Kerabu Bersuara ® |
- Hishamuddin Dan Rais, Bebal Dan Bodoh!
- MCA not ready for snap polls, says Liow
- Kristian-Islam: Dakwaan Utusan spekulasi amat tak tanggungjawab, kata Pemuda PAS
- Kristian-Islam: ‘Takkanlah saya mahu percaya Utusan’, kata Nik Aziz
- Anwar : Umno-BN Kian Hilang Sokongan Rakyat
- Bersama menentang loji nadir bumi Lynas – Fuziah Salleh
- Rakaman Siri Jelajah Dato Seri Anwar Ibrahim Di Klang
- Boleh kah BN menang besar dengan menggunakan isu moral?
- MB: UMNO-BN tak mampu ambil alih Selangor
- Pakar: Tidak perlu bimbang jika PM bukan orang Islam
- Kristian-Islam: Gereja timbang saman Utusan siar laporan palsu
- PRU-13 tak perlu hingga 2012, nasihat Mahathir
- Kristian-Islam: Laporan Utusan cetus perpecahan agama, dakwa ketua Majlis Perundingan Agama
- Utusan Bermain api
Hishamuddin Dan Rais, Bebal Dan Bodoh! Posted: 08 May 2011 05:00 AM PDT DAP Selangor: Umno guna Utusan hasut Muslim benci Kristian Oleh Syed Mu'az Syed Putra KUALA LUMPUR, 8 Mei — Kesal dengan tindakan dua anggota Kabinet pentadbiran Najib, DAP Selangor percaya laporan Utusan Malaysia semalam berniat jahat dan mahu menimbulkan rasa kebencian umat Islam terhadap penganut Kristian. Sambil menyifatkan laporan akhbar milik Umno itu sebagai fitnah, Pengerusi DAP Selangor Teresa Kok mahu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim mengambil tindakan terhadap Utusan Malaysia dan beberapa blogger yang mendedahkan laporan palsu itu. Semalam, Utusan Malaysia melaporkan wujudnya perbincangan untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara, sekali gus melantik perdana menteri dari kalangan penganut itu. Laporan muka hadapan dengan tajuk "Kristian agama rasmi?" itu turut disiarkan dalam beberapa blog pro Umno. "Saya merasa amat kesal terhadap reaksi Menteri Dalam Negeri dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan kerana menerima laporan palsu Utusan Malaysia yang bertajuk "Kristian Agama Rasmi?" tanpa menyoal dan mengesahkan kesahihan laporan tersebut terlebih dahulu. "Laporan tersebut berfitnah bahawa DAP dan para penganut agama Kristian berhasrat menjadikan agama Kristian sebagai agama rasmi Malaysia. "Laporan itu adalah palsu, tidak berasas dan berpandukan fitnah dua orang blogger pro-Umno yang mempunyai niat jahat mengapi-apikan perasaan takut, benci dan syak wasangka, terutamanya di kalangan penganut agama Islam terhadap penganut agama Kristian," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Tegas beliau, sepatutnya Hishammuddin dan Rais mengambil tindakan terhadap Utusan Malaysia dan bukan bersikap seolah-olah lepas tangan dalam perkara itu. Selain itu, Kok juga kesal dengan tindakan kedua-dua menteri itu yang bersikap berat sebelah dalam menangani polemik terbaru itu. "Lebih mengecewakan lagi, Hishammuddin dan Rais tidak mengutuk akhbar Utusan Malaysia atau cuba mententeramkan keadaan hening ini, tetapi sebaliknya mengeluarkan amaran kepada orang awam agar jangan mempertikaikan kedudukan Islam sebagai agama rasmi Malaysia. "Tindakan tersebut menunjukkan bahawa mereka jelas berat sebelah terhadap Utusan Malaysia dan menyokong laporan mereka tanpa sebarang siasatan," kata Exco Kerajaan Selangor ini. "Sebagai menteri yang bertanggungjawab kononnya menyokong konsep 1Malaysia, Hishammuddin dan Rais sepatutnya seharusnya (dengan) serta-merta mengarahkan polis untuk menyiasat Utusan Malaysia serta blogger di bawah Akta Hasutan sejak dahulu lagi kerana Utusan Malaysia sudah berkali-kali menerbitkan laporan berita dan komentari yang menggugat keharmonian etnik dan agama di Malaysia," kata beliau. Semalam Rais berkata perkara itu akan diserahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk siasatan. Rais berkata, penelitian perlu dibuat terlebih dahulu sama ada bahasa yang digunakan itu adalah bahasa yang memecahbelahkan masyarakat atau pun yang menyentuh soal hasutan. Sementara itu, Hishammuddin pula menyifatkan penganjuran majlis pertemuan paderi dari seluruh negara yang didakwa turut membincangkan agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan, jika benar, adalah sesuatu yang serius. Katanya apa juga tindakan dari satu agama akan mengundang reaksi dari penganut agama lain. Tambah Kok, langkah Utusan Malaysia menyiarkan laporan tersebut dilihat mahu menghasut rakyat terutamanya orang Melayu agar terus menyokong Umno. "Saya percaya Umno menggunakan akhbar Utusan Malaysia sebagai senjata untuk menghasut orang Melayu demi mengukuhkan kedudukan Umno di mata orang Melayu. "Perbuatan ini amat keji dan berbahaya kerana Malaysia merupakan negara majmuk," katanya sambil menambah, "saya menggesa Hishammuddin dan Rais agar menunjukkan keikhlasan mereka terhadap konsep 1 Malaysia dan mengambil tindakan sekeras-kerasnya terhadap Utusan Malaysia." |
MCA not ready for snap polls, says Liow Posted: 08 May 2011 04:00 AM PDT By Yow Hong Chieh KUALA LUMPUR, May 8 — MCA needs "a little bit more time" to finalise its line-up of candidates and ensure divisional readiness before the next general election is called, party deputy president Datuk Seri Liow Tiong Lai said today. "At the national level, we're quite okay but at the divisional level, we have to be more ready," he told reporters at Brickfields here today. Liow said every MCA division has been told to set up an operations centre and boost services to help people on the ground as it was not just an issue of candidates but the party's image as well. He said the party needed to show that it was transforming to meet the needs of the people after voters overwhelmingly rejected MCA during the last general election. "Party transformation is important ... because in 308, people sent us a message," he said, using shorthand to refer to the last general election that was held in March 2008. Liow added that MCA was also looking for quite a bit of "new blood" to field in the next general election as part of the party's efforts to project a fresh image. Prime Minister Datuk Seri Najib Razak recently hinted in a speech to Selangor Umno that the next general election is "just around the corner". The Malaysian Insider understands, however, that Najib is likely to delay snap polls until the end of this year or early 2012 as his party hunts for funds to finance a campaign to court Bumiputera and Indian voters and secure a two-thirds parliamentary majority. It is understood Umno's coffers were depleted after BN spent some RM500 million for the April 16 Sarawak election. Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim told The Malaysian Insider that he believes Umno's increasingly ultra-Malay stance as well as the emergence of a sex video aimed at discrediting PR's image are definite signs that general elections will be called by August. But BN insiders say Najib is cautious about calling elections soon as he wants to regain the coalition's two-thirds parliamentary majority which now appears impossible with the Chinese snub continuing in the Sarawak election. Chinese-based MCA took a battering in the historic general election — which also robbed BN of its customary two-thirds majority — when the party won only 15 out of 40 parliamentary seats it contested. |
Kristian-Islam: Dakwaan Utusan spekulasi amat tak tanggungjawab, kata Pemuda PAS Posted: 08 May 2011 03:30 AM PDT KUALA LUMPUR, 8 Mei — Pemuda PAS pusat menyifatkan dakwaan Utusan Malaysia semalam bahawa wujud konspirasi mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi sebagai "spekulasi sangat tidak bertanggungjawab." Selain berpotensi menggugat keamanan, kata sayap PAS itu, spekulasi sedemikian juga dilihat umum sebagai usaha meraih perhatian politik murahan, sekali gus percubaan nekad untuk menyembunyikan kelemahan dan ketidakupayaan mereka menjaga agama Islam. Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, spekulasi yang dicetuskan Utusan Malaysia menerusi laporan muka depannya bukan sahaja menampakkan kelemahan dan kegagalan ketara Umno dan Barisan Nasional (BN) selaku pemerintah, ia juga berpotensi menyalakan api ketegangan antara agama. "Pastinya situasi ini akan menggugat keamanan negara dan rakyat yang sepatutnya memperoleh hak hidup aman dan sejahtera," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini. Katanya, seluruh negara gempar apabila Utusan Malaysia beberapa hari lalu seperti menyalakan api ketegangan antara agama ketika mencetus persoalan agama rasmi negara dengan spekulasi kononnya ada pihak tertentu yang berjuang untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara ini. "Suatu fakta yang diketahui umum bahawa Perlembagaan negara telah memeteri Islam sebagai agama rasmi negara ini. "Sementara umat Islam pula masih menjadi golongan majoriti biarpun Malaysia adalah sebuah negara majmuk. Justeru itu, Islam tidak sewajarnya tergugat dan ummat Islam tidak selayaknya membenarkan Islam digugat," katanya lagi. PAS sebagai sebuah wadah perjuangan Islam di negara ini pastinya tidak lebih rendah usahanya untuk memperjuang, mempertahan dan menegakkan Islam berbanding Umno dan BN, kata Nasrudin. Malah katanya, kegigihan dan kesungguhan PAS berjuang serta berkorban demi melihat Islam tegak dan berdaulat di negara ini nyata tidak boleh dipertikai merentasi rekod dan sejarah perjuangannya. "Sungguhpun PAS menyertai kerjasama politik bersama parti- parti rakan kompenan Pakatan Rakyat, namun PAS tidak pernah mengendurkan pedatinya untuk terus memacu perjuangan Islam, jauh sekali untuk berubah arah meninggalkan prinsip perjuangan yang didokong selama ini," kata beliau. Malah pacuan semakin kencang ke arah menguasai negeri bahkan negara agar bebas daripada cengkaman pengaruh dan kuasa Umno juga BN yang menjadi punca Islam dilihat lemah serta terdedah kepada ancaman setelah lebih 50 tahun mereka memerintah, mengurus dan mentadbir negara. "Andainya Islam hari ini dilihat terancam dan penganutnya pula lemah pegangan agama adalah menjadi tanggungjawab semua melewati peranan dan tugas yang sayugianya dilaksanakan, kata Ketua Pemuda PAS pusat ini. "Sementara kerajaan selaku pemegang amanah rakyat untuk menjaga agama, negara dan warganya mestilah mengambil tanggungjawab dengan penuh keinsafan melepasi jangkauan sempadan kepentingan politik dan parti," tambah beliau. Justeru kata Nasrudin, beliau melihat spekulasi yang ditimbulkan oleh Utusan Malaysia kononnya terdapat pihak tertentu yang berusaha untuk menjadikan kristian sebagai agama rasmi negara ini adalah berpunca dari kelemahan dan kegagalan Umno sebagai parti utama dalam BN menunaikan amanah yang digalaskan kepada mereka selaku pemerintah. "Lebih 50 tahun rakyat memberi kepercayaan dan mandat kepada Umno mewakili BN untuk memimpin dan mentadbir negara khasnya untuk melindungi agama Islam dan kesejahteraan rakyat," katanya. Nasrudin menambah, "malang sungguh, malang seribu kali malang" apabila Islam bukan sahaja tidak semakin kuat dan utuh tetapi dikesan umum bahawa ia semakin susut dan merosot "Jika Umno berjaya dan mampu menjaga agama Islam ini dengan baik dan menjadikan ianya semakin hari semakin kuat dan hebat, saya percaya dan yakin spekulasi untuk menjadikan kristian sebagai agama rasmi negara ini tidak akan timbul. "Bahkan dalam masa yang sama, penganut-penganut agama selain Islam akan terasa aman dan selesa untuk mengamal serta menganut agama mereka," katanya. |
Kristian-Islam: ‘Takkanlah saya mahu percaya Utusan’, kata Nik Aziz Posted: 08 May 2011 03:00 AM PDT Oleh Syed Mu'az Syed Putra KUALA LUMPUR, 8 Mei — Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau sama sekali tidak mempercayai laporan Utusan Malaysia semalam, yang mendedahkan kononnya ada usaha pihak Kristian mahu menjadikannya agama rasmi negara ini. Sebaliknya Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am PAS itu memperli laporan akhbar milik Umno dengan berkata jika rakan komponen Barisan Nasional (BN) tidak mempercayai Utusan Malaysia mengapa perlu beliau mempercayainya. "Saya ditanya oleh pihak media berkenaan laporan muka hadapan Utusan Malaysia pada semalam kononnya usaha menjadikan Kristian agama rasmi negara. "Saya katakan, lagikan MCA tidak percaya Utusan Malaysia, takkanlah saya mahu percaya?" katanya dalam entri di laman Facebook. Utusan Malaysia semalam melaporkan wujudnya perbincangan untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara sekali gus melantik perdana menteri dalam kalangan penganut itu. Laporan muka depan dengan tajuk "Kristian agama rasmi" itu turut disiarkan dalam beberapa blog pro-Umno. Blog-blog itu menuduh DAP menghasut dengan cuba meminda undang-undang negara untuk menjadikan mereka yang beragama Kristian menjadi perdana menteri, dengan menunjukkan gambar berbintik-bintik yang didakwa mereka sebagai pakatan rahsia antara DAP dan pastor-pastor di sebuah hotel di Pulau Pinang, Rabu lalu. Perlembagaan Persekutuan tidak memperuntukkan syarat agama atau kaum bagi seseorang menjadi perdana menteri. |
Anwar : Umno-BN Kian Hilang Sokongan Rakyat Posted: 08 May 2011 02:00 AM PDT KLANG 8 Mei - Penasihat Ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap tindakan akhbar milik UMNO Utusan Malaysia menyiarkan mengenai ada usaha untuk menjadikan Krisitian sebagai agama rasmi Malaysia dengan mengaitkan dengan Pakatan Rakyat sebagai langkah 'terdesak' daripada parti perkauman itu yang kian kehilangan sokongan rakyat. Menurut Anwar, UMNO jelas cuba memainkan sentimen perkauman dan meracuni pemikiran orang Melayu dalam mengekalkan kuasa mereka. "Tetapi UMNO cuba racun pemikiran orang Melayu. Maknanya, bila kita lawan dalam keadaan parti itu (UMNO) terdesak, mereka akan lakukan tindakan- tindakan terdesak. Mula- mula video, sekarang ini isu agama pula," tegas Anwar ketika berucap di majlis Himpunan India Malaysia di Dewan Hamzah dekat sini semalam. Laporan muka hadapan Utusan Malaysia 7 Mei itu antara lain menyindir ahli parlimen Jelutong dari DAP, Jeff Ooi sebagai penganjur sidang paderi yang dikatakan mengatur konspirasi memartabatkan Kristian sebagai agama rasmi Negara. Laporan itu diambil dari halaman dua blog dan bukan dibongkar oleh wartawan Utusan. Bagaimanapun Jeff menafikan dakwaan itu. Beberapa pemimpin DAP juga akan membuat laporan polis esok berkenaan hal ini. Anwar menegaskan, Pakatan Rakyat sentiasa menjunjung perlembagaan persekutuan dan mempunyai pendirian jelas menjunjung Islam sebagai agama rasmi. "Bohong punya UMNO. Tak siapa nak begitu. Hari ini pemimpin PKR, PAS dan DAP ada. Apa pendirian kita? Kita terima Islam sebagai agama Persekutuan tapi kita perlu pertahankan hak semua kaum dan agama. Itu mesti dipertahankan ikut perlembagaan negara kita," kata Anwar. Menurut Anwar lagi,pemimpin UMNO khususnya Presidennya Datuk Seri Najib Razak harus tidak berpeluk tubuh dan cuba mengelak daripada menyelesaikan kontroversi ini. "Kita kena ingat UMNO makin terdesak. Hari ini, ada orang marah utusan Malaysia. Jangan lupa Utusan adalah akhbar UMNO. Presiden UMNO Najib. Kenapa nak tunjuk diri sebagai bapa 1 Malaysia? Hipokrasi jelas," kata Anwar |
Bersama menentang loji nadir bumi Lynas – Fuziah Salleh Posted: 08 May 2011 01:30 AM PDT KUANTAN: Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh menyeru ibu-ibu di seluruh Malaysia agar bersama mengajak keluarga mereka menentang loji nadir bumi Lynas. Loji nadir bumi Lynas kini ditangguhkan buat sementara waktu sementara menunggu pembentukan panel bebas yang akan mengkaji sejauh mana loji itu akan membahayakan kesihatan penduduk. "Saya merayu kepada anda untuk bersama dalam protes terhadap Lynas ini. Lynas dan kerajaan perlu bertanggungjawab terhadap salahlaku mereka dan mencari cara untuk membetulkannya. "Buat semua ibu, termasuklah saya sendiri, kita kena bertanya kepada diri kita; bolehkah anak-anak kita memiliki hidup yang panjang dan membahagiakan jika hidup mereka terdedah kepada sisa radioaktif?" tanya Fuziah. Menurutnya, tiada sesiapa, baik ibu mahu pun anak harus terdedah kepada bahaya yang sebegitu rupa. "Kerana itu, kita perlu bersama-sama menentang loji nadir bumi Lynas ini," kata Fuziah. Fuziah, yang juga merupakan Timbalan Presiden KEADILAN dan juga ibu dan nenek kepada lima orang cucu membuat seruan tersebut dalam perutusan sempena Hari Ibu hari ini. "Saya dengan ini mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada ibu-ibu dan semua bakal ibu." "Setiap dari kita mempunyai ibu yang membawa kita ke dunia ini dan kita perlu mengambil masa untuk berhenti seketika dan menghayati nikmat yang dimiliki ini," kata Fuziah. Selain daripada membesarkan anak-anak, kaum ibu juga mempunyai tanggungjawab yang besar untuk mendidik anak-anak mereka menghargai alam sekitar dan menjadi warganegara yang baik. "Ia masih belum terlambat untuk meula mendidik anak-anak kita tentang tanggungjawab sivik mereka, demokrasi dan tata kelola yang baik. Jika mereka percaya sesuatu perkara itu salah, mereka perlu didik untuk mencabar perkara itu dan memperbaikinya," kata Fuziah. |
Rakaman Siri Jelajah Dato Seri Anwar Ibrahim Di Klang Posted: 08 May 2011 01:00 AM PDT |
Boleh kah BN menang besar dengan menggunakan isu moral? Posted: 08 May 2011 12:30 AM PDT Nampak cara pemimpin besar kita bercakap dan bergerak pilihanraya semacam dah nak dekat sangat. Kalau dikaji pula cara bergerak pemimpin pembangkang juga menambah keyakinan kita yang waktu untuk memilih siapa yang akan memerintah dan mentadbir negara sudah semakin hampir. Yang paling menarik sekali ialah isu-isu yang dikeluarkan oleh kedua-dua pihak yang sedang berlumba-lumba mendapatkan keyakinan rakyat semakin panas dan menarik perhatian ramai termasuklah diri saya. Saya dapat agak banyak pandangan dari kawan-kawan yang serius memberi pandangan yang serius baik buruknya sesuatu isu bagi kedua-dua belah pihak itu. Nampaknya BN/UMNO memberikan keutamaan kepada isu moral untuk menjauhkan pengundi dari parti-parti pembangkang. Isu video seks dan sodomi memainkan peranan utama di pihak BN untuk menagih sokongan yang kian menurun untuk kembali kepada pihak pemerintah kerajaan Persekutuan itu. Ramai pemimpin setiap peringkat BN khususnya UMNO merasakan kali ini isu terhadap Anwar bak kata orang minang merupakan isu yang 'mangkuih' bagi BN. Beberapa pemimpin UMNO yang selalu bersama saya begitu berkeyakinan yang isu video yang dikaitkan dengan Anwar itu akan membawa kembali BN dengan kemenangan di setiap kerusi yang BN telah kalah dahulu. Begitu 'confident' sekali mereka ini. Isu moral terhadap Anwar merupakan isu yang memberikan semangat kepada mereka untuk mendapatkan kembali sokongan ramai terhadap BN. Saya hanya mendiamkan diri sahaja kerana keadaan yang sebenarnya berlaku di bawah ini bukannya seperti yang mereka sangka. Tetapi oleh kerana mereka menganggap mereka pandai dan bijak saya hanyalah menganggokkan kepala sahaja….dan itu pun yang pemimpin-pemimpin UMNO suka…just say 'yes'. Pemimpin-pemimpin UMNO selalunya berasa rimas kalau kita membuat perbahasan terhadap isu yang mereka bahaskan. Berkata benar adalah satu kesalahan besar kepada pemimpin-pemimpin dan penyokong UMNO dan BN. Saya cuba juga untuk memberikan pandangan yang beza dengan mengatakan kalau BN menggunakan isu moral untuk 'admonish' pembangkang ianya akan merugikan BN akhirnya. Tetapi mereka tetap merasakan mereka telah melakukan perkara yang terbaik buat UMNO dengan menggunakan isu moral untuk menjatuhkan parti-parti pembangkang. Kalau sudah begitu..gasak dialah. Saya hanya berkata dalam hati saya, "May God bless you!". Saya hanya berdiam diri selepas itu sambil membaham karipap-karipap tebal yang mereka pesan yang masih ada di hadapan saya itu sampai habis. Habis sahaja karipap-karipap itu saya terus sahaja meminta diri kerana waktu untuk menghantar cucu saya mengaji Quran sudah sampai. Menghantar cucu pergi mengaji lebih berfaedah dari mendengar cerita dongeng yang hanya memberi 'amusement' kepada diri mereka sendiri. Saya merasakan kita hanya membilang 'buah kerayong' sahaja setakat ini. Di situ kita menang, di sana kita menang, di sini kita menang besar dan keseluruhannya kita dapat kemenangan 2/3 di DUN Selangor. Rata-rata di kalangan orang UMNO mereka percaya yang isu moral yang dilabelkan terhadap pemimpin pembangkang itu sangat mujarab untuk mendapatkan sokongan ramai. Kita tidak mengambil isu yang baik dan mengambil isu moral untuk menjatuhkan PR. Sesungguhnya ini adalah isu yang 'counter productive' bagi UMNO dan BN kerana ia hanya membuatkan rakyat berasa mual dan jelek. Menggunakan isu moral yang tidak ada batas itu memakan diri UMNO sendiri. Rakyat bertanya bagaimana pihak yang ditolak rakyat kerana isu moral yang nyata boleh menggunakan isu moral untuk mendapatkan kembali keyakinan rakyat? UMNO/BN tidak ada isu moral kah? Bukankah isu rasuah itu merupakan isu moral yang paling rendah sekali sehinggakan rakyat mempunyai persepsi yang UMNO itu adalah rasuah dan rasuah itu adalah UMNO. Apa yang membezakan di antara isu seks dengan isu rasuah? Bukankah rasuah itu merupakan kerja hina yang disamakan sebagai mereka yang memakan daging saudaranya sendiri? Kenapa BN berani-beraninya menggunakan isu moral sebagai senjata yang mereka percaya sebagai senjata yang paling ampuh bagi BN? Rakyat lebih berminat untuk melihat harta yang mereka amanahkan kepada pemimpin itu dijaga dengan baik seperti yang diamanahkan? Rasuah merupakan dosa besar terhadap rakyat. Jika Anwar melakukan sodomi terhadap 50 orang, kerajaan BN pula seolah-olah membuntutkan 28 juta rakyat Malaysia melalui rasuah. Isu moral hanya akan menjadi isu yang sesuai untuk dimainkan oleh UMNO jika UMNO sendiri tidak bergelumang dengan isu moral. Masalahnya kita merasakan isu moral ini hanya layak untuk di isukan terhadap pembangkang sahaja. BN di sebaliknya seperti mempunyai kekebalan dalam hal rasuah, jenayah, merogol , membunuh dan sebagainya. Rasuah berlaku dari atas sehingga ke bawah, dari penggubal dasar sehingga ke pelaksana. Bagaimana pimpinan kita hendak memberi alasan kepada rakyat terhadap isu pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan di peringkat bawah seperti di pejabat-pejabat kerajaan di daerah-daerah yang mempunyai lessen kelas F untuk berlumba dengan kontraktor sepenuh masa misalnya. Moral yang rendah ini sudah menusuk dengan begitu dalam di dalam sistem perlaksanaan dasar yang telah ditetapkan. Bagaimana Najib hendak menjelaskan kenapa Menteri-Menteri Besarnya yang begitu kaya raya walaupun baru sahaja menjawat jawatan yang di amanahkan rakyat itu? Bagaimana Najib hendak memberikan alasan kenapa bekas pemimpin utama negara menggunakan wang rakyat sehingga melebihi RM 1 billion untuk menyelamatkan perniagaan anaknya yang gagal? Boleh kah isu ini di tutupi oleh Najib dan barisan kepimpinannya? Berlambak-lambak isu moral terhadap kita boleh di jadikan isu besar oleh pihak lain, tetapi kita masih lagi percaya isu jam omega dan video seks akan memberikan kita kemenangan. Takkanlah jam omega boleh kita jadikan isu untuk memilih kerajaan. Kenapa payah sangat untuk menyelesaikan isu pemimpin MCA dan UMNO yang terlibat dengan kes PKFZ yang melibatkan RM12 billion itu. Ini semuanya isu moral yang melibatkan kehilangan wang rakyat yang berbillion ringgit. Sebaik manakah taraf moral pihak kita untuk mengisukan pihak lain dengan isu sejelek ini. Kita beriya-iya mengatakan berzina itu berdosa besar tetapi tidak pula mengisukan rasuah dengan menggunakan wang rakyat untuk menyelamatkan perniagaan anaknya itu tidak pula dikatakan berdosa. Kita masih lagi berfikir di takuk lama. Ramai di antara kita masih menganggapkan orang ramai masih lagi menerima apa sahaja yang kita perkatakan. Kita masih beranggapan yang orang ramai masih lagi menerima apa sahaja isu yang kita perbesarkan terhadap pembangkang. Kita begitu marah dan kecewa jika orang ramai tidak percaya kepada kita. Kita tidak sedar yang kita sedang menghadapi krisis keyakinan terhadap parti dan kepemimpinan kita sendiri dalam isu moral ini. Jadi persoalannya sekarang apa kah yang dimaksudkan oleh PM Najib yang BN akan menggunakan apa juga cara bagi mengambil kembali pemerintahan Selangor itu? Hendak menggunakan ugutan? Najib dah ugut bangsa Cina dengan memberikan amaran yang Cina tidak akan diwakili di dalam kerajaan jika MCA tidak mendapat sokongan Cina di dalam pilihanraya yang akan datang. Pimpinan Dewan Assembly Hall Cina Kuala Lumpur dan Selangor telah pun menjawab yang mereka tidak perlukan wakil di dalam kerajaan jika MCA mewakili mereka. Mereka telah pun menolak MCA secara terbuka. Nak lakukan rampasan kuasa seperti yang kita lakukan di Perak? ATAU nak guna bomoh dan ilmu hitam? http://aspanaliasnet.blogspot.com/2011/05/boleh-kah-bn-menang-besar-dengan.html |
MB: UMNO-BN tak mampu ambil alih Selangor Posted: 08 May 2011 12:00 AM PDT SHAH ALAM. 7 Mei – Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yakin usaha UMNO-Barisan Nasional untuk kembali merampas Selangor tidak akan menjadi kenyataan kerana rakyat negeri ini telah melihat sumbangan dan kerja cemerlang yang dijalankan oleh kerajaan Pakatan Rakyat dalam tiga tahun mentadbir. Katanya, jika UMNO-Barisan Nasional berhasrat merampas kembali Selangor, ia harus melakukan perkara yang lebih baik daripada apa yang telah dilaku Pakatan Rakyat dalam hanya tiga tahun mentadbir Selangor. " Dari segi keinginan untuk memenangi Selangor ini itu adalah suatu lumrah politik . Politik ialah terpulang kepada rakyat untuk membuat pilihan. Dan pada Mac 2008 rakyat telah membuat pilihan mengenai siapakah yang sepattnya member memerintah atau mentabbir negeri Selangor. Jawapannya kumpulan daripada Pakatan Rakyat. Jadi kalau Najib dan Barisan nasional ingin untuk mengambil balik negeri Selangor terpulanglah kepada merekauntuk membeitahu kepada rakyat apakah yang mereka boleh lakukan selain daripada yang telah mereka tunjukkan 50 tahun yang dulu dan dalam masa tiga tahun kita telah buktikan kita telah mentadbir Selangor jauh lebih baik daripada pentadbiran yang dibuat oleh Barisan Nasional , " katanya. Abdul Khalid berkata demikian ketika ditemui selepas menutup Siri Jelajah Belia Selangor `Anak Muda Meneraju Perubahan' di kediaman rasmi Menteri besar di Shah Alam hari ini. Beliau yakin dengan pelbagai aktiviti yang dijalan kerajaan Pakatan Rakyat bagi manfaat rakyat negeri, UMNO-Barisan Nasional akan sukar untuk kembali menarik minat pengundi dan rakyat. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dalam pertemuan dengan UMNO Selangor baru-baru ini meminta UMNO mengguna apa juga 'senjata' untuk merampas balik Selangor. Najib juga Pengerusi UMNO Selangor juga berkata UMNO-BN perlu merampas balik Selangor dengan alasan untuk membela kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat. . "Jadi kalau tujuannya untuk mengambil alih Selangor kerana nak menutup kesalahan-kesalahan 50 tahun ini bukan tujuan untuk rakyat tetapi tujuan untuk kewududan parti yang tidak dapat berjasa kepada rakyat walaupun kesempatan yang lama telah diberikan kepada mereka," kata Abdul Khalid. Kerajaan negeri Selangor sebelum ini telah menyatakan bahawa pilihan raya negeri tidak akan diadakan serentak dengan pilihan raya umum jika ia diadakan lebih awal daripada tempoh lima tahun. |
Pakar: Tidak perlu bimbang jika PM bukan orang Islam Posted: 07 May 2011 11:30 PM PDT Oleh Syed Mu'az Syed Putra KUALA LUMPUR, 8 Mei — Pakar undang-undang Prof Abdul Aziz Bari berkata, Perlembagaan Persekutuan tidak menuntut hanya perdana menteri beragama Islam boleh menerajui kerajaan pusat dan keperluan seperti itu bertentangan dengan undang-undang sedia ada. "Peruntukan bahawa perdana menteri mesti seorang yang beragama Islam tidak selaras peruntukan di bawah Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan," katanya. Aziz (gambar) berkata demikian sebagai respons terhadap kenyataan Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) Datuk Zainul Rijal Abu Bakar semalam yang mengatakan perdana menteri wajar beragama Islam. Kata Zainul Rijal, walaupun ia tiada dalam peruntukan undang-undang mengenai soal agama atau kaum untuk menjadi perdana menteri, namun ia perlu bagi membantu dalam hal ehwal agama Islam. "Perdana menteri mestilah seorang Muslim, jika tidak dia tidak boleh menasihati Yang di-Pertuan Agong dalam hal-hal berkaitan agama Islam. "Bagaimana anda boleh ada bukan Islam menasihati Agong dalam soal-soal mengenai Islam," katanya. Menurut Aziz, salah satu cara untuk meminda peruntukan itu adalah dengan memastikan majoriti dua pertiga di Parlimen. Justeru kata beliau, perdana menteri tidak seharusnya hanya orang Islam kerana Islam adalah agama rasmi negara dan terletak di bawah bidang kuasa negeri-negeri. "Jangan kita lupa bahawa negeri-negeri Melayu secara jelas mengatakan: MB (menteri besar) itu — bukan ketua menteri — perlu orang Melayu dan beragama Islam. Peruntukan ini adalah jelas dan setiausaha kerajaan negeri juga perlu orang Melayu dan beragama Islam. "Islam telah dilindungi dalam peruntukan, jadi tidak perlu bimbang sekiranya perdana menteri bukan orang Islam," kata Aziz. Beliau juga menegaskan Perlembagaan juga secara jelas mengatakan Raja-raja Melayu adalah ketua agama Islam bagi negeri masing-masing dan tidak memerlukan nasihat daripada kerajaan negeri. "Peruntukan sudah jelas mengatakan ketua agama Islam tidak perlu mendengar nasihat kerajaan negeri kerana mereka boleh membuat keputusan sendiri. Sekiranya diperlukan Yang di-Pertuan Agong boleh melindungi Islam, namun keperluan untuk menasihatkan Agong adalah tidak penting. "Lebih baik jika kita tidak menyebut perkara yang tiada dalam Perlembagaan melainkan ia memerlukan semangat Perlembagaan atau sesuatu perkara lain, Perlembagaan perlu difahami dan bukan untuk menunjuk-nunjuk," katanya. |
Kristian-Islam: Gereja timbang saman Utusan siar laporan palsu Posted: 07 May 2011 11:00 PM PDT GEORGE TOWN, 8 Mei — Bishop Antony Selvanayagam mendakwa Utusan Malaysia berbohong kononnya Gereja Katolik Pulau Pinang berperanan dalam konspirasi, didakwa mahu menjadikan individu beragama Kristian sebagai perdana menteri sambil menegaskan, ia akan berunding dengan peguamnya mengenai bakal tindakan perundangan ke atas akhbar tersebut. Katanya, beliau dan pertubuhan itu tiada tahu-menahu mengenai pertemuan yang Utusan Malaysia dakwa telah diadakan untuk menjadikan perdana menteri daripada kalangan komuniti Kristian dan mengubah status agama rasmi negara ini. "Laporan itu tidak benar. Tiada pertemuan sedemikian di mana-mana gereja Katolik atau kemudahan di sini. Sebaga biskop, saya pastinya tahu," kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi malam tadi. "Ini laporan palsu," kata Selvanayagam. Katanya, tiada mana-mana pihak kecuali The Malaysian Insider yangmenghubungi beliau untuk mendapatkan kesahihan maklumat sebelum menerbitkan laporan tersebut. Justeru ditanya sama ada beliau bercadang untuk mengambil tindakan ke atas Utusan Malaysia, katanya: "Dengan segera, buat masa sekarang, saya tidak dapat memberitahu apa-apa. Saya perlu berunding dengan Gereja Katolik dan penasihat undang-undang saya." Selvanayagam, yang menjadi biskop sejak 1980 juga menolak dakwaan mengaitkan Gereja Katolik dengan konspirasi politik untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara ini. "Setahu Gereja Katolik, kami tidak terlibat," katanya sambil menafikan keras tindakan kumpulan-kumpulan Islam untuk membawa gereja ke dalam kontroversi ini dengan menimbulkan isu pertikaian kalimah "Allah". Utusan Malaysia edisi semalam membawa laporan muka depan bertajuk "Kristian agama rasmi", berdasarkan tulisan dibawa beberapa blogger pro-Umno. Blog-blog itu menuduh DAP menghasut dengan cuba meminda undang-undang negara untuk menjadikan mereka yang beragama Kristian menjadi perdana menteri, dengan menunjukkan gambar berbintik-bintik yang didakwa mereka sebagai pakatan rahsia antara DAP dan pastor-pastor di sebuah hotel di Pulau Pinang, Rabu lalu. Perlembagaan Persekutuan tidak memperuntukkan syarat agama atau kaum bagi seseorang menjadi perdana menteri. Pertubuhan National Evangelical Christian Fellowship (NECF) bersama Global Day of Prayer, Marketplace Penang dan Penang Pastors Fellowship menegaskan dakwaan terhadap komuniti adalah pembohongan dan telah pun menafikan dakwaan blogger berkenaan malam kelmarin. Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi juga menafikan dakwaan kononnya beliau menganjurkan pertemuan paderi dari seluruh negara, yang didakwa turut membincangkan agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan, sekali gus melantik Perdana Menteri dalam kalangan penganut agama itu. Menurut wakil rakyat DAP itu, beliau hanya menghadiri majlis kesyukuran yang diadakan secara tertutup untuk paderi-paderi tersebut sebagai tetamu. Petang semalam, DAP menolak laporan Utusan Malaysia yang mendakwa parti itu berkonspirasi dengan pemimpin-pemimpin Kristian untuk mengambil alih Putrajaya dan menggugurkan status Islam sebagai agama rasmi negara ini. Parti komponen Pakatan Rakyat itu juga mendakwa laporan akhbar milik Umno itu satu pembohongan yang bahaya kepada negara. Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menegaskan, pembohongan sedemikian bercanggah dengan konsep 1 Malaysia yang dibawa oleh Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri dan Presiden Umno. |
PRU-13 tak perlu hingga 2012, nasihat Mahathir Posted: 07 May 2011 10:45 PM PDT KUALA LUMPUR, 8 Mei — Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pilihan raya umum tidak patut diadakan sehinggalah sekurang-kurangnya tahun 2012. "Kerajaan mempunyai masa. Saya fikir ia boleh berlanjutan sehingga 2012," katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai spekulasi pilihan raya umum ke-13 diadakan November tahun ini. Dipetik Bernama, Dr Mahathir berkata ramai orang masih tidak memahami akan "keadaan Malaysia." Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim meramalkan pilihan raya umum kemungkinan diadakan sebelum Ramadan ini. "Kita mesti menjelaskan kepada mereka akan keadaan unik ini supaya mereka boleh memilih calon yang baik. "Tetapi kita masih mendapati puak pelampau yang masih tidak memahami demokrasi dan mengajukan permintaan yang bukan-bukan," katanya. "Pada masa ini, mereka yang bersikap perkauman sedang memainkan isu-isu yang menjurus kepada perpecahan rakyat. Anda perlu mengurangkan peranan mereka yang bersifat perkauman dan ekstremis ini." Dr Mahathir berkata terdapat sesetangah orang yang begitu fanatik dan membuta tuli menyokong pemimpin yang kurang baik. "Orang ramai mestilah berupaya untuk melihat pemimpin yang kurang baik dan pemimpin yang baik. Itu sebabnya kenapa kita perlukan masa," katanya di Kota Kinabalu. Namun jelas beliau, jika keadaan sangat baik dan Barisan Nasional (BN) yakin menang, ketika itulah masa yang sesuai untuk mengadakan pilihan raya umum. Dr Mahathir berkata beliau berpandangan sedemikian berikutan keputusan pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April lalu. Beliau berkata adalah wajar bagi kerajaan untuk tidak menamatkan tempoh mandatnya sehingga ke saat akhir sebagaimana yang dilakukan perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Apabila kerajaan mengadakan pilihan raya setelah tempoh mandatnya, elemen kejutan pastinya hilang, kata Dr Mahathir. |
Kristian-Islam: Laporan Utusan cetus perpecahan agama, dakwa ketua Majlis Perundingan Agama Posted: 07 May 2011 10:30 PM PDT Oleh Debra Chong KUALA LUMPUR, 8 Mei — Utusan Malaysia dan kumpulan-kumpulan Islam mencetuskan perpecahan antara agama sedangkan pihak berkenaan seharusnya membawa laporan mengenai isu Kristian Malaysia kepada jawatankuasa antara agama Kabinet. Pengerusi Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao, Dr Thomas Philips berkata terdapat satu jawatankuasa khas yang ditubuhkan untuk mengkaji perkara-perkara yang "sensitif". "Kita mempunyai jawatankuasa antara agama Kabinet. Mereka perlu bincangkan perkara ini di sana. Ada isu-isu yang tidak dapat dikawal. Mengapa perlu bangkitkan isu yang boleh mempengaruhi emosi rakyat?" katanya kepada The Malaysian Insider, merujuk kepada dakwaan yang disiarkan dalam beberapa blog pro-Umno dan Utusan Malaysia sejak beberapa hari lalu. Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam telah membuat laporan polis selepas akhbar milik Umno menyiarkan laporan di muka hadapan dengan tajuk "Kristian agama rasmi?" Philips berkata jawatankuasa khas itu dijadualkan mengadakan pertemuan minggu depan tetapi mesyuarat telah ditangguhkan. Jawatankuasa khas itu diletakkan di bawah Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Antara Agama yang diwujudkan pada Disember 2009. Anggota jawatankuasa khas itu adalah Datuk Mustapha Ma dan Reverend Hermen Shastri, dan pertemuan terakhir pada 17 Mac lalu, meskipun sumber The Malaysian Insider memberitahu bahawa tiada perkembangan terbaru dalam isu-isu yang dibangkitkan. Kata Philips, majlis perunding bukan Islam mempunyai pendirian bahawa tiada agama lain yang boleh merampas kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara. "Kami telah jelaskan pendirian kami bahawa tiada sesiapa yang mengancam Islam. Tiada sesiapa yang boleh merampas kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi kerana ia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. "Kami mahu tegakkan Perlembagaan Persekutuan dan kami tidak akan lakukan sesuatu dan kami menerima kedudukan Islam," katanya. Katanya, jawatankuasa khas itu dijadual bertemu menteri yang turut berada dalam jawatankuasa itu, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon minggu depan untuk berbincang mengenai kekosongan jawatan pengerusi selepas Datuk Ilani Ishak meninggal dunia pada 24 Februari lalu. "Tapi mesyuarat pada 12 Mei ini ditunda," katanya sambil menambah tiada tarikh baru diberikan. "Jika ia berlaku, ia berlaku. Apa yang kami boleh buat?" katanya. Isu-isu agama ini mula tercetus pada pilihan raya negeri Sarawak 16 April lalu, malah kumpulan-kumpulan Melayu menyifatkan peningkatan sokongan Cina kepada DAP dan menuduh penganut Kristian cuba menggugat agama Islam. Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela) juga telah membuat laporan polis dengan menuduh Kristian cuba untuk memurtadkan orang Islam, yang mana ia haram di Malaysia. Presiden Pembela Dr Yusri Mohamad berkata komuniti Kristian yang menuntut mahu menggunakan kalimah "Allah" dalam Alkitab mahu memurtadkan orang Islam dan memeluk agama Kristian. "Kita berdepan dengan kumpulan Kristrian yang agresif. "Tuntutan terhadap Alkitab, kalimah Allah ada kaitan dengan penyebaran agama Kristian... mereka gunakan strategi ini untuk mempengaruhi orang Islam, dengan menggunakan cara sama dengan agama Islam," katanya. |
Posted: 07 May 2011 10:15 PM PDT 1. Gempar seluruh negara apabila akhbar Utusan Malaysia beberapa hari yang lalu seperti menyalakan api ketegangan antara agama ketika mencetus persoalan agama rasmi negara dengan spekulasi kononnya ada pihak tertentu yang berjuang untuk menjadikan kristian sebagai agama rasmi di negara ini. 2. Suatu fakta yang diketahui umum bahawa Perlembagaan negara telah memeteri Islam sebagai agama rasmi negara ini. Sementara ummat Islam pula masih menjadi golongan majoriti biarpun Malaysia adalah sebuah negara majmuk. Justeru itu, Islam tidak sewajarnya tergugat dan ummat Islam tidak selayaknya membenarkan Islam digugat. 3. PAS sebagai sebuah wadah perjuangan Islam di dalam negara ini pastinya tidak lebih rendah usahanya untuk memperjuang, mempertahan dan menegakkan Islam berbanding UMNO dan Barisan Nasional. Kegigihan serta kesungguhan PAS berjuang serta berkorban demi melihat Islam tegak dan berdaulat di dalam negara ini nyata tidak boleh dipertikai merentasi rekod dan sejarah perjuangannya. 4. Sungguhpun PAS menyertai "kerjasama politik" bersama parti - parti rakan kompenan Pakatan Rakyat [ PKR dan DAP ], namun PAS tidak pernah mengendurkan pedatinya untuk terus memacu perjuangan Islam, jauh sekali untuk berubah arah meninggalkan prinsip perjuangan yang didokong selama ini. Malah pacuan semakin kencang ke arah menguasai negeri bahkan negara agar bebas dari cengkaman pengaruh dan kuasa UMNO juga Barisan Nasional yang menjadi punca Islam dilihat lemah serta terdedah kepada ancaman setelah lebih 50 tahun mereka memerintah, mengurus dan mentadbir negara. 5. Andainya Islam hari ini dilihat terancam dan penganutnya pula lemah pegangan agama adalah menjadi tanggungjawab semua melewati peranan dan tugas yang sayugianya dilaksanakan. Sementara kerajaan selaku pemegang amanah rakyat untuk menjaga agama, negara dan warganya mestilah mengambil tanggungjawab dengan penuh keinsafan melepasi jangkauan sempadan kepentingan politik dan parti. 6. Saya melihat spekulasi yang ditimbulkan oleh Utusan Malaysia kononnya terdapat pihak tertentu yang berusaha untuk menjadikan kristian sebagai agama rasmi negara ini adalah berpunca dari kelemahan dan kegagalan UMNO sebagai parti utama dalam Barisan Nasional menunaikan amanah yang digalaskan kepada mereka selaku pemerintah. 7. Lebih 50 tahun rakyat memberi kepercayaan dan mandat kepada UMNO mewakili Barisan Nasional untuk memimpin dan mentadbir negara khasnya untuk melindungi agama Islam dan kesejahteraan rakyat. Malang sungguh, malang seribu kali malang apabila Islam bukan sahaja tidak semakin kuat dan utuh tetapi dikesan umum bahawa ia semakin susut dan merosot. 8. Jika UMNO berjaya dan mampu menjaga agama Islam ini dengan baik dan menjadikan ianya semakin hari semakin kuat dan hebat, saya percaya dan yakin spekulasi untuk menjadikan kristian sebagai agama rasmi negara ini tidak akan timbul. Bahkan dalam masa yang sama, penganut - penganut agama selain Islam akan terasa aman dan selesa untuk mengamal serta menganut agama mereka. 9. Spekulasi yang dicetuskan oleh Utusan Malaysia ini bukan sahaja menampakkan kelemahan dan kegagalan ketara UMNO dan Barisan Nasional selaku pemerintah, ia juga berpotensi menyalakan api ketegangan antara agama. Pastinya situasi ini akan menggugat keamanan negara dan rakyat yang sepatutnya memperolehi hak hidup aman dan sejahtera. 10. Spekulasi itu sangat tidak bertanggungjawab. Selain dari potensi menggugat keamanan, spekulasi sedemikian juga dilihat umum sebagai usaha meraih perhatian politik murahan sekaligus percubaan nekad untuk menyembunyikan kelemahan dan ketidakupayaan mereka menjaga agama suci ini. Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan Nasrudin bin Hassan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia. |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan