Rabu, 4 Mei 2011

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Sungguh ka??

Posted: 04 May 2011 09:00 AM PDT


Psssstt...
Irene Natividad kata....
Rosmah 'Wanita Contoh'.

Kah... kah... kah.. kah...

[sumber]

Naik tak turun. Turun jangan bagi naik

Posted: 04 May 2011 08:01 AM PDT


Harga petrol RON 97 akan naik lagi kepada RM2.90 seliter. Dulu... naik 2o sen kepada RM2.70 dan bermula tengah malam ni, ia naik 20 sen lagi.

Syabas!! Satu kejayaan hebat Barisan Nasional kerana berjaya me-naik.... naik... naik... dan menaikkan lagi harga petrol.

Kalau Najib@BN boleh, naik... naik... naik... dan terus naikkan harga petrol, apa kata kita... rakyat turun... turun... turun... turunkan mereka pulak.

Ya... kita turunkan mereka dalamPRU13 nanti!

[
sumber]

Pasukan Polis D'UMporNO 1Malaysia

Posted: 03 May 2011 10:30 PM PDT


Apabila mereka sudah tidak bertindak seperti fungsi yang sepatutnya, maka akan kelam kabut dan porak perandalah negara. Bukan itu saja... ia akan memalukan institusi di Raja yang diletakkan di belakang namanya.

PDRM bermakna Pasukan Polis Di Raja Malaysia. Kalau pasukan polis lari draipada menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada mereka, ini bermakna mereka sudah bikin malu institusi di raja, yang menjadi tempat rakyat berlindung dan mendapatkan keadilan. Yooo.... itu sudah kira derhaka tu!! Derhaka pada raja dan derhaka kepada rakyat. Rakyat, lu orang punyer TUAN ooo...

Sepatutnya, polis mesti mengambil sikap berkecuali dan tidak memihak kepada mana-mana pihak. Tak boleh selektif. Malangnya... mereka sudah lari daripada landasan tanggungjawab mereka. Mereka menjadi barua kepada parti politik yang menerajui kerajaan. Hancuusss!! Hancuss, terjemus ke lembah kehinaan...

Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Baca....

PKR vice president Azmin Ali has exposed a top police officer, Senior Assistant Commissioner Abdul Rahman Ismail, as the man behind a series of defamatory lectures to teachers including the latest sex video conspiracy and sodomy accusations against Opposition Leader Anwar Ibrahim.

"What this implies is clear for all to see. If there is no police or government involvement, why is this SAC giving lectures to teachers and telling them that Anwar is guilty," Azmin told a press conference on Tuesday.

Abdul Rahman is the assistant director for research and the secretariat of the police Special Branch at Bukit Aman.

Teruskan membaca di sini... dan baca juga di sini.

Aha.... itu alasan paling kukuh mengapa PDRM patut tukar namanya. Jangan bikin malu institusi di Raja lagi. So... apa kata, PDRM ditukarkan namanya kepada Pasukan Polis D'UMporNO 1Malaysia??

Sedap dan sajak sungguh nama tu, kan?? Sesuai sangat dengan fungsi dan peranan yang dimainkannya sekarang.

Tak kebulor... Tak kelapor kami.

Posted: 03 May 2011 07:30 PM PDT

Utusan Meloya dah pukul gendang dah... Depa nak kita ikut tarian sumbang porno depa dah... Depa dah mula nak khayalkan kita dengan lagu 'perpaduan' dah... Depa nak trap PAS agar terliorkan UMporNO untuk dijadikan mistress, yang depa boleh pakai apabila perlu dan akan humban apabila sudah hilang madu.

Terkini.... terdengar suara Mufti Perlis menyanyikan lagu mengikut irama gendang yang dimainkan oleh Utusan Meloya. Lagu yang buat perut aku meloya tak terkata. Uuuu... Uuuu... Uuuuuwweekkk!!! Maaf... Kan aku dah kata, aku nak termuntah dengar suara 'sumbang' tu.

Antara lirik lagu yang buat aku ter-uweekk ialah....

"Penyatuan (UMNO dan Pas) sebenarnya adalah wajib khususnya untuk kekuatan Islam dan Malaysia amnya. Semua pihak wajib berusaha ke arah itu''

Memangler.... tetapi puak Islam yang macam mana?? Puak Islam munafik nak dijadikan rakan untuk bersatu?? Puak Islam yang terang-terang menolak Islam atau yang seleftif akan syariat Islam?? Mana yang kena dengan selera mereka.... ikut, tetapi... mana yang mereka rasa merugikan mereka, tolak....

Alo... Puak Islam jenis ini... kita tak berkawan pun tak per. Ini puak Islam yang bukan boleh menguatkan Islam tetapi boleh humban Islam dalam longkang agar Islam kelihatan hina. UMporNO ya sheikh.... bukan pejuang Islam tetapi pejuang kepentingan diri dan fuluuss. Mereka, very...very... porno ler!! Benda-benda berunsur porno... kegemaran mereka. Kelakuan mereka porno, fitnah mereka porno, kengkawan mereka porno, malah.... rupa mereka pun, eeeiiyaa amat porno sekali.

Puak-puak ini juga ber'tuhan'kan kuasa dan wang. Mereka sanggup lakukan apa saja demi kuasa dan wang. Mereka sanggup tunggang apa dan siapa saja untuk itu. Merekalah yang sebenarnya pengkhianat. Pengkhianat Islam dan juga pengkhianat bangsa!!

Assalamualaikum syeikh... bab ini aku tak setuju dengan hang. Hang sepatutnya tengok keadaan dalam skop yang lebih luas. Jangan sempitkan ruang lingkup perspektif hang sebelum buat kesimpulan. Nauzubillah.... janganlah kita bersekongkol dengan pengkhianat Islam.

Mengapa Juanda tak sarankan agar UMporNO bubarkan saja BN dan buat satu pakatan dengan PAS atas nama penyatuan Islam. Mampuih pi dengan MCA. Mampuih pi dengan MIC dan rakan-rakannyer yang bukan-Islam. Apakah itu akan dapat mengelakkan pecah-belah dalam erti kata yang sebenarnya?? Bagaimana dengan kaum-kaum lain??

Aku rasa jika kita ikut saranan Juanda... maka akan berlaku pecah-belah yang lebih hebat dan yang akan mengundang mala petaka dahsyat kepada negara. Sori ler... Tok Mufti, cadangan anda tu... is not my cup of tea. Mampuih pi ler dengan UmporNO parti perkauman yang munafik.... yang suka memperguna dan mempersenda Islam.

Kami lebih prefer... berada dalam saf para pejuang Islam yang berjuang berteraskan keadilan untuk semua bagi mewujudkan keamanan serta persefahaman antara semua hamba-hamba Allah SWT tanpa mengira kaum. Dalam Islam.... justice is for all. Bukan untuk Melayu semata-mata, ya??

Juanda Tok Mufti dari Perlis juga berkata....

"Junjungan besar Rasulullah SAW juga sebelum wafat sempat berwasiat menyuruh semua umatnya bersatu di bawah satu imam dan jangan berpecah belah''

Assalamualaikum sekali lagi ya sheikh.. dan sekali lagi aku nak bertanya. Imam yang macam mana tuan sheikh?? Imam yang ini , ka??

Kah... kah... kah... Pandai berlawak rupanyer Tok Mufti daripada Perlis ni?? Tahniah Juanda Jaya!! Anda telah berjaya buat orang ketawa terbahak-bahak dan terguling-guling serta terkencing-kencing. Juanda.... Juanda...

Tak payah ler kita bergossipler tentang imam ini, buat dapat dosa jer. Semua orang di dalam dan di luar negara, sudah arif tentang gossip imam ni. So... kalau Tok Mufti Juanda maksudkan imam tersohor ini.... kirim salam jer lah.

Sorry.... mintak mahap bebanyak jer. We're not inerested!! Tak kebulor kami....

Assalamualaikum... bebye. Pakatan Rakyat ada perjuangan yang belum selesai yang perlu diberi perhatian. Chao!!

[sumber]

Dia tak der... satu rahmat.

Posted: 03 May 2011 05:30 PM PDT


Najib 1Mehsia kata... Dunia lebih aman dan selamat tanpa Osama bin Laden pemimpin Al-Qaeda. [sini]

Satu kenyataan untuk mendapat pengiktirafan daripada Presiden Amerika si Obama. Pendek kata... itu ayat-ayat bodek daripada seorang Piem 1Mehsia, yang dunia tak pandang walau sebelah mata pun. He's desperate for attention. Jadi, nak attract attention ler tu beb!!

Sebab tu, dia cakap macam tu. Hello.... hello.... Obama. Aku di sini. Dengor tak apa aku kata. Osama yeillekk... dunia aman dan selamat.

Hello Malaysians!! Kalau dunia boleh aman dan selamat tanpa Osama, Malaysia pun boleh selamat... aman dan sejahtera serta makmur tanpa Najib. Kezaliman... kerakusan.... ke-porno-an.... perompakan.... kebobrokan.... penganiayaan dan gejala fitnah akan terhapus, insyaAllah TANPA Najib.

Najib tak der kalu.... satu rahmat buat rakyat Malaysia!!

Giant killer atau suicide bomber??

Posted: 03 May 2011 11:07 AM PDT


Fuiyo... Eskay akan serang Anwar dengan bom C4 untuk memastikan Anwar 'berkecai' dan hanya tinggal debu jer. Uuuuu.... takut nyer!!

Don't play-play with this Eskay!! Jaga hang Nuar... Eskay mai nak 'bunuh' hang dengan pendedahan yang lebih gempaq dahsyat. Fuuhh... Eskay wants to be a giant slayer.

Wah... very ambitious maaa.. Upah also big want, aaa..??


Ek ele.... Eskay... Eskay... Macamler Anwar takut sangat. Weh... Apa yang Anwar tak pernah kena?? Kena telanjang?? Dah... Kena tumbuk hingga lebam mata dan sakit pinggang?? Dah... Kena merengkok dalam penjara?? Dah... Kena fitnah dengan pelbagai jenis fitnah, dari dalam seluar luaq hingga luaq seluaq?? Dah.... Setakat satu ledakan bom C4 daripada Eskay, tak der masalah ler. Bawak mai... tak heran, aaiihh.

Setakat ni, Anwar kalis serangan terutama serangan daripada puak dan juak UMporNO. Kalau ada lagi, bawak mai dan try. Tak dak masalah... Lagi banyak hangpa nak try, lagi baguih. Biaq semua rakyat tau siapa Anwar. Pejuang yang sudah teruji dan masih diuji dan setakat ini, dia lulus semua ujian yang hangpa bagi kat dia.

Ha... ha...ha... Eskaaay. Eskaaay. Nak jadi giant killer konon. Nasib tak baik, hang hanya akan jadi a failed suicide bomber. Target tak apa-apa.... hang pulak yang kojol!!

KUALA LUMPUR 2 Mei - Masa depan politik Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka bertambah kelam, kerana satu lagi pendedahan menggemparkan negara akan dilakukan bekas rakan baiknya, Datuk Shazryl Eskay Abdullah, minggu depan.

Menurut Shazryl Eskay, pendedahan itu kelak, mempunyai implikasi yang jauh lebih besar berbanding rakaman video seks yang wajah pelakunya mirip Anwar kerana ia dikatakan melibatkan soal negara.

"Apa yang saya boleh beritahu ia pendedahan yang cukup besar. Implikasinya jauh lebih besar berbanding rakaman video seks Anwar. Perkara ini melibatkan kepentingan negara," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Shazryl Eskay berkata demikian ketika diminta mengesahkan tentang desas-desus bahawa satu lagi pendedahan besar bakal berlaku minggu depan membabitkan Anwar, selepas beliau bertanggungjawab mendedahkan rakaman video seks baru-baru ini.
[sumber]

Tiada ulasan: