Jumaat, 27 Mei 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Kenaikkan tarif elektrik tak boleh dielakkan kata menteri

Posted: 27 May 2011 12:47 AM PDT

SEPATUTNYA keputusan untuk menaikkan tarif elektrik ini sudah diumumkan awal-awal lagi. Sebelum ini menteri kata nak kaji dulu, taknak susahkan rakyat kononnya. Siapa yang percaya kerajaan Barang Naik tidak mahu menaikkan harga bolehlah disifatkan sebagai kurang cerdik.

Orang yang percaya kerajaan Barang Naik tidak mahu menaikkan harga barang kerana tak mahu rakyat susah, samalah seperti percaya bahawa nyamuk tidak akan menghisap darah kerana kesiankan manusia. Begitulah juga halnya dengan tarif elektrik, pusinglah ikut mana pun, akhirnya jawapan menteri tetap sama "Tarif elektrik tidak boleh tidak terpaksa dinaikkan" [MalaysianInsider].



Lagi sekali, siapa yang percaya menteri-menteri dan orang politik atasan faham kesusahan rakyat bawahan, korang silap besar. Menteri-menteri tak akan faham kesusahan rakyat bawah yang bergaji kecil kerana mereka tak rasa bagaimana keadaannya hidup dengan gaji yang kecil.



Jangan lupa sertai Perhimpunan Bersih 2.0 "Walk for democracy" 9 Julai 2011. Kita bukan nak lawan kerajaan, tapi kita mahu kerajaan berakal sikit, fikirkan rakyat bawah yang susah jangan asyik menggila naikkan harga barang. Bagi mereka ingat rakyat pilih pemimpin untuk senangkan hidup rakyat, bukan senangkan anak beranak dan cukong mereka!


ReJaM© "Nyamuk kalau tak hisap darah ibarat seperti bik mama tak pergi shopping"

Jawatan kosong di Jabatan Kerajaan dibekukan

Posted: 26 May 2011 11:27 PM PDT

KEPADA rakyat Malaysia terutama anak-anak muda yang bercita-cita nak kerja kerajaan tu, batalkanlah niat korang. Segala jawatan kosong di jabatan-jabatan kerajaan dan pengambilan pekerja ke jabatan kerajaan sudah dimansuhkan. Kerja kosong memang ada, tapi kerajaan yang tak mahu ambil pekerja baru, kalau korang nak kecewa korang punya pasal.

Carilah kerja sementara, jual burger ke kacang rebus ke untuk menampung sara hidup korang.



Satu perkara yang anda perlu ambil iktibar dan fikirkan. Apabila majikan sudah membuat keputusan untuk tidak mengambil pekerja baru di dalam syarikatnya, sedangkan berlambak-lambak kerja kosong yang memerlukan pekerja baru di dalam syarikat itu, ini tandanya syarikat itu mengalami masaalah kewangan yang serius.

Pergilah ke negara mana sekalipun, ke Amerika, Yogoslovia, Guatemala, Indonesia termasuk Israel dan Palestin. Majikan paling besar di dalam sesebuah negara adalah kerajaan negara itu sendiri. Bila majikan paling besar sudah bekukan pengambilan pekerja sedangkan kerja kosong memang wujud, maka anda fikirkanlah sendiri apa yang berlaku.

Jangan lihat Utusan Malaysia, Berita Harian, Harian Metro, Kosmo dan media-media arus perdana yang lain termasuk TV3 Suku. Media-media pengampu kerajaan ni kalau negara dah bankrap pun dia akan laporkan Barisan Nasional bijak menguruskan ekonomi.

ReJaM© "Kalau di Negara-negara kafir, mereka akan cetuskan perang supaya anak-anak muda mati bagi mengurangkan pengangguran"

Pepsi dan Coca Cola mengandungi Ekstrak Babi?

Posted: 26 May 2011 12:43 PM PDT

MALAM tadi MiLo SuaM menerima sebuah lagi email dari salah seorang pembaca blog jalanan ini yang mendakwa menerima sebuah keratan akhbar Muslim Free Press bertarikh 14 November 2007.

Kalau dilihat keratan akhbar ini mengesahkan kehadiran ekstrak usus babi di dalam minuman berjenama popular Pepsi dan Coca Cola. Ekstrak usus babi ini juga didakwa boleh menjadi penyebab kanser dan lain-lain penyakit pembawa maut. Rujuk di bawah ini.


Sejauh mana kebenaran keratan akhbar ini tidak dapat dipastikan. Harap pihak yang berkenaan mengambil langkah-langkah yang sepatutnya untuk menyiasat dan melakukan tindakan-tindakan yang perlu demi kepentingan Islam terutama di negara tercinta ini.

ReJaM© "Mencari yang halal itu fardu bagi setiap Muslim"

Dosa Najib lebih besar dari Pak Lah Al-Tiduri

Posted: 26 May 2011 03:55 AM PDT

SALAH satu dosa paling besar dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia sebelum ini, Tun Abdullah Badawi ialah menaikkan harga minyak sebanyak RM 0.78 menyebabkan harga minyak RON 97 pada waktu itu melonjak kepada RM 2.70 per liter [Utusan]
.


Hal ini adalah penyumbang besar kepada peralihan kuasa Tun Abdullah kepada Perdana Menteri baru Najib Tun Razak dengan alasan Pak Lah sudah dibenci oleh rakyat Malaysia, dan Pak Lah juga didakwa menjadi liabiliti kepada Barisan Nasional.

Namun perlu diingat, semasa Tun Abdullah memegang tampuk pemerintahan, beliau menaikkan harga minyak RON 97 kepada harga RM 2.70 di saat harga minyak dunia berharga USD 121 per tong [Wikipedia]


Namun begitu Najib Tun Razak yang kononnya lebih bijak mentadbir ekonomi Malaysia telah menaikkan harga minyak RON 97 kepada RM 2.90 per liter di saat harga minyak dunia baru USD 100.96. Dalam masa yang sama Najib melaungkan slogan "Rakyat didahulukan" [OilPrice].



ReJaM© "Rupanya Najib lebih teruk dari Pak Lah Al-Tiduri, Muhyiddin dah boleh siap sedia jadi Perdana Menteri baru Malaysia..."

Tiada ulasan: