Blog-list Malaysia |
- Sah Tarif Elektrik Akan Dinaikkan..
- Polis didakwa sekongkol dengan sindiket curi kereta
- PRU13 - Jentera Parti Diaktifkan
- Hubungan Pemuda UMNO Dan PERKASA Rapat
- Pemilihan: PAS pusat perlukan pemimpin Kelantan, kata Nik Aziz
- Tiada lagi arak di 7 Eleven negeri Pakatan Rakyat
- Keputusan semakan tarif elektrik diumum esok...
- MP gesa polis jelaskan sebab kematian Sarbani
- Harga Minyak - Rakyat Kena Kencing
| Sah Tarif Elektrik Akan Dinaikkan.. Posted: 26 May 2011 11:41 PM PDT Tarif elektrik: Kenaikan tak boleh dielak, tapi dilaksana berperingkat SHAH ALAM, 27 Mei — Kenaikan tarif elektrik akan tetap berlaku tetapi kerajaan akan melaksanakannya secara berperingkat, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini. Kenyataan itu meredakan rakyat yang bimbang dengan kesan kenaikan tarif elektrik ketika majlis ekonomi dijadual bermesyuarat hari ini untuk memutuskan perkara tersebut. MENYUSUL LAGI ![]() |
| Polis didakwa sekongkol dengan sindiket curi kereta Posted: 26 May 2011 11:35 PM PDT Beberapa anggota polis didakwa bersekongkol dengan kumpulan mencuri kereta di seluruh negara dakwa ahli parlimen DAP Segambut Lim Lip Eng, sambil menggesa Bukit Aman supaya segera menyelesaikan isu itu. Lim yang membuat laporan polis di balai Jinjang hari ini mendakwa kereta yang dilaporkan dicuri telah berjaya dijumpai oleh polis tetapi dikitar semula dan diserahkan kepada sindiket yang menjualnya pula kepada pemilik kereta terpakai atau pembeli persendirian. "Saya menerima lebih 15 aduan sejak Disember tahun lalu daripada peniaga kereta terpakai yang sehingga sekarang belum selesai. 60 kereta dirampas daripada mereka kerana dipercayai kenderaan curi, setakat ini hanya 20 kereta yang telah dipulangkan," katanya. Lim berkata laporan polis hanya dibuat hari ini berhubung perkara berkenaan kerana baru-baru beliau menjumpai dalil kukuh bagi membuktikan berlakunya penyelewengan kuasa. Beliau juga merujuk kepada satu laporan polis di mana mangsa membuat laporan bahawa kereta Mercedes C200 Compressor miliknya telah dicuri pada 13 Mac, 2009 dan telah membuat tuntutan insuran. Dalam satu surat yang tidak bertarikh daripada Jabatan Siasatan Jenayah, ibu pejabat polis Ampang yang ditandatangani seorang pegawai yang dikenali sebagai Saiful Irwan Abdul Hamid, ia menyatakan bahawa kereta itu telah dijumpai dan dipulangkan kepada pemiliknya. Namun menurut Lim, pemiliknya tidak pernah mengambil semula keretanya itu. Sebaliknya, kereta yang sama dengan nombor pendaftaran yang lain didakwa dibeli oleh seorang peniaga kereta terpakai, Pang Koo Tak, dari Setiawan, Perak. Pang bagaimanapun menurut Lim, terkejut apabila keretanya dirampas pada 19 Januari lalu oleh seorang anggota polis bernama Razlam Ab Hamid dari Jabatan Disiplin Bukit Aman bagi siasatan lanjut kerana nombor chasis kereta itu bersamaan dengan nombor kenderaan yang dicuri itu. Lim berkata Pang kemudiannya berjumpa dengannya dan meminta bantuan bagi mendapatkan semula keretanya kerana kereta itu dibeli menerusi pinjaman bank dan beliau masih berhutang. - mkini ![]() |
| PRU13 - Jentera Parti Diaktifkan Posted: 26 May 2011 08:51 PM PDT Meskipun cakap-cakap bahawa pilihan raya umum ke-13 bakal diadakan seawal Jun ini hanya spekulasi, namun ini tidak menghalang PKR membuat persiapan rapi jika benar-benar parlimen dibubarkan. Parti pembangkang itu mengadakan perbincangan tertutup selama dua hari di Port Dickson yang dihadiri pemimpin kanannya dengan fokus pada kempen pilihan raya umum akan datang. Naib presiden PKR Tian Chua berkata mesyuarat yang berakhir semalam itu adalah langkah permulaan bagi parti itu mengakhiri persiapan pilihan raya mereka sebelum Julai ini. "Mesyuarat tertumpu pada isu polisi seperti jentera pilihan raya, latihan bagi sukarelawan parti, laman web kami dan juga mobilasasi," katanya ketika dihubungi. Tian Chua bagaimanapun enggan mendedahkan butiran apa yang dibincangkan itu tetapi beliau tidak menafikan apabila ditanya sama ada pemimpin kanan PKR sekarang akan mula bergerak ke seluruh negara bagi mempercepatkan persiapan jentera pilihan raya mereka. "Sudah tentu, persiapan kami adalah untuk mempermantapkan (jentera parti) di setiap negeri," katanya yang ahli parlimen Batu itu. Seorang lagi naib presiden PKR Fuziah Salleh juga keberatan memberitahu apa yang dibincangkan pada pertemuan itu dan menganggapnya sebagai mesyuarat biro politik yang 'lazim'. "Ini bukan kali pertama kita bincangkan isu pilihan raya pada mesyuarat. Ia hanya lanjutan mesyuarat biro politik yang lazim kita adakan. "Kita menilai dan menyemak semula senarai, secara asasnya kita menyemak buat kali terakhir agar kita benar-benar bersedia, memandangkan pilihan raya umum mungkin diadakan seawal Julai ini," katanya. Bagaimanapun sumber dalaman itu berkata mesyuarat berkenaan adalah hasil usaha berbulan-bulan yang bertujuan mempersiapkan jentera parti bagi menghadapi pilihan raya baik di peringkat parlimen mahupun negeri. Sumber yang rapat dengan pemimpin tertinggi PKR itu berkata terdapat pelbagai sebab bagi ketua umum parti Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelajah ke seluruh negara. Selain meninjau persiapan parti, katanya, Anwar pada masa yang sama menggunakan peluang itu bagi membuat penjelasan berhubung kempen anti-fitnah berikutan terdedahnya pita video seks yang didakwa mirip pemimpin berkarisma itu. "Jadualnya (Anwar) penuh sejak beberapa bulan lalu dan setiap tempat yang beliau lawati, jentera negeri dimobilisasikan... awak nilai sendiri la," kata sumber itu. RAKYAT MARHAEN ![]() |
| Hubungan Pemuda UMNO Dan PERKASA Rapat Posted: 26 May 2011 08:25 PM PDT Penglibatan bersama antara Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Pemuda UMNO berhimpun di hadapan pejabat akhbar Utusan Malaysia minggu lalu jelas mengambarkan mereka mempunyai hubungan rapat. Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata gambaran itu mudah dibaca rakyat sekaligus menolak dakwaan terdahulu dimana mereka menafikan perkara tersebut. "Rakyat sudah sedia maklum bahawa mereka (Pemuda UMNO & PERKASA) bersama, sebelum ini UMNO mahupun pemudannya menafikan PERKASA bukan pro mereka. "Itulah sebabnya apabila MCA turut membantah (boikot) bukan sekadar PERKASA malah pemuda UMNO turut turun dan ini juga jelas mengesahkan bahawa antara mereka memang ada hubung kaitnya yang rapat," katanya. Terdahulu, Angkatan Muda Kedilan (AMK) memutuskan untuk menunda perhimpunan aman dihadapan syarikat Utusan Malaysia bagi membantah laporan fitnah akhbar milik UMNO itu berikutan provokasi yang keterlaluan dari Pemuda UMNO dan PERKASA. Timbalan Ketua Penerangan AMK, Rozan Azen Mat Rasip berkata, pertembungan AMK dengan pemuda UMNO dan PERKASA yang kononnya mahu mempertahankan akhbar itu hanya akan mengubah makna perhimpunan aman yang dirancang AMK sebelum ini. "Ini juga menunjukkan sikap Pemuda UMNO yang jelas agen provokasi-provokasi perkauman dan agama selain melihat itu adalah satu-satunya cara bagi menyelamatkan diri mereka dalam PRU akan datang ini," katanya. Dalam pada itu, Khalid turut mempersoalkan kedudukan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin ekoran kegagalan beliau hadir bersama bagi mengepalai perhimpunan tersebut. "Saya mempersoalkan sama ada Pemuda UMNO hari ini sudah menolak kepimpinan beliau (Khairy Jamaluddin) ataupun lebih lebih selesa dibawah Ibrahim Ali," katanya. ![]() |
| Pemilihan: PAS pusat perlukan pemimpin Kelantan, kata Nik Aziz Posted: 26 May 2011 08:14 PM PDT Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata kepimpinan PAS Kelantan diperlukan dalam pentadbiran pusat parti itu bagi menyumbang pengalaman dan pentadbiran komponen Pakatan Rakyat (PR) itu. Justeru, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, beliau menyokong penuh dua Exco Kerajaan Negeri bertanding kerusi naib presiden pada pemilihan akhir minggu depan. Dua exco itu ialah Datuk Husam Musa dan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah. Selain dua wakil rakyat itu, seorang lagi yang bertanding kerusi naib presiden kali ini ialah Salahuddin Ayub. Salahuddin yang mahu mempertahankan jawatannya merupakan ahli Parlimen dari Kelantan, tetapi berasal dari Johor. "Kelantan ada kerajaan PAS. Oleh itu perlu ada pemimpin PAS Kelantan di pusat, nak jadi timbalan presiden atau naib presiden itu masalah kedua, yang penting ada calon supaya pengalaman di Kelantan boleh dibawa ke pusat, maka orang ini boleh jawab dengan jelas," kata Nik Aziz (gambar) dipetik Sinar Harian hari ini. Bagaimanapun, Nik Aziz memberitahu jika terpilih beliau menasihatkan pemimpin berkenaan perlu bijak membahagikan masa antara jawatan parti dan pentadbiran negeri bagi mengelak sebarang masalah pada masa depan. "Tidak ada masalah walaupun dua orang... (tetapi) jangan jejas mesyuarat Kelantan, masa mesyuarat Exco ada, nak atur macam mana terpulang, jangan bertembung. "Macam pengalaman sebelum ini, Datuk Halim Abdul Rahman (bekas timbalan menteri besar) yang dilantik (ke) Dewan Harian, banyak dia tak dapat hadir," kata beliau dalam laporan itu. Menyentuh mengenai pertandingan peringkat timbalan presiden, Nik Aziz memilih untuk berkecuali dan menyerah kepada perwakilan walaupun spekulasi mengatakan beliau menyokong naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. "Itu saya tidak boleh komen, kebetulan Tuan Ibrahim anak saudara saya. Kalau saya sokong pun, saya tidak boleh sebut," katanya lagi. Awal minggu ini, Tuan Ibrahim mengumumkan akan bertanding jawatan timbalan presiden, kerusi yang hendak dipertahankan oleh Nasharudin Mat Isa. Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Mohamad Sabu juga memutuskan untuk bersaing di peringkat timbalan presiden. Dalam pada itu, jawatan naib presiden PAS bakal menyaksikan pertarungan melibatkan enam penjuru termasuk tiga daripadanya wakil rakyat dari Kelantan. Selain Husam, Mohd Amar dan Salahuddin turut akan bertanding ialah Datuk Mahfuz Omar, bekas menteri besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan Ketua Penerangan Idris Ahmad. ![]() |
| Tiada lagi arak di 7 Eleven negeri Pakatan Rakyat Posted: 26 May 2011 07:16 AM PDT Januari 2011 lalu kecoh tentang isu penjualan arak di Selangor dan ekoran itu, kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim berjanji akan menyelesaikan isu ini dengan cara yang baik. Kini, penyelesaian yang dikatakan secara baik itu mula memberikan hasil apabila kedai-kedai serbanika khasnya 7-Eleven di kawasan Melayu tidak lagi menjual minuman keras di kedai mereka. Tinjauan Harakhdaily di Seksyen 8 Shah Alah, minuman keras tidak lagi dijual di kedai 7-Eleven kawasan itu. Begitu juga di Bandar Tasik Puteri, Rawang. Kedai 7-Eleven kawasan ini juga tidak lagi menjual minuman keras. Ketiadaan minuman keras di kedai ini mula dirasai sejak awal tahun ini iaitu tidak beberapa lama selepas kerajaan negeri memaklumkan pihaknya akan berbincang dengan rangkaian kedai serbanika tentang hal ini. Namun di Jalan Pahang Barat, kedai 7-Eleven yang bersebelahan dengan pejabat Harakah sendiri, minuman keras masih dijual di situ. Ini kerana kawasan ini bukan dikira kawasan penduduk Islam. Pada tahun 2000, berlaku satu demonstrasi di Bandar Baru Bangi. Demonstrasi itu membantah penjualan arak secara yang berleluasa di kedai serbanika khasnya 7-Eleven di kawasan penduduk Islam itu. Pada tahun 2006, Penduduk Taman Melati, Gombak juga membuat bantahan yang sama apabila mereka membantah jualan arak di kedai rangkaian 7-Eleven itu. (gambar bawah) Bagi mereka, kedai serbanika yang beroperasi 24 jam itu telah menjadi punca ketagihan arak di kalangan remaja apabila mereka membeli arak di situ selepas tengah malam, ketika tidak ada ramai orang. "Kita tidak mahu gunakan kekerasan atau undang-undang dalam hal ini," kata Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor selepas mengadakan pertemuan dengan para pengusaha kedai serbanika ekoran isu peraturan jualan arak di Majlis Perbandaran Subang Jaya (MBSJ) berbangkit Januari lalu. Usaha ugar jualan arak dikawal telah dibangkitkan oleh PAS sejak tahun 1990 apabila parti Islam itu mula memenangi Kelantan. Ketika umat Islam tidak mahu didedahkan dengan minuman keras, hak penduduk bukan Islam dijaga untuk terus mempunyai hak itu. PAS Pusat sendiri pada 2009 menggesa Kerajaan Selangor menguatkuasakan larangan penjualan arak secara terbuka sepertimana dilaksanakan di Kelantan dan Terengganu kerana melibatkan sensitiviti orang Islam. Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, mengikut garis panduan penjualan minuman keras di Kelantan dan Terengganu, ia tidak boleh dibuat secara terbuka di kawasan berpenduduk majoriti Islam. "Setakat ini, kedua-dua negeri itu melaksanakan enakmen melarang penjualan minuman keras secara terbuka di kawasan yang majoriti penduduk Islam dan kaedah ini berjaya," katanya pada satu sidang media. Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Selangor, Hasbullah Mohd Ridzwan berpandangan, situasi tiada penjualan arak di kawasan majoriti Islam ini hasil rundingan dan persefahaman kerajaan negeri dengan pengeluar dan penjual minuman keras. "Setakat yang kita tengok memang di 7-Eleven kawasan majoriti Islam tak jual arak. "Pemuda melihat ada persefahaman di antara kerajaan negeri dan pihak yang terlibat dengan pengeluaran arak ini," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini. Menurutnya, Umno BN di bawah Dr. Khir Toyo dahulu tidak prihatin terhadap sensitiviti umat Islam apabila membiarkan arak dijual secara terbuka di kawasan majoriti Islam. "Pemuda melihat kerajaan BN dahulu tidak mengambil perhatian soal sensitiviti masyarakat setempat tapi Pakatan sekarang mengambil berat soal itu dan melarang penjualan arak secara terbuka. "Kerajaan negeri hanya membuat pengawalan kepda orang Islam sahaja, orang bukan Islam tak ada masalah," katanya. Dalam pada itu, beliau turut bersetuju dengan langkah kerajaan negeri yang menitik beratkan soal pencegahan dan kesedaran mengenai bahaya arak. "Pemuda menyokong segala program kesedaran mengenai keburukan arak dan semua pun tahu dalam keadaaan masyarakat kita, banyak keburukan berpunca daripada minum arak," katanya. Dalam pada itu kerajaan negeri pada Januari lalu juga mengumumkan peruntukan RM10 juta bagi membantu umat Islam yang terbabit dengan urusan arak mencari pekerjaan alternatif. "Menerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan, wang tersebut akan digunakan untuk menawarkan mereka latihan keusahawanan dan bantuan modal bagi memulakan perniagaan. "Antara sektor perniagaan yang ditawarkan bantuan modal adalah kecantikan, jahitan, masakan, membaiki telefon bimbit dan lain-lain," kata exco kerajaan negeri, Yaakob Sapari. Langkah ini sebagai satu cara membantu orang Islam mengelakkan diri daripada terus bekerja di premis pembuatan arak secara berperingkat-peringkat. |
| Keputusan semakan tarif elektrik diumum esok... Posted: 26 May 2011 06:11 AM PDT Majlis Ekonomi Negara (NEC) akan membuat keputusan jika terdapat sebarang semakan semula kepada tarif elektrik, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.Beliau berkata mesyuarat NEC akan diadakan di Putrajaya esok dan dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Beliau bercakap selepas pelancaran "Dare To Dream Challenge" bersempena dengan Pameran dan Persidangan Teknologi Hijau & Produk Eko Antarabangsa Malaysia 2011 yang kedua (IGEM 2011), di Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing di Cyberjaya.Mengulas mengenai tuduhan yang menaiktaraf Loji Rawatan Kumbahan Pantai 2 telah meningkat sekali ganda kepada RM1 bilion, Chin berkat ![]() |
| MP gesa polis jelaskan sebab kematian Sarbani Posted: 26 May 2011 05:12 AM PDT Ahli parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad hari ini menggesa polis mengemukakan penjelasan lanjut berhubung sebab kematian pegawai kanan kastam Ahmad Sarbani Mohamed bagi mengelakkan kesangsian bahawa isu berkenaan cuba ditutup. "Semua orang masih tidak puas hati dengan penjelasan (polis). Bagaimana (Sarbaini) pergi ke SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dengan rela hati untuk berjumpa pegawai penyiasat, tiba-tiba ditemui mati," kata Khalid. Jelasnya, kesangsian itu timbul memandangkan polis setakat ini hanya menjelaskan bahawa "Sarbaini tidak dibunuh" dan "mati mengejut." "Banyak lagi persoalan yang pihak polis tidak jawab. Saya nak pertikaikan mengapa dia susah payah (ke SPRM) kalau dia hendak bunuh diri. "Polis mesti jelaskan apa yang (Sarbaini) hendak ceritakan kepada SPRM sehingga membawa kepada kematiannya," kata Khalid lagi dalam satu sidang media di pejabatnya hari ini. Jelasnya, isu berkenaan perlu dijelaskan memandangkan balu Sarbaini sendiri telah membuat satu laporan polis berhubung kes kematian itu, berdasarkan satu perbualan dengan salah seorang pegawai kanan SPRM. Masiah @ Maziah Manap, 50, dalam laporannya pada awal bulan ini mendakwa bahawa pegawai yang dinamakannya sebagai Ghani itu telah memberi gambaran kepadanya bahawa salah seorang kakitangan bawahan terlibat dalam kes berkenaan. "Saya menyatakan kepadanya bahawa saya reda dengan kematian suami saya. Seterusnya saya bertanya soalan – apakah Encik Ghani akan buat sekiranya Encik Ghani berada di tempat saya? "Apa yang mengejutkan saya ialah jawapan yang perlahan daripada Encik Ghani yang menyatakan – 'Bukan saya...Orang saya.' "Saya membuat laporan ini kerana saya mengesyaki bahawa Encik Ghani terlepas cakap semasa perjumpaan di pejabat kastam," laporan tersebut dipetik. Dalam laporan itu juga, Masiah berkata pertemuan itu dilakukan di satu pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Subang pada 28 April lalu. Sarbani, 56, ditemui mati di dalam dalam premis ibu pejabat SPRM Kuala Lumpur pada 6 April lalu setelah hadir ke pejabat berkenaan bagi bertemu salah seorang pegawai berhubung kes siasatan melibatkan dirinya. Beliau merupakan antara 62 orang pegawai kastam yang ditahan pada 1 April dalam satu operasi besar-besaran SPRM ke atas jabatan berkenaan. ![]() |
| Harga Minyak - Rakyat Kena Kencing Posted: 26 May 2011 02:47 AM PDT Subsidi dikaji jika minyak cecah lebih AS$110 setong Kerajaan akan mengkaji semula subsidi bahan api sekiranya harga minyak mencecah antara AS$110 dan AS$120 setong, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai. Semalam kerajaan memutuskan untuk mengekalkan harga petrol RON95, diesel dan petroleum gas cecair (LPG) buat masa ini. "Kita tahu pada masa ini, banyak benda lain juga meningkat, termasuk harga makanan dan perumahan. Jadi kerajaan memutuskan untuk tidak menaikkan (harga bahan api)," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan pejabat baru Standard Financial Planner Sdn Bhd di Petaling Jaya hari ini. Selain itu, keputusan berkenaan juga berdasarkan kepada penurunan harga minyak daripada AS$110 setong sehingga pada April, kepada lebih AS$100 setong pada masa ini, kata Lim dan menambah yang kerajaan sentiasa memantau pasaran minyak mentah. Beliau berkata, jika harga minyak terus meningkat, kerajaan akan berbelanja lebih terhadap subsidi yang akan membawa kepada defisit lebih tinggi dan mempengaruhi pertumbuhan ekonomi. "Apabila kita (kerajaan) merancang belanjawan tahun ini, kita melihat pada harga minyak antara AS$85 dan AS$90 setong. "Sudah tentu jika (harga minyak) turun di bawah AS$100 setong, kerajaan berkemungkinan tidak melakukan apa-apa kerana kita boleh mencari cara untuk menanganinya. Tetapi jika melangkaui AS$110, barulah kita menimbangkan (beberapa langkah) kerana ia boleh mempengaruhi pertumbuhan ekonomi," katanya. Walaupun, rakyat boleh terus menikmati subsidi bahan api, Lim menasihatkan mereka supaya berhemat. Semasa ditanya sama ada terdapat kenaikan dalam kadar tarif elektrik, Lim berkata Majlis Tindakan Ekonomi Negara akan bermesyuarat esok bagi membincangkan dan memutuskan isu tersebut. Mengenai tinjauan masa depan ekonomi Malaysia pada suku kedua, Lim yakin negara akan dapat mencatatkan pertumbuhan yang lebih baik pada 4.6 peratus dengan peningkatan pelaburan langsung asing. ![]() |
| You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |










Tiada ulasan:
Catat Ulasan