MiLo SuaM |
- Penjawat awam diugut dalam diam?
- Utusan tidak beramanah, Pakatan tekad pertahan status Islam
- Lagi video kes buli pelajar sekolah asrama pulak
- Tahniah! Peneroka Felda Gua Musang terima geran tanah
- Bagaimana kerajaan bodohkan rakyat dengan isu agama?
Penjawat awam diugut dalam diam? Posted: 08 May 2011 04:12 PM PDT SEBUAH lagi email dan photo dihantar oleh salah seorang pembaca MiLo SuaM. (mohon dirahsiakan email aku ni) Salam bro, Aku saban hari hantar wife kat Putrajaya, Kompleks C. Then sebelum nih kat tepi pagar masuk tu adalah satu banner bergambar najib ngan menteri putrajaya tu tengku ape ke nama dia tu. Tulisannya - When you drink, remember your source. Gila punya kelakar la bunyi dia. Tak best langsung dan tak de ritma pun. Saban hari juga la jadi bahan kutukan antara aku ngan wife. Then hari nih bila aku lalu kat tempat yang sama, banner ngan tulisan pun dah tukar pulak. Bunyi dia lebih kurang - dont bite the hand that feed you. kiranya maksudnya jangan la lawan atau tikam orang yang bagi korang makan. Kali nih aku nampak macam ada unsur ugutan tu. Kiranya kepada penjawat awam - korang jangan lupa yang korang kerja dengan kerajaan dan jangan lupa yang kerajaan yang bayar gaji korang. Tapi nih aku nak ingatkan pulak. Jangan lupa yang gaji korang tu dari rakyat yang bayar cukai dan rakyat tu adalah korang (penjawat awam) tu jugak. So peduli apa dengan menteri tu. menteri bertukar ganti tapi kerajaan / penjawat awam tak bertukar. kan. Terasa bangsat sangat muka dua orang yang ada kat dalam banner tu. Sekian. |
Utusan tidak beramanah, Pakatan tekad pertahan status Islam Posted: 08 May 2011 03:08 PM PDT KUALA LUMPUR, 8 Mei — PAS menegaskan parti Islam itu bersama rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat (PR) akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan Islam sebagai agama rasmi persekutuan manakala agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman. Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, tekad itu adalah satu ikrar yang terpahat dalam polisi bersama PR yang telah dicapai pada kedua-dua konvensyen Disember 2009 dan 2010. PR juga menggariskan pendirian seumpama itu menerusi satu kenyataan bersama tiga pemimpin komponen pada September 2008. "Oleh yang demikian hiruk-pikuk yang dilemparkan oleh media tertentu bertujuan untuk membakar semangat rakyat terutamanya di kalangan orang Melayu beragama Islam bahawa Malaysia akan menuju ke arah negara Kristian adalah satu pemberitaan yang sangat tidak beramanah," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini petang ini. Mengulas laporan Utusan Malaysia semalam, Hadi berkata, kegagalan mempertahankan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara ini adalah berpunca daripada kealpaan dan kelemahan pimpinan Umno yang telah diberi amanah memerintah negara selama lebih dari 50 tahun. "Merekalah yang sebenarnya gagal memperkasakan Islam sebagai agama persekutuan sehingga gagal menyediakan kefahaman Islam yang sebenar kepada rakyat, melemahkan jati diri orang Melayu beragama Islam, dan seterusnya menghadapi kecelaruan sakhsiah dan bencana akidah yang tidak mampu untuk menguatkan orang Melayu beragama Islam dalam negara kita ini," kata Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang. Dalam laporannya semalam, Utusan Malaysia mendakwa ada konspirasi mahu menjadi Kristian sebagai agama rasmi, usaha didakwa disokong oleh pemimpin-pemimpin DAP. Bagaimanapun pemimpin-pemimpin DAP telah menafikan perkara tersebut sambil mengulangi pendirian mempertahankan Islam sebagai agama rasmi negara ini. Dalam kenyataannya, Hadi juga menegaskan bahawa apa lagi yang boleh diharapkan daripada Umno kerana mereka juga gagal memberikan kefahaman Islam sebenar dan seterusnya gagal menunjukkan contoh Islam yang unggul kepada rakan mereka MCA dalam Barisan Nasional. "Hasilnya kita dapat lihat sendiri bagaimana pendirian dan kenyataan politik pimpinan MCA ini semakin hari semakin hanyut dan menampakkan kecelaruan dalam memahami Islam sebagai agama rasmi negara kita ini," katanya [Malaysian Insider]. |
Lagi video kes buli pelajar sekolah asrama pulak Posted: 08 May 2011 11:07 AM PDT BERIKUTAN pendedahan sebuah video kes buli seorang pelajar perempuan berbangsa cina di blog MiLo SuaM semalam, rujuk sini [kes buli], hari ini MiLo SuaM menerima sebuah lagi video kes buli yang dihantarkan oleh salah seorang pembaca yang prihatin. Kali ini difahamkan kes buli ini dilakukan oleh seorang senior yang bisu kepada adik-adik junior di salah sebuah sekolah berasrama di Malaysia. tidak ada maklumat yang diberikan hanya sebuah video yang dikongsikan. Barangkali guru-guru warden atau pihak berkuasa harus mengambil langkah-langkah yang perlu untuk membendung budaya tidak sihat seperti ini. Dibimbangi kelak adik-adik junior yang mendapat pengalaman dibuli begini akan melakukannya pula kepada junior mereka apabila mereka menjadi senior di masa depan. ReJaM© "Tak padan dengan bisu, boleh tahan perangai membulinya..." |
Tahniah! Peneroka Felda Gua Musang terima geran tanah Posted: 08 May 2011 10:20 AM PDT Video ni dah lama dihantar kepada email MiLo SuaM tentang peneroka Felda di Gua Musang yang bakal menerima geran tanah daripada kerajaan Negeri Kelantan. ReJaM© terlupa nak siarkan tempoh hari. Harap maaf kepada pengirim email. Hari ni selak-selak email terjumpa semula link yang diberikan. Saksikan video di bawah, ada beberapa parts yang menyentuh hati dengan kemurahan hati Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz untuk membantu golongan peneroka Felda. ReJaM© "Tahniah kepada Kerajaan Kelantan yang mendengar rintihan rakyat bawahan" |
Bagaimana kerajaan bodohkan rakyat dengan isu agama? Posted: 08 May 2011 03:17 AM PDT HEBOH sejak semalam, bila Utusan Malaysia memainkan sentimen yang mengapikan semangat kepahlawanan orang-orang Melayu sehingga rata-rata komen pada entry lalu sanggup memenggal kepala dan membunuh orang-orang Kristian apabila akhbar milik UMNO itu menyebarkan dakyah kononnya DAP mahu menjadikan agama Kristian sebagai Agama rasmi Malaysia. [Kristian Agama Rasmi] Apa yang lucunya, sumber maklumat yang dijadikan rujukan oleh Utusan hanyalah dua buah blog jalanan yang pro Barisan Nasional. Seperti biasa, penyokong gerombolan songkok tinggi sengaja membutakan mata mereka dengan mengiyakan laporan Utusan itu. Mereka bermati-matian mahu semua orang-orang Melayu percaya bahawa DAP akan menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Malaysia. Tambah lebih lucu, seorang ahli Parlimen DAP, Jeff Oi yang dikatakan mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Malaysia adalah seorang yang beragama Buddha. Adakah anda percaya seorang penganut Buddha mahu mengembangkan agama Kristian di Malaysia? Jelas sekali propaganda murahan [Malaysiakini]. Objektif Utusan Malaysia menyebarkan propaganda bodoh itu mudah sahaja, ini semua adalah perancangan gerombolan songkok tinggi yang diketuai oleh Najib Tun Razak untuk meraih sokongan orang-orang Melayu. Mereka mahu orang Melayu benci kepada DAP. Mereka mahu orang Melayu percaya bahawa DAP mahu menghancurkan Islam menghancurkan hak istimewa orang Melayu. Cuba tanya kepada mereka, bagaimana DAP boleh buat semua ini? Adakah DAP mampu buat semua ini? Mereka tidak mampu jawab, kerana mereka hanya mahu rakyat percaya tanpa menyelidikinya. Mereka mahu rakyat percaya tanpa bukti tanpa alasan. Fakta yang harus semua orang Melayu tahu adalah, tiada siapa pun yang mampu membuang Agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia walaupun sesebuah parti itu berjaya menguasai dua pertiga kerusi parlimen. Hanya sultan yang mampu membuangnya. Malah kita mempunyai sepuluh kuasa sultan (satu agong, satu Yam Tuan Besar Negeri Sembilan satu Raja Perlis dan tujuh lagi Sultan-sultan negeri lain). Jadi jelas sekali walaupun DAP berjaya menguasai 148 daripada 222 kerusi parlimen, mereka tidak akan mampu untuk menukarkan Agama Islam kepada Agama Kristian sebagai agama rasmi Malaysia. Tapi fakta yang jelas, DAP bertanding tak sampai 80 pun kerusi parlimen, nak kuasai 100 kerusi parlimen pun susah apalagi nak dapat dua pertiga kerusi parlimen? Jelas sekali tiada jalan untuk DAP menukarkan Kristian menjadi agama rasmi Malaysia walaupun PAS dan KEADILAN bersetuju membuang Islam dari menjadi agama rasmi Malaysia. Tapi mengapa Utusan mahu rakyat percaya DAP boleh tukar agama rasmi Malaysia kepada agama Kristian? Sifirnya mudah, supaya orang-orang Melayu mengundi UMNO dan Barisan Nasional maka rakyat harus diperbodohkan dengan propaganda-propaganda bodoh seperti ini. UMNO dan Barisan Nasional hanya mahukan kuasa, semakin bodoh rakyat, maka semakin mudah mereka terus berkuasa. Wahai orang-orang Melayu semua, janganlah diperbodohkan dengan propaganda bodoh ini. Tiada siapa yang mampu mengubah perlembagaan sewenang-wenangnya, Najib sendiri di dalam Perhimpunan Agong UMNO sebelum ini di dalam usahanya untuk meraih sokongan bukan Melayu telah menegaskan bahawa Islam sebagai Agama Rasmi dan hak istimewa orang Melayu terkunci kemas di dalam perlembagaan hanya boleh dipinda dengan persetujuan majlis raja-raja [Utusan]. ReJaM© "Semakin bodoh rakyat, semakin seronoklah pemimpin BN untuk terus berkuasa" |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan