Ahad, 22 Mei 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Bila kerajaan lemah, kebajikan rakyat akan lebih terjamin

Posted: 21 May 2011 12:50 PM PDT

SAMA ada anda setuju atau tidak, ungkapan "bila kerajaan lemah, kebajikan rakyat akan lebih terjamin" ternyata banyak kebenarannya. Terbaru berkenaan kejadian tanah runtuh yang mengorbankan anak-anak yatim (belum ada angka rasmi) di sebuah madrasah di Hulu Langat, Selangor menyaksikan kerajaan pusat dan kerajaan negeri seperti berlumba-lumba untuk menghulurkan bantuan.

Mulanya Kerajaan Negeri Selangor mengumumkan bantuan segera berjumlah RM 50, 000 di mana RM20,000 diperuntukan bagi kegunaan pengurusan jenazah, sementara selebihnya sebanyak RM30,000 diperuntukan untuk kegunaan usaha mencari mangsa dan menyelamat yang masih tertimbus [mStar]



Beberapa jam selepas itu, kerajaan pusat juga tak mahu kalah memberikan bantuan yang lebih banyak kepada mangsa-mangsa yang terlibat iaitu RM 10, 000 kepada setiap keluarga mangsa, ditambah dengan bantuan menguruskan jenazah yang ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan pusat [mStar].



Masih tidak jelas mengapa kerajaan pusat menghulurkan RM 10, 000 kepada keluarga mangsa. Kita tunggu apa yang akan dikatakan oleh Muhyidin Yassin esok. Tapi apa yang menarik di sini, kalau korang tengok televisyen tadi, tak henti-henti ditegaskan bahawa bantuan RM10,000 itu adalah daripada kerajaan pusat sampai ReJaM© naik muat mendengarnya.

Kerajaan takut sangat kalau rakyat fikir bantuan RM10,000 itu adalah dari Kerajaan Selangor yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. Lantaklah korang nak buat propaganda bodoh tu, yang penting rakyat yang untung.

Apa yang jelas, rakyat harus bijak berpolitik. Jangan bagi sesebuah parti itu terlalu kuat memerintah Malaysia. Tak kiralah Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat. Bila kita ada pembangkang yang kuat maka kedua-dua parti ini akan berlumba-lumba untuk memenangi hati rakyat. Masing-masing nak tunjuk baik. Maka siapa yang untung? Rakyat juga... bukan ke bagus macam tu?

PRU13 kita bagi pulak Pakatan Rakyat memerintah Malaysia, dalam masa yang sama jangan bagi PR kuat sangat, biar "balance" dan pada saat itu, nescaya "Rakyat akan menjadi raja". Kerajaan takkan buat sesuka hati mereka.

Kerajaan ni kalau dia kuat sangat, nanti dia ingat semua rakyat suka dengan dia. dia ingat semua dia buat rakyat sokong. Maka kesimpulannya jangan jadi rakyat yang bodoh, jadilah rakyat yang bijak. Tengok negara Jepun, kita baru 6 Perdana Menteri, diorang dah lebih 30 kali tukar Perdana Menteri. Mereka bijak berpolitik dan maju.


ReJaM© "Bila kerajaan terlalu kuat, rakyat akan melarat"

Tabung bantuan derma Anak Yatim yang tertimbus di hulu Langat

Posted: 21 May 2011 08:25 AM PDT

KELAB Peminat Maher Zain Malaysia telah melancarkan sebuah tabung bantuan untuk didermakan kepada anak-anak yatim yang menjadi mangsa tanah runtuh di Hulu Langat hari ini [Facebook].

Derma boleh disalurkan dalam bentuk wang ringgit melalui :

Bank : RHB (2621 2000 0047 47)
Atas nama : MUSLIM CARE

Tempoh kutipan derma : 1 minggu (21 Mei 2011 - 28 Mei 2011) *jika ada permintaan untuk dilanjutkan lagi tempohnya, akan dimaklumkan kemudian.

Bagi memudahkan urusan merekod, pihak MZMFC berbesar hati untuk meminta kepada para penderma memberikan maklumat yang berikut sesudah bank in :

a) Nama penderma
b) Jumlah bank in (derma)
c) No telefon
d) Tarikh bank in
e) Masa bank in

Maklumat di atas perlulah di emailkan ke :

tabungmzmfc@gmail.com



Hadith Nabi SAW : "Hendaklah setiap orang Islam itu bersedekah, jika ia tidak mampu, hendaklah ia berusaha melakukan sesutu yang dapat memberi faedah kepada dirinya sendiri dan dengan demikian ia dapat bersedekah. Jika tidak mampu, maka hendaklah ia menolong orang susah yang memerlukan bantuan. Jika tidak mampu, maka hendaklah ia menyuruh orang lain melakukan kebaikan. Jika tidak mampu, maka hendaklah ia menahan dirinya daripada melakukan kejahatan, kerana yang demikian itu adalah dianggap suatu sedekah". (riwayat Ahmad)

"Orang Islam itu bersaudara, tidak boleh menzalimi dan mengkhianatinya. Sesiapa yang menolong saudaranya, nescaya Allah akan menolongnya. Sesiapa yang menghilangkan kesusahan orang Islam nescaya Allah akan menghilangkan daripadanya kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menutup keaiban orang Islam nescaya Allah akan menutup keaibannya pada hari kiamat."
(riwayat Ahmad)

20 Anak Yatim tertimbus di bawah tanah runtuh Hulu Langat

Posted: 21 May 2011 05:08 AM PDT


Kira-kira 20 kanak-kanak dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal di Hulu Langat hari ini.

Setakat pukul 5.30 petang ini, lapan daripada mereka telah dikeluarkan daripada runtuhan itu oleh pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Seorang daripada mereka meninggal dunia dan dihantar ke Hospital Ampang untuk bedah siasat manakala tujuh lagi yang cedera dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan.




Difahamkan ketika kejadian kira-kira 2.30 petang tadi, semua kanak-kanak itu sedang berada di dewan makan rumah anak-anak yatim itu.



Setakat Jam 7:40, 7 orang berjaya diselamatkan, 3 terbunuh, 3 lagi sudah dibawa keluar oleh pasukan penyelamat. Nasib sebelas (11) lagi belum diketahui dan dipercayai masih terperangkap di bawah runtuhan [Twitter]. Berita lanjut menyusul (jika ada)

ReJaM© "Mari kita doakan yang terbaik untuk mereka"

Tiada ulasan: