Anak Sungai Derhaka |
- Osama is dead?.. well, Obama should learn from UMNO..
- Mimpi Ngeri Zahid Mat Arip.. err.. cerita lawak sebenarnya.. (Video)
- Osama, anak bangsawan temui ajal ‘dalam buangan’
- Uthayakumar pun kata bukan Anwar..
- Osama bin Laden meninggal dunia?
- Ceramah Anwar di Johor dihalang polis
- Video lucah makan diri.. Pujukan tak dipeduli.. Akhirnya ugut!
Osama is dead?.. well, Obama should learn from UMNO.. Posted: 02 May 2011 07:48 AM PDT Well, I am no expert, but it looks to me from the date stamps on this web page like the picture blasted all over Pakistan TV of the 'Osama' that was killed today ... ... might be a photo that was floating around the internet for the last few months! And it appears to be photoshopped! Here is the real Osama from about 15 years ago. Now flip it left to right... And compare the lower half with today's photo of the dead 'Osama'! There are other signs of photoshop as well, such as blurred edges on the beard and an obvious difference in sharpness between the eyes and the mouth, It looks like someone took a dead body and pasted the real Obama's mouth onto it to make it look more like him.. THIS IS WHAT OBAMA CLAIMS TO BE BIN LADEN'S BODY. Pictures of the real bin laden 2000-2001. Now compare to the photo above and it is clear that the shape of the skull and nose is wrong, and the amount of white in the beard is considerably less than the real Bin Laden. The real Bin Laden was on dialysis ten years ago. This guy's skin does not look like that of a person dealing with chronic renal failure. The White House is claiming they have a DNA test to confirm the above dead guy, killed earlier today, is Bin Laden, but a DNA test for identity takes a minimum of 48 hours in a lab. http://whatreallyhappened.com/ |
Mimpi Ngeri Zahid Mat Arip.. err.. cerita lawak sebenarnya.. (Video) Posted: 02 May 2011 04:13 AM PDT Zahid Mat Arip (cucu Tun Ghafar Baba) yang suatu masa dulu pernah bersumpah untuk mempertahankan Anwar Ibrahim menceritakan tentang mimpi ngerinya.. Menurutnya beliau telah bermimpi melihat Anwar Ibrahim dikelilingi oleh beberapa pemimpin Yahudi bagi merancangkan satu konspirasi bunuh keatas Anwar yang dirancang oleh Anwar bagi membolehkan Anwar Ibrahim melarikan diri keluar Negara.. Nasib baiklah dia tak buat laporan polis macam yang pernah dibuat oleh si Arman bekas Ketua Wira Perkasa tu.. |
Osama, anak bangsawan temui ajal ‘dalam buangan’ Posted: 02 May 2011 03:05 AM PDT Ini adalah foto Osama yang dikatakan telah dibunuh oleh tentera US di Pakistan, bagaimanapun penyiarannya telah ditarik balik oleh Associated Press atas sebab-sebab tertentu antaranya mungkin mereka sendiri meraguinya.. Tindakan mereka menarik balik hanya kerana meragui kesahihannya itu jauh lebih baik dari pencacai UMNO yang terus menegakkan benang yang basah mengatakan pelakon di dalam Video lucah edaran UMNO itu adalah Anwar biarpun banyak percangahan fakta.. Osama, anak bangsawan temui ajal 'dalam buangan' ANALISIS, 2 Mei – Osama bin Laden, anak orang kaya atau bangsawan Arab Saudi, mengubah dirinya menjadi ikon radikalisme Islam, yang mendorong keganasan menentang mereka yang berlawanan kepercayaannya, dan kemudian menjadi pemimpin rangkaian pengganas terkenal – yang menggerakkan siri serangan ke atas Barat. Serangan yang paling segar dalam ingatan ialah peristiwa 11 September 2001. Amerika Syarikat (AS) menembak mati Osama ketika Washington sedang membuat persiapan menyambut ulang tahun peringatan ke-10 11 September ini. Osama, 54, lahir dalam keluarga yang berada, salah seorang daripada lebih 50 anak bagi magnet pembinaan Saudi dan Allahyarham menghabiskan usia mudanya di rumah agam yang dihiasi dengan pelbagai kemudahan mewah dan serba senang. Pada awal 1980-an, Osama menjadi personaliti antarabangsa berpengaruh yang menyokong pejuang-pejuang kebebasan Muslim di Afghanistan. Kemudian, dia menjadi penganjur dan pembiaya kepada rangkaian pengganas yang melindungi tempat tinggalnya, tinggal di rumah-rumah yang selamat, khemah di kawasan terperinci dan malah di gua-gua di Sudan, Afghanistan dan Pakistan. Lelaki paling dikehendaki di dunia ini ini terbunuh dalam serangan tentera AS di Abbottabad, kira-kira 50 kilometer (30 batu) di sebelah timur laut ibu negara Pakistan awal hari ini bersama isteri mudanya. AS menyediakan ganjaran AS$25 (sekitar RM75 juta) ke atas kepala Osama sejak perang ke atas kumpulan pengganas disytiharkan satu dekad yang lalu. Laporan Los Angeles Times memetik Yossef Bodansky, pakar mengenai aktiviti pengganas yang menulis biografi Osama, menyifatkannya sebagai "orang yang mengisytiharkan perang ke atas Amerika." Bagi bekas presiden AS George W. Bush dan sebahagian rakyat Amerika, Osama sebenarnya seorang "syaitan." Pada 1994, kerajaan Arab Saudi menggugurkan taraf kewarganegaraannya. Kebanyakan anggota keluarganya pula, yang rapat dengan kerabat diraja, memutuskan hubungan dengan beliau. Senarai serangan yang dipertanggungjawabkan ke atas Osama bukan satu dua. Osama pernah dianggap sebagai hero bagi ramai umat Islam di seluruh dunia dan dilabel sebagai Saladin, sultan yang menghalau penceroboh Kristian dari Baitulmaqdis lapan abad yang lalu. "Kami percaya bahawa pencuri terbesar di dunia dan pengganas ialah orang Amerika," kata Osama dalam satu temu bual dengan majalah pada Februari 1999. Barat mengaitkan Osama dengan serangan peristiwa 11 September 2001, kedutaan AS di Kenya dan Tanzania, kapal pemusnah USS Cole di Yemen. Hari ini, Perdana Menteri Britain David Cameron menyifatkan kematian Osama akan membawa "kelegaan besar" di seluruh dunia. "Osama bin Laden bertanggungjawab ke atas kekejaman pengganas di seluruh dunia... 11 September dan banyak lagi, yang meragut banyak nyawa, kebanyakan rakyat Britian. "Penemuan dia satu kejayaan besar dan kita tidak perlu membawa kempen menentang pengganas lagi," kata beliau dalam satu kenyataan di London. Analisis Reuters pula menyebut pembunuhan Osama merupakan satu tamparan psikologi yang besar bagi rangkaian Al-Qaeda. Bagaimanapun kata laporan itu, ia kemungkinan hanya akan membawa impak praktikal yang kecil ke atas kumpulan pengganas itu, yang semakin tidak berpusat dan secara taktik telah beroperasi tanpa Osama sejak beberapa tahun lalu. Al-Qaeda dikatakan berhadapan dengan kesan ideologi selepas kebangkitan rakyat biasa di beberapa negara Arab sejak akhir tahun lalu. Sayap Al-Qaeda yang kini menjadi ancaman besar kepada AS ialah gabungannya di Yemen iaitu AQAP, demikian menurut pegawai-pegawai AS. Beberapa kumpulan mirip Al-Qaeda juga mula mengalami pertumbuhan. "Dari segi kepimpinan operasi pengganas, Osama tidak menjadi bahan cerita utama sejak beberapa lama," kata Paul Pillar, bekas pegawai risikan AS. "Desakan kebanyakan operasi adalah bersifat pinggiran, bukannya berpusat... saya menyenaraikan kumpulan-kumpulan seperti AQAP, dan juga entiti-entiti kecil yang lain," kata beliau. Jadi, timbul persoalan sama ada kematian Osama benar-benar akan mengakhiri rangkaian Al-Qaeda buat selama-lamanya. The Malaysian Insider |
Uthayakumar pun kata bukan Anwar.. Posted: 02 May 2011 12:41 AM PDT Kata Setiausaha Agung Parti Hak Asasi Manusia (HRP) P Uthayakumar selepas menonton berulang kali CD yang diterimanya melalui mel lelaki di dalam Video Lucah itu bukan Anwar.. Itu kata seorang bukan Islam, beliau menyatakan apa yang dilihatnya sendiri.. jauh bezanya dari beberapa orang Islam di dalam UMNO dan juga Blogger-blogger Pro-UMNO yang tetap berkeras mengatakan bahawa lelaki didalam Video itu adalah Anwar, sedangkan hakikatnya ia bukanlah Anwar.. Kerana mahu mempertahankan kuasa yang kini dihujung senja mereka sanggup melakukan apa sahaja hatta memfitnah saudara seagama mereka sendiri.. kerana di nasihat oleh APCO mereka menggunapakai kaedah yahudi yang mengatakan "Di dalam Politik tiada batasan Moral".. 'Kami tonton lagi dan lagi, tapi bukan Anwar' Pelaku dalam video seks bukanlah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Setiausaha Agung Parti Hak Asasi Manusia (HRP) P Uthayakumar selepas menonton daripada CD yang diterimanya melalui emel pada 29 April lalu. Beliau merupakan yang kedua menerima salinan video itu selepas anggota parlimen Kapar S Manikavasagam menemuinya dalam peti surat di pejabatnya minggu lepas. Uthayakumar sebaliknya perkara bahawa ia merupakan konspirasi politik yang didakwa digerakkan Umno dengan kerjasama polis Cawangan Khas. Katanya, beliau menerima CD yang merakamkan aksi 22 minit yang ditunjukkan kepada wartawan di Carcosa Sri Negara pada 21 Mac melalui surat melalui penghantaran udara daripada Thailand. Surat itu menggunakan setem Thailand dan mempunyai cop dipos pada 25 April daripada Songkhla, Thailand. Beliau berkata menontonnya bersama beberapa aktivis HRP semalam. "Kami hentikan CD untuk kedudukan strategik, beberapa kali, lihat pada muka pelaku; kami lihat padanya lagi dan lagi. Kami percaya ia bukan beliau (Anwar)," kata Uthayakumar dalam sidang media di pejabatnya di Bangsar, Kuala Lumpur hari ini. Malaysiakini |
Osama bin Laden meninggal dunia? Posted: 01 May 2011 09:09 PM PDT Jika benar.. Al-Fatihah buat Allahyarham.. WASHINGTON, 2 Mei — Pemimpin rangkaian Al-Qaeda Osama bin Laden sudah meninggal dunia, demikian disahkan oleh Presiden Barack Obama sebentar tadi. Jenazah Osama yang menjadi buruan Amerika Syarikat sejak lebih satu dekad lalu ditemui di sebuah rumah besar di Islamabad, Pakistan hari ini. Obama mengesahkan laporan itu pada sidang media di sini hari ini (sebentar tadi, waktu Malaysia). Osama mendahului senarai teratas orang dikehendaki oleh Washington sejak lebih satu dekad lalu. Dalam pada itu laporan Reuters pula menyebut, menurut pegawai-pegawai Amerika Syarikat hari ini jenazah Osama telah dikesan oleh pihak berkuasa negara itu. Laporan itu juga menyebut ia dilihat satu pencapaian besar bagi pentadbiran Obama dan pasukan keselamatan kebangsaannya. Bekas Presiden George W. Bush telah berulang kali tertekad untuk membawa Osama, yang dilabel sebagai dalang peristiwa 11 September, sebelum tamat tempoh perkhidmatannya pada Januari 2009. Obama menggantikan Bush pada awal 2009. Osama, kelahiran Arab Saudi, berjaya membolosi buruan askar Amerika Syarikat dan militia Afghanistan di kawasan pergunungan Tora Bora sejak 2001. Usaha mengesan Osama menjadi 'dingin' selepas beliau dikatakan hilang dan banyak maklumat risikan rasmi percaya beliau berselindung di Pakistan. Sejak itu, Osama mencemuh Barat dan menyebarkan pandangan Islam militannya menerusi rakaman video. Selain serangan 11 September, Osama juga dipertanggungjawabkan sebagai dalang serangan bom ke atas Kedutaan Amerika di Kenya dan Tanzania pada 1998 dan ke atas kapal perang USS Cole di Yemen dua tahun kemudian. The Malaysian Insider |
Ceramah Anwar di Johor dihalang polis Posted: 01 May 2011 09:00 PM PDT JOHOR BAHRU: Polis menghalang ceramah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Taman Dahlia, Gelang Patah malam tadi dengan mengarahkannya memendekkan ucapan. Kira-kira 200 anggota polis termasuk bahagian trafik dilihat berkawal di sekitar kawasan ceramah. Manakala jalan menuju ke lokasi turut ditutup dalam jarak 300 meter. Sebelum itu, Anwar turut dihalang untuk berceramah di Markaz Pas Kampung Ulu Pulai, menyebabkan pihak penganjur memindahkan lokasi ke Taman Dahlia. Jarak antara dua lokasi berkenaan sejauh 30 kilometer, menyebabkan orang ramai yang ingin hadir terperangkap dalam kesesakan teruk. Turut hadir Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Johor, Datuk Chua Jui Meng, Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohammad dan Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau. Anwar dalam ucapannya sempat menyelar kerajaan pimpinan Umno-Barisan Nasional, khususnya Kementerian Dalam Negeri kerana menjalankan dasar autokratik kerana menyekat kebebasan bersuara. "Apa maknanya ini. Apakah mahu ikut perangai Mubarak? Apakah rakyat tiada pilihan lain? Sokong Umno dan Barisan Nasional, atau ditangkap. "Jelas ini adalah atas arahan oleh Menteri Dalam Negeri. Mereka takut kepada kebangkitan rakyat, lalu mereka cuba menakut-nakutkan (rakyat). Secara sinis Anwar berkata, beliau 'diawasi' pihak polis sejak memimpin gerakan mahasiswa. "Saya ini memang sentiasa 'dijaga' oleh polis. Dari zaman mahasiswa di Universiti Malaya, jadi Timbalan Perdana Menteri sampailah sekarang ini pun. "Apakah rakyat ini hamba yang buta dan tuli? Tidak dibenar untuk dengar sebarang penjelasan? Bila kita ada kuasa, kita fikir negeri ini kita yang punya. Sekarang ini ada budaya baru, mahu ugut orang pula," ujarnya. Beliau dalam masa sama memberi amaran kepada pimpinan Umno-Barisan Nasional supaya tidak terlalu angkuh dengan memperalat polis bagi mempertahan kuasa. "Kita ini perintah negara ikut undang-undang. Tindakan apa sampai begitu sombong dengan meletakkan lori polis di depan tempat ceramah? "Yang letakkan kamu sehingga ke peringkat itu, bukan semata-mata kerana kamu, tetapi rakyat. Dan rakyat yang berkuasa untuk menurunkan kamu," kata Anwar. Terdahulu sebelum itu, Anwar menyampaikan ucapan di Konvensyen Keadilan negeri di Pulai Spring Resort dan merasmikan ibu pejabat baru Keadilan negeri Johor di Bandar Baru Uda. http://www.keadilandaily.com/?p=12599 |
Video lucah makan diri.. Pujukan tak dipeduli.. Akhirnya ugut! Posted: 01 May 2011 09:58 AM PDT "Pandangan ini tidak akan saya tulis jika saya tidak yakin tentang kebenaran situasi yang telah saya gambarkan tadi. Pandangan yang saya utarakan ini sebenarnya juga adalah pandangan sesetengah pemimpin Umno walaupun di dalam terang mereka mempertahankan Umno itu." Dalam masa dua hari ini keadaan politik bertambah panas. Ada dua tiga isu yang membuatkan suhu politik negara naik dengan mendadak. Pertamanya saranan Najib supaya PAS meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) dan yang keduanya amaran keras Najib terhadap orang Cina jika kaum itu tidak memberikan sokongan kepada BN. Satu lagi isu ialah MCA telah melakukan 'brainstorming' di antara pemimpin di peringkat kawasan dan tertinggi untuk tidak menerima jawatan dalam kerajaan jika MCA di tolak oleh pengundi khususnya dari pengundi kaum Cina dalam pilihanraya yang akan datang. Kaum Cina nampaknya menjadi sasaran hebat dan gertak mengertak dilakukan ke atas kaum itu baik dari Pimpinan Melayu BN dan juga dari MCA sendiri. BN sedang memulas tangan kaum Cina kerana sokongan kaum itu terhadap BN sudah kian lemah. Dalam keadaan yang sama Umno masih lagi belum pulih dari perasaan rendah diri kerana takut ditinggalkan oleh kaum Melayu. Keadaan meruncing ini merupakan yang paling menyakitkan BN, malahan keadaan ini mungkin bertambah rumit lagi jika dibandingkan dari zaman Abdullah Badawi. 'Intuition' yang ada pada diri saya dengan jelas memberikan bayangan yang kali ini BN akan menghadapi keadaan yang jauh lebih rumit untuk mengekalkan kuasa dari pilihanraya 2008 yang lalu. Jika semasa pilihanraya dahulu gegaran terhadap BN hanya berlaku di Semenanjung tetapi kali ini undi popular BN di Malaysia timur telah jatuh dengan begitu besar sehinggakan negeri Sarawak sudah pasti tidak lagi kekal sebagai 'fixed deposit' bagi BN lagi. Dalam pada itu BN perpaduan BN di Sabah sudah menunjukan berlakunya pergolakan apabila parti LDP menuntut supaya BN di negeri itu tidak lagi diketuai oleh Umno Sabah. Apabila LDP membuat kenyataan itu Ahli-ahli DUN Sabah dengan tergesa-gesa telah membuat kenyataan untuk menyokong Musa Aman sebagai Ketua Menteri tanpa berbelah bagi. Tindakan ini merupakan satu lagi petanda yang BN khususnya Umno di Sabah sudah sampai ke persimpangan. Jika keadaan ini tidak terkawal maka Sabah juga tidak akan lagi menjadi simpanan tetap bagi BN pada masa yang terdekat ini. Susah untuk mencari alasan bagi menafikan keadaan ini. Berbalik kepada ugutan Najib terhadap orang Cina, ianya merupakan tindakan yang membazir. Ianya membazir kerana dengan ugutan itu ianya menunjukan yang pemimpin kita sudah berada di dalam keadaan panik setelah tidak berjaya memujuk kaum Cina untuk menyokong BN melaui MCA di Semenanjung dan SUPP dari Sarawak. Jika seseorang pemimpin masih mempunyai keyakinan pada diri dan partinya sendiri, kenyataan yang berelimenkan ugutan tidak mungkin timbul. Dalam nafas yang sama Najib telah meminta supaya PAS meninggalkan Pakatan Rakyat kerana pada pandangan PM Najib PAS tidak ada apa-apa keuntungan berada di dalam gugusan PR itu. Najib sudah sedar yang Melayu sendiri mempunyai parti alternatinya iaitu PAS seperti bangsa Cina mempunyai alternatifnya, DAP. Dua bangsa terbesar di negara ini, Melayu dan Cina yang selama ini telah bersatu di dalam BN, sekarang ini sudah ada kecenderungan kedua-dua kaum terbesar ini untuk bersatu di luar BN. Isu yang diharapkan oleh BN untuk membantunya mendapat sokongan dari rakyat seperti isu sodomy Anwar dan video seks juga yang melibatkan Anwar telah gagal untuk dimunafaatkan oleh BN kerana keraguan rakyat terhadap BN lebih besar dari isu yang dipalitkan terhadap Anwar. Malahan isu-isu itu telah menjadi 'counter productive' kepada BN pula. Politik seperti juga ilmu metamatik mempunyai formula yang jelas untuk diikuti supaya mendapat jawapan yang tepat. Formula kekuatan politik di negara ini khusunya di Semenanjung bergantung kepada dua kaum terbesar iaitu Melayu dan Cina. Jika kedua kaum terbesar ini bersatu di bawah BN maka BN lah yang akan meraih kuasa dari rakyat. Jika kedua-dua kaum ini memilih untuk bersatu di luar BN maka jawapannya mudah untk diketahui umum… tidak payah untuk disebut dan dinyanyikan. Inilah yang menyebabkan Najib bertindak mengugut dan menekan kaum Cina supaya memberikan sokongan kepada BN. Tidak mungkin pemimpin nombor satu akan melakukan ugutan jika keadaan masih memihak kepadanya. Sebagai seorang pemimpin yang paling tinggi tentunya beliau akan melakukan kempen secara beretika dan 'civil' serta lebih demokratik. BN patut sedar yang kaum Cina telah memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi selama ini dan kecenderungan mereka untuk memberikan kepada pihak alternatif hanya berlaku sejak beberapa tahun dahulu sahaja. DAN berlakunya keadaan ini mesti bersebab yang datangnya dari pihak kita. Tetapi oleh kerana segala cara telah dilakukan tetapi kaum Cina masih tidak menyokongnya maka adalah natural bagi PM Najib mengugut kaum itu sebagai kaedah yang sudah tidak dapat dielakkan lagi. Ugutan merupakan kaedah yang terakhir untuk mengekalkan kuasa mentadbir negara. Dengan ugutan ini ianya secara automatiknya melenyapkan persepsi yang cuba ditanam oleh BN yang DAP itu sebuah parti yang rasis kerana yang rasis sebenarnya ialah BN yang diketuai oleh Umno. Pandangan ini tidak akan saya tulis jika saya tidak yakin tentang kebenaran situasi yang telah saya gambarkan tadi. Pandangan yang saya utarakan ini sebenarnya juga adalah pandangan sesetengah pemimpin Umno walaupun di dalam terang mereka mempertahankan Umno itu. Mungkin pandangan saya ini merupakan pandangan yang salah tetapi dalam keadaan apa sekali pun saya tetap mempertahankan ramalan saya ini akan menjadi kenyataan jika kita tidak melakukan 'soul searching' yang intensif. Aspan Alias — aspanaliasnet.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan