Selasa, 31 Mei 2011

Addin

Addin


Panas!! 'Statement' Pak Menteri Paling Bangang!!

Posted: 31 May 2011 05:00 PM PDT


PUTRAJAYA - Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan peniaga supaya tidak menaikkan harga barang keperluan berikutan kadar tarif elektrik baru yang akan berkuatkuasa mulai esok. Timbalan Perdana Menteri berkata pengeluar, penjual dan peniaga tidak seharusnya menggunakan kadar tarif baru itu sebagai alasan untuk mengaut keuntungan berlebihan kerana kadar itu masih berpatutan dan tidak begitu membebankan mana-mana pihak. "Bagi barang keperluan pengguna, saya fikir ia tidak harus meningkat. 

Cuma sektor industri dan pernigaan yang ada peningkatan, itupun 7 peratus sahaja," katanya kepada kepada pemberita selepas merasmikan Bangunan Berlian dan sambutan 10 Tahun Penubuhan Suruhanjaya Tenaga di sini hari ini. Muhyiddin mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan supaya memantau harga barang keperluan supaya ia tidak dinaikkan dengan sewenang-wenangnya.

Kajian terperinci Katanya sebelum kadar elektrik itu dinaikkan, kerajaan membuat kajian terperinci dengan mengambil kira kepentingan semua pihak. "Kerajaan sudah membuat kajian mendalam, penelitian yang agak khusus apakah implikasi dan impak kesan kenaikan ini kepada rakyat dan juga kos hidup ataupun peningkatan kepada kadar inflasi dan peningkatan harga barang,' katanya. 

Muyhiddin berkata beliau gembira dengan sikap terbuka sebilangan peniaga yang menerima kenaikan kadar tarif itu yang tidak membebankan mereka. Katanya hanya beberapa sektor perniagaan sahaja yang mungkin terjejas dengan kadar baru itu yang masih terlalu kecil berbanding negara-negara lain. 

Kerajaan semalam mengumumkan purata tarif elektrik baru akan dinaikkan sebanyak 2.23 sen kilowatt sejam atau 7.12 peratus kepada 33.54 sen/kWj daripada 31.31 sen/kWj, berkuat kuasa esok. Langkah berkenaan tidak akan menjejaskan 75 peratus pengguna yang menggunakan kurang daripada 300 kw sebulan./Bernama

Addin :

Dah kalau kos meningkat.. tak akan harga barangan tak nak naik? Siapa meniaga tak nak untung? kerajaan pun tak nak rugi.. memang bangang punya pak menteri..


Laman Wikipedia Termasuk Warisan Budaya Dunia UNESCO?

Posted: 31 May 2011 08:16 AM PDT

Wikipedia ingin masuk dalam daftar situs warisan budaya dunia UNESCO, sejajar dengan Tembok Besar China dan Taman Nasional Pulau Komodo. Bisakah? NY Times melaporkan bahwa Wikipedia melayangkan petisi untuk bisa masuk ke dalam daftar situs warisan budaya dunia UNESCO, sejajar dengan monumen historis Tembok Besar China, Piramida di Mesir, dan Taman Nasional Pulau Komodo di Indonesia.

Walaupun kompetisinya telah dimulai, Jimmy Wales, pendiri Wikipedia, antusias untuk memasukkan situsnya dalam kegiatan ini. "Ide dasarnya adalah karena Wikipedia merupakan fenomena budaya yang menakjubkan, yang telah memengaruhi kehidupan ribuan orang," ungkap Wales kepada NY Times.

Namun optimisme itu sepertinya akan menghadapi banyak tantangan dan pertimbangan. Wikipedia harus bisa bernegosiasi dengan baik agar disetujui pihak UNESCO.

Susan Williams, kepala Humas UNESCO di Paris, mengatakan, belum pernah ada situs digital yang mencalonkan diri sebagai warisan budaya dunia. "Walaupun semua orang dapat mengajukan diri, tapi mungkin Wikipedia akan kesulitan memenuhi kriteria tertentu," ujar Williams.

Masalahnya, untuk masuk dalam daftar warisan budaya dunia seperti tembok besar China, sebuah objek budaya harus merupakan karya agung hasil ciptaan jenius umat manusia. Apakah Wikipedia memenuhi syarat yang satu itu?/Inilah


SPRM Di Desak Siasat Sindiket Beras Nasional

Posted: 31 May 2011 07:41 AM PDT

Sejak berlakunya beberapa penyelewengan dan sabotag di kalangan pemborong bekalan beras subsidi nasional yang semakin ketara, sehingga hampir 500 penduduk di kawasan Kampung Pinangkau dan Tangkarason, Sugut tidak lagi mendapat bekalan beras subsidi nasional sejak 8 bulan lalu. Seorang penduduk Kampung Pinangkau Paitan, Johanies Tayoh, 39, ketika mendedahkan perkara ini kepada Sabahkini.Net, antara lain menjelaskan bahawa jika adapun beras subsidi nasional di kedai runcit tetapi hanya 70 kampit sahaja. Tetapi beras seberat 10 kilogram berkenaan dijual dengan harga RM25.00 hingga RM26.30 sekampit; berbanding harga pasaran, RM18.00 sekampit. 

Menurut aduan yang diterima daripada beberapa orang pekerja di beberapa syarikat pemborong beras, mereka mendakwa beras subsidi nasional yang dihantar ke syarikat pemborong berkenaan menggunakan guni seberat 50 kg. Tetapi apabila sampai ke kedai masing-masing, mereka tidak mengisi beras tersebut di beg plastik yang berlambangkan 'Beras Nasional' namun sebaliknya, mereka membungkus dengan menggunakan beg plastik nama syarikat mereka sendiri dan kemudian dijual dengan harga antara RM25.00 atau RM26.30 sekampit. 

"Pada mulanya, saya tidak percaya apa yang diperkatakan oleh kawan saya yang bekerja di salah sebuah syarikat pemborong beras; tambahan pula sememangnya syarikat berkenaan mempunyai kouta yang telah diluluskan oleh Jabatan Kawal Selia Padi," ujar Johanies lagi. Sejak senario ini berlaku, kata Johanies, bekalan beras subsidi nasional semakin hari semakin berkurangan di pasaran kerana telah di bungkus dengan menggunakan jenama lain. Kata Johanies lagi, perkara ini telah lama diketahui sendiri oleh pihak Kawalan Selia Padi tetapi disebabkan mereka bersekongkol dengan syarikat pemborong berkenaan; maka fenomena terus menyubur kerana masing-masing mendapat habuan. 

"Pengguna betul-betul tertipu dengan mainan licik oleh para peniaga berkenaan. Ini semuanya angkara rasuah yang berleluasa dan melibatkan pegawai Kawalan Selia Padi yang sengaja membiarkan perkara ini berterusan sehingga sukar untuk dibanteras," ujar Johanies yang mengakui hanya satu jalan terbuka iaitu melalui siasatan SPRM, KPDNKK dan Jabatan Kastam./SK


(Gambar) Macam-Macam.. Pertunjukan Fesyen Untuk Tikus Pun Ada

Posted: 31 May 2011 06:00 AM PDT

Penggemar fashion New York berbelanja besar untuk pakaian tikus peliharaan mereka. Pertama ada gaun anjing, mantel untuk babi mini, dan sekarang pemilik haiwan peliharaan trend ini memesan pakaian kepada designer untuk tikus mereka.

Tikus terlihat sangat lucu ketika memakainya. Ia memakai gaun pengantin. Dan penggemar tikus kelmarin berkumpul di New York untuk mengikuti sebuah fashion show. Juga tikus memiliki keperibadian yang menakjubkan. Mereka seperti kucing, anjing dan musang . 

Tetapi masing-masing juga memiliki karakter individu. Penggemar tikus mengajarkan tikur mereka berenang dalam sebuah kolam kecil, melatih mereka belajar bagaimana menari. Mereka sangat cerdas dan memiliki kesamaan karakteristik dengan manusia./BK






Panas!! Tarif Elektrik Akan Di Naikkan Setiap 6 Bulan

Posted: 31 May 2011 04:11 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tarif elektrik di negara ini dijangka akan dinaikkan setiap enam bulan supaya selaras dengan kenaikan harga gas asli yang dijual Petronas kepada Pengeluar Tenaga Bebas (IPP). Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin berkata kerajaan pada dasarnya telah bersetuju mematuhi mekanisma 'Fuel Cost Pass Through' (FCPT) yang akan menentukan kadar tarif pada masa hadapan, lapor Malaysiakini.

"Kuantum kos bahan api (cent/kW unit) akan disalurkan kepada pengguna berdasarkan harga sebenar bahan api iaitu gas dan arang batu yang digunakan bagi menghasilkan tenaga bagi tempoh enam bulan," kata Chin di Putrajaya semalam.

Beliau berkata demikian ketika menjelaskan arahan kerajaan kepada Petronas supaya menaikkan harga gas asli daripada RM3 setiap mmBtu bagi setiap enam bulan sehingga ia mencecah harga pasaran menjelang tahun 2016.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli baru-baru ini mendakwa Tenaga Nasional Berhad dipaksa membeli tenaga daripada IPP dengan harga mahal

Manakala Petronas pula diarah menjual gas asli pada kadar lebih murah daripada harga pasaran kepada IPP biar pun mereka membeli pada harga yang lebih tinggi daripada Indonesia dan kawasan JDA Malaysia-Thailand.

Rafizi mendakwa Petronas terpaksa membeli setong minyak dengan harga RM40 dan dijual semula kepada IPP dengan harga serendah RM10./KD


Bank Islam Dan Bank Muamalat Tidak Jadi Bergabung

Posted: 30 May 2011 11:34 PM PDT

PAS menyambut baik keputusan Bank Islam dan Bank Muamalat yang tidak jadi bergabung untuk membentuk 'Bank Islam Mega' buat masa ini. Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub berkata, beliau bimbang nama Bank Islam Mega sedap didengar tetapi isinya akan merugikan Bank Islam dan pelaburnya yang terdiri dari badan-badan umat Islam termasuk Tabung Haji. Beliau mengulas kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid yang memberitahu, Bank Islam Mega tunggal adalah sukar untuk dilakukan dalam masa terdekat ini.

Mohd Redza berkata, memang ada cadangan daripada pemegang saham kedua-dua bank berkenaan ke arah itu, tetapi ketika ini tiada perancangan untuk meneruskan usaha penggabungan yang dimaksudkan. "Ia adalah usaha untuk mewujudkan bank yang lebih besar dan mempunyai daya saing yang lebih tinggi," kata beliau dipetik Bernama Online.Sebelum ini, Salahudin berkata, beliau bimbang adanya tangan ghaib di belakang penggabungan Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) dan Bank Muamalat.

Beliau menyifatkan gabungan itu tidak akan mendatangkan sebarang faedah kepada bank Islam terawal itu.Kata Salahuddin Ayub, beliau percaya tindakan penggabungan itu adalah satu usaha untuk "menyelamatkan" Bank Muamalat.

BIMB adalah anak syarikat BIMB Holding Bhd yang mana Tabung Haji memegang saham terbesar dengan 51 peratus kepentingan dalam BIMB Holding Bhd.

"Saya cukup bimbang berlaku satu lagi budaya tidak sihat yang akan merugikan rakyat di mana BIMB Holding mahu mengambil alih atau beli atau bergabung dengan Bank Muamalat.

"Apa guna Bank Islam mahu bergabung dengan Bank Muamalat? Apa faedahnya? Bank Islam ada 115 cawangan di seluruh negara, apa guna mahukan lagi Bank Muamalat, kalau cawangan sikit, baru ada rasional tapi Bank Islam ada rangkaian di seluruh negara, begitu juga dengan Tabung Haji," kata Salahuddin pada sidang media di sini sebelum ini.

Justeru beliau percaya, kemungkinan penggabungan itu disebabkan Bank Muamalat mengalamai masalah besar. Pemegang saham terbesar Bank Muamalat adalah DRB-HICOM iaitu 70 peratus saham dan baki oleh Khazanah Nasional Bhd.

Rasional penggabungan

Semalam media melaporkan, Bank Islam Holdings tidak berminat untuk menggabungkan unit perbankannya, Bank Islam Malaysia Bhd dengan pesaingnya, Bank Muamalat buat masa ini.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Eksekutif BIMB Holdings, Johan Abdullah berkata, keputusan itu diambil selepas membuat pertimbangan sewajarnya yang mengambil kira kedudukan Bank Islam.

"Selepas membuat pertimbangan teliti mengenai rancangan strategik semasa dan kedudukan Bank Islam, syarikat tidak boleh mempertimbangkan rancangan penggabungan itu pada masa ini," katanya.

DRB-Hicom Bhd yang menguasai 70 peratus kepentingan Bank Muamalat sebelum ini menyatakan ia berminat meninjau kemungkinan menggabungkan bank yang dikuasainya itu dengan Bank Islam.


Perang Dingin Dalam UMNO Sabah

Posted: 30 May 2011 08:09 PM PDT

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak menafikan wujudnya 'perang dingin' antara pemimpin tertentu dalam Umno negeri. Sebaliknya, kata beliau, Umno Sabah stabil dan pemimpin serta anggotanya bersatu padu di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri.

"Saya tidak faham apa yang dimaksudkan oleh YB Khairy Jamaluddin (Ketua Pemuda Umno). Tidak ada 'cold war' dalam Umno Sabah," katanya kepada pemberita semasa ditemui di perayaan Pesta Kaamatan peringkat negeri di Dewan Hongkod Koisaan, Penampang, dekat sini pada Isnin.

Salleh, yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Khairy semalam di Keningau bahawa 'perang dingin' yang sedang berlaku dalam Umno Sabah telah membawa kepada rombakan kepimpinan pemuda Umno negeri yang menyaksikan bekas Ketua Pemuda Umno Sabah Azman Ruslan diganti.

Khairy juga dipetik sebagai berkata bahawa Pemuda Umno terperangkap di tengah-tengah krisis yang sedang berlaku akibat perang dingin itu.Salleh berkata kenyataan itu jelas menunjukkan ketidakfahaman segolongan pihak mengenai politik Sabah.

"Apa yang ketara ialah segelintir pemimpin yang tamak kuasa berusaha untuk mengganggu kestabilan Umno Sabah dengan pelbagai cara termasuk memperalatkan pihak-pihak tertentu.

"Pada saya perubahan kepimpinan peringkat Pemuda adalah proses biasa dan ia adalah kuasa mutlak Ketua Pemuda Umno," katanya./ Bernama


Pemilihan Muktamar : Tuan Ibrahim Akui Peluangnya Tipis

Posted: 30 May 2011 07:58 PM PDT

PETALING JAYA -  Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bersikap merendah diri apabila mengatakan peluangnya memenangi jawatan timbalan presiden PAS adalah tipis. Beliau berkata, dari sudut pencalonan, pengalaman dan pergorbanan terhadap parti, peluang, pencabarnya iaitu penyandang Nasaruddin Mat Isa dan Mohamad Sabu lebih baik. 

Bagaimanapun, beliau menyerahkan kepada perwakilan untuk membuat keputusan. "Dalam PAS, segalanya bergantung kepada hak dan budi bicara perwakilan," katanya dalam satu wawancara melalui emel. 

Ini percubaan pertama Tuan Ibrahim bertanding jawatan timbalan presiden PAS dalam muktamar yang akan diadakan pada 3 hingga 5 Jun di Taman Melewar, Kuala Lumpur. Nasharuddin yang juga ahli Parlimen Bachok menjadi timbalan presiden PAS sejak 2004, manakala Mohamad, bekas naib presiden bertanding pada 2009 tetapi kalah kepada Nasharuddin. 

Kehendak ahli Tuan Ibrahim yang kini naib presiden PAS, menegaskan apabila pencalonan dari kawasan banyak, ia adalah gambaran sebahagian kehendak ahli di bawah. "Kita sebagai petugas parti harus meraikan dan akur kepada kehendak ahli-ahli parti kerana merekalah batu-bata yang membina tembok kekuatan di dalam PAS.

"Soal bersedia atau tidak (menjadi timbalan presiden PAS), saya serahkan sepenuhnya kepada perwakilan untuk menilai, tetapi saya sedar saya bukanlah calon yang terbaik. Pesuruhjaya PAS Pahang itu tidak mahu menyatakan jumlah pencalonan yang diperolehi bagi jawatan timbalan presiden kerana menghormati Jawatan Kuasa Pemilihan PAS, yang tidak mendedahkannya. 

Menurutnya, PAS sebagai gerakan Islam mestilah menjadikan dasar syarak dalam memandu parti. Panduan wahyu Katanya, dalam keghairahan mencari kemenangan pilihanraya tidak boleh membiarkan keghairahan tanpa panduan wahyu. Beliau menegaskan, pengukuhan dalam Pakatan Rakyat sangat penting dijaga, namun yang lebih penting bagaimana PAS dapat memainkan peranan agar pendekatan dan hala tuju tidak bertentangan dengan syarak. 

"Seluruh anggota PAS perlu diperkukuhkan hubungan antara pelbagai bidang dan profesion. Kita tidak boleh dilihat mempunyai jamaah dalam jamaah. Andai kita gagal membina tarbiyah dalaman parti, kita akan berhadapan dengan perpecahan dalaman yang sangat diingini oleh musuh. "Cabaran besar ini perlu ditangani segera, sebelum ianya merebak menjadi barah yang mnghancurkan jemaah," tambahnya./FMT


Tiada ulasan: