DUNIACACAMARBA |
- Budak Dikurung Ibu Bapa Makan Kulit Sendiri
- [Video] Dengar Lagu, Hilang Berat Badan 20 Kg. Ada Sesiapa yang Mahu Mencuba?
- Pemuda Mengaku Salah Cuba Rogol Nenek Berusia 99 Tahun. Apa???
Budak Dikurung Ibu Bapa Makan Kulit Sendiri Posted: 08 May 2011 05:30 AM PDT Kisah sedih dan sadis ini saya baca di Daily Mail. Polis AS menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan OKU yang berusia sekitar 5-6 tahun yang dikurung oleh ibu bapanya di dalam sebuah sangkar. Menurut sumber polis, budak itu dipercayai berada dalam keadaan kelaparan dan sudah dikurung berbulan-bulan lamanya. Ketika diselamatkan oleh polis Virginia, kanak-kanak yang dipercayai mengalami Sindrom Down itu sedang makan kulit dahinya yang mengelupas. Kes ini dianggap antara kes penderaan yang terburuk pernah dilaporkan di situ. Selain penemuan mengejutkan itu, ibu bapa kanak-kanak perempuan ini juga dituduh menanam seorang lagi anak mereka. Atas kelasahan itu, kedua-duanya didakwa atas kesalahan pembunuhan darjah pertama. Ibu bapa kanak-kanak malang itu, Brian and Shannon Gore, didakwa mengunci anak perempuan mereka atas alasan mahu "melindunginya". Menurut pengakuan mereka, kanak-kanak malang itu dilahirkan di rumah tanpa sebarang bantuan medikal. Kanak-kanak itu juga tidak mempunyai sijil kelahiran. Menurut siasatan lanjut, kanak-kanak itu hanya diberi sekeping atau dua keping Por Tarts sehari. Apabila dikeluarkan dari kurungan, budak itu didapati tidak mampu berjalan. |
[Video] Dengar Lagu, Hilang Berat Badan 20 Kg. Ada Sesiapa yang Mahu Mencuba? Posted: 07 May 2011 09:00 PM PDT Menurut media China, anda boleh mengurangkan berat badan sebanyak 20 kg dalam tempoh dua bulan dengan hanya mendengar lagu atau melihat imej tertentu dalam video di bawah ini. Mahu tahu cerita lanjut tentang video ini? Sila google di internet. Video: |
Pemuda Mengaku Salah Cuba Rogol Nenek Berusia 99 Tahun. Apa??? Posted: 07 May 2011 05:30 PM PDT Berita ABC ini memerihalkan kerakusan pemuda berusia 24-year yang mengaku salah atas kesalahan jenayah keganasan dan cubaan merogol seorang nenek berusia 99 tahun di Melbourne, Australia. Christopher Valle, 24, mengaku salah terhadap 6 pertuduhan termasuklah pertuduhan cubaan merogol, dan merompak. Mahkamah Victorian County diberitahu bahawa lelaki ini telah mengetuk pintu rumah mangsa selepas setengah jam dipecat daripada tempat kerjanya. Selepas memberitahu nenek itu bahawa dia perlu memeriksa propertinya, Valle terus mencampak mangsa ke katil sebelum mengasarinya dan meninggalkan mangsa selepas merampas kad kredit dan sejumlah wang. Nenek ini berkata bahawa dia berkali-kali memberitahu suspek bahawa umurnya hampir 100 tahun. Saya rasa itu menyebabkan Valle meninggalkan mangsa tanpa merogolnya. P/s: Gila! |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan