Rabu, 25 Mei 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


PETRONAS rela menanggung kerugian RM19 bilion setahun untuk IPP, tapi untuk rakyat ....???

Posted: 25 May 2011 09:27 PM PDT

DAP melahirkan rasa kurang senang dengan kenyataan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui bahawa RM19 bilion yang dinikmati oleh pengeluar tenaga bebas (IPP) dan Tenaga Nasional Berhad setiap tahun bukan satu bentuk subsidi.

Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng menganggap kenyataan itu satu lagi bentuk 'pembohongan dan penipuan besar-besaran' oleh BN.

"Jika untung RM19 bilion terpaksa dilupuskan oleh Petronas setiap tahun bagi membantu IPP dan TNB bukan satu bentuk subsidi, apakah istillah yang betul bagi menggambarkan kerugian ini?" soal Lim dalam satu kenyataan.

"Kuasa yang dijanakan oleh IPP memenuhi 60 peratus daripada keperluan tenaga negara manakala TNB membekalkan 40 peratus. Ini tanda jelas bahawa IPP mendapat manfaat paling besar daripada RM19 bilion yang diperuntukan itu," katanya.

Lim yang juga adalah ketua menteri Pulau Pinang berkata jika Petronas boleh menjual gas pada harga pasaran, tentunya RM19 bilion yang diuntung setiap tahun boleh digunakan untuk memanfaatkan 27 juta rakyat Malaysia.

Sikap tak bertanggungjawab BN

"Persoalan yang sebenar yang harus dijawab oleh Peter Chin dan BN ialah mengapa tarif gas yang dijual kepada IPP tidak boleh naik lebih tinggi sedangkan harga gula, diesel dan petrol yang dijual kepada orang awam dan rakyat Malaysia biasa boleh naik dengan pengurangan subsidi? soalnya.

Dua hari lalu, Chin menafikan IPP menikmati subsidi gas bernilai RM19 bilion setiap tahun daripada kerajaan.

Katanya RM19 bilion adalah "keuntungan" yang terpaksa "dilepaskan" oleh Petronas kerana terpaksa menjual gas di bawah harga pasaran, iaitu pada RM10.70 bagi setiap Juta Unit Termal British (MMBtu), yang ditetapkan kerajaan kepada Petronas kepada IPP dan TNB untuk menjana kuasa serta sekaligus memastikan tarif elektrik yang rendah.

Menurut Lim, perkara itu hampir sama dengan kejadian sebelum ini - di mana kerajaan berkeras mempertahankan bahawa RM540 juta yang diberikan kepada Perimekar Sdn Bhd bukan komisyen kerana mengaturkan pembelian dua kapal selam bernilai US$972 juta (RM3.68 bilion) untuk Tentera Laut Diraja Malaysia.

"Ini adalah sikap tidak bertanggungjawab walaupun Pakatan pasti dapat melakukannya sekiranya Pakatan mempunyai sumber yang sama seperti mana BN yang mengawal Petronas dan TNB.

Tipu diri sendiri

"Lagipun kerajaan negeri di bawah pemerintahan Pakatan ternyata lebih banyak manfaat sosial dan bantuan telah diberikan kepada masyarakat berbanding dengan yang diberikan oleh kerajaan BN sebelum ini," katanya.

Sebagai contoh, menurut Lim kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang berbelanja berjuta- juta dalam usaha untuk membasmi kemiskinan, RM20 juta untuk pemberian RM100 untuk program penghargaan warga emas, ibu tunggal dan orang kelainan upaya (OKU), RM12 juta untuk bantuan tahunan kepada Sekolah Agama Rakyat, Cina dan Tamil. Semua ini, katanya tidak diberikan oleh kerajaan negeri BN sebelum ini.

"Peter Chin boleh menipu dirinya sendiri bahawa kerugian RM19 bilion oleh Petronas itu adalah bukan subsidi kepada IPP dan TNB. Tetapi beliau tidak akan berjaya menipu masyarakat bahawa kekayaan IPP adalah hasil daripada penderitaan yang terpaksa dibayar dari kenaikan harga barangan.

"Kegagalan BN untuk memastikan IPP membayar tarif gas mengikut harga pasaran dan menghentikan kenaikan harga pasaran yang dijangka bermula Jun 2011 menunjukkan bahawa rakyat adalah sasaran BN untuk menanggung beban atas kenaikan harga," katanya lagi - malaysiakini

Nazri Aziz pemimpin 'half past six' - PERKASA

Posted: 25 May 2011 08:43 PM PDT

KUALA LUMPUR, 26 Mei — Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali menegaskan pihaknya tidak akan melayan kritikan Datuk Seri Nazri Aziz dalam isu "perang jihad", sebaliknya menyifatkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu sebagai pemimpin "half past six."

Syed Hassan dalam satu kenyataan menjelaskan, pihaknya tiada masalah jika Nazri mahu menggelar Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali sebagai "badut."

"Perkasa tiada masalah dengan Nazri jika beliau mahu gelar apa pun ke atas Ibrahim atau pimpinan Perkasa yang lain, biarkanlah.

"Kami Perkasa tak hairan kerana beliau pun sanggup gelar orang yang banyak berjasa kepada negara seperti (bekas perdana menteri) Tun Dr Mahathir (Mohamad) dengan macam-macam gelaran," katanya.

Oleh itu, katanya, "gelaran badut kepada Ibrahim tak jadi masalah."

"Tak guna kita nak marah beliau pasal apa guna kita layan menteri 'half past six' macam Nazri ini, beliau keluarkan kenyataan macam itu, beliau fikir semua orang Melayu suka dan sokong kenyataan beliau dan beri banyak keuntungan kepada Umno," katanya lagi.

Nazri dilaporkan melabel Ibrahim sebagai "badut" sambil berkata Putrajaya tidak akan memandang serius dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Beliau juga berkata Ibrahim perlu ditangkap dan didakwa jika kenyataannya boleh mendatangkan rusuhan dalam negara.

"Pada saya, beliau (Ibrahim) adalah badut, saya tidak rasa rakyat akan memandang serius dengan apa yang beliau katakan.

"Sudah lebih 10 hari sejak beliau keluarkan kenyataan itu dan tiada rusuhan yang berlaku. Ini menunjukkan rakyat sudah matang," kata Nazri lagi.

Dalam ceramahnya di sini dua minggu lalu, Ibrahim memberi amaran kepada komuniti Kristian bahawa beliau akan melancarkan "perang jihad" jika mereka meneruskan agenda mahu merampas kedudukan Islam negara ini.

Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas itu berkata, beliau bersedia untuk jatuh atas kenyataannya itu demi mempertahankan maruah Islam.

Bagaimanapun beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat mengecam tegas terhadap kenyataan tersebut dan meminta agar tindakan dikenakan terhadap Ibrahim.

Selain itu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula berkata, apa yang dikatakan Ibrahim itu tidak mewakili keseluruhan masyarakat Melayu.

Pertikaian antara agama Islam dan Kristian timbul apabila Utusan Malaysia menyiarkan laporan bertajuk "Kristian agama rasmi?" pada 7 Mei lalu, mendakwa wujudnya perbincangan untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara, sekali gus melantik perdana menteri dari kalangan penganut itu.

Akhbar milik Umno itu juga mendakwa ada konspirasi mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi, usaha didakwa disokong oleh pemimpin-pemimpin DAP.

Sebaliknya dalam kenyataannya, dakwa Syed Hassan, Ibrahim tidak pernah mengajak sesiapa pun berjihad tetapi sekiranya usaha-usaha mencabar kedudukan Islam berlaku sudah pasti orang Islam akan marah dan bangkit menentang.

"Pastinya tiada siapa orang Melayu nak lakukan jihad hanya kerana kenyataan Ibrahim sebegitu rupa, Ibrahim hanya mengatakan beliau akan sambut sesiapa yang nak melakukan perang salib dan Ibrahim katakan jika sesiapa mahu menggugat kesucian Islam beliau sanggup berjihad.

"Ibrahim tidak pernah mengajak sesiapa untuk berjihad sekarang. Tapi jika sesuatu berlaku yang Ibrahim fikirkan sudah samapai masanya beliau berjihad, beliau akan berjihad kerana Islam tuntut umatnya berjihad jika Islam diserang," katanya.

Mengenai isu pembahagian biasiswa, jelas Syed Hassan, sekiranya Bumiputera tidak dapat kuota yang sepatutnya ia amat menyedihkan.

Selain itu, tambah beliau, BN akan kehilangan sokongan Bumiputera jika pembahagian biasiswa tidak dilakukan dengan adil dan telus.- TMI 

Tangguh naik harga RON 95, drama BN

Posted: 25 May 2011 07:52 PM PDT

Rakyat Malaysia hari ini dihidangkan dengan berita gembira pengekalan harga minyak petrol RON 95, ekoran keputusan kerajaan meneruskan subsidi besar untuk bahan bakar itu.

Dengan tajuk muka depan akhbar utama Umno, Utusan Malaysia yang turut menyebut "kepentingan rakyat," pentadbiran Najib mendapat isu yang boleh membina sentimen positif terhadap pemerintah menjelang pilihan raya umum nanti.

Pemerhatian terhadap bagaimana isu ini dimainkan di blog-blog dan akhbar harian menunjukkan tanda adanya satu drama politik untuk tujuan membina sokongan.

Blog-blog pro-Umno membina isu ini sejak beberapa minggu lalu, dengan pelbagai komentar dan tuntutan serta desakan terhadap kerajaan, yang banyak ditujukan kepada Ismail Sabri Yaakob, menteri menjaga hal ehwal pengguna.

Isu ini turut mendapat perhatian khusus parti-parti pembangkang, yang menunggu peluang untuk digunakan terhadap kerajaan Barisan Nasional menjelang pilihan raya.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut terlibat dalam perdebatan hangat isu ini, meningkatkan lagi perhatian terhadap isu ini.

Isu kenaikan harga minyak yang sentiasa mudah digunakan untuk membina sentimen menolak pemerintah menjadikan isu kemungkinan kenaikan harga minyak RON 95 menarik kepada pembangkang.

RON 95 digunakan oleh sebahagian besar pengguna kenderaan petrol, berbanding RON 97 yang kini berada dalam kategori premium.

Walau bagaimanapun, hari ini muncul di muka-muka utama akhbar harian subsidi yang besar untuk bahan bakar penting itu dikekalkan, mengelak daripada harga minyak pilihan utama itu meningkat.

Blog-blog Umno menerbitkan komentar memuji-muji tindakan kerajaan yang disifatkan prihatin terhadap rakyat itu, dan kelegaan besar ini menjadi berita utama negara pada masa ini.

Sekiranya diperhatikan dengan lebih mendalam, sukar untuk dijangka pemerintah yang sedang tertekan menjelang pilihan raya umum yang akan menjadi satu penilaian besar prestasi akan melaksanakan tindakan yang sangat tidak popular dan mampu menjejaskan undi dengan dramatik sekali.

Posted by SiasahDaily

Ibrahim Ali terima serbuk 'orange' (serbok kari kot?), PERKASA lapor polis

Posted: 25 May 2011 07:40 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) has lodged a police report over a letter containing orange powder it received this morning.

Perkasa secretary-general Syed Hassan Syed Ali said the letter was sent from Shah Alam to its president Datuk Ibrahim Ali at its office in Jalan Pahang here.

"When we opened the letter at 10.30am, there was unknown orange powder that caused irritation to the skin," he told reporters after lodging the report at the Dang Wang police station at 3.30pm.

Syed Hassan believed the letter was sent by those who were unhappy with Perkasa's struggle for its cause, but said that this was not the way to deal with it. - BERNAMA

VCD lucah diedar dalam pengetahuan polis- Shuhaimi

Posted: 25 May 2011 05:53 AM PDT

SHAH ALAM: Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata VCD fitnah yang mengaitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diedar kepada orang ramai meskipun dalam pengetahuan pihak polis.

Shuhaimi berkata, video tersebut yang disebar secara meluas terutama di Selangor, membuktikan polis sengaja membenarkan pihak tersebut meneruskan aktiviti yang memalukan.

"Perkara ini bahkan berlaku pada program yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat, di kawasan yang terdapat pondok atau bas polis bergerak. Namun tidak ada tindakan drastik diambil. Tidak seperti kes lain yang mereka cekap menanganinya," ujarnya ketika dihubungi.

Shuhaimi yang juga Ahli Dewan undangan Negeri Seri Muda berkata polis perlu bertindak tegas terhadap pengedar VCD lucah jika tidak mahu dianggap sebagai jentera Umno dan Barisan Nasional.

"Janganlah sampai rakyat yakin bahawa polis memang benar-benar bersekongkol," kata Shuhaimie.

Beliau memberi reaksi berikutan laporan media bahawa terdapat ketua-ketua kampung di Selangor, bahkan di Melaka telah menerima salinan VCD lucah tersebut, yang dipos ke rumah-rumah mereka.

Shuhaimie yakin tindakan itu didalangi oleh pemimpin Umno dan Barisan Nasional dalam usaha untuk merampas Selangor dari Pakatan Rakyat.

"Apa yang dikatakan Najib membuktikan bahawa Umno akan melakukan apa cara sekalipun dan ini adalah salah satu buktinya, walaupun dengan cara tidak bermoral. Jangan hairan apabila satu ketika nanti, VCD lucah akan turut diedarkan dari rumah ke rumah," ujarnya.

Beliau menambah, Umno semakin gelisah dengan program 'Jelajah Selangor Tawan Malaysia' yang bertujuan memberi penerangan ke kesemua daerah di Selangor.

"Umno-BN resah, ketakutan dan tiada idea, lalu perkara yang paling hebat dan mampu dilakukan hanyalah mengalihkan tumpuan dari isu sebenar.

"Ketika kita membangkitkan isu kenaikan kos sara hidup, dan penyelewengan pemimpin BN, mereka sibuk mengedarkan bahan lucah. Polis seharusnya bertegas dan mengambil tindakan," katanya.

Shuhaimie memaklumkan, KEADILAN Selangor akan membuat laporan polis berkenaan pengedaran VCD lucah itu pada hari Jumaat jam 11 pagi di IPD Shah Alam.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=14163

PRU 13 dah dekat la tu ... Kabinet tangguh kenaikan RON95, letrik dan gas

Posted: 25 May 2011 02:14 AM PDT

KUALA LUMPUR, 25 Mei — Pentadbiran Najib menangguhkan keputusan berkaitan pelarasan subsidi dan soal kajian semula tarif elektrik yang menjadi fokus banyak pihak hari ini.

The Malaysian Insider difahamkan perkara itu muncul agenda utama pada mesyuarat Kabinet mingguan hari ini, yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, tetapi tiada keputusan dicapai.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Datuk Seri Nazri Aziz (gambar) mengesahkan perkara ini tetapi Kabinet tidak dapat mencapai keputusan akhir hari ini.

Kebanyakan anggota Kabinet risau berkenaan dengan beban dan impak kenaikan harga ke atas kumpulan berpendapatan rendah.

"Kami risau mengenai implikasi, tidak banyak berkenaan soal bagaimana ia akan memberi kesan ke atas populariti Barisan Nasional (BN) tetapi bagaimana ia akan memberi kesan ke atas rakyat miskin," katanya ketika dihubungi. - TMI

Semakin ramai terima video seks - Polis buat apa?

Posted: 25 May 2011 01:10 AM PDT

Semakin ramai pemimpin masyarakat mendakwa menerima video seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang.

NONETerbaru, menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) DUN Hulu Bernam Mohamad Salleh Ri, seramai sepuluh ketua kampung baru dalam DUN Kuala Kubu Bharu membuat laporan polis berasingan berhubung penyebaran video seks itu.

Katanya, sepuluh ketua kampung berkenaan membuat aduan itu selepas menerima video seks yang dikaitkan dengan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diposkan ke rumah mereka.

Laporan polis itu dibuat di ibu pejabat polis daerah Kuala Kubu Bharu kira-kira jam 4 petang semalam.

NONEMenurutnya, ketua kampung berkenaan terdiri daripada lapan ketua dari perkampungan Cina dan masing-masing satu dari perkampungan Melayu dan India.

Mereka menerima VCD itu di mana kandungannya adalah versi penuh yang telah dimuatnaik ke internet sebelum ini, kata Mohamad Salleh.

"Mereka menerima VCD fitnah seks Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diposkan ke rumah mereka. Cop (atas sampul surat) ada dari Shah Alam dan ada dari Melaka.

"Kita minta pihak polis menyiasat siapa (yang bertanggungjawab) menghantar VCD ini," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Tidak sepatut berlaku

Menurutnya lagi, semua ketua kampung itu terkejut dengan apa perkembangan berkenaan kerana penyebarannya tidak sepatutnya berlaku dan merupakan kesalahan di sisi undang-undang.

NONE"Adalah lebih malang sekiranya ia diterima oleh anak-anak ketua kampung," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan Mohamad berkata beliau dimaklumkan sebanyak dua lagi ketua kampung Melayu dalam DUN Hulu Bernam menerima VCD yang sama melalui kiriman pos.

Beliau bagaimanapun setakat ini belum menerima VCD tersebut dan pihaknya akan mengumpul jumlah ketua kampung yang menerimanya sebelum membuat laporan polis.

DUN Hulu Bernam mempunyai 18 kampung yang meliputi 14 kampung Melayu, tiga (Cina) dan satu perkampungan India.

NONEMohamad Salleh yang juga ketua Kampung Gesir Tengah - yang terletak dalam DUN itu - turut dimaklumkan rakannya, bahawa seorang ketua kampung di Kuala Selangor turut menerima VCD tersebut pagi ini.

Dalam satu kenyataaan, exco kerajaan Selangor Ean Yong Hian Wah berkata VCD seks turut diedarkan antaranya di Hulu Langat, Rawang, dan Sekinchan.

Beliau yang memegang portfolio jawatankuasa tetap pembangunan kampung baru dan penyelesaian kilang haram menggesa ketua kampung membuat laporan polis sekiranya menerima VCD tersebut.

Dilaporkan VCD itu turut diedarkan disebuah masjid di Kuala Langat dan di Selayang sewaktu ceramah tokoh ulama Syria, Dr Wahbah Az-Zuhaili. - malaysiakini

Skandal cetak mata wang berganda untuk biaya dana Umno?

Posted: 25 May 2011 01:01 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta mengumumkan siasatan mengenai skandal mencetak mata wang berganda yang pernah ditimbulkan sejak beberapa tahun lalu.

Ia berikutan pengumuman Bank Negara Malaysia untuk mengeluarkan siri baru wang kertas dan syiling Malaysia yang dikatakan akan diedarkan di pasaran pada awal 2012.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, isu percetakan mata wang berganda itu telah beberapa kali dibangkitkan di parlimen, namun sehingga kini kerajaan dan agensi undang-undang yang terlibat gagal mengumumkan sebarang hasil siasatan mengenainya.

"Sehingga kini siasatan ini didiamkan. Dulu dikatakan kerajaan akan dedahkan hasil siasatan di parlimen, tapi sehingga kini tidak ada langsung penemuan dan hasil siasatan yang diberikan kepada kita," kata Azan ketika dihubungi keadilandaily.com.

Azan merujuk skandal komisyen bernilai RM11.4 juta yang diterima agensi tempatan daripada syarikat membekal bahan polimer untuk mencetak wang kertas, Securency International dan Note Printing Australia.

Dua anak syarikat Reserve Bank Australia itu didakwa merasuah pegawai tinggi kerajaan selaku orang tengah bagi mendapat kontrak mencetak dan membekalkan mata wang negara antara 1990 hingga 2005.

Skandal itu turut menggemparkan masyarakat antarabangsa apabila syarikat Australia tersebut dikatakan turut merasuah Timbalan Gabenor Bank Pusat di sebuah negara Asia dengan menawarkan khidmat pelacur Asia. Antara nama negara yang disebut termasuk Malaysia, Nigeria dan Vietnam.

Menurut Azan, mata wang berganda yang memiliki nombor siri yang sama itu dipercayai digunakan Umno-BN untuk merasuah pengundi setiap kali pilihan raya umum dan negeri, seperti mana dikesan berlaku di Sabah.

Azan menyifatkan aktiviti percetakan mata wang berganda itu sebagai pengkhianatan kepada institusi kewangan negara dan lebih teruk berbanding spekulasi nilai mata wang.

Ini kerana lambakan mata wang berganda akan menyebabkan nilai mata wang jatuh dan mengheret negara ke arah inflasi.

"Apabila ini berlaku, nilai mata wang malaysia akan jatuh dan tak boleh diperdagangkan di peringkat antarabangasa. Ia hanya laku dalam negara menyebabkan kejatuhan nilai. Ia menyebabkan inflasi dan juga terdedah kepada spekulasi.

"Di sesetengah negara, mereka yang didapati bersalah melakukan perkara ini akan dihukum mati," tambah beliau.

"Sebab itu, jika menyentuh soal mata wang berganda ini, saya merasa curiga kerana isu yang ditimbulkan sejak 2009 iaitu selepas pilihan raya pada Mac 2008 masih belum berjawab," katanya lagi.

Malah katanya, sekiranya keadaan itu berterusan di tambah rasuah dan kebocoran perbelanjaan awam, negara mungkin berhadapan risiko bankrap sepertimana yang terjadi di Greece dan kini berjangkit ke Sepanyol.

Dalam masa yang sama Azan turut mempersoalkan mengapa kontrak percetakan mata wang negara perlu dilakukan melalui pihak ketiga.

"Seingat saya tiga kali perkara ini diberi perhatian di parlimen termasuk dalam belanjawan negara. Tetapi tidak ada jawapan munasabah mengapakah kita melantik agen sedangkan banyak negara seperti Thailand mengendalikan percetakan mata wang sendiri supaya mudah untuk diawasi," katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=14100

Tiada ulasan: