Selasa, 31 Mei 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Sampai macam tu sekali ..."Biarlah makan tak makan pun kita tetap dengan Umno" ... hahaha

Posted: 31 May 2011 11:01 PM PDT

13 selamat, 18 hilang dalam tragdei bot karam di perairan Pengerang

Posted: 31 May 2011 09:26 PM PDT

Dua lagi mangsa bot karam di perairan Tanjung Ayam, Pengerang berjaya diselamatkan bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan, menjadikan yang diselamatkan setakat ini ialah 13 orang.

Menurut sumber Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)) Wilayah Selatan, enam daripada mangsa itu diselamatkan bot APMM, manakala selebihnya oleh kapal dagang, MV Huo Tuo yang berada di tempat kejadian.

"Kesemua mangsa yang berjaya diselamatkan setakat ini terdiri daripada lelaki dan kita mempercayai mereka adalah pendatang asing tanpa izin," katanya hari ini.

Sumber itu, berkata usaha mencari 18 yang masih hilang sedang dilaksanakan oleh APMM termasuk membabitkan sebuah helikopter agensi berkenaan.

Katanya, pihak berkuasa mempercayai terdapat lebih daripada 30 penumpang yang menaiki bot itu ketika ia karam di perairan.

Perairan Pengerang dikenali sebagai salah satu laluan paling popular di kalangan pendatang asing tanpa izin untuk memasuki negara ini disebabkan kedudukannya yang terletak berhampiran dengan sempadan Indonesia.

Ia hanya mengambil masa 30 minit perjalanan menggunakan bot laju untuk sampai ke Pengerang daripada Pulau Batam, Pulau Karimun dan Pulau Bintan, Indonesia.

Renungan : Seks, Dadah & Alkohol: Gaya Hidup Baru Masyarakat Malaysia ... kerana apa?

Posted: 31 May 2011 08:04 PM PDT

Mengecapi arus kemodenan semasa dan diiringi perubahan gaya hidup yang kian 'sofistikated' tidak memungkinkan masyarakat untuk terus berada di takuk lama dalam kehidupan seharian mereka. Kesedaran terhadap keadaan semasa dan sifat keterbukaan terhadap perkara-perkara yang sebelum ini dipandang asing, dianggap sebagai suatu kemajuan yang perlu diwujudkan dalam diri setiap individu. Namun begitu, perubahan fasa yang bagaimana harus dijadikan panduan seantero masyarakat Malaysia?

Menyentuh mengenai gejala sosial yang kian sumbang dek kerana mahukan 'sesuatu yang baru' dan bersikap 'open minded' maka terhasillah kepercayaan bahawa perkara-perkara yang sebelum ini dianggap janggal perlu diterima pakai oleh kita semua. Tak perlu dilihat jauh-jauh untuk mengenalpasti penyakit yang sedang melanda masyarakat kita hari ini kerana sedar mahupun tidak, seks, dadah dan alkohol semakin hari semakin rancak mendominasi ruang lingkup pemikiran sekaligus meraih perhatian masyarakat Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa!

Berbekalkan tiga 'perkara asas' ini sahaja sudah cukup untuk memporak perandakan kerukunan yang sedia ada lantas mengheret kepada permasalahan yang lebih serius dalam masyarakat. Gaya hidup moden atau up-to-date menjadikan kita lebih terbuka untuk berbicara tentang seks sekaligus mengaplikasikannya ke dalam realiti kehidupan sebenar. Bukanlah sesuatu yang mengejutkan bilamana perkataan dan perlakuan seks itu dilakukan oleh mereka yang masih berada dibangku sekolah! Buktinya, berapa ramai anak gadis dan anak teruna yang terjebak dengan seks bebas dan bertukar-tukar pasangan dek hasutan hawa nafsu dan didorongi sifat suka sama suka! Bila seks dah jadi perkara biasa, maka yang lain-lain 'lagi tok sah kata!'

Berbicara pula tentang dadah, ia boleh dikategorikan sebagai isu lapuk yang takkan ada penghujung. Musuh nombor satu negara ini dilihat sebagai ancaman utama yang mengheret kepada cabang masalah sosial yang lain. Isu penyalahgunaan dadah telah memerangkap banyak manusia ke sisi hitam laluan hidup mereka. Bermula dengan suka-suka atau alasan mahu membebaskan diri daripada belenggu 'problema' yang dihadapi akhirnya telah menjadikan individu-individu ini terlibat dengan tahap ketagihan yang serius sehingga digelar 'Mat Pet' atau 'Sampah Masyarakat'!

Seterusnya, minuman alkohol mungkin dianggap perkara paling remeh dan terlalu biasa serta tidak mendatangkan mudarat kepada masyarakat secara kasar. Sebagai contoh, gambar panas artis yang berpesta sakan dengan botol minuman alkohol berlambak sana sini sekaligus telah membuktikan keterbukaan mereka terhadap gaya hidup masa kini. Persoalannya, apa perlunya menunjuk-nunjuk perilaku yang sebegitu rupa? Apa yang cuba disampaikan kepada masyarakat? Adakah mabuk-mabuk atau berada dalam keadaan separuh sedar itu perlu dijadikan fenomena semasa? Sebetulnya, bukan artis sahaja yang terdedah dengan kegiatan yang kurang sihat ini. Orang biasa-biasa lagi berlambak, cuma sebab mereka tak punya tiket sebagai artis maka terlepaslah mereka daripada cakap-cakap negatif!

Ada juga yang berpendapat bahawa mereka yang mengasingkan diri daripada tiga perkara ini sebagai individu yang kolot dan berlagak baik. Hakikatnya tanpa mereka sedari secara perlahan-lahan tiga perkara utama ini akan 'memakan diri'. Harus diingat bahawa bertukar pasangan sesuka hati, ambil pil dadah untuk menghilangkan tekanan jiwa dan meneguk minuman alkohol demi kepuasan hati, hanyalah keseronokan sementara dan jalan singkat untuk ke 'syurga' dunia!

Kepada yang dah dewasa, anda boleh fikir sendiri rasional dan buruk baiknya perkara-perkara di atas. Namun bagi mereka yang masih setahun jagung, bimbingan dan nasihat individu tertentu amatlah digalakkkan. Pihak yang bertanggungjawab tak kiralah, kerajaan ke, ibu bapa ke, guru ke, haruslah bertindak dan mengekang sebarang aktiviti dan kegiatan yang membuka peluang luas kepada berlakunya pergaulan bebas, hiburan tanpa batas dan gaya hidup hedonistik yang menggalakkan ketagih seks, dadah dan alkohol.

Bukan persoalan siapa jahat dan siapa baik yang harus jadi pertikaian, namun sejauh mana kita menyedari dan meletakkan diri di laluan sebenar dalam kehidupan. Tak kiralah kita datang daripada keluarga yang punya didikan agama yang kukuh atau tidak kerana apa yang menjadi pokok pangkalnya ialah diri kita sendiri. Dasar langit terbuka dan kemajuan negara barat memang wajar kita teladani, namun bukan serba serbi harus dibontoti!

by Kak Ponah

Paus 44 kaki 20 tan dijumpai terdampar di pantai

Posted: 31 May 2011 09:10 AM PDT


baca berita di sini

Pemuda PAS, Umno dan ahli agama sepakat tolak fitnah video seks

Posted: 31 May 2011 07:01 AM PDT

Pemuda PAS dan Umno serta ahli agama hari ini menegaskan menolak budaya fitnah, termasuk dalam isu video seks yang didakwa mirip Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berkongsi pentas dalam forum antifitnah di Shah Alam hari ini, mereka mengulangi desakan supaya pihak yang menayangkan video tersebut dikenakan tindakan yang sewajarnya.

Mengulas perkara itu, Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin (kiri) yang juga ahli parlimen Rembau berkata, beliau tidak bersetuju dengan tindakan mengaibkan mana-mana ahli politik.

"Saya rasa kita setuju tidak mahu aibkan mana-mana ahli politik. Itu penting dalam mana-mana politik, khususnya dalam negara Islam. Kita perlu ada peradaban," katanya.

Forum berjudul "Fitnah: Ancaman Umat Akhir Zaman" anjuran akhbar Sinar Harian itu dihadiri kira-kira 500 orang.

Mengulas perkara yang sama, Nasrudin mengulangi pendirian PAS bahawa berdasarkan peraturan Islam pihak yang menuduh sesorang itu berzina mestilah mengemukakan empat orang saksi.

"Mengikut kaedah Islam, salah membebaskan orang yang silap lebih baik daripada menjatuhkan hukuman orang yang tidak bersalah... Hikmahnya, kerana untuk memelihara maruah orang," katanya.

'Betul, salah isu kedua'

Sementara bekas Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin membidas golongan agamawan daripada Umno dan PAS yang didakwanya gemar menggunakan masalah peribadi seseorang sebagai modal politik mereka.

Tokoh agama muda itu berkata, beliau tidak dapat menerima keadaan tersebut sehingga menyebabkan rakyat lupa kepada isu-isu yang lain.

"Kita suka menggunakan kelemahan peribadi orang lain untuk diangkat menjadi isu politik. Bukan sahaja isu Datuk Seri Anwar Ibrahim, isu (pembunuhan) Altantuya (Shaariibu), dan berbagai isu sebelum ini.

"Dan adalah tidak betul bagi orang agama, (keadaan) yang tidak berpihak kepadanya, dia keluarkan dalil, kata tak boleh digunakan kerana Al-Quran cakap. (Apabila) kena kepada orang lain diamkan dalil. Maka itu tidak boleh.

"Kita kena konsisten, PAS atau Umno mesti sentiasa adil dalam hal ini tidak boleh keluarkan keaiban dijadikan sebagai bahan politik disebar secara meluas. Tidak PAS, tidak Umno, secara adil," katanya sambil mendapat tepukan gemuruh daripada hadirin.

Berhubung isu video seks tersebut, beliau menegaskan bahawa beliau antara tokoh yang awal tidak bersetuju dengan pendedahan keaiban individu termasuk menjadikan ia sebagai modal politik.

"(Ia) budaya fitnah, saya kata tidak bersetuju dengan perkara yang membabitkan penyebaran (video itu) dan masuk dalam akhbar. Betul atau salah isu kedua," katanya - Malaysiakini

Kenaikan tarif eletrik - PRU awal tipis

Posted: 31 May 2011 06:27 AM PDT

Kenaikan tarif elektrik dan kemungkinan peningkatan harga bahan api akibat harga minyak global yang terus melambung menjadikan peluang pilihan raya umum awal diadakan di negara ini agak tipis. Lebih-lebih lagi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu berdepan dan menangani kemarahan orang ramai terlebih dahulu.

Kerajaan semalam mengumumkan tarif elektrik dinaikkan sebanyak purata 7.1 peratus apabila subsidi kerajaan naik hampir sekali ganda kepada AS$6.9 bilion tahun ini.

Namun belum ada sebarang langkah bagi mengurangkan subsidi minyak yang dianggap lebih sensitif tetapi mempunyai impak lebih besar ke atas defisit fiskal.

Namun menurut penganalisis, menaikkan harga minyak tetap dalam perancangan kerajaan.

"Kenaikan tarif elektrik adalah detik percubaan kepada Najib untuk menguji rasa kurang senang orang ramai sebelum beliau memutuskan untuk menaikkan harga bahan api," kata Bridget Welsh pakar mengenai Malaysia di Universiti Pengurusan Singapura.

Najib dalam ucapannya baru-baru ini mengibaratkan subsidi minyak yang dinikmati rakyat Malaysia sebagai candu tetapi agak berhati-hati dengan kenyataannya kerana tidak mahu pengundi marah sehingga menjejaskan sokongan terhadap BN yang dilanda prestasi terburuk pada pilihan raya umum 2008.

Pilihan raya umum tidak perlu diadakan sehingga pertengahan 2013 tetapi ramai pemerhati politik menjangkakan Najib akan membubarkan parlimen seawal-awalnya lewat tahun ini berdasarkan kekukuhan pertumbuhan dalam negara (KDNK) yang mencapai paras tertinggi dekad ini pada 7.2 peratus pada 2010.

Tetapi HwangDBS dan JP Morgan berkata dalam nota penyelidikannya jadual itu kini tidak mungkin dipatuhi lagi.

"Pengumuman pada Isnin menunjukkan kerajaan sanggup mengambil tindakan yang tidak popular dari segi politik tetapi positif dari segi ekonomi, ini kemungkinan bermakna pilihan raya akan ditunda sehingga 2012," kata HwangDBS.

- Reuters

Royalti: Anak Kelantan serah memorandum gesa PM kembali hak rakyat

Posted: 31 May 2011 05:40 AM PDT

Oleh Syed Mu'az Syed PutraMay 31, 2011

KUALA LUMPUR, 31 Mei — Jawatankuasa Bertindak Anak Kelantan Perantauan menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menunaikan janji beliau berhubung pembayaran isu hak pembayaran royalti kepada kerajaan Kelantan seperti mana yang dimaktub dalam Akta Kemajuan Petroleum 1974.

Pengerusinya Apandi Mohamad berkata kerajaan negeri Kelantan yang diterajui Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhak mendapat hak sama rata seperti mana diperoleh kerajaan negeri Terengganu di bawah Barisan Nasional (BN).

Sebelum ini Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata kerajaan negeri dijangka menerima semua baki wang royalti minyak RM118 juta daripada Petronas melalui Kementerian Kewangan.

Beliau berkata, ia merupakan sebahagian daripada RM938 juta yang sepatutnya diterima oleh kerajaan negeri itu.

Ahmad berkata, tiada perjanjian atau terma baru yang ditandatangani dan ia kekal dibayar lima peratus oleh Petronas melalui kerajaan pusat.

Menurut Apandi, pelaksanaan pembayaran royalti perlu diberikan kepada kerajaan negeri Kelantan dan ia selaras dengan ucapan bekas perdana menteri Tun Abdul Razak Hussein di Parlimen yang menyebut "semua negeri di Malaysia melainkan Sabah dan Sarawak telah menandatangani perjanjian dengan Petronas sebagaimana yang dikehendaki oleh Akta Kemajuan Petroleum 1974."

Tegas beliau, pihaknya juga menuntut Najib supaya pembayaran royalti mesti buat secara tunai terus kepada kerajaan negeri dan tidak dibayar kepada mana-mana pihak lain atas apa jua alasan.

"Kami mahu hak kami dikembalikan sama seperti yang diterima kerajaan negeri Kelantan dan pembayaran mesti dibuat secara tunai oleh Petronas kepada kerajaan negeri Kelantan," katanya.

Pagi tadi Apandi telah menyerahkan memorandum di Putrajaya menuntut agar hak kerajaan negeri Kelantan dikembalikan.

Memorandum itu diterima wakil Jabatan Perdana Menteri.

Turut hadir sama Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusof, ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Mohamad Sabu, Senator Mumtaz Mohd Nawi dan Ketua AMK Kelantan Mohammad Azihan Che Seman.

Pada 30 Ogos lalu, kerajaan negeri Kelantan memulakan tindakan perundangan dengan memfailkan saman terhadap Petronas mendakwa syarikat petroleum nasional itu tidak membayar royalti yang dianggarkan RM800 juta setahun sejak 2005 - The Malaysiabn Insider

64 ahli cawangan DAP Melayu pertama di Puchong keluar parti sertai Umno ... betul ker ni??

Posted: 31 May 2011 01:33 AM PDT

64 Malay Members of DAP Puchong Quit Party to Rejoin Umno

by Dajmarizal Zolkipli

KUALA LUMPUR, 31 MAY, 2011: Umno Information Chief, Datuk Ahmad Maslan announced 64 Malay members of DAP Puchong today quit the party and rejoin umno. They are from Kampung Kinrara Puchong which was first to establish a Malay DAP branch in Selangor.

The Malay DAP Branch of Puchong was established in 9 September 2009, first of its kind in Selangor and its approval letter was signed by Teresa Kok, Member of the Selangor State Assembly for Kinrara.

The representatives of the DAP Malay branch met Umno information Chief, Datuk Ahmad Maslan to handed in 64 application forms to join Umno.

When commenting on the matter, the Deputy minister in the Prime Minister's Department said that this is an indicator that the public is now starting to realize that only Umno/Barisan Nasional can help and change the fate of the Malays.

"It amazed me that there were Malays that join DAP, but what is more astonishing is the fact that these people came back to Umno since realizing that they cannot achieve anything with DAP", he said.

Its Chairman, Haron Abdul Wahab when met said that they were frustrated with DAP leadership and decides to rejoin Umno.

"Even when we're supporting them (DAP), we got nothing in return."

The 58 years old also reveals that before he joined DAP with around 51 other Malay members, he was an Umno members but left the party after having some problems within the party.

"It is about time that we come back to Umno since Umno is the only party that can protect the Malays and this is the party that our ancestors used to support during their time."

Talking about other DAP Malay branch, Haron said that right now there are not so many active branches operating.

"There is one in Ampang, but that one is hardly functioning," he said.

Haron also said that he expects another 100 DAP Malay members from Puchong will follow him to join Umno.





- mD

Tiada ulasan: