Isnin, 2 Mei 2011

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Betul ke?? Anda percaya....??

Posted: 02 May 2011 08:56 AM PDT

Sejak 3 hari yang lepas, aku berada di Bandar Baru Bangi. Ada urusan.

Semalam, 1 Mei... hantar Mohamad si bongsu ke KLIA. Cuti dah expired. Kena balik sambung pengajian. Sambil tu, ambil kesempatan ziarah anak buah yang baru mendapat zuriat pertamanya. Alhamdulillah.... sihat dan comel amat. Another princess dalam keluarga kami.

Sambil-sambil tu lagi... tolong anak buah buat gubahan hantaran untuk perkahwinan seorang lagi anak buah.

Sudah kebetulan berada di sana, so... banyaklah menyelam sambil minum air.

Petang tadi, bertolak balik dan sampai kira-kira pukul 8 malam. Fuuhh... penat!!

Setelah rehat, bukak laptop... surf internet dan terkejut aku apabila baca berita kononnya Osama ben Laden mati dibunuh oleh tentera Amerika. Cilaka punya Amerika!!

But, apabila tengok gambarnya dalam blog Fakulti Siyasah Syar'iyah, timbul rasa skeptikal... Eh, betoi ke Osama dah tiada?? Atau... itu cuma wayang cheap matinee Amerika saja?? Eleh... nak tunjuk derang hebat.

Cer tengok....



Apa-apa pun... wallahua'lam.

[Sumber:sini, dan sini]

Bercakor rupa nyer demer

Posted: 02 May 2011 07:46 AM PDT


Eh... eh.. eh... Ada masalah dalaman rupanya, ekkk??? Ha... ha... ha... Bercakar dan bercakor rupanyer demer!!

Oleh itu.... ikutlah nasihat si Pie anak Pak Bedal. BN kena selesaikan masalah dalaman mereka dulu, baru ler kot-kot boleh menang dalam pilihan raya.

Kata dia, demer kalah di Perak, Kedah dan Kelantan dulu, bukan sebab Pakatan Rakyat kuat. Weh... kalau Pakatan Rakyat tak kuat... bermakna BN lagiler tak kuat. Sebab itu , BN boleh kalah, tak gitu?? BN tak kuat, sebab... asyik bercakor jer sesama sendiri. Ooo... BN banyak masalah dalaman rupanyer, ya??


Hmmm.... baguih ler kalor macam tu. Bercakar lagi!! Bercakor lagi!!

Ek ele... si Pie anak Pak Bedal macam udah hilang konfiden jer?? Alahai... cian nyer....

Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal mengingatkan anggota parti itu agar menyelesaikan masalah dalaman dengan baik bagi memastikan parti berkenan mendapat sokongan padu pada pilihan raya umum ke-13.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu berkata jika dibiarkan, masalah dalaman parti boleh menjejaskan prestasi BN pada pilihan raya nanti.

"Bimbang saya bahawa yang mengalahkan kita di Manik Urai bukan kerana PAS, yang mengalahkan kita di Kedah bukan kerana PKR, yang mengurangkan kerusi kita di Perak bukan kerana kuatnya PAS atau PKR, begitu juga di Kelantan.

"Tetapi masalah dalaman yang ada di dalam parti itu, sehingga mereka sanggup tidak turun mengundi untuk memberi sokongan kepada parti yang mereka sertai seperti UMNO," katanya semasa merasmikan mesyuarat Umno bahagian Kepong hari ini.

[Seterusnya di sini]

Tiada ulasan: