Selasa, 10 Mei 2011

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Sinar Harian Dan Akhbar Berbahasa Cina Lebih Telus Serta Profesional Melaporkan Perjuangan Rakyat Kuantan Bantah Kilang Lynas Di Gebeng

Posted: 10 May 2011 01:59 AM PDT

KUANTAN, 10 Mei - Orang ramai di sekitar bandar ini terus kehairanan dengan sikap akhbar arus perdana berbahasa Melayu terutamanya Utusan Malaysia dan Berita Harian yang masih lagi mengambil sikat "tutup mata" dalam melaporkan bantahan rakyat terhadap isu Lynas. Bukan sahaja media seperti akhbar, malah saluran TV milik kerajaan (Berbahasa Melayu) juga bertindak demikian. Hanya akhbar rakyat "Sinar Harian" dan akhbar berbahasa Cina sahaja yang banyak memainkan isu tersebut sekarang. Soalnya sekarang, dimanakah amalan kewartawanan pengamal media ini agaknya?. Mereka jelas cuba menutup isu yang berlaku serapat-rapatnya. Dalam masa yang sama Kerajaan UMNO BN terus memainkan isu kononnya perjuangan membantah Lynas hanyalah dipelopori oleh kaum Cina sahaja, sebaliknya tidak kepada kaum lain. Malah, mereka juga beberapa kali memainkan isu kononnya bantahan yang kian memuncak dikalangan rakyat sekarang ini didalangi oleh parti pembangkang yang bertujuan untuk meraih undi pada Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang. Apakah kita boleh menerima tuduhan itu?.

[Siapakah yang harus diharapkan oleh rakyat untuk membela nasib mereka?. Mahu diharapakn MIC jauh sekali, mahu diharapkan MCA tidak nampak jalan malah mahu diharapkan UMNO sekali pun macam-macam helah yang diberikan. Maka itu, usahlah dituduh pembangkang cuba memainkan isu ini. Kerana itulah tanggungjawab mereka dikala rakyat amat memerlukan, berbanding UMNO BN yang hanya mahukan undi mereka ketika pilihanraya semata-mata. Sebaliknya dikala mereka memerlukan pembelaan, mereka lebih selesa "membutakan mata dan memekakkan telinga" semata-mata. Syabas Sinar Harian dan akhbar Cina seperti China Press, Nan Yang Siang Pau, Sin Chew Daily dan lainnya].

Terbongkar: Memalukan, UMNO BN Makin Takut Hilang Kuasa Hingga Sanggup Gadaikan Maruah Negara Kepada Rakyat Asing Untuk Undi Mereka

Posted: 09 May 2011 11:50 PM PDT

PETALING JAYA 10 Mei - Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mendedahkan usaha terbaru UMNO-Barisan Nasional mendapatkan kewarganegaraan Malaysia untuk rakyat asing yang dikenalpasti akan mengundi parti itu pada pilihanraya umum akan datang. Di Hulu Selangor, Ketua Bahagian UMNO Datuk Idris Abu Bakar mengemukakan senarai 2,000 warga asing kepada Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein untuk diberikan sijil kewarganegaraan bagi tujuan berkenaan, kata Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin (foto). Surat bertarikh 23 Mac itu antara lain memaklumkan Hishamuddin bahawa pihaknya telah mngenalpasti 2,000 warga asing sebagai "bakal pengundi" yang boleh memenangkan Barisan Nasional di Hulu Selangor pada PRU 13. "Mereka adalah dari kalangan pelajar, usahawan tulen dan yang berkerjaya (yang) akan memenangkan BN pada setiap pilihanraya , khususnya pada PRU-13," tambah surat itu yang diedarkan kepada wartawan. Zuraida berkata surat itu dibocorkan oleh seorang pegawai kakitangan awam yang tidak tahan dengan penipuan yang berlangsung. "Saya tidak boleh sebut bagaimana kita boleh dapat surat ini dan surat ini bukan sahaja (sampai) di pejabat KDN, malah ianya telah disampaikan kepada satu syarikat agensi pekerja asing yang mana agensi itu akan menguruskan nama-nama yang disenaraikan untuk diberikan kewarganegaraan bagi mengundi pada PRU 13," katanya lagi.


Bukti, surat dihantar Ketua UMNO Hulu Selangor kepada Hishamuddin
[Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak minggu lalu mengarahkan UMNO Selangor untuk menawan semula Selangor dengan menggunakan apa jua senjata pada PRU-13 yang dijangka diadakan pada tahun ini atau awal tahun depan. Pemberian kad pengenalan Malaysia kepada warga asing dikatakan berleluasa di Sabah di bawah pemerintahan Tun Mahathir Mohamad sebagai cara berkesan untuk memastikan BN terus berkuasa di negeri itu. Adalah dipercayai hampir 600,000 warga asing menerima kad pengenalan dan hak untuk mengundi menerusi operasi sulit yang membabitkan agensi-agensi persekutuan. Hal yang sama juga berlaku di negeri Pahang sebenarnya. Pengundi rakyat asing semain bertambah di kawasan pilihanraya parlimen Pekan dan Rompin. Semuanya adalah atas kebenaran pihak yangberkenaan. Khabarnya di DUN Chini sahaja terdapat lebih 4,000 pengundi baru didaftarkan kali ini, itu belum termasuk di kawasan lain. Bukankah ini satu angka yang amat mengejutkan dan tidak masuk dek akal. Itulah kerja jahat SPR berpakat dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi memastikan kemenangan BN].

Panas: Terbongkar, Ada Pemimpin UMNO Meraih Untung "Jutaan Ringgit" Hasil Pembinaan Projek Kilang Memproses Rare Earth Lynas Corporation!

Posted: 09 May 2011 09:21 PM PDT

KUANTAN, 10 Mei - Berita paling panas yang diterima hari ini ialah tentang penglibatan pemimpin UMNO dalam projek Kilang Memproses Rare Earth Lynas Corporation di Gebeng. Biar pun berita ini tidak dapat disahkan dengan tepat lagi, namun siasatan rapi sedang kami jalankan untuk membongkar apa yang tersirat. Khabarnya pemimpin UMNO terbabit mendapat hasil jutaan ringgit daripada projek tersebut. Maka itulah, beliau kini terpaksa melobi dan gunakan kuasa yang ada di negeri dan pusat untuk menghalang kerajaan daripada membatalkan projek berkenaan. Malah sumber yang dinyatakan juga, projek tersebut bukanlah bernilai RM700 juta seperti yang diwar-warkan selama ini. Malah ia khabarnya mencecah RM2 billion sebenarnya. Ini bermakna jumlahnya lebih besar daripada apa yang disangkakan. Maka itulah kita tidak hairan Kerajaan UMNO BN seboleh-bolehnya akan tetap mempertahankan projek tersebut. Kami akan mendedahkan tentang siapakah pemimpin UMNO terbabit dan bagaimanakah beliau menggunakan kuasanya untuk memastikan Lynas tetap beroperasi. Difahamkan juga, kajian pakar yang dimaksudkan oleh kerajaan sebelum ini adalah untuk mengaburi mata rakyat. Kerajaan akan memastikan kemarahan rakyat reda menjelang Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang, dan mereka akan menyambung semula projek tersebut selepas itu. Ini kerana pihak dibelakang tabir yang dimaksudkan kemungkinan besar telah menerima habuan jutaan ringgit yang dimaksudkan itu. Kami akan dedahkan maklumat terbaru ini dalam masa terdekat. Difahamkan pemimpin UMNO yang meraih keuntungan besar hasil prohek tersebut kini bagai "cacing kepanasan" bila mengetahui kami sudah mendapat fail yang berkenaan. Cuma siasatan rapi masih dilakukan sebelum pendedahan lebih eksklusif dilakukan. Soalnya, siapakah pemimpin UMNO terbabit agaknya?, Nantikan seterusnya di PDO!


Rakyat diabaikan, MB Pahang dengana CEO Lynas Australia & Malaysia
[Seperti yang dijangka, segala undang-undang akan diketepikan apabila sudah ada manusia yang meraih untung jutaan ringgit daripada projek ini. Segala fail sudah siap sedia untuk didedahkan dan pasti akan mengejutkan semua pihak. Patutlah kita hairan Kerajaan UMNO BN memberi berbagai alasan untuk terus menafikan hak rakyat. Rupanya sudah ada pemimpin UMNO yang makan hasil lumayan atas pembinaan projek berbahaya ini. Pendedahan ini mungkin akan dinafikan oleh pihak terbabit. Namun, kebenaran tidak boleh untuk ditutup lagi. Sebab itulah rakyat tidak percaya lagi denagn dialog, taklimat atau kajian oleh mana-mana pakar antarabangsa dalam isu ini. Apa yang mereka mahu Lynas dihantar balik ke negara Australia dengan segera. Namun, apakah pemimpin UMNO terbbait mahu berdiam diri?. Sudah pasti "mati hidup semua" projek ini akan dipertahankan di Gebeng Kuantan. Kerana apa? Kerana "wang besar" sudah "masyuk poket". Inilah hakikat yang amat sukar diterima].

Pemandu Peribadi Anwar Membuat Laporan Polis Susulan Ada Usaha Jahat Pihak Tertentu Hendak Sabotaj Kenderaan Bawa Beliau Dan Keluarganya

Posted: 09 May 2011 08:02 PM PDT

Panas, satu laporan polis akan dibuat oleh Abdulah Sani Said, Pemandu Peribadi Ketua Umum PKR, Datuk Seri Awnar Ibrahim jam 3.30 petang ini. Laporan yang akan dibuat di Balai Polis Merchant Square, bersebelahan Ibu Pejabat parti itu bertujuan untuk memintan pihak polis menyiasat tentang ada bukti dan cubaan untuk "menamatkan riwayat" mantan Timbalan Perdana Menteri itu. Pemandu Peribadi yang sudah bekekerja selama 28 tahun dengan Anwar itu mengesyaki adanya usaha jahat pihak tertentu untuk mensabotaj kenderaan yang biasa digunakan untuk membawa Anwar dan keluarganya (foto). Malah satu kemalangan telah pun berlaku pada 19 April 2011 yang lalu akibat satu kesilapan yang sengaja dirancang oleh pihak-pihak yang berkenaan. Jika benar dakwaan ini, maka politik Malaysia akan menjadi lebih kotor dari apa yang dijangkakan. Selepas politik lucah digunakan, kini politik jenayah pula menjadi mainan pihak-pihak yang berkenaan. Ini bermakna, Ketua Pembangkang itu harus berhati-hati dan senantiasa perlu berada dalam keadaan berjaga-jaga sekarang ini. Ia kemungkinan menjadi sasaran musuh yang tidak dikenalpasti di sana sini. Soalnya sekarang, apakah ada usaha pihak tertentu untuk "membunuh" Anwar kali ini?.

[Sebelum ini kita juga pernah mendengar beberapa kali cubaan berkenaan, namun ia tidak bersandarkan kepada bukti yang munasabah. Namun, apabila seorang pemandu yang sudah terlalu lama bekerja dengan Anwar mendedahkannya ia pasti menjadi sesuatu yang tidak kena dan wajar disiasat dengan rapi oleh pihak polis. Kita tidak mahu politik cantas mencantas, lucah dan akhirnya ke peringkat membunuh berlaku di Malaysia. Masyarakat dunia sedang memastikan kita sekarang ini. Polirik kelucahan sudah cukup untuk menjatuhkan maruah dan imej negara, inikan pula politik membunuh. Apakah senario yang sama berlaku kepada pemimpin rakyat Pakistan Benazir Buttho beberaoa tahun lalu bakal terjadi pula di negara kita?. Apakah rakyat boleh bersabar dengan senario terbaru ini. Justeru itu, jadikan budaya politik di negara kita agar lebih sihat untuk dinikmati generasi akan datang. Usah keterlaluan berpolitik].

Panas: Harga Gula Naik Mulai Hari Ini, Terbukti Kerajaan UMNO BN @ Barang Naik Terus Menipu Dengan Slogan Rakyat Didahulukan Sebenarnya

Posted: 09 May 2011 07:06 AM PDT

Beberapa hari selepas minyak RON97 dinaikkan, maka Kerajaan UMNO BN sekali lagi "mendahulukan rakyat" apabila mengumumkan harga gula akan dinaikkan sebanyak 20 sen mulai hari ini. Ini bermakna harga baru gula sekilogram dipasaran menjadi RM2.30 berkuatkuasa 10 Mei 2011. Seperti biasa, alasan yang diberikan oleh kerajaan kenaikan itu akan menyebabkan kerajaan dapat berjimat sebanyak RM116.6 juta. Malah, menurut Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Mohd Zain Mohd Dom, kenaikan itu selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Ekonomi pada hari ini. "Langkah ini adalah selari dengan strategi jangka panjang kerajaan untuk merasionalisasikan subsidi secara berperingkat-peringkat," kata Mohd Zain. Paling mendukacitakan, seperti biasa apabila isu kenaikan harga barangan berbunyi maka jawapan yang sama akan diumumkan. Jika minyak naik, harga minyak di negara kita lebih murah dari negara luar. Jika harga gas naik, ia lebih murah dari negara luar. Begitulah juga bila harga gula naik, sama juga jawapannya adalah lebih rendah berbanding negara serantau, termasuk Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina. Itulah perbandingan yang dibuat oleh Kerajaan UMNO BN sejak sekian lama. Alasan yang sama dimainkan oleh mereka untuk mengaburi mata rakyat. Apakah mereka fikir rakyat terlalu bodoh untuk dipermainkan sedemikian rupa?. Maka itulah, rakyat perlu bangkit berjuang untuk meneruskan agenda perubahan. Kerajaan BN @ Barang Naik ini perlu diturunkan segera secara terhormat pada Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang. Pastikan perubahan ini jika tidak mahu mereka terus diperkotak-katikkan.

[Sekarang ini sudah terbukti, slogan "rakyat didahulukan" itu sebenarnya hanya retorik politik puak-puak UMNO semata-mata. Sedangkan hakikatnya, mereka memang mendahulukan untuk menipu rakyat buat selama-lamanya. Oleh itu, apakah rakyat akan terus tertipu dan sanggup ditipu lagi agaknya?. Maka itu juga mereka harus buat tindakan segera untuk menjatuhkan sebuah kerajaan yang jelas menipu untuk kepentingan masing-masing. Dikala rakyat menderita dengan berbagai masalah ekonomi yang mencengkam jiwa mereka, tiba-tiba minyak dinaikkan dan kini gula pula terus dinaikkan. Alasan yang sama diberika untuk terus memperbodohkan rakyat Malaysia sama seperti orang UMNO BN. Itu pun masih ada mereka yang tidak sedar dan terkinja-kinja beri sokongan kepada kerajaan 1Malaysia. Inilah yang amat menghairankan kita sebenarnya. Jiwa yang sudah karat dan sebati itu menerima apa saja yang dilakukan oleh kerajaan sedangkan mereka turut sama akan menderita!. Inilah yang perlu diperbetulkan].

Tiada ulasan: