Muslimeen United |
- Presiden PAS kekal, 6 layak tanding timbalan
- Himpunan Pemuda PAS Kelantan
- PANAS!! Najib Altantuya Hina Rakyat Malaysia!!
- Syarat Polis Gugurkan Nama Anwar, Azmin Melampau
- UMNO Lindungi PERKASA
- Tiada Calon Layak Cabar TG Hadi
- UMNO Kelantan Takut Kejayaan Ladang Rakyat
- Guru Besar Naik Gred: BN Hendak Pegang Kepala2 Sekolah Utk PRU13?
- Kes Anwar mesti dibicarakan dalam mahkamah Islam
- Ron 95 : Menteri pembelit cakap berbelit-belit
- FELDA PURUN - DEMONTRASI TIDAK MEMBAWA KESAN, SAMBUTAN HEBAT TERHADAP ANWAR
Presiden PAS kekal, 6 layak tanding timbalan Posted: 17 May 2011 03:56 AM PDT Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) mengekalkan jawatan presiden PAS tanpa bertanding, manakala enam orang dicalonkan untuk bertanding timbalan presiden dan 14 lagi untuk jawatan naib presiden. Manakala 82 orang lagi dicalonkan untuk bertanding jawatan ahli jawatankuasa PAS Pusat. Demikian dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan yang juga Pengarah jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman pada sidang media di ibu pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini. Bagi jawatan timbalan presiden, enam orang yang dicalonkan termasuklah penyandangnya, Nasharudin Mat Isa. Lima lagi yang dicalonkan ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, naib-naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Salahuddin Ayub,ahli jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu. Keenam-enam mereka turut dicalonkan untuk bertanding jawatan naib presiden bersama lapan yang lain iaitu: 1. Idris Haji Ahmad (ketua penerangan) 2. Mahfuz Omar (naib presiden) 3. Mazlan Aliman (AJK PAS Pusat) 4. Datuk Mohd Amar Abdullah (Exco Kerajaan Kelantan) 5. Mohd Hatta Md Ramli (Bendahari PAS Pusat) 6. Mujahid Haji Yusof Rawa (AJK PAS Pusat) 7. Nik Zawawi Nik Salleh (Ketua Peneranagn Dewan Ulamak) 8. Datuk Seri Nizar Jamaluddin (AJK PAS Pusat) Mengikut perlembagaan PAS, seseorang itu hanya memerlukan dua pencalonan sahaja untuk melayakkan diri bertanding jawatan parti termasuk jawatan tertinggi iaitu Presiden dan Timbalan Presiden. Pertandingan bagi jawatan AJK pusat adalah untuk 18 kerusi, manakala enam lagi kerusi AJK dilantik oleh parti. Berikut ialah 82 calon untuk AJK PAS Pusat: 1. Abdul Ghani Abdul Rahman, Ustaz 2. Abdul Ghani Shamsuddin, Ustaz 3. Abdul Halim Abdul Rahman, Dato' Ustaz 4. Abdul Rani Osman, YB Dr. Hj 5. Abdul Wahid Endut, YB Hj 6. Abu Bakar Chik, Dato' Ustaz , 7. Abu Bakar Hussein, Ustaz 8. Adly Zahari, 9. Ahmad Sabki Yusof, 10. Aiman Athirah Al-Jundi 11. Amiruddin Hamzah, YB Ir. 12. Anuar Tan Abdullah, Dato' Hj 13. Asmuni Awi, Hj 14. Azizan Abdul Razak, YB Dato' Seri Ustaz, 15. Azman Shapawi, Ustaz 16. Halimah Ali, YB Dr. 17. Hamzah Abdullah, 18. Hamzah Jaafar, Dr. 19. Hanipa Maidin, Hj 20. Hashim Jasin, YB Ustaz 21. Hassan Ali, YB Dato' Dr. 22. Hayati Othman, YB Dr. 23. Husam Musa, YB Dato' 24. Idris Ahmad, Ustaz 25. Iskandar Abdul Samad, YB 26. Kamarudin Jaffar, YB Dato' 27. Khairuddin Dato' Abdul Malek, Dr., 28. Khalid Abd Samad, YB Hj. 29. Khalil Idham Lim, YB 30. Lo'Lo Dato Ghazali, YB Dr. 31. Mahfodz Mohamed, Dato' Dr. 32. Mahfuz Omar, YB Dato' 33. Mazlan Aliman, 34. Misbahul Munir Masduki , Ustaz 35. Mohamad Abdullah, (Sabah) 36. Mohamad Nor Mohamad, Hj. 37. Mohamad Sabu, Hj. 38. Mohd Anuar Tahir, Hj 39. Mohd Apandi Mohamed, Hj. 40. Mohd Firdaus Jaafar, YB 41. Mohd Hatta Md Ramli, YB Dr. 42. Mohd Nasir Mustafa, 43. Mohd Nasir Zakaria, YB, 44. Mohd Nizar Jamaluddin, YB Ir. Dato' Seri 45. Mujahid Yusof Rawa, YB Dr. 46. Mumtaz bt. Mohd Nawi, YB 47. Mustafa Ali, Dato' 48. Najihatusolehah Ahmad, Dr. 49. Nasharudin Mat Isa, YB Ustaz 50. Nasuruddin Hj Daud, Dato' Ustaz Hj 51. Nik Abduh Nik Abdul Aziz, 52. Nik Mohd Amar Abdullah, YB Dato' Ustaz 53. Nik Zawawi Nik Salleh, Ustaz 54. Norazli Musa, Ustaz Hj. 55. Normala Sudirman, 56. Nuridah Salleh, Ustazah 57. Phahrolrazi Zawawi, YB Ir. Dato' Hj 58. Razman Zakaria, 59. Riduan Mohd Nor, Ustaz, 60. Rosidi Hussin 61. Sa'ari Sungib, YB Hj. 62. Salahudin Ayub, YB, 63. Salleh Man, YB Ustaz 64. Sallehen Mukhyi, Ustaz 65. Shafie Abu Bakar, YB Dr. 66. Siti Mariah Mahmud, YB Dr. 67. Siti Zailah Yusoff, YB 68. Suhaizan Kaiyat, 69. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, YB Dr. 70. Taib Azamuddin Md Taib, YB Dato' 71. Takiyuddin Hassan, YB Dato' 72. Taufek Ghani, YB 73. Wan Abd Rahim Wan Abdullah, YB Dato' 74. Wan Hasrina Wan Hassan, 75. Wan Nik Wan Yusof, 76. Wan Ubaidah Wan Omar, YB 77. Yusof Embong, Ustaz Hj. 78. Zainuddin Yusof, YB Hj 79. Zaki Ibrahim, YB 80. Zuhdi Marzuki, Dr. 81. Zulkefly Muhamad Omar, Hj 82. Zulkifly Ahmad, Hj (Johor) Manakala bagi jawatan pengerusi tetap, terdapat tiga pencalonan iaitu Abu Kassim Abdullah, Hussin Ismail dan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah. Bagi jawatan timbalan pengerusi tetap pula terdapat lima pencalonan iaitu: 1. Hussin Ismail 2. Ishak Surin 3. Misbahul Munir 4. Nasuruddin Daud, YB 5. Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, YB Dato' Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pada sidang media sama berkata, surat tawaran akan dihantar kepada semua calon untuk mendapatkan pengesahan mereka sama ada menerima pencalonan tersebut atau tidak. "Jadi mustahil kalau ada yang kata mereka tak tahu layak bertanding," katanya. Tarikh tutup untuk membuat pengesahan adalah pada 26 Mei ini. Pencalonan bagi jawatan utama parti ditutup pada 15 Mei lalu. Katanya, PAS mempunyai 180 kawasan di seluruh negara dan 152 daripadanya menghantar pencalonan bagi jawatan utama namun enam borang ditolak menjadikan 146 pencalonan diterima. Seramai 1,100 perwakilan akan menghadiri muktamar tahunan parti itu bermula 1 hingga 5 Jun depan. | ||||||||||||
Posted: 17 May 2011 03:55 AM PDT | ||||||||||||
PANAS!! Najib Altantuya Hina Rakyat Malaysia!! Posted: 17 May 2011 03:53 AM PDT Najib: Subsidi ibarat candu, kos politik tak boleh dielak Subsidi bahan api ibarat "candu" kepada ekonomi Malaysia dan perlu dikurangkan secara berperingkat-peringkat untuk mengawal defisit bajet, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di sini semalam. Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, pentadbirannya telah memperuntukkan subsidi bernilai RM11 bilion tahun ini tetapi paras itu telah mengalami kenaikan, sehingga mencecah RM18 bilion ekoran harga minyak mentah antarabangsa yang begitu tinggi. "Subsidi, pada keseluruhannya, seperti candu. Sekali anda ambil candu sukar untuk mengikis tabiat buruk; sekali anda memberi subsidi, sukar untuk diambilnya tanpa beberapa kos politik," kata beliau di Pusat Pengajian Islam Universiti Oxford. Pada Mac lalu, Najib berkata, beliau berkomited untuk memotong subsidi jangka panjang dan penjimatan seharusnya disasarkan untuk membantu rakyat berpendapatan rendah dan pertengahan. "Pengurusan ekonomi yang baik dan makro membolehkan anda mengurangkan subsidi secara berperingkat-peringkat. "Maka, anda membolehkan faktor pasaran untuk memperuntukkan sumber-sumber dengan berkesan," katanya lagi. Dipetik laporan Reuters, Najib berkata, keperluan untuk menarik balik subsidi secara berperingkat-peringkat perlu diseimbangkan dengan keperluan Malaysia untuk mengurangkan defisit bajet. Kerajaan meletakkan sasaran untuk mengurangkan defisit sehingga 5.4 peratus tahun ini berbanding 5.6 peratus sebelum ini, kemudian sehingga 2.8 peratus menjelang 2015. "Kami perlu menaikkan harga (bahan api) secara berperingkat-peringkat, kami tidak boleh melakukannya dalam satu malam. (Jadi) ada kos politik dalam mengurangkan subsidi," katanya lagi. "Saya perlu menguruskannya antara urus tadbir yang baik dan dapat dipilih semula," katanya. Pentadbiran Najib memperkenalkan dasar pelarasan subsidi sejak tahun lalu, yang sekali gus membawa kepada kenaikan harga beberapa barang kawalan. Semalam, Pemuda Umno mendesak agar Putrajaya tidak menaikkan harga petrol RON95, sebaliknya mahu kerajaan mencari jalan ke arah penjimatan bestari dan penerokaaan usaha bagi meningkatkan nilai aset dan hasil dilaksanakan terlebih dahulu demi kebajikan rakyat. Pergerakan itu juga berkata pihaknya gusar dengan kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kelmarin yang menggesa rakyat agar bersiap sedia dengan kemungkinan kenaikan harga minyak RON95. Laporan media memetik Ismail Sabri berkata, kenaikan harga petrol RON95 mungkin berlaku dan oleh itu, rakyat perlu bersedia untuk menghadapinya. Beliau berkata, kemungkinan itu ada memandangkan kajian mengenai rasionalisasi subsidi dijangka akan dibuat sekali lagi bulan depan. "Saya ingin rakyat bersedia. Saya tidak mahu nanti rakyat terkejut, kata harga minyak tidak naik tetapi akhirnya naik juga," katanya. Pagi semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membayangkan harga barang kemungkinan naik kerana kemungkinan kerajaan mengkaji balik subsidi ekoran peningkatan kos subsidi tahun ini berbanding tahun lalu. Justeru, dalam satu kenyataan dikeluarkan petang semalam, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, usaha-usaha ke arah penjimatan kos pengurusan dan peningkatan produktiviti serta kecekapan kerajaan haruslah mendahului sebarang langkah pengurangan perbelanjaan fiskal berupa pengurangan subsidi minyak. Harga RON97 telah mengalami kenaikan 20 sen seliter awal bulan lalu. Harga gula pula naik 20 sen sekilogram berkuat kuasa minggu lalu. Dicatat Oleh Jalan Pulang | ||||||||||||
Syarat Polis Gugurkan Nama Anwar, Azmin Melampau Posted: 17 May 2011 03:48 AM PDT SHAH ALAM 17 MEI : Polis Diraja Malaysia (PDRM) kawasan Sepang mensyaratkan agar nama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali digugurkan dari senarai penceramah sebelum meluluskan permit untuk Pakatan Rakyat menganjurkan ceramah JELAS- Tawan Malaysia. Tindakan 'lebih sudu dari kuah' itu dipertikai banyak pihak berikutan polis sebelum ini hanya meminta butiran penganjur sahaja sebelum meluluskan sebarang permit. Namun akhir- akhir ini institusi polis secara jelas diperkuda UMNO BN untuk kepentingan politik mereka, mengekang Anwar dan Azmin untuk turun padang menjelaskan isu semasa kepada rakyat. Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Shuhaimi Shafie ketika dihubungi TvSelangor berkata, polis bertindak keterlaluan apabila meletakkan syarat sedemikian yang dilihat jauh menyimpang daripada peranan sebenarnya, menjaga keselamatan awam. "Mulanya dia kata dia bagi permit kalau Datuk Seri Anwar tak ada tapi kemudian dia beritahu lagi, dia akan beri permit kalau Azmin Ali tak ada. Ini apa punya masalah? Permit ini sebenarnya siapa kita nak jemput terpulang kepada penganjur, syaratnya beri nama penuh, nombor kad pengenalan." Siri ceramah Jelajah Tawan Malaysia yang dijadulakan berlangsung di Dewan Orang ramai Kg Bukit Changgang, Kuala Langat malam tadi pada mulanya mendapat permit. Namun pada saat- saat akhir, permit itu ditarik balik atas alasan dewan itu kecil dan hanya boleh dihadiri sekitar 400 orang sahaja. "Di Dewan Kg Bukit Changgang, Banting, polis bertindak menyita dewan, memasang pita rentang dan sebagainya atas alasan dewan itu kecil. Kalau tidak orang ramai yang hadir mesti 400 orang saja. "Pihak penganjur tidak perlu memohon sebarang permit untuk membuat ceramah didalam dewan," ujarnya lagi. Beliau menjelaskan pihak pengajur kemudiannya memindahkan lokasi ceramah ke Dewan orang ramai Salak Tinggi, Kuala Langat. Namun usaha itu turut mendapat halangan daripada polis. "Polis lakukan perkara yang sama juga, menghalang dengan 4 buah kenderaan peronda polis, Kemudian majlis itu dipindah buat kali ketiga ke Kg Taman Delima (Markas PAS). "Polis memberikan alasan tempat itu sempit memaksa ceramah itu dipindahkan ke Kg Labohan Dagang, Dengkil (Markas PAS). Polis cuba tahan juga tapi setelah diterangkan baru ceramah dapat diteruskan," jelas Shuhaimi. Program ceramah penerangan siri ke-6 terbabit telah dihadiri kira-kira 1,400 orang malam tadi. Shuhaimi menjelaskan, tindakan polis itu dipercayai didalangi oleh campur tangan Ahli Parlimen Sepang, Mohamad Zin Mohamed yang cuba mengelakkan rakyat mengetahui kebenaran. "Kalau UMNO buat program di mana-mana kawasan persendirian tak mohon permit tapi tak ada FRU turun pun, tak ada polis buat sekatan jalan raya, jadi nampak sangat bahawa dalam daerah Kuala Langat cabang Sepang ini Ahli Parlimen dia mendalangi sekatan ceramah ini dan tidak mahu program itu dibuat." TV Selangor juga difahamkan mengenai kehadiran Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul khalid Ibrahim dalam ceramah tersebut namun beliau terpaksa mengubah fikirannya disebabkan gangguan polis itu. "Bukan batalkan kehadiran, bila susunan melibatkan MB dan orang-orang penting mereka kadang-kala mempunyai banyak program dalam satu malam, jika program terpaksa dianjakkan masa jadi kami tak mahu ganggu program beliau yang lain," ujarnya. Sebelum ini, KEADILAN Selangor melancarkan siri jelajah JELAS bagi menyampaikan maklumat dan isu terkini kepada rakyat di seluruh cabang KEADILAN di negeri itu, bermula 7 Mei hingga 5 Julai 2011. Sehubungan itu, Shuhaimi meminta polis agar memberikan kerjasama terhadap gagasan Pakatan Rakyat selain menumpukan perhatiannya kepada menjaga keselamatan awam. "Jadi harap program JELAS selepas ini, saya minta dengan baik polis berilah kerjasama sebaik mungkin kerana kita juga parti yang patuh kepada undang-undang," tegasnya.-tvs | ||||||||||||
Posted: 17 May 2011 02:10 AM PDT DAP mahu KDN bertindak, dakwa Umno lindungi Perkasa KUALA LUMPUR — DAP menggesa pentadbiran Datuk Seri Najib Razak mengambil tindakan terhadap Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang melahirkan kesediaan melancarkan "perang jihad" ke atas komuniti Kristian jika meneruskan agenda mahu "merampas" kedudukan Islam di negara ini. Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein harus mengambil tindakan terhadap mana-mana individu termasuk Ibrahim yang menyemarakkan api perkauman dan keagamaan. "Keengganan Umno mengambil tindakan terhadap Ibrahim Ali dan Perkasa akan mewujudkan suasana tidak aman selain akan berlaku ketegangan di kalangan rakyat Malaysia. "Selain itu, ia menunjukkan seolah-olah Umno melindungi Perkasa walaupun Perkasa cuba menghasut rakyat membenci komuniti Kristian. "Keengganan Menteri Dalam Negeri mengesahkan lagi Umno sekadar berlakon untuk melindungi Ibrahim dan Perkasa," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini. Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menegaskan laporan berunsur fitnah terbitan Utusan Malaysia bertajuk "Kristian Agama Rasmi?", 7 Mei lalu, memberi peluang keemasan Ibrahim untuk mewujudkan kebencian kepada komuniti Kristian. "Pembohongan yang berbahaya oleh Utusan Malaysia telah memberi satu peluang keemasan kepada pelampau-pelampau seperti Ibrahim Ali untuk mecetuskan kebencian dan menghasut permusuhan di kalangan rakyat Malaysia. "Hishammuddin terus mempertahankan Ibrahim Ali dan Perkasa walaupun mahu melancarkan jihad menentang komuniti Kristian, bayangkan bagaimana jika komuniti Kristian melancarkan jihad menentang orang Islam... sudah pasti dia akan ditangkap dengan segera," katanya. Dalam ceramah di Gombak kelmarin, Ibrahim memberi amaran kepada komuniti Kristian bahawa beliau akan melancarkan "perang jihad" jika mereka meneruskan agenda mahu merampas kedudukan Islam negara ini. Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas itu berkata, beliau bersedia untuk jatuh atas kenyataannya itu demi mempertahankan maruah Islam. Ibrahim juga berkata, darahnya sedang mendidih ekoran laporan terbaru kononnya wujud konspirasi antara pengikut Kristian dengan pemimpin-pemimpin agama dan ahli politik pembangkang. Bagaimanapun Hishammuddin menegaskan apa yang dikatakan Ibrahim itu tidak mewakili keseluruhan masyarakat Melayu. "Saya tidak melihat Ibrahim Ali mewakili keseluruhan orang Melayu atau (masyarakat) Muslim (negara ini). Seperti Osama bin Laden, beliau tidak mewakili keseluruhan umat Islam. "Ada pihak pelampau. Saya tidak mengatakan Ibrahim Ali ekstremis, tolong jangan salah petik saya, tetapi saya mengatakan ada tahap pemahaman yang berlainan," katanya. Semalam, Presiden Gerakan Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon meminta polis agar menyiasat ucapan-ucapan Ibrahim sejak beberapa hari lalu. | ||||||||||||
Tiada Calon Layak Cabar TG Hadi Posted: 16 May 2011 09:36 PM PDT Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan mengekalkan jawatan presiden PAS untuk penggal kelima selepas tiada sebarang pencalonan yang layak mencabarnya untuk jawatan itu. Semalam merupakan tarikh akhir bagi mengemukakan sebarang pencalonan. PAS Bukit Bintang mencalonkan Exco Kelantan Datuk Husam Musa untuk mencabar Hadi, namun Husam memberi reaksi bahawa beliau belum berminat untuk bertanding jawatan parti tertinggi itu. Abdul Hadi mula dilantik sebagai pemangku presiden pada Julai 2002 dan dipilih sebagai presiden PAS pada 2003. Sehingga kini, hanya dua pemimpin PAS mengesahkan akan bertanding jawatan timbalan presiden. Mereka adalah penyandang Nasharuddin Mat Isa dan anggota jawatankuasa pusat Mohamad Sabu. Turut dicalonkan ialah naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Salahudin Ayub, anggota jawatankuasa pusat dan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. Pemilihan akan berlangsung awal bulan depan. | ||||||||||||
UMNO Kelantan Takut Kejayaan Ladang Rakyat Posted: 16 May 2011 09:35 PM PDT Penduduk akui Ladang Rakyat tak rampas tanah GUA MUSANG : "Ladang Rakyat tidak pernah rampas tanah rakyat. Kalau ada tanaman mereka tidak masukkan dalam kawasan projek. "Lagi pun kawasan yang diambil Ladang Rakyat kesemua tanaman yang pernah ditanam tidak menjadi akibat dimakan binatang liar," kata Ramli Abdul Rahman (gambar), 57 ketika ditemui di Kampung Baru Star. Kampung tersebut terletak kira-kira 25 km dari bandar Gua Musang. Kedudukannya di laluan yang menghubungkan Gua Musang dan Jeli melalui Jelawang, Dabong. Di sebelah timur bukit di kampung itu, tidak jauh dari masjid terletak projek perladangan sawit diusahakan Ladang Rakyat. Kelapa sawit yang ditanam tiga tahun lalu kini ada yang sudah berbuah. Ramli memberitahu Ladang Rakyat tidak pernah merampas tanah penduduk kampung seperti didakwa sesetengah pihak melalui media massa sebelum ini. "Saya masih ingat lagi sewaktu Allahyarham Chek Hashim Sulaiman menjadi Penyelia Dun Galas acap kali beliau datang menemui penduduk membincangkan cadangan Ladang Rakyat membangunkan ladang sawit di sini. "Kalau tidak silap enam kali beliau datang. Perjumpaan diadakan di masjid Star Baru dan Madrasah di Kampung Kalai," katanya. Menurutnya dua tahun berbincangan diadakan dan penduduk berpuas hati apabila kawasan yang sudah ditanam dikeluarkan daripada projek Ladang Rakyat. Beliau juga meluahkan rasa pelik selepas lebih empat tahun projek Ladang Rakyat dijalankan mengapa pula baru sekarang ada penduduk di sesetengah tempat mempertikaikan. Oleh itu beliau mengsyaki ada orang tengah yang menjual tanah milik kerajaan cuba menimbulkan pelbagai dakwaan bukan-bukan terhadap Ladang Rakyat. Seramai 10 penduduk ditemui di Kampung Star Baru Sabtu lalu menjelaskan perkara serupa seperti diberitahu Ramli. Di majlis berasingan pada malam bertempat di padang Majlis Daerah Gua Musang lebih 1,000 penduduk hadir mendengar penjelasan mengenai isu membabitkan Ladang Rakyat. Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat, Dr Nazmi Ghazali Azmi tampil menjelaskan isu tersebut yang turut dihadiri Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan anggota Exco, Datuk Mohd Amar Abdullah. Turut hadir Penyelia Parlimen Gua Musang, Ustaz Abdullah Hussin, Penyelia Dun Galas, Dr Zulkefli Mohamad dan Penyelia Dun Paloh, Hamdan Jusoh. Biar pun hujan pada sebelah petang, namun orang ramai tetap hadir bagi mendengar penjelasan sebenar mengenai isu Ladang Rakyat selepas diberi imej negatif media harian proUmno. Umno tentang program kebajikan Dr Nazmi berkata, sejak daripada awal lagi pemimpin Umno cuba menggagalkan projek Ladang Rakyat apabila mereka menentang ketika Enakmen Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat dibentang pada persidangan Dun Kelantan. Katanya, selama dua hari setengah enakmen tersebut dibahas dan akhirnya perbadanan tersebut berjaya diwujudkan dengan undian 23 Adun PAS menyokong dan 22 Adun BN menentang. "Umno menentang kewujudan program Ladang Rakyat kerana program ini memberi kebajikan kepada rakyat di mana sehingga akhir tahun lepas sebanyak RM40 juta dibayar kepada lebih 4,300 peserta. "Kejayaan program ini dapat dilihat apabila pada pilihan raya umum Mac 2008 Adun BN yang menentang penubuhan Ladang Rakyat kecundang dalam pilihan raya sehingga tinggal enam orang," ujarnya. Beliau juga menjelaskan biar pun Umno mendesak kerajaan negeri mengeluarkan kertas putih kononnya berlaku penyelewengan membabitkan Ladang Rakyat, namun audit yang dilakukan Jabatan Audit Negara tidak menemui sebarang penyelewengan. Menteri Besar pula menyokong cadangan Ladang Rakyat menyaman pihak yang membuat tuduhan tidak berasas terhadap agensi terbabit. -HD
| ||||||||||||
Guru Besar Naik Gred: BN Hendak Pegang Kepala2 Sekolah Utk PRU13? Posted: 16 May 2011 09:33 PM PDT "Semalam adalah hari Guru. Mengapa ianya dibuat pada 16 Mei, hamba tidak tahu. Namun, apa yang pasti, hari guru disambut semalam. Balik dari sekolah, isteri hamba dapat hadiah kusyen, bawa balik cokelat dan sekotak kecil kek. Kenyang hamba malam tadi. Cuma apa yang hamba hendak ketengahkan ini, bukannya berkenaan apa yang dibuat oleh seluruh sekolah di Malaysia semalam. Yang pastinya, tiada satu pun kelas yang membuat pembelajaran. Kiranya, murid dicutikan seharian semalam. Apa yang hendak diketengahkan adalah 'hadiah' istimewa yang akan diberi oleh kerajaan bn kepada guru untuk gula-gula PRU 13 nanti. Hamba tidak dengar secara terus apa yang pm dan tpm katakan apakah yang akan dinikmati oleh guru. Tetapi apa yang pasti, hamba dapat dari akhbar-akhbar versi maya. Hamba tidak akan ambil dari akbar MalaysiaKini atau HarakahDaily, nanti ada yang mengatakan akhbar itu akan bias dan hanya cakap benda yang tidak molek sahaja kepada kerajaan bn. Tetapi hamba akan merujuk kepada akhbar utusan. Sila baca ini; Terima kasih Perdana Menteri dan ini; Kenaikan pangkat guru diberi nafas baru Dapat dilihat, apa yang hendak digula-gulakan kepada guru bukannya dapat hari ini atau bulan depan, tetapi tahun hadapan. Ianya seperti hadiah yang bersyarat. Dan apa yang lebih pasti, apa yang dikeluarkan oleh akhbar umno itu adalah, yang pastinya, ianya hanya menguntungkan Guru Besar, Pengetua dan GPK. Bukannya guru yang mengajar, tetapi cikgu yang mentadbir sekolah sahaja.Puas hamba membelek-belek akhbar2 maya, ada tidak 'hadiah' yang diberikan kepada guru yang benar-benar mengajar, namun tiada. Cumanya, apa yang hamba dengar, dari mulut ayah hamba, bahawa guru-guru, yang sudah mengajar 5 tahun, akan naik gred secara automatik. Jika sekarang DG41, dan sudah mengajar menjangkau 5 tahun, tahun depan automatik naik DG44. Ayah kata beliau dengar dari rakan di masjid. Betul atau tidak, kepastiannya hamba akan beli akhbar pagi ini.Namun jika betul, mengapa tiada satu cerita pun di akhbar maya yang menceritakan tentang cerita ini. Jika benar sumber yang ayah hamba beri, mengapa utusan online tidak membesar-besarkan cerita yang maha menguntungkan warga pendidik di seluruh Malaysia? Maka hamba akan anggapkan, ianya hanya gosip-gosip liar di verenda masjid.Yang pastinya, kerajaan bn sedang melaksanakan satu modus operandi memegang kepala di setiap sekolah, agar ikut cakap bn, dan memastikan semua kepala-kepala disetiap sekolah akan menekan guru-guru dibawahnya agar mengikut telunjuk kepala-kepala ini yang mungkin telah terjurus kepada arahan menyokong bn. Itu yang hamba nampak. Maka, siap siagalah wahai semua warga pendidik, jika pengetua sekolah atau guru besar sekolah anda semua adalah pendokong umno apco, maka sesuatu arahan yang 'gila' dan kurang waras pasti akan dilaksanakan kepada anda semua. Kepada guru-guru yang aktif didalam PAS atau PKR, siapkanlah diri anda semua dengan kekuatan luar biasa kerana pengetua2 dan guru2 besar cap ayam ini pasti akan melaksanakan perintah 'khas' dari tpm. Namun yang pastinya, hamba yakin, apalah sangat tekanan yang boleh diberikan oleh kepala-kepala sekolah ini, berbanding dengan tekanan yang sedia ada diperolehi oleh para guru di sekolah sekarang. Lantakkanlah mainan politik kepala sekolah yang kuat membodek untuk menaikkan pangkat sendiri. Mereka bukannya pedulikan masalah guru-guru di sekolah pun. Yang penting nama sekolah naik, bukannya akhlak dan pengetahuan murid yang naik. Betul tidak wahai guru? Mahu baca cerita lagi, layari; http: http://ibnmustaffa.blogspot.com/ | ||||||||||||
Kes Anwar mesti dibicarakan dalam mahkamah Islam Posted: 16 May 2011 09:33 PM PDT Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata PAS tetap dengan pendirian tegasnya mahukan kes melibatkan pertuduhan liwat terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim dihadapkan dengan hukum Islam. Kerajaan Barisan Nasional (BN) sepatutnya menggunakan 'kuasa' bagi menyelesaikan masalah dengan hukum Islam. | ||||||||||||
Ron 95 : Menteri pembelit cakap berbelit-belit Posted: 16 May 2011 03:33 PM PDT
Beberapa hari yang lalu Menteri Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Ismail Sabri Yaakob berkata harga minyak RON 95 tidak akan dinaikkan buat masa ini. Namun hari ini lain pula nada percakapannya. Ayah seorang penyanyi ini berkata rakyat perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan harga RON 95 akan naik. Inilah sifat kaki pembelit cakap berbelit-belit, mengalahkan pelawak sarkas. Bagi kita kalau kerajaan sudah tidak sanggup sila berikan mandat kepada PR. Tidak perlulah cakap berbelit-belit semata-mata untuk memperdaya dan menipu rakyat yang sedang dalam kesengsaraan sekarang. Tiba-tiba hari ini Si Mail ini berkata bahawa rakyat perlu bersedia kemungkinan berlaku kenaikan harga petrol RON95 Beliau berkata kemungkinan itu adalah memandangkan kajian mengenai rasionalisasi subsidi dijangka akan dibuat sekali lagi bulan depan. Tanpa rasa malu dan bersalah (cakap berbelit-belit), Mail berkata rakyat perlu bersedia dan dia tidak mahu nanti rakyat terkejut, kata harga minyak tidak naik tetapi akhirnya naik juga. Katanya di Putra Jaya semalam yang dipetik dari Bernama. Beliau diminta mengulas laporan akhbar baru-baru ini bahawa harga bahan mentah itu tidak akan naik buat masa ini. | ||||||||||||
FELDA PURUN - DEMONTRASI TIDAK MEMBAWA KESAN, SAMBUTAN HEBAT TERHADAP ANWAR Posted: 16 May 2011 03:22 PM PDT Sejurus selesai Dato' Seri Anwar menghadiri Wacana Maqasid Syariah dan Masyarakat Majmuk di Kuantan semalam, beliau telah bergegas pula untuk menghadiri satu program ceramah di kawasan Felda Purun di dalam Parlimen Bera. Sebelum itu, beliau sempat memberikan tazkirah maghrib di Masjid Batu 1, Temerloh.
Sebelum ini, sekumpulan penunjuk perasaan yang kununnya mewakili suara masyarakat felda mengadakan demontrasi untuk menghalang program ceramah oleh Ketua Umum PKR tersebut. Namun PKR Negeri Pahang bertegas untuk mengadakan program yang dijadualkan malahan mencabar sesiapa sahaja dari golongan yang menentang kehadiran Dato' Seri Anwar agar hadir mengikuti ceramah bagi mendengar sendiri penjelasan isu semasa oleh Dato' Seri Anwar samada ianya boleh menggugat keselamatan negara atau sebenarnya menggugat kedudukan Umno/Bn. Ceramah di Felda Purun hanya dibenarkan di dalam kawasan Markas PAS di situ walaupun telah dijangka kehadiran orang ramai pastinya tidak boleh ditampung oleh Markas PAS, namun pihak penganjur terpaksa mengadakan juga program tersebut dengan menyediakan kawalan keselamatan oleh Unit Amal PAS yang telah menjalankan tugas mereka dengan begitu baik sekali. Ketibaan Dato' Seri Anwar seperti diduga telah cuba diprovokasi oleh beberapa kumpulan yang menjerit umpama orang hilang akal dengan menghamburkan kata-kata lucah terhadap beliau. Alhamdulillah, kematangan dari pihak kita Pakatan Rakyat telah mengelak terjadinya sesuatu yang tidak diingini walaupun kedapatan pihak Polis di situ yang mengawal keadaan.
Sambutan orang ramai di luar jangkaan samasekali, lebih 2,000 telah memenuhi ruang dalam dan luar Markas PAS Felda Purun bagi mendengar pidato yang terdiri daripada Sdr Mazlan Aliman, Dato' Fauzi Abd Rahman, Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dan amanat oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim. Adun Teriang, YB Leong Ngah Ngah juga turut hadir bersama lain-lain pimpinan Pakatan Rakyat Pahang.
Sdr Mazlan Aliman banyak menyentuh tentang isu nasib Peneroka Felda yang seringkali terkeliru dengan janji-janji pihak kerajaan. Beliau memberi jaminan bahawa sekiranya Pakatan Rakyat memerintah di Putrajaya, apa jua yang diperjuangkan oleh ANAK akan dilaksanakan. Pengerusi PKR Negeri Pahang menyebut tentang komitmen Pakatan Rakyat khususnya di Negeri Pahang ini bagi merampas Negeri Pahang dari Umno/Bn. Beliau turut menyentuh tentang betapa takutnya pemimpin Umno kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim sehinggakan Ketua Pembangkang itu tidak pernah berehat dari diserang dengan berbagai fitnah. Selaku bekas pemimpin Umno dan juga bekas ahli kabinet di dalam Kerajaan Bn, beliau lebih mengenali Dato' Seri Anwar dan siapakah musuh-musuh di sekelilingnya. Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man pula lebih banyak mengupas tentang kaedah dan perundangan di dalam Islam berkaitan kes tuduhan zina/liwat dan bab bersumpah di dalam Islam. Beliau menjelaskan di dalam Islam, tiada pilihan lain bagi seseorang yang menuduh orang lain melakukan zina melainkan dengan membawa 4 orang saksi yang adil melainkan sekiranya ada pengakuan dari mereka yang berzina. Hukum ini Allah tetapkan adalah kerana Allah teramat menjaga maruah hamba-hambanya dan mereka yang terlepas dari hukuman di dunia ini, mereka tidak boleh lepas dari hukuman di Akhirat kelak. Di dalam isu sumpah, di dalam isu menuduh orang berzina Islam tidak tidak menetapkan sumpah sebagai bukti menuduh. Jika amalan ini diamalkan, nescaya porak poranda masyarakat kerana Allah telah jelaskan akan ada golongan yang sanggup bersumpah kerana ingin menegakkan fitnah mereka. Dato' Seri Anwar malam itu sungguh bersemangat walaupun keletihan kerana sehari suntuk program yang beliau hadiri. Beliau menjelaskan tentang apa yang terkandung di dalam Buku Jingga dan komitmen Pakatan Rakyat jika berjaya menguasai Putrajaya nanti. Beliau tidak hiraukan betapa banyak tekanan dan fitnah yang dilemparkan terhadapnya, malahan semakin melampau sehingga menekan isteri, anak dan keselamatan cucu beliau tetapi demi nasib rakyat beliau tetap akan lawan rejim Umno/Bn. Beliau kesal kerana saban hari beliau diaibkan dan dituduh dengan berbagai tuduhan yang kadangkala tidak masuk akal, tetapi beliau kerapkali dikenakan sekatan untuk berjumpa rakyat bagi menjawab segala tuduhan jahat mereka. Cabaran debat yang tidak pernah disahut oleh Najib menunjukkan betapa takutnya pemimpin Umno itu sekiranya rakyat tahu bahawa di bawah Kerajaan Bn rakyat sebenarnya ditindas dan dihimpit dengan berbagai kesulitan. Sekali lagi Dato' Seri Anwar memberi jaminan bahawa sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih Putrajaya, beliau hanya mahu tempoh satu hari sahaja sebelum mengumumkan harga minyak petrol diturunkan. Secara berjenaka, beliau turut menyentuh tentang isu video seks yang membuatkan `wajah dan perut' beliau kini menjadi perhatian ramai. Tentang isu jam Omega, beliau tidak mahu melayani pertanyaan tentang isu berkenaan kerana terang-terangan itu merupakan satu cerita yang direka kerana terbukti jam tersebut berasal dari Taiwan dan dibeli sekitar tahun 2004. Ketika itu beliau masih dipenjara, mana mungkin ketika itu beliau boleh keluar dari penjara? Cubaan sabotaj terhadap kenderaan beliau dan ugutan terhadap anak beliau Nurul Izzah dan keluarganya sedikit pun tidak menggoyahkan semangat mereka sekeluarga untuk menentang kezaliman Umno/Bn. Di akhir ucapannya, Dato' Seri Anwar mahu rakyat bangkit dan bekerja kuat demi kesejahteraan bersama. Beliau menasihati rakyat agar tidak mudah terpedaya dengan propaganda yang dimainkan oleh media pencacai yang berada di bawah telunjuk rejim Umno/Bn. Tentang nasibnya di dalam kes fitnah Liwat II, beliau yakin jika Hakim memutuskan untuk menerima fakta memang jelas dan nyata bahawa kes tersebut wajib dibuang ke dalam tong sampah. Tetapi jika berlaku sebaliknya, beliau sudah bersedia untuk berdepan menentang kezaliman ini. Beliau merasa bersyukur kerana semakin beliau diaibkan dan difitnah, sambutan rakyat terhadapnya bertambah kuat dan ini menguatkan semangatnya untuk terus berjuang sehingga rejim Umno/Bn dapat dikuburkan di dalam Pilihanraya Umum nanti. Dato' Seri Anwar turut mengucapkan berbanyak terima kasih di atas segala sokongan dan doa dari rakyat berbagai bangsa dan agama samada di dalam mahu pun di luar negara. Ternyata, provokasi dari kumpulan yang berdemontrasi menentang kehadiran Dato' Seri Anwar ke Felda Purun malam semalam tidak memberi kesan kepada rakyat jelata yang ingin mendengar sendiri apakah benar Ketua Umum PKR ini seorang pengkhianat atau pemecah belah masyarakat. Rata-rata yang hadir menunjukkan kepuasan di wajah masing-masing selepas selesai program ceramah malam itu dan ini menandakan kawasan felda tidak selama-lamanya selamat buat Umno/Bn./blogger PKR Pahang |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan