Khamis, 26 Mei 2011

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Gambar Akhir Ust Azhar Masjid Kg Sireh

Posted: 26 May 2011 09:33 AM PDT

Solat tahyatul masjid. Orang ramai masih dok tunggu nak bersalam.

Semoga ustaz selamat balik ke tempat tinggal nanti.

Live! Ust Azhar Idrus Tamat Kuliah

Posted: 26 May 2011 07:39 AM PDT

Bersalam dengan jemaah yang hadir.

Jumpa lagi.

Live Kuliah Ust Azhar Idrus

Posted: 26 May 2011 05:28 AM PDT


Live Kuliah Ust Azhar Idrus, originally uploaded by Atendent.

Berada di Masjid Kampung Sireh Kota Bharu. Kuliah disampaikan oleh ustaz azhar idrus. Kehadiran penuh sampai solat luar masjid.

Dr Mariah : Pinda Pengundi Agenda Tersembunyi

Posted: 26 May 2011 04:30 AM PDT

SHAH ALAM 26 Mei – Ahli Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud mendakwa seramai 1,120 orang pengundi dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabak dipindahkan ke kawasan DUN Sungai Panjang tanpa pengetahuan pengundi tersebut.

Menurut Dr Siti Mariah, tindakan tersebut bukan sahaja menyukarkan pengundi malah ia mempunyai agenda tersembunyi memandangkan pertukaran kawasan mengundi itu turut melibatkan kawasan Parlimen dan DUN.

"Mereka telah dipindahkan SPR atas alasan pembetulan sempadan," katanya.

"Tindakan tersebut menyusahkan rakyat kerana ada yang terpaksa mengundi lagi jauh, contohnya seperti di DUN Sungai Panjang sekali gus akan mengakibatkan mereka gagal untuk keluar mengundi. Malah ada juga yang pergi ke Pusat pengundian yang biasa tetapi nama mereka tiada, dan mereka pun balik," katanya dalam satu sidang media di pejabat ahli parlimen Shah Alam.

Jelas Siti Mariah, beliau turut bimbang tindakan itu akan menjejaskan peluang calon PAS untuk memenangi kerusi itu, memandangkan calon parti berkenaan sebelum ini hanya tewas dengan perbezaan 117 undi.

DUN Sungai Panjang merupakan kubu kuat UMNO dan penyandangnya ialah bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo yang memenangi kerusi dengan majoriti lebih 5,000 pada 2008.

Dalam pada itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Khalid Samad menegaskan pihaknya mahu SPR bersikap profesional dalam menangani perkara tersebut.

"Kita mintak SPR bertindak secara profesional, maklumkan dengan telus dan lebih awal (kepada pengundi)," ujarnya.

Semalam, PAS mengemukakan satu memorandum bantahan kepada Surunhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung dengan 1210 ahli PAS yang dipindah kawasan mengundi tanpa disedari atau dimaklumkan oleh mereka di ibu pejabatnya.

Rombangan PAS yang diketuai oleh AJK PAS Pusat Dr. Siti Mariah Mahmud bersama dengan enam jawatankuasa PAS Sabak Bernam tiba pada jam 10 pagi di Pejabat SPR, Putrajaya dan terus ke pejabat Setiausaha SPR untuk berjumpa dengan Datuk Kamaruddin Mohamed Baria mengenai bantahan tersebut.

Pihak SPR yang diwakili oleh Pengarah Pilihan Raya negeri Selangor Tuan Haji Dzulkifli Ab. Rahman dan juga Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria menjelaskan pekara ini tidak akan mungkin berlaku sekiranya mereka tidak membuat pemindahan sendiri.

Bagaimana pun, pihak SPR mengambil sampel lima nama dalam senarai tersebut untuk disemak oleh unit sistem SPR.

Menurut Kamaruddin yang juga merupakan bekas Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia, menyatakan kebanyakan bantahan yang diterima adalah tidak berasas dan tidak diselidik terlebih dahulu oleh pihak yang membuat bantahan dan pihaknya akan mendakwa balik sekiranya bantahan yang dibuat adalah tidak berasas.

Mengulas lanjut tindakan SPR mengenakan caj RM10.00 pada setiap bantahan yang dibuat serta perlu mengemukakan bukti dan berisiko dikenakan kompaun semula oleh badan itu jika tidak memberikan kerjasama khalid berkata ia merupakan amalan berat sebelah.

"Seperti kes di Shah Alam, setiap bantahan dikenakan bayaran sebanyak RM 10. Malah, kita buat kerja SPR dengan memastikan pilihan raya telus dan bersih tetapi bila kita buat bantahan kita juga dikenakan bayaran RM 10 dan kita kena buktikan orang itu tak layak mengundi di situ," tegasnya.

BN ‘korban’ tak potong subsidi takut kalah teruk PRU-13, dakwa DAP

Posted: 26 May 2011 04:00 AM PDT

Oleh Syed Mu'az Syed Putra


KUALA LUMPUR, 26 Mei – Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng percaya langkah Putrajaya tidak menaikkan harga petrol RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) buat masa sekarang kerana bimbang akan kehilangan sokongan rakyat pada pilihan raya umum ke-13.

Tegas Lim, langkah Pakatan Rakyat yang secara berterusan mendesak Putrajaya menyebabkan pentadbiran Najib terpaksa membatalkan hasrat memotong subsidi dan pada masa sama mengumumkan tiada kenaikan harga bahan api.

"Pakatan Rakyat telah menyebabkan timbulnya rasa takut kepada kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah mendorong BN untuk membatalkan cadangan pemotongan subsidi, malah turut mengumumkan tiada kenaikan harga minyak RON95, diesel dan gas petroleum cecair untuk ketika ini.

"Namun subsidi diesel untuk kapal penangkap ikan laut dalam dan sembilan kelas kenderaan komersial akan dihapuskan bermula 1 Jun, mengurangkan bebanan subsidi yang ditanggung kerajaaan persekutuan sehingga mencecah RM886.1 juta setiap tahun," katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu tegas beliau, ada tiga alasan yang menyebabkan Putrajaya terpaksa berubah fikiran untuk tidak meneruskan cadangan menaikkan harga barang dan bahan api.

"Pertama, Pakatan Rakyat berkemampuan untuk memobilisasi hampir keseluruhan dalam usaha membantah kenaikan harga barangan dengan mendedahkan ketidakadilan yang wujud dalam syarikat besar seperti IPP (penjana tenaga bebas) yang dilindungi daripada pemotongan subsidi sebanyak RM19 bilion setahun sementara 27 juta rakyat Malaysia biasa yang tidak berkemampuan terpaksa membayar sejumlah wang dengan harga yang tinggi.

"Kedua, BN berhasrat untuk mengadakan pilihan raya umum dan kenaikan harga yang berat sebelah ini tidak bersependapat dengan para pengundi dan ketiga, BN bimbang dengan kekuatan luar biasa Pakatan Rakyat sehingga BN takut untuk meneruskan pemotongan subsidi yang hanya akan menyebabkan mereka kehilangan sokongan rakyat," katanya.

Bagaimanapun kata Ketua Menteri Pulau Pinang itu, beliau menjangkakan kenaikan harga barang dan bahan api akan berlaku sekiranya BN kekal memperoleh kemenangan pada pilihan raya umum ke-13.

"Bagaimanapun sebelum rakyat berpesta dengan pengekalan harga beberapa barangan kawalan, kerajaan BN masih belum menyerah kalah untuk menaikkan harga dengan pengurangan subsidi. Ini adalah berikutan dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengatakan bahawa kajian semula dasar subsidi adalah perlu kerana kerajaan berdepan dengan bebanan subsidi dua kali ganda iaitu dari RM10.32 bilion kepada RM20.58 bilion untuk tahun ini.

"Selain itu Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menolak untuk menyatakan berapa lama kerajaan akan mengekalkan harga semasa.

"Dalam erti kata lain, sebaik BN memenangi pilihan raya umum yang akan datang, tiada siapa yang akan dapat menghalang BN untuk menghapuskan subsidi dan menaikkan harga barang," katanya.

Semalam Ismail Sabri mengumumkan Putrajaya tidak akan menaikan harga petrol RON95, diesel dan LPG.

Beliau berkata, keputusan tersebut dibuat selepas kerajaan mengambil kira kepentingan rakyat.

Bagaimanapun, beliau berkata, kerajaan tetap akan meneruskan kajian rasionalisasi subsidi berikutan peningkatan harga bahan bakar itu di pasaran global.

Sebelum ini firma penyelidikan pelaburan AmResearch berkata, harga petrol RON95 dijangka mengalami kenaikan 20 sen bulan depan, mencecah RM2.10 seliter, selepas kos subsidi meningkat tiga kali ganda kesan pergolakan politik di rantau Timur Tengah dan utara Afrika.

Firma itu menganggarkan Putrajaya kini memperuntukkan subsidi sehingga 90 sen seliter bagi petrol RON95 berbanding 30 sen seliter yang disasarkan selepas harga minyak mentah dunia naik sehingga AS$99 setong daripada AS$79 setong tahun lalu — hampir sama dengan paras AS$100 setong pada 2008.

AmResearch juga berkata, subsidi petrol akan menyebabkan defisit fiskal kerajaan meningkat sehingga enam peratus berbanding 5.4 peratus jika RON95 kekal dengan harga semasa RM1.90 seliter sepanjang tahun ini.

PKR dakwa KL kekurangan guru disebabkan kos hidup tinggi

Posted: 26 May 2011 03:11 AM PDT

Oleh Zulaikha Zulkifli


PETALING JAYA, 26 Mei – PKR mendakwa Wilayah Persekutuan berhadapan dengan masalah kekurangan guru, seperti yang dialami Sabah, tetapi di ibu negara ia disebabkan ramai keberatan mahu mengajar ekoran kos hidup yang tinggi.

Sabah berhadapan dengan kekurangan guru disebabkan kebanyakan sekolah berada di kawasan pendalaman.

"Statistik terbaru saya tidak peroleh lagi. Tetapi berdasarkan pengalaman saya dahulu menjadi pengarah pelajaran bahagian Wilayah Persekutuan dan timbalan pengarah bahagian sekolah Malaysia, sebuah sekolah akan ada lima hingga enam orang guru sementara di Kuala Lumpur," kata Pengerusi Biro Pendidikan PKR, Abas Awang pada sidang media hari ini.

Kata beliau, pengurusan sekolah terpaksa mengambil guru-guru sementara berikutan kekurangan guru memandangkan tidak ada guru yang hendak berkhidmat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

"Bagi sebuah sekolah yang bagus, tiada guru sementara di sekolah tersebut," kata beliau pada sidang media yang menyentuh isu imbuhan khas pendidikan dan kenaikan pangkat kepada guru berjawatan tinggi, yang diumumkan oleh Putrajaya baru-baru ini.

Pada 16 Mei lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan mengenai kenaikan pangkat dan gred guru tertentu.

Bagaimanapun ia menimbulkan rasa tidak puas hati sesetengah pendidik kerana insentif tersebut tidak menyeluruh.

Di Kuala Lumpur, terdapat lebih 200 sekolah rendah dan menengah kebangsaan, yang diselia Kementerian Pelajaran.

Abas memberitahu, sejak dari 2007 masalah kekurangan guru sering berlaku dan ia melibatkan hampir kesemua sekolah di Kuala Lumpur.

"Saya menjadi Pengarah Pelajaran di Wilayah Persekutuan dari 2005 hingga 2007. Saya percaya dari 2007 hingga sekarang, masalah kekurangan guru ini masih wujud. Ini kerana setiap sekolah paling kurang mesti ada seorang hingga dua guru sementara," katanya.

Selain itu, beliau berkata lagi, terdapat sesetengah guru yang mendakwa dirinya jatuh miskin apabila tinggal di Kuala Lumpur, malah ada juga guru yang terpaksa mencari kerja sampingan bagi menyara kehidupan mereka.

"Kos kehidupan di Kuala Lumpur tinggi. Gaji yang sedia ada tidak mencukupi kerana mereka perlu membayar sewa rumah, kereta dan lain-lain.

"Malah, ada guru bekerja sampingan seperti berniaga, memandu teksi untuk menyara kehidupan mereka di sini. Jadi, macam mana guru-guru ini mahu memberi fokus terhadap pembelajaran dan pengajaran dalam kelas," katanya lagi.

Beliau turut memberitahu, negeri yang sering mengalami masalah kekurangan guru ini adalah negeri yang mempunya kos hidup yang tinggi seperti Johor dan Selangor.

"Biasanya masalah kekurangan guru ini terjadi di bandar-bandar besar seperti di Johor, Selangor dan Kuala Lumpur sendiri.

"Bagaimanapun, negeri yang kos kehidupannya rendah seperti di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis, ramai pula guru-gurunya di sana," jelasnya.

Abas berkata, mungkin kos kehidupan yang rendah menjadi tarikan ramai guru ingin mengajar di negeri terbabit.

Oleh itu, Abas berkata, antara jalan penyelesaian yang boleh ditimbangkan bagi masalah kekurangan guru ialah menaikkan gaji semua guru tanpa mengira pangkat.

"Antara cadangan bagi mengatasi masalah ini ialah seperti yang ada dalam Buku Jingga iaitu menaikkan gaji guru sebanyak RM500. Selain itu, saya berpendapat keutamaan perlu diberi kepada guru lepasan diploma kerana gaji mereka tidak sama dengan guru yang mempunyai ijazah.

"Oleh itu, guru-guru ini tidak akan tergolong dalam golongan miskin jika mereka mengajar di kawasan kos hidup yang tinggi," katanya.

Abas juga berkata, sekolah kawasan bandar bukan sahaja berhadapan dengan masalah kekurangan guru, malah isu kurang guru lelaki dan ia berkait rapat dengan masalah disiplin yang semakin tinggi.

"Kebanyakkan guru takut untuk masuk ke Kuala Lumpur. Kebanyakkan guru wanita ini mengikut suami mereka yang bekerja di Kuala Lumpur.

"Kadangkala sebuah sekolah rendah atau menengah ada dua atau tiga orang sahaja guru lelaki. Ini menyebabkan kecacatan serta ketidakseimbangan antara guru lelaki dan perempuan di sekolah," ujarnya.

PKR dakwa KL kekurangan guru disebabkan kos hidup tinggi

Posted: 26 May 2011 03:00 AM PDT

Oleh Zulaikha Zulkifli

PETALING JAYA, 26 Mei – PKR mendakwa Wilayah Persekutuan berhadapan dengan masalah kekurangan guru, seperti yang dialami Sabah, tetapi di ibu negara ia disebabkan ramai keberatan mahu mengajar ekoran kos hidup yang tinggi.

Sabah berhadapan dengan kekurangan guru disebabkan kebanyakan sekolah berada di kawasan pendalaman.

"Statistik terbaru saya tidak peroleh lagi. Tetapi berdasarkan pengalaman saya dahulu menjadi pengarah pelajaran bahagian Wilayah Persekutuan dan timbalan pengarah bahagian sekolah Malaysia, sebuah sekolah akan ada lima hingga enam orang guru sementara di Kuala Lumpur," kata Pengerusi Biro Pendidikan PKR, Abas Awang pada sidang media hari ini.

Kata beliau, pengurusan sekolah terpaksa mengambil guru-guru sementara berikutan kekurangan guru memandangkan tidak ada guru yang hendak berkhidmat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

"Bagi sebuah sekolah yang bagus, tiada guru sementara di sekolah tersebut," kata beliau pada sidang media yang menyentuh isu imbuhan khas pendidikan dan kenaikan pangkat kepada guru berjawatan tinggi, yang diumumkan oleh Putrajaya baru-baru ini.

Pada 16 Mei lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan mengenai kenaikan pangkat dan gred guru tertentu.

Bagaimanapun ia menimbulkan rasa tidak puas hati sesetengah pendidik kerana insentif tersebut tidak menyeluruh.

Di Kuala Lumpur, terdapat lebih 200 sekolah rendah dan menengah kebangsaan, yang diselia Kementerian Pelajaran.

Abas memberitahu, sejak dari 2007 masalah kekurangan guru sering berlaku dan ia melibatkan hampir kesemua sekolah di Kuala Lumpur.

"Saya menjadi Pengarah Pelajaran di Wilayah Persekutuan dari 2005 hingga 2007. Saya percaya dari 2007 hingga sekarang, masalah kekurangan guru ini masih wujud. Ini kerana setiap sekolah paling kurang mesti ada seorang hingga dua guru sementara," katanya.

Selain itu, beliau berkata lagi, terdapat sesetengah guru yang mendakwa dirinya jatuh miskin apabila tinggal di Kuala Lumpur, malah ada juga guru yang terpaksa mencari kerja sampingan bagi menyara kehidupan mereka.

"Kos kehidupan di Kuala Lumpur tinggi. Gaji yang sedia ada tidak mencukupi kerana mereka perlu membayar sewa rumah, kereta dan lain-lain.

"Malah, ada guru bekerja sampingan seperti berniaga, memandu teksi untuk menyara kehidupan mereka di sini. Jadi, macam mana guru-guru ini mahu memberi fokus terhadap pembelajaran dan pengajaran dalam kelas," katanya lagi.

Beliau turut memberitahu, negeri yang sering mengalami masalah kekurangan guru ini adalah negeri yang mempunya kos hidup yang tinggi seperti Johor dan Selangor.

"Biasanya masalah kekurangan guru ini terjadi di bandar-bandar besar seperti di Johor, Selangor dan Kuala Lumpur sendiri.

"Bagaimanapun, negeri yang kos kehidupannya rendah seperti di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis, ramai pula guru-gurunya di sana," jelasnya.

Abas berkata, mungkin kos kehidupan yang rendah menjadi tarikan ramai guru ingin mengajar di negeri terbabit.

Oleh itu, Abas berkata, antara jalan penyelesaian yang boleh ditimbangkan bagi masalah kekurangan guru ialah menaikkan gaji semua guru tanpa mengira pangkat.

"Antara cadangan bagi mengatasi masalah ini ialah seperti yang ada dalam Buku Jingga iaitu menaikkan gaji guru sebanyak RM500. Selain itu, saya berpendapat keutamaan perlu diberi kepada guru lepasan diploma kerana gaji mereka tidak sama dengan guru yang mempunyai ijazah.

"Oleh itu, guru-guru ini tidak akan tergolong dalam golongan miskin jika mereka mengajar di kawasan kos hidup yang tinggi," katanya.

Abas juga berkata, sekolah kawasan bandar bukan sahaja berhadapan dengan masalah kekurangan guru, malah isu kurang guru lelaki dan ia berkait rapat dengan masalah disiplin yang semakin tinggi.

"Kebanyakkan guru takut untuk masuk ke Kuala Lumpur. Kebanyakkan guru wanita ini mengikut suami mereka yang bekerja di Kuala Lumpur.

"Kadangkala sebuah sekolah rendah atau menengah ada dua atau tiga orang sahaja guru lelaki. Ini menyebabkan kecacatan serta ketidakseimbangan antara guru lelaki dan perempuan di sekolah," ujarnya.

Nik Aziz: SPRM, jangan kaitkan saya dalam siasatan menantu

Posted: 26 May 2011 02:45 AM PDT

KOTA BARU, 26 Mei — Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah tidak mengaitkan beliau apabila menjalankan siasatan berhubung dakwaan rasuah terhadap menantunya, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Nik Aziz berkata beliau tidak mahu siasatan terhadap Abdul Ariffahmi, 38, berhubung dakwaan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa semasa menantunya itu bertugas di PMBK, disensasikan oleh pihak lain untuk menjejaskan kredibiliti beliau sebagai Menteri Besar dan Mursyidul Am Pas.

"Siasatlah dengan betul, tapi jangan kaitkan orang itu (Abdul Ariffahmi) kerana (dia) menantu saya atau ada hubungan kekeluargaan dengan saya.

"Itu tak betul," kata beliau dipetik Bernama Online hari ini.

Nik Aziz yang mengetuai kerajaan negeri Kelantan selaku Menteri Besar sejak 1990 ditanya mengenai kemungkinan Abdul Ariffahmi dihadapkan ke mahkamah berhubung kes dakwaan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa semasa bertugas di PMBK.

Justeru, Nik Aziz berkata, adalah berdosa jika pihak berkuasa sengaja membiarkan sesuatu kes berlarutan dan disebarkan secara meluas sehingga boleh mengaibkan seseorang untuk muslihat tertentu.

Beliau berkata, siasatan SPRM hendaklah hanya melibatkan Abdul Ariffahmi sebagai individu dan tidak kena-mengena dengan dirinya.

SPRM membuka kertas siasatan dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa dalam PMBK membabitkan Abdul Ariffahmi yang dilantik sebagai CEO pada 20 September 2009.

Siastaan itu dibuka pada akhir 2009.

Pelantikan itu mencetuskan kontroversi dan Abdul Ariffahmi dinasihat melepaskan jawatannya oleh Nik Aziz.

Muktamar platform persediaan PAS untuk menggantikan Umno

Posted: 26 May 2011 02:08 AM PDT

Oleh Mohd Rashidi Hassan

APABILA saf kepimpinan tertinggi PAS melancarkan program 'PAS Ganti Umno', ia seharusnya disambut dengan serius, khususnya dari kalangan ahli serta penyokong PAS di seluruh negara.

Ungkapan 'PAS Ganti Umno' yang diterapkan dalam minda ahli, seharusnya bukan retorik, bukan impian, bukan angan-angan, tetapi ianya adalah pernyataan kesungguhan dan keazaman yang tinggi bagi memastikan ianya menjadi realiti.


Realiti 'PAS Ganti Umno' tidak akan dapat direalisasikan, jika sekiranya ia tidak dimulakan dari dalam PAS itu sendiri.

Dalam erti kata lain, jika pemimpin dan ahli PAS masih di takuk lama, mentaliti masih tidak berubah, pendekatan masih tidak mencapai sasaran, usaha 'PAS Ganti Umno' barangkali terbantut.

Maka menjelang Muktamar Tahunan PAS Pusat ke-57 ini, seluruh kepimpinan dan anggota PAS harus mengerah minda dan mencapai ketetapan, apakah mekanisme atau kaifiat yang harus dilaksanakan PAS bagi memastikan cita-cita ini tercapai.

'PAS Ganti Umno' sebenarnya adalah suatu agenda PAS yang sangat besar. Ia tidak harus dipandang ringan.

'PAS Ganti Umno' bukan sekadar mengganti atau mengambil alih tempatnya sebagai parti Melayu-Islam yang terbesar dalam negara sahaja.

Matlamat dan cita-cita PAS adalah untuk menggantikan tempat Umno sebagai peneraju utama dan pemain utama dalam kerajaan Pakatan Rakyat sewaktu Umno-Barisan Nasional tumbang pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Justeru, agenda 'PAS Ganti Umno' harus menjadi agenda penting dalam Muktamar. Apa juga ucapan, perbahasan, usul malah kepada sehingga kepada pemilihan pucuk pimpinan pun, harus dijuruskan ke arah usaha untuk menggantikan Umno.

Pemimpin dan ahli PAS harus disegarkan minda mereka, bahawa selain Umno, tiada parti lain yang boleh diterima orang Melayu-Islam, melainkan PAS sahaja.

Untuk apa Umno harus diganti? Tidak lain dan tidak bukan, hanya kerana Umno sudah menyimpang jauh dari landasan perjuangannya.

Umno harus diganti kerana kepimpinannya sudah rosak. Umno mempunyai pemimpin yang korup serta rakus memperjuangkan kepentingan peribadi.

Menjadi pemimpin Umno, bukan lagi untuk memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat, tetapi dijadikan peluang untuk mereka memperkayakan diri, anak-beranak dan kroni.

Perjuangan Umno jauh tersasar kerana di sebalik banyak negeri-negeri yang diterajui mereka berada dalam keadaan yang kritikal dari sudut pentadbiran ekonominya.

Hasil negeri tidak mencukupi. Negeri masih berada dalam tahap kemiskinan, rakyat sukar mencari rezeki, tetapi pemimpinnya kaya raya.

Menjadi anak-beranak Menteri dan Perdana Menteri lebih menguntungkan. Kejayaan Umno yang paling hebat ialah apabila anak-beranak, adik-beradik, anggota keluarga dan kroni PM serta bekas PM boleh menjadi bilionaire, boleh menjadi jutawan.

Nama-nama mereka tersenarai di antara orang Melayu yang paling kaya di Malaysia. Inilah hasil perjuangan Umno.

Kita tanyakan pula kepada Umno. Anda berjaya mengangkat martabat anak-beranak, adik-beradik pemimpin anda menjadi manusia terkaya, tetapi bagaimana dengan rakyat kebanyakan?

Bukankah ramai orang-orang Melayu yang hidupnya dihimpit kesusahan? Hendak membeli susu anak pun tidak mampu. Hendak menyara anak ke sekolah pun terkial-kial. Apatah pula hendak membayar yuran IPT yang begitu tinggi harganya.

Itu belum lagi kalangan Melayu yang tercicir di bidang pendidikan akibat kejahatan dasar PPSMI. Itu belum lagi ramai kalangan Melayu yang tiada tempat dalam sektor ekonomi dan peniagaan akibat amalan segelintir nepotisme dan ali baba.

Itu belum lagi dimasukkan berapa ramai Melayu yang hidup mereka sering dihimpit tekanan akibat kenaikan harga minyak, harga barangan keperluan dapur dan sebagainya.

Perjuangan Umno jauh tersasar kerana mereka tidak lagi dilihat mewakili golongan marhaen. Umno tidak mewakili rakyat kebanyakan. Mereka adalah parti borjois yang dipenuhi korporat serta 'lintah darat.'

Umno tidak boleh lagi diharapkan. Mereka gagal memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu dan agama Islam. Perjuangan nasionalisme Umno hanya menjadi alat untuk kepimpinannya memperdayakan orang Melayu untuk terus menyokong mereka.

Justeru usaha 'PAS Ganti Umno' harus diambil serius. Apabila agama, bangsa dan negara sudah rosak akibat gara-gara pemimpin Umno, maka PAS harus tampil untuk menyelamatkan keadaan.

Pada saat ini rakyat, khususnya orang-orang Melayu sedang memerhatikan PAS. Mereka tertanya-tanya, apakah kepimpinannya boleh diharap untuk menggantikan Umno.

Rakyat sedang menilai apakah pucuk kepimpinan PAS menepati ciri-ciri yang mereka harapkan untuk menggalas harapan ke Putrajaya bersama Pakatan Rakyat.

Di atas pundak perwakilan lah segala persoalan ini harus ditemukan jawapannya.

Maka pada Muktamar kali ini, diharapkan perwakilan harus lebih serius dan lebih fokus kerana rakyat menantikan jawapan daripada PAS, apakah PAS layak menggantikan Umno.

Menjelang muktamar: Jelak terhadap Umno tapi masih ragui PAS

Posted: 26 May 2011 01:00 AM PDT

Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN

Pemilihan kepemimpinan PAS kali ini, terutama di peringkat timbalan dan naib-naib presiden, mendapat perhatian agak luar biasa apabila ramai tokoh-tokoh besar bertanding. Bukan sahaja ahli parti dan penyokong Pakatan Rakyat memberi tumpuan dengan penuh minat, malah pihak luar juga lebih tertarik untuk mendekati parti Islam itu. Profil kepemimpinan PAS diteropong, manakala pelbagai analisis dan ramalan dilontarkan.


Perkembangan ini sudah dijangka memandangkan peranan dan kedudukan PAS dalam lanskap politik negara semakin penting, tambahan pula pilihan raya paling kritikal dalam sejarah, bakal diadakan bila-bila masa sahaja.

Apa juga "perubahan" dalam mana-mana komponen Pakatan sudah tentu memberi kesan dan impak kepada barisan oposisi keseluruhannya dalam persiapan berdepan PRU13. Lebih-lebih lagi sokongan pengundi Melayu menjadi rebutan sengit Pakatan dan BN, yang mana PAS dilihat paling banyak bertanding di kerusi majoriti Melayu. Trend pengundian orang Melayu akan diperhatikan secara cermat kerana ia bakal menentukan siapa yang menguasai Putrajaya nanti.

Suasana tambah dramatik apabila di saat-saat akhir menjelang muktamar, semakin ramai tokoh yang bersedia menerima pencalonan. Beberapa calon popular yang sebelum ini mengumumkan tidak akan bertanding, namun berdasarkan situasi mutakhir, termasuk faktor jumlah pencalonan dan pergolakan semasa politik tanahair, telah menimbangkan semula pendirian mereka.

Dalam tempoh singkat, iaitu lebih kurang seminggu sebelum hari pengundian, mungkin ramai yang tertanya-tanya bagaimana bentuk "kempen" yang dijalankan di kalangan perwakilan. Sebenarnya, tanpa perlu menguatkuasakan "pantang-larang" atau etika "berkempen", proses pertandingan dalam PAS dianggap tidak lebih daripada "ribut dalam cawan". "Kempen" dan "lobi" merupakan satu istilah yang kerap dipandang secara negatif dalam PAS.

"Cuma, jangan sampai air dalam cawan tertumpah keluar," kata seorang rakan.

"Apakah perwakilan dari seluruh negara dapat mengenali sepenuhnya misi dan visi calon-calon yang menawarkan khidmat?" tanya seorang pemerhati kepada saya. "Sepatutnya Harakah perlu memberi ruang seadanya buat semua calon timbalan dan naib-naib presiden, agar dapat membantu perwakilan membuat pilihan," cadang seorang pembaca. "Jangan terlalu takut atau memandang hanya sudut negatif pada kempen," tambahnya.

Mungkin terdapat ulasan yang tersasar atau agak keras nadanya terhadap kepemimpinan parti, khususnya dalam media baru. Pastinya bermacam-macam cerita (yang sebahagiannya sukar dipastikan kebenarannya) akan didendangkan sekarang. Namun bagi saya, ia tidak sepatutnya merunsingkan ahli-ahli dan juga pemimpin PAS.

Dari sudut positif, selain perlu bersikap terbuka dan berlapang dada, segala kritikan itu terselit harapan besar dan ini juga secocok dengan kempen seluruh negara, "PAS Ganti Umno". Sebagai parti yang kian berkembang, dan didokong aspirasi pelbagai lapisan rakyat, maka pandangan dan teguran itu harus diolah dengan bijaksana. PAS dan juga Pakatan Rakyat sudah menjadi pentakrif penting fenomena politik Malaysia.

Saya akui kita ketandusan penganalisis politik yang dapat memberikan komentar secara adil terhadap realiti PAS masa kini, baik daripada para wartawan mahupun pensyarah di universiti. Malah, selepas era kepemimpinan ulamak 1982, saya sendiri sukar untuk menamakan seorang tokoh akademik yang benar-benar berupaya mendalami perkembangan PAS.

Hinggakan rakan-rakan wartawan agak buntu untuk mencari "pakar tentang PAS", bagi mengulas dengan baik dan seimbang "pergolakan" yang berlaku menjelang muktamar awal Jun nanti.

Muktamar ini juga tidak seharusnya memesongkan fokus utama aktivis parti daripada mengangkat agenda besar dalam sidang perbahasan. Dalam keadaan ramai yang beranggapan ia muktamar terakhir sebelum PRU13, peluang harus dimanfaatkan sebaik-baiknya terutama ketika masyarakat memberikan tumpuan istimewa terhadap potensi dan kekuatan PAS.


"Elok jika ucapan dasar Presiden PAS dapat memandu perwakilan membincangkan, antara lain, isu-isu mengenai keupayaan PAS untuk menggantikan Umno sebagai teras kerajaan alternatif nanti. Orang Melayu sudah muak dan jelak dengan Umno, tetapi dalam masa sama sebahagian mereka masih ragu-ragu dengan kemampuan PAS untuk mempertahankan kepentingan Melayu," kata seorang pensyarah politik.

"Jangan pandang remeh pengaruh alat propaganda Umno, termasuk Utusan Malaysia dan Biro Tata Negara, yang menabur fitnah dan tohmah terhadap PAS. PAS mesti berani dan lantang membicarakan isu-isu Melayu tetapi bukan dengan wajah perkauman. Memang ia nampak sulit untuk diaplikasi tetapi harus diusahakan dengan cermat atas dasar keadilan Islam. Psikologi Melayu yang mudah merasa terancam mesti ditangani dengan bijaksana. Terus-terang saya katakan, sehingga kini, walaupun selepas pemimpinnya lebih kerap bercakap soal keperluan menarik undi orang Melayu, tetapi imej PAS tidak banyak berubah," tambahnya.

"Bagi saya, masyarakat Melayu mungkin lebih sensitif memerhatikan kedudukan dan pengaruh PAS dalam kerajaan Pakatan Selangor dan Pulau Pinang, berbanding penguasaan PAS di Kedah dan Kelantan sendiri," ujar beliau sambil bersetuju dengan pandangan awal saya bahawa PAS merupakan parti paling kritikal tetapi cukup penting untuk diberi perhatian dalam PRU13.

PAS harus tegas kerana pendirian, bukan kerana tekanan

Posted: 26 May 2011 12:45 AM PDT

Oleh Lim Hong Siang

Perkembangan pasca "tsunami politik" membawa PAS ke persimpangan jalan, dan halatuju masa depannya dijangka akan ditentukan dalam pemilihan pada tahun 2009. Mohamad Sabu dan Husam Musa yang berpendirian lebih tegas untuk menutup pintu rundingan bersama UMNO - akhirnya gagal menawan jawatan Timbalan Presiden, sungguhpun jumlah undi kedua-dua mereka melebihi penyandangnya, Nasharuddin Mat Isa.

Kesudahan sedemikian mencungkil ramalan bahawa isu "kerjasama UMNO-PAS" atas nama perpaduan umat Islam akan terus menghantui PAS, malah PAS mungkin mengalami retakan dalaman berikutan isu ini. Bagaimanapun, isu ini akhirnya berjaya dimatikan dalam Seminar Politik PAS, selepas Mursyidul Am Nik Aziz Nik Mat secara terbuka menyelar beberapa pemimpin yang "tak habis-habis nak bekerjasama dengan UMNO untuk membentuk kerajaan perpaduan".

Untuk berlaku adil kepada Presiden PAS, beliau sebenarnya telah berulang-kali menegaskan pendirian PAS untuk bersama Pakatan Rakyat selepas "Seminar Politik" tersebut. Bagaimanapun, "ketegasan" Abdul Hadi Awang tetap tidak meyakinkan sesetengah orang - misalnya Profesor Abdul Aziz Bari yang masih menuding jari terhadap kelemahan pimpinannya.

Tegas kerana terpaksa tegas?

Pemerhatian ini dilontarkan kepada Mohamad Sabu, calon Timbalan Presiden PAS dalam pemilihan yang bakal berlangsung pada Jun 2011, disusuli dengan persoalan mengapa keadaan ini berlanjutan. Beliau tidak menyanggah pemerhatian tersebut, sambil berkata, "Dia satu, tegas kerana pendirian kita. Satu lagi tegas (kerana) terpaksa tegas kerana kehendak orang ramai. Kita mahu tegas di sudut pendirian, bukan tegas kerana terpaksa tegas."

"Kita kata kita bersama Pakatan Rakyat. Bukan soal Anwar ada atau tak ada; Nik Aziz ada atau tidak ada. Sebab manusia boleh datang dan pergi. Sama ada keluar parti, meninggal dunia... sebab tu kita kena tegaskan dengan Pakatan Rakyat. Bukan the person, tapi parti. Gobalakrishnan pun dah pergi, Ezam..." kata Mat Sabu .

Beliau yang lebih terkenal dengan panggilan Mat Sabu berkata sedemikian dalam satu wawancara bersama MerdekaReview pada 12 Mei 2011, di Hotel Armada Petaling Jaya.

Jawapan Mat Sabu mengisyaratkan bahawa wujudnya pandangan berbeza dalam isu kerjasama antara PAS dengan gandingan parti politik yang berbeza. Dan beliau tanpa berselindung untuk mengaku bahawa dirinya bersama sekumpulan rakan perjuangan dalam PAS berpendirian untuk bersama Pakatan Rakyat buat masa kini, agar membentuk formula politik baru untuk Malaysia.

Dari sebermulanya, Mat Sabu enggan mengulas kelemahan atau kelebihan "lawan"-nya, meskipun berkali-kali diaju dengan soalan untuk menilai saf pimpinan asal. Beliau berkata, "Apa yang penting ialah apa yang saya nak buat bila saya dipilih nanti."

PAS kurang agresif

"Saya nampak bila kita sebagai parti yang tidak memerintah, ia mesti bersifat agresif. Bukan radikal, (tapi) agresif. Saya melihat Keadilan (PKR), partinya tidak sekuat mana. Tetapi dia lebih agresif dari segi menyatakan sesuatu isu, misalnya isu rasuah, penyelewengan, nampak lebih ke depan...sedangkan ahli dan kekuatan mereka tidak seberapa..."

Beliau menambah, "Tapi Parti Islam, ia lebih ramai ahli, dan lebih established, organisasinya mantap, tetapi untuk nak eksploitkan orang ramai menyokong parti itu, perlu dipertingkatkan. Itu yang saya nampak ruang yang saya boleh mainkan peranan di sini."

Mat Sabu secara terang-terang menolak perjuangan radikal, misalnya mengangkat senjata; tetapi dari segi tindakan, beliau berpandangan bahawa pimpinan harus lebih progresif dan proaktif. Wartawan menyusul dengan soalan sama ada inilah yang kurang dalam pimpinan yang sedia ada, Mat Sabu menjawab, "Ya."

"Misalnya corruption (rasuah), penyalahgunaan ISA, penyalahgunaan Akta Cetak dan sebagainya, kita nampak parti lain dan pertubuhan lain lebih terkehadapan, sedangkan kita lebih berupaya..." katanya.

Mat Sabu jelas bahawa PAS tidak akan menang dalam pilihan raya hanya dengan sokongan ahli partinya, tetapi sokongan orang ramai yang menjangkau kaum Cina, India, dan suku kaum di Sabah dan Sarawak. Pemidato popular ini yakin bahawa dirinya "ada sedikit keupayaan untuk mendamping mereka", barangkali latar belakangnya yang lahir di Pantai Barat, iaitu Pulau Pinang, dan hidup bersama komuniti bukan Melayu, katanya. Lebih-lebih lagi, persahabatan yang terjalin antara pemimpin DAP misalnya Lim Guan Eng, Karpal Singh dan lain-lain, ketika mereka ditahan bersama di bawah ISA dalam Operasi Lalang pada tahun 1987.

Mat Sabu berterus-terang bahawa PAS perlu bergerak bersama orang-orang bukan Melayu yang tidak menyokong MCA dan BN, seandainya "berangan-angan untuk memerintah Malaysia". Beliau mendakwa bahawa masyarakat Tionghua lebih gelisah dan sensitif dengan isu hak asasi, rasuah dan sebaginya, berbanding masyarakat Melayu.

Padahalnya, pendekatan untuk menjangkau komuniti bukan Melayu/Islam terbukti strategi yang berjaya, sebagaimana apa yang berlaku dalam "tsunami politik" 2008. Menurut analisa Mat Sabu, antara faktor yang mencetuskan "tsunami politik" adalah perhimpunan BERSIH dan HINDRAF. Mat Sabu mendakwa bahawa dirinya bersama beberapa rakan dalam PAS antara yang cuba meyakinkan pimpinan lain untuk turut serta dalam perhimpunan tersebut.

Ketika ditanya apakah kekhuatiran yang membelenggu sesetengah pimpinan dalam PAS yang enggan menyertai, Mat Sabu berkata, "Mereka, setengahnya menganggap bahawa Cina dan India ini selamanya tidak boleh terima Parti Islam. Kita kata, pernahkah kita berdamping dengan mereka, bercakap, berdialog berterus-terang? Lalu benda-benda seperti ini, kami, sekumpulan mainkan peranan sehingga parti menjadi begini sekarang."

Isu Negara Kristian: Usaha Utusan yang cukup jahat

Sungguhpun demikian, "keghairahan" selepas "tsunami politik" kelihatan tidak bertahan lama. Tsunami berlaku di bandar dan airnya tersekat di luar bandar. Malah beberapa PRK kebelakangan ini, yang kebetulan berlaku di kawasan luar bandar - mungkin sedikit sebanyak melemahkan semangat Pakatan Rakyat. Mat Sabu mengingatkan, padahal pembangkang agak sukar menang dalam PRK mengikut pengalaman lalu, kerana terpaksa melawan dengan jentera negara, yang kini semakin "terang-terang" disalahgunakan.

Apabila wartawan membangkitkan bahawa PR pun pernah menang dalam beberapa PRK yang awal selepas PRU 12, menyusul dengan pertanyaan sama ada ia tanda "lunturnya semangat PR", sambil senyum Mat Sabu menjawab, "Itu yang saya cuba, nak menaikkan semula!"

Beliau mengupas perbezaan antara pola pengundian masyarakat Cina di bandar dengan masyarakat Melayu di kampung. Untuk Mat Sabu, gula yang ditaburkan memberi kesan kepada penduduk kampung, sungguhpun PAS terkenal untuk mengingatkan pengundi agar tetap undi PAS walaupun menerima kebaikan daripada UMNO-BN. "Sikit (orang) yang ambil (kebaikan) tapi tak balas budi," katanya.

"Masyarakat Tionghua ini sejak awal dulu dia masyarakat yang independent (berdikari). Dia tak bergantung kepada subsidi, dia tak bergantung kepada... Tak kan you nak bagi orang di Petaling Jaya 50 ringgit untuk undi dia? Jadi berlainan. Tapi saya yakin kalau sekarang berlaku pilihan raya, undi Melayu akan melonjak..."

Bagaimanapun, pemimpin yang kerap berceramah di peringkat akar umbi mengakui bahawa serangan UMNO-BN cukup berbisa, dan perlu ditangani dengan baik. Misalnya, beliau menganggap "isu negara kristian" yang ditimbulkan Utusan Malaysia baru-baru ini sebagai "usaha yang cukup jahat", kerana ia menimbulkan kegelisahan di kalangan Melayu/Muslim. "Orang kampung tak tahu yang nak tubuh negara kristian tu memerlukan majoriti dua pertiga dalam parlimen," katanya, sambil menambah bahawa pihak Pakatan memerlukan beberapa minggu untuk "cover-balik" (menangkis dengan baik) isu yang ditimbulkan ini.

Beliau turut menyifatkan bahawa BN "tersepit sungguh" untuk memainkan isu sebegini, kerana UMNO sedar bahawa gandingan PAS, PKR dan DAP boleh menjurus kepada pertukaran kerajaan. "PAS kalau berpisah dengan DAP, BN akan memerintah selama-lamanya," katanya, menambah bahawa ini adalah soal perkiraan matematik yang mudah.

Tidak bercita-cita untuk jadi Presiden

Ketika ditanya MerdekaReview, Mat Sabu secara terus-terang mendakwa bahawa dirinya tidak berniat untuk bertanding jawatan yang lebih tinggi, iaitu Presiden, pada masa depan - setelah menilai keupayaan diri. Beliau sekadar mahu menyumbang tenaganya selaku Timbalan Presiden, seandainya direstui perwakilan dalam pemilihan parti akan datang.

Bagaimanapun beliau enggan menamakan calon yang sesuai untuk jawatan Presiden selepas Abdul Hadi Awang, cuma yakin bahawa ada orang yang lebih layak.

Mat Sabu bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden pada tahun 2009, memperolehi 261 undi, berbanding Nasharuddin Mat Isa (480 undi) dan Husam Musa (281 undi). Kali ini, Mat Sabu diberi laluan oleh Husam Musa, memperolehi pencalonan yang tertinggi untuk jawatan Timbalan Presiden. Beliau berdepan dengan dua orang pesaing yang sudah mengumumkan kesediaan bertanding, iaitu Nasharuddin Mat Isa dan Tuan Ibrahim Tuan Man. (Bahagian kedua, tamat)

Mengapa Dr Dzul pun tidak melihat ke Kelantan?

Posted: 26 May 2011 12:30 AM PDT

Oleh DINSMAN

Ahad pagi 22 Mei saya menghadiri seminar "Membina Negara Sejahtera" anjuran Pemuda PUM (Persatuan Ulama Malaysia) di Dewan Sivik, Petaling Jaya, dengan satu tujuan: Hendak melihat bagaimana pemikiran para pembicaranya mengenai "Negara Sejahtera". Apakah ada di antara mereka merujuk kepada Kelantan ataupun tidak.


Saya percaya "Negara Sejahtera" itu adalah istilah lain yang digunakan oleh penganjurnya, kerana sebab-sebab tertentu, untuk maksud "Negara Islam". Dan ternyata memang betul. Itulah maksud mereka.

Sesi paginya suatu forum yang pembicaranya terdiri daripada Datuk Nakhaie Ahmad (bekas Pengerusi Yadim), Dr Rumaizuddin Ghazali (pensyarah di Universiti Sains Islam Malaysia) dan Ustaz Zamri Hashim (Timbalan Mufti Perak). Seorang lagi pembicara ialah Dr Dzulkifli Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor, yang baru tiba ketika pengerusi forum selesai memperkenalkan para pembicara yang lain itu.

Walaupun baru tiba, dia diminta memulakan bicara (kerana dia akan meninggalkan majlis lebih awal, untuk hadir ke program ketiganya pula selepas itu). Dr Dzulkifli berbicara dalam aspek ekonomi. Ternyata dia memang menguasai topik bicaranya.

Apabila dia memilih untuk berbicara dengan pendekatan realiti semasa, yakni tidak hanya berlegar di sekitar teori, tentulah kita menjangka dia akan mengkritik amalan ekonomi yang sedang dilaksanakan oleh pimpinan Najib. Itu biasalah, walaupun dia memilih untuk berbicara dengan ungkapan-ungkapan yang bernada intelektual, bagi membezakannya dengan ceramah-ceramah politiknya.

Dan di akhir bicara 20 minitnya itu (semua pembicara dihadkan demikian), selepas menyebut Ibn Khaldun sebagai tokoh yang pemikirannya mengenai ekonomi jauh mendahului dan lebih unggul daripada pemikir-pemikir ekonomi Barat seperti Adam Smith dan John Meynard Keynes dan lain-lain, Dr Dzul merujuk kepada Buku Jingga. (Dia antara yang terlibat secara langsung dalam menyiapkan buku itu).

Dan saya menunggu untuk mendengar walaupun sedikit dia merujuk kepada amalan ekonomi yang dilaksanakan oleh pentadbiran Islam pimpinan Tok Guru Nik Aziz di Kelantan, sebelum dia mengakhiri bicaranya. Dan akhirnya dia menutup bicaranya tanpa merujuk walau sedikit pun kepada Kelantan.

Saya pun tertanya-tanya lagi – kenapa? Dan soalan ini tak sempat saya nyatakan dalam majlis itu, juga sewaktu bersalaman dengannya ketika dia berjalan keluar dewan. Maka demikianlah saya terfikir untuk timbulkannya dalam ruang ini.

Ada banyak perkara, pada fikiran saya, yang boleh diangkat oleh Dr Dzul daripada amalan pentadbiran Kerajaan PAS di Kelantan itu, bagi menjelaskan ciri-ciri ekonomi Islam (Negara Islam) yang berbeza dengan amalan ekonomi bukan Islam, baik namanya Kapitalis, Sosialis, Komunis atau apa jua pun.

Sekurang-kurangnya Prof Shaharir Mohd Zain telah menganalisa amalan ekonomi di bawah pentadbiran Tok Guru Nik Aziz di Kelantan itu dengan menyebutnya sebagai "Ekonomi Kebahagiaan", yang berbeza dengan "Ekonomi Pembangunan". Dalam bukunya Kepemimpinan Tok Guru Nik Aziz Mengikut Pandangan Sarjana Kepemimpinan Besar Sepanjang Zaman (Edisi Kedua, 2011), dia mengatakan:

"Nik Aziz sebenarnya mempunyai pemikiran ekonomi keIslamannya yang tersendiri, selain daripada mengutamakan ekonomi kebahagiaan daripada ekonomi pembangunan (yang diperolehnya menerusi tafsirannya sendiri terhadap beberapa ayat al-Quran sesuai dengan taraf ulamanya), yang setengahnya telah cuba dilaksanakan dengan batas-batas kudrat politik, kewangan dan ilmu yang ada padanya. Pemikiran ekonominya yang agak berlainan dengan sarjana-sarjana ekonomi Barat dan bahkan sarjana Islam lain sekalipun, ialah tentang konsep pembangunan, takrif ekonomi serta konsep kemiskinan dan strategi memperbaiki keadaannya." (hal.34)

Mengikut Prof Shaharir, semua hal itu telahpun dihuraikan oleh Surtahman dan Norfadzilah, dalam tulisan mereka yang disiarkan oleh Jurnal Usuluddin (2004), berjudul "Pemikiran Tuan Guru Dato' Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam ekonomi".

Dalam hal takrif ekonomi, kata Prof Shaharir, "takrif Nik Aziz cukup berbeza dengan takrif Barat yang diterima umum (seolah-olah sudah tiada salahnya lagi!), kerana katanya sumber ekonomi itu tidak terhad; pengurusan yang menyeleweng daripada kehendak Islam sahajalah yang menyebabkan sumber itu terhad." (hal.35)

Mengikut Prof Shaharir, pandangan ekonomi Nik Aziz itu jika dikembangkan oleh sarjana ekonomi, tentunya akan mengubah hampir semua teori ekonomi kini.

Di situlah terkilannya saya. Kenapakah para sarjana ekonomi kita tidak memberi perhatian kepada perkara ini? Dr Dzulkifli Ahmad adalah seorang sarjana di kalangan pimpinan PAS yang menguasai ilmu ekonomi, (walaupun dia diamanahkan mengetuai Lajnah Kesenian dan Kebudayaan PAS). Tulisan-tulisannya menganalisa ekonomi semasa, selalu dapat kita ikuti dalam akhbar ini (edisi English).

Forum di Dewan Sivik Petaling Jaya Ahad lalu saya fikir sangatlah sesuai sekiranya Dr Dzul menarik perhatian khalayak umum kepada pemikiran ekonomi Nik Aziz dan juga amalan ekonomi itu yang berlaku di Kelantan sepanjang pemerintahan PAS di sana selama 20 tahun. Rujukan itu dengan sendirinya juga akan membuktikan kewibawaan PAS untuk mentadbir negara ini, bukan sahaja dalam hal keagamaan tetapi juga dalam hal ekonomi.

Apakah Dr Dzul tidak membuat rujukan ke Kelantan itu kerana dia menganggap dasar dan amalan ekonomi di bawah pantadbiran Nik Aziz itu tidak membawa apa-apa kejayaan atau kebaikan kepada rakyat Kelantan selama ini?

Saya tidak fikir itu alasannya. Saya percaya Dr Dzul tentu mempunyai alasan tersendiri yang munasabah untuk dia tidak membuat rujukan tersebut. Maka ingin jugalah saya mengetahui alasannya itu.

Sesungguhnya Kelantan adalah satu kejayaan PAS yang telah terrbukti dan boleh dilihat sendiri oleh semua orang. Kenapa orang-orang PAS tidak mahu berbangga dan memanfaatkannya dalam kempen untuk menjatuhkan kerajaan Umno-BN?

Mohon maaflah kerana saya menimbulkan lagi persoalan begini. (Saya pernah menimbulkan-nya sekali sebelum ini). Dan saya fikir saya akan terus timbulkan lagi persoalan seperti ini di masa akan datang, sekiranya tidak ada orang membuktikan yang pandangan saya mengenai Kelantan di bawah pimpinan Tok Guru Nik Aziz ini adalah salah.

(Penulis boleh dihubungi dengan emel dinsman_49@yahoo.com.my atau sms 019-9592408)

Anwar: Pilihan Raya Umum Tahun Ini

Posted: 26 May 2011 12:03 AM PDT

Dari Malaysiakini

Tarikh pilihan raya umum akan datang terus menjadi tanda tanya kebanyakan orang tetapi bagi ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, tanda-tandanya mula jelas.

"Saya hampir pasti ia akan diadakan tahun ini. Awak boleh lihat keghairahan dan kegilaan oleh media yang dikuasai oleh Umno. Ia tidak sihat sepanjang sedekad lalu dan juga tidak seteruk seperti sekarang ini… yang bermaksud paling awal, pada penghujung Ogos, awal September atau Oktober," katanya.

Pertarungan sebenar kata ketua umum PKR itu dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini minggu lalu adalah di kerusi-kerusi yang majoriti pengundinya adalah Melayu.

"Ya, itu satu cabaran dan kita mungkin masih belum melakukannya dengan mencukupi (memberi tumpuan kepada kawasan Melayu). Tetapi kami akan ke akar umbi dan Umno menyedari ini," kata Anwar.

Melaka dan Johor, secara tradisionalnya dianggap kubu BN dan diperkukuhkan baru-baru ini dengan 'mengharamkan' ketua pembangkang itu daripada berceramah di negeri-negeri berkenaan.

"Saya gagal mendapatkan satu permit (polis) pun sekarang untuk berceramah di Johor, kecuali jika ia jamuan makan dengan orang Cina – ini tidak boleh diterima. Jadi dalam kes ini, Melayu didiskriminasi tetapi Cina tidak," kata Anwar.

Harga RON95, barang lebih serius jika BN menang pilihan raya- AMK

Posted: 25 May 2011 11:56 PM PDT

KUALA LUMPUR: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) berpendapat harga minyak RON95 dan barangan keperluan lain akan bertambah serius sekiranya BN memenangi pilihan raya Umum ke-13 yang dijangka diadakan dalam masa terdekat.

Menurut Ketua Penerangan AMK, Lee Khai Loon (gambar), langkah kerajaan tidak menaikkan harga minyak dan barang keperluan tersebut merupakan taktik bagi menghadapi pilihan raya.

Katanya, kerajaan sedar sekiranya mereka menaikkan harga petrol RON95, diesel dan gas cecair LPG akan menyebabkan rakyat menolak Umno-BN, sekaligus kehilangan kuasa pemerintahan di Malaysia.

"Dengan kata lain, jika UMNO/BN terus diberi kuasa atau merampas balik 2/3 majoriti kerusi di Parlimen, maka kecenderungan harga barang naik selepas PRU13 akan bertambah serius.

"Lebih membimbangkan adalah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang telah ditolak oleh rakyat jelata selama ini akan dilaksanakan semula oleh UMNO/BN sekiranya mereka menang besar dalam PRU13," katanya lagi.

Katanya, meskipun Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Pengguna Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan tindakan kabinet itu tiada kaitan pilihanraya umum, namun kerajaan telah beberapa kali menaikkan harga barang kawalan seperti RON97, tepung, gula dan sebagainya.

AMK dalam pada itu turut merasa kecewa dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menggambarkan subsidi bahan api ibarat 'candu' kepada rakyat.

"Kerajaan telah memotong subsidi yang penting untuk rakyat tetapi langsung tidak menyentuh subsidi berbilion-bilion yang diberi kepada syarikat pengeluar tenaga Bebas (IPP). Polisi kerajaan adalah bercanggah dengan konsep rakyat didahulukan seperti yang selalu diuar-uarkan oleh kerajaan 1 Malaysia.

Menurutnya lagi, tindakan kerajaan mengabaikan kepentingan rakyat telah menyebabkan beban kehidupan harian rakyat yang semakin berat, manakala rungutan dan kemarahan rakyat juga kian bertambah.

"Oleh itu, AMK berpendapat bahawa kenaikan harga barang yang tidak terkawal menunjukkan kerajaan UMNO/BN gagal dalam mengendalikan ekonomi negara dengan cekap.

"Rakyat jangan terpedaya dengan taktik menunda dimana akhirnya akan seperti katak yang dimasak dengan air hangat,' ujarnya.

Selepas undi Cina selamat, DAP usaha tarik Melayu

Posted: 25 May 2011 04:00 PM PDT

DAP kini meningkatkan usaha menarik undi masyarakat Melayu dengan melancarkan Roketkini, portal untuk menyampaikan perspektif parti didominasi Cina itu kepada orang Melayu.

Dilancarkan Isnin lalu, portal berita dan pendapat itu muncul dengan mengemukakan wajah-wajah Melayu yang sangat dikenali dalam kalangan orang Melayu seperti Tan Sri P Ramlee dan Said Zahari.

Tindakan ini boleh dibaca sebagai usaha mengambil hari dengan cara memperlihatkan tokoh-tokoh tersebut, yang dekat dengan orang Melayu bukan asing bagi DAP.

Turut diterbitkan ialah gambar Teresa Kok memberi bantuan kepada sekumpulan orang Melayu, yang juga boleh menyampaikan mesej DAP tidak bermusuh dengan orang Melayu.

Di bahagian rencana utama, rencana pengenalan DAP disertakan gambar perisytiharan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, mengaitkan parti itu dengan perjuangan kemerdekaan.

Satu rencana yang memperlihatkan satu persepsi DAP terhadap orang Melayu ialah berkenaan orang muda Melayu kelas pekerja yang dinamakan Mat, yang bernada agak menghakimi dan mempersalahkan kerana tidak peduli dengan politik.

Satu tema yang dapat diperhatikan ialah usaha DAP mempersembahkan dirinya sebagai sebuah parti yang inklusif.

Roketkini juga kelihatan masih berhati-hati dan memberi tumpuan pada isu-isu yang selamat - berbanding isu seperti penukaran agama dan undang-undang Islam - dan tidak mendedahkannya kepada kontroversi yang boleh menjejaskan misinya.

Walau bagaimanapun, penerbitan Roketkini tidak dapat dilihat secara terpisah daripada DAP secara keseluruhan.

DAP telah terlibat dalam politik Malaysia sejak selepas merdeka, dan masih mempunyai rupa dan sikap yang mewakili masyarakat Cina.

Kepimpinan DAP terus dikuasai tokoh berbangsa Cina dan bukan Melayu, dan parti itu terus tidak menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa utama.

Kenyataan-kenyataan pemimpin DAP yang muncul hampir setiap hari apabila diperhatikan tidak ada yang menyuarakan kepentingan orang Melayu, malah bersikap selektif dalam hal melibatkan kaum.

Tanpa perubahan yang lebih bermakna melibatkan DAP, Roketkini hanya akan menjadi satu propaganda murahan dan penyelewengan sikap DAP terhadap orang Melayu.

http://siasahdaily.blogspot.com/2011/05/selepas-undi-cina-selamat-dap-usaha.html

Tiada ulasan: