MIMPI SENJA |
- Orang Butterworth tak payah bayar tol Jln Sg Nyior lagi - dah ada 'jalan rakyat'
- Anak Kartika Sari Ditemui Mati Lemas Di Sungai Perak
- Tiada paderi mahukan Kristian agama rasmi
- Datang gempa bumi baru nak berubah? - Haji Hadi
- Isu Kristian - SMM tuntut Utusan, blogger mohon maaf
- Mahathir bangkitkan kebencian Melayu terhadap PAS
- UMNO takut- takutkan Melayu untuk terus berkuasa
- Mengapa rebat cukai tanah UUM ditolak kerajaan Kedah?
- "Ular putih bercahaya menariknya ke dalam lubang" kata Kartika Sari
- DAP tegas, perakui Islam sebagai agama Rasmi
- Isu Kristian - PERKASA beri KDN 2 minggu
- Konspirasi kristian : Jeff Ooi buat laporan polis
- Bolehkah BN menang besar dengan menggunakan isu moral?
- Pelancaran iPad : 4 cedera dalam pergaduhan
- Pas berjuang untuk DAP - Mahathir
Orang Butterworth tak payah bayar tol Jln Sg Nyior lagi - dah ada 'jalan rakyat' Posted: 08 May 2011 11:11 PM PDT 'Jalan rakyat' tak payah bayar tol Mohd Sabri Said BUTTERWORTH, 9 Mei: Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang memperkenalkan 'jalan rakyat' khusus kepada penduduk sekitar Butterworth bagi mengelakkan membayar kadar tol 50 sen sehala di Tol Sungai Nyiur mulai semalam. Ketua Menteri, Lim Guan Eng ketika merasmikan jalan sepanjang 1 kilometer dari Jalan Bagan 29 ke Jalan Siram menyifatkan satu lagi kejayaan Kerajaan Pakatan Rakyat untuk menunaikan janji pilihan raya membantu rakyat bukan membebankan mereka sebagaimana yang menjadi amalam Kerajaan Barisan Nasional (BN). "Pulau Pinang sekali lagi mencatit sejarah apabila berjaya memperkenalkan 'jalan rakyat' bagi kemudahan penduduk di sekitar Butterworth yang hendak ke Seberang Jaya mahupun ke lokasi lain tanpa membayar sesen pun tol," terangnya diiringi tepukan hadirin. Tindakan Kerajaan BN yang membenarkan sebuah syarikat mengutip tol di jalan sedia ada dari Seberang Jaya ke Butterworth tiga tahun lalu dilihat membebankan rakyat apabila pengguna jalanraya Butterworth-Kulim terpaksa membayar RM1 pergi balik. Pembinaan jalan rakyat itu juga, sambungnya yang juga Ahli Parlimen Bagan, boleh dijadikan pengajaran kepada pemerintahan yang zalim supaya membuang jauh tindakan menindas rakyat dengan bebanan kewangan. Bahkan, katanya pembinaan tersebut juga merupakan satu contoh kebajikan yang Kerajaan Pakatan Rakyat berikan terhadap sokongan mereka pada pilihanraya umum lepas. "Kita buat secara tander terbuka di mana kosnya RM5.7 juta dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri semata-mata untuk melihat rakyat gembira. Melalui tender terbuka itu sebuah kontaraktor melayu yang tiada kabel dengan mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat berjaya melaksanakan tugas dengan baik," jelasnya. Dulu ujarnya, penduduk Taman Bagan tidak boleh keluar sebab jalanya adalah jalan mati melainkan menghala semula ke Butterworth tetapi setelah mendapati pembangunan pesat berlaku di situ, maka jalan rakyat dilaksanakan. Kata Lim lagi, kerajaan negeri yang berjiwa rakyat bukan sahaja memberikan kesenangan dan kemudahan pada rakyat keseluruhanya malahan boleh menghidupkan semula jalan yang sudah mati. "Untuk memberikan kesenangan kepada semua Kerajaan Pakatan Rakyat sanggup menghidupkan jalan yang dah mati. Mana ada kerajaan yang sanggup buat macam tu," katanya. - HD |
Anak Kartika Sari Ditemui Mati Lemas Di Sungai Perak Posted: 08 May 2011 09:02 PM PDT SUNGAI SIPUT: Mayat anak sulung bekas model sambilan Kartika Sari Dewi yang dilapor hilang dua hari lepas, ditemui terapung di Sungai Perak di sini awal Isnin. Ketua Polis Daerah Sungai Siput Supt Azman Salim berkata mayat Muhammad Azfar Mohamad Afandi, 9, ditemui pasukan mencari dan menyelamat pada pukul 1 pagi tadi, kira kira satu kilometer dari tempat mangsa dipercayai terjatuh. Mayat kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Sungai Siput untuk bedah siasat dan dijangka dituntut keluarganya tengahari ini untuk dikebumikan di Kampung Jawang, Karai dekat sini, katanya ketika dihubungi. Azman berkata kanak-kanak itu disedari hilang oleh keluarganya pada pukul 12 tengah hari Jumaat lepas, ketika tinggal di inap desa milik keluarga mereka di sini yang terletak berhampiran sungai tersebut. Gerakan mencari dengan bantuan pasukan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Rela dan penduduk kampung dilakukan sejurus menerima laporan kehilangannya, kata beliau.- BERNAMA |
Tiada paderi mahukan Kristian agama rasmi Posted: 08 May 2011 08:55 PM PDT GEORGETOWN, 9 Mei: Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr Mujahid Yusuf Rawa berkata, tidak timbul langsung soal Kristian mahu menjadi agama rasmi negara manakala Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr Mansor Othman pula mengesyaki Umno di belakang isu ini. Menurut Mujahid, sepanjang mengadakan dialog, pertemuan atau penerangan dasar perjuangan Islam di serata gereja termasuk di Sabah dan Sarawak tidak timbul langsung suara daripada kalangan paderi mereka mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara ini. Jelasnya, hasil penerangan mereka sendiri pun tahu dan akur bahawa Islam adalah agama rasmi persekutuan yang telah termaktub dalam perlembagaan sejak dulu dan tidak boleh dipertikaikan oleh mana -mana pihak. "Saya hairan bagaimana isu ini boleh timbul di dada akhbar kononya pertemuan paderi di Pulau Pinang mahukan Kristian sebagai agama rasmi walhal ia mustahil sekali berlaku kecuali isu ini cuba dimainkan oleh Umno untuk mengwujudkan ke marahan Umat Islam menjelang pilihanraya umun kelak," terangnya. Manakala itu, Ketua Paderi Kristian Malaysia, Tan Sri Datuk Murphy Nicholas Pakiam menafikan laporan Utusan itu dan menyifatkan ianya sebagai satu laporan tidak berasas sama sekali dan tidak beretika. "Bagi pihak Paderi Katholik Malaysia, saya menafikan dakwaan itu bahawa perjumpaan itu berlaku dan akan berlaku di mana-mana gereja Katholik, Pulau Pinang. "Jelas, laporan ini tidak berasas dan sangat tidak bertanggungjawab kerana pemberita atau editor akhbar berkenaan tidak pernah berusaha mengambil langkah untuk mengesahkan dakwaan yang dibuat oleh blogger tanpa nama itu," kata Murphy dalam kenyataan medianya kepada Harakahdaily. Beliau mengulas laporan Utusan 7 Mei lalu yang melaporkan di muka depannya dengan tajuk "Malaysia negara Kristian" yang mendakwa paderi Kristian sedang berbincang untuk menjadikan Kristian agama rasmi bagi membolehkan orang Kristian menjadi perdana menteri negara ini. Mujahid yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang rasa 'pelik' tiba-tiba sahaja isu ini digemburkan dalam akhbar Umno, Utusan Malaysia. Kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) didapati gagal dalam urus tadbir negara dengan berkesan sehingga negara menjadi tercorot dalam kemajuan sebaliknya menjadi negara terlaris dalam bidang rasuah dan penyelewengan. "Kepimpinan BN cuba belitkan isu sensitiviti perkauman pula selepas mereka gagal memecahkan Pakatan Rakyat. Banyak isu yang ditimbulkan akan hilang malahan ada yang makan diri. Jadi untuk memastikan BN senantiasa ada isu satu persatu dicipta sehinggalah bertemu tarikh pilihanraya, " tambah beliau. Kata beliau, isu ini begitu bahaya kepada kestabilan negara seandainya pihak berwajib tidak tangani segera dengan menyiasat blog-blog yang menyiarkan isu berkenaan. "Orang melayu mesti bangkit menunjukan bantahan jika sayangkan kestabilan negara ini. Kita tahu siapa sebenarnya yang mencorakan keadaan, " tegasnya. Umno dalangi Sementara itu, spekulasi 'Kristian agama rasmi' yang dilaporkan Utusan Malaysia beberapa hari lalu mungkin didalangi pemimpin Umno pusat sendiri demi memastikan 70 peratus pengundi Melayu kekal menyokong Barisan Nasional di pilihan raya umum ke-13, tegas Datuk Mansor Othman (gambar). Bercakap ketika merasmikan Induksi Jentera PKR 2011 hari ini, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang turut mengajak rakyat khususnya Melayu supaya mempertahankan kedudukan Islam, keharmonian beragama lain di samping menolak dakyah terbaru Umno yang menggemparkan negara sekarang. "Ini semua mungkin kerja Umno untuk memastikan sekurang-kurangnya 70 peratus undi Melayu kekal bersamanya di pilihan raya umum (ke-13). Dia (Umno) sangat takut kalau berlaku peralihan undi antara 5 peratus hingga 7 peratus. "(Disebabkan itu), rakyat khususnya orang Melayu kena pertahan perlembahagaan, pertahan hal kedudukan Islam, pertahan kebebasan agama dan sama-sama tolak dakyah media Umno ini yang bagi kita boleh menggugat kesejahteraan hidup rakyat," ujarnya petang semalam di Auditorium Tingkat 5, Komtar, di sini. Beliau yang juga Naib Presiden PKR merangkap pengerusi perhubungan negeri berkata, Umno negeri khabarnya bimbang sekiranya pilihan raya umum kali ini menyaksikan Melayu pula bangkit menolak politik kotor mereka sebagaimana yang dilakukan oleh rata-rata masyarakat Cina dan India pada pilihan raya umum 2008 lalu. Ini kerana katanya, sokongan Melayu tidak mustahil bakal mengakibatkan Umno akan hilang empat atau lima kerusi Adun lagi di negeri tersebut. "Mereka (Umno) pun tahu bahawa kita (Pakatan Rakyat) memerlukan 40 peratus (undi Melayu) sahaja di kawasan-kawasan (Dun) majoriti pengundi adalah Melayu. "Kalau kita (Pakatan Rakyat) bekerja keras untuk memenangkan calon-calon PKR dan PAS di kawasan-kawasan ini (majoriti Melayu), 'Swing vote' (peralihan undi) pasti akan berlaku," ujarnya di depan lebih 400 pertugas parti, di sini. Ditambah dengan isu fitnah video seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau percaya akar umno Umno yang masih bermasuah serta rasional akan memberi 'sokongan senyap' pada Pakatan Rakyat negeri kelak. Tuntas dari itu, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa Umno yang kini diteraju oleh Datuk Seri Najib Tun Razak akan mencipta pelbagai lagi isu dasyat yang boleh menggugat keharmonian rakyat demi memastikan mereka terus kekal menguasai kerajaan pusat kelak. - HD |
Datang gempa bumi baru nak berubah? - Haji Hadi Posted: 08 May 2011 07:38 PM PDT Ismail Hashim SHAH ALAM, 9 Mei: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang berbicara tentang perubahan sempat bertamsil; jika tanah tidak berubah dengan cangkul, ia akan berubah dengan banjir atau jika tidak mahu juga, ia akan berubah gempa bumi. "Adakah rakyat mahu menunggu datangnya gempa bumi, baru hendak berubah?" soalnya ketika berucap merasmikan Hari Pekerja peringkat PAS Pusat di Dataran Bazarena Stadium Shah Alam, semalam. Tambahnya, rakyat mesti ingat, jika tidak mahu berubah ikut cara biasa, bila berlaku gempa bumi, ia akan telan semua sekali termasuk Putrajaya. Sehubungan itu, beliau terus meyakinkan rakyat tentang usaha mengurangkan bebanan hidup dan menambahkan kebajikan mereka boleh dilaksanakan dengan syarat hasil negara tidak bocor. Beliau berkata, negara ini mempunyai sumber kekayaan yang mencukupi untuk membiayai kebajikan semua rakyat asalkan amalan rasuah dihapuskan sepenuhnya. Turut berucap adalah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Mariah Mahmud, Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani, Exco Kerajaan Selangor, Dr Halimah Ali dan Pengerusi Lajnah Pekerja PAS Pusat, Anuar Tahir. Dalam pada itu, Ustaz Abdul Hadi berkata, semua janji yang terdapat di dalam Buku Jingga bukan janji kosong kerana sebahagiannya sudah dibuat di Kelantan dan Terengganu ketika PAS memerintah termasuk di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah. Meskipun, program dalam buku jingga itu memerlukan berpuluh bilion ringgit namun negara mempunyai sumber lain yang boleh menampung dalam usaha menunaikan kebajikan rakyat. "Sebagai contoh, PAS telah menghapuskan tol, cukai pintu dan lesen peniaga-peniaga kecil ketika memerintah Terengganu kerana ketika itu negeri mempunyai sumber royalti minyak. "Kemudian kerana khianat BN menafikan royalti minyak kepada rakyat Terengganu, namun kerajaan negeri di bawah PAS ketika itu tetap laksanakan program kebajikan rakyat. "Kerajaan menaikkan cukai orang kaya, cukai barangan di masa sama, tiada cukai terhadap orang miskin, ini boleh dilaksanakan dengan mudah," tegasnya lagi. Namun kini, jelasnya, BN tidak naikkan cukai orang kaya dan korporat kerana sebahagian besar golongan itu banyak membantu BN di dalam usaha mengekal kuasa politik mereka. "Boleh buat sebenarnya namun rakyat diperbodohkan, boleh buat senang sahaja, tunaikan amanah," tambahnya di hadapan hadirin dan ribuan pengunjung lalu lalang di seputar program. Seusai majlis perasmian, beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berjalan bertemu dengan sebahagian daripada lebih 700 peniaga berbagai jenis jualan di setiap hari minggu. Semua golongan anggota masyarakat kelihatan teruja dengan kesudian Presiden PAS menemui mereka dan menyantuni semua kalangan rakyat termasuk orang cacat dan kanak-kanak. Dalam ucapannya juga, Ustaz Abdul Hadi menyatakan kaedah Islam jika memerintah negara lain tidak memunggah hasil sesebuah negara itu dibawa ke pusat selagi tidak selesai masalah di daerah dan negara itu. "Inilah catatan sejarah yang menyebutkan ketika Islam memerintah Parsi, Rom dan Utara Afrika, kerajaan menyelesaikan masalah rakyat negeri terlebih dahulu. "Tindakan ini menyebabkan orang bukan Islam masuk Islam dan lebih rela berada di bawah kerajaan Islam kerana semua rukun hidup dipercumakan," jelasnya. Menurutnya, ia boleh dilaksanakan kerana Thailand boleh lakukan dengan tiada bayaran cukai jalan untuk kenderaan dan tol di jalan raya kerana mereka mempunyai sumber-sumber lain. Tambahnya, di Britain sekarang ini setiap bayi yang baharu lahir diberikan wang susu mereka dan orang tua diberikan wang sara hidup termasuk mereka yang mengganggur. Dengan syarat tiada rasuah dan kendalikan sumber negara dengan betul, pasti ia boleh selesaikan banyak masalah rakyat dalam negara ini, jelasnya. Beliau juga menyatakan perasaan sedihnya kerana rakyat negara ini ditipu sejak sekian lama tetapi tidak berani melakukan perubahan dengan menukarkan kerajaan dengan pemimpin lebih baik. "Di negara lain jika pemerintah buat silap, rakyat berani buat perubahan namun di negara kita buatlah kesilapan beratus kali pun, rakyat tetap tidak berani buat perubahan. "Pemikiran sebahagian rakyat jadi beku seperti berada dalam peti ais namun begitu Allah tetap akan lakukan perubahan juga akhirnya," jelasnya. - HD |
Isu Kristian - SMM tuntut Utusan, blogger mohon maaf Posted: 08 May 2011 07:01 PM PDT SMM tuntut Utusan, blogger mohon maaf jika dakwaan tak benar Oleh Syed Mu'az Syed Putra May 09, 2011 KUALA LUMPUR, 9 Mei — Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mendesak Utusan Malaysia dan blog memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia jika didapati menyiarkan laporan tidak bertanggungjawab kononnya ada konspirasi mengubah status agama rasmi negara ini. Pengerusinya Ahmad Syukri Ab Razab berkata, Utusan Malaysia selaku media arus perdana tidak sepatutnya menyebarkan laporan yang dipetik daripada penulisan blog kerana ia kemungkinan tidak benar dan boleh menimbulkan ketegangan antara agama terutamanya orang Islam dan penganut Kristian. Ahmad Syukri berkata demkian sebagai respons terhadap akhbar berkenaan kelmarin yang melaporkan wujudnya perbincangan untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara, sekali gus melantik perdana menteri dalam kalangan penganut itu. Laporan itu juga mendakwa ada konspirasi mahu menjadi Kristian sebagai agama rasmi, usaha didakwa disokong oleh pemimpin-pemimpin DAP. Bagaimanapun pemimpin-pemimpin DAP telah menafikan perkara tersebut sambil mengulangi pendirian mempertahankan Islam sebagai agama rasmi negara ini. Laporan muka depan dengan tajuk "Kristian agama rasmi" itu turut disiarkan dalam beberapa blog pro-Umno. Blog-blog itu menuduh DAP menghasut dengan cuba meminda undang-undang negara untuk menjadikan mereka yang beragama Kristian menjadi perdana menteri, dengan menunjukkan gambar berbintik-bintik yang didakwa mereka sebagai pakatan rahsia antara DAP dan pastor-pastor di sebuah hotel di Pulau Pinang, Rabu lalu. Tegas Ahmad Syukri, penulisan blog yang dipetik Utusan Malaysia tidak seharusnya dijadikan bahan publisiti oleh akhbar milik Umno itu kerana ia tidak menghormati sensitiviti agama lain. "Sekiranya penulis blog itu benar-benar memiliki bukti mengenai isu yang ditimbulkan, saluran yang betul perlu digunakan agar isu ini dapat disiasat tanpa mewujudkan ketegangan yang mengancam keharmonian rakyat. "Selain itu, SMM juga mendesak agar mana-mana pihak tidak menjadikan isu ini sebagai isu politik bagi menamatkan kekeruhan yang telah tercetus... SMM berpendirian untuk menunggu siasatan polis dan sekiranya terbukti isu yang ditimbulkan adalah fitnah dan berniat jahat, maka blogger itu perlu dikenakan hukuman berdasarkan kesalahan fitnah," katanya. Tambah beliau, sekiranya dakwaan penulis blog itu benar pihaknya menuntut agar siasatan lanjut dilakukan agar Perlembagaan Persekutuan dijaga dan terpelihara. "Sekiranya isu yang ditimbulkan oleh blogger berkenaan adalah benar iaitu wujud sentimen yang cuba mencabar kedudukan agama Islam dalam Artikel 11 Perlembagaan, maka SMM menuntut agar siasatan lanjut diadakan agar integriti Perlembagaan Malaysia kekal sebagai undang-undang tertinggi negara," katanya. |
Mahathir bangkitkan kebencian Melayu terhadap PAS Posted: 08 May 2011 06:37 PM PDT Mahathir selar PAS PAS kini tidak lagi fokus memperjuangkan Islam sebaliknya lebih kepada berjuang mempertahankan DAP, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Katanya, pemikiran orang Melayu dalam parti itu telah jauh berubah berbanding semasa PAS di bawah kepimpinan bekas Yang Dipertuanya Allahyarham Prof Burhanuddin Al Helmi dan bekas Presiden Allahyarham Datuk Asri Muda. Beliau berkata, ketika ini pemimpin dan anggota PAS sanggup bermati-matian mempertahankan DAP walaupun sebelum ini Pengerusi DAP Karpal Singh menyanggah gagasan penubuhan negara Islam seperti yang dikehendaki parti itu. "Sampaikan Nik Aziz (Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) sekarang bukan main lagi pertahankan DAP, dulu tengok DAP pun tak boleh bila DAP kata langkah mayat kami dulu kalau hendak tubuh negara Islam. "Tetapi sekarang ini orang PAS pula kata langkah mayat aku kalau hendak dera Karpal Singh...suasana dah terbalik," katanya semasa berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Cheras di Dewan Utama, Pusat Rekreasi Cheras di Kuala Lumpur, hari ini. Bekas presiden Umno itu berkata perpecahan di kalangan orang Melayu hari ini juga dimulakan oleh PAS apabila ulamak yang asalnya dalam Umno bertindak keluar parti dan menubuhkan PAS setelah tidak berpuas hati kerana tidak diberikan tempat. "Puncanya orang Umno yang pandai bahasa Inggeris diberi tempat, mereka golongan yang pandai bahasa Arab tetapi tidak pandai bahasa Inggeris merasa tidak diberi tempat," katanya. Dr Mahathir juga menyelar tindakan Nik Aziz yang gemar memutar belit ayat al-Quran dan berbohong demi untuk mengekalkan kuasa. Menteri Besar Kelantan itu dakwa Dr Mahathir sanggup berkata dengan memetik ayat al-Quran bahawa tidak salah orang Islam berpecah dua. Beliau berkata, atas landasan itulah, Umno dari dulu lagi menyangkal yang PAS memperjuangkan Islam dan keadaan itu makin ketara apabila semakin banyak pembohongan yang dibuat oleh pemimpin PAS itu. - Bernama Ulasan GB Kalaulah hendak dibangkitkan penghinaan yang TDM lakukan terhadap Islam mungkin ruang di blog ini tidak mencukupi. Mahathir mengutuk ulama', merasakan diri sebagai ulama' al kabir Beliau menghina ulama', menghina pandangan Tuan Hj. Ishak Baharum bekas Mufti Selangor yang dipecat, menghina Dr. Harun Din seorang ulama' yang disegani. Beliau menempelak pandangan ulama' dalam isu menutup aurat, pertandingan ratu cantik dengan menyatakan ulama' mentafsir Al Quran untuk kepentingan diri dan ianya bersalahan dari ajaran Islam. Selagi tafsir atau fatwa ulama' menggugat Mahathir, selagi itulah fatwa tersebut kononnya bertentangan dengan ajaran Islam. Apakah Mahathir itu layak memberi fatwa dan menjadikan dirinya sorang diktator satu ketika, tetapi juga ulama' Al Kabir. Menghina hukum Islam serta memberi fatwa baru Beliau mempermainkan hukum hudud dengan menempelak bahawa negara Islam yang mengamalkan hudud akan menyebabkan orang Islam semuanya kudung. Beliau juga mempermainkan hukum Allah ini dalam lawak jenakannya. Tidak berupaya melaksanakannya pada masa ini bolehlah dimaafkan tetapi menolak dan mempersendakan Hukum Allah ini adalah melampau dan wajib diperangi. Menghina Nabi Muhammad sallalhu'alihi wassalam. Beliau mempermainkan sunnah Rasulullah. Beliau membuat jenaka dengan janggut Nabi. Beliau mempermainkan pakaian ummat Islam yang dipakai Nabi dan para sahabat dengan menyatakan itu pakaian Arab dan bukan Islam. Berikut ialah petikan kenyataan-kenyataan Mahathir: (Kenyataan Tun Dr. Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim): Hukum rejam kepada penzina adalah primitif (Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 30 April 1992 di perjumpaan Ketua2 UMNO bahagian Johor). Saya nak tahu siapakan di antara ahli2 Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti. (Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 14 Ogos 1994 di Pasir Mas Kelantan). Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam. (Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan). Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum2 yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan? – Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan) (Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan) Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik. - (Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992) "Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja." (Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac1994. "Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam." (Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac 1994) Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik (Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, 14 Ogos 1994). "Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini." (Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO, 1994). "Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud." (Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama') ialah mengajar, bukan mentadbir." (Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam". (Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud." (Tun Dr. Mahathir Mohamad, kenyataannya kepada wartawan, 30 April 1992). "Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud, tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam." (Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991. "Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan." (Tun Dr. Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 24 April 1992) . "Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak." (Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Papar, Sabah, 2 Mei 1992). "Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama." (Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam." (Tun Dr. Mahathir Mohamad 2/5/92) 'Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam rakyat Islam yang mati dan kudung sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama'. Memang Mahathir mudah lupa - Sumber - Kelab Greenboc |
UMNO takut- takutkan Melayu untuk terus berkuasa Posted: 08 May 2011 05:32 PM PDT Wira Arjuna Mei 9, 11 - 8:10am Dosa terbesar Umno terhadap orang Melayu ialah cengkaman dan taktiknya memenjarakan pemikiran Melayu dalam kotak agenda politiknya. Dari masa ke masa Umno secara sedar memilih agenda apa yang dihendak dimasukkan dalam petak pemikiran Melayu agar terus dibelenggu kebimbangan, kecurigaan dan ketakutan. Apabila ini berlaku, Umno akan terus memasungkan jiwa Melayu agar takut terhadap cabaran kaum lain (terutama rakyat keturunan Cina); saingan agama lain (kini Kristian) dan institusi lain termasuk, raja- raja Melayu sendiri! Natijahnya, Umno mahu orang Melayu terus menerus bergantung kepada pembelaannya dari angkara yang dibibitkan oleh Umno sendiri dalam pemikiran Melayu. Lihat sahaja apa yang berlaku sekarang. Idea dan konsep Pakatan Rakyat semakin popular dan diterima sebagai alternatif kepada BN. Pada pilihan raya - pilihan raya kecil seluruh negara selepas Mac 2008 dan pilihan raya negeri Sarawak bulan lalu, kemungkinan idea amalan sistem politik dua parti menjadi realiti di negara ini semakin mekar. Ini membuat Umno jadi lebih kalut dan cuba memutamati pasung pemikiran ke atas orang Melayu dengan mencampuradukkan semua idea dan agenda politiknya agar orang Melayu terus bimbang, curiga dan takut pada pembaharuan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat. Maka, digerakkanlah segala kudrat politiknya untuk terus menghunjam rasa ngeri dan ngilu rakyat pada perubahan atau reformasi yang ditegakkan oleh Pakatan Rakyat. Upah yang tinggi Segala televisyen, radio, akhbar dan majalah dikerahkan. Aparatus perang siber pun cuba dimonopoli. Soldadu siber direkrut dengan upah yang tinggi. Semuanya bertujuan menutup ruang maklumat yang mungkin sampai kepada rakyat, khususnya Melayu (di luar bandar). Kali ini taktik Umno kurang menjadi. Oleh kerana kebijakan politik Pakatan Rakyat dan pengisian maklumat yang lebih teratur dan bercambah di kalangan orang Melayu, sergahan- sergahan Umno pada jiwa Melayu kini menjadi semakin kalis. Taktik lucah seperti konspirasi surat layang, fitnah video seks, tuduhan liwat, persengkongkolan politik dengan kaum Cina, kemaraan dan semaraknya ajaran Kristian semua terpaksa dihamburkan dengan harapan orang Melayu semakin keliru dan makin menebal rasa bimbang, curiga serta takut mereka. Malangnya, ini tidak berlaku. Taktik cemas dan haru biru Umno ini mulai dapat dihidu oleh orang Melayu khususnya dan rakyat Malaysia amnya. Kini rakyat lebih bijak berhujah bahawa daripada 222 kerusi Dewan Rakyat, majoritinya masih kerusi Melayu- Islam. Justeru, betapa padunya rakyat bukan Melayu dan bukan Islam berkonspirasi, mustahil mereka boleh menubuhkan kerajaan sendiri. Itu hakikat. Namun Umno terus memutarkan mitos bahawa Malaysia akan jadi negara Kristian dan diperintah oleh kumpulan yang mewakili kepentingan bukan Melayu. Mengenyit mata Kumpulan itu mereka namakan sebagai Pakatan Rakyat! Sebab itu, sejak selepas pilihanraya negeri Sarawak April lalu, serangan bertubi- tubi disasarkan kepada DAP dan Kristian. Serentak itu juga, Umno beria-ia benar dan tanpa rasa malu mengenyit mata pada PAS agar meninggalkan Pakatan Rakyat! Ini bagi mengelakkan kemungkinan kononnya, DAP yang akan mendapat manfaat sepenuhnya daripada skim politik Pakatan Rakyat. Sebenarnya kekalutan Umno dapat dibaca sejak dua belas tahun lalu. Apabila rakyat keturunan Melayu bangkit memprotes keceluparan dan tindakan tidak bersusila Umno terhadap tokoh pemimpin Melayu- Islam, Anwar Ibrahim melalui kes fitnah liwat pertama pada 1998-99, Umno cuba berjinak dengan PAS. Namun kengerian Umno kehilangan tampuk kuasa di Terengganu dan goyah di Kedah sekonyong- sekonyong terungkai apabila mereka yakin dapat menjinakkan pengundi bukan Melayu dengan pemberian pelbagai konsesi politik termasuk memperkenalkan skim Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Selaras itu, mengambil kesempatan dari kempen memerangi keganasan antarabangsa, Umno memutuskan untuk menarik balik bantuan kepada sekolah-sekolah agama rakyat kerana Presiden George Bush Jr mengatakan madrasah-madrasah adalah sarang dan tempat pembiakan pengganas. Tak akan dipatuk di lubang sama Jika ada agenda mempertahankan kuasa politik Umno yang tidak berhasil sehingga hari ini ialah mengulangi usaha melamar PAS bekerjasama dengan Umno dalam Barisan Nasional pada 1974. Oleh kerana tamak haloba kuasanya Umno mengusir PAS keluar dari pakatan politik itu apabila merasakan kehadiran PAS tidak diperlukan lagi pada 1978. PAS kini sudah belajar dari kesilapannya. Berpandukan hadis nabi bahawa seseorang muslim itu tidak akan dipatuk di lubang yang sama dua kali, PAS menjauhi Umno. Kini Umno terkapai- kapai bagai mana hendak menakut-nakutkan orang Melayu agar terus lari dan minta berlindung dibawah payung politiknya yang semakin rabak diulet fitnah, penipuan dan rasuah. Gelagat lucu Umno ini kini jadi bahan ketawa rakyat. Keghairahan soldadu siber yang berlebih-lebihan memaki hamun Pakatan Rakyat dan pemimpinnya, serta kurang susila mereka menyebarkan bahan- bahanlucah dalam bentuk kertas siaran serta video yang menjijikkan adalah petanda Umno kini semakin lelah dan sesak dijerut dosanya memenjarakan pemikiran Melayu selama ini. - malaysiakini |
Mengapa rebat cukai tanah UUM ditolak kerajaan Kedah? Posted: 08 May 2011 05:06 PM PDT Pihak UUM sebelum ini telah merayu kerajaan negeri Kedah memberikan rebat cukai tanah sehingga mereka hanya perlu membayar RM100 ribu sahaja seperti yang dinikmati pada 2006-2008, berbanding RM1.74 juta nilai cukai tanah sebenar. UUM meminta kadar semurah itu untuk tempoh lima tahun lagi. Cukai tanah bagi tahun 2011 sepatutnya perlu dijelaskan segera untuk mengelak dari didenda. Tarikh akhirnya ialah 1 Jun 2011. Antara alasan yang dikemukakan UUM dalam rayuannya untuk mendapatkan rebat ialah UUM bukan institusi pengajian tinggi yang berorientasikan keuntungan. Benarkah langsung tidak berorientasikan keuntungan? Tahun lalu UUM mengumumkan keuntungan bagi syarikat-syarikat di bawah IPTA itu adalah sebanyak RM80 juta. Semua keuntungan itu dibuat di atas tanah yang dikategorikan untuk IPTA, bukan tanah premis perniagaan. Apa salahnya gunakan keuntungan besar yang 'tidak disengajakan' itu untuk menjelaskan cukai. Satu lagi alasan yang diberikan ialah keluasan tanah UUM adalah 1,104.3 hektar tetapi hanya 57% dari keluasan tanah tersebut atau 627.8 hektar sahaja yang dibangunkan. Orang kampung yang mengusahakan sawah padi tetap perlu membayar cukai tanah meskipun pada tahun tertentu sawah mereka dilanda banjir, mereka tidak pernah menggunakan hujah 'ala UUM' untuk meminta rebat cukai. Kadar cukai tanah yang dikenakan ke atas UUM ialah RM0.20 bagi satu meter persegi, bermakna jumlah keseluruhan ialah RM1,744,357.00. Bagaimanapun berlaku pengambilan sejumlah kecil tanah UUM iaitu 3119.3662 meter persegi menyebabkan taksiran cukai berkurang menjadi RM1,743,735.00. Kadar RM0.20 bagi satu meter persegi adalah kadar cukai tanah mengikut semakanhasil tanah pada 2005 yang menjadikan cukai tanah UUM sebanyak RM1,743,735.00. Cukai tersebut tidak dikira mengikut rebat cukai yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2008 iaitu pada kadar RM0.30 bagi satu meter persegi. Jika rebat tersebut diikuti maka cukai tanah yang baru bagi UUM ialah RM2,615,602.00! Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kedah dilaporkan tidak bersetuju terhadap rebat oleh UUM itu kerana ia boleh dijadikan 'precedent case' atau kes duluan untuk dijadikan rujukan. Hasil yang diperolehi oleh kerajaan negeri Kedah dari tanah-tanah milik Persekutuan di negeri ialah RM31 juta setahun. Jika UUM diberikan rebat, bayangkan jika semua jabatan Persekutuan tersebut, khususnya IPTA membuat rayuan terhadap kerajaan negeri menggunakan alasan yang sama yang digunakan UUM; maka ia meletakkan kerajaan negeri dalam dilema kerana tidak adil dalam melayan pembayar cukai tanah. UiTM Merbok dikenakan cukai RM0.55 untuk satu meter persegi, lebih sekali ganda dari yang ditanggung UUM. Bagaimana jika UiTM Merbok turut meminta rebat, kerana alasan mereka lebih kuat untuk meminta rebat? Sepanjang tiga tahun memberi rebat pada UUM (2006-2009) kerajaan negeri telah kehilangan hasil sebanyak RM4,933,071.00. Sekiranya permohonan untuk mendapat jumlah rebat yang sama dipanjangkan lagi selama lima tahun maka negeri akan kehilangan hasil sebanyak RM8,218,675.00. Jumlah tersebut adalah terlalu besar untuk bukan sebuah negeri maju macam Kedah. Jika pihak UUM masing 'membuat bising' kononnya kadar cukai tanah RM0.20 satu meter persegi yang dikenakan terlalu tinggi sehingga tidak mampu dibayar, maka eloknya kita meneliti kadar cukai tanah yang dikenakan terhadap IPTA di negeri lain sebagai rujukan. USM Pulau Pinang dikenakan cukai RM2.58 bagi setiap meter persegi, Universiti Malaysia Perlis (UNIMEPS) RM0.50 satu meter persegi, IPTA di negeri Selangor RM0.39 untuk satu meter persegi. Manakala semua premis milik Pusat seperti sekolah, balai polis, hospital dan lain-lain yang didaftarkan di bawah Pesuruhjaya Tanah Persekutuan maka kadar untuk satu meter persegi ialah RM0.55. Semua premis tersebut tidak sibuk meminta rebat, UUM pula yang tiba-tiba menjadi Universiti Uzur Malaysia yang perlu diberi rebat. Menteri Pengajian Tinggi Datuk Khaled Nordin mengeluarkan kenyataan yang berpihak kepada UUM. Cakapnya 'double standard' kerana dia tidak mengulas hal yang sama bagi UNIMEPS atau mana-mana IPTA yang terletak di negeri-negeri ditadbir BN. Sepatutnya negeri BN menjadi contoh dalam memberi rebat 'gila-gila' itu kepada semua IPTA yang terdapat di negeri masing-masing, tapi ia tidak berlaku. Di Kedah, di mana sahaja ceramah politik BN diadakan maka isu cukai tanah UUM menjadi isu wajib untuk diulas. Ini menunjukkan bahawa permohonan rebat oleh UUM terhadap kerajaan negeri bukan ikhlas demi pembangunan pendidikan tetapi lebih menjurus kepada provokasi politik. Apabila nanti kerajaan negeri menolak maka bolehlah jentera propaganda mereka menjelaskan kepada seluruh rakyat jelata bahawa kerajaan negeri menindas institusi pengajian tinggi. Jika itulah maksud yang tersirat dari apa yang tersurat, maka 'eloklah' mereka meneruskan niat busuk tersebut. Soalan politik yang mereka ajukan kepada kerajaan negeri sekarang ialah; jika masa BN dulu mereka boleh beri rebat, mengapa sekarang tidak? Jawapannya begini: 1) Mengapa kerajaan negeri Perlis yang diperintah BN kini tidak memberi rebat kepada UNIMEPS yang kadar cukainya jauh lebih tinggi dari UUM? (Jawapan dalam bentuk soalan) 2) Kerajaan negeri dulu hilang hasil dari RM4,933,071.00 akibat pemberian rebat, tetapi perbelanjaan pengurusan negeri terutamanya dalam bidang kebajikan rakyat banyak diambil alih oleh Pusat akibat kelemahan kerajaan negeri pada masa itu. Sekarang kerajaan perlu berdikari kerana bantuan Pusat tidak lagi melalui negeri. Sekalipun Kedah masih dibawah pemerintahan kerajaan BN Pusat namun Kedah adalah antara negeri yang dianaktirikan oleh BN Pusat. Ramai dari senarai penerima bantuan E-Kasih ditamatkan bantuan bulanan oleh Pusat sedangkan senarai E-Sinar di bawah negeri terus menerima bantuan. 3) Di samping perlukan dana untuk pembangunan negeri dan kebajikan rakyat, kerajaan negeri kini terpaksa menjelaskan hutang tinggalan BN lalu sebanyak RM2.3 Billion, di mana RM1.83 Billion darinya adalah hutang berkaitan air. 4) Kerajaan kini sangat mementingkan kebajikan rakyat, justeru akan mempastikan setiap sen duit yang menjadi hak rakyat diguna untuk kesejahteraan rakyat. Ini berbeza dengan kerajaan lalu yang lebih mementingkan 'orang kaya' (UUM) dari rakyat yang ramai masih miskin.- Warta Darul Aman |
"Ular putih bercahaya menariknya ke dalam lubang" kata Kartika Sari Posted: 08 May 2011 04:15 PM PDT Anak Kartika Sari hilang Oleh Mohd Husni Mohd Noor SUNGAI SIPUT: "Dua minggu sebelum anak saya hilang, saya mengalami beberapa mimpi pelik termasuk pada kali terakhir tidur bersamanya iaitu malam Jumaat lalu. "Malah, malam itu, anak saya itu menangis dan meraung menyebabkan saya hairan memandangkan dia tidak pernah berkelakuan sedemikian sebelum ini," kata Kartika Sari Dewi Sukarno, 33, ibu kepada Muhammad Azfar Muhammad Affandi, 9, kanak-kanak yang hilang dipercayai jatuh ke dalam Sungai Perak tengah hari kelmarin. Muhammad Azfar adalah anak sulung kepada Kartika, wanita yang mencetuskan kontroversi selepas dijatuhkan hukuman sebat tahun lalu kerana meminum arak. Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, Muhammad Azfar yang mengalami masalah pertuturan dan kecacatan akal dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya di kediaman inap desa milik keluarganya di Kampung Jawang, di sini ketika menonton televisyen bersama sepupunya yang lain. Bagaimanapun, kehilangan itu mencetuskan misteri berikutan tiada jejak tapak kaki ditemui. Malah, kanak-kanak istimewa itu dikatakan keluar dari rumah dengan tidak memakai baju dan hanya berseluar panjang serta berkaki ayam. Malah, kebanyakan pengamal perubatan tradisional yang membuat tilikan mengenai kehilangan kanak-kanak itu mendakwa Muhammad Azfar 'disembunyikan' di dalam hutan berhampiran. Selain itu, usaha mencari dan menyelamat dijalankan 113 anggota dan penyelamat terdiri daripada Bomba dan Penyelamat, Polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) serta penduduk kampung juga gagal menemui sebarang jejak hingga petang semalam. Kartika ketika ditemui berkata, dia tidak menyangka mimpi pelik dialaminya sepanjang dua minggu lalu adalah petanda kehilangan anak sulungnya itu. "Saya sering bermimpi ular putih yang bercahaya. Malah, ular itu membelit anak saya sebelum menariknya ke dalam lubang," katanya. Katanya, sebelum ini, dia bersama Muhammad Azfar berada di Johor bagi menguruskan persekolahan anak sulungnya itu di sekolah khas. Beliau berkata, dia mula berada di inap desa milik keluarganya itu sejak sebulan lalu bagi menguruskan usaha membangunkan semula kawasan pelancongan berkenaan. "Saya harap anak saya selamat ditemui jika hilang di hutan kecil itu. "Saya percaya dia tidak terjatuh ke dalam sungai kerana sepanjang di inap desa ini sejak kecil, anak saya itu tidak berani pergi ke sungai itu. "Memang dia suka main air, tetapi kami tidak membenarkannya mandi di situ," katanya. Menceritakan detik kehilangan anaknya itu, Kartika berkata, ketika kejadian dia di dapur menyiapkan makan tengah hari sementara anaknya bersama anak saudaranya menonton televisyen di dewan. Katanya, seketika kemudian, semua anak saudaranya pergi ke dapur manakala anaknya dibiarkan seorang diri di dewan. "Kehilangannya disedari anak saudara saya, Muhammad Ramadan Mohd Ridzwan, 12, selepas gagal menemui kelibat anak saya di dewan itu sekembalinya dari dapur," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Azman Salim ketika dihubungi semalam berkata, operasi mencari dan menyelamat disambung pagi semalam selepas usaha mencari kanak-kanak itu sejak petang kelmarin tidak berhasil. |
DAP tegas, perakui Islam sebagai agama Rasmi Posted: 08 May 2011 06:27 AM PDT Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini menafikan pembabitan parti itu dengan sebarang agenda untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara, sekali gus melantik Perdana Menteri daripada kalangan penganut agama itu. Lim, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menegaskan bahawa DAP mendukung Perlembagaan Persekutuan termasuk memperakui Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. Beliau berkata dakwaan kononnya DAP ingin mewujudkan negara Kristian adalah fitnah dan berniat jahat. "Saya ingin mengulangi pendirian DAP... kita dukung Perlembagaan Persekutuan yang kita buat secara hitam putih. (Kita) sudah tandatangani semua dokumen bahawa kita sokong Perlembagaan Persekutuan, Islam adalah agama Persekutuan Malaysia," katanya kepada pemberita di Georgetown. Sementara itu, laporan polis terus dibuat terhadap Anggota Parlimen Jelutong Jeff Ooi yang didakwa terlibat dalam satu pertemuan antara paderi-paderi dari seluruh negara di sebuah hotel di Jalan Macalister, Khamis lepas. Enam laporan polis dibuat oleh Pemuda Umno Tanjung, Jelutong, Bayan Baru, Bukit Gelugor, Balik Pulau, dan Bukit Mertajam itu dibuat di Balai Polis Jalan Patani, di Georgetworn kira-kira pukul 2.30 petang. Selain itu, satu lagi laporan polis dibuat oleh Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Shaik Hussein Mydin di balai polis yang sama terhadap Lim berhubung kenyataannya dalam laporan akhbar yang mendakwa Umno dan Barisan Nasional sengaja menimbulkan isu berkenaan. - Bernama |
Isu Kristian - PERKASA beri KDN 2 minggu Posted: 08 May 2011 05:13 AM PDT Oleh Syed Mu'az Syed PutraMay 08, 2011 KUALA LUMPUR, 8 Mei — Perkasa memberi tempoh dua minggu kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menyiasat kesahihan laporan Utusan Malaysia semalam, yang mendakwa penganut Kristian mahu menjadikan agama itu sebagai agama rasmi negara menggantikan Islam. Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata, pihaknya memandang serius laporan akhbar milik Umno yang bertajuk "Kristian Agama Rasmi?" yang mendapat kritikan banyak pihak termasuk pemimpin Pakatan Rakyat dan kumpulan agama bukan Islam. "Kita memandang serius perkara ini sebab ia berkaitan dengan agama dan ada kaitan dengan elemen provokasi . . . malah ia juga ada kaitan dengan soal keselamatan negara. "Kalau benar laporan itu, kita mahu pihak yang terlibat diambil tindakan, mencegah lebih baik daripada mengubati. Kalau benar pihak keselamatan jangan tunggu lama, ia mungkin akan ambil masa untuk siasat perkara ini," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat dewan tertinggi Perkasa. Utusan Malaysia semalam melaporkan wujudnya perbincangan untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara sekali gus melantik perdana menteri dalam kalangan penganut itu. Laporan muka depan dengan tajuk "Kristian agama rasmi" itu turut disiarkan dalam beberapa blog pro-Umno. Blog-blog itu menuduh DAP menghasut dengan cuba meminda undang-undang negara untuk menjadikan mereka yang beragama Kristian menjadi perdana menteri, dengan menunjukkan gambar berbintik-bintik yang didakwa mereka sebagai pakatan rahsia antara DAP dan pastor-pastor di sebuah hotel di Pulau Pinang, Rabu lalu. Selain memberikan tempoh dua minggu kepada KDN, Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata pihaknya mahu kerajaan mengambil tindakna tegas terhadap sesiapa sahaja yang cuba menggugat kedudukan Islam sebagai agara rasmi. "Kita memang memandang serius perkara ini, walaupun seorang yang terlibat tindakan juga harus diambil, kenyataan mereka (mahu jadikan Kristian agama rasmi) menyentuh kedudukan agama Islam . . . cabar agama Islam yang dinobatkan sebagai agama rasmi negara. "Dalam tempoh dua minggu kita nak tahu, kami mahu kerajaan bertindak tegas, ini bukan isu politik, jangan jadikan ia sebagai untung rugi politik, jangan sebab mahu ambil hati tiada tindakan yang diambil . . . kami tidak akan berdiam diri sehingga tindakan diambil," katanya sambil menambah, pihaknya akan membuat laporan polis lagi esok. Ditanya pendirian parti politik yang seolah-olah mengambil sikap lepas tangan, Ibrahim menegaskan, sepatutnya parti-parti politik perlu melihat dari aspek keselamatan negara dan bukan "hanya mahu mendapatkan sokongan pengundi." "Kita tidak bermain dengan api, tapi bila ada pendedahan yang dibuat sama ada betul atau tidak polis kena siasat, macam mana nak biarkan perkara ini yang sudah didedahkan. "Pendirian parti politik hanya menjaga kepentingan parti, mereka tidak akan ambil sikap dari segi undi yang mereka boleh dapat pada pilihan raya akan datang," katanya. Tambah Ibrahim, sekiranya laporan Utusan Malaysia yang dipetik daripada beberapa blog itu tidak benar, tindakan harus diambil terhadap blogger yang menyiarkan laporan palsu. "Isu keselamatan tak boleh lepas tangan, saya harap kerajaan telus dan bertindak dengan cepat, bila hina Islam tiada sesiapa yang nak bela, bila kita bertindak kata kita rasis, perkauman, Perkasa bukan apoligetik," katanya - TMI |
Konspirasi kristian : Jeff Ooi buat laporan polis Posted: 08 May 2011 03:59 AM PDT Ahli parlimen Jelutong Jeff Ooi membuat laporan polis ke atas akhbar Utusan Malaysia dan seorang penulis blog berhubung dakwaan "berniat jahat" melalui laporan yang mendakwa bahawa beliau terlibat dalam konspirasi untuk menukar agama rasmi negara. Ooi yang juga anggota jawatankuasa pusat DAP mahu polis menyiasat Utusan Malaysia atas laporan bertajuk 'Kristian Agama Rasmi?' yang menjadi tajuk utama akhbar berkenaan semalam. Selain itu, laporan berkenaan juga dibuat berhubung laporan akhbar itu di halaman lima, bertajuk 'Dua halaman blog dedah ikrar paderi seluruh negara' dan 'Jeff Ooi nafi anjur majlis'. Ooi berkata, tulisan tersebut membayangkan bahawa beliau telah menghadiri satu pertemuan bersama pemimpin agama Kristian pada Jumaat lalu di mana kumpulan berkenaan telah berdoa supaya Kristian menjadi agama rasmi Malaysia dan supaya seorang Kristian menjadi perdana menteri. Laporan dalam Utusan Malaysia itu adalah berdasarkan tulisan di satu blog pro-Umno, Zakir Mohammed bertajuk 'Making Christianity the official religion' yang turut mendakwa bahawa Ooi telah menganjurkan pertemuan berkenaan. Zakir dan seorang penulis blog yang tidak dikenali turut menyiarkan satu foto yang menunjukkan sekumpulan penganut agama sedang berdoa. Bercakap dalam satu sidang media di Pulau Pinang hari ini, Ooi menggesa Zakir dan Utusan Malaysia supaya memohon maaf kepada semua penganut Krisitan dalam tempoh 24 jam atas dakwaan yang dilemparkan itu. Ooi berkata, Utusan Malaysia juga telah menyimpulkan dalam laporan berkenaan bahawa DAP terlibat dalam satu tindakan berbahaya dan mendakwa parti itu membawa strategi politik cauvinis Cina ke tahap yang tinggi dan sensitif. Ooi juga berkata, penulis blog berkenaan juga cuba untuk menimbulkan sentimen anti-Cina di kalangan orang Melayu walaupun tidak kesema masyarakat Cina merupakan penganut Kritian. |
Bolehkah BN menang besar dengan menggunakan isu moral? Posted: 08 May 2011 01:04 AM PDT oleh Aspan Alias Nampak cara pemimpin besar kita bercakap dan bergerak pilihanraya semacam dah nak dekat sangat. Kalau dikaji pula cara bergerak pemimpin pembangkang juga menambah keyakinan kita yang waktu untuk memilih siapa yang akan memerintah dan mentadbir negara sudah semakin hampir. Yang paling menarik sekali ialah isu-isu yang dikeluarkan oleh kedua-dua pihak yang sedang berlumba-lumba mendapatkan keyakinan rakyat semakin panas dan menarik perhatian ramai termasuklah diri saya. Saya dapat agak banyak pandangan dari kawan-kawan yang serius memberi pandangan yang serius baik buruknya sesuatu isu bagi kedua-dua belah pihak itu. Nampaknya BN/UMNO memberikan keutamaan kepada isu moral untuk menjauhkan pengundi dari parti-parti pembangkang. Isu video seks dan sodomi memainkan peranan utama di pihak BN untuk menagih sokongan yang kian menurun untuk kembali kepada pihak pemerintah kerajaan Persekutuan itu. Ramai pemimpin setiap peringkat BN khususnya UMNO merasakan kali ini isu terhadap Anwar bak kata orang minang merupakan isu yang 'mangkuih' bagi BN. ... seterusnya DI SINI |
Pelancaran iPad : 4 cedera dalam pergaduhan Posted: 08 May 2011 12:39 AM PDT Four people were taken to hospital and a glass door smashed as a near-riot broke out at Beijing's top Apple store among crowds rushing to snap up the popular iPad 2 tablet computer. Angry consumers began rushing the store on May 7 afternoon after a 'foreign' Apple employee allegedly stepped into the crowd to push and beat people suspected of queue jumping, the Beijing News said. After the employee retreated back into the store, a crowd of consumers smashed the glass front door and shoved security guards as they surged forward in anger over the alleged beatings, the report said. Consumers have lined up for hours at Apple stores in Beijing and Shanghai since the iPad 2, the updated version of the tablet computer, went on sale in the world's biggest Internet market on Friday. The store in Beijing's chic Sanlitun commercial district closed early on Saturday because of the altercation, but according to a voice recording on the store's phone was open for business on Sunday. Apple officials were not immediately available for comment when telephoned by AFP. Police were investigating the incident and have interviewed four people hospitalised with injuries, the Beijing News said. Lines for the popular iPad 2 have grown so long that people have begun selling their places in the queue, while a secondary market has also developed with consumers reselling their tablet computers for profit after leaving the store, the report said. The store posted a notice saying that queue jumping and the unauthorised sales of Apple products would not be tolerated, the paper said. Source: AFP |
Pas berjuang untuk DAP - Mahathir Posted: 08 May 2011 12:10 AM PDT Dr Mahathir berkata, PAS menjadi titik mula perpecahan orang Melayu. KUALA LUMPUR: PAS kini berjuang untuk DAP dan bukan lagi kepentingan. Melayu dan agama Islam, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. "Dulu nak pandang muka DAP pun tidak mahu kini PAS kata jangan sentuh DAP walau dalam hal orang Melayu dan agama Islam.. "Dulu Karpal Singh kata kalau PAS nak tubuh negara Islam kena langkah mayat mereka dulu. "Kini sudah terbalik" kata bekas presiden Umno ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan Umno Cheras hari ini. Dalam ucapan kira-kira 40 minit Dr Mahathir berkata, PAS menjadi titik mula perpecahan orang Melayu. Kata bekas presiden Umno itu, ulamak yang asalnya dalam Umno tidak puas hati kerana tidak diberi tempat telah bertindak keluar menubuhkan PAS. "Puncanya orang Umno yang pandai bahasa Iggeris diberi tempat, mereka golongan yang pandai bahasa Arab tetapi tidak pandai bahasa Inggeris tidak diberi tempat," katanya. Dr Mahathir juga menyelar Datuk Nik Aziz Nik Mat yang memutar belit ayat Quran dan berbohong. Menteri Besar Kelantan itu dakwa Dr Mahathir sanggup bekata tidak salah orang Islam berpecah dua. "Boleh PAS nak lawan Umno tapi jangan bersekongkol dengan DAP dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Dia (PAS) nak lawan kita seorang sama seorang pun boleh. Jangan (bersama) dengan DAP," katanya. |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan