Khamis, 12 Mei 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Hantaran Tg Zawyah (bekas isteri Datuk K) RM38,888.88

Posted: 12 May 2011 08:59 AM PDT

May 12, 2011
 
KUALA LUMPUR, 12 Mei – Bekas isteri usahawan terkenal, Datuk Seri Khalid Muhamad Jiwa atau Datuk K, Tengku Datin Zawyah Tengku Izham selamat diijabkabulkan dengan ahli perniagaan, Datuk Rayyan Joseph King hari ini.

Dinikahkan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali dengan mas kahwin RM501 di Hotel Royale Chulan di sini, Rayyan yang juga bapa kepada dua anak perempuan itu bergelar suami kepada Zawyah tepat pukul 11.06 pagi ini.

Laporan Utusan berkata, pada majlis yang sama, pasangan mempelai bertukar-tukar dulang hantaran iaitu tujuh dulang daripada Rayyan termasuk wang hantaran RM38,888.88 manakala Zawyah membalas dengan sembilan dulang antaranya sirih junjung, wangian, al-Quran dan sejadah, manisan dan jam tangan.

Rayyan yang memeluk Islam pada pertengahan Februari lalu berkenalan dengan Zawyah melalui seorang kenalan hampir dua tahun lalu. - TMI

Jom pi ... Himpunan PAS Ganti Umno di Perak pula

Posted: 12 May 2011 07:34 AM PDT

Johari Jaafar

IPOH, 12 Mei: Gelombang kebangkitan rakyat untuk memastikan PAS menggantikan Umno selaku kuasa politik utama orang Melayu di negara ini bagaikan rancak dan ketara, kerana itu PAS Perak akan membawa program besar-besaran yang dinamakan sebagai Himpunan Kebangkitan Rakyat 'PAS Ganti Umno' di negeri Perak.

Program besar-besaran itu akan diadakan selama dua hari pada 14 dan 15 Mei ini bagi zon utara Perak di Padang Rengas, manakala bagi Zon Selatan Perak pula diadakan pada 28 dan 29 Mei ini di Pasir Salak.

Demikian dinyatakan oleh Setiausaha PAS Perak, Misbahul Munir Masduki ketika ditemui di Pejabat PAS Negeri hari ini.

PAS Perak, katanya akan menggerakkan Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS ganti Umno ini dengan bersungguh dan penuh komitmen agar program yang dirancang ini dapat berlangsung dengan jayanya.

Program besar- besaran PAS ganti Umno ini adalah antara usaha PAS Perak untuk kembali memerintah negeri Perak sejak ia dirampas oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam kes rampasan kuasa secara zalim oleh Umno BN ketika Pakatan Rakyat memerintah Perak selepas PRU 12 selama 11 bulan.

"PAS Perak akan terus berusaha dan merancang serta melaksanakan pelbagai program untuk menawan hati rakyat," ujarnya.

'Kita bertekad untuk mengambil semula pemerintahan negeri Perak, jadi beberapa perancangan dan program yang telah dan sedang rancak dijalankan untuk menghadapi pilihanraya Umum 13 yang akan diadakan pada bila-bila masa dari sekarang," katanya.

Oleh itu PAS Perak akan melakukan usaha menggerak dan menawan hati rakyat, dalam masa yang sama mendokong penuh program yang disarankan diperingkat PAS Pusat iaitu program "PAS Ganti Umno", malah PAS Perak akan jayakannya di peringkat negeri.

Menurut beliau, kejayaan Himpunan PAS Ganti Umno di Pantai Timur tanah air menyebabkan pemimpin Umno akur melihat kekuatan rakyat yang begitu ramai berhimpun untuk menyatakan aspirasi mereka menyokong perjuangan PAS.

Ijtima' PAS Ganti Umno adalah manifestasi perjuangan yang sekian lama dilaungkan oleh PAS dalam usaha menggantikan Umno" dalam penguasaan politik negara, ia juga merupakan matlamat utama parti mewujudkan sebuah pemerintahan yang adil mengikut lunas-lunas Islam," tegasnya.

Rakyat pasti akan lebih terbela masa depannya, manakala negara akan lebih stabil dalam semua aspek pembangunan sekiranya PAS berpeluang menggantikan Umno yang sudah lama pincang dengan amalan rasuah, kronisme, salah guna kuasa, menzalimi hak rakyat, budaya fitnah dan bermacam bentuk penyelewengan lagi, katanya - HD

Najib digesa tukar Ketua Editor Utusan

Posted: 12 May 2011 06:49 AM PDT

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menukar Ketua Pengarang Utusan Malaysia dan wartawan yang terlibat dalam laporan berhubung isu konspirasi menubuhkan negara Kristian. Katanya, Najib selaku Presiden Umno perlu meyakinkan rakyat Malaysia bahawa Utusan tidak menikmati kekebalan undang-undang dan parti itu sendiri tidak bersetuju dengan laporan fitnah berkenaan.

Selain itu, katanya, Utusan juga digesa supaya memohon maaf dan menarik balik berita tersebut.

Justeru itu katanya, DAP turut mencabar menteri-menteri daripada MCA, Gerakan mahupun SUPP untuk membawa perkara itu ke Kabinet dan menuntut tindakan tegas terhadap Utusan.

"Sekiranya mereka gagal berbuat demikian, ini menunjukkan bahawa MCA, Gerakan dan SUPP adalah peserta dalam sandiwara UMNO yang mengamalkan politik dua muka dan bersifat munafik," tegas Lim.

Menurut Lim, sebelum ini Utusan kerap menyiarkan fitnah jahat dan berbahaya kerana akhbar tersebut dimiliki dan menerima arahan Umno.

Ia diperkukuhkan lagi dengan pendedahan Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Hata Wahari bahawa mesyuarat Biro Politik Umno bersidang setiap hari Isnin malam, menetapkan agenda mingguan akhbar itu.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, meskipun masyarakat bandar dapat melihat kebenaran melalui propaganda Utusan, namun terdapat di kalangan pembaca luar bandar yang masih terpengaruh dengan penipuan yang disiarkan.

"Hatta kegagalan Najib untuk mengambil tindakan ke atas Utusan mengesahkan lagi pendedahan yang dibuat oleh Hata bahawa fitnah berhubung konspirasi menubuhkan Negara Kristian dan melantik Perdana Menteri beragama Kristian merupakan usaha UMNO untuk terus menarik sokongan penduduk luar Bandar," katanya.

Utusan pada Sabtu lalu cuba 'menggemparkan pemikiran rakyat' apabila menyiarkan berita bertajuk 'Kristian Agama Rasmi?" di muka depannya dengan mendakwa usaha konspirasi pimpinan DAP dan paderi kristian untuk mewujudkan negara Kristian serta melantik perdana menteri di kalangan penganut agama itu.

Laporan yang berasaskan kepada tulisan dua blog pro Umno itu menerima kecaman dari pelbagai pihak.

Semalam, bekas wartawan kanan Utusan dan Presiden NUJ, Hata Wahari yang dipecat kerana mengkritik majikannya itu, berpendapat Ketua Pengarang Utusan seharusnya ditangkap di bawah ISA kerana menyiarkan artikel yang mengapikan sentimen perkauman.

Beliau turut mendedahkan peranan perdana menteri, Datuk Seri Najib selaku presiden Umno dalam menetapkan agenda mingguan akhbar itu, selain Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin, tiga orang Naib Presiden Ahmad Zahid Hamidi, Hishamudin Hussein dan Shafie Apdal serta Setiausaha Agung Tengku Adnan Mansor dan Ketua Penerangan, Datuk Ahmad Maslan.

Sementara itu, pemimpin-pemimpin gereja menyifatkan pertemuan dengan Datuk Seri Najib Razak tengah hari tadi sebagai perbincangan berfaedah di mana perdana menteri juga dimaklumkan tentang perasaan tidak senang mereka ekoran laporan Utusan Malaysia kononnya wujud konspirasi mahu menjadikan Malaysia negara Kristian.

Biskop Ng Moon Hing, yang mewakili Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) memberitahu pemberita bahawa mereka ada mengadu kepada perdana menteri mengenai laporan tidak berasas, yang mendakwa Kristian mahu melantik perdana menteri daripada kalangan Kristian dan menggantikan Islam sebagai agama rasmi.

"Kami memberitahu bahawa kami terganggu dan tidak gembira… perkataan-perkataan tidak bertanggungjawab, bersifat hasutan yang berpotensi untuk menyebabkan rusuhan, tidak seharusnya diterbitkan dalam media arus perdana atau sebarang media," katanya  - KL2Day

'Anjing Besar' terus dikecam blogger pro-umno

Posted: 12 May 2011 06:02 AM PDT

Oleh Syed Mu'az Syed Putra
May 12, 2011

KUALA LUMPUR, 12 Mei – Ekoran pendedahan provokasi yang didedahkan melalui blog "Bigdog", penulis blog itu terus dikecam hebat oleh beberapa blog pro-Umno yang tidak bersetuju dengan laporan yang dikeluarkan itu.

Malah blog-blog pro-Umno ini juga menyifatkan penulis blogger "Bigdog" sebagai bongkak kerana enggan mengakui kesalahan dan meminta maaf.

Penulis blog "Bigdog" melalui entri bertajuk "Making Christianity the official religion?" mendakwa wujudnya konspirasi untuk menjadikan Kristian agama rasmi negara.

Selain menjadikan Kristian agama rasmi negara, penulis blog itu juga mendakwa ia akan melantik perdana menteri dalam kalangan penganut agama itu.

Ekoran pendedahan penulis blog "Bigdog" itu, Utusan Malaysia telah memetik laporan tersebut dan disiarkan Sabtu lalu dengan tajuk "Kristian Agama Rasmi?" yang mendapat bantahan dan dikritik banyak pihak termasuk daripada pemimpin Pakatan Rakyat, Barisan Nasional (BN) dan kumpulan Kristian.

Selain itu, nama Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi dari DAP juga diheret dalam tulisan blog berkenaan kerana beliau dilaporkan hadir bersama.

Laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia itu turut disiarkan dalam beberapa blog pro-Umno.

"Untuk kontroversi terbaru ini bukan orang Melayu, Cina dan India sahaja, malah semua rakyat Malaysia mesti bangun mendesak dia menarik semula kenyataan 'Kristian Sebagai Agama Rasmi Negara?, yang kononnya didesak oleh sekumpulan paderi dan pemimpin DAP agar Kristian dijadikan agama rami negara.

"Pandangan blogger ini telah dikeluarkan di muka hadapan Utusan Malaysia, tiada bukti, tiada fakta... hanya sekeping gambar dikeluarkan. Mungkin ramai yang keliru dengan status blogger ini," kata kata blogger "Gelombang-Rakyat".

Tambah penulis blog itu, tindakan "Bigdog" itu akan menjatuhkan imej dan kepimpinan negara.

"Kenapa perlu nyatakan yang palsu? Tindakan Bigdog ini bukan sahaja menjatuhkan imej kepimpinan negara, malah boleh mencetuskan perpecahan perpaduan yang dipupuk sejak sekian lama.

"Lebih pelik, ia hanya sekadar rekaan semata-mata. Sebenarnya ini yang dinamakan mainan politik dan tidak mustahil Bigdog akan terus melaksanakan strategi-strategi begini," katanya.

Sementara itu blogger "Gelombangwangsamaju" bersetuju blogger "Bigdog" ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana mencetuskan provokasi yang menggugat ketenteraman dan keharmonian negara.

"Saya memang bersetuju, ISA sahaja, blogger pro-kerajaan yang memalukan BN dengan membangkitkan isu sehingga menggugat ketenteraman awam dan bakal menyebabkan perbalahan antara agama," katanya.

Sementara itu blogger "Papa Gomo", menyifatkan tuduhan palsu yang dilemparkan "Bigdog" bukan sahaja menjatuhkan imej negara tetapi kesannya turut diterima blogger pro-Umno yang lain.

"Kalau sudah salah mengaku sahaja, tidak perlu nak bongkak sangat... akibat dari tindakan anda ini telah mengakibatkan Malaysia jadi kecoh dan ketenteraman awam tergugat malah kesannya turut mencalar imej kami blogger pro-Umno yang lain.

"Kenapa nak bongkak sangat? Kerana dia, semua blogger terima tempias, isu yang dibawa Bigdog ini kesan kecelakaannya amat besar dan tidak ada guna nak simpan blogger macam ini.

"Bukan sekali dia merosakkan kerajaan malah sudah berpuluh-puluh kali... cukup-cukuplah elok anda duduk diam dan keluarkan permohonan maaf, tidak perlu keluarkan kenyataan yang bongkak dan angkuh," katanya.

Awal pagi tadi The Malaysian Insider melaporkan blogger "Bigdog" mempertahankan tulisannya dan enggan membuat permohonan maaf atas laporan yang disifatkan sebagai fitnah.

"Tidak (akan minta maaf), atas alasan apa saya perlu minta maaf? Kenapa saya perlu minta maaf? Kepada siapa saya harus minta maaf?

"Saya tidak akan minta maaf, saya tidak tahu sebab apa (perlu minta maaf), mereka perlu baca balik laporan saya itu, kalau tidak faham saya boleh jelaskan," kata penulis blog "Bigdog" kepada The Malaysian Insider

apa depa buat leceh ni ... hahaha pejabat Majlis Bandaraya Alor Setar disita

Posted: 12 May 2011 04:49 AM PDT

Pejabat Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) di Jalan Kolam Air di Alor Bandar disita dua jam hari ini setelah Mahkamah Tinggi mendapati ia gagal menjelaskan bayaran hampir RM750,000 kepada sebuah syarikat memasang alat penjimatan elektrik.

Perintah penyitaan dan penjualan dikeluarkan terhadap Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Khazali Din, kerana didapati gagal membuat bayaran berkenaan kepada Syarikat Veecan Management sejak September 2008.

Pejabat berkenaan disita pada 12.30 tengah hari dan dibuka semula pada 2.30 petang selepas MBAS membuat bayaran deposit kepada mahkamah dan memfailkan rayuan untuk mengetepikan perintah itu.

Khazali berkata MBAS membuat rayuan berkenaan kerana yakin tuntutan yang dibuat oleh Veecan Management tidak munasabah.

"Kami akan merayu sebab syarikat tersebut juga telah melanggar beberapa syarat yang telah ditetapkan dalam kontrak perjanjian.

"Apa yang berlaku pada hari ini adalah disebabkan ada sedikit masalah dengan peguam yang kami lantik, jadi kami buat rayuan untuk ketepikan perintah mahkamah ini," kata Khazali ketika dihubungi di Alor Setar hari ini.

Pengarah Urusan Syarikat Veecan Management, Datuk Ismail Said, berkata sebelum ini pihaknya telah berbincang dengan MBAS untuk membenarkan majlis itu membayar separuh daripada jumlah tuntutan itu, namun ia tidak dipersetujui.

"Jadi saya tiada pilihan lain selain daripada menyita pejabat MBAS seperti perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah hari ini," katanya.

Ismail berkata syarikatnya bertanggungjawab memasang alat penjimatan elektrik lampu jalan raya dalam kawasan bandar raya berkenaan bagi tempoh lima tahun bermula 2007.

Bagaimanapun beliau mendakwa MBAS gagal membuat bayaran bulanan sebanyak RM40,000 bermula September 2008. -  Mkini

Ketua Pengarang Utusan dipanggil KDN

Posted: 12 May 2011 04:07 AM PDT

2011/05/12
PUTRAJAYA: Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Malaysia hari ini dipanggil dan diberikan surat teguran oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) berikutan penyiaran berita bertajuk "Kristian Agama Rasmi?" pada 7 Mei lalu.

Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN, Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi, berkata tindakan itu dibuat selepas mendapati penyiaran berita itu menggemparkan fikiran orang ramai.

"Adalah menjadi amalan KDN untuk memanggil dan mendapatkan penjelasan pihak akhbar atas tindakan menyiarkan perkara yang didapati bertentangan dengan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (AMCP 1984), serta menyerahkan surat teguran ke atas kesalahan berkenaan.

"KDN juga akan terus memantau setiap akhbar yang dikeluarkan supaya tidak menyebarkan berita yang boleh menggemparkan fikiran orang ramai atau kandungan yang bertentangan dengan AMCP 1984," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Pada 7 Mei lalu, Utusan Malaysia memetik laporan dua laman blog sebagai mendakwa satu majlis pertemuan paderi dari seluruh negara di Pulau Pinang yang didakwa turut membincangkan agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan sekali gus melantik Perdana Menteri dari kalangan penganut agama itu - BH

Hata - Presiden NUJ - buat pertama kali muncul di pentas PAS

Posted: 12 May 2011 04:03 AM PDT

Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari akan tampil ke pentas PAS buat pertama esok bagi menyatakan pandangannya terhadap Utusan Malaysia -- akhbar yang memecatkan sebelum ini.

Menurut penganjur, mereka menjemput Hata dalam ceramah di Markaz Tarbiah PAS Taman Melewar di Gombak pada malam esok berdasarkan penglibatan langsungnya dalam Utusan sehingga dipecat baru-baru ini.

"Beliau dijangka mendedahkan perkara penting berhubung peranan Utusan yang di belakangnya Umno-BN ekoran survival mereka kini terancam kerana kehilangan sokongan.

"Mereka peralatkan Utusan untuk menstabilkan semula pengaruh mereka dengan melaporkan berita palsu, sarat propaganda dan bersifat perkauman," kata editor Harakah Tarmizi Mohd Jam bagi pihak penganjur bersama -- PAS Kawasan Batu dan Kumpulan Aktivis Media Indipeden (KAMI).

Beliau merujuk kepada laporan Utusan pada 6 Mei lalu yang melaporkan terdapat usaha untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi dan memastikan perdana menteri daripada golongan penganut agama itu.

Tarmizi -- aktivis PAS dan setiausaha KAMI -- juga berkata, ceramah bertajuk "Membongkar Konspirasi Utusan huru-harakan negara" yang bermula pada jam 9.30 malam akan turut melibatkan Peguam PAS Hanipa Maidin dan anggota parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin.

Hanipa mengulas daripada aspek undang-undang manakala Zuraida yang juga ketua Wanita PKR akan mengulas berdasarkan situasi politik semasa, jelas Tarmizi.

Tarmizi berkata, program itu merupakan yang kedua selepas acara membakar Utusan kerana tidak puas hati dengan laporannya bulan lalu.

Hata walaupun lantang mengkritik Utusan, sekali gus meraih simpati ramai pemimpin pembangkang ekoran pemecatannya, belum pernah naik ke pentang mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat sebelum ini. - Mkini

... bila Big Dog minta RM400 juta dari Ku Li

Posted: 12 May 2011 01:25 AM PDT

Big Dog then asked Ku Li whether he was prepared to spend RM400 million to win the premiership. That, according to Big Dog, was what it was going to cost Ku Li.

Earlier Big Dog had told me that it is going to cost at least RM400 million to 'buy' 40 Umno divisions if Ku Li wants to become Prime Minister. I said that that was quite a lot of money and Big Dog replied that Ku Li could afford it. He is worth much more than that, said Big Dog.

Ku Li looked hard at Big Dog -- as if he could not believe his ears -- and said that he is not prepared to 'buy' the premiership. If he spends RM10 million to buy each of the 40 Umno Divisions (total RM400 million) just to get 40 nominations so that he can contest the Umno Presidency, then what difference would he be to the other Umno leaders who play 'money politics'?

Read more >>>

Subsidi IPP kroni lebih utama dari rakyat - Guan Eng

Posted: 12 May 2011 01:06 AM PDT

Kerajaan boleh menyelamatkan RM19 bilion setahun melalui pemberhentian subsidi kepada syarikat Penjana Tenaga Bebas (IPP), berbanding pemotongan subsidi gula bernilai hanya RM116 juta sehingga menyusahkan rakyat, kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Menurut Lim, penjimatan itu berkadaran 163 kali ganda sekiranya kerajaan menamatkan subsidi gas kepada syarikat kroni IPP seperti Malakoff, Genting Sanyen dan YTL.

"Subsidi terkumpul yang ditanggung oleh Petronas hingga November 2010 sejak harga gas ditetapkan di bawah sektor tenaga 1997 dan sektor bukan tenaga 2002 adalah sebanyak RM126.6 bilion.

"BN mendakwa bahawa walaupun berlaku kenaikan harga gula, kerajaan akan terus menyimpan RM111.6 juta bagi tujuan projek- projek pembangunan dan masih perlu membayar RM238.4 juta subsidi gula tahunan.

"DAP menolak hujah seperti itu yang tidak terbukti memberi manfaat kepada rakyat," kata Lim dalam dalam satu kenyataan media.

Jelas Lim yang juga setiausaha agung DAP, pada tahun kewangan 2009 sahaja, subsidi gas Petronas mencecah RM19 bilion, manakala pada setengah tahun pertama 2010, subsidi untuk bahan bakar itu mencecah RM10.2 bilion.

Menurutnya, RM116.6 juta yang disimpan tidak akan membawa manfaat kepada masyarakat selagi amalan rasuah dan projek runding terus dilaksana secara berleluasa.

"Akibatnya, gejala rasuah bermaharajalela dengan tiadanya tender terbuka untuk cadangan pembinaan MRT (Projek Aliran Transit Mass) yang berjumlah RM53 bilion dan keengganan untuk menyiasat kehilangan RM52 bilion saham bumiputera," katanya.

Lim berkata pada masa yang sama kerajaan melalui akhbar milik Umno, Utusan Malaysia cuba mengalih perhatian rakyat dengan sengaja mewujudkan isu konspirasi kononnya partinya dan para paderi ingin menubuhkan sebuah negara Kristian dan melantik Perdana Menteri di kalangan mereka.

"Penipuan seperti itu dicetak di muka hadapan Utusan Malaysia sedangkan tiada rakyat Malaysia beragama Kristian yang berusaha untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

"Penipuan Utusan ternyata adalah cubaan terdesak Umno untuk mengalihkan perhatian daripada kegagalan pengurusan ekonomi serta kegagalan dasar-dasar lain sehingga menyebabkan kenaikan harga petrol dan gula," katanya.

Tiada ulasan: