Jumaat, 20 Mei 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Penduduk panas hati bawa ular untuk MB Perak !

Posted: 19 May 2011 09:26 PM PDT


LAGI berita yang takkan disiarkan di TV3, RTM, TV9 dan mana-mana media arus perdana kawalan kerajaan Barisan Nasional. Penduduk yang berang dengan Menteri Besar Perak, Zambry Kadir kerana terlalu banyak songeh, membawa seekor ular sawa ke pejabat menteri besar itu.

Penduduk mahu Zambry Kadir (sebut Zambry Ular) segera menyelesaikan masaalah ular di kawasan setinggan mereka. Ini bukan hal remeh, seorang penduduk dah mati sebab kena patuk ular. Ramai lagi penduduk yang kena patuk ular, tapi Zambry Kadir (Zambry Ular) boleh buat bodoh.

Apa pun ReJaM© memang puji tindakan penduduk ini, memang gerek dan stylo. Mana-mana ahli politik terutama orang macam Zambry Ular ni memang patut diajar. Bila keluar media, asyik kena ampu, semua dia buat konon bagus, tapi berapa banyak janji manis tak ditunaikan? 14 tahun dulu janji nak buat lot perumahan untuk penduduk, sampai sekarang habuk pun tarak.

Saksikan video di bawah credit to [Bujang Susah]




ReJaM© "Lain kali bawak ular tedung masukkan dalam seluar Zambry kah kah kah"

Gempar! Suspek pelakon video seks akan dibongkarkan?

Posted: 19 May 2011 04:15 AM PDT

SEBELUM ini telah didedahkan bagaimana Eskay menggunakan video lucah untuk membantu proses perbicaraannya bagi mengaut untung sebanyak RM 20 juta, Namun ternyata usaha eskay sia-sia, video seks yang dijajanya langsung tidak memberikan apa-apa kelebihan kepada proses perbicaraannya.

Sudahlah kalah kes saman RM 20 juta, kini Eskay berhutang pula dengan peguam sebanyak RM 300 ribu. Hidup eskay kini semakin tak menentu, semakin dihimpit kesusahan demi kesusahan. Bagaikan jatuh ditimpa tangga rujuk link ini. Barangkali sumpah laknat sudah mula memamah dirinya [Eskay kecewa].

Apa yang jelas Eskay difahamkan akan terus menghilangkan diri, dia takut didakwa dan tidak mahu menjelaskan hutangnya sebanyak RM 300 ribu. Apa yang lebih menarik suspek pelakon video lucah termasuk tempat video lucah itu dirakamkan juga kini sudah dikenal pasti, hanya menunggu siasatan terperinci sebelum hal ini dibongkarkan, kemungkinan menjelang pilihanraya umum ke 13 untuk memberikan checkmate kepada Barisan Nasional.

Berdasarkan laporan Malaysiakini, Anwar Ibrahim secara berseloroh di dalam perbualannya bersama kira-kira 2000 rakyat Malaysia juga sudah memberikan beberapa hint, bahawa suspek bertetek labuh dan berperut boroi sudah dikenal pasti [Malaysiakini].




ReJaM© "Nantikan pendedahan seterusnya, tunggu dan lihat..."

Kadar tarif elektrik akan dinaikkan mulai 25 Mei 2011

Posted: 19 May 2011 02:12 AM PDT

KEGAGALAN demi kegagalan kerajaan menguruskan ekonomi semakin jelas di depan mata rakyat. Kerajaan kini sudah mula menganggap rakyat sebagai beban. Semua subsidi yang diberikan selama ini untuk membantu rakyat akan dihapuskan sedikit demi sedikit dalam program rasionalisasi kerajaan. Malah tanpa rasa bersalah baru-baru ini Najib menggelarkan subsidi kepada rakyat sebagai candu [Malaysian Insider].

Tidak cukup dengan kenaikkan harga minyak dan gula, kini kadar tarif elektrik pula akan dinaikkan bermula 25 Mei ini [Malaysiakini]. Manakala rakyat yang kurang cerdik terus diperbodohkan dengan propaganda media-media arus perdana yang tidak pernah gagal menyiarkan berita yang memuji-muji kemajuan negara.


Setiap hari keluar berita, Malaysia makin maju, Malaysia makin kaya, pendapatan negara semakin meningkat, negara kita disegani oleh dunia luar, perkembangan ekonomi negara semakin baik, duit negara semakin banyak. Tapi dalam masa yang sama kerajaan semakin liat untuk membantu rakyat melalui subsidi, malah subsidi mahu dihapuskan sama sekali.

Kalau dahulu, kerajaan masih boleh bergantung kepada saham bumiputera yang berjumlah RM 50 billion untuk menutup kepincangan urus tadbir ekonomi, tapi kini, saham RM 50 billion hanya tinggal Rm 2 billion, dan hal ini diakui sendiri oleh Najib Razak baru-baru ini.

Maka tidak boleh tidak, demi mengekalkan kuasa Barisan Nasional untuk terus memerintah negara ini, mahu tidak mahu, rakyat terpaksa bekorban, terkorban dan dikorbankan demi kelangsungan hidup pemimpin gerombolan songkok tinggi.

ReJaM© "Rakyat semua mampos tak mengapa asalkan pemimpin terus hidup mewah gaji pemimpin satu sen tak dikurangkan"

Tiada ulasan: