Selasa, 17 Mei 2011

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


RON 95 Pula Bakal Naik Harga(Rakyat Makin Merana)

Posted: 17 May 2011 04:15 PM PDT


Jika selama ini hanya RN97 yang selalu naik harga,kini giliran RON 92 pula yang kemingkinnan akan mengalami proses"Penyelarasan Harga" nak naik la tu..

Jika dulu rakyat marhain yang menggunakan motosikal dan kereta buruk(macam aku) taklah terasa sangat dengan kenaikan harga RON97 kerana masih menggunakan RON 95 sebagai alternatif kini sudah mula merasakan bahangnya.

kalau dulu pakcik-pakcik Umno di kampung-kampung masih lagi boleh bersuka ria dengan kenaikan harga minyak RON97

"biarlah nok naikpun ,kita guna RON95 ,RON97 tu hok ore kaya.
moleklah tu kerajae buat tu tarik subsidi ore kaya bui ko ore miskin"

Loni sama-sama melopong,hehehe

mstar.com.my
IPOH: Kerajaan akan mengkaji semula semua harga produk petroleum termasuk petrol RON95 pada bulan depan bagi menentukan harga sedia ada akan kekal atau sebaliknya, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Selasa.

Beliau berkata kajian semula oleh kementerian itu bersama-sama agensi lain seperti Kementerian Kewangan dan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) akan menentukan sama ada harga sedia ada kekal atau dinaikkan berdasarkan tanggungan subsidi kerajaan.

"Mengikut pelan Rasionalisasi Subsidi, satu kajian semula akan dibuat enam bulan sekali terhadap subsidi semua produk. Jadi untuk petrol RON95, diesel dan LPG (gas cecair asli) kajian terakhir dibuat pada Disember tahun lepas.

"Ini bermakna bulan ini atau awal Jun akan berlaku kajian semula untuk pertengahan tahun...saya tidak boleh memberi gambaran apa yang akan berlaku, tetapi kajian akan berlaku dan tanggungan subsidi oleh kerajaan adalah tinggi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Ipoh Barat di sini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kedudukan semasa harga petrol RON95 berikutan harga petrol RON97 kini meningkat kepada RM2.90 seliter.

Harga RON97, yang diapungkan mengikut harga pasaran minyak semasa, naik 20 sen ke RM2.70 seliter pada 2 April lepas ekoran krisis Timur Tengah manakala kali terakhir harga RON95 naik adalah pada Disember tahun lalu iaitu sebanyak lima sen kepada RM1.90 seliter.

Ismail Sabri berkata walaupun sebelum ini beliau berkata harga minyak tidak dinaikkan pada masa sekarang, tetapi ia tidak menjamin harga minyak akan kekal selama-lamanya kerana tanggungan subsidi kerajaan terhadap produk petroleum pada masa sekarang adalah tinggi.

"Tahun lepas, tanggungan subsidi kerajaan (bagi produk petroleum) adalah RM8 bilion apabila harga minyak dunia meningkat, dan tidak nampak trend itu akan menurun. Kalau keadaan itu berterusan, tanggungan subsidi kerajaan akan menjadi RM18 bilion tahun ini iaitu kenaikan RM10 bilion," katanya.

Beliau berkata sekiranya subsidi dikurangkan, jumlah peruntukan RM10 bilion itu dapat digunakan bagi membina lebih banyak sekolah, jalan-jalan kampung, projek perumahan rakyat serta memberi lebih banyak bantuan pelajaran.

Katanya rakyat perlu sedar jumlah subsidi besar yang ditanggung kerajaan sepatutnya dibelanjakan untuk projek yang lebih memberi manfaat kepada pelbagai lapisan rakyat. BERNAMA

-ijoks2009-
Saya bukan nak mengajar dan taklayakpun nak mengajar,cuma nak bagi pandangan sikitlah.
kalau kita lihat sistem zakat dalam islam ,wang dari orang kaya yang akan diambil untuk digunakan membantu orang miskin bukan sebaliknya.

Secara mudahnya jika negara benar-benar terdesak ,"Orang kaya" lah yang patut berkorban dahulu,merekalah yang lebih afdhal menderma untuk negara bukannya rakyat miskin macam kami.

Di Malaysia kita ada tidak kurang dari 30 "Orang kaya" yang tersohor.
Mari kita lihat berapa gaji mereka.
Ini adalah pendedahan dari salah seorang Pegawai Bahagian Kewangan, Di Jabatan Perdana Menteri. Pendedahan ini mengenai Slip Pendapatan Bulanan Menteri dan Timbalan Menteri di Malaysia. Hanya pegawai-pegawai tertentu sahaja dibenarkan menguruskan maklumat ini, walaupun mereka itu adalah PA kepada Menteri.
Kakitangan perkeranian tidak mengetahui, sebab slip pendapatan bulan masing-masing diberi dengan sampul surat tertutup.Maklumat ini adalah dari kawan-kawan di Jabatan Audit Negara,Perbendaharaan Malaysia, Bahagian Kabinet Jabatan Perdana Menteriserta serta Bahagian Pentadbiran Kewangan Parlimen Malaysia.
Slip Pendapatan Bulanan bagi Menteri Penuh Malaysia termasuk Ketua-Ketua Menteri
1. Gaji Pokok RM18,000 – sulit untuk public, tidak boleh didedah kpd orang awam (OSA) akhbar ditegah mendedahkannya.Terikat dgn akta Parliment
2. Elaun Keraian RM10,500.00 - tidak sulit, pendedahan harus berhati-hati
3. Elaun Perumahan RM10,800.00 – tidak sulit – pendedahan harus berhati-hati Kebanyakn menteri ada rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket mereka sajalah
4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00 - tidak sulit tapi tidak orang semua tahu.
5. Elaun parking RM 5,700.00
Jumlah pendapatan bulanan RM55,650.00 yg wajib terima samada sakit atau tidak kerja
Lain-lain kemudahan
1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara- semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan,hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit.
2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dll boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00
6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dgn talipon bimbit,satu driver,minyak percuma.Kalau pakai pemandu kementerian,dapatlah duit percuma.
7. Semua pemberian derma spt kpd perkahwinan, kematian,atau pemberian kpd badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.
8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00
9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan.
Slip Pendapatan Bulanan Bagi Timbalan Menteri
1. Gaji Pokok RM15,000 – sulit untuk public,tidak boleh didedah kpd orang awam (OSA) akhbar ditegah mendedahkannya.Terikat dgn akta Parliment
2. Elaun Keraian RM9,500.00 – tidak sulit, pendedahan harus berhati-hati
3. Elaun Perumahan RM9,800.00 – tidak sulit- pendedahan harus berhati-hati Kebanyakn menteri ada rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket saja lah poket sendiri
4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00 – tidak sulit
5. Elaun parking RM 5,700.00
Jumlah pendapatan bulanan RM50,650.00 yg wajib terima samada sakit atau tidak hadir bertugas.

Maklumat diatas adalah berdasarkan tangga gaji seorang menteri pada tahun 1999. Saya rasa terdapat sedikit sebanyak perubahan sehingga sekarang. 
sumber maklumat disini


p/s:
Kami tak dengkipun dengan gaji dato' menteri ,kami cuma nak dato'k sama-sama berkorban 10 peratus sahaja dari gai dato' cukuplah.
Bila susah kami yang menangung "azab" lebih ,bila senang dato' makan sorang .tak baiklah macam tu dato'
Dato takpalah minyak naik tinggi manapun datok dapat minyak free

Dari Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.aw. bersabda: Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu yang makan sehingga kekenyangan sedangkan jirannya kelaparan. 
(Hadis riwayat Tabrani)


Dibawah ini adalah antara tindakan yang pernah dibuat oleh kerajaan Kafir Britain untuk menangani masaalah ekonomi negara mereka.
  1. Kerajaan campuran Britain merancang penjimatan sebanyak 513 juta pound sterling (RM2.5 bilion) dengan mengurangkan bajet badan-badan penasihat dan membubarkan sebahagian daripadanya
  2. Faedah istimewa yang dinikmati kakitangan kerajaan seperti teksi, penerbangan dan kemudahan hotel juga akan turut terjejas
  3. Gaji perdana menteri Britain dan menteri-menteri Britain dipotong sebanyak 5 %
  4. Menteri-menteri Britain yang terdiri daripada kerajaan campuran Konservatif dan Liberal Demokrat tidak diberikan elaun pengangkutan dan……………….kemungkinan besar mereka akan menggunakan alternatif lain seperti tren atau pun bas
  5. Kerajaan juga bakal menjimatkan sebanyak 8 bilion pound (RM38 bilion) melalui cukai khas yang dikenakan kepada bank

Cari N3 lama-lama disini

Cara-Cara Berjalan Diatas Air(Santai)

Posted: 17 May 2011 03:34 PM PDT

Santai



Cari N3 lama-lama disini

Tiada ulasan: