Jumaat, 13 Mei 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Anwar didakwa hilang pedoman

Posted: 09 May 2011 07:21 PM PDT

SHAH ALAM – Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim menggelar Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kata kesat dalam ceramahnya di Klang baru-baru menunjukkan ketua pembangkang itu semakin hilang pedoman akibat tekanan yang dihadapinya.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, perbuatan mencerca Perdana Menteri dengan perkataan yang tidak elok adalah perbuatan terkutuk dan amat melampau.

Beliau berkata, Anwar tidak sepatutnya berbuat demikian walaupun itu adalah taktik terbarunya untuk mengalih perhatian rakyat daripada isu video seks yang sedang dihadapinya sekarang.


"Anwar cuba menutup kedayusan diri dengan meletakkan kesalahan kepada orang lain. Orang seumpama ini sanggup melakukan apa sahaja kerana padanya tiada apa yang rugi, nak cakap apa, nak kata apa, nak maki siapa, Anwar tidak akan rasa bersalah," katanya kepada Sinar Harian.

Ibrahim berkata demikian ketika mengulas laporan sebuah blog yang mendakwa Anwar mencerca Najib dalam bahasa Tamil.

Menurut Ibrahim, jika benar dakwaan dalam laman blog itu, ternyata Anwar telah hilang martabat, maruah diri dan lebih rendah daripada penjual ubat kaki lima.

"Nilai Islam dan budaya bangsa Melayu telah dipijak Anwar apabila menggelar Najib dengan kata-kata kesat di hadapan masyarakat bukan Islam," katanya.

Sementara itu Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mendesak Anwar menarik balik kenyataan kerana disifatkan sebagai biadap dan tidak bertanggungjawab.

"Ini menunjukkan kerendahan kedudukan Anwar yang kini tertekan dengan masalah peribadi dan perbalahan kalangan pembangkang," katanya.

Presiden Gagasan Anti Penyelewengan Selangor, Hamidzun Khairuddin berkata, pihaknya mengesyaki Anwar mengalami penyakit 'sindrom post menstrual (PMS)' yang didakwa akibat simptom daripada kes liwat, jam Omega, sumpah laknat dan video seks sebelum ini.

"Adalah menyedihkan jika pembangkang masih berpaut kepada orang yang diserang penyakit PMS ini. Pas dan DAP wajar berfikir secara serius tanggungjawab mereka dan bukannya PKR yang terlondeh dengan isu-isu moral dan merugikan demokrasi negara ini," katanya.

Sementara itu, Anwar menafikan beliau ada mengeluarkan kenyataan menghina Najib dalam bahasa Tamil ketika berceramah di Klang kelmarin.

Menurut Anwar, beliau hanya sebut beberapa perkataan yang mengaitkan politik lucah, rasuah dan zalim.

Beliau menyatakan demikian sebagai menjawab soalan menerusi twitter selepas timbul dakwaan beliau melabel Perdana Menteri dengan kata-kata yang sangat menghina dalam bahasa Tamil.

"Tidak, saya sebut siapa yang anjur politik lucah, rasuah, zalim..," katanya ketika dipetik dari laman twitternya semalam.

Sinar harian


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Aduan peneroka Felda kepada Suhakam

Posted: 09 May 2011 07:14 PM PDT



SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

PRU-13: Umno adakan pilihan raya olok-olok Julai

Posted: 09 May 2011 06:05 AM PDT

Umno akan mengadakan simulasi pilihan raya olok-olok sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13 pertengahan Julai ini.

Proses itu akan melibatkan semua peringkat jentera parti teras Barisan Nasional (BN) itu.

Menurut Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, langkah itu diambil bagi melancarkan persiapan parti menjelang pilihan raya umum ke-13.

Minggu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meminta Umno Selangor membuat persiapan menghadapi pilihan raya.

Desas-desus menyebut pilihan raya akan diadakan sebelum Ramadan ataupun awal Oktober.


Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim meramalkan pilihan raya umum sebelum Ramadan ini.

Bagaimanapun menurut Tengku Adnan, simulasi tersebut hanya melibatkan jentera Umno.

"BN akan dibuat secara berasingan dan akan diputuskan dalam mesyuarat BN akan datang," kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Mengenai komen bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar BN tidak menggadakan pilihan raya umum ke-13 tahun ini, Tengku Adnan berkata pandangan bekas presiden Umno itu akan diambil kira.

"Dalam Majlis Tertinggi Umno yang lepas pun kita ada bincang mengenai isu ini, kita serahkann kepada Perdana Menteri untuk buat keputusan," katanya.

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Azizan-Aziz bersembang dua jam di pejabat Menteri Besar

Posted: 09 May 2011 05:26 AM PDT


ALOR SETAR, 9 Mei 2011 – Sikap terbuka Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Razak membuahkan hasil yang baik apabila wakil Badan Perhubungan UMNO Kedah melalui Pengerusi Biro Pendidikan, Dato' Abdul Aziz Sheikh Fadzir hadir di pejabatnya untuk menyerahkan rayuan pengekalan rebat cukai tanah Universiti Utara Malaysia (UUM).

"Kerajaan negeri akan menimbang semula rayuan itu tapi kita minta ia dibuat terus oleh Kementerian Pengajian Tinggi kerana kementerian itu bertanggungjawab mentadbir UUM secara langsung," kata Azizan.


Tambahnya lagi, walaupun kerajaan negeri menerima kekangan dari kerajaan pusat namun perkara-perkara yang melibatkan pendidikan adalah menjadi keperluan dan sebahagian agenda kerajaan negeri.

"Saya memang menerima surat dari pihak UUM mengenai rayuan berkenaan tetapi buat masa sekarang kita belum mendapat sokongan dari Pejabat Tanah dan Galian. Mereka memikirkan pengurangan tersebut akan mengurangkan pendapatan kerajaan negeri hampir RM8 juta.

"Walau bagaimana pun mereka bersetuju membawa perkara tersebut ke peringkat kerajaan negeri untuk dibincangkan," tegasnya lagi.

Pertemuan wakil Perhubungan UMNO Kedah bersamanya juga turut menceritakan agenda-agenda kerajaan negeri yang dilaksanakan untuk kebaikan rakyat Kedah. Pertemuan yang berlangsung hampir dua jam dalam suasana penuh kemesraan itu memperlihatkan sikap terbukanya untuk kebaikan rakyat Kedah tanpa mengira fahaman politik.

Dengan penjelasan dari beliau sendiri, secara tidak langsung menolak dakwaan dan spekulasi liar tidak berasas yang dibangkitkan mengenai isu tersebut.

Selesai perbincangan Menteri Besar dan rombongan dari Badan Perhubungan UMNO Kedah itu sama-sama menikmati makan tengahari di pejabat Menteri Besar.

Kedah La

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Tahniah Rakyat Malaysia.. Harga Gula Naik Pulak..

Posted: 09 May 2011 05:12 AM PDT

Harga gula akan naik 20 sen kepada RM2.30 sekilogram berkuatkuasa esok (10 Mei).

Penyelarasan subsidi itu akan membolehkan kerajaan berjimat sebanyak RM116.6juta.

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Mohd Zain Mohd Dom, kenaikan itu selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Ekonomi pada hari ini.

"Langkah ini adalah selari dengan strategi jangka panjang kerajaan untuk merasionalisasikan subsidi secara berperingkat-peringkat," kata Mohd Zain.

Jelasnya, walaupun perubahan harga runcit dibuat, ia adalah lebih rendah berbanding negara serantau, termasuk Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.


Beliau malah menyebut harga gula di negara-negara berkenaan sebagai perbandingan.

Kali terakhir harga gula naik pada 4 Disember lalu, sejajar dengan kenaikan Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG).

Kenaikan yang dikenali sebagai "4-dalam-1" itu menimbulkan kemarahan banyak pihak, termasuk mewujudkan beberapa siri bantahan, terutamanya sekitar Kuala Lumpur.

Pada masa itu, harga gula turut meningkat 20sen, menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.

Sebelum itu, berlaku juga kenaikan pada 15 Julai tahun lalu dalam kenaikan "5-dalam-1.

Selain gula, turut mengalami kenaikan dua gred petrol, diesel, gula dan gas pada masa itu.

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Tiada ulasan: