Blog-list Malaysia |
- Pencacai Umno Ini Cuba Mengajar Cara-Cara Untuk Jahanamkan PAS
- Video Lucah - Hishamuddin "Ambilalih" Kuasa Peguam Negara?
- Foto Yang Menyayat Hati.. Al-Fatihah..
- Pelajar Cerita Detik Cemas Tanah Runtuh
- Video Tragedi Tanah Runtuh di Hulu Langat
- Tragedi Tanah Runtuh - Pesta Tuduh Menuduh Sudah Bermula
- 16 maut tragedi tanah runtuh Hulu Langat, sembilan cedera
- Tanah runtuh: Angka korban meningkat 10
- UMNO Dan Matematiknya
- RON95 - Naik Tetap Naik Tapi Tak Tahu Bila..
- Mohamad Sabu sahkan bertanding timbalan presiden PAS
- Terkini Kejadian Tanah Runtuh Di Rumah Anak Yatim
- Carlsberg Masuk Sekolah.. Yamseng..
- Antara 20 hingga 30 anak yatim dikhuatiri tertimbus di Hulu Langat
- Muhyiddin Bidas Pakatan Eksploitasi Isu Harga Minyak
Pencacai Umno Ini Cuba Mengajar Cara-Cara Untuk Jahanamkan PAS Posted: 21 May 2011 11:47 PM PDT Masa untuk PAS keluar dari kokongan DAP, PKR PETALING JAYA: Tidak syak lagi muktamar PAS 3 Jun depan akan menjadi platfom menilai hala tuju bagi mengembalikan keyakinan dan sokongan pengundi Melayu menjelang pilihan raya umum ke 13. Masa terbaik untuk presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang memantap dan seterusnya membawa PAS sebagai parti yang setanding dengan dua lagi parti Pakatan Rakyat – PKR dan DAP. PAS jelas tidak menonjol berbanding PKR dan DAP. Pengiktirafan PKR kepada PAS di Selangor sekadar melengkapkan Pakatan Rakyat, manakala DAP tidak memberi layanan sewajarnya kepada PAS Pulau Pinang. Bagi penganalisa politik tempatan – Prof Datuk Dr Zainal Kling – ini masa terbaik bagi PAS untuk menjadi sebuah parti yang bebas dari kokongan PKR dan DAP. "Pemimpin mereka perlu berusaha menjadikan PAS kuat dan tidak terpengaruh dengan pemikiran PKR dan DAP. "Kempen yang dibuat oleh Umno dan yang lain melabel dan menggambarkan PAS menjadi kuda tunggangan dan alat DAP sudah mula berkesan. "PAS sudah merasakan pengundi Melayu menolak parti itu seperti yang berlaku dalam pilihan raya negeri Sarawak dan beberapa siri pilihan raya kecil sebelum itu. "Maknanya PAS tidak boleh kekal dengan apa yang ada sekarang," kata Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosiobudaya Universiti Pendidikan Sultan Idris (IPSI) di Perak. Tetapi penganalisa itu menambah, "PAS perlu kekal ditadbir ulama, kerana jika terlepas (dari golongan tersebut), ideologi parti akan bertukar. "DAP sudah berubah, PAS juga sudah mula keluar untuk mendapatkan masyarakat Islam, nak cuba menjadi parti nasional, tetapi belum berjaya. "Juga berlaku pertembungan antara PAS dengan PKR dan DAP. PAS tidak menonjol sangat kerana belum berjaya menarik hubungan dengan orang bukan Islam. "Kini PAS perlu mencari jalan bagaimana mahu menjadi inklusif dalam Islam," katanya. PAS hanya menjadi relevan jika parti itu kuat. Tetapi dalam Pakatan Rakyat, PAS nombor tiga selepas DAP dan PKR. Untuk menjadi kuat khususnya di kalangan orang Melayu tidak semestinya PAS perlu memperjuangkan negara Islam. Orang Melayu sudah tahu PAS adalah parti berteraskan Islam. Tetapi PAS perlu teguh dan tegas dalam perjuangan Islam. PAS perlu menerangkan bagaimana mengurus ekonomi Islam dan bagaimana Islam hendak menghadapi cabaran global. Sokongan pengundi Melayu tidak lagi majoriti kepada PAS, sebaliknya kepada musuhnya Umno. Ini bermakna kerusi tradisi milik PAS sudah tidak selamat bagi parti itu. Tetapi PAS tidak kehilangan penyokong tradisional, cuma yang menjadi masalah golongan pengundi muda dan pengundi atas pagar termasuk orang Melayu di kota. Jika PAS boleh menyakinkan orang Melayu bahawa parti itu bukan sahaja cekap berpolitik tetapi juga boleh menangani isu ekonomi, pendidikan, sosial dan semuanya, PAS akan menjadi parti politik nombor satu di kalangan orang Melayu. |
Video Lucah - Hishamuddin "Ambilalih" Kuasa Peguam Negara? Posted: 21 May 2011 11:41 PM PDT KUALA LUMPUR 22 MEI : Menteri Dalam Negeri Datuk Hishamuddin Hussein dilihat melangkaui bidang kuasanya apabila mendakwa pelaku dalam video lucah Datuk T akan didedahkan di mahkamah. Pejabat Peguam Negara yang bertanggungjawab ke atas sebarang pendakwaan jenayah, setakat ini belum mengumumkan sama ada kes itu akan dibawa ke mahkamah. Namun Hishamuddin yang juga Naib Presiden Umno memberitahu Mingguan Malaysia bahawa proses mahkamah akan mendedahkan pelaku dalam video berkenaan. Malah beliau dilihat cuba "mengarahkan" Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail bagaimana untuk memastikan pelaku dalam video itu didedahkan di mahkamah. Hishamuddin berkata "butir-butir rakaman itu masih tetap perlu dibangkitkan dalam keterangan yang dikemukakan di mahkamah," lapor Mingguan Malaysia. "Tidak perlu bimbang kerana orang ramai akhirnya akan tahu segala-galanya termasuk siapa pelakunya," kata beliau dipetik lapor akhbar tempatan hari ini. Sehingga kini, polis enggan mendedahkan identiti tersebut atas alasan tiada keperluan berbuat demikian. Namun juak-juak Umno menabur fitnah kononnya pelaku video itu adalah Anwar. Rakaman itu disebarkan di masjid, pasar malam dan kawasan perumahan selain dimuatnaik di Internet. Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkali-kali menegaskan pihaknya tidak akan mendedahkan identiti si pelaku dalam rakaman itu. Kata Hishammuddin, selain siasatan terhadap pihak yang mendedahkan rakaman itu, siasatan juga dibuat terhadap laporan polis oleh pihak yang mendakwa lelaki dalam video itu bukan dirinya. "Berbohong dalam laporan polis juga adalah satu kesalahan di sisi undang-undang," ujarnya. Anwar dalam laporan polisnya pada 22 Mac lalu menafikan lelaki dalam video seks yang tersebar itu adalah beliau. Selain itu Anwar juga mahukan undang-undang Qazaf digunakan untuk menyiasat fitnah yang dibuat oleh Datuk T iaitu Ahli Majlis TerTinggi Umno Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, bekas bendahari Perkasa Shuib Lazim dan ahli perniagaan Sharzryl Eskay. - tvs |
Foto Yang Menyayat Hati.. Al-Fatihah.. Posted: 21 May 2011 09:05 PM PDT |
Pelajar Cerita Detik Cemas Tanah Runtuh Posted: 21 May 2011 07:40 PM PDT KAJANG: "Saya jerit suruh yang lain melarikan diri namun tanah runtuh dalam sekelip mata menyebabkan kebanyakan rakan ditimbus," kata Mohd Iman Abdullah. Mohd Iman, 14, adalah antara pelajar Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa yang sempat menyelamatkan diri dalam kejadian tanah runtuh itu yang menyebabkan 25 orang tertimbus. Mohd Iman berkata beliau sempat menjerit menyuruh rakan-rakannya yang lain melarikan diri apabila melihat tanah mula runtuh. "Ketika itu kami semua berada di bawah khemah kerana hendak menyiapkan persiapan majlis dan saya melihat tanah bergerak dan runtuh sedikit," katanya. Seorang lagi pelajar yang terselamat Mohd Jihad Jalal, 14, berkata keadaan ketika itu huru hara dengan bunyi pekikan dan jeritan minta tolong. "Saya sendiri pada mulanya tertimbus sedikit di bahagian kaki sebelum ditarik oleh penduduk," katanya. Mohd Faizal Isni, 17, pula berkata sebelum kejadian, dia terdengar bunyi kuat seakan ranting patah dan benda jatuh sebelum melihat tanah runtuh ke khemah. "Ketika itu kami sedang siapkan pentas di khemah untuk sambut pegawai Finas yang dijadual datang pukul 5 petang dan saya berjaya melarikan diri sejurus kejadian," katanya. Sementara itu, seorang penduduk setempat yang merupakan antara yang terawal tiba di lokasi kejadian berkata beliau tiba 10 minit selepas kejadian dan mendengar jeritan meminta tolong sebelum setengah jam kemudian tiada suara yang kedengaran. "Saya nampak ada budak yang badannya separuh tersepit dan saya cuba mengalihkan runtuhan namun tidak berjaya. "Ketika saya sampai dengar suara minta tolong tetapi setengah jam kemudian tiada suara langsung," katanya sambil memberitahu bahawa semalam hujan lebat di kawasan itu. Warden asrama anak yatim itu, Mohd Hambali Ismail, 34, berkata kejadian berlaku selepas pelajar selesai makan tengah hari dan beberapa pelajar ditugas membersihkan ruang makan itu. "Masa kejadian saya berada di asrama dan mendengar bunyi dentuman kuat dan saya tengok ramai pelajar dah tertimbus. "Keadaan masa tu tak boleh gambar dengan kata-kata...," katanya yang telah lima tahun menjadi warden di situ. Beliau berkata sebelum ini beberapa kejadian tanah runtuh kecil pernah berlaku kira-kira 50 meter dari bangunan rumah anak yatim itu. "Kejadian ini mungkin ekoran kejadian bulan lepas," katanya. - BERNAMA |
Video Tragedi Tanah Runtuh di Hulu Langat Posted: 21 May 2011 07:26 PM PDT |
Tragedi Tanah Runtuh - Pesta Tuduh Menuduh Sudah Bermula Posted: 21 May 2011 07:06 PM PDT Shahrizat: Rumah Al-Taqwa tak berdaftar Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Kampung Gahal, Hulu Langat tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau mana-mana agensi di bawah Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Bernama memetik menteri berkenaan Datuk Seri Shahrizat Jalil berkata beliau juga tidak pasti sama ada rumah anak yatim itu berdaftar di bawah mana-mana agensi di kementerian lain. "Yang terlibat (dalam tragedi ini) ada pelajar, ada anak yatim, ada guru. Kita tidak tahu ia di bawah agensi mana," katanya kepada pemberita semasa melawat kawasan kejadian tanah runtuh di rumah anak yatim itu malam semalam. Sehingga awal pagi ini, semua 25 mangsa yang tertimbus berjaya dicari dan dikeluarkan. Mangsa yang terkorban dalam tragedi itu ialah 16 orang manakala sembilan mangsa yang terperangkap selamat pada kejadian tanah runtuh yang berlaku pada pukul 2.30 petang semalam itu. Shahrizat berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan agensi dan kementerian berkaitan dalam masa terdekat untuk mengetahui status rumah anak yatim itu. |
16 maut tragedi tanah runtuh Hulu Langat, sembilan cedera Posted: 21 May 2011 05:36 PM PDT KUALA LUMPUR, 22 Mei — Mayat empat lagi kanak-kanak mangsa tanah runtuh Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat dekat sini, ditemui awal pagi ini. Dengan itu 16 orang ditemui mati manakala sembilan yang lain cedera, tiga daripadanya kritikal, demikian menurut laporan Bernama. Operasi mencari dan menyelamat disambung pukul 8 pagi ini. Mayat tiga daripada empat mangsa itu, dikenali sebagai Riz, Fahad dan Hazim, kesemuanya berumur 9 tahun ditemui pada pukul 4.21 pagi dan mayat kanak-kanak yang hanya dikenali sebagai Boboy, 11, diitemui pada pukul 5.05 pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang semalam itu, seramai 25 orang yang terdiri daripada penghuni, warden dan kakitangan rumah anak yatim tertimbus. Laporan semalam menyebut ada 49 orang di lokasi kejadian. Sementara itu, satu lagi laporan Bernama menyebut, lima daripada lapan mangsa kejadian tanah runtuh yang dimasukkan ke Hospital Ampang dekat sini semalam berada dalam keadaan stabil. Tiga lagi kritikal, kata laporan itu yang memetik Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ab Rashid Ab Wahab. Mereka yang stabil dikenali sebagai Aizat, 12, yang cedera tangan kiri; Muhd Alauddin Sobri, 14, pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Pandan Mewah yang patah tangan kiri; Muhd Syafiq Ibrahim, 21, warden pula patah kaki kanan dan terkehel di bahagian leher; Khairul Anuar Nasri, 9, (luka kaki kanan); dan Siti Fatimah Ibrahim, 21, warden yang dikatakan mengalami trauma akibat kejadian tanah runtuh itu. Menurut Ab Rashid, kesemua mereka cedera akibat dihempap runtuhan tanah. Tiga lagi mangsa yang kritikal dikenali sebagai Hairi, Izudin dan Muhd Harris Izzudin Sharul Azmi. Ada mangsa yang dihantar ke Hospital Kajang. |
Tanah runtuh: Angka korban meningkat 10 Posted: 21 May 2011 09:10 AM PDT Sehingga jam 11 malam tadi, angka korban dalam tagedi tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Hidayah Madrasah Al-Taqwa Hulu Langat meningkat kepada 10 orang. Dalam perkembangan terbaru juga, sembilan orang yang berjaya ditemui dengan keadaan cedera dibawa untuk dirwat di Hospital Ampang. Pasukan penyelamat kini sedang berusaha mengesan enam lagi mangsa yang masih tertimbus. Kira-kira jam 2.30 petang tadi, seramai 25 kanak-kanak dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal di Hulu Langat. Menurut Ahli Parlimen Hulu Langat, Che Rosli Che Mat, pasukan mencari dan menyelamat terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan penduduk kampung mengeluarkan mayat dan mangsa yang cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Kajang. Difahamkan ketika itu, kesemua kanak-kanak itu berada dewan makan rumah anak-anak yatim itu membuat latihan persembahan bagi satu program yang akan diadakan di madrasah itu. Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pada satu sidang akhbar di sini berkata, 14 mangsa masih terperangkap dan mereka yang cedera dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan dan setakat ini keadaan mereka tidak diketahui. Beliau berkata rumah anak yatim yang terletak berhampiran bukit itu menempatkan 49 orang termasuk penghuni dan pekerja. Dalam insiden malang itu, sebanyak 25 orang terselamat sementara 20 pelajar dan 4 penjaga menjadi mangsa. Tambahnya, kesemua penghuni rumah itu adalah lelaki. "Kami difahamkan berlaku dua kali tanah runtuh secara serentak dalam sekelip mata. Semua mereka yang berada dalam dewan itu tidak sempat menyelamatkan diri," katanya. - hrkh |
Posted: 21 May 2011 06:44 AM PDT Saya sangat "lemah" dalam matematik bila saya katakan daripada 10 orang, 11 orang tak akan percaya. Saya sendiri hampir percaya tentang kelemahan saya dalam matematik sehinggalah akhbar arus perdana melalak mengenai DAP mahukan Perdana Menteri beragama Kristian dan Kristian patut dijadikan agama rasmi Malaysia. Saya sedar, lingkaran kuasa boleh menjadikan sesetengah orang lembik. Apa yang sepatutnya saya sedar lebih awal tapi tidak pula tersedar ialah lingkaran kuasa itu juga telah melembikkan otak sesetengah orang. Kita mempunyai 222 kerusi Parlimen untuk direbut. DAP bertanding 40 kerusi. Kalau mereka menang semua 40 kerusi itu pun, mungkin ahli matematik UMNO boleh jelaskan kepada saya, bagaimana dengan 40 kerusi, DAP atau mana-mana parti mampu membentuk kerajaan? Anda ada 82 kerusi dan itu pun tak cukup untuk bentuk kerajaan. Bilangan orang Melayu lebih kurang 17-18 juta. Mereka membentuk 60 peratus penduduk negara. Kalau pun DAP dapat sokongan kesemua orang Cina, mampukah 20 peratus mereka mengatasi kumpulan yang jumlahnya melebihi 60 peratus? Mungkin ahli matematik UMNO boleh mencerahkan saya tentang ini. Kemudian kita ada pelaung hidup Melayu. Kami tak akan benarkan DAP mengambil alih negara. Kalau suka, launglah lagi. Memang tak boleh kita nak hujah emosi dan hal tak logik sebegini. Tetapi, PAS juga Melayu. Jadi, hidup Melayu boleh juga membawa makna hidup PAS seperti juga ia boleh beri maksud yang sama kepada UMNO. Orang UMNO telah tipu diri sendiri dengan keangkuhan bahawa UMNO itu Melayu dan Melayu itu UMNO. Helo kawan, kamu tak boleh dapat 1.5 juta ahli UMNO untuk sokong kamu dan calon-calon UMNO pula hanya dapat sekitar 2 juta undi dari jumlah 5.7 juta pengundi pada pilihan raya 2008 lalu. Jadi Melayu terus hidup, tetapi mereka hidup tanpa perlukan UMNO. Saya harap ramai akan sedar yang setiap Melayu mahu kekal hidup dengan slogan hidup Melayu tetapi Melayu sekarang boleh buat begitu dengan banyak lagi pilihan. Itulah perihalnya demokrasi. Tolong jelaskan, macam manalah sebuah parti yang bertanding 40 kerusi dan belum tentu menang kesemuanya boleh membentuk kerajaan? Apa lagi untuk memerintah Malaysia seperti PAP memerintah Singapura? Kristian dan isu-isu lain Seorang menteri kerajaan bertanya, apa salahnya dengan Perdana Menteri Kristian? Soalan beliau tidak ada salahnya. Tidak ada salahnya jika ada Perdana Menteri Kristian dalam negara majoriti Kristian. Juga tiada salahnya jika Perdana Menteri Kristian diterima walau pun dalam sebuah negara Islam. Dalam konteks Malaysia, mungkin menteri itu berkata demikian kerana dia beragama Kristian dan jika dia menjadi Perdana Menteri, dia rasa mampu menjaga semua rakyat. Jadi apa salahnya seorang Kristian berfikiran begitu bagi dirinya dan impiannya mahu menjadi Perdana Menteri? Yang kedua, dia mungkin berfikir begitu kerana dia tahu cadangan sedemikian tak akan diterima di Malaysia. Melayu-Islam menguasai kerusi parlimen dan jumlah mereka memang banyak di parlimen. Kecualilah kalau semua ahli parlimen Melayu boleh dibeli dengan harta dan wanita. Atau semua orang Melayu boleh menerima penganut Kristian sebagai Perdana Menteri. Katakanlah ramai Melayu selesa dengan idea di mana seorang penganut Kristian menjadi Perdana Menteri. Jadi, apa maksudnya ini? Ia menunjukkan bahawa orang Melayu kecewa dengan seorang Melayu yang juga seorang Islam yang menjadi Perdana Menteri. Cuba fikir tentang perkara itu. Yang ketiga, majoriti penduduk adalah Melayu beragama Islam yang berkemungkinan besar TIDAK akan menyokong cadangan sebegitu. Jadi apa yang menteri Kristian itu katakan tidak salah kerana dia tahu perkara itu adalah satu angan-angan Mat Jenin. Tetapi, ada baiknya juga menteri itu berkata demikian kerana ia akan menjadikan orang UMNO haru-biru dan penuh kegilaan. Kristian sebagai agama rasmi menggantikan Islam? Islam adalah agama rasmi, atau jika tak rasmi pun, ia memang dianggap rasmi. Lagipun, ianya agama rasmi sebab majoriti rakyat Malaysia adalah orang Islam. Orang Melayu adalah majoriti penduduk Malaysia. Jumlahnya saja akan menghalang golongan minoriti untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi. Tetapi mari kita teliti cadangan itu. Tentang agama rasmi, apa maksud mereka? Adakah mereka mahukan Kristian diterima sebagai agama yang dijamin dalam perlembagaan supaya boleh diamalkan oleh sekelompok rakyat Malaysia? Kerana mereka juga tahu, dengan membuat demikian, agama yang dijamin perlembagaan berhak untuk mendapat pembiayaan, sumbangan dan sebagainya. Malah jika itulah yang mereka maksudkan, ia adalah satu cadangan sah bagi Kristian mengamalkan agama mereka secara sahih di Malaysia. Penganut Kristian mempunyai hak untuk takut bahawa agama mereka itu akan dihapuskan. Mereka mahukan pengiktirafan dan saya rasa itu adalah tuntutan yang tidak ada salahnya. Dalam hal pembiayaan atau sumbangan, saya tak rasa mereka mahukan apa-apa dari kerajaan. Saya rasa tak masuk akal bahawa majoriti yang tak boleh dijatuhkan dari tampuk kuasa akan menjadi tak keruan tentang laporan tak berasas mengenai jihad salib Kristian ini. Secara serius, kerajaan patut bertindak terhadap mereka yang menyemarakkan hasutan-hasutan itu. Jika ternyata pelakuan mereka berniat jahat, bubuh saja mereka di bawah ISA. Mungkin dengan berehat seketika sebagai tetamu kerajaan, ia boleh membantu sesetengah orang mengurangkan berat badan dan orang lain pula boleh belajar seni dan sains mengawal kemarahan. *Rencana ini diterjemahkan oleh Roketkini dari blog Sakmongkol AK47. Penulis ialah Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz yang merupakan wakil rakyat Pulau Manis (2004-2008). * Rencana ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Roketkini Betah berjalan sana-sini -oleh Sakmongkol AK47 by Roketkini |
RON95 - Naik Tetap Naik Tapi Tak Tahu Bila.. Posted: 21 May 2011 06:27 AM PDT Diminta Tunggu Pengumuman Kerajaan BERA: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Yaakob meminta rakyat menunggu pengumuman rasmi kerajaan berhubung penyelarasan harga minyak, yang akan dibuat tidak lama lagi. Beliau berkata rakyat tidak sepatutnya terpengaruh dengan dakyah pembangkang bahawa harga RON95 akan naik dalam masa terdekat. "Saya sentiasa maklumkan bahawa rasionalisasi subsidi akan kita buat pada hujung bulan ini, atau awal bulan depan, jadi jangan nak tuduh kerajaan itu ini sebab kita belum lagi naikkan apa-apa harga. "Jadi, saya minta rakyat tunggu dulu, kalau nak kata kerajaan tidak bertanggungjawab dari segi jaga kepentingan rakyat, sekarang ini subsidi untuk seluruh bahan petrol dan makanan meningkat sampai RM20.58 bilion kita tanggung, jadi macam mana boleh kata kerajaan tak ambil berat," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu. Ismail Sabri juga meminta pihak berkenaan agar menghentikan semua pembohongan dan spekulasi berhubung kenaikan harga minyak kerana ia jelasbermotifkan politik. Beliau berkata perkara itu turut disebarkan di laman sosial seperti Facebook iaitu kononnya kerajaan akan menaikkan harga RON95 sebanyak 30 sen selepas pukul 12 malam tadi, dan ia mencetuskan kekecohan di kalangan orang ramai. "Janganlah kita percaya spekulasi itu, sabar dulu dan tunggu hingga Jun nanti, di mana kalau ada kenaikan harga, baru kita boleh beri komen dansebagainya, dan setakat ini, perkara itu masih dalam tindakan," katanya. Ismail Sabri berkata kerajaan mengambil kira semua faktor, termasuk kadar inflasi dan beban rakyat, ketika mengkaji rasionalisasi subsidi penyelarasan harga minyak. "Kita masih tengok dari segi pro dan kontra, namun saya tidak boleh beri jaminan bahawa harga minyak akan kekal selamanya, kerana bukan kuasa saya untuk beri jaminan seperti itu," katanya. - mStar |
Mohamad Sabu sahkan bertanding timbalan presiden PAS Posted: 21 May 2011 05:50 AM PDT KUALA LUMPUR: Ahli jawatankuasa kerja (AJK) PAS Mohamad Sabu mengesahkan beliau akan bertanding untuk jawatan timbalan presiden PAS. "Saya mahu membantu presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) untuk memenangi masyarakat bukan Melayu dan pertubuhan bukan kerajaan," kata beliau sejurus selepas sidang media Bersih bersama ahli parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli tengah hari tadi di ibu pejabat PAS pusat di sini. Beliau yang membuat percubaan kedua untuk jawatan timbalan presiden mengesahkan akan bertanding jawatan tersebut berdasarkan jumlah pencalonan yang lebih memberangsangkan berbanding dengan pencalonan yang diterima dalam pilihanraya parti 2009. Beliau bagaimanapun, tidak memberitahu jumlah pencalonan yang diterima. Tetapi mengaku tidak membuat sebarang penilaian mengenai peluang untuk memenangi jawatan No 2 parti. "Saya akan teruskan kerja parti saya," kata Mohamad. Sementara itu, Dr Hatta yang diumumkan akan bertanding jawatan naib presiden memaklumkan bahawa beliau masih belum menerima surat pencalonan. Beliau juga yakin dengan pencalonan yang diterimanya. "Saya bangga menerima pencalonan dari perwakilan dan boleh lepas tahap kelayakan." "Kalau saya lebih hebat dari calon lain, lebih baik saya jadi dan saya bersedia memikul tanggungjawab sekiranya ia membantu parti menjadi lebih kuat," kata Dr Hatta. |
Terkini Kejadian Tanah Runtuh Di Rumah Anak Yatim Posted: 21 May 2011 04:54 AM PDT Tanah runtuh: 20 orang dikhuatiri tertimbus Kira-kira 20 kanak-kanak dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal di Hulu Langat hari ini. Setakat pukul 5.30 petang ini, lapan daripada mereka telah dikeluarkan daripada runtuhan itu oleh pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM). Seorang daripada mereka meninggal dunia dan dihantar ke Hospital Ampang untuk bedah siasat manakala tujuh lagi yang cedera dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan. Difahamkan ketika kejadian kira-kira 2.30 petang tadi, semua kanak-kanak itu sedang berada di dewan makan rumah anak-anak yatim itu. - Bernama |
Carlsberg Masuk Sekolah.. Yamseng.. Posted: 21 May 2011 03:07 AM PDT |
Antara 20 hingga 30 anak yatim dikhuatiri tertimbus di Hulu Langat Posted: 21 May 2011 02:57 AM PDT Gambar: PENGHUNI Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis dirawat selepas dibawa keluar dari tempat kejadian tanah runtuh di Kajang, sebentar tadi. - Foto BH Online KAJANG: Antara 20 hingga 20 penghuni sebuah asrama anak yatim di Sungai Semungkis, Batu 14, Hulu Langat, dekat sini, dipercayai tertimbus akibat tanah runtuh, jam 2.20 petang tadi. Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang ketika dihubungi Berita Harian Online sebentar tadi berkata, setakat ini tiga kanak-kanak berjaya diselamatkan. Beliau bagaimanapun tidak dapat mengesahkan ada penghuni yang terkorban dalam kejadian itu. -BH |
Muhyiddin Bidas Pakatan Eksploitasi Isu Harga Minyak Posted: 21 May 2011 02:43 AM PDT Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membidas Pakatan Rakyat yang didakwanya hanya tahu mengeksploitasi soal kenaikan harga minyak dan barangan di pasaran sedangkan mereka sendiri tidak tahu mekanisme terbaik untuk mengatasi masalah itu. Beliau berkata Pakatan tidak terbeban dengan tanggungjawab untuk menangani masalah berkenaan, kerana itu mereka hanya bijak untuk menyalahkan kerajaan dalam soal tersebut. Kerajaan sentiasa mengambil kira pelbagai faktor sebelum mengambil keputusan untuk menaikkan harga sesuatu barangan mahupun minyak bagi memastikan apa jua langkah yang diambil tidak membebankan rakyat, katanya. "Dari masa ke semasa apabila ada perkara perubahan dari segi kos, kita (kerajaan) kena buat penyesuaian, tetapi kita tak buat keputusan secara tergesa-gesa. "Bukan hari ini cakap esok kita buat, kita kaji dengan teliti kesannya walaupun sebesar mana kenaikan yang berlaku di pasaran. Kalau naik harga barang ini, apa kesannya kepada rakyat, itu antara perkara yang kita ambil kira," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kemaman hari ini. Timbalan Perdana Menteri berkata demikian sebagai mengulas sikap Pakatan yang mengeksploitasi soal kenaikan harga minyak RON95 walaupun kerajaan belum lagi memutuskan perkara tersebut. Katanya, sebelum kenaikan dilakukan kerajaan akan meneliti terlebih dahulu laporan daripada pelbagai pihak termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk dibincangkan dalam Jawatankuasa Kabinet Bekalan dan Harga yang dipengerusikan oleh beliau. "Kenaikan harga minyak, harga barang, harga gas atau elektrik ke, ini kenyataan yang harus diterima yang berlaku di mana-mana negara di dunia apabila kos meningkat. "Di negara jiran baik di Singapura, Thailand, dan Indonesia isunya sama, cuma tahap yang berbeza. Di Malaysia memang ada isu itu (kenaikan) tetapi kadar inflasi kita antara yang terendah...memang ada peningkatan (inflasi) tetapi berbanding dengan apa yang berlaku di dunia, peningkatan itu tidak ketara," katanya. Katanya, di negara ini rakyat mudah terasa apabila berlaku kenaikan harga kerana selama ini mereka banyak dibantu oleh subsidi yang diberikan oleh kerajaan. Bagaimanapun, jelasnya apabila sampai ke satu peringkat harga yang sedia ada perlu dikaji semula, kerajaan terpaksa merasionalisasikan subsidi yang diberikan supaya pembangunan lain tidak terjejas. "Ini bukan satu keputusan popular, tetapi kalau tak buat perkara itu, kita akan kekurangan sumber untuk menguruskan negara. "Jika kerajaan tidak menguruskan dengan baik masalah itu, kerajaan terpaksa menanggung nilai subsidi yang meningkat mendadak daripada RM10 bilion kepada RM18 bilion," katanya. Hakikatnya beliau berkata, kerajaan bukan tidak mampu menanggung kos itu namun ia ada had dan batasannya. Muhyiddin berkata rakyat juga perlu menanggung sebahagian daripada nilai tersebut bagi membolehkan peruntukan turut digunakan dalam pembangunan sektor lain. - Bernama |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan