A Mum Of Three Mohd |
- Polis Mehsia dihukum mati??
- Fuuhh...!! Hebatnya negara Islam contoh.
- Malaysia maju 2020. Realiti atau mimpi??
| Posted: 23 May 2011 12:45 AM PDT ![]() No... No... No... Not polis Mehsia but polis Mesir la.... KAHERAH 23 Mei - Mahkamah Mesir semalam menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang anggota polis kerana membunuh 20 penunjuk perasaan, kali pertama hukuman seperti itu dijatuhkan kepada anggota keselamatan kerana membunuh penunjuk perasaan semasa pemberontakan pada Januari hingga Februari lepas. Mohammed al -Sonni didapati bersalah kerana menembak mati secara rawak 20 orang penunjuk perasaan dan mencederakan 15 yang lain untuk menangkis serangan rusuhan di balai polis pada 28 Januari lepas, salah satu kejadian berdarah semasa tunjuk perasaan diadakan. Mahkamah turut merujuk mufti republik tersebut, Ali Gomaa, yang ditugaskan untuk melaksanakan undang-undang Islam dalam kerajaan Mesir, untuk mengesahkan hukuman tersebut seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang Mesir. - AFP Suasana di sana sudah berbeza. Dulu... di bawah rejim 'firaun', mereka bebas untuk bang-bang-bang ikut suka hati mereka terhadap sesiapa saja yang menentang 'firaun'. Merekalah barua sang 'firaun'. Tetapi sekarang, apabila sang 'firaun' tumbang, dek kuasa keramat rakyat.... inilah padah yang menimpa pak polis tersebut. Kau bunuh rakyat.... kau mati!! Keadilan tertegak di bumi Mesir!! Di Mehsia... keadaannya serupa macam di Mesir, semasa pemerintahan sang 'firaun'. Polis di sini, menjadi barua paling totok kepada sang 'firaun' di sini. Kerja kotor mereka dilindungi oleh sang 'firaun', sebab mereka menjadi salah satu talian hayat kepada nyawa sang 'firaun'. Sang 'Firaun' di Mehsia ini dah tercungap-cungap nak mamposs... Dia hidup bergantung kepada talian-talian hayat yang disambung ke mesin penyambung nyawa tersebut. Polis adalah salah satu daripada talian tersebut. Mereka diarahkan menjaga kepentingan 'firaun' daripada menjaga kepentingan rakyat. Tengok sajalah gelagat mereka semasa rakyat berdemonstrasi atau di ceramah-ceramah yang dihadiri oleh rakyat. Rakyat... menjadi musuh mereka!! Tapi... sedarkah mereka yang duit yang mereka guna untuk beri mentekedarah anak bini dan keluarga merekaitu ialah duit rakyat?? Eeeee.... jahilnya polis Mehsia. Mereka ni, terutama yang dok di atas tu... telah dimandrem dengan habuan keduniaan hingga mereka lupa amanah yang sepatutnya mereka pikul. Tak per... Tak per.... Senang di dunia dengan harta dan pangkat yang diberikan oleh sang 'firaun, tetapi ingat... apabila mati, semuanya itu tinggal di dunia belaka. Tak boleh bawak ke dalam kubor. Lantas... berdepanler komer dengan Allah SWT terhadap pengkhianatan yang komer dah lakukan di dunia. Aha... firauan tak der nak tolong komer, tau...?? Ituler bodohnya polis Mehsia. 'Firaun' terjun ke lubang neraka, mereka turut ikut nak terjun ke lubang neraka. Wallahualam... Harap-harap 'firaun' Mehsia cepat dapat ditumporkan oleh kuasa keramat rakyat Mehsia, agar suasana yang kini dinikmati oleh rakyat di Mesir, akan dapat kita kecapi pulak di sini, insyaAllah.... |
| Fuuhh...!! Hebatnya negara Islam contoh. Posted: 22 May 2011 10:00 PM PDT |
| Malaysia maju 2020. Realiti atau mimpi?? Posted: 22 May 2011 06:48 PM PDT ![]() Najib kata, dia nak Malaysia mencapai sasaran menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Itu, aku dengar dalam radio di dalam kereta tapi aku tak ingat bila. Rasanya last week kot... Bagi merealisasikan wawasan tersebut, maka kejayaan program transformasi Najib yang dijayakan melalui pelaksanaan NKRA itu dan ini adalah sangat penting. Sebab tu, sekarang ni.... sikit-sikit NKRA, sikit-sikit transformasi. Eee... getik aku mendengornyer. Dia nak Malaysia jadi negara maju, tapi 'poket' rakyat tak maju-maju, kempis... So, apa ke jadahnya?? Jika negara jer maju, tetapi rakyat hidup papa kedana, buat apa?? Itu amalan songsang namanya. Itu namanya negara songsang!! Dia nak Malaysia capai taraf negara maju tetapi dia 'miskin'kan rakyat. Dia kaut duit rakyat dengan pelbagai cara. Sabsidi asyik diselaraskan. Harga barang asyik-asyik naik saja... Kos perkhidmatan dan utiliti semakin tinggi but gaji.... dok ditakuk lama. Hutang negara bertapuk-tapuk dan semakin bertimbun... Macam mana nak jadi negara maju?? Negara tak akan maju tetapi boleh bangkrap. [Baca sini] Untuk terus berkuasa, dia terpaksa berlagak macam negara yang dipimpinnyer ada baaanyaakk duit. Dia, janji itu dan janji ini pada rakyat. Dia beri berita gumbira untuk para guru ler, kononnyer.... but last-last, para cikgu dan cikgi kena 'kencing'.... !! Ha.. ha.. ha... bau hancing 'kencing' mereka telah dapat dihidu. Semuanya itu indah khabar dari rupa. Aha, kini terbongkar yang kerajaan tak cukup duit untuk memberi habuan kepada semua guru. Kesian mereka.... nganga ler!! Kononnyer, mereka nak tunjuk hebat.... Mereka juga boleh beri apa yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat melalui Buku Jingga. Tetapi.... hebat mereka ialah hebat menipu. Mereka hebat auta@temberang!! Nak tergelak aku. Ha... ha... Mereka hanya memberi janji kosong. Itu jer yang mereka boleh buat!! Itu sebab nyer, kalau dah tak pandai nak mengurus tadbir ekonomi dan kewangan negara, serahkan jer tampuk pemerintahan negara kepada Pakatan Rakyat. Tapi... mustahil mereka akan lakukan itu. No... No... No.... Langkah mayat mereka dulu. Nama nak serahkan Putrajaya dengan begitu mudah, tidak sama sekali. Najib and the geng akan mempertahankan Putrajaya dengan apa senjata sekali pun, hingga ke titisan darah terakhir. Weh.... Weh... Komer ingat, Najib sanggup mati tak?? Kah... kah... kah.... Mati?? No way... Tetapi, cabut lari.... sudah pasti punyer!! Jangan nak beretorik ler tentang nak capai taraf negara maju. Tak der makna nyer berangan macam Mat Jenin. Pasti gagal punyer.... Toksah nak ek dan berangan ler. Dalamkeadaan sekarang, tercirit komer nakcapai. Mengapa tak akan tercapai?? Indikatornya cukup jelas.... Pendapatan negara ciput.... manakala, hutang negara pulak bertimbun-timbun. Itu petanda ekonomi negara dalam keadaan semput tercungap-cungap. Kantung negara hampir kosong dan poket rakyat pun kosong dan tiris sokmo!! Negara maju apa ke bendanyer tu...?? Hi hi hi... negara maju ala 1Malaysia, kot?? Itu.... Najib Boleh!! Pulak tu, kini, PRU13 dah dekat. Tengok cara macam mana mereka mengagor duit sana sini untuk dapatkan dana bagi belanja membiayai pilihan raya?? Sapa yang mereka gagor?? Ater.... rakyat ler. Tokeh judi ler.... Mereka akan putar alam sana... putar alam sini. Janji.... kantung mereka berisi. Rakyat mampuih pi... asalkan mereka mahu terus gah berdiri pegang kuasa. Keadaan ini mengingatkan aku kepada kata-kata Ustaz Ismail Kamus... Dia kata, kalau pemimpin yang durjana ini tak mahu turun, rentap jer mereka turun!! Ala... macam kita rentap daun pisang layu yang dah tak berguna... Ater... tunggu dan pikior apa lagi?? PRU13 tak lama lagi, kan?? Kita rentap jer!! Kita rentap jer!! Kita rentap demer turun!! |
| You are subscribed to email updates from A Mum Of Three Mohd To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



Tiada ulasan:
Catat Ulasan