Jumaat, 20 Mei 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Satu Lagi Idea Paling Lawak Dari Bekas VC Kangkung UUM

Posted: 20 May 2011 12:52 AM PDT

Umno wajar pelawa DAP sertai BN, kata bekas VC UUM

KUALA LUMPUR, 20 Mei — Seorang kolumnis Utusan Malaysia mengesyorkan agar Umno mempertimbangkan penerimaan DAP, yang selama ini didakwa parti cauvinis Cina, sebagai komponen Barisan Nasional (BN).

Tan Sri Dr Nordin Kardi, bekas naib canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan memberikan latar belakang kelahiran DAP menulis Umno seharusnya menerima parti itu bersama PAS, yang sebelum ini banyak kali dipelawa oleh Umno.

Katanya, jika DAP dan PAS sama-sama menjadi pemilik BN bersama Umno dan parti-parti picisan lain nanti, apakah yang menghalang semua mereka mengubah BN bersama-sama, jika itu yang dimahukan.


"Kesampingkan nostalgia dan sentimen tradisi, saya lihat DAP dan PAS akan amat selesa menyertai BN.

"Jika BN memang benar berhasrat menjadi satu parti tanpa komponen seperti sekarang, ia akan berlaku setelah hal yang saya utarakan ini didahulukan. Mengapa tidak?" kata Nordin.

Katanya, bagi DAP pula, tentulah Umno lebih sesuai dijadikan rakan serumah berbanding dengan PAS.

Kata Nordin, dasar Umno yang secara konsisten sangat pragmatik sewajarnya menyelesakan DAP untuk tinggal bersama BN berbanding di rumah tumpangan pakatan pembangkang.

"DAP yang sangat sekular (kehendak yang terpancar dalam kenyataan pemimpin-pemimpin utamanya) sulit untuknya mengekalkan rumah tangga yang aman bersama PAS yang dilihat sangat teologikal.

"Lainlah jika PAS berada dalam rumah BN yang lebih besar nanti tentulah PAS juga akan pandai bertingkah laku sesuai pengalamannya tersingkir daripada BN pada tahun 1970-an dahulu," katanya.

Nordin juga menambah, pada asasnya banyak tuntutan DAP sudah tidak bersesuaian lagi kerana semuanya telah ditunaikan oleh BN, misalnya tuntutan kriteria merit ke universiti, tuntutan 'Malaysian Malaysia' sudah terangkum dalam '1 Malaysia', dasar semuanya inklusif, mewajarkan DAP untuk tidak perlu silu atau meminta maaf kepada pengikutnya untuk menyertai BN.

"Semua peluang yang diminta telah ada di dalam BN," katanya sambil menambah, jika semua telah ada dalam BN — "sekularnya ada, teologinya ada, suasana inklusif telah ada", semua kepentingan pelbagai kaum telah ada, apakah lagi kewajaran mengubah 'status quo'.

"Jika, misalnya ada alasan lain seperti BN masih tidak bersih maka BN perlu ditolak, hujah itu tidaklah begitu kukuh. Sebaliknya, hujah yang lebih kukuh ialah 'ubahlah' BN bukan 'menggantikan' BN," kata beliau.

Kata Nordin, BN tidak harus menunggu sehingga benar-benar lemah dan hampir lemas baharu cuba berenang mencari tebing.

Kata beliau, amat menarik apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini seperti dengan sengaja memilih masa yang agak sama menyerukan PAS meninggalkan pakatan pembangkang sambil memberi amaran kepada kaum Cina supaya tidak mengharapkan perwakilan yang biasa dalam Kabinet sekiranya mereka tidak memilih mana-mana parti Cina yang menjadi komponen BN dalam PRU yang akan datang.

"Seruan itu seperti hanya kurang sedikit daripada secara terang-terangan menjemput PAS menyertai BN dan juga kurang sedikit daripada memberi altimatum kepada MCA dan Gerakan supaya 'take it or leave it', sambil pada masa yang sama menghitung sejarah bahawa MCA terutamanya tidak pernah tidak setia kepada ikatan yang telah terjalin semenjak masa merdeka dituntut," katanya.

Katanya lagi, atas setiakawan demikianlah agaknya mengapa Najib tidak secara serentak 'menyapa' PAS dan DAP supaya meninggalkan PKR terkonteng-konteng sendirian.

Nordin menambah, pelbagai medium digunakan oleh pelbagai pihak dari luar bagi mengurangkan kebolehpercayaan orang ramai terutamanya pengundi terhadap kesucian 'rumah tumpangan' DAP dan PAS itu tetapi setakat ini mereka masih mampu di situ.

"Sebaliknya, rumah BN sendiri yang seperti bergoyang-goyang dari dalam," kata beliau.

Nordin menambah, hal ini mendorongnya meneliti semula tentang sentimen BN tidak boleh menerima DAP menjadi pengongsi rumah besar itu.

Mengambil kita latar belakang PAP dan DAP, kata beliau, secara ideologi nampaknya Umno dan DAP boleh duduk bersama dengan selesa.





SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Anti-Lynas: Ratusan demo depan kedutaan Australia

Posted: 20 May 2011 12:42 AM PDT

Kira-kira 200 penyokong anti-Lynas hari ini berhimpun di hadapan Kedutaan Australia membantah pembinaan pusat nadir bumi Lynas di Kuantan.

Mereka yang terdiri daripada Pemuda PAS, PKR, NGO dan aktivis sosial. Mereka mengiringi enam orang wakil untuk menghantar memorandum bantahan berhubung kesan radioaktif yang akan diterima penduduk Gebeng di negeri itu.

Mereka bergerak dari Masjid As Syakirin KLCC menuju ke kedutaan itu yang terletak kira-kira 700 meter dari selepas solat Jumaat.

Mereka kemudiannya disertai ahli parlimen Kuantan, empat wakil NGO Save Malaysia dan aktivis sosial sebelum memasuki perkatangan kedutaan tersebut.


Sewaktu tiba di kedutaan kira-kira 2.15 petang mereka melaungkan "Hancur Lynas, Hidup Rakyat" beberapa kali.

Bantahan tersebut diketuai oleh pemimpin PAS Pahang Suhaimi Saad yang merupakan naib yang dipertua kawasan Indera Mahkota dan bekas ketua Pemuda Pahang.

Turut hadir ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan, Naib Ketua Pemuda PKR Azmizam Zamanhuri.

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Anwar: Tak perlu 'ISA' Ibrahim Ali

Posted: 19 May 2011 07:01 PM PDT

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Datuk Ibrahim Ali tidak perlu ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mahupun didakwa di bawah Akta Hasutan berhubung kenyataan gempar yang dibuat oleh presiden PERKASA itu berhubung 'perang salib' ke atas penganut Kristian.

Sebaliknya, isu sebenar berhubung kenyataan berkenaan adalah sikap yang ditunjukkan Umno serta perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, yang menurut Anwar, hanya membiarkan tindakan sedemikian berterusan.

Ucapan Ibrahim dalam satu program ceramah pada 14 Mei itu mencetus kontroversi dan meraih kritikan pelbagai pihak termasuk para pemimpin gereja, kumpulan ulama dan NGO.


Namun, menteri undang-undang, Datuk Seri Nazri Aziz pula sekadar menyatakan bahawa amaran seperti yang disuarakan oleh Ibrahim itu kini sudah menjadi satu norma di Malaysia – maka tidak adil sekiranya Ibrahim sahaja yang dikenakan tindakan.

Ibrahim pula ketika mempertahankan ucapannya itu berkata, slogan jihad yang dilaungkannya ke atas golongan Krisitian itu "tidak bermaksud berbunuh-bunuhan dengan orang Kristian atau orang bukan Islam" tetapi sekadar untuk "menggemparkan" bagi tujuan menyedarkan orang ramai.

Bagi Anwar, Umnolah yang bertanggungjawab membiarkan.kenyataan melampau dan juga penghinaan ke atas gereja Kristian seperti itu berterusan.

"Memang ada undang-undang untuk menyiasat (kenyataan Ibrahim) tetapi bagaimana untuk menyiasat sekiranya ia dipromosikan (dan) disokong oleh pemerintah? Penyelesaiannya? Berilah rakyat faham dan jangan undi mereka.

"Tidak kiralah apa yang Nazri kata, dia tidak ada kredibiliti. Saya tidak fikir dia mewakili suara-suara rasional ataupun yang berdasarkan undang-undang, jadi saya tidak fikir dia mewakili apa-apa yang positif.

Kurang adab

"(Kenyataanya) kurang adab kesopanan, hanya untuk menyebarkan maklumat ini kepada rakyat. Patutkah satu negara bertamadun membiarkan sentimen seperti ini selepas separuh dekad mengecap kemerdekaan?" katanya lagi.

Anwar juga memegang prinsip yang sama ke atas akhbar Utusan Malaysia yang bertanggungjawab menyiarkan dakwaan kononnya terdapat usaha daripada pemimpin Kristian untuk menukar agama rasmi persekutuan dan juga melantik perdana menteri daripada kalangan penganut agama itu.

"Ada banyak undang-undang dan suruhanjaya yang boleh menanganinya... Tapi tentulah naif sekiranya kita menganggap bahawa Umno akan mengambil apa-apa tindakan ke atas lidah parti mereka sendiri, yang mana fungsinya ditetapkan oleh presiden parti yang menjadi perdana menteri negara ini.

"Saya bukanlah... kata orang, fatalistik atau acuh tidak acuh. Saya kata, ini perlu dijelaskan. Najib tidak boleh terus berkata 'Oh, Utusan, susah', tapi saya tahu Utusan dan bagaimana ia dikendalikan," katanya lagi.

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Laporan Polis Dari Manusia Yang Paling Bodoh Di Selangor

Posted: 19 May 2011 06:13 PM PDT

GAPS YANG BODOH BERTINGKAT-TINGKAT

KLANG 19 Mei - Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) dan seorang individu membuat laporan polis hari ini berhubung tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan menafikan beliau pelaku dalam video seks yang tersebar luas kini.

Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan kira-kira pukul 4 petang oleh Timbalan Pengerusi GAPS, Mohd. Abdul Raof Mokhtar dan Raja Ahmad Raja Abd. Wahid.


Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, Mohd. Abdul Raof berkata, laporan itu dibuat bagi menggesa polis mendedahkan pelaku dalam video terbabit, sekali gus membuktikan laporan yang dibuat Anwar pada 22 Mac lalu di IPD Dang Wangi adalah palsu.

''Saya rasa Anwar telah membuat laporan palsu kerana setelah diteliti dan diamati pelaku dalam video itu saya yakin dia adalah beliau (Anwar).

.... tak tau le mamat mangkuk GAPS tue dah tengok berape ribu kali video... siap tengok dgn teliti dan penuh pengamatan dengan penuh keyakinan.... so lepas nie polis takyah buat keje lah...

.... dan mamat yang pakai baju batik tue pun sama mangkuk sebab kalu ikut berita semalam dia kate org letak CD dalam peti surat umah then anak dia amik tgk CD tue.... dah tue apa kaitan laporan polis dengan Anwarnye... ke Anwar yg letak CD tue mangkuk oiii????


dppwm.blogspot.com

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

19 Nama Kroni Di Dedah

Posted: 19 May 2011 06:08 PM PDT

Kabel diplomatik Amerika Syarikat (AS), yang terbocor dan disiarkan oleh Malaysia Today hari ini menyenaraikan 19 pemimpin bisnes utama sebagai "aktor-aktor berpengaruh" dalam kitar politik Datuk Seri Najib Razak — dua tahun selepas menjadi perdana menteri.

Najib kini berada di AS sempena lawatan kerja.

Maklumat kabel itu, yang ditulis oleh kaunselor politik Mark D. Clark untuk membantu Jabatan Negara AS meneliti pentadbiran dan keputusan-keputusan dasar Najib , adalah yang pertama diterbitkan menerusi Malaysia Today, kendalian Raja Petra Kamarudin, selepas ia menandatangani memorandum persefahaman dengan Wikileaks, Isnin lalu.

Pengerusi Ethos Capital Rohana Mahmood mengetuai senarai personaliti korporat.

Maklumat yang diterbitkan menunjukkan Rohana ada hubungan dengan kebanyakan syarikat yang berhubung kait dengan Najib, yang sebelum ini merupakan menteri pertahanan.


Pada 2008 Najib dilantik sebagai menteri kewangan, portfolio yang disandang sehingga kini.

Antara 19 pemimpin bisnes yang disenaraikan, Rohana sangat berkait rapat dengan kepentingan-kepentingan komersial keluarga Najib.

Rohana bersama pembantu rapat Najib, Abdul Razak Baginda, yang dibebaskan daripada kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shariibuu, menubuhkan Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia — badan pemikir yang menasihati beliau masa-masa lalu.

Pihak pembangkang seringkali mendakwa Altantuya, yang membantu dalam urusan pemerolehan kapal selam Scorpene bernilai RM3 bilion (AS$1 bilion), dibunuh disebabkan hubungannya dengan Najib, dakwaan yang dinafikan oleh perdana menteri.

Turut disertakan dalam senarai itu ialah pemilik MMC Corp Bhd, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Corp Bhd dan Pengerusi Hong Leong Group Quek Leng Chan.

"Syed Mokhtar Albukharry... mempunyai operasi bisnes yang signifikan dalam konstituensi Najib dan sektor pertahanan," kata kabel itu.

The Malaysian Insider difahamkan Syed Mokhtar muncul sebagai penyumbang utama dana kepada Umno selepas ahli-ahli perniagaan Cina tempatan keberatan ekoran kekurangan kontrak di bawah pentadbiran Najib.

Syed Mokhtar memperluaskan empayar bisnesnya dengan memperoleh Pos Malaysia dan projek MRT Lembah Klang baru-baru ini.

Turut disenaraikan ialah:

• Pengarah urusan Khazanah Nasional Azman Mokhtar;

• Pengarah Khazanah Mohamed Azman Yahya, pengasas dan ketua eksekutif Symphony House Bhd;

• Pengerusi dan ketua eksekutif Johan Holdings Bhd Tan Kay Hock, yang juga anggota Lembaga Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA);

• Shahril Shamsuddin dari Kumpulan Sapura;

• Pengerusi jawatankuasa eksekutif Khazanah dan bekas pengarah urusan MAS Nor Yusof;

• Pengerusi dan pengarah urusan Konsortium Transnational Bhd Mohd Nadzmi Mohd Salleh;

• Pengarah eksekutif CIMB Group dan bekas konsultan Unit Perancang Ekonomi Dr Gan Wee Beng;

• Pengasas bersama Ethos Capital Omar Mustapha Ong, bekas pegawai khas Najib;

• Pengarah urusan dan ketua eksekutif Paramount Corporation Bhd Teo Chiang Quan;

• Pengarah urusan TH Group Bhd Lei Lin Thai;

• Ketua eksekutif Mamee Double Decker Bhd Pang Tee Chew;

• Ketua eksekutif Multi Vest Resources Bhd (MVest) Kenneth Eswaran, yang menurut kabel rapat dengan isteri Najib Datin Seri Rosmah Mansor;

• Ketua eksekutif Felda Holdings Bhd Bakke Salleh; dan

• Ketua Lembaga Tabung Angkatan Tentera Lodin Wok Kamarudin.

Mesej kabel itu terdedah ini, yang ditulis sebelum Najib disahkan sebagai perdana menteri keenam pada April 2009, menyusul penerbitan siri pertukaran sulit antara Washington dan Kedutaan AS di Kuala Lumpur dalam Asia Sentinel membutirkan keprihatinan AS berhubung perbicaraan dua anggota polis yang dituduh membunuh Altantuya.


The Malaysian Insider

darisungaiderhaka

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Polis Cawangan Khas Berkempen Untuk Umno Secara Terbuka

Posted: 19 May 2011 07:22 AM PDT

Baru-baru ini kira-kira 800 nelayan di sekitar Daerah Kuala Muda dipanggil oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) untuk menerima bantuan sara diri RM200 sebulan di MRSM Merbok. Himpunan seperti itu adalah perkara biasa, di mana sebelum menerima bantuan para nelayan tersebut akan dihidangkan dengan ceramah pemimpin-pemimpin politik BN. Duit yang disumbangkan oleh nelayan itu digambarkan seolah-olah duit yang diambil dari tabung Umno.

Namun himpunan nelayan kali ini ada kelainannya di mana salah satu slot yang dihidangkan ialah ceramah yang kononnya berhubung isu-isu keselamatan negara.

Penceramahnya ialah Supt. Mohamad Nadzri Mat Isa, Unit Cawangan Khas Bukit Aman. Di atas pentas itu dia membelasah Anwar, KeADILan, DAP dan PAS habis-habisan dengan 'bahan-bahan bukti' audio visual yang turut dipersembahkan. Ceramahnya seratus peratus adalah propaganda politik untuk memburukkan Pakatan Rakyat di samping mempertahankan kerajaan BN.


Apa sebenarnya yang sudah berlaku pada Polis Di-Raja Malaysia (PDRM)? Mereka tanpa segan silu mendedahkan diri secara terbuka terbabit dalam kempen politik BN.

Sebelum ini Timbalan Presiden KeADILan, Azmin Ali menuntut penjelasan dari Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berhubung isu yang sama, iaitu polis dipergunakan untuk berkempen bagi pihak BN. Beliau merujuk kepada tindakan Datuk Abdul Rahman Ismail dari Cawangan Khas yang memperalat Pejabat Pelajaran Daerah Bachok bagi menyebarkan fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kata Azmin, ia dibuat pada 19 Februari 2011 dalam program 'Seminar Isu-isu Keselamatan Negara Masa kini' di dewan Seri Bentara, Sekolah Menengah Beris Panchor yang melibatkan penyertaan 2,000 warga pendidik seluruh Kelanatan.

"Seminar itu bukan mengenai keselamatan negara tetapi mengupas isu video seks dan tragedi Memali.
"Apakah jaminan Ketua Polis Negara untuk mempastikan institusi polis berwibawa menjaga keselamatan negara jika mereka sendiri terlibat dengan agenda politik UMNO BN, jawab dengan jujur," desak Azmin.

Jawapan tidak diberi, Ketua Polis Negara menyepi, sebaliknya Cawangan Khas terus bermaharajalela menjelajah ke seluruh negara berkempen untuk BN.

Selama ini PDRM hanya dilihat berat sebelah; bertindak pantas terhadap himpunan anjuran PR dan 'memberi laluan' kepada program anjuran BN. Dalam demokrasi ala Malaysia, semua instrument kerajaan dipergunakan. Bukan sahaja polis tetapi SPRM, Jabatan Pendaftaran, Jabatan Penerangan dan hampir kesemua Kementerian digunakan untuk agenda politik BN. Tetapi PDRM digunakan untuk berkempen politik secara terbuka adalah julung kalinya. Apabila PDRM digunakan untuk berkempen bagi pihak BN maka ia benar-benar sudah melampau!

Apa yang lebih merbahaya ialah ceramah yang diberi bertemakan 'ancaman keselamatan' tetapi hakikatnya ancaman bukannya terhadap keselamatan tetapi terhadap penerusan politik BN. Perkataan 'keselamatan' diperalatkan sewenang-wenangnya untuk menghalalkan tindakan tidak bermoral mereka.

Jika benar DAP, KeADILan dan dan PAS menjadi ancaman kepada negara, apakah penyelesaiannya melalui ceramah politik membelasah mereka sedangkan selama ini kesemua parti politik tersebut tidak pernah dipanggil oleh Kementerian Dalam Negeri bagi menjelaskan apakah ancaman terhadap keselamatan yang telah dilakukan. Tidak pernah ada tindakan pendahuluan dan susulan oleh PDRM, tiba-tiba PR sudah menjadi musuh negara walhal mereka masih sebuah parti politik yang berdaftar secara sah.

Isu PDRM berkempen politik untuk BN bukan perkara kecil. Ia tidak selesai dengan Azmin Ali membuat kenyataan terbuka menuntut Ketua Polis Negara memberi jawapan. Pemimpin-pemimpin utama parti dalam PR mesti menghantar delegasi berjumpa Ketua Polis Negara atau Menteri Dalam Negeri menuntut penjelasan. Jangan anggap ia perkara biasa.

Dalam sejarah politik negara terlalu banyak penyalahgunaan kuasa jabatan kerajaan yang diperkudakan untuk membantu BN mengekalkan kuasa mereka, akhirnya ia menjadi 'perkara biasa' seolah-olah diterima oleh pihak pembangkang sendiri.

Jabatan Pendaftaran digunakan secara terang-terangan untuk membantu mengimport pengundi dari Sabah masuk ke Selangor; ia didedah dan dibantah tapi akhirnya kesemua pengundi import itu tersenarai juga dalam daftar pemilih. SPR membantu mendaftarkan pengundi pos yang tidak munasabah dengan kapasiti kem tentera yang wujud; ia dibantah juga, namun mereka tetap tersenarai dalam daftar pemilih. Semua itu akhirnya menjadi 'perkara biasa'.

Sejak merdeka semua media utama, termasuk RTM yang gajinya dibayar oleh rakyat digunakan untuk menjalankan kempen propaganda politik BN, ia sudah menjadi perkara biasa sehingga penentangan terhadap tindakan tidak bertanggungjawab kerajaan itu juga adalah perkara biasa, justeru tidak pernah dilayan.

Semua tahu BN sangat terdesak sekarang. Mereka begitu terasa sedang berasa di penghujung kuasa. Menggunakan PDRM adalah langkah terdesak tetapi amat berani. Para pemimpin politik PR boleh dianggap sedang menggali lubang kubur sendiri jika penyalahgunaan jentera kerajaan sehingga ke tahap itu; ditentang secara sambil lewa sahaja. Usah bermimpi menawan Putrajaya jika PDRM sudah berkempen secara terbuka begitu membantu BN.

Kerengga

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Aktivis Gegar Terus Jadi Sasaran Samseng

Posted: 19 May 2011 07:17 AM PDT

KOTA BHARU, 19 Mei: Usaha rakyat Kelantan menuntut royalti minyak kini semakin tidak disenangi pihak tertentu apabila 'mengupah' samseng menakut-nakutkan aktivis Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar).

Jumaat lalu Setiausaha Gegar, Hisyamuddin Ghazali, 29 dipukul lelaki tua dipercayai Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) ketika sedang menggantungkan sepanduk tuntutan royalti minyak di pagar Masjid Kampung Sireh.

Dan awal pagi tadi pula sekumpulan pihak tidak dikenali dipercayai melakukan semburan cat berwarna merah dan putih di papan tanda jalan di hadapan rumah seorang lagi aktivis Gegar, Wan Mustapa Wan Daud, 51.


Beliau berkata, kejadian itu kemungkinan berlaku sekitar jam 3 hingga 4 pagi tadi setelah kedengaran riuh rendah di hadapan kediamannya di Pasir Hor.

"Ketika itu saya tidak mengendahnya. Bagaimanapun pada jam 7 pagi tadi ketika mahu keluar dari rumah didapati terdapat kesan semburan cat di papan tanda jalan di hadapan rumah saya.

"Tindakan tersebut mungkin didalangi samseng dengan mengupah remaja bermotosikal bertujuan menakut-nakutkan saya," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis petang tadi.

Laporan itu dibuat di Balai Polis Kubang Kerian. Hadir sama Hisyamuddin yang turut membuat laporan bagi kali kedua.

Wan Mustapa berkeyakinan perbuatan khianat itu dilakukan kerana ada kaitan dengannya sebagai aktivis Gegar.

"Saya membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan saya dan keluarga," ujarnya.

Sementara itu Hisyamuddin berkata, beliau membuat laporan polis kali kedua setelah yakin laporan pertama Jumaat lalu belum diambil sebarang tindakan terhadap individu terbabit.

Menurutnya laporan kali kedua dibuat setelah merasakan diri dan keluarganya terancam kerana tiada tindakan diambil pihak berkuasa terhadap individu yang menyerangnya.

Hisyamuddin juga memberitahu beliau telah mengadakan perbncangan dengan peguam bagi mengambil tindakan undang-undang terhadap veteran Umno yang memukulnya.

Malah difahamkan ada pihak tertentu mengugutnya supaya tidak mendedahkan kejadian Jumaat lalu kepada media.

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

PRU13 tanpa Anwar di barisan depan?

Posted: 19 May 2011 05:45 AM PDT

Tidak sukar untuk meneka apa nasib yang bakal menimpa Anwar Ibrahim apabila Ketua Pembangkang itu dikehendaki oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Isnin lalu untuk membela diri. Masa depan beliau dijangka lebih kelam jika kita meneliti hujah-hujah Hakim Zabidin Mohamad Diah.

Ketika membacakan penghakimannya selama dua jam, Hakim Zabidin berkata, selain terdapat kes prima facie ke atas Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan -- yang mendakwa beliau diliwat oleh bekas majikannya -- telah disifatkan beliau sebagai "saksi yang benar dan berwibawa".

Proses pembelaan yang bakal berlangsung dari 6 hingga 30 Jun nanti mungkin mendedahkan pelbagai "keanehan dan kepelikan", namun ramai beranggapan "hukuman sudahpun ditentukan". Apa sahaja kes berkaitan Anwar "tidak berupaya" diputuskan semata-mata oleh mahkamah; pasti ada tangan-tangan ghaib di atas "singgahsana" yang mesti dirujuk terlebih dahulu.


Begitu juga dengan episod video seks terbaru; sekiranya membabitkan Anwar ia bukan lagi berkaitan hal personal Dato' T atau siapa saja, ia semestinya mendapat restu pemimpin no. 1.

Ya, siapa berani memberikan jaminan jika Dr Mahathir Mohamad -- bukannya Abdullah Ahmad Badawi -- masih menjadi Perdana Menteri pada 2004, bersediakah Mahkamah Persekutuan mengugurkan sabitan kesalahan liwatnya? Saya pasti, jika Abdullah bukan PM waktu itu, Anwar terpaksa menghabiskan keseluruhan sisa-sisa hukuman penjaranya.
Sejak pilihan raya umum 1999, Anwar merupakan aktor paling penting dan begitu menonjol, yang mendominasi hampir semua isu-isu politik sepanjang 12 tahun lalu. Dalam PRU12, Anwar berpeluang menjelajah ke seluruh negara berkempen dan bersama-sama menyusun strategi buat parti-parti pembangkang, juga membangkitkan isu-isu yang menarik perhatian rakyat.

Disebabkan Anwar masih dihalang bertanding sebagai calon pilihan raya ketika itu, Mac 2008, beliau lebih bebas dan selesa untuk membantu calon-calon lain. Hasilnya, satu kejutan dan tsunami politik terakam dalam sejarah moden tanahair.

PRU13 memang cukup kritikal buat BN dan juga Pakatan. Siri pilihan raya kecil sepanjang 2008-2011 menunjukkan trend mengundi tidak banyak berubah. Momentum 2008 masih bertenaga. Ditambah pula dengan keputusan pilihan raya negeri Sarawak. Sekurang-kurangnya satu mesej jelas daripada Bumi Kenyalang: Amarah pengundi Cina kepada BN langsung tidak berjaya untuk dilunakkan, malah mereka seperti bersedia untuk "menghukum" dengan lebih keras lagi.

"Saya percaya, mana-mana parti yang melakukan lebih banyak kesilapan, atau mudah terleka dan alpa, akan menerima padah dalam PRU13," kata seorang penganalisis politik bagi menggambarkan bagaimana keadaan agak sukar untuk diramal. Masing-masing, BN dan Pakatan, mempunyai kelemahan dan kekuatan tersendiri.

Persiapan pula harus melengkapi pelbagai sektor dan penjuru, termasuk menjangka (dan lebih penting, mengenal pasti langkah menyerang balas) "taktik kotor" BN yang mungkin tidak terduga. BN ternyata disokong segala kemudahan, peluang dan sumber untuk memanipulasi proses PRU13. Pendedahan senarai daftar pemilih yang meragukan di Selangor adalah cebisan kecil daripadanya.

Mahathir memang selamanya menggeruni kehebatan Anwar, sejak bekas Presiden ABIM itu belum melibatkan diri dalam politik lagi. Justeru, Anwar "diperangkap" jerat Mahathir sejak 1982 lagi. Bagi sesetengah orang, Abdullah mungkin agak naif membaca kekuatan Anwar, tetapi saya lebih suka melihat Abdullah lebih jujur bermain politik. Masih ada batas dan sempadan yang dijaganya.

Berbeda dengan Najib Razak. Rekod jahatnya "merampas kuasa" di Perak sudah memadai. Malah, segala "kelicikan dan kehodohan" di Selangor sekarang berpunca daripada Najib selaku Pengerusi Perhubungan Umno Negeri. Pengalaman Umno menawan Terengganu pada 2004 daripada PAS, juga melalui senarai daftar pemilih, akan dikongsi Selangor.

Kini, tarikh PRU13 banyak bergantung dengan kes Anwar. Sasaran rebutan pengaruh pula tertumpu di kalangan pengundi Melayu (dan juga masyarakat India yang mungkin mengalami peralihan undi). Apakah keputusan kes liwat II ini mampu menarik sokongan orang Melayu kepada Umno-BN, atau isu videa seks menyebabkan sekurang-kurangnya mereka keliru dan curiga dengan Anwar dan Pakatan Rakyat (khususnya PAS)?

Kes video seks rasanya lebih dijadikan modal politik daripada membawanya ke mahkamah. Bagi Umno, jika dapat dikekalkan status-quo sokongan Melayu pun sudah memadai. Peningkatan taraf pendidikan dan tahap ekonomi, kematangan berpolitik, dominasi kuasa siber dan berkembangnya kelas menengah di kalangan orang Melayu menjadi ancaman kepada survival Umno. Justeru, kemaraan itu mesti disekat.

Pakatan dikira terlalu bergantung kepada Anwar. Seolah-olah tanpa Anwar, ia akan bercempera, hilang fokus dan tumpul bisanya, selain memungkinkan perpecahan dalaman, terutama di antara PAS dan DAP. Dengan memastikan Anwar kembali merengkok di penjara dan memadamkan imiginasi rakyat terhadap kemunculan "Perdana Menteri alternatif", strategis Umno percaya misi mereka bertambah mudah.

Bagi saya, Pakatan mesti buktikan itu semua hanya angan-angan Umno. Kesepaduan Pakatan, apatah lagi persefahaman di antara dua parti yang teguh memegang prinsip -- PAS dan DAP -- tidak akan goyah walaupun tanpa Anwar di barisan depan. Isu-isu dan jaminan dalam Buku Jingga sudah cukup untuk menggambarkan keseriusan Pakatan menawarkan jalan keluar ke atas seribu satu masalah yang melanda negara.

Saya masih ingat, ketika menemubual Tengku Razaleigh Hamzah ekoran isu royalti petroleum Kelantan pada 18 Februari 2010, beliau membayangkan simpati rakyat, khususnya orang Melayu kepada Pakatan akan meningkat jika Anwar bakal dipenjarakan sekali lagi.

Mungkin tiada lagi demonstrasi jalanan besar-besaran seperti era reformasi 1998-99 dahulu. Tidak perlu bimbang; pengundi semakin bijak menyalurkan luahan hati mereka semasa pilihan raya. Lagi pun, sumber terhad yang ada perlu digembleng secara bersepadu untuk aktiviti politik lebih berkesan. Yang penting, usah melatah dirasuk emosi. Jangan menari mengikut gendang yang dipalu Umno. - hrkh

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Saya tahu siapa lelaki dalam video seks, kata Anwar

Posted: 19 May 2011 02:02 AM PDT

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau mungkin mengenalisi pelaku dalam rakaman video seks yang dikaitkan dengan dirinya apabila ditanya mengenai skandal itu dalam sesi perbualan bersama Yahoo! News.

"Saya ada beberapa orang untuk disyaki! perut buncit dan dada jatuh, ha ha," katanya ketika ditanya jika mengenali identiti lelaki dalam video 21 minit yang didedahkan 21 Mac lalu.

Dalam perbualan selama 75 minit itu, yang dihoskan Yahoo! Malaysia, Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berulang kali menafikan penglibatannya dalam aksi seks didakwa "Datuk T".


Bekas timbalan perdana menteri itu bagaimanapun kelihatan mempertahankan diri dan kebanyakan soalan yang ditanya dijawab dengn penafian sambil menuduh ia komplot Barisan Nasional (BN).

Apabila ditanya sama ada beliau bersalah, Anwar bagaimanapun kelihatan marah terhadap seorang pengikut Yahoo yang merujuk kepada ketulenan rakaman video itu, hasil analisi pakar-pakar dari Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS).

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Tarif Elektrik Naik Hujung Bulan Ini

Posted: 19 May 2011 01:52 AM PDT

Kenaikkan kadar tarif elektrik di negara ini dijangka akan diumumkan pada 25 Mei ini menurut akhbar harian Cina Nanyang Siang Pau.

electric bill 130608Akhbar itu yang memetik sumber berkata kerajaan memilih menaikkan harga elektrik dan bukannya harga petrol RON95 kerana bimbang tindakan itu akan mencetuskan kemarahan besar-besaran rakyat. Justeru, petrol RON95 dijangka kekal buat masa ini.

Impak atau kesan kenaikkan tarif elektrik dikatakan lebih kecil berbanding kenaikkan harga petrol RON95 ke atas kerajaan, dakwa sumber dari jemaah menteri itu.

Menurut laporan itu juga kerajaan telah meluluskan kenaikkan tarif berkenaan.

Ia sepatutnya diumumkan pada Khamis lalu tetapi ditangguhkan kerana pengumuman kenaikkan harga gula juga dibuat pada minggu lalu. Tindakan tersebut dikhuatiri membangkitkan kemarahan rakyat.


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Lagi Wang Rakyat Bakal Lesap

Posted: 19 May 2011 01:49 AM PDT

PAS kurang senang dengan cadangan penggabungan antara Bank Muamalat dan Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) yang dianggapnya sebagai satu lagi tindakan menyelamatkan syarikat menggunakan dana awam.

"Apa manfaat bagi BIMB untuk membeli atau bergabung dengan Bank Muamalat?" soal naib presiden PAS Salahuddin Ayub.

BIMB mempunyai 115 cawangan di seluruh negara dengan 600 mesin auto-teller dan justeru, Salahuddin, "terdapat sesuatu yang aneh dalam urusniaga itu yang tidak membawa manfaat kepada BIMB".


Dakwa ahli parlimen Kubang Krian itu, kebimbangannya adalah tangan-tangan tersembunyi di sebalik arahan BIMB untuk membeli Bank Muamalat daripada DRB-Hicom, yang memiliki 70 peratus bank berkenaan manakala Khazanah, pula memiliki 30 peratus lagi.

"Saya risau ini satu lagi 'bailout' yang merupakan budaya tidak sihat di negara kita dan akan terus membebankan rakyat," katanya.

Menurut Salahuddin meskipun tiada bukti bagi menunjukkan tindakan itu bagi menyelamatkan Bank Muamalat namun keputusan untuk bergabung berkenaan adalah petanda yang jelas.

"Tidak ada bank yang stabil akan mahu bergabung dan hilang identitinya," hujahnya.

Sehubungan itu, beliau mendesak Bank Muamalat untuk mendedahkan status kewangannya dan menjelaskan mengapa mereka mahu bergabung dengan BIMB.

"Saya akan tulis kepada pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara atas kedudukan saya selaku ahli parlimen bagi memaksa Bank Muamalat membekalkan kenyataan kewangannya. Jika ia beroperasi dengan lancar, kita ingin tahu selancar mana? Jika ia mencatatkan kerugian, berapa banyak yang rugi? Dan kenapa ia mahu bergabung?" soal pempin PAS itu lagi.

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Batal PKR: RoS didakwa rujuk fasal tak wujud

Posted: 19 May 2011 01:41 AM PDT

PKR mendakwa tindakan mahu membatalkan pendaftaran parti itu pada 9 Jun depan bermotifkan politik dan berniat jahat.

"Ini adalah tindakan terdesak Umno-BN yang kini menggunakan undang-undang menindas seperti Akta Pertubuhan 1966 untuk membatalkan pendaftaran PKR dengan asas yang dangkal dan jahat," kata Setiausaha PKR Saifudin Nasution.

PKR menerima Mei bawah Seksyen 13 Akta Pertubuhan 1966 yang mengancam untuk membatalkan pendaftarannya selepas sebulan.

Notis itu menyatakan pendaftaran PKR akan dibatalkan melainkan parti itu menyatakan sebab mengapa ia tidak wajar dibatalkan.


Saifuddin berkata, dakwaan berlakunya pelanggaran peruntukan dalam perlembagaan parti dalam pemecatan seorang anggotanya Rajagopal Andaikallam -- seperti dipetik Pendaftar Pertubuhan (RoS) dalam surat bertarikh 9 Mei -- juga tidak benar.

Ini kerana, fasal yang dirujuk RoS (Fasal 32.2.1) -- yang didakwa menyebut seorang anggota mestilah disoalsiasat dan dibicarakan Lembaga Disiplin sebelum dipecat -- didakwa tidak wujud.

"Walaupun (mungkin) ia kesilapan ejaan, Fasal 32 tidak langsung berkaitan dengan isu disiplin dan Lembaga Disiplin," katanya sambil menuduh RoS mem buat dakwaan karut.

Saifudin juga berkata, nama individu yang disebut juga sebenarnya salah. Nama sebenarnya, seperti dalam rekod parti ialah Jayagopal (bukan Rajagopal).

Bagaimanapun, Saifuddin menjelaskan, individu itu dipecat pada 27 April 2009 setelah diputuskan Majlis Pimpinan Pusat pada tarikh yang sama.

"Dakwaan dan campurtangan Pendaftar Pertubuhan dalam masalah dalaman parti ini ternyata sangat tidak berasas dan tidak adil.

"Perkara tentang disiplin dan prosedur berkaitannya adalah sepenuhnya masalah dalaman parti," katanya.

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Tiada ulasan: