Selasa, 31 Mei 2011

Muslimeen United

Muslimeen United


UMNO TAKUT MAT SABU MENANG TIMBALAN PRESIDEN PAS?

Posted: 31 May 2011 03:28 AM PDT



MENGAPA Umno begitu bimbang jika Mat Sabu dipilih menjadi Timbalan Presiden PAS? Tidak lain tidak bukan adalah kerana Mat Sabu begitu lantang menentang kerjasama politik Umno dan PAS. Ini bukan bermakna pemimpin lain tidak menentang kerjasama itu, tetapi Mat Sabu lebih lantang daripada beberapa pimpinan lain.

Memetik ucapan berapi Mat Sabu sewaktu ceramah di Markas PAS Kerdau kelmarin, beliau sekali lagi membidas kerjasama yang kununnya untuk perpaduan Melayu itu. "Sewaktu ke Terengganu, Najib kata PAS cerailah dengan DAP. DAP banyak penyakit. Saya nak kata, DAP cuma ada penyakit gatal sahaja, letak ubat boleh baik tapi Umno ada penyakit Aids, tak boleh ubat dah. "Kita dah ada pengalaman bersama Umno. Jangan percaya senyum Umno kerana senyumannya beracun. "Sekali kau hulur tangan, akan ku tampar segera," katanya dalam ceramah di Himpunan Kebangkitan Warga Felda Pahang Tapak Kompleks Pas Pahang, Kerdau kelmarin.

Tentulah tektik Umno ingin berpura-pura dengan PAS atas dasar kerjasama perpaduan Melayu ini gagal seandainya Mat Sabu berada di kerusi Timbalan Presiden PAS itu. Apakah Umno mengharapkan Mat Sabu tewas? Tentulah begitu, tetapi Umno jangan lupa bahawa sekiranya Mat Sabu tidak dipilih untuk menjadi Timbalan Presiden PAS kali ini, Umno jangan berharap tektik murahannya itu boleh dilaksanakan jika Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man yang memenangi jawatan tersebut. Meskipun Ustaz Tuan Ibrahim tidak selantang Mat Sabu menentang kerjasama Umno-PAS ini, namun tidak pernah kita menyaksikan tokoh PAS dari Pahang ini menunjukkan tanda-tanda positif untuk bersama Umno. Bahkan, di dalam setiap siri ceramah Pesuruhjaya PAS Pahang ini berterusan membongkar kemungkaran Umno.

Kepimpinan di bawah Us Nasha telah kita lihat, tentu ada yang menyokongnya dan ada yang tidak. Itu pilihan masing-masing setelah melihat sendiri rekod yang beliau tunjukkan. Pada saya, saya mengharapkan Ustaz Tuan Ibrahim berpeluang menjadi Timbalan Presiden PAS kerana saya mempunyai sebab-sebab tertentu menyukainya, tetapi jika beliau tewas dan Mat Sabu dipilih, saya tidak kecewa kerana Mat Sabu adalah idola saya di dalam PAS. Mungkin benar kata mereka, PAS lebih ditakuti oleh Umno jika `ayam sabung' PAS ini berada di sisi Presiden./wfauzdin.blogspot.com

SPRM Gugur Dakwaan Rasuah Peguam Negara

Posted: 31 May 2011 03:27 AM PDT

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menghapuskan tuduhan ke atas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail ( gambar ) berhubung dakwaan wujud unsur rasuah dalam urusan haji ke Mekah bersama keluarganya.

SPRM turut membersihkan dakwaan keatas bekas anggota panel suruhanjaya itu, Tan Sri Robert Phang yang dikatakan cuba memberi sogokan kepada Ketua Setiausaha (KSU) sebuah kementerian.

Menurut kenyataan SPRM, pihaknya menggugurkan tuduhan-tuduhan berkenaan ekoran tiada bukti lengkap untuk mengaitkan mereka terlibat dengan rasuah.

Sebelum ini beberapa portal berita dan blog menyiarkan gambar Abdul gani yang dilihat bersama Shahidan Shafie, yang pernah dikaitkan dengan bekas pengerusi Penerbangan Malaysia (MAS), Tan Sri Tajudin Ramli.

Abdul Gani dibidas ekoran timbul dakwaan bahawa beliau mempunyai hubungan dengan Tajudin yang kini disiasat oleh SPRM.

pelbagai pihak mendakwa, Shahidan cuba memujuk Abdul Gani supaya tidak membuat pendakwaan terhadap Tajudin.

MAS pernah mengalami kerugian sebanyak RM8 bilion ketika syarikat tersebut diterajui oleh Tajuddin dalam tempoh di antara 1994 dan 2001.

Kerugian utama yang direkodkan membabitkan penempatan semula operasi kargo MAS di Amsterdam dan Frankfrut sebagai hab tunggal di Hahn, Jerman. -Mstar

Panas: Timbalan Ketua PAS Indera Mahkota Buat Laporan Polis Atas Keganasan Penyokong Lynas !!

Posted: 31 May 2011 03:25 AM PDT

KUANTAN, 31 Mei - Nampaknya, penyokong kerajaan yang dipimpin sendiri oleh seorang Exco Kerajaan Negeri Pahang sendiri, terus melakukan kekecohan dengan menggunakan "bala tenteranya" yang terdiri daripada pemuda UMNO dan NGO berkaitan untuk menggasak kumpulan Save Malaysia Stop Lynas yang mengadakan demontrasi aman di Teluk Chempedak. Tidak cukup dengan tindakan menghalau peserta demontrasi awal pagi tadi, mereka kemudiannya menggasak Saudara Andasura Rabu (foto), Timbalan Ketua PAS Indera Mahkota ketika sessi sidang media. Tanpa menghormati arahan pihak polis.

Kumpulan terbabit menyerbu sidang media Andasura yang diadakan dipintu masuk ke bilik mesyuarat Hotel Hyatt. Difahamkan Andasura berada disitu atas jemputan pihak kerajaan sendiri (MITI) dan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA). "Ketika saya keluar dari bilik mesyuarat, waratawan sudah penuh berada di pintu masuk danmengajukan soalan. Maka saya terpaksa memberikan komen dan pandangan saya terhadap apa yang telah dibentangkan kepada pihak IAEA itu. Say bertindak profesional dan tidak menimbulkan apa-apa ketegangan sebenarnya", kata Andasura. Sekumpulan penyokong Lynas yang diketuai oleh Azmi Nasir (adik Jamal Nasir bekas ADUN Beserah) telah cuba membuat provokasi ketika sidang media belum tamat. Ini menyebabkan pihak polis yang berada di situ terpaksa meleraikan keadaan dan mengarahkan pihak terbabit beredar.

Dalam masa yang sama sekumpulan penyokong Lynas yang berada di Restoran Bistro berhampiran telah beramai-ramai meluruk ke arah Andasura. Ketika itu YB Syed Mohammad Syed Lonik juga berada disitu. Mereka kemudian ditengking dan diherdik supaya "berambus". Kumpulan itu juga memarahi pihak polis kerana membenarkan sidang media diadakan. Beberapa orang anggota FRU meluru ke kawsan terbabit dan berlaku kekecohan dan pergaduhan di situ. Kumpulan berkenaan mengarahkan Andasura beredar dari Hotel Hyatt dan tinggalkan Teluk Chempedak.


ADUN Beserah sedang dikawal oleh pihak polis ketika kekecohan tersebut

Wartawan yang menemubual Andansura selepas keluar dari Hotel Hyatt

FRU cuba mengiringi tetapi tidak pula menghalang penyokong kerajaan

Andansura membuat laporan polis di Balai Polis Beserah selepas kejadian

[Selepas episod tolak menolak berlaku, penyokong kerajaan yang seolah-olah dibiarkan oleh pihak polis cuba menggasak kumpulan Andansura yang mahu beredar dari kawasan terbabit. Sekumpulan hampir 100 orang yang diketuai oleg beberapa orang pemimpin UMNO didapati cuba melakukan provokasi, termasuk menarik dan menolak mereka. Biar pun dikawal oleh beberapa orang anggota FRU yang mengiringi mereka ke kenderaan, namunpolis dilihat tidak serius untuk mengawal keadaan sebenarnya.

Mereka sepatutnya menghalang kumpulan penyokong kerajaan daripada mengekori mereka. Malahan, mereka terus diekori sehingga ke kenderaan dan diperlakukan sewenangnya termasuk ditendang dan cuba dipecahkan cermin kenderaan. Anehnya pihak polis hanya dapat mermerhatikan dan memantau sahaja, tanpa mengarahkan penyokong bersurai. Mereka kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Beserah sebelum diarah ke IPD Kuantan untuk laporan lanjut].-PahangDaily

10,000 sertai program Selangor di Sabak Bernam

Posted: 31 May 2011 03:13 AM PDT

Align Centre(Gambar: Sebahagian remaja dan kanak-kanak yang hadir di majlis yang diadakan di Sungai Besar baru-baru ini)

SABAK BERNAM, 31 Mei: Konsert dan Sembang Santai Generasi Idaman Selangor (GeMS) di Dataran Tonggak 10, Sungai Besar, Sabak Bernam baru-baru ini penuh meriah apabila hampir 10,000 menyertainya.

Exco kerajaan negeri Selangor yang juga penaung program ini, Dr Halimah Ali menyifatkan perhimpunan ini satu kejayaan besar dalam menembusi kawasan Sabak Bernam.

Beliau sendiri yang hadir ke majlis itu menyifatkan sambutan yang diberikan kepadanya suatu yang luar biasa dan kejayaan besar bagi satu majlis anjuran kerajaan negeri.

Di majlis itu, Dr Halimah selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Sosial Negeri Selangor bersama Jawatankuasa Menangani Gejala Sosial peringkat Daerah Sabak Bernam yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Sabak Bernam sebagai tuan rumah mengadakan dialog terbuka.

Sesi dialog ini disertai penghulu dan ahli JKKK serta wakil Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Pejabat Kesihatan Daerah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis Agama Islam Selangor, Pejabat Agama Islam Daerah dan Lembaga Zakat Selangor.

(Gambar: Dr Halimah melihat pameran Vespa di himpunan itu)

Majlis dialog ini bertujuan berkongsi input-input mengenai gejala sosial terkini yang berlaku di daerah Sabak Bernam serta cara menangani masalah tersebut secara menyeluruh dan bersepadu antara agensi kerajaan dengan pimpinan masyarakat.

Pelbagai perkara dapat dikongsi bersama antara pimpinan masyarakat setempat, agensi kerajaan dan kepada pimpinan tinggi Kerajaan Negeri Selangor.

Konsert dan sembang santai ini diserikan dengan kehadiran Shahir AF, Akil Hayy, Dakmie serta peserta Raja Lawak 5 seperti kumpulan R2, Nazmi dan Black.

Konsert dan sembang santai dikendalikan oleh motivator remaja, Akhwan Afandi.

Kelainan konsert ini ialah dengan menampilkan mesej kepada remaja berkenaan isu gejala sosial seperti rempit, pergaulan bebas, penagihan dadah dan sebagainya.

Kebanyakan penonton yang dianggarkan lima ribu orang di sekitar Sabak Bernam yang hadir pada malam itu sangat berpuas hati kerana bukan sahaja dapat melihat artis pujaan mereka secara dekat malah artis tersebut juga memberi nasihat mengenai kehidupan remaja seharian.

Antaranya contoh konsep kasih sayang yang sebenar iaitu kasih sayang kepada Allah S.W.T sebagai pencipta.

Penutupnya, kelainan ditampilkan iaitu Akhwan Afandi bersama Akil Hayy mengepalai munajat dan doa beramai-ramai supaya Allah SWT melindungi negeri Selangor daripada bala bencana dan kerosakan akhlak anak muda dan zikir taubat.

Selain itu, Forum GeMS juga telah diadakan pada malam sebelumnya dengan kehadiran panel Ustaz Zamri (Mari Mengaji), Ustaz Syukri (Halaqah) dan juga Kamal Affendi (Penganalisis Jenayah) yang dipengerusikan oleh Ustaz Sallehin Muhyi.

Antara perkara yang dibincangkan adalah berkenaan hasrat menjadikan Selangor sebagai Negeri Idaman yang bebas gejala sosial dan perkara-perkara negatif di kalangan remaja dan belia pewaris masa depan negara.

Kehadiran peserta yang dianggarkan hampir dua ribu orang yang terdiri daripada ibu bapa dan remaja telah mendapat input yang berguna untuk ibu bapa dan remaja dalam menghadapi masalah identiti, sosial dan juga jatidiri. -Hrkh

Bantahan Projek Loji Nadir Bumi

Posted: 31 May 2011 03:10 AM PDT

Kuantan (Pahang): Para penduduk dan kumpulan anti-Lynas semalam sekali lagi berusaha menghalang pembangunan sebuah projek loji nadir bumi (rare earth) yang dianggarkan menelan belanja RM700 juta ($286.2 juta) di Gebeng, Pahang.

Ahli parlimen Kuantan, Cik Fuziah Salleh, berkata kumpulan pembantah itu telah menyiapkan satu pelan enam perkara dan mahu mengetengahkannya kepada perwakilan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) apabila mereka bertemu di sini semalam.

Cik Fuziah, yang juga naib presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), dipetik laman berita Free Malaysia Today (FMT) semalam sebagai berkata pelan itu akan menekankan kepada perwakilan IAEA itu tentang kesia-siaan membangunkan loji itu dekat pelabuhan Kuantan dan ketidaksediaan penduduknya menjadi 'tikus-tikus makmal'.

Loji nadir bumi baru itu mencetuskan kebimbangan pencemaran radiasi ke atas penduduk di situ. Mereka cuba menghentikan pembinaan loji tersebut yang dianggap terbesar di dunia.

Loji itu dijangka memenuhi 30 peratus daripada permintaan dunia bagi bahan nadir bumi, di luar China.

Nadir bumi, yang terdiri daripada sekumpulan 15 logam, digunakan dalam pengeluaran alat elektronik bagi pertahanan, tenaga alternatif dan perusahaan perhubungan.

Loji itu sedang dibina oleh syarikat Australia, Lynas Corp, yang merancang menghantar bahan bijih nadir bumi yang dihasilkan lombong-lombong di Mount Weld, Australia Barat, ke loji di Gebeng itu menjelang September ini.

Cik Fuziah berkata pelan bertindak itu dihasilkan kelmarin berikutan mesyuarat dua jam bersama kumpulan-kumpulan pelobi dan penduduk.

Ia melihat ke arah hujah-hujah perubatan, undang-undang, sosial dan sekitaran berhubung pembinaan loji tersebut, jelasnya.

Panel IAEA itu akan bermesyuarat hingga lusa bagi membincangkan isu berkenaan bersama pihak pemegang taruhan sebelum memulakan kajian semula selama sebulan bagi memutuskan nasib loji penapisan itu.

Namun, keadaan di Hotel Hyatt Regency di sini petang semalam hampir 'kecoh' apabila kededua kumpulan penyokong dan pembantah projek tersebut berhimpun dan saling mengancam satu sama lain sedang mesyuarat panel IAEA diadakan, menurut laporan laman berita The Malaysian Insider.

Kumpulan pro-Lynas, termasuk tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno, bergegas untuk bersemuka dengan Cik Fuziah sedang beliau tiba untuk menemui panel IAEA itu sekitar 3 petang.

Mereka meminta Cik Fuziah, yang sekian lama memimpin protes terhadap projek kontroversial itu, supaya tidak dibenarkan membawa masuk petisyen yang sudah ditandatangani dalam mesyuarat setengah jam itu. - BHS

Nampaknya pemimpin UMNO, MCA dan beberapa NGO seperti GPMS bagai nak rak mempertahankan logi Gebeng ini.

Ada berita menyatakan kerajaan negeri Pahang dah terima bayaran deposit dari syarikat Lynas Australia, mahu tidak mahu projek itu perlu dipertahan dan diteruskan.

GB menerima beberapa soalan dari pengunjung melalui email, orang GB (orang PAS) tak turut sertakah membantah projek yang merbahaya itu?

GB pun tak tahu samada ada pemimpin PAS yang turut serta atau tidak. Jika tidak Pesuruhjaya PAS Pahang, Tuan Ibrahim Tuan Man perlu jawab, mengapa tidak hadir atau mengapa tidak sokong demo bantahan projek Lynas berkenaan. -GB

Mat Said bakal jadi DJ Manis FM??

Posted: 31 May 2011 03:09 AM PDT

Pada Persidangan Mesyuarat Yang Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu Ke-12, yang berlangsung selamat empat hari bermula dengan perasmiannya pada 9 Mei hingga 12 Mei 2011 pelbagai aksi ahli dewan serta cerita 'pelik' diperolehi.

Berkebetulan pula, kawan Awang adalah seorang WARTAWAN yang mempunyai hubungan baik+rapat dengan rakan-rakannya wartawan yang lain.

Dan berkebetulan pulanya, salah seorang dari rakan-rakan kawan Awang pula yang juga seorang WARTAWAN dari agensi surat khabar "arus perdana" itu adalah terlibat secara langsung dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Mungkin dia adalah Pengerusi JKKK atau Setiausaha JKKK atau Bendahari JKKK atau Ketua Penerangan JKKK atau mungkin orang 'kuat' Umno diperingkat cawangan dan bahagian Kuala Terengganu.

Awang diberitahu, rakan kepada kawan itu telah membisik-bisikkan tentang suatu perangai 'pelik' Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu.

Kata mereka (kawan) MB 'Mat Said' buat kerja "GILA". Kata mereka (kawan) mungkin masa depan untuk 'Mat Said' kekalkan kuasa sebagai MB Terengganu sudah berada dipenghujungnya.

Rakan kepada kawan Awang itu, memaklumkan bahawa dalam satu Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Terengganu bulan lalu 'Mat Said' dikatakan telah membuat satu keputusan besar tanpa perbincangan dengan Ahli Exco-nya.

Terdapat di kalangan Ahli Exco Kerajaan Terengganu sendiri yang "ANTI Mat Said", yang "MELUAT" dengan perangai Mat Said terkejut "BERUK" apabila diberitahu yang kerajaan negeri telah "membeli" stesen radio Manis FM.

Maklumat itu, dijelaskan sendiri oleh Exco Kerajaan Mat Said yang 'terkilan' apabila keputusan untuk membeli stesen radio berkenaan langsung tidak pernah dibincangkan dalam Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu yang diadakan setiap hari RABU.

Mat Said sendiri memberitahu rakan-rakan Ahli Exconya ketika selesai mesyuarat bahawa, "Kita telah beli stesen radio Manis FM dengan harga RM7 juta dan kita telah bayar deposit RM4 juta", ujarnya.

Apakah dengan keputusan peribadi Mat Said selaku MB boleh berbelanja RM7 juta untuk penyiaran Manis FM itu tepat dan tidak perlu dibawa berbincang dalam Mesyuarat Exco.

Dalam keadaan rakyat susah dan masih banyak yang miskin, tiba-tiba boleh seorang yang bergelar Ketua Eksekutif Menteri Besar Terengganu sanggup "BERBELANJA LEBIH".

Namun begitu, ada pandangan nakal rakyat membuat andaian bahawa berkemungkinan besar Mat Said sedang mencari tapak dan peluang yang baik selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti.

Kata mereka, Mat Said juga bakal menjadi "DJ" untuk sebuah stesen radio Manis FM yang lahir di Kelantan, Darul Naim..???

Jika Mat Said menjadi "DJ Manis FM" sudah pasti kerja-kerja penerangan dan kerja 'memfitnah' menjadi lebih mudah untuk dilaksanakan.

Jadi di manakah kepentingan rakyat diutamakan? Jika sekadar slogan sahaja itu tidak memadai dan rakyat terus-menerus menjadi 'mangsanya' Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Di SINI… Awang cuba jelaskan insan manakah yang menjadi peneraju serta pengasas kepada sebuah Stesen Radio Manis FM tersebut?

TAN SRI DATO' HJ. HUSEIN AHMAD yang juga 'Orang Kuat Umno' ialah insan di belakang Manis FM. Beliau ialah Pengerusi Eksekutif HUSA Network Sdn Bhd, organisasi yang mengendalikan stesen radio ini.

Memulakan kerjayanya sebagai seorang guru, kemudian seorang wakil rakyat, ahli peniagaan, dan sekarang penggiat penyiaran.

Suatu ketika, radio pernah dibayangkan akan melalui zaman malap, namun setelah masa beredar ternyata ia masih mendapat tempat sebagai medium hiburan dan maklumat.

Sebagai veteran Umno, Hussein mengaku mewujudkan Manis FM atas rasa kasih dan semangat setia kawan dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

''Hubungan yang rapat dalam parti mendorong saya menghulurkan bantuan kepada Dr. Mahathir melalui kemampuan yang ada untuk menjadi sebahagian telinga kepada pimpinan negara, lantas saya jadikan Manis FM medium antara pendengar dengan perkhidmatan agensi kerajaan.

''Komunikasi dua hala menerusi segmen yang diperkenalkan iaitu berkaitan dengan aduan rakyat menghidupkan Manis FM pada awal kemunculan kerana si pemanggil mendapat maklum balas dengan pantas daripada agensi kerajaan di studio rakaman kerana disiarkan secara langsung," ujarnya.

Dan berbalik kepada isu Mat Said beli Manis FM tadi. Maka, banyaklah suara-suara sumbang yang keluar dari mulut pimpinan Umno Terengganu termasuk di kalangan Ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri dan Wakil-wakil Rakyat BN.

Bahkan, cerita terbaru yang kedengaran dari cakap-cakap 'orang atasan' bahawa Jamaah Istana sudah 'reject'nama Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu dari 12 orang nama-nama yang bakal dicalonkan.

Mereka adalah Dato' Mohamed Awang Tera, Dato' Seri Ahmad Said, Dato' Ahmad Sabry Chik, Dato' Yahya Khatib Mohamad, Dato' Tengku Putera Tengku Awang, Dato' Nasir Ibrahim Fikri, Dato' Abdul Rahin Said, Dato' Jailani, Dato' Wan Farid Dato' Wan Salleh, Dato' Din Adam.

Dikatakan juga dari 12 pencalonan tersebut kini hanyalah tiga orang yang bakal dipertimbangkan oleh Jamaah Istana dan siapakah mereka itu?

Mat Sabu : Semakin Cepat PRU, Semakin Dekat Perubahan

Posted: 31 May 2011 03:05 AM PDT



Ramalan tarikh pilihan raya yang bertiup semakin kencang telah lama dihidu oleh Pakatan Rakyat sekaligus memberi kelebihan kepada gagasan itu membuat persiapan rapi menjelang tarikh keramat itu.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu berkata, semakin dekat tarikh pilihan raya bermakna semakin dekat perubahan menghampiri Putrajaya, sekaligus menandakan sedikit sahaja lagi benteng Umno-Barisan Nasional bakal dirempuh.

"Sesetengah pihak berpandangan pilihan raya mungkin sekitar bulan 7, ada yang meramalkan bulan 11 ada juga yang mengatakan awal tahun depan, himpunan kita pada malam ini kita nampak, masyarakat hari ini mahu pilihan raya dekat kerana semakin dekat dengan pilihan raya, semakin dekat kita dengan Putrajaya," kata Mohamad kepada hadirin yang membanjiri Tapak Kompleks PAS, Kerdau, malam semalam.

Jelas Mohamad, kehadiran hampir 10,000 Warga Felda dan penduduk Pahang pada himpunan kebangkitan warga Felda Pahang ini adalah gambaran awal bahawa Putrajaya bukan lagi kubu kuat Umno-Barisan Nasional.

Kebanjiran rakyat ini juga katanya membuktikan bahawa rakyat sudah jelak dengan pembohongan dan propaganda mainan pemerintah terutamanya yang berkaitan dengan kemajuan ekonomi dan pembangunan.

Namun ujar Mohamad atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu, isu pembangunan ini tidak lagi relevan pada hari ini.

"Selepas pilihan raya 2008, isu ekonomi dan isu pembangunan tidak dapat digunakan lagi. Kalau dulu mereka (Umno-BN) mengatakan kalau BN kalah tiada pembangunan, BN kalah pelabur asing tidak datang, dan rakyat banyak yang akan hilang pekerjaan.

" Mereka-Umno-BN cuba sinonimkan pembangunan dengan Umno dan BN,"kata Mat Sabu lagi.

Ironinya, fakta daripada Badan Antarabangsa dan Industri (MITI) pada tahun 2008 dan ke atas membuktikan, negeri tertinggi menjadi tumpuan pelabur asing adalah Pulau Pinang diikuti Selangor dan Kedah yang tidak ditadbir pemerintah.

Mengulas senario ini, Mat Sabu berkata rekod tersebut jelas memberihu rakyat bahawa tanggapan Umno-BN selama ini meleset sama sekali.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Pahang, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Umno sengaja mencipta isu luar jangka bagi mengaburi mata rakyat selain membekalkan pelbagai program berunsur hiburan untuk melalaikan rakyat dari isu semasa yang semakin mencengkam kehidupan rakyat marhaen.

"Mereka cuba mengalihkan perhatian kita semua kepada isu-isu yang sengaja mereka wujudkan daripada isu sebenar yang dihadapi oleh rakyat,"ujarnya.

Baliau berkata demikian mengulas usaha terdesak Umno-BN yang mengunakan fitnah video lucah untuk menyerang pemikiran golongan dewasa manakala penganjuran Hari Belia Negara pula untuk menawan golongan muda.

Melihat kepada dasar Pakatan Rakyat menerusi Buku Jingga yang mula diterima rakyat, Umno-BN terus-terusan mengkritik dari pelbagai sudut namun pada masa sama menyadur idea itu untuk diadaptasi dalam kepimpinan mereka.

"Yang hairanya, setiap kali kita lancarkan sesuatu, mereka kritik, mereka komen tetapi akhirnya mereka tiru, kita lihat bagaimana mereka menggunakan media menyerang cadangan kita dalam Buku Jingga dengan menggambarkan sekiranya Buku Jingga diteruskan negara bakal bankrup, tetapi kini satu demi satu mereka tiru,"kata Tuan Ibrahim.

Pada majlis yang sama, PAS turut menyiarkan montaj cadangan penubuhan sebuah universiti Felda yang dinamakan Universiti Teknologi Felda Tun Abdul Razak.

Universiti itu dicadang dibina di atas tapak seluas 400 hektar di Jengka, Pahang, memandangkan Pahang adalah negeri yang paling banyak tanah rancangan Felda.

Ia akan berperanan sebagai institusi pendidikan khusus kepada anak-anak peneroka Felda seperti Universiti Tenaga Nasional yang memberikan keutamaan kepada anak-anak kakitangan Tenaga Nasional Berhad.

Ia turut menyaksikan penyerahan borang keahlian 160 orang ahli baru Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) kepada Pengerusi Anak, Mazlan Aliman di hadapan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tiada ulasan: