, polis dan Kementerian Dalam Negeri perlu bersikap profesional dalam menangani hal ini dan tidak harus berdiam diri seolah-olah menghalalkan fitnah lucah terus tersebar ke serata negara. "Bagaimana bahan grafik yang dulunya telah diserahkan kepada polis salinan asalnya, secara terbuka disebarkan. Selepas itu dihantar kepada ketua-ketua kampung dan sebagainya. "Ini bagi kami merupakan politik kotor UMNO dan merupakan tanda betapa terdesaknya mereka untuk berhadapan Pilihan Raya Umum. Malangnya pihak berkuasa seperti polis dan KDN mendiamkan diri. Apa sudah jadi?" soalnya. Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan yang diterimanya daripada lapan orang ketua kampung di sekitar Selangor yang mendakwa telah menerima video berkenaan. Cakera video berkenaan yang memuatkan rakaman video lucah memaparkan individu yang dikatakan mirip Ketua Pembangkang telah diterima oleh ketua kampung berkenaan sejak seminggu lalu. Menurut Khalid, cakera video tersebut diterima oleh ketua Kampung Padang Jawa Petaling, Kampung Kebun Bunga Batu Tiga, Kampung Kuantan Klang dan Kampung Melayu Subang. Selain itu, ketua Kampung Bukit Kapar (Meru), Kampung Bukit Kerayong dan Kampung Jalan Kebun Klang turut menerima rakaman video seks berkenaan melalui kiriman pos. [Sebelum ini, lapan orang ketua kampung di kawasan Hulu Selangor dilaporkan turut menerima rakaman video berkenaan. "Tempat lain sudah terima, Shah Alam sudah terima, kemungkinan besar seluruh negara JKKK dan Ketua Kampung dah terima video. Boleh bayangkan jumlah wang yang dibelanja dan tahap yang diusahakan pihak ini", katanya. Khalid berkata penyebaran video berkenaan mungkin didalangi UMNO dilakukan bagi menghakis kepercayaan golongan penyokong akar umbi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ini kerana gerak kerja mereka yang tersusun dan modal besar yang harus digunakan bagi lakukan penyebaran seperti itu. "Ini semua menunjukkan ada organisasi dan kempen yang tersusun serta terancang sedang dilakukan mereka," katanya]. |
| Posted: 26 May 2011 11:21 AM PDT |
| Posted: 26 May 2011 10:39 AM PDT ![]() KUALA LUMPUR, 26 Mei – Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng (foto) percaya langkah Putrajaya tidak menaikkan harga petrol RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) buat masa sekarang kerana bimbang akan kehilangan sokongan rakyat pada pilihan raya umum ke-13. Tegas Lim, langkah Pakatan Rakyat yang secara berterusan mendesak Putrajaya menyebabkan pentadbiran Najib terpaksa membatalkan hasrat memotong subsidi dan pada masa sama mengumumkan tiada kenaikan harga bahan api. "Pakatan Rakyat telah menyebabkan timbulnya rasa takut kepada kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah mendorong BN untuk membatalkan cadangan pemotongan subsidi, malah turut mengumumkan tiada kenaikan harga minyak RON95, diesel dan gas petroleum cecair untuk ketika ini. "Namun subsidi diesel untuk kapal penangkap ikan laut dalam dan sembilan kelas kenderaan komersial akan dihapuskan bermula 1 Jun, mengurangkan bebanan subsidi yang ditanggung kerajaaan persekutuan sehingga mencecah RM886.1 juta setiap tahun," katanya dalam satu kenyataan. Sehubungan itu tegas beliau, ada tiga alasan yang menyebabkan Putrajaya terpaksa berubah fikiran untuk tidak meneruskan cadangan menaikkan harga barang dan bahan api. "Pertama, Pakatan Rakyat berkemampuan untuk memobilisasi hampir keseluruhan dalam usaha membantah kenaikan harga barangan dengan mendedahkan ketidakadilan yang wujud dalam syarikat besar seperti IPP (penjana tenaga bebas) yang dilindungi daripada pemotongan subsidi sebanyak RM19 bilion setahun sementara 27 juta rakyat Malaysia biasa yang tidak berkemampuan terpaksa membayar sejumlah wang dengan harga yang tinggi. "Kedua, BN berhasrat untuk adakan pilihan raya umum dan kenaikan harga yang berat sebelah ini tidak bersependapat dengan para pengundi dan ketiga, BN bimbang dengan kekuatan luar biasa Pakatan Rakyat sehingga BN takut untuk teruskan pemotongan subsidi yang hanya akan sebabkan mereka kehilangan sokongan rakyat," tambah beliau. [Bagaimanapun kata Ketua Menteri Pulau Pinang itu, beliau menjangkakan kenaikan harga barang dan bahan api akan berlaku sekiranya BN kekal memperoleh kemenangan pada pilihan raya umum ke-13. "Bagaimanapun sebelum rakyat berpesta dengan pengekalan harga beberapa barangan kawalan, kerajaan BN masih belum menyerah kalah untuk menaikkan harga dengan pengurangan subsidi. Ini adalah berikutan dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin yang mengatakan bahawa kajian semula dasar subsidi adalah perlu kerana kerajaan berdepan dengan bebanan subsidi dua kali ganda iaitu dari RM10.32 bilion kepada RM20.58 bilion tahun ini. "Selain itu Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Ismail Sabri Yaakob menolak untuk nyatakan berapa lama kerajaan akan kekalkan harga semasa. "Dalam erti kata lain, sebaik BN memenangi pilihan raya umum yang akan datang, tiada siapa yang akan dapat menghalang kerajaan BN untuk hapuskan subsidi dan naikkan harga barang," katanya]. tvsnews |
| You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |









Tiada ulasan:
Catat Ulasan