Rabu, 18 Mei 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Altantuya : WikiLeaks Dedah Campur Tangan Politik Selamatkan Najib

Posted: 17 May 2011 11:51 PM PDT


Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur mengesyaki campurtangan politik untuk melindungi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada dikaitkan kepada perbicaraan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, menurut kabel-kabel diplomatik yang dibocorkan oleh WikiLeaks [AsiaSentinel].

Kabel-kabel itu berasaskan maklumat yang diberikan kepada kedutaan itu oleh sumber-sumber Pejabat Peguam Negara, pemimpin kerajaan dan pembangkang, menurut Asia Sentinel yang menyiarkan kabel-kabel berkenaan.

Malah wakil kedutaan AS juga membincangkkan kemungkinan Perdana Menteri ketika itu Abdullah Ahmad Badawi menggunakan perbicaraan Altantuya untuk "mengenakan" Najib.

Altantuya dijumpai mati dibom di pinggiran hutan Puncak Alam pada Oktober 2006. Dua daripada pegawai polis yang berkhidmat dengan pejabat Najib ketika itu, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar di dapati bersalah membunuh warga Mongolia itu.

Bagaimanapun rakan karib Najib, Abdul Razak Baginda yang mengaku mengadakan hubungan sulit dengan Altantuya dibebaskan dari tuduhan itu walaupun beliau bersetuju menggunakan khidmat dua anggota polis berkenaan.

Kabel-kabel WikiLeaks mendedahkan pegawai-pegawai kedutaan percaya wujud campurtangan politik untuk menentukan bagaimana pihak pendakwaraya mengendalikan kes itu.

Pembunuhan Altantuya dikaitkan dengan pembelian bernilai USD 1 Billion atau RM3.5 bilion kapal selam Scorpene dari Perancis oleh Kementerian Pertahanan, yang ketika itu diterajui Najib.

Altantuya dikatakan berkhidmat sebagai penterjemah transaksi tersebut yang membolehkan syarikat Perimekar Sdn Bhd pimpinan Razak Baginda menerima komisyen lumayan lebih RM 534.8 juta.

Kabel WikiLeaks juga turut mengandungi maklumat mengenai pertemuan antara Ketua Bahagian Politik Kedutaan AS, Mark D Clark yang diberitahu oleh seorang timbalan pendakwaraya kes itu bahawa "hampir pasti tidak ada peluang untuk mensabitkan Razak Baginda atas tuduhan (membunuh)."

Selain itu Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu Wan Ahmad Farid Wan Salleh juga memberitahu kedutaan AS bahawa beliau yakin pendakwaraya hanya akan membataskan siasatan kepada suspek dalam perbicaraan dan bukan kepada pihak-pihak lain atau pun dakwaan-dakwaan rasuah berkaitan pembunuhan itu.

Pada tahun Januari 2007, pejabat kedutaan AS juga menunjukkan minat kepada affidavit Razak Baginda yang mengaku beliau meminta pertolongan pegawai pengiring Najib, Musa Safri, untuk memastikan Altantuya tidak lagi mengganggunya.

Musa bagaimanapun tidak pernah dipanggil untuk memberi keterangan di mahkamah.

Perkara-perkara lain yang menarik minat kedutaan adalah tindakan Peguam Negara Tan Sri Gani Patail secara tiba-tiba untuk menggugurkan Ketua Pendakwaraya kes itu Sallehudin Saidin dan menggantikannya dengan seorang yang kurang berpengalaman.

Kabel diplomatik WikiLeaks itu juga merujuk kepada pendedahan Anwar Ibrahim tentang dakwaan-dakwaan rasuah yang dikaitkan kepada Najib dan Razak Baginda berhubung pembelian kapal Scorpene dan Jet Sukhoi Su-MCM-30.

Dalam kabel 24 Januari 2007, kedutaan AS merumuskan bahawa "tanggapan berlakunya salah laku oleh pendakwaraya dan mahkamah serta dakwaan bukti-bukti tertentu dimusnahkan , mencadangkan kepada ramai bahawa kes (pembunuhan Altantuya) menghadapi tekanan politik yang bertujuan melindungi Najib.


ReJaM© "Apa yang jelas, Najib akan dibicarakan jika Pakatan Rakyat merampas Putrajaya"

Eskay kecewa umpan video seks tidak menjadi

Posted: 17 May 2011 08:50 PM PDT

NAMPAKNYA Datuk Shazryl Eskay terpaksa menggigit jari kerana tiada siapa yang peduli apa lagi menghargai umpan video seks lelaki mirip Anwar Ibrahim yang diletupkannya baru-baru ini.

Ternyata umpan video seks yang dibuatnya langsung tidak menambah peluang untuknya memperolehi RM20 Juta di dalam proses saman terhadap Merong Mahawangsa Sdn Bhd yang terlibat dengan projek jambatan bengkok.

3 Mei 2011 yang lalu, Eskay cuba menambahkan keyakinan, bahawa pendedahan yang lebih besar akan dibuat terhadap Anwar Ibrahim, Eskay cuba memberikan signal bahawa beliau mampu menjatuhkan Anwar, satu lagi pendedahan yang lebih menggemparkan dijanjikan [Utusan]


Akhirnya hanya perasaan kecewa yang tiba. Dua hari selepas Eskay berjanji kononnya untuk mendedahkan rahsia yang lebih besar tentang Anwar Ibrahim, samannya terhadap Merong Mahawangsa Sdn Bhd ditolak oleh mahkamah. Maka RM 20 juta yang diidam-idamkannya hancur lebur [mStar].


Maklumat yang diperolehi daripada orang yang sangat rapat dengan Eskay mendedahkan bahawa beliau kini sudah menghilangkan diri sebaik sahaja kalah perbicaraan samannya, para peguamnya juga gagal menghubungi Eskay, panggilan telefon langsung tidak berjawab. Sehingga kini hutang kos guaman bernilai RM 300, 000 tidak dibayar.

Difahamkan Eskay akan terus menghilangkan diri kerana tidak mahu membayar hutang sebanyak RM 300 ribu kepada peguamnya. Pendedahan lebih besar yang dijanjikannya pula hanyalah gimik meraih simpati. Jelas sekali sumpah laknatnya sudah mula memakan diri, hidupnya kini tidak tenang dibelenggu hutang RM 300 ribu, malah bakal didakwa dibawah seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana mengedarkan bahan lucah.

Apa yang diharapkan Eskay tidak berhasil, dia hanya mampu menggigit jari. Malah lokasi tempat Eskay mendapatkan pelakon video seks sudah dikenal pasti. Terletak 3 jam dari sempadan Malaysia-Thailand, nantikan pendedahan yang lebih besar dari MiLo SuaM kah kah kah...


ReJaM© "Padan muka Eskay kah kah kah..."

Berita baik! Harga Minyak RON 95 naik bulan depan!

Posted: 17 May 2011 02:45 AM PDT

BERITA yang dipetik daripada sumber Bernama [Bernama], jelas sekali RON 95 akan dinaikkan mulai bulan hadapan. Kalau sebelum ini kerajaan meminta rakyat Malaysia berjaga-jaga atau bersedia dengan kenaikkan harga minyak RON 95, rujuk sini [Minyak naik]. Kali ini masa itu telah tiba.

Bunga-bunga kenaikkan harga RON95 sudah jelas kelihatan. Walaupun kerajaan berselindung di bawah tajuk "Harga petrol RON 95 disemak bulan hadapan", apa yang jelas , tiada berita baik untuk rakyat. Kerajaan hanya berniat untuk menyemak sama ada untuk "kekal pada harga sekarang atau naikkan harga minyak". Jawapannya tentulah naikkan harga fullstop.


Kini rakyat boleh lihat sendiri bagaimana susahnya kerajaan hari ini, jelas sekali kelihatan dalam bahasa mudahnya, "kerajaan sudah tak ada wang". Kerajaan dah habis duit akibat pelbagai projek, dan juga pembaziran tetapi tiada pulangan yang diharapkan.

Lihat sahajalah betapa liatnya kerajaan untuk memberikan subsidi kepada rakyat? Inikah yang dikatakan "rakyat didahulukan"? Anda ditipu di depan mata, di depan batang hidung.

Setiap hari berita baik keluar di media-media arus perdana, ekonomi Malaysia naik! Pelabur semakin percaya kepada Malaysia! Hasil pendapatan negara semakin meningkat! Negara semakin kaya! Tapi apa yang terbukti, negara sudah tak ada wang. Nampak benor menipunya, kegagalan demi kegagalan kerajaan sudah semakin jelas, sebelum ini Najib sendiri mengakui RM 50 billion saham bumiputera hanya tinggal baki RM 2 billion.

Konon negara makin kaya, makin maju, makin membangun, pendapatan makin meningkat, tapi wang negara semakin menyusut, duit bumiputera tinggal 2 billion. Nak bagi subsidi kepada rakyat pun semakin liat. Tapi dalam masa yang sama melaungkan slogan "rakyat didahulukan!" Ini namanya kerajaan penipu!


ReJaM© "Seperti biasa gerombolan songkok tinggi akan terus rela dan bangga ditipu"

Tiada ulasan: