Pahang Daily Online |
- Presiden PAS Dan Ketua Umum PKR Dijangkakan Hadir Ke Program Himpunan Kebangkitan Warga Felda Di "Kompleks PAS Kerdau" Pada 27 Mei Ini !
- Ketua Hakim Negara Kritikal Terjatuh Dan Beliau Masih Terima Rawatan Di Institut Jantung Negara
- Zaid Ibrahim: KITA Bakal 'Letak Calon' Di Empat Negeri Termasuk Di Pahang Dalam PRU-13 Nanti !
Posted: 23 May 2011 02:35 AM PDT |
Ketua Hakim Negara Kritikal Terjatuh Dan Beliau Masih Terima Rawatan Di Institut Jantung Negara Posted: 22 May 2011 09:35 PM PDT KUALA LUMPUR, 23 Mei - Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi (foto) dipercayai berada dalam keadaan kritikal setelah terjatuh di Wad ED, Hospital Putrajaya pagi ini. Beliau dipercayai mengidap tekanan darah rendah dan komplikasi jantung, lapor Utusan Malaysia. Bagaimanapun, beliau kini dilaporkan dibawa ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk rawatan susulan. Difahamkan, keluarganya kini mahukan privasi dan tidak mahu bercakap dengan pihak media buat masa ini. Zaki, 66, dilantik sebagai ketua hakim negara yang keenam pada 21 Oktober 2008, menggantikan Tun Abdul Hamid Mohamed. Beliau juga berkhidmat sebagai hakim mahkamah persekutuan dan presiden mahkamah rayuan. [Senario yang berlaku ini sungguh mengejutkan sebenarnya. Sebelum ini Ketua Polis Negara dimasukkan ke wad akibat sakit dan kini Ketua Hakim Negara pula. Masih kita ingat ketika Peguam Negara kritikal sebelum meninggal dunia dulu. Apapun, kami doakan semoga Tun Azmi cepat sembuh dan dapat kembali menunaikan tanggungjawab dengan penuh amanah. Insiden Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang tiba-tiba menerima semua bahan bukti kes liwat yang telah ditolak iaitu Tuala Good Morning, Air Mineral dan Berus Gigi pernah dikaitkan dengan arahan "Ketuanya". Apakah ini satu balasan oleh Allah kepada manusia yang khianat kepada amanah yang telah diberikan itu]. |
Zaid Ibrahim: KITA Bakal 'Letak Calon' Di Empat Negeri Termasuk Di Pahang Dalam PRU-13 Nanti ! Posted: 22 May 2011 07:58 AM PDT JERANTUT 22 Mei - Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim (foto) menyatakan parti itu kemungkinan akan meletakkan calon untuk bertanding di beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di empat negeri pada pilihan raya umum akan datang. Partinya akan meletakkan calon di Pahang, Kelantan, Kedah dan Selangor pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti. Menurutnya, sehubungan itu, beberapa calon akan dipilih untuk bertanding di peringkat DUN yang boleh memberi sumbangan kepada rakyat. Katanya, keputusan itu dibuat memandangkan setiap tempat dan masalah penduduk berbeza serta keputusan parti tersebut menetapkan calon tempatan yang berkemampuan menangani masalah rakyat. "Parti KITA masih baru dan kecil, tidak mungkin boleh meletakkan calon di semua tempat, tetapi saya yakin ada kerusi yang boleh dimenangi calon dan mampu memberi tentangan kepada parti lain pada PRU nanti," katanya pada sesi pengenalan parti KITA di Kampung Batu Balai, dekat sini, semalam. [Nampaknya, Pilihanraya Umum Ke-13 yang bakal berlangsung bila-bila masa dari sekarang semakin mencabar buat parti-parti yang bertanding sebenarnya. Tambahan pula bila parti KITA bersedia meletakkan calon-calonnya untuk menyertai PRU kali ini. Malah, keputusan meletakkan calon di Pahang adalah sesuatu yang sudah dijangka. Tambahan pula bila orang kuat PKR Pahang, Mohd Nor Jaafar (foto) yang merupakan Ketua PKR Cabang Jerantut keluar dari parti itu dan bertindak menyertai KITA. Beliau yang merupakan bekas calon PKR DUN Damak dijangka akan menjadi calon KITA bagi DUN itu dalam PRU-13 nanti. Manakala difahamkan, seorang penyokong kuat UMNO Jerantut juga dipercayai turut akan sertai Zaid dan bertanding di DUN Tahan. Beliau mempunyai pengaruh yang cukup kuat kepada penduduk di kawasan DUN itu sejak sekian lamanya. Jika benar dakwaan ini, maka satu pertembungan tiga penjuru pasti akan disaksikan di kawasan terbabit]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan