Khamis, 26 Mei 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


SKANDAL SEKS AHLI PARLIMEN SABAH

Posted: 26 May 2011 04:03 AM PDT







Oleh: MOHD YATIM SUHAILI

UMNO yang dikatakan menjadi dalang dan heboh dengan Skandal Video Seks yang didakwa melibatkan Ketua Pembangkang terkejut dengan dakwaan seorang wanita yang mengakui mengandung anak hasil hubungan sulitnya setelah diperdaya seorang Ahli Parlimen daripada UMNO.

Wanita berkenaan menghubungi Sabahkini.net dan menunjukkan hasil DNA anaknya yang sama dengan profail DNA Lelaki 'S' iaitu seorang Ahli Parlimen UMNO daripada Sabah.

Sabahkini.net sedang mendapatkan pengesahan pihak yang mengeluarkan keputusan DNA tersebut dan Jabatan Pendaftaran Negara Sabah berhubung status anak wanita berkenaan yang dibinkan kepada seorang lelaki lain.

Dimaklumkan keluarga wanita terbabit telah membuat laporan polis tetapi kes berkenaan ditutup begitu sahaja kerana pengaruh Ahli Parlimen berkenaan.

Siti Nurhaliza Bakal Sertai Askar Wataniah

Posted: 26 May 2011 03:54 AM PDT

MSTAR ONLINE


KUALA LUMPUR: Penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dijangka menyertai Rejimen Askar Wataniah dalam masa terdekat.

Menurut Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Siti bersetuju menyertai pasukan tersebut selepas direstui suami, Datuk Khalid Mohd Jiwa.

"Siti bersetuju menyertai Askar Wataniah atas sokongan suaminya," katanya pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010 Jabatan Latihan Khidmat Negara dan Pemakaian Pangkat Kolonel Kehormat kepada Ketua Pengarah jabatan itu Datuk Abdul Hadi Awang Kechil di Kementerian Pertahanan di sini, Khamis.

Seorang lagi penyanyi, Jaclyn Victor, dan bekas pengacara TV3 Maznah Zolkifli turut melahirkan hasrat menyertai pasukan sukarelawan itu.

Tambah Ahmad Zahid, dia turut mengajak beberapa pelakon lelaki untuk menjadi askar wataniah.

"Mereka dijangka menyertai dalam masa terdekat dan majlis pelancaran akan dijalankan sebelum mereka menjalani latihan sebelum bulan Ramadan," katanya.

Sesiapa yang menyertai Rejimen Askar Wataniah perlu menjalani dan menamatkan latihan 39 jam dalam masa setahun mengikut kelapangan masing-masing sebelum ditauliahkan. Ahmad Zahid berkata selebriti yang menyertai rejimen itu dapat dijadikan sebagai ikon untuk menarik minat lebih ramai individu di bawah usia 35 tahun menjadi askar wataniah.

Beliau juga berkata Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedia menjalankan tugas sampingan bagi misi mencari dan menyelamat mangsa-mangsa yang terlibat dalam bencana alam.

Katanya meskipun tugas hakiki ATM khususnya Tentera Darat menjadi benteng menjaga kedaulatan dan keamanan negara, pasukan itu sentiasa bersedia menjalankan misi yang memerlukan khidmat mereka.

"Malaysia adalah sebuah negara aman dan tidak terlibat dengan perang maka dalam keadaan aman, tentera darat dan lain-lain perkhidmatan bersedia untuk menjadi tentera 'rakyat'," katanya.

Ahmad Zahid berkata ATM mempunyai aset, peralatan dan jentera yang lengkap serta anggota-anggota yang terlatih untuk menghadapi keadaan darurat termasuk bencana alam.

Dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat pada Sabtu lepas, beliau telah meminta Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Azizan Ariffin dan Panglima Tentera Darat Jen Datuk Seri Zulkifeli Mohd Zin menghantar anggota tentera untuk membantu.

Pemilihan PAS: Mohamad Nizar Calon Terakhir Tanding Naib Presiden

Posted: 26 May 2011 03:53 AM PDT

MSTAR ONLINE

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin mengesahkan akan bertanding merebut jawatan Naib Presiden PAS.

Mohamad Nizar berkata, pihaknya telah menghantar surat pengesahan untuk bertanding jawatan itu ke Pejabat Agung PAS pada Khamis.

Sementara itu, Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli memberitahu bahawa beliau hanya akan bertanding bagi Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat sahaja walaupun layak untuk merebut kerusi Naib Presiden.

Beliau membuat keputusan itu selepas bekas naib presiden sebelum ini, Datuk Husam Musa membuat keputusan untuk bertanding jawatan itu kali ini.

"Saya rasa oleh kerana PAS melaksanakan keputusan secara konsensus, saya rasa cukup kalau saya menumpu pertandingan AJK sahaja dan tidak perlu di naib presiden," kata Mohd. Hatta kepada Harakahdaily di sini.

Pada Rabu beliau memberitahu masih belum menarik diri lagi untuk bertanding jawatan naib presiden tetapi belum menghantar surat rasmi kepada Jawatankuasa Pemilih.

Sementara Mohamad Nizar yang turut mendapat pencalonan untuk AJK PAS Pusat tapi menolaknya kerana mahu memberikan tumpuan kepada naib presiden sahaja.

Jawatankuasa Pemilihan PAS akan mengumumkan calon-calon yang bertanding dalam muktamar PAS kali ini dalam satu sidang media petang Jumaat.

Hari ini adalah hari terakhir untuk calon-calon yang layak membuat pengesahan pertandingan.

Selain Mohamad Nizar yang dijangka bertanding untuk naib presiden adalah Salahudin Ayub, Datuk Mahfuz Omar yang juga penyandang; Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa, Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad dan Exco kerajaan Kelantan Datuk Nik Mohd Amar.

Naib presiden sebelum ini, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan beliau akan bertanding timbalan presiden dalam muktamar kali ini.

Mara Gesa Kerajaan Pertimbang Gaji Guru MRSM

Posted: 26 May 2011 03:52 AM PDT

BERNAMA

KUALA TERENGGANU: Majlis Amanah Rakyat (MARA) meminta kerajaan mempertimbangkan kenaikan pangkat dan skim gaji baru bagi guru di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) seluruh negara.

Pengerusi MARA Datuk Seri Idris Jusoh berkata ia bagi memastikan gaji guru Mara turut selaras dengan pengumuman Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini mengenai kenaikan pangkat mengikut kaedah baru kepada golongan guru.

Katanya, ia merupakan antara beberapa perkara yang perlu diambil perhatian oleh kerajaan dan sehubungan itu Mara akan mengadakan perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam tempoh terdekat ini.

"Guru MRSM juga mempunyai taraf yang sama dengan guru di kementerian dan tidak ada sebab guru-guru mara tidak mendapat taraf kenaikan gaji yang sama," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Badan Pemuafakatan Pendidikan MARA (Muafakat) ke-7 di Maktab Rendah Sains Mara Kuala Terengganu di sini Khamis.

Beliau berkata, guru di MRSM juga layak menikmati faedah sama kerana atas jasa dan sumbangan besar mereka selama ini dalam mendidik anak bangsa sehingga mampu melahirkan ramai tenaga profesional.

"Kita akan memperjuangkan nasib guru di MRSM kerana mereka juga melakukan kerja yang sama dan kita tidak mahu guru MRSM dianaktirikan," katanya.

Pada masa ini, lebih 3,000 orang guru sedang berkhidmat di 45 buah MRSM di seluruh negara.

Akta Sewa Beli (Pindaan 2010) Tetap Dikuatkuasakan Bulan Depan

Posted: 26 May 2011 03:46 AM PDT

BERNAMA

PUTRAJAYA: Kerajaan akan tetap menguatkuasakan Akta Sewa Beli 1967 (Pindaan 2010) pada 15 Jun ini, meskipun ada desakan daripada Persatuan Penjual Kereta Terpakai Malaysia supaya menangguhkannya sehingga tahun depan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Tan Lian Hoe berkata pihaknya berpendapat bahawa penguatkuasaan itu perlu dilaksanakan segera bagi melindungi pengguna dan juga pihak penjual kereta terpakai.

"Sebenarnya penguatkuasaan akta itu memberikan situasi menang-menang selain memastikan bahawa tiada ruang yang boleh digunakan oleh mana-mana pihak untuk manipulasi," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perbincangan dengan pihak persatuan di sini, Khamis. Tan berkata, antara perkara yang dibangkitkan dalam perbincangan itu ialah mengenai rasa tidak puas hati pihak persatuan mengenai penguatkuasaan bayaran yuran tempahan tidak melebihi satu peratus daripada harga tunai barangan.

"Perkara itu perlu dikuatkuasakan memandangkan sebelum ini terdapat segelintir pihak yang menggunakan kelemahan perundangan sedia ada dengan tidak mengembalikan semula bayaran itu sekiranya terdapat pembatalan tempahan. "Lebih serius ada yang menipu dengan menggelapkan kesemua bayaran tempahan daripada pelanggan yang berurusan dengan mereka," katanya.

Persatuan juga katanya tidak berpuashati terhadap penambahan tahap pemeriksaan kenderaan terpakai daripada B5 kepada B7 dengan penambahan 18 lagi tempat yang perlu diperiksa untuk memastikan kenderaan tersebut benar-benar layak berada di atas jalan raya.

"Pemeriksaan itu sekaligus dapat mengurangkan bilangan kenderaan tidak selamat untuk digunapakai daripada terus dijual atau berada di atas jalan raya demi keselamatan pengguna jalan raya," katanya

Hospital Shah Alam : JKR Dokong Syarikat Tidak Layak, Kata Khalid

Posted: 26 May 2011 03:41 AM PDT

Ditulis oleh Radzi Razak



SHAH ALAM : Ceritera Hospital Shah Alam yang masih menjadi igauan penduduk ibu negeri Selangor kini dibelit dengan isu pembayaran komisyen berjuta-juta ringgit oleh syarikat yang dituduh bersekongkol dengan Kementerian Kewangan bagi mendapatkan kontrak baru projek itu.

Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad hari ini mendedahkan tiga dokumen menunjukkan bekas subkontraktor projek itu Frontier Structure menawarkan komisyen RM30 juta kepada bekas kontraktor utama Sunshine Fleet Sdn Bhd.

Sepucuk surat lagi menunjukkan bagaimana Kementerian Kewangan mengarahkan Jabatan Kerja Raya memasukkan Frontier sebagai syarikat yang membida projek berkenaan walaupun syarikat itu bukan kontraktor Kelas A dan tidak pun membida untuk mendapatkan projek itu.

Khalid berkata Frontier menawarkan RM30 juta kepada Sunshine supaya syarikat itu mencadangkan kepada Kementerian Kewangan supaya kontrak baru pembinaan hospital itu diberikan kepada Frontier.

Sebagai balasan, FSSB akan membayar sejumlah RM30 juta dalam bentuk pemberian sub-kontrak kepada SFSB, menurut syarat yang didedahkan oleh Khalid.

"Dia (FSSB) (janji) akan membayar balik RM 30 juta kepada Sunshine. Syarikat Sunshine sebelum ini sudah pun mengaut keuntungan berpuluh juta ringgit sebelum ini apabila diberikan projek tersebut. Dari RM 480 juta dia dapat RM 60 juta," kata Khalid.

Khalid turut menunjukkan senarai pembida baru projek hospital itu berasaskan tender yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya pada Disember tahun lalu. Senarai itu menunjukkan FSSB tidak membida untuk projek berkenaan.

Pada 23 Mac lalu, Kementerian Kewangan menerusi sepucuk surat menggarahkan Kementerian Kerja Raya menyenarikan FSSB sebagai pembida projek berkenaan.

"Sunshine mempunyai hubungan rapat dengan kerajaan. Akhirnya Pengarah Kerja Raya yang menerima surat arahan ini daripada Kementerian Kewangan bertindak memasukan FSSB dalam senarai," kata beliau.

Khalid menegaskan tindakan mencurigakan Kementerian Kewangan, FSSB dan Sunshine adalah 'permainan' syarikat kroni-BN yang menyebabkan projek Hospital Shah Alam terus terbiar.

"Frontier Structure Sdn Bhd bukan kontraktor kelas A, jadi bagaimana surat (Kementerian Kewangan) ini boleh keluar? Inilah mainan di antara semua kroni yang berebut projek, yang jadi mangsa ialah rakyat Shah Alam. Projek ini sudah setahun terbengkalai. Dah jadi kawasan terbiar. Tak ada orang jaga," kata Khalid.

Projek pembinaan Hospital Shah Alam dengan kos kontrak RM482.6 juta ini telah dimulakan pada 15 Nov 2007 dan sepatutnya siap pada 25 Jun 2011 namun sehingga kini, bekas kontraktor utama, Sunshine Fleet hanya menyiapkan tidak sampai 30 peratus dari keseluruhan projek.

Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor sebelum ini menyatakan JKR dalam proses membuka tender baru bagi melantik kontraktor untuk menyambung kerja-kerja pembinaan Hospital Shah Alam yang terbengkalai.

Khalid mengakui beliau tidak mengetahui kesahihan surat tersebut namun ia nampak seperti surat rasmi

Justeru, beliau membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi menyiasat pendedahan-pendedahan dalam tiga surat berkenaan dan mengambil tindakan yang diperlukan.

"Saya hendak buat laporan kepada SPRM suruh siasat sama ada betul atau tidak. Tapi inilah surat yang saya terima. Ada Kementerian Kewangan boleh tulis kepada Pengarah JKR untuk masukkan syarikat yang bukan kelas A. Alasannya nak tunggu FSSB dapat lesen kelas A," kata Khalid.

Pelabur tempatan juga berpuas hati di Selangor- Teresa

Posted: 25 May 2011 10:36 PM PDT


KEADILAN DAILY


SHAH ALAM: Selangor terus mencapai jumlah pelaburan tertinggi di Malaysia berbanding negeri lain dalam tempoh Januari hingga Mac 2011 dengan jumlah pelaburan RM2.5 bilion, kata Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teresa kok.

Menurutnya, dari jumlah itu 40 peratus atau bersamaan RM1 billion merupakan pelaburan tempatan.

"Ini menunjukkan pelabur tempatan juga berpuas hati dengan Kerajaan Selangor, maka mereka sudi melabur di negeri ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, angka itu berdasarkan statistik terkini Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) yang turut menunjukkan Selangor mencapai jumlah pelaburan asing tertinggi iaitu sebanyak RM 1.5 billion.

"Angka ini merupakan dua kali ganda negeri berbanding di tempat kedua iaitu Johor sebanyak RM766 juta dan Sarawak di tempat ketiga sebanyak RM656 juta," katanya.


Di kalangan pelaburan asing di Selangor, katanya, Korea Selatan menanam pelaburan tertinggi dengan nilai sebanyak RM637 juta, diikuti Singapuradengan RM485 juta dan Australia dengan RM102 juta.

"Jumlah pelaburan asing dan jumlah projek perindustrian yang tertinggi di Selangor menunjukkan ekonomi Selangor kekal mantap dan merupakan destinasi pelaburan popular bagi pelabur asing dan tempatan," katanya lagi.

Selangor juga katanya, mencapai jumlah projek perindustrian tertinggi di Malaysia dengan 59 projek perindustrian.

"Angka ini merupakan 32 peratus daripada jumlah projek bagi seluruh Malaysia. Daripada 59 projek perindustrian yang diluluskan di Selangor, 43 merupakan projek baru manakala baki 16 merupakan projek yang diperkembangkan," katanya.

Di samping itu, Selangor juga mencapai jumlah peluang pekerjaan yang dihasilkan kedua tertinggi di Malaysia dengan 3,880 pekerjaan.

Anak bagi tempoh seminggu Felda jelaskan pinjaman RM6 bilion

Posted: 25 May 2011 10:31 PM PDT

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), memberi tempoh seminggu kepada Felda memberi penjelasan berhubung pinjaman agensi itu daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM6 bilion.

Pengerusi ANAK, Mazlan Aliman berkata, sekiranya tidak ada penjelasan diberikan dalam tempoh itu, pihaknya tidak akan teragak-agak membuat laporan polis ke seluruh negara.

"Tindakan ini adalah satu pengkhianatan.

"Dalam seminggu jika tidak ada respon, Kita akan gerakkan laporan polis di seluruh negara di tanah-tanah rancangan Felda supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib yang menjaga Felda dan (Datuk) Ahmad Maslan sebagai menteri yang bertanggungjawab memberi penjelasan," ujarnya ketika dihubungi Keadilandaily.

Mazlan berkata laporan polis juga akan dibuat terhadap Tan Sri Yusuf Noor kerana pinjaman itu dilakukan ketika Yusuf menjadi Pengerusi Felda.

"Kita akan buat laporan-laporan polis kepada individu-individu ini," katanya.

Beliau mengulangi apa justifikasi Felda membuat pinjaman KWSP yang merupakan caruman kepada wang pekerja di Malaysia.

Beliau berkata, pinjaman tersebut merupakan satu salahgunakuasa dan pengkhianatan bukan sahaja kepada peneroka Felda, tetapi juga kepada seluruh rakyat Malaysia yang menjadi pencarum KWSP.

"Wang ini digunakan untuk tujuan apa, apakah boleh memberikan pulangan yang setimpal, apakah ia boleh memberi manfaat kepada peneroka Felda.

"Kenapa sembunyikan pinjaman ini meskipun saya difahamkan tujuan pinjaman ini adalah untuk membeli kilang gula dari (Tan Sri) Robert Kuok. Walau apa pun tujuannya, ia melibatkan jumlah yang besar," ujarnya.

Mazlan dalam pada itu turut mempersoalkan kenyataan kerajaan sebelum ini bahawa Felda memiliki status kewangan yang kukuh.

"Saya masih ingat ucapan perdana menteri pada Himpunan Warga Peneroka di Putrajaya yang mengatakan Felda tidak akan bankrap kerana Felda memiliki saham berjumlah RM4 bilion dan rizab yang besar.

"Kalau begitu keadaannya, apa perlunya pinjaman ini, yang dikatakan sebahagiannya untuk tujuan pelaburan dengan membeli kilang gula dari Robert Kuok. Ini menjadi tandatanya kepada peneroka dan kepada pencarum KWSP itu sendiri," ujarnya.

Keputusan Lelaki Tukar Nama Wanita 18 Julai

Posted: 25 May 2011 10:21 PM PDT

TVS NEWS


KUALA TERENGGANU : Harapan menggunung seorang lelaki untuk menukar nama daripada Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz, 25, kepada Aleesha Farhana tertangguh lagi apabila Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu semalam menetapkan 18 Julai ini untuk keputusan.

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa menetapkan tarikh itu bagi membolehkan beliau meneliti hujah dikemukakan peguam Ashraf selaku pempetisyen, Horley Isaacs dan Peguam Kanan Persekutuan, Adhha Abu Bakar yang mengendalikan kes berkenaan.

Ashraf, pemegang diploma dalam bidang perubatan daripada sebuah institusi pengajian tinggi tempatan lengkap berpakaian seperti wanita dengan berbaju kurung moden berwarna kuning air, berkerudung merah jambu serta berkasut tumit tinggi menarik perhatian ramai yang menyedari kehadirannya di mahkamah semalam.

Laporan Berita Harian hari ini menyebut, Ashraf yang menjalani pembedahan menukar jantina di Thailand antara 2008 hingga 2009 kerana mendakwa lebih cenderung kepada perwatakan wanita memfailkan petisyen memohon mahkamah membenarkannya menukar nama Ashraf kepada Aleesha Farhana, bagi memudahkannya menguruskan kehidupan seharian, selain mahu memasuki universiti melanjutkan pengajian dalam bidang sama.

Dalam prosiding akhir di mahkamah semalam, Horley dalam hujahnya berkata, anak guamnya disahkan pakar perubatan daripada Pusat Perubatan Pantai (PMC) dan Hospital Putrajaya layak menjalani pembedahan menukar jantina, menjalani rawatan hormon serta psikologi sebelum melakukan pembedahan di Thailand.

Malah katanya, kedua ibu bapa pempetisyen turut mengesahkan anak mereka memiliki alat sulit lelaki sejak lahir, tetapi ia tidak normal, bersaiz kecil, tidak aktif dan tidak berfungsi sebaiknya seperti rakan sebaya lain.

Ashraf juga disahkan ibunya lebih cenderung berperwatakan wanita sejak kecil dan membuat kenyataan bersumpah membenarkan anak lelakinya itu menjalani pembedahan.

Bagaimanapun, Addha dalam hujahan balasnya berkata, peguam pempetisyen gagal melampirkan laporan lengkap daripada doktor bahawa pembedahan dijalankan berjaya menjadikan Ashraf seperti wanita tulen termasuk mempunyai rahim dan tubuh kewanitaan dan fakta apabila perlakuan seksual berlaku antaranya sama ada dia boleh mengandung.

"Kita tidak ada perundangan yang membenarkan permohonan pempetisyen ini dan jika mahkamah membenarkan permohonan ini, ia akan memberi kesan jangka panjang kepada institusi masyarakat.

"Kita tidak tahu mungkin ramai di luar sana yang beratur untuk menukar nama dan jika keputusan mahkamah membenarkan permohonan ini ia boleh menyebabkan huru-hara dalam masyarakat," katanya dipetik laporan itu.

DAP: Harga RON95 kekal kerana PRU

Posted: 25 May 2011 10:19 PM PDT

MERDEKA REVIEW


Pakatan Rakyat semestinya telah menyebabkan timbulnya rasa takut kepada kepimpinan kerajaan BN yang telah mendorong BN untuk membatalkan cadangan pemotongan subsidi malah turut mengumumkan tiada kenaikan harga minyak RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) untuk ketika ini. Namun subsidi diesel untuk kapal penangkap ikan laut dalam dan 9 kelas kenderaan komersial masih akan dihapuskan bermula 1 Jun, mengurangkan bebanan subsidi yang ditanggung Kerajaaan Persekutuan sehingga mencecah RM886.1 juta setiap tahun.

Ada tiga alasan mengapa BN menukar dan memutuskan untuk tidak meneruskan cadangan kenaikan harga barangan. Pertama, PR berkemampuan untuk memobilisasi hampir keseluruhan dalam usaha membantah kenaikan harga barangan dengan mendedahkan ketidakadilan yang wujud dalam syarikat besar seperti IPP yang dilindungi daripada pemotongan subsidi sebanyak RM19 bilion setahun sementara 27 juta rakyat Malaysia biasa yang tidak berkemampuan terpaksa membayar sejumlah wang dengan harga yang tinggi.

Kedua, BN berhasrat untuk mengadakan pilihan raya umum dan kenaikan harga yang berat sebelah ini tidak bersependapat dengan para pengundi. Ketiga, BN bimbang dengan kekuatan luar biasa PR sehingga BN takut untuk meneruskan pemotongan subsidi yang hanya akan menyebabkan mereka kehilangan sokongan rakyat.

Walau bagaimanapun, sebelum rakyat berpesta dengan pengekalan harga beberapa barangan kawalan, kerajaan BN masih belum menyerah kalah untuk menaikkan harga dengan pengurangan subsidi. Ini adalah berikutan dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin semalam yang menyatakan bahawa kajian semula dasar subsidi adalah perlu kerana kerajaan berdepan dengan bebanan subsidi dua kali ganda iaitu dari RM10.32 bilion kepada RM20.58 bilion untuk tahun ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Ismail Sabri Yaakob menolak untuk menyatakan berapa lama kerajaan akan mengekalkan harga semasa. Dalam erti kata lain, sebaik BN memenangi pilihan raya umum yang akan datang, tiada siapa yang akan dapat menghalang BN untuk menghapuskan subsidi dan menaikkan harga barang.

Selain itu, penjana tenaga bebas (IPP) sekali lagi akan terlepas daripada sebarang pemotongan subsidi gas seperti yang dinyatakan melalui sokongan padu kepada IPP daripada kedua- dua Presiden MCA Chua Soi Lek dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui. Peter Chin menegaskan bahawa RM19 bilion setahun yang dinikmati oleh penjana tenaga bebas (IPP) dan TNB itu bukanlah dalam bentuk subsidi tetapi keuntungan yang dilepaskan oleh Petronas berikutan penjualan gas sebanyak 25% daripada harga pasaran. Sementara itu, Chua menyatakan bahawa subsidi gas kepada IPP tidak boleh dihapuskan kerana terikat dengan perjanjian.

Peter Chin ternyata sedang bermain dengan kata-kata kerana akhirnya IPP (60 %) dan TNB (40%) akan menikmati faedah daripada RM19 bilion subsidi tahunan. Chua pula harus menjelaskan mengapa kerajaan BN termasuk dirinya, menyokong dan menjeratkan diri mereka dalam perjanjian yang ternyata bertentangan dengan kepentingan 27 juta rakyat Malaysia.

Tiada cara lain untuk mencapai 5.4% defisit fiscal tanpa lanjutan pemotongan subsidi melainkan kerajaan BN mengamalkan dasar anti-rasuah. Menteri- menteri BN sendiri mengaku bahawa kos rasuah Negara melibatkan sekurang-kurangnya RM28 bilion setahun dan ada yang menganggarkan sebanyak USD 100 bilion kehilangan secara kumulatif akibat rasuah sejak tahun 1980-an.

Dasar anti-rasuah tidak mungkin dilaksanakan kerana kerajaan BN menolak untuk mengamalkan sistem tender terbuka, ketelusan prosedur dan akauntabiliti awam dalam proses pembelian dan kontrak kerajaan. Atas alasan tersebut, hanya sokongan anti- rasuah yang dilaksanakan PR akan dapat menyelamatkan rakyat - bak kata pepatah "bunuh dua ekor burung dengan seketul batu" (pepatah barat "kill two birds with one stone") dengan tidak hanya membanteras amalan rasuah tetapi juga akan menghentikan kenaikan harga barang.

*Kenyataan media oleh Lim Guan Eng (gambar kanan) ialah Setiausaha Agung DAP dan ahli parlimen Bagan.

Gaji guru: K'jaan tak mampu sebab krisis kewangan

Posted: 25 May 2011 10:18 PM PDT

Norain Saleh


Isu kenaikan pangkat guru yang menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan pengamal profesyen itu menunjukkan bahawa negara kini berdepan dengan krisis kewangan, kata seorang ahli parlimen PAS.

NONEDatuk Mahfuz Omar juga mendakwa, langkah kerajaan yang hanya memberikan kenaikan pangkat kepada golongan guru berpendapatan tinggi itu menunjukkan bahawa kerajaan berusaha untuk menipu golongan cerdik pandai itu.

Mahfuz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan menteri pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat lalu yang sekadar meminta supaya kumpulan guru yang tidak menikmati kenaikan gaji itu supaya bersabar.

Muhyiddin juga sebelum ini menjelaskan bahawa kerajaan bertindak demikian sebagai langkah penjimatan perbelanjaan dan juga untuk mengurangkan defisit kerana kenaikan pangkat itu melibatkan jumlah guru yang ramai.

Mahfuz yang juga naib presiden PAS turut menegaskan bahawa langkah penjimatan melalui pengurangan subsidi itu juga akhirnya akan menyebabkan rakyat menanggung kos yang lebih tinggi.

Perbelanjaan meningkat

"Kerajaan sebenarnya telah memindahkan defisit kerajaan kepada guru berpendapatan sederhana," katanya dan menambah, hanya sebanyak 30 peratus sahaja daripada kira-kira setengah juta guru dalam negara ini yang akan menikmati kenaikan pangkat itu.

"(Tindakan) mengurangkan subsidi menyebabkan kos meningkat. Perbelanjaan rakyat juga turut meningkat (sedangkan) pendapatan tidak mencukupi.

"Guru merupakan individu yang melahirkan seorang pemimpin, tindakan pihak kerajaan dengan menaikkan pangkat sebilangan guru saja umpama tindakan menipu orang cerdik," katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini.

Tambahnya, langkah kerajaan itu juga menunjukkan bahawa kerajaan begitu terdesak untuk menjaga kebajikan pekerja semenjak Pakatan Rakyat melancarkan Buku Jingga pada Disember tahun lalu.

Manifesto berkenaan antara lainnya menggariskan usaha Pakatan untuk memastikan agihan kekayaan yang saksama bagi golongan pekerja.

"Tindakan yang seharusnya dilakukan oleh pihak kerajaan ialah menaikkan gaji semua guru seperti apa yang dicadangkan oleh pihak PKR baru-baru ini," tegasnya yang turut menyeru kumpulan guru itu supaya lebih vokal dalam menyatakan tuntutan melalui kesatuan mereka.

Tapi dapat bonus

Sementara itu, ahli parlimen Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan pula tetap mempertahankan langkah "rasional" itu kerana tidak ada guru yang akan didiskriminasi dalam kenaikan pangkat berkenaan.

ummo youth pc 100306 abdul rahman dahlanKetika ditanya, beliau menafikan bahawa tindakan kenaikan pangkat itu dijalankan bagi menghadapi pilihan raya yang bakal menjelang.

"Kalau pembangkang memang akan berkata sedemikian (untuk pilihan raya).tapi bagi saya ia sesuatu yang tidak masuk akal," kata Abdul Rahman ketika dihubungi.

Jelasnya, kenaikan ke atas kumpulan guru itu tidak melibatkan guru yang berpendapatan sehingga mencecah RM20,000.

"Tidak ada yang dianaktirikan," katanya lagi yang menambah, kumpulan guru yang berpendapatan lebih rendah itu juga akan menikmati kenaikan pangkat.

"Jika kita mampu bagi setengah, kita bagi setengah dulu. Waktu ini untuk segmen (pangkat tinggi) dahulu.

"Kerajaan bagi kenaikan berkenaan berdasarkan kemampuan pihak kerajaan. Namun perdana menteri sendiri masih sedang berbincang dengan timbalan perdana menteri berkenaan kenaikan pangkat atau gaji bagi guru-guru yang lain," katanya lagi.

NONEAbdul Rahman juga berkata golongan guru yang berpendapatan rendah juga sebelum ini telah menikmati bayaran bonus.

"Kerajaan telah bagi (bonus) kepada golongan berpendapatan dua ribu ke bawah. Yang penting kerajaan ikhlas," katanya.

PERKASA gusar terima serbuk pedih

Posted: 25 May 2011 10:12 PM PDT

BERNAMA


Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKAAS) membuat laporan polis memohon penyiasatan tentang satu surat yang mengandungi serbuk berwarna oren yang diterima pagi ini.

NONESetiausaha Agungnya, Syed Hassan Syed Ali berkata surat dari Shah Alam itu ditujukan kepada Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali di pejabat Perkasa di Jalan Pahang, di Kuala Lumpur, semalam.

"Bila dibuka surat tersebut kira-kira pukul 10.30 pagi tadi didapati terdapat serbuk berwarna oren yang tidak diketahui apa dan menyebabkan tangan berasa pedih bila terpegang," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di Kuala Lumpur kira-kira jam 3.30 petang.

"Mungkin orang yang pos surat ini tidak berpuas hati dengan perjuangan PERKASA dan mungkin ia dilakukan oleh mana-mana parti politik... jika ada sesiapa yang tidak berpuas hati bukan begini caranya," kata Syed Hassan.


Ibrahim: Siapa badut sebenar, Nazri?

Posted: 25 May 2011 10:08 PM PDT

MALAYSIA KINI


Presiden kumpulan pendesak Melayu, PERKASA Ibrahim Ali mahu rakyat, khususnya masyarakat Melayu Islam menentukan siapa 'badut' sebenarnya?

Ibrahim merujuk kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz yang dua hari lalu melabelkan beliau sebagai seorang badut dan ucapannya yang berapi-api hanya merupakan retorik dan bersifat kosong.

NONE"Biar saya ingatkan pada 1987 semasa Operasi Lalang saya menetap di tanah air dan ditangkap di bawah ISA. Kawan saya, Datuk Nazri lari ke Jakarta dan tidak berani pulang sehingga semuanya selamat.

"Bagi saya 1987 adalah kali kedua saya ditahan kerana mempertahankan isu ketuanan Melayu. Kali pertama saya ditahan daripada 1974 hingga 1976 selama 26 bulan kerana memperjuangkan masalah kemiskinan masyarakat Baling dan menuntut ITM dinaikkan taraf kepada UiTM.

"Jika saya berani membiarkan diri ditangkap dua kali, jadi siapa sebenarnya badut? Ramai badut yang melarikan diri selepas hanya tahu cakap besar dan mulut luas," katanya dalam satu kenyataan menerusi sms.

sapp chua soon bui nazri abdul aziz  parliament 070708 03Nazri pada Selasa lalu berkata kerajaan tidak perlu mengambil tindakan terhadap Ibrahim berhubung isu 'perang salib' kerana masyarakat sudah matang dalam menghadapi isu-isu sensitif.

"Telah lebih 10 hari sejak Ibrahim membuat kenytaannya. Saya tidak lihat sebarang huru-hara. Saya tidak fikir orang ramai perlu mengambil serius dengan apa yang dikatakannya... jika kenyataannya mencetuskan reaksi, maka kita boleh tangkap dan dakwanya," kata Nazri.

Merujuk tindakan pemimpin negara yang melarikan diri itu, Ibrahim berkata ia sesuatu yang memalukan dan beliau bersimpati dengan mereka.

"Ianya nama 'hero pengecut bukan jaguh pecut," perli Ibrahim pada akhir kenyataannya itu.

Presiden PERKASA itu pada 15 Mei lalu berkata beliau bersedia melancarkan perang salib terhadap orang Kristian jika mereka terus mencabar kedudukan Islam di negara ini.

NONE"Kalau nak perang salib boleh. Kalau kata keamanan yang kita ada tak memadai dan kemahuan tak mencukupi, kita akan sambut… Jangan ingat orang Melayu Islam diam kerana takut.

"Sebelum pengikut tewas di medan peperangan, ketua (PERKASA) dulu akan mati di hadapan bergelimpangan dengan darah," katanya.

Tangkapan JAIS: Pemimpin Syiah lapor polis

Posted: 25 May 2011 10:06 PM PDT

MALAYSIA KINI


Pemimpin Syiah Malaysia Mohd Kamil Zuhairi Abd Aziz melaporkan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menahannya dan tiga pengikut ajaran itu ketika meraikan ulangtahun kelahiran puteri Rasulullah Fatimah Az-Zahrah kelmarin.

Menurut Mohd Kamil Zuhairi, laporan itu dibuat bagi mempertahankan haknya sebagai rakyat Malaysia yang dinyatakan dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

NONEPeruntukan itu menyatakan, setiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya.

Mohd Kamil Zuhairi (kiri) membuat laporan itu di balai polis Gombak kira-kira jam 4 petang semalam.

Ekoran tangkapan di laman depan markaznya Sri Gombak kelmarin, beliau dan tiga lagi -- Radin Ahmad Faizul Radin Mohd Hambali, Mohd Asyraf Ahmad dan Syed Mohd Shafik Syed Hussin -- disiasat mengikut peruntukan seksyen 12(C) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.

Peruntukan itu menyebut mana-mana orang yang bertindak dengan cara yang menghina kuasa sah, atau mengingkari, melanggar, atau mempertikaikan perintah atau arahan mufti yang dinyatakan atau diberikan melalui fatwa adalah melakukan kesalahan.

NONEKetua penguatkuasa JAIS Mohd Rais Rasid (kanan) ketika dihubungi Malaysiakini memberitahu kes itu akan disebut di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat pada 7 Jun ini.

Dalam laporannya itu, beliau mempertikan tindakan jabatan itu kerana program yang melibatkan pelbagai lapisan masyarakat itu sudah lima kali dianjurkan tanpa sebarang masalah sebelum ini.

"Ia juga dihadiri ketua-ketua parti Umno dan parti-parti politik yang lain. Malah tahun ini wakil-wakil ketua agama dari agama lain turut hadir," laporan polis itu dipetik.

Menurutnya lagi, pihaknya juga mendapat kelulusan memasang khemah daripada Majlis Perbandaran Selayang serta mendapat bantuan petugas Ikatan Relawan Rakyat (RELA) yang diperaku oleh pihak polis.

Program anjuran komuniti itu bukanlah ceramah dan tidak mempunyai agenda mengembangkan ajaran Syiah, tambahnya lagi.

Mahasiswa kuasa penentu PRU 13

Posted: 25 May 2011 10:05 PM PDT

Mohd Yusof Hadhari


Gerakan mahasiswa adalah suatu kuasa yang mesti diberikan perhatian dan diambil perhitungan. Dalam lipatan sejarah universiti, masyarakat dan negara, sama ada dilihat secara universal atau secara perbandingan, misalnya, antara Asia dengan benua-benua lain, atau antara dunia ketiga dengan dunia-dunia lain, atau jika di negara ini, sama ada di peringkat sesebuah universiti atau di peringkat nasional, gerakan mahasiswa punya sejarahnya yang tersendiri.

Kadang-kadang ia diakui dan diiktiraf sebagai sebahagian daripada sejarah universiti, masyarakat dan negaranya, manakala kadang-kadang pula ia hanya tercatat sebagai sejarah di kalangan aktivis dan pendokongnya sahaja. Jika ia diakui dan diiktiraf sebagai sebahagian daripada sejarah universiti, masyarakat dan negaranya, kadang-kadang ia mendapat penafsiran yang baik, manakala kadang-kadang ia mendapat penafsiran yang kurang baik.

Walaupun apapun pengakuan, pengiktirafan dan penafsiran yang diberikan terhadap gerakan mahasiswa, hakikatnya ialah ia adalah satu proses yang amat dinamik dan progresif, sama ada kepada proses pembangunan universiti, masyarakat dan negara, atau sekurang-kurangnya kepada para aktivis dan pendokongnya. Kerana itu, ia perlu dilihat dan dirakam dengan bijaksana. Sebagai sejarah dan penunjuk arah. Bagi gerakan dan pembangunan mahasiswa, universiti, masyarakat dan negara.

Mahasiswa Bangkit

Jika terdapat pendapat yang berbeza tentang tahun permulaan zaman kemuncak gerakan mahasiswa, tetapi, dalam menentukan tahun akhirnya, terdapat pendapat yang sama, iaitu tahun 1974. Walaupun ramai penulis yang menggunakan tahun 1974 dalam tulisan mereka, dan ada juga penulis menggunakan tahun 1971, tetapi tahun 1971 yang digunakan kedua-duanya adalah kerana faktor teknikal.

Pendapat ini turut dikongsi oleh ramai pemerhati gerakan mahasiswa yang lain. Yang menjadikan tahun 1974 adalah tahun akhir zaman kemuncak gerakan mahasiswa ialah kerana setelah peristiwa demonstrasi Baling pada Disember 1974, pindaan telah dibuat terhadap AUKU 1971 pada awal tahun 1975 (dikenali sebagai Pindaan 1975), dan setelah itu, jelas kelihatan berlaku perubahan yang besar dari segi bermulanya zaman kelembapan gerakan mahasiswa.

Bagi pendapat yang mengatakan bahawa tempoh masa dari tahun 1965 hingga tahun 1974 adalah zaman kemuncak gerakan mahasiswa negara, ia diukur dari segi tindakan-tindakan mahasiswa yang bercorak politik. Hal ini termasuklah:

(1) Seminar dan diskusi yang membincangkan soal-soal politik, ekonomi dan sosial di mana mahasiswa berbincang dengan tokoh-tokoh politik dan pensyarah.

(2) Resolusi-resolusi bercorak politik dibentang dan dikeluarkan untuk tatapan umum dan kerajaan.

(3) Penerbitan akhbar, majalah dan risalah atau kenyataan akhbar di mana mahasiswa menyuarakan cita-cita politik mereka.

(4) Demonstrasi di mana mahasiswa menyampaikan pandangan dan ideal perjuangan mereka.

(5) Sesetengah mahasiswa mengambil bahagian dengan memegang jawatan dalam parti-parti politik, seperti Parti Rakyat.

Sama ada ukuran politik yang sedemikian rupa adalah ukuran paling tepat untuk zaman tersebut, dan sama ada pemilihan zaman tersebut itu sendiri adalah pemilihan yang tepat, ia terserah kepada pandangan masing-masing individu. Ini adalah kerana tidak wujud satu kayu ukur, indikator atau kriteria yang saintifik tentang keaktifan, kelembapan atau kemuncak gerakan mahasiswa. Bagi mereka yang mengukurnya dengan ukuran politik, antara hujah utamanya ialah gerakan mahasiswa harus berbeza daripada sekadar penganjuran aktiviti kokurikulum oleh pelajar sekolah menengah tinggi.

Mahasiswa dalam PRU

PRU 13 bakal tiba tidak lama lagi. Bacaan ahli-ahli politik kemungkinan paling awal pada bulan julai ini. Persoalan yang timbul dimana tempat mahasiswa menjelang pilihan raya nanti. Semua sedia maklum bahawa mahasiswa yang dipanggil 'Kuasa Ketiga' iaitu pengundi atas pagar yang sangat penting diperhatikan justru golongan ini dilihat memiliki critical thinking yang sangat prihatin terhadap apa yang berlaku di negara sekarang. Golongan atas pagar ini mungkin tidak menyokong mana-mana parti politik tetapi mereka hanya akan mengundi parti dan calon yang memenuhi cita rasa mereka. Mereka ini melihat isu dan cara mana sesuatu parti yang bertanding itu menangani isu itu. Mereka juga meneliti rekod parti pemerintah dan pembangkang.

Bercakap soal keberanian mahasiswa menyertai pilihan raya umum akan datang. Bagi saya bukan soal bertanding ataupun tidak, berani atau penakut. Tapi yang penting bagaimana kita boleh hadirkan atau berikan calon yang terbaik kepada masyarakat. Jika ada calon yang boleh kita sepakati kebolehannya dalam memimpin, apa salahnya kita serahkan kepada rakyat. Dan perlu diingat pemimpin bagi masyarakat bukan lagi ruang mahasiswa sahaja. Soal kuliah, soal parlimen, soal kebajikan rakyat, soal mahasiswa dan sebagainya. Mahasiswa perlu lebih matang fikirkan soal ini dan bukan bertindak dengan keberanian dan semangat semata-mata tanpa membuat persediaan yang rapi.

Golongan muda dan 'Kuasa Ketiga' ini kemungkinan menjadi kuasa penentu akan kemenangan calon-calon dalam PRU Ke-13 nanti. Mahasiswa sedang memerhatikan sungguh- sungguh perjalanan Pakatan Rakyat dan Umno/BN, terutama para calon yang akan dikemukakan oleh kedua-dua pihak. Mahasiswa dan anak muda hanya akan memberikan undi kepada calon yang mereka lihat berwibawa, calon yang berilmu, mesra rakyat dan berfikiran terbuka serta calon yang tidak pelahap dengan pelbagai habuan atau boleh dibeli dengan wang dan ganjaran lain. Boleh disimpulkan bahawa golongan generasi muda dan golongan mahasiswa ini adalah golongan yang sangat kritikal. Jangan ada siapa yang berfikir bahawa mahasiswa adalah 'pengundi mainoriti', tidak penting dan bukan penentu keputusan pilihan raya nanti.

Mohd Yusof Hadhari adalah Ketua Penerangan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis)

Muktamar platform persediaan PAS untuk menggantikan Umno

Posted: 25 May 2011 10:04 PM PDT

Mohd Rashidi Hassan


APABILA saf kepimpinan tertinggi PAS melancarkan program 'PAS Ganti Umno', ia seharusnya disambut dengan serius, khususnya dari kalangan ahli serta penyokong PAS di seluruh negara.

Ungkapan 'PAS Ganti Umno' yang diterapkan dalam minda ahli, seharusnya bukan retorik, bukan impian, bukan angan-angan, tetapi ianya adalah pernyataan kesungguhan dan keazaman yang tinggi bagi memastikan ianya menjadi realiti.

Realiti 'PAS Ganti Umno' tidak akan dapat direalisasikan, jika sekiranya ia tidak dimulakan dari dalam PAS itu sendiri.

Dalam erti kata lain, jika pemimpin dan ahli PAS masih di takuk lama, mentaliti masih tidak berubah, pendekatan masih tidak mencapai sasaran, usaha 'PAS Ganti Umno' barangkali terbantut.

Maka menjelang Muktamar Tahunan PAS Pusat ke-57 ini, seluruh kepimpinan dan anggota PAS harus mengerah minda dan mencapai ketetapan, apakah mekanisme atau kaifiat yang harus dilaksanakan PAS bagi memastikan cita-cita ini tercapai.

'PAS Ganti Umno' sebenarnya adalah suatu agenda PAS yang sangat besar. Ia tidak harus dipandang ringan.

'PAS Ganti Umno' bukan sekadar mengganti atau mengambil alih tempatnya sebagai parti Melayu-Islam yang terbesar dalam negara sahaja.

Matlamat dan cita-cita PAS adalah untuk menggantikan tempat Umno sebagai peneraju utama dan pemain utama dalam kerajaan Pakatan Rakyat sewaktu Umno-Barisan Nasional tumbang pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Justeru, agenda 'PAS Ganti Umno' harus menjadi agenda penting dalam Muktamar. Apa juga ucapan, perbahasan, usul malah kepada sehingga kepada pemilihan pucuk pimpinan pun, harus dijuruskan ke arah usaha untuk menggantikan Umno.

Pemimpin dan ahli PAS harus disegarkan minda mereka, bahawa selain Umno, tiada parti lain yang boleh diterima orang Melayu-Islam, melainkan PAS sahaja.

Untuk apa Umno harus diganti? Tidak lain dan tidak bukan, hanya kerana Umno sudah menyimpang jauh dari landasan perjuangannya.

Umno harus diganti kerana kepimpinannya sudah rosak. Umno mempunyai pemimpin yang korup serta rakus memperjuangkan kepentingan peribadi.

Menjadi pemimpin Umno, bukan lagi untuk memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat, tetapi dijadikan peluang untuk mereka memperkayakan diri, anak-beranak dan kroni.

Perjuangan Umno jauh tersasar kerana di sebalik banyak negeri-negeri yang diterajui mereka berada dalam keadaan yang kritikal dari sudut pentadbiran ekonominya.

Hasil negeri tidak mencukupi. Negeri masih berada dalam tahap kemiskinan, rakyat sukar mencari rezeki, tetapi pemimpinnya kaya raya.

Menjadi anak-beranak Menteri dan Perdana Menteri lebih menguntungkan. Kejayaan Umno yang paling hebat ialah apabila anak-beranak, adik-beradik, anggota keluarga dan kroni PM serta bekas PM boleh menjadi bilionaire, boleh menjadi jutawan.

Nama-nama mereka tersenarai di antara orang Melayu yang paling kaya di Malaysia. Inilah hasil perjuangan Umno.

Kita tanyakan pula kepada Umno. Anda berjaya mengangkat martabat anak-beranak, adik-beradik pemimpin anda menjadi manusia terkaya, tetapi bagaimana dengan rakyat kebanyakan?

Bukankah ramai orang-orang Melayu yang hidupnya dihimpit kesusahan? Hendak membeli susu anak pun tidak mampu. Hendak menyara anak ke sekolah pun terkial-kial. Apatah pula hendak membayar yuran IPT yang begitu tinggi harganya.

Itu belum lagi kalangan Melayu yang tercicir di bidang pendidikan akibat kejahatan dasar PPSMI. Itu belum lagi ramai kalangan Melayu yang tiada tempat dalam sektor ekonomi dan peniagaan akibat amalan segelintir nepotisme dan ali baba.

Itu belum lagi dimasukkan berapa ramai Melayu yang hidup mereka sering dihimpit tekanan akibat kenaikan harga minyak, harga barangan keperluan dapur dan sebagainya.

Perjuangan Umno jauh tersasar kerana mereka tidak lagi dilihat mewakili golongan marhaen. Umno tidak mewakili rakyat kebanyakan. Mereka adalah parti borjois yang dipenuhi korporat serta 'lintah darat.'

Umno tidak boleh lagi diharapkan. Mereka gagal memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu dan agama Islam. Perjuangan nasionalisme Umno hanya menjadi alat untuk kepimpinannya memperdayakan orang Melayu untuk terus menyokong mereka.

Justeru usaha 'PAS Ganti Umno' harus diambil serius. Apabila agama, bangsa dan negara sudah rosak akibat gara-gara pemimpin Umno, maka PAS harus tampil untuk menyelamatkan keadaan.

Pada saat ini rakyat, khususnya orang-orang Melayu sedang memerhatikan PAS. Mereka tertanya-tanya, apakah kepimpinannya boleh diharap untuk menggantikan Umno.

Rakyat sedang menilai apakah pucuk kepimpinan PAS menepati ciri-ciri yang mereka harapkan untuk menggalas harapan ke Putrajaya bersama Pakatan Rakyat.

Di atas pundak perwakilan lah segala persoalan ini harus ditemukan jawapannya.

Maka pada Muktamar kali ini, diharapkan perwakilan harus lebih serius dan lebih fokus kerana rakyat menantikan jawapan daripada PAS, apakah PAS layak menggantikan Umno.

Umno pastikan Anwar kembali ke tembok batu

Posted: 25 May 2011 10:02 PM PDT

M Faqih


"APA yang pasti Anwar Ibrahim tidak lagi dibenarkan bebas seperti sekarang. Kes liwat kedua hanya sebagai penyebab semata-mata," ujar satu sumber Umno di Kuala Lumpur.

Sebelum ini ramai berhujah Anwar tidak mungkin bebas kalau Tun Dr Mahathir Mohamad masih berada di kerusi lamanya. Buktinya tidak lama selepas Tun Abdullah Ahmad Badawi menggantikan Dr Mahathir, Anwar dibebaskan. Anwar dibebaskan pada September 2004.

Pak Lah menggantikan Dr Mahathir pada Oktober 2003. Sekarang Pak Lah sudah disingkirkan dan kuasa politik Dr Mahathir mulai mencengkam kembali.

Anwar dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1998. Tidak lama kemudian dihumbang ke penjara atas alasan mengugut penjawat awam.

"Alasan yang dimasyhur ketika itu bukannya kesalahan liwat versi pertama seperti diuar-uarkan, sebaliknya mengugut penjawat awam," kata puteri sulung Anwar, Nurul Izzah.

Nurul Izzah muncul ikon baru politik di Tanah Malaya. Baru-baru ini ceramahnya di Machang dan Kuala Krai menarik ribuan pendengar.

Sebaliknya versi liwat kedua memperlihatkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur awal-awal lagi menyimpulkan Anwar ada prima facie.

Mengejutkan apabila Hakim Dato' Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat rumusan Mohd Saiful Bukhari seorang yang berwibawa dan keterangannya boleh dipercayai.

Saiful ada hubungan

Sedangkan ramai tidak lupa seorang peguam daripada pasukan pendakwa yang mengendali kes liwat II digugurkan kerana dakwaan mempunyai hubungan dengan Saiful.

Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina Latif dikatakan ada hubungan dengan saksi utama pihak pendakwa. Hubungan romantik mereka dibongkarkan blogger, Raja Petra Kamarudin.

Ramai juga masih belum lupa adik ipar kepada Saiful menafikan dia melarikan adik saksi utama pendakwa itu ke selatan Thailand.

Sebaliknya Faez Khairi, 28 mendakwa adik Saiful, Saidati Adha secara rela mengikutinya ke negara itu untuk berkahwin.

Sebelum itu Saiful ada membuat pengakuan di mahkamah, Faez dan Saidati melarikan diri. Pendedahan mengenai keluarga saksi utama terbabit terbongkar ketika beliau menjawab soalan peguam Karpal Singh.

Pada keterangan tersebut Saiful memberitahu ibu bapanya sudah bercerai ketika beliau berumur tujuh tahun. Oleh itu rumusan awal dibuat hakim seperti menyimpang daripada senario yang berlaku.

"Biar apa pun saya sering mendengar pemimpin Umno bercakap mengenai Anwar. Setiap kali ada mesyuarat Majlis Tertinggi isu Anwar menjadi fokus," ujar sumber Umno tadi.

Maka berdasar kepada fenomena yang berlaku sekarang ledakan reformasi 1998 sekali lagi bakal menarik simpati pengundi Melayu.

Fakta Anwar dan kemelesetan ekonomi yang berlaku ketika itu menyebabkan orang Melayu beralih daripada Umno kepada Barisan Alternatif (BA).

Inilah yang dikatakan ramai sarjana budaya baru politik di Malaysia. Prof Dr Loh Kok Wah dari USM mentafsirkan perubahan tersebut sebagai gambaran politik baru mulai dicetus di negara ini.

Keberanian orang Melayu turun ke jalan-jalan raya menuntut keadilan untuk Anwar mencetus ledakan perubahan pada pola pengundian pilihanraya umum 1999.

Kesannya BA berjaya menawan negeri-negeri majoriti Melayu iaitu Terengganu dan mengekalkan Kelantan di tangan PAS.

Selain itu berjaya menembusi kerusi-kerusi majoriti Melayu di Selangor, Perak, Pahang, Perlis dan Pulau Pinang.

Perkembangan reformasi memberi saham berganda buat PAS sehingga berjaya menduduki kerusi di Dun Selangor, Perak dan Pahang. PAS juga mengukuhkan kedudukan di Kedah.

PAS ketua pembangkang

Tuahnya buat PAS apabila berjaya menghantar seramai 27 wakil rakyat ke Parlimen ketika itu. Walhasilnya bekas Presiden PAS, Dato' Fadzil Mohd Noor buat pertama kali dalam sejarah parti Islam dilantik sebagai ketua pembangkang.

Berdasar kepada percikan reformasi fasa pertama, orang Melayu beramai-ramai meninggalkan Umno. Ternyata strategik Dr Mahahir silap apabila 'membunuh' karektor utama dengan cara yang sukar diterima resam Melayu.

Dan hari ini situasi itu seperti berulang kembali. Orang Melayu yang berpegang teguh dengan agama tidak boleh menerima fitnah dicetus secara mudah.

Liwat versi kedua dan adegan video seks yang cuba dipalitkan terhadap Anwar menyebabkan pengundi Melayu menjadi mual.

Mereka tidak mampu menerima cerita lama mengulangi apa yang pernah terjadi kepada Nabi Yusof. Baginda dianiayai adik beradik sendiri sehingga dibuang ke dalam perigi.

Kemudian dicetus fitnah Zulaikha mahu mengoda baginda. Namun kemaraan Nabi Yusof tidak mampu disekat. Baginda akhirnya bangkit memimpin umat Islam ketika itu.

Sudah lama cerita itu difahami orang Melayu beragama Islam.

Orang Melayu Islam yang sering bertandang ke masjid setiap bulan Rejab juga pastinya pernah mendengar kisah di sebalik peristiwa Israk Mikraj.

Ustaz dan ulama sering memberitahu baginda Rasulullah SAW menghadapi cabaran paling hebat dalam sejarah dakwah baginda. Semasa baginda menyampaikan dakwah di Taif, baginda SAW dilemparkan dengan batu dan diejek-ejek pemuda nakal.

Baginda dilempar batu sehingga berdarah kaki. Selepas itu baginda meninggalkan Taif sambil berehat membalut lukanya di sebuah kebun kepunyaan adik beradik iaitu Utbah dan Syaibah bin Rabiah.

Di saat itulah baginda SAW merintih kepada Allah SWT dengan doanya;

"Wahai Tuhanku, kepada Engkaulah aku mengadu segala kelemahanku, sempitnya daya usahaku dan hinanya aku di kalangan manusia. Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, Engkaulah pelindung orang-orang yang lemah dan Engkaulah Tuhanku.

"Kepada mereka yang jauh dan menghadapi aku dengan muka masam, atau kepada musuh, atau kepada musuh yang menguasaiku? Kalau Engkau tidak murkaiku, tidaklah aku pedulikan.

"Tetapi kemaafahan Engkaulah yang sangat aku harapkan dan memberi kelapangan kepadaku. Aku mohon berlindung di bawah cahayaMu yang menerangi semua kegelapan dan di atasNyalah semua urusan dunia dan akhirat menjadi baik.

"Agar janganlah kiranya Engkau turunkan murkaMu dan kebencianMu kepadaku. Kepada Engkaulah aku merayu sehingga Engkau meredhainya. Tidak ada daya usahaku dengan kekuatanMu." (Lihat Abu Fathan dalam Peranan Islam Dalam Masyarakat Melayu, 1996).

Kisah sentimental itu tidak mampu dijarakkan daripada jiwa orang Melayu yang masih kuat berpaut kepada Islam.

Setiap kali bulan Rejab kisah tersebut diulang-ulang semula sebagai pengajaran buat orang beriman. Namun malangnya, masih ramai orang Melayu hanya Islam pada nama dan tidak amalnya.

Bagi golongan tersebut tiada pengajaran mampu diambil daripada kisah Israk Mikraj. Maka tidak hairanlah diuar-uarkan kisah lucah dan hantu bagi menghalang kebenaran Islam bertapak subur dalam jiwa orang Melayu.

Maka ramai berhujah situasi politik hari ini mengundang fenomena 1999 berulang kembali. Ia sudah dibuktikan di Singapura baru-baru ini apabila pengundi Melayu beralih kepada Parti Buruh.

Kepimpinan Nik Aziz patut dicontohi semua kaum

Posted: 25 May 2011 10:01 PM PDT

Aziz Muda


KUALA LUMPUR: Kepimpinan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, diakui terbaik oleh kaum India dan patut dicontohi oleh semua kaum di negara ini.

Kepimpinan beliau ternyata penuh amanah, prihatin dan berpihak kepada rakyat sehingga menyebabkan semua rakyat Kelantan terutama yang miskin dan memerlukan pembelaan terbela tanpa mengira kaum.

Presiden Persatuan Progresif India Malaysia, AP Raja Retinam (gambar) mengakui, kaum India ternyata amat senang berada di bawah kepimpinan Nik Aziz kerana beliau sentiasa turun padang untuk meninjau segala permasalahan rakyat untuk diselesaikan.

Menurut beliau, selain itu, cara Nik Aziz yang penuh kesederhanaan amat disenangi oleh kaum India dan kaum-kaum lain sehingga menyebabkan beliau amat mudah ditemui dan didekati.

Katanya, kepimpinan Nik Aziz juga ternyata amat berhemah dalam membelanjakan wang kerajaan, sehingga terelak dengan pembaziran, sebaliknya benar-benar untuk kepentingan rakyat.

"Kepimpinan Nik Aziz sejauh yang dilihat oleh kaum India sendiri ternyata amat baik dan amat jauh berbeza berbanding kepimpinan para pemimpin Umno atau BN," katanya ketika ditemui selepas sidang akhbar Persatuan Pelajar India Malaysia (MISA), di sini, hari ini.

Pada sidang media di ibu pejabat MISA itu, beliau turut hadir untuk bersama para kepimpinan persatuan itu menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap diskriminasi yang dilakukan oleh pihak Kerajaan BN mengenai biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), khususnya terhadap kaum India dan kaum-kaum lain di negara ini.

Menurut Raja Retinam, selain itu, Nik Aziz turut diakui oleh kaum India di Kelantan sebagai pemimpin yang mudah untuk dijumpai kerana tidak banyak protokol yang perlu dilalui untuk menemuinya.

"Malah saya sendiri juga turut mempunyai pengalaman tersendiri dalam hal ini. Untuk berjumpa Tuan Guru Nik Aziz, saya hanya perlu menulis surat dan selepas itu terus dapat menemuinya.

"Amat jauh berbeza kalau nak jumpa Menteri Besar Kerajaan BN. Amat susah. Malah bukan sahaja nak jumpa MB, nak jumpa exco dari Kerajaan BN pun amat susah," katanya.

Berdasarkan pengalaman beliau, bukti kepayahan untuk berjumpa menteri besar yang berada dalam Kerajaan BN, selain terpaksa melalui protokol yang bukan-bukan, mereka juga dimestikan berjumpa dengan pihak MIC terlebih dahulu.

"Kesemua itu melambangkan betapa berbezanya kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz yang menerajui kepimpinan PAS Kelantan berbanding kepimpinan BN.

"Kepimpinan Nik Aziz sememangnya diakui oleh kaum India dan kaum-kaum lain sebagai kerajaan yang benar-benar berpaksikan rakyat," tegasnya.

Disebabkan perubahan itu, beliau yakin Kerajaan PAS Kelantan akan terus bertahan, walaupun Umno BN telah melakukan pelbagai muslihat untuk merampas Kelantan dari PAS.

"Sememangnya ada tanda-tanda PAS dan Pakatan Rakyat, khususnya di Kelantan, akan terus berjaya kerana perbezaan antara kepimpinan Nik Aziz dan kepimpinan BN sememangnya dapat dirasai sendiri oleh orang ramai termasuk dari kaum India," katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap agar seluruh rakyat negara ini sedar dengan realiti itu dan menyokong PAS atau Pakatan Rakyat dalam PRU Ke-13 nanti, bagi melakukan perubahan terhadap politik tanah air.

Lapor polis jika terima VCD lucah fitnah

Posted: 25 May 2011 09:59 PM PDT

Khaulah Azwar


RAWANG: Pakatan Rakyat di Rawang menyelar tindakan yang dilakukan oleh pihak tertentu yang telah menghantar 3 keping salinan VCD seks bersiri dengan risalah lucah dalam bahasa Melayu.

"Kami telah membuat laporan polis di IPD Rawang pagi tadi dengan tujuan meminta pihak polis mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang melakukan kerja penyebaran risalah berunsurkan lucah dan fitnah ini," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rawang, Gan Pei Nei.

Turut bersama beliau beberapa orang Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) sekitar Dun Rawang.

Menurutnya, VCD seks tersebut telah diterima lima pengerusi JKKK Kampung Baru Cina dalam daerah Gombak, manakala bahan sama diterima di dua kampung kawasan Melayu.

Katanya, risalah itu adalah bertujuan untuk memburukkan Datuk Sri Anwar Ibrahim dan mereka ingin rakyat tahu kononnya watak dalam VCD itu adalah Ketua Pembangkang.

"Kita yakin rakyat tidak semudah itu mempercayai rakaman tersebut yang sudah pasti pelakunya bukan Anwar," ujarnya.

Beliau sudah membuat semakan kiriman VCD tersebut di mana pengirimnya dari Shah Alam dan telah diberikan kepada JKKK Kampung Baru Daerah Gombak yang melibatkan 5 kawasan.

"Kiriman tersebut telah kami terima pada hari Isnin, 23 Mei 2011. Manakala bagi Kampung Melayu, Rawang pula kiriman tersebut daripada Melaka yang telah diterima 24 Mei," katanya.

Beliau yakin kiriman yang diterima itu daripada orang yang sama yang merupakan konspirasi yang amat teruk dengan tujuan untuk mempengaruhi rakyat.

Katanya, perbuatan yang tidak mendatangkan manfaat itu sudah pasti boleh merosakkan minda rakyat dan menjadi kebimbangan jika pelajar-pelajar sekolah melihat VCD lucah itu.

"Kita harap pihak polis memandang serius isu ini. Tindakan undang-undang tegas perlu diambil terhadap mereka yang melakukan kerja-kerja penyebaran dan membuat VCD lucah ini.

"Saya harap rakyat yang telah menerima VCD lucah ini perlu membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Biasiswa: Umno-MCA berkelahi teruk

Posted: 25 May 2011 09:58 PM PDT

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Pergaduhan Umno dan MCA berterusan dengan akhbar milik Umno mempersendakan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek dan Ketua Pemudanya, Datuk Dr Wee Ka Siong yang menuduh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menyalahgunakan kuasa dalam pemberian biasiswa dan peruntukan tempat ke universiti.

Perbalahan Umno-MCA timbul sejak Wee mendakwa 363 pelajar yang memperolehi kesemua A+ tercicir dalam senarai biasiswa JPA selepas jaminan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar kesemua pelajar yang mendapat 8A+ dan ke atas akan mendapat biasiswa JPA.

"Dalam soal pemilihan ini, JPA hanya bertindak sebagai penyelia dan sesi temu duga dijalankan oleh mereka dari latar belakang akademik yang tinggi serta pelbagai kaum.

"Malah, pemberian biasiswa ini juga terlebih dahulu akan dibentangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk penilaian dan kelulusan sebelum dilaksanakan," kata Menteri di dalam Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz yang dipetik Utusan sebagai respons kepada dakwaan MCA.

Sebelum itu, Nazri turut menyelar Wee, sebagai seorang ahli parlimen Barisan Nasional dan Timbalan Menteri memperbesarkan isu ini dengan pergi ke media dan menjerit di umum semata-mata untuk publisiti murahan tanpa datang berjumpanya terlebih dahulu untuk memahami isu sebenar.

"Saya ada ahli-ahli Parlimen pembangkang yang cuba membantu pelajar, datang berjumpa dengan saya... mereka tidak pergi kepada media.

"Tetapi Wee, sebagai MP BN dan seorang timbalan menteri, pergi kepada media dan menjerit di umum untuk publisiti murahan tanpa datang berjumpa saya untuk melihat isu yang sebenar," kata Nazri.

Mengenai jaminan Najib, Nazri berkata Putrajaya tidak pernah berjanji memberikan biasiswa kepada kesemua pelajar yang mencatatkan keputusan cemerlang sebaliknya kerajaan hanya komited untuk memastikan setiap pelajar cemerlang diberi jaminan tempat di institusi tempatan dan luar negara dengan biasiswa.

Kami tidak pernah kata kesemua pelajar 9A+ akan dihantar ke luar negara. Tetapi kami ada menjanjikan bahawa mereka akan mendapat tempat sama ada di universiti tempatan atau luar negara," kata Nazri yang jelas tidak senada dengan Najib.

Serangan bertubi-tubi Nazri menyebabkan keadaan MCA semakin tertekan sehingga akhirnya Chua menyerang Nazri kembali bahawa ia agak malang bagi seorang pemimpin Umno untuk tidak memahami 'peranan MCA' selama ini.

"Saya tidak mengajar Nazri bagaimana untuk membuat kerja, jika Nazri menjadi seorang menteri kanan tetapi tidak tahu peranan MCA, maka itu adalah agak malang," kata Chua.

Sementara itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyelar percakaran Umno dan MCA yang disifatkannya hanyalah satu usaha untuk menunjukkan siapa menjadi wira dalam isu biasiswa JPA tanpa menyelesaikan masalah.

"UMNO dan MCA bercakaran bagi membuktikan siapa yang benar dalam isu pemberian biasiswa JPA yang dilihat seolah-olah tidak mempunyai jalan penyelasaian kerana masih terdapat pelajar cemerlang yang masih tidak menerima biasiswa.

"Masyarakat kini tidak tertarik untuk mengetahui siapa jadi wira tetapi yang nyata wira sebenar ialah mereka yang dapat memastikan kesemua pelajar cemerlang ini boleh menerima biasiswa JPA," selar Lim dalam satu kenyataannya hari ini.

Tambahnya, masyarakat bertambah keliru apabila kedua- dua Umno dan MCA memberikan jawapan yang berlainan walaupun bernaung di bawah Menteri dalam Kabinet yang sama.

Kekeliruan ini akan menjadi lucu jika difikirkan, kata beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, namun fakta sebenar ialah pelajar-pelajar cemerlang yang tidak bersalah akan menjadi mangsa atas pertelingkahan di antara Umno dan MCA.

"Sekiranya MCA benar, mengapa tiada tindakan diambil ke atas pegawai kerajaan yang gagal memberikan biasiswa kepada pelajar cemerlang dan memperbaiki kesilapan dan memberikan biasiswa kepada pelajar yang layak dengan segera?

"Namun jika UMNO benar, MCA kemudiannya harus meminta maaf kepada pelajar dan mendesak Umno untuk mengubah polisi bagi memastikan biasiswa JPA diberikan kepada semua pelajar cemerlang tanpa mengira agama atau pun bangsa," ujar beliau.

Bersih tambah 2 tuntutan lagi

Posted: 25 May 2011 09:57 PM PDT

Mohd Sabri Said


BUKIT MERTAJAM: AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu (gambar) berkata, pihak Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih) menambah dua lagi tuntutan iaitu masa berkempen dan perbelanjaan pilihan raya termasuk penyelewengan penggunaan harta kerajaan.

Ini, katanya menjadikan kesemuanya enam tuntutan menjelang Perhimpunan Bersih 2 yang akan diadakan pada 9 Julai ini.

Masa berkempen 10 hari sebagaimana hari ini, tambahnya, tidak sesuai kerana menghadkan kebebasan parti terutamanya Pakatan Rakyat untuk menerangkan keseluruhan mesej yang ingin dibawa demi kebaikan rakyat.

Tegasnya, Bersih meminta sekurang-kurangnya tiga minggu kerana masa tersebut boleh digunakan sebaik mungkin menyalurkan maklumat kepada rakyat akar umbi.

"Bersih menambah dua lagi tuntutan menjadikan enam kesemuanya. Kita akan pastikan Kerajaan Barisan Nasional (BN) akur dengan kehendak tersebut, " jelasnya ketika ditanya selepas menyampaikan ceramah di sini semalam.

Katanya, satu lagi tuntutan ialah mahu memastikan tidak lagi berlaku penyalahgunaan jentera kerajaan setiap kali pilihan raya diadakan.

Malaysia terangnya, ketinggalan jauh di belakang negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Thailand berkaitan pilihan raya kerana masih menggunakan kaedah lapuk untuk menyelamatkan kerusi BN daripada tumpas kepada pembangkang.

"Di Singapura sendiri dah pun matang di mana siaran TV memberi ruang sebebas-bebasnya kepada semua pimpinan parti bertanding bersuara. Begitu juga di Thailand memberi masa dua bulan kepada semua parti berkempen menceritakan manifesto.

"Kalau di Malaysia hanya muka Datuk Seri Najib Razak dan konco-konconya sahaja bercakap menerangkan konsep kerajaan. Pembangkang ditindas dari terus bersuara," jelas beliau.

Empat tuntutan yang pernah dibawa oleh Bersih pada perhimpunan pertama ialah mendaftar pengundi automatik, penggunaan dakwat kekal, penghapusan undi pos dan kebebasan media.

Auku: 17 pelajar UM dibebaskan

Posted: 25 May 2011 09:56 PM PDT

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: "Pertamanya, saya mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana sekali lagi, kuasa Allah terbukti adalah yang Maha Hebat dan Maha Adil," kata Izzuddin Hilmi Mohd Zaini.

Mahasiswa tahun akhir Universiti Malaya (UM) itu menyatakan demikian setelah dibebaskan daripada disabitkan dengan hukuman Akta Universiti dan Akta Universiti (Auku).

"Setelah keputusan diumumkan, ternyata saya dan rakan-rakan saya lain terbukti tidak melakukan kesalahan yang boleh disabitkan dengan hukuman Akta Universiti dan Akta Universiti (Auku) yang diwujudkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad," ujarnya.

Semalam, beliau antara enam siswa lain telah dibicarakan oleh barisan Jawatankuasa Tindakan Tatatertib UM di Bilik Mesyuarat HEP di Kompleks Perdanasiswa UM.

Itu pun setelah perbicaraan ditangguhkan dua kali di mana sebelum ini pada 20 Mei dan 23 Mei lalu.

"Dan kami dibacakan segala pertuduhan termasuk seorang rakan baik saya, Mohd Sabri (Jamaluddin) yang dikenakan tujuh pertuduhan.

"Alhamdulillah, setelah semuanya dibaca dan disoal jawab (prosiding bermula 2 petang hingga malam), saya dan rakan-rakan dengan lindungan Allah telah dibuktikan 'tidak layak' untuk disabitkan kesalahan di bawah Auku," jelasnya yang juga Setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).

Keputusannya ialah seorang pelajar digugurkan kes kerana telah bergraduasi tahun lalu, Qayyum Suhaimi, lima pelajar dibebaskan tanpa sebarang amaran kerana tiada bukti, dua pelajar didenda RM200 serta amaran keras (Izzuddin Hilmi dan Sabri Jamaluddin) dan sembilan pelajar dikenakan amaran awal.

Antara saksi yang sering kali dipanggil masuk untuk disoal jawab oleh panel adalah Ketua Pengarah Keselamatan UM, Mejar (B) Mohd Nor Othman dan Wahyu dan beberapa lagi yang lain.

"Yang saya nak tekankan kat sini, mengapa kami dikenakan pertuduhan setelah hampir 3 bulan kes itu berlaku, kes di pilihan raya kampus Februari lalu.

"Dan andai kata nak dikatakan 3 bulan diambil untuk mengumpul bukti kukuh, saya ada beberapa persoalan yang perlu dijawab semua pihak," katanya.

Beliau mempersoalkan mengapa lima siswa dibebaskan kerana tiada bukti kukuh dan atas sebab apa kelima-limanya dituduh.

Soalnya, adakah sekadar ingin 'memperkenalkan' mereka kepada umum dan kami juga dibebaskan dengan hukuman masing-masing (denda dan amaran).

Atas sebab apakah seorang graduan, Abdul Qayyum Suhaimi (Graduasi 2010) turut diberi surat amaran dan diminta hadir prosiding kemudian digugurkan kes.

Ini, katanya sedikit sebanyak memberi seribu satu persoalan kepada mereka kerana kesalahan pada tahun 2011 tetapi turut diberi surat amaran.

Soalnya lagi, mengapa setiap kali prosiding, munculnya dua orang kanan TNC iaitu Rozaini dan Imran Nul Hakim Derasip.

"Apakah autoriti pegawai-pegawai HEP terbabit dalam kes ini?

"Adakah pihak TNC HEP, Datuk Rohana akan membuka kembali kes ini untuk membuat rayuan terhadap keputusan barisan panel?" tanya beliau.

Katanya, pihak universiti seharusnya menggunakan proses budibicara untuk menyiasat pertuduhan ke atas mereka sebelum mendakwa ke kamar prosiding.

"Mengapa kami terus diheret tanpa sebarang budi bicara?" soalnya lagi.

Menurut Izzudin lagi, antara pertuduhan yang dikenakan ke atasnya saya dan seorang rakannya adalah ketika pertemuan dengan Rohana bagi membincangkan pelbagai perkara di biliknya ketika pilihan raya lalu.

"Mengapa pertemuan itu pun ingin didakwa ke atas kami?

"Di peringkat kami, kami meminta penjelasan terperinci terhadap segala pertuduhan yang dikenakan ke atas kami," katanya.

PAS bantah 1,210 ahlinya dipindah kawasan undi

Posted: 25 May 2011 09:50 PM PDT

Afiq Hizami, Pelatih UKM


PUTRAJAYA: PAS mengemukakan satu memorandum bantahan kepada Surunhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung dengan 1210 ahli PAS yang dipindah kawasan mengundi tanpa disedari atau dimaklumkan oleh mereka di ibu pejabatnya semalam.

Rombangan PAS yang diketuai oleh AJK PAS Pusat Dr. Siti Mariah Mahmud bersama dengan enam jawatankuasa PAS Sabak Bernam tiba pada jam 10 pagi di Pejabat SPR, Putrajaya dan terus ke pejabat Setiausaha SPR untuk berjumpa dengan Datuk Kamaruddin Mohamed Baria mengenai bantahan tersebut.

Menurut Dr. Mariah bantahan ini dibuat kerana berasa ragu dengan sejumlah besar pengundi-pengundi yang diantaranya ialah ahli PAS dalam Dun Sabak dalam Parlimen Sabak Bernam yang alamat kad pengenalan mereka tidak bertukar tetapi telah dipindah ke kawasan Dun Sungai Panjang dalam Parlimen Sungai Besar tanpa dimaklumkan oleh SPR.

"Kita telah periksa sama ada mereka telah buat permohonan pemindahan tersebut, namun tiada seorang pun yang melaporkan bahawa mereka pernah berbuat demikian, pekara ini sangat menghairankan," jelas beliau kepada Harakahdaily.

Beliau juga merupakan Ahli Parlimen Kota Raja turut membawa sejumlah besar senarai nama pengundi-pengundi yang telah dipindahkan tempat kawasan mengundi mereka sebagai bahan bukti.

Di samping itu, menurut Ustaz Sallehen Mukhyi yang juga bekas calon PAS di Sabak mendakwa tentunya ada pihak yang cuba sabotaj hal ini.

"Kami dapat tahu pekara ini dan kami terus berkerja hingga kami dapat jumlah angka ini," tambah beliau

Pihak SPR yang diwakili oleh Pengarah Pilihan Raya negeri Selangor Tuan Haji Dzulkifli Ab. Rahman dan juga Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria menjelaskan pekara ini tidak akan mungkin berlaku sekiranya mereka tidak membuat pemindahan sendiri.

"Kami pihak SPRM bergantung kepada sistem dan undang-undang yang ditetapkan kepada kami dan tidak berupaya untuk mengubah sistem tersebut, semuanya bergantung kepada sistem yang dijalankan," tegas Dzulkifli.

Walau bagaimana pun, pihak SPR mengambil sampel lima nama dalam senarai tersebut untuk disemak oleh unit sistem SPR.

Sementara menunggu keputusan itu, pihak SPR cuba menjelaskan kepada Dr. Mariah mengenai pekara-pekara yang berbangkit mengenai bantahan sebelum ini yang dilakukan oleh PAS.

Menurut Kamaruddin yang juga merupakan bekas Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia, menyatakan kebanyakan bantahan yang diterima adalah tidak berasas dan tidak diselidik terlebih dahulu oleh pihak yang membuat bantahan dan pihaknya akan mendakwa balik sekiranya bantahan yang dibuat adalah tidak berasas.

"Pekara ini banyak merugikan masa kami, kami bekerja untuk membuang masa dengan bantahan-bantahan seperti itu," tambah Dzulkifli.

Sementara itu, pihak SPR mengambil masa yang lama untuk menyemak lima maklumat pengundi yang diberikan sebentar tadi.

Hal ini juga menimbulkan keraguan kepada rombangan PAS tersebut yang dibenarkan menunggu di bilik Setiausaha SPR itu, kerana di tangan mereka masih terdapat 1205 lagi senarai nama yang mengalami masalah yang sama.

Setelah kuputusan di perolehi dan dibawa oleh ketua unit sistem SPR kepada rombangan PAS tersebut serta diberi penerangan mengenai masalah tersebut.

Hasil keputusan tersebut mengejutkan rombongan PAS yang mengatakan bahawa pertukaran alamat tepat mengundi adalah disebabkan masalah kod lokaliti mereka yang bermaksud pengundi itu telah dipindah ke tempat asal kawasan menggundi mereka yang terdahulu.

Dr. Mariah terut mencelah dan mengatakan pekara ini tidak sepatutnya berlaku dan hal seperti ini amat menyusahkan pengundi yang tidak tahu dengan masalah ini.

Beliau yang tidak berapa senang hati dengan keputusan yang diberikan oleh SPR mula menyoal kredibiliti SPR dalam pengurusan mereka yang dikatakan semuanya bergantung kepada sistem dan juga undang-undang.

Ibarat kata pepatah cium tapak tangan, berbau atau tidak? Sesuai dengan situasi SPR pada ketika itu dilihat cuba menangani keadaan dengan lebih baik.

"Ya, pekara ini memang betul pengundi tidak menukar atau memohon untuk ditukar alamat tempat mengundi mereka akan tetapi pekara ini kami akan siasat dengan lebih terperinci lagi mengenai masalah kod lokaliti mereka yang bertukar ini dan kami akan maklumkan balik dalam tempoh seminggu ini," jelas Kamaruddin yang juga dulu pernah berkhidmat di Pejabat Perdana Menteri

Menurut Dr. Mariah selepas keluar dari pejabat SPR menjelaskan "kita telah menduga keputusan yang diberikan oleh pihak SPR, namun begitu mereka berjanji kan menyiasat dengan lebih lanjut mengenai masalah yang terjadi dan akan memberitahu kami dalam tempoh seminggu lagi.

"Kita tidak berhenti di sini sahaja, kita perlu berusaha dengan lebih keras lagi selepas ini," jelas beliau.

Jihad: Perkasa kecam Nazri Aziz, dakwanya pemimpin ‘half past six’

Posted: 25 May 2011 09:48 PM PDT


KUALA LUMPUR — Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali menegaskan pihaknya tidak akan melayan kritikan Datuk Seri Nazri Aziz dalam isu "perang jihad", sebaliknya menyifatkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu sebagai pemimpin "half past six."

Syed Hassan dalam satu kenyataan menjelaskan, pihaknya tiada masalah jika Nazri mahu menggelar Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali sebagai "badut."

"Perkasa tiada masalah dengan Nazri jika beliau mahu gelar apa pun ke atas Ibrahim atau pimpinan Perkasa yang lain, biarkanlah.

"Kami Perkasa tak hairan kerana beliau pun sanggup gelar orang yang banyak berjasa kepada negara seperti (bekas perdana menteri) Tun Dr Mahathir (Mohamad) dengan macam-macam gelaran," katanya.

Oleh itu, katanya, "gelaran badut kepada Ibrahim tak jadi masalah."

"Tak guna kita nak marah beliau pasal apa guna kita layan menteri 'half past six' macam Nazri ini, beliau keluarkan kenyataan macam itu, beliau fikir semua orang Melayu suka dan sokong kenyataan beliau dan beri banyak keuntungan kepada Umno," katanya lagi.

Nazri dilaporkan melabel Ibrahim sebagai "badut" sambil berkata Putrajaya tidak akan memandang serius dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Beliau juga berkata Ibrahim perlu ditangkap dan didakwa jika kenyataannya boleh mendatangkan rusuhan dalam negara.

"Pada saya, beliau (Ibrahim) adalah badut, saya tidak rasa rakyat akan memandang serius dengan apa yang beliau katakan.

"Sudah lebih 10 hari sejak beliau keluarkan kenyataan itu dan tiada rusuhan yang berlaku. Ini menunjukkan rakyat sudah matang," kata Nazri lagi.

Dalam ceramahnya di sini dua minggu lalu, Ibrahim memberi amaran kepada komuniti Kristian bahawa beliau akan melancarkan "perang jihad" jika mereka meneruskan agenda mahu merampas kedudukan Islam negara ini.

Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas itu berkata, beliau bersedia untuk jatuh atas kenyataannya itu demi mempertahankan maruah Islam.

Bagaimanapun beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat mengecam tegas terhadap kenyataan tersebut dan meminta agar tindakan dikenakan terhadap Ibrahim.

Selain itu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula berkata, apa yang dikatakan Ibrahim itu tidak mewakili keseluruhan masyarakat Melayu.

Pertikaian antara agama Islam dan Kristian timbul apabila Utusan Malaysia menyiarkan laporan bertajuk "Kristian agama rasmi?" pada 7 Mei lalu, mendakwa wujudnya perbincangan untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara, sekali gus melantik perdana menteri dari kalangan penganut itu.

Akhbar milik Umno itu juga mendakwa ada konspirasi mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi, usaha didakwa disokong oleh pemimpin-pemimpin DAP.

Sebaliknya dalam kenyataannya, dakwa Syed Hassan, Ibrahim tidak pernah mengajak sesiapa pun berjihad tetapi sekiranya usaha-usaha mencabar kedudukan Islam berlaku sudah pasti orang Islam akan marah dan bangkit menentang.

"Pastinya tiada siapa orang Melayu nak lakukan jihad hanya kerana kenyataan Ibrahim sebegitu rupa, Ibrahim hanya mengatakan beliau akan sambut sesiapa yang nak melakukan perang salib dan Ibrahim katakan jika sesiapa mahu menggugat kesucian Islam beliau sanggup berjihad.

"Ibrahim tidak pernah mengajak sesiapa untuk berjihad sekarang. Tapi jika sesuatu berlaku yang Ibrahim fikirkan sudah samapai masanya beliau berjihad, beliau akan berjihad kerana Islam tuntut umatnya berjihad jika Islam diserang," katanya.

Mengenai isu pembahagian biasiswa, jelas Syed Hassan, sekiranya Bumiputera tidak dapat kuota yang sepatutnya ia amat menyedihkan.

Selain itu, tambah beliau, BN akan kehilangan sokongan Bumiputera jika pembahagian biasiswa tidak dilakukan dengan adil dan telus.

Nik Aziz dakwa Umno-BN ‘cipta’ label ulama, profesional di PAS

Posted: 25 May 2011 05:04 PM PDT




KUALA LUMPUR — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan tidak wujud dua kumpulan — ulama dan profesional, yang didakwa bersaing mahu menguasai barisan kepimpinan parti Islam berusia enam dekad itu.

Sebaliknya kata beliau, istilah golongan ulama dan profesional itu yang seringkali timbul ketika pemilihan parti, sebenarnya "dihidupkan" oleh Umno-Barisan Nasional (BN).

Nik Aziz (gambar) berkata demikian menjelang pemilihan kepimpinan PAS pusat awal bulan depan dengan tumpuan beralih kepada persaingan jawatan timbalan presiden dan naib presiden.

Jawatan timbalan presiden bakal menyaksikan pertarungan tiga penjuru membabitkan penyandangnya Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan ahli jawatankuasa kerja pusat Mohamad Sabu.

Sementara itu, jawatan naib presiden juga bakal menyaksikan pertarungan sengit.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah berjaya mengekalkan jawatan presiden tanpa cabaran.

Mereka yang mahu bertanding jawatan tertinggi PAS harus mengesahkan pencalonan mereka sebelum pukul 5 petang ini.

"Kononnya kedua-dua (ulama dan profesional) ini adalah inti yang berlawanan antara satu sama lain. Sedangkan hakikatnya tidak pernah wujud jurang antara ulama atau professional dalam PAS kecuali jurang yang diada-adakan oleh Umno-BN.

"Jikapun ada, kedua-duanya tidak lebih melainkan hanyalah caj positif dan caj negatif yang apabila bergabung menjadi arus eletrik yang cukup kuat untuk memberikan renjatan kepada Umno-BN," kata Nik Aziz menerusi laman Facebook malam tadi.

Oleh itu kata Menteri Besar Kelantan itu, barisan kepimpinan PAS terdiri daripada pelbagai latar belakang pendidikan dan kemahiran.

Justeru, tegas Nik Aziz, walaupun berbeza latar belakang, namun dasar perjuangan dan matlamat yang hendak dicapai tetap sama.

"Tidak ada apa yang pelik jika kepimpinan PAS dilatari oleh individu yang datang dari pelbagai bidang pendidikan dan kemahiran.

"Di zaman Rasulullah SAW, sahabat-sahabat baginda mempunyai latar belakang yang pelbagai.

"Oleh yang demikian, tidak ada yang pelik jika di dalam PAS ada kepimpinannya dari pelbagai latar belakang. Profesional dalam PAS itulah golongan ulama, dan ulama dalam PAS itulah professional.

"Semuanya menjadi batu bata membentuk benteng kukuh berdepan dengan ombak sekular. Hari ini, gelombang sekular sedang ganas membadai. Jika dulu, ada gelombang berwarwa biru, hari ini pula ia berwarna merah," katanya merujuk kepada kempen yang kini digunakan Umno untuk merampas Kelantan.

Tambah Nik Aziz, beliau berharap perwakilan akan membuat keputusan bijak dalam memilih barisan kepimpinan parti untuk meneruskan agenda perjuangan PAS.

"Harapan saya, muktamar yang akan diadakan pada minggu hadapan ini akan membuahkan hasil yang terbaik untuk perjuangan Islam.

"Kepada para perwakilan, pilihlah pemimpin yang bertaqwa kepada Allah. Ikhlaskanlah hati, dan letakkanlah pertimbangan semasa memilih di atas neraca iman kepada Allah, insya-Allah, saya yakin pilihan para perwakilan nanti adalah yang terbaik untuk meneruskan perjuangan PAS di persada politik tanah air," katanya.

Tiada ulasan: