MIMPI SENJA |
- Skandal Scorpene akan dibicara di mahkamah terbuka
- Gangguan seksual : Menteri letak jawatan
- NAJIB BERJAYA KUMPUL 1 JUTA BELIA ... BUNGKUS LAH PR..(GAMBAR)
- ISA : 3 tangkapan terbaru - disahkan Hishammuddin
- Saya akhirnya dilamar - Cikgu Shida 'ratu miming'
| Skandal Scorpene akan dibicara di mahkamah terbuka Posted: 29 May 2011 10:57 PM PDT KUALA LUMPUR: Siasatan pemberian komisen pembelian kapal selam Scorpene kini memasuki peringkat perbicaraan terbuka di mahkamah Perancis.Penyelaras Suaram, Cynthia Gabriel berkata Kementerian Pertahanan termasuk kerajaan Malaysia boleh disapina untuk memberikan keterangan, manakala bukti akan didedahkan sepanjang perbicaraan tersebut. Menurut Cynthia, pendakwa Perancis telah menyimpulkan siasatan awal dan satu permohonan untuk perbicaraan terbuka dibuat akhir Mac lalu. "Kes ini spesifik kepada pemberian komisen 114 juta Euro yang diberikan kepada syarikat Perimekar. Malah, dalam siasatan sebelum ini terdapat penemuan 2 lagi bayaran komisen berjumlah 30 juta Euro kepada Thales dan 2.4 juta yang Euro yang penerimanya tidak lagi dipastikan," katanya ketika sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, di Jalan Maharajalela di sini hari ini. Justeru, Suaram akan menganjurkan dua program jamuan makan malam bagi mengumpul dana guaman Suaram pada 21 dan 23 Julai di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Berita selanjutnya menyusul Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=14360 |
| Gangguan seksual : Menteri letak jawatan Posted: 29 May 2011 09:07 PM PDT PARIS: Seorang menteri meletak jawatan dalam kerajaan bagi menafikan dakwaan terbabit dalam penderaan seksual, dua minggu selepas bekas Ketua Pengarah Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn ditahan atas tuduhan jenayah seks.Menteri Perkhidmatan Awam, Georges Tron, didakwa mencabul kehormatan dua wanita yang bekerja ketika beliau memegang jawatan Datuk Bandar, katanya dalam surat peletakan jawatan kepada Presiden Nicolas Sarkozy bahawa dia akan membuktikan dirinya tidak bersalah. Beliau meletak jawatan selepas pendakwaraya berkata, mereka sudah menjalankan penyiasatan awal berkaitan tuduhan melakukan serangan seksual dan rogol terhadapnya. - AFP STONE : Ha, menteri ni letak jawatan ya .....??? hahahahaha .... |
| NAJIB BERJAYA KUMPUL 1 JUTA BELIA ... BUNGKUS LAH PR..(GAMBAR) Posted: 29 May 2011 04:10 AM PDT SEMALAM GUA ADA KERJA DI PUTRAJAYA... TAK TAU PULAK UMNO ADA BUAT PERHIMPUNAN.... SETIAP LALUAN GUA LALU ADA SIGNBOARD "HIMPUNAN SEJUTA BELIA"... SUDAH....GUA DAH RASA GUNDAH GULANA.. APA TIDAK NYA..GAMBAR ANWAR IBRAHIM DGN TOK GURU NIK AZIZ.. TERLEKAT KAT BELAKANG KERETA GUA CANTEKKK PUNYA....KHAKHA GUA APA PEDULI.. GUA JLNKAN JUGA URUSAN GUA.. SELEPAS SELESAI URUSAN GUA... GUA SINGGAH JAP KAT HIMPUNAN TU... FUH...!! MEMANG GUA XSANGKA.... MEMANG KALI INI...BETUL2 PAKATAN RAKYAT BUNGKUS... YANG MANA NIAT NAK PERGI 9 JULAI NI PASTI GOYANG KEPALA LUTUT PUNYA... JALAN JEM TAK PAYAH CERITA BEB... GUA PERGI JALAN2 LAGI... TIBA2 RAMAI ORG AMBIK GAMBAR GUA... GUA DAH JADI SEGAN...KAHKAH TAPI BILA GUA TOLEH RUPANYA MAT NAJIB BARU SAMPAI...KHAKHA GUA INGAT PEMINAT GUA TADI...HAHAHA GUA PUN APA LAGI... GUA CARI LAH KAK ROS KAU.. CARI..PUNYA...CARI TAK JUMPA... INGAT NAK AMBIK GAMBAR DGN KAK ROS..KAHKHA KAT SINI SEMPAT GUA SNAP GAMBAR... LUORG TENGOK LAH SENDIRI... LUORG NILAILAH SENDIRI BERJUTA2 BELIA DGN NAJIB... GUA SAMPAI BERHIMPIT2 NAK AMBIK GAMBAR NAJIB... GILA DASYAT...WOI.... GILA RAMAI BELIA...LUORG LAYANLAH SENDIRI GAMBAR NI.. GAMBAR MAT NAJIB BARU TIBA... MAT NAJIB XPANDANG AKU..TAK GUNA BETUL.. MCM TAU2 JE AKU NI ORG PAKATAN..KHAKHA NI GAMBAR MAT NAJIB NK NAIK PENTAS.. MAT NAJIB ATAS PENTAS..(SESAK BEB) FUH...GUA DAH CAKAP RAMAI GILA BELIA.. BUNGKUS PAKATAN MCM NI.. GUA KEBELAKANG SKIT... NK BG VIEW LEBIH CLEAR LUORG TGK ...FUH..SESAK BEB...SESAK... LG GUA KEBELAKANG... LG GUA KEBELAKANG...GILA BEB...BUNGKUS PAKATAN... YG NI GUA LG XLEH BLAH... FUH 1 JUTA TU BEB.. AKU INGAT BERSIH 2.0 NI KITA BATALKAN JE LA..KAHKAH.. sumber : Encik Mate |
| ISA : 3 tangkapan terbaru - disahkan Hishammuddin Posted: 29 May 2011 02:24 AM PDT Tiga ditahan mengikut ISA kerana terbabit dalam penyeludupan manusia Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang mengesahkan penahanan itu berkata, ketiga-tiga individu berkenaan dikesan aktif dalam aktiviti penyeludupan pendatang tanpa izin melalui jalan laut dan darat. Bagaimanapun, beliau tidak memberi butiran lanjut mengenai identiti mereka. Katanya, tindakan itu selaras dengan pendirian kerajaan untuk mempertahankan keselamatan dan ketenteraman awam di negara ini. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan surat pelantikan kepada pengarah Jabatan Pendaftaran Sabah, Ismail Ahmad dan Pengarah Jabatan Penjara Negeri, Suria Idris, kedua-dua mereka anak jati tempatan, di sini, hari ini. Hishammuddin berkata, penangkapan mereka akan membolehkan satu siasatan lanjut yang terperinci dijalankan sekaligus diharap mampu membongkar dan mengekang tindak-tanduk kegiatan penyeludupan warga asing di Sabah. Katanya, tangkapan itu adalah sebahagian daripada langkah yang diambil oleh kerajaan dalam menangani isu kebanjiran pendatang asing tanpa izin di Sabah - BH |
| Saya akhirnya dilamar - Cikgu Shida 'ratu miming' Posted: 28 May 2011 11:50 PM PDT PARIT: "Saya akhirnya 'dilamar' tetapi bukan daripada jejaka untuk dipinang, sebaliknya tawaran berlakon dalam sebuah telefilem," kata ratu miming, Roshida Abd Aziz, 30, (gambar) atau dikenali sebagai Cikgu Shida yang kini popular di kalangan pelayar Internet tempatan apabila klip video miming diciptanya meraih populariti luar biasa selepas ditayangkan di laman web Youtube.Cikgu Shida yang masih bujang dilamar sebuah syarikat perfileman baru-baru ini untuk berlakon dalam sebuah telefilem bertajuk 'Cikgu Shida Cari Jodoh' yang bakal ditayangkan pada Aidilfitri depan. Telefilem 90 minit itu akan memulakan penggambaran Jumaat ini, dan paling menarik, Cikgu Shida akan tampil sebagai pelakon utama. Cikgu Shida yang ditemui di kediamannya di sini semalam berkata, dia menerima tawaran itu dan menganggap ia rezeki buatnya, malah tidak sabar-sabar mahu mencuba bidang baru itu. "Tajuknya menarik... Cikgu Shida Cari Jodoh, malah saya difahamkan telefilem itu berkisar mengenai seorang cikgu wanita yang gila-gila selain turut menyelitkan kisah suka duka dan kehidupan seorang cikgu. "Ini mungkin rezeki baru saya dan 'lamaran' ini cukup untuk mengubat segala duka saya sepanjang terbabit dalam hobi berkenaan. Saya mengakui tidak sabar-sabar mahu mencuba lapangan (telefilem) baru yang lebih mencabar itu," katanya. Katanya, dia tidak menyangka perangai gila-gilanya yang dipaparkan dalam klip miming itu menarik minat sebuah syarikat perfile man, seterusnya mengabadikannya di layar perak. Cikgu Shida berkata, cubaannya menampilkan pelbagai ekspresi muka dan gaya serta solekan dan serta berlatarbelakangkan barangan terpakai yang dibuat untuk suka-suka akhirnya diterima masyarakat. Mengimbau kembali pembabitannya dalam bidang seni itu, guru Bahasa Inggeris Sekolah Rendah Kebangsaan Pulau Padang, Bota Kiri itu berkata, dia pernah dicerca, dihina dan tidak kurang dianggap menghidap sakit mental. "Saya mengambil semua tohmahan itu sebagai sesuatu yang positif dan ia tidak melemahkan hasrat saya untuk mencari hiburan tersendiri, di samping berkongsi pengalaman bersama rakan di Facebook," katanya. Anak kedua daripada lima beradik itu berkata, setakat ini keluarganya tidak kisah dengan hobinya kerana mereka sudah 'masak' dan faham perangai 'gila-gila'nya. "Begitu juga rakan sejawatan, malah mereka memahami jiwa dan watak saya yang suka mencari kelainan," katanya. Cikgu Shida satu-satunya anak perempuan pasangan pesara tentera, Abd Aziz Shafie, 73, dan Latifah Ramli, 63, dan faktor itu mungkin menjadi kekuatan utama untuk dia menyerap semua tekanan dihadapi. Terkini, klip mimingnya bertajuk 'Kalau Berpacaran' nyanyian Suhaimi Mior Hassan dan Ana Raffali yang dimuat turun melalui laman Facebook menghampiri dua juta pelawat sejak lima bulan lalu. Malah, miming itu juga menarik hampir 10,000 ahli daripada pelbagai bangsa dan keturunan, selain mendapat pujian rakannya di luar negara termasuk Britain, Amerika Syarikat dan Australia. |
| You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |













Tiada ulasan:
Catat Ulasan